Yang Berusaha bonda yang kami hormati, Pn Hajah Robiah Bt Ahamad, Pengetua SMK Sungai Tiram, Yang Dihormati ayahanda yang disayangi En Johan Bin Abd Rahim, Guru Penolong Kanan Pentadbiran, bonda Puan Halis Bt Sumali Guru Penolong Kanan Kokurikulum, barisan ketua bidang, guruguru yang disayangi serta rakan-rakan seperjuangan sekalian.
Ucapan jutaan terima kasih dan setinggi penghargaan ini saya tujukan khusus kepada pihak sekolah kerana mengadakan Majlis Mohon Restu PMR 2013, serta memberi kepercayaan dan peluang kepada saya untuk mewakili rakan-rakan menyampaikan sepatah dua kata dalam majlis keramat yang dianjurkan khusus buat kami yang akan menduduki pepriksaan PMR, pada pagi hari Rabu, 2 Oktober 2013 ini. Kesempatan pada hari ini merupakan suatu detik bersejarah bagi diri saya kerana dapat menyampaikan ucapan sebagai wakil pelajar dalam majlis mohon restu ini. Pada hari ini,terlebih dahulu saya ingin mengingatkan diri saya sendiri dan juga rakan-rakan sekalian bahawa kita sebenarnya sudah tiba di medan pertempuran perjuangan kita sebagai seorang pelajar. Bulan demi bulan, hari demi hari jam demi jam di hitung dengan begitu teliti bagi menantikan tarikh keramat 2 Oktober 2013. Persoalannya disini,adakah kita sudah benarbenar bersedia untuk menempuhnya dengan penuh yakin dan bersemangat? Justeru,dengan hanya berbaki beberapa hari sahaja ini sebelum kita menempuh peperiksaan yang sebenar, saya ingin menyeru kepada rakan-rakan sekalian untuk kita sama-sama melakukan pecutan terakhir semampu kita supaya kita dapat bersama-sama menggengam kejayaan. Sesungguhnya kita datang ke sekolah dengan segunung harapan baik daripada ibu bapa keluarga sahabat mahupun guru-guru yang mengharapkan kita semua melakukan suatu kejutan,bukan untuk mereka tetapi untuk diri kita sendiri.Kalau sekiranya kita tidak mampu pulang dengan segunung kejayaan,sekurang-kurangnya pulanglah dengan segenggam keberhasilan.
Bagi mewakili seluruh pelajar tingkatan 3 pada tahun ini, saya ingin menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf daripada guru-guru sekelian andai kata kami terkasar bahasa,tersilap bicara, dan berperilaku buruk berlaku sepanjang kebersamaan kita selama ini. Kami ingin guru-guru tahu bahawa jauh di sudut hati kami,kami tidak pernah berniat untuk melukai hati mu guru yang sudah kami anggap sebagai ibu dan bapa kami di sekolah Dengan perasaan rendah diri,kami ingin memohon agar guru-guru menghalal dan merestui semua ilmu yang telah dicurahkan kepada kami Insya-Allah ilmu yang di perturunkan, akan kami manfaatkan sebaik mungkin. Doakan agar kami mendapat kejayaan yang cemerlang dalam PMR. Sebagai mengakhiri ucapan saya ini, sekali saya ingin mengucapkan terima kasih tidak terhingga atas jasa yang telah di taburkan oleh guru-guru kepada kami.
Sekian wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Selamat Maju Jaya.