Anda di halaman 1dari 149

SIJIL PEPERIKSAAN INSURANS HAYAT BERKAIT PELABURAN

PRAKATA

Kursus ini mengandungi bahan-bahan pembelajaran untuk Sijil Peperiksaan Insurans Hayat Berkait Pelaburan (CEILLI). Secara perbandingan, buku ini mungkin kelihatan agak tebal tetapi perlu diingat bahawa situasi sebenar pasaran yang didokongi oleh pengeluar produk dan pelanggan telah melalui pelbagai perubahan besar sejak 15 tahun lepas. Pertambahan pelbagai maklumat yang terdapat dalam buku teks ini jika dibandingkan dengan versi terdahulu, adalah bertujuan memperlihatkan dan menuntut sedikit peningkatan tahap pemahaman dikalangan ejen, agar mereka lebih bersedia apabila berhadapan dengan pelanggan kelak. Objektif utama kursus ini ialah untuk memberi kefahaman dan menyediakan pengetahuan asas tentang bagaimana insurans hayat berkait pelaburan berfungsi dan bagaimana untuk memasarkan produk berkenaan kepada orang ramai. Kursus ini juga bertujuan memperkenalkan kepada ejen dunia sebenar bidang jualan insurans hayat berkait pelaburan dan diharapkan usaha ejen tidak akan terhenti setakat kursus ini sahaja, s eb a l ik ny a a k a n te r u s m e m p e r sia p k a n d ir i d e ngan keupayaan dan kelayakan yang lebih tinggi demi menghadapi cabaran masa depan. Pembahagian topik perbincangan dalam kursus ini telah dibuat dengan sebegitu rupa agar individu yang b a r u m e n g e n a li d u n ia p e la b u r a n a ka n m e n d apat gambaran yang lebih jelas tentang apakah yang dimaksudkan dengan insurans hayat berkait pelaburan, dengan memberi contoh-contoh yang boleh diikuti sehingga ke tahap yang lebih tinggi di masa-masa akan datang. Adalah diharapkan agar para ejen dapat menggunakan peluang pembelajaran ini dengan sebaik mungkin dan seterusnya dapat melaksanakan aktiviti-aktiviti jualan dengan kepastian dan keyakinan yang tinggi.

page
SIJIL PEPERIKSAAN INSURANS HAYAT BERKAIT PELABURAN

CEILLI

SIJIL PEPERIKSAAN INSURANS HAYAT BERKAIT PELABURAN

Edisi Pertama 1998 (Diterbitkan oleh The Malaysian Insurance Institute) Ed i s i K e d u a 1999 Ed i s i K e t i g a 1 9 9 9 Edisi Keempat 2000 Ed isi K e lim a 2002 Edisi Keenam 2010

Teks Pembelajaran
page
SIJIL PEPERIKSAAN INSURANS HAYAT BERKAIT PELABURAN

CEILLI

SIJIL PEPERIKSAAN INSURANS HAYAT BERKAIT PELABURAN


Hakcipta The Malaysian Insurance Institute 2010

Hakcipta terpelihara. Tiada bahagian dari penerbitan ini yang boleh diterbitkan semula, disimpan dalam cara yang boleh dipergunakan semula, atau dipindahkan ke dalam sebarang bentuk melalui sebarang cara, baik secara elektronik mahupun mekanik, termasuk fotokopi, rakaman atau sebarang bentuk penyimpanan maklumat, tanpa keizinan terlebih dahulu daripada The Malaysian Insurance Institute.

The Malaysian Insurance Institute ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Persatuan Insurans Am Malaysia, Persatuan Insurans Hayat Malaysia dan semua individu yang membantu melalui pelbagai dalam menjayakan penerbitan buku teks pembelajaran ini.

Diterbitkan oleh The Malaysian Insurance Institute (35445H) No. 5, Jalan Sri Semantan Satu, Damansara Heights 50490 Kuala Lumpur Website : www.insurance.com.my ISBN 978-983-2432-03-6
SIJIL PEPERIKSAAN INSURANS HAYAT BERKAIT PELABURAN

page

CEILLI

KANDUNGAN
SIJIL PEPERIKSAAN INSURANS HAYAT - BERKAIT PELABURAN
Muka

PENGENALAN MENGENAI PELABURAN BERKAIT DENGAN INSURANS HAYAT


1.1 Pengenalan Soalan Penilaian Pencapaian Diri 1 3

PERTIMBANGAN UTAMA DALAM PELABURAN


2.1 Pengenalan 2.2 Objektif Pelaburan 2.3 Peruntukan Dana Sedia Ada 2.4 Risiko atau Jaminan 2.5 Prospek Pelaburan 2.6 Kemudahan Menggunakan Dana 2.7 Aspek Percukaian 2.8 Prestasi Pelaburan 2.9 Kepelbagaian Soalan Penilaian Pencapaian Diri 5 6 9 11 12 12 13 13 14 15

JENIS-JENIS ASET PELABURAN


3.1 Pengenalan 3.2 Pilihan Pelaburan 3.3 Tunai Dan Deposit 3.4 Sekuriti Pendapatan Tetap 3.5 Saham-saham 3.6 Unit Amanah 3.7 Amanah Pelaburan 3.8 Hartanah 3.9 Derivatif 3.10 Dana Tukaran Dagangan 3.11 Bon Sukuk 3.12 Dana Jaminan Modal Soalan Penilaian Pencapaian Diri 17 17 17 20 23 26 28 29 31 35 36 37 39 The Malaysian Insurance Institute

KANDUNGAN
SIJIL PEPERIKSAAN INSURANS HAYAT - BERKAIT PELABURAN
Muka

PRODUK INSURANS HAYAT BERKAIT PELABURAN SENARIO DUNIA


4.1 Pengenalan 4.2 Di United Kingdom 4.3 Di Amerika Syarikat 4.4 Di Singapura 4.5 Di Malaysia Soalan Penilaian Pencapaian Diri 41 41 43 44 45 47

JENIS-JENIS PRODUK INSURANS HAYAT BERKAIT PELABURAN


5.1 Pengenalan 5.2 Definisi 5.3 Ciri-ciri Polisi Insurans Hayat Berkait Pelaburan 5.4 Jenis-jenis Polisi Insurans Hayat Berkait Pelaburan 5.5 Pinjaman Dan Pembatalan Polisi Insurans Hayat Berkait Pelaburan 5.6 Garis Panduan Modal Berasaskan Risiko Soalan Penilaian Pencapaian Diri 49 51 54 54 61 62 67

STRUKTUR DANA BERKAIT PELABURAN


6.1 Pengenalan 6.2 Pengumpulan Unit 6.3 Pengagihan Unit 6.4 Jenis-jenis Dana Berkait Pelaburan 6.5 Profil Risiko - Pulangan 6.6 Pertukaran Soalan Penilaian Pencapaian Diri 69 69 69 69 71 72 74

The Malaysian Insurance Institute

KANDUNGAN
SIJIL PEPERIKSAAN INSURANS HAYAT - BERKAIT PELABURAN
Muka

BAGAIMANA PRODUK INSURANS BERKAIT PELABURAN BERFUNGSI


7.1 Pengenalan 7.2 Gerak Kerja Insurans Hayat Berkait Pelaburan 7.3 Tambah Nilai 7.4 Polisi Premium Tunggal - Kaedah Pengiraan Manfaat 7.5 Manfaat Pengeluaran 7.6 Nilai Serahan 7.7 Manfaat Kematian 7.8 Polisi Premium Tetap Soalan Penilaian Pencapaian Diri 76 76 78 78 83 83 83 85 90

MANFAAT DAN RISIKO MELABUR DI DANA BERKAIT PELABURAN


8.1 Pengenalan 8.2 Manfaat 8.3 Risiko Melabur Dalam Dana Berkait Pelaburan Soalan Penilaian Pencapaian Diri 92 92 93 95

PERBANDINGAN DI ANTARA PRODUK INSURANS HAYAT BERKAIT PELABURAN DENGAN PRODUK INSURANS HAYAT TRADISIONAL BESERTA KEUNTUNGAN
9.1 Pengenalan 9.2 Produk Insurans Hayat Tradisional Dijamin Tanpa Keuntungan 9.3 Produk Insurans Hayat Tradisional Beserta Keuntungan 9.4 Produk Insurans Hayat Berkait Pelaburan 9.5 Lain-lain Perbandingan - Ketelusan Soalan Penilaian Pencapaian Diri 97 97 98 100 103 104

The Malaysian Insurance Institute

KANDUNGAN
SIJIL PEPERIKSAAN INSURANS HAYAT - BERKAIT PELABURAN
Muka

10

PERCUKAIAN DAN UNDANG-UNDANG BERKAITAN PRODUK INSURANS HAYAT BERKAIT PELABURAN


10.1 Pengenalan 10.2 Aspek Percukaian Insurans Hayat Berkait Pelaburan 10.4 Lain-lain Keperluan Perundangan Soalan Penilaian Pencapaian Diri 106 106 112 113

10.3 Undang-undang Yang Mengawal Insuran Hayat Berkait Pelaburan 107

11

MENGENALPASTI DAN MEWUJUDKAN KEPERLUAN PELANGGAN


11.1 Pengenalan 11.2 Mewujudkan Hubungan Dengan Pelanggan 11.3 Mengumpulkan Semua Maklumat Penting Kewangan 11.4 Mengenalpasti Kedudukan Kewangan Semasa Dan Matlamat Kewangan 11.5 Merangka Pelan Dan Strategi Untuk Mencapai Matlamat 11.6 Membincangkan Cadangan Yang Difikirkan Wajar 11.7 Melaksanakan Cadangan Yang Telah Dipersetujui 11.8 Mengawasi Portfolio Soalan Penilaian Pencapaian Diri 115 115 116 116 117 117 117 118 119

12

PEMASARAN DAN KHIDMAT LEPAS JUALAN, KOD ETIKA DAN KOD PERLAKUAN
12.1 Pengenalan 12.2 Pemasaran 12.3 Etika Dan Perlakuan Soalan Penilaian Pencapaian Diri 121 121 127 138 140

JAWAPAN SOALAN PENILAIAN PENCAPAIAN DIRI

The Malaysian Insurance Institute

PENGENALAN MENGENAI PELABURAN BERKAIT DENGAN INSURANS HAYAT


1.1 PENGENALAN

Industri insurans di Malaysia telah mengalami pertumbuhan yang memberangsangkan


sejak 15 tahun lepas. Sebahagian dari faktor yang menyumbang kepada pertumbuhan itu ialah disebabkan syarikat-syarikat insurans di Malaysia telah menggiatkan usaha merangka dan menawarkan pelan-pelan insurans yang lebih berkualiti serta mengutamakan kepentingan pelanggan. Perubahan-perubahan ini memberi petanda positif terhadap kestabilan industri insurans secara keseluruhannya. Pelan-pelan insurans yang baru diperkenalkan telah menerima sambutan baik di pasaran dan salah satu produk yang dianggap paling popular ialah pelan Insurans H a y a t B e r k a i t P e l a b u r a n . Menurut Laporan Tahunan Ketua Pengarah Insurans Bank Negara Malaysia 2009, jumlah polisi baru pelan insurans hayat berkait pelaburan telah meningkat dari 498,338 polisi pada tahun 1990 kepada 1,403,562 polisi pada tahun 2009. Salah satu fakta menarik yang menyumbang kepada perkembangan tersebut ialah pengenalan pelan-pelan Insurans Berkait Pelaburan di Malaysia. Pelan insurans berkait pelaburan ini mula diperkenalkan pada penghujung tahun 1990an dan sejak itu ia telah mengalami pertumbuhan yang stabil dan memberangsangkan. Laporan Tahunan BNM juga telah menunjukkan pertumbuhan aliran premium tahunan polisi-polisi insurans berkait pelaburan dengan peningkatan dari 25.7% pada tahun 2005 kepada 30.6% pada tahun 2009. Industri juga telah mula menyaksikan lebih banyak syarikat-syarikat insurans beralih arah dengan mengurangkan aktiviti jualan polisi-polisi endowmen dan seumur hidup tradisional dan kini usaha bertumpu ke arah memperkenalkan lebih banyak pelan-pelan insurans berkait pelaburan dalam portfolio perniagaan masing-masing. Ini merupakan suatu perubahan yang positif. Rakyat Malaysia telah menjadi lebih peka terhadap perubahan ini dan mereka berusaha untuk memastikan bahawa mereka dapat mengawal sebarang bentuk pelaburan yang mereka pilih. Dan polisi-polisi insurans berkait pelaburan memberi peluang kepada mereka untuk mengawal pelaburan seperti yang mereka ingini. Kini, pelanggan lebih bersedia untuk membeli dan memiliki polisi berkait pelaburan kerana mereka boleh memilih amaun perlindungan yang diperlukan dan dalam masa yang sama berpeluang menikmati pulangan lumayan atas simpanan pelaburannya. Apakah polisi insurans berkait pelaburan itu sebenarnya? Pelan insurans berkait pelaburan menawarkan kepada pemegang polisi atau pelabur suatu polisi yang mempunyai kaitan secara langsung dengan prestasi pelaburan. Dengan lain perkataan, pelan ini bukan sahaja menawarkan pilihan amaun perlindungan, malah ia juga memperuntukkan sebahagian dari jumlah insurans yang dibayar digunakan untuk membeli mana-mana dana pelaburan yang ditawarkan oleh pihak syarikat insurans. Pemegang polisi perlu diberitahu dan diberi kesedaran tentang satu fakta penting apabila mereka membeli polisi insurans berkait pelaburan. Oleh kerana polisi insurans yang mereka beli mempunyai kaitan secara langsung dengan prestasi pelaburan, nilai polisi akan ditunjukkan dalam bentuk unit pegangan saham di mana-mana dana pelaburan yang dipilih/diuruskan oleh syarikat insurans. Kadangkala, syarikat insurans juga membuat pelaburan melalui pengurus pelaburan yang dilantik khusus untuk mengurus dana-dana pelaburan berkenaan. Oleh itu, pemegang polisi perlu diberitahu bahawa dana pelaburan tersebut adalah terdedah kepada tekanan turun naik harga pasaran harian, dan ia akan serta boleh mempengaruhi nilai polisi.p a g e
PENGENALAN MENGENAI PELABURAN BERKAIT DENGAN INSURANS HAYAT

CEILLI

PENGENALAN MENGENAI PELABURAN BERKAIT DENGAN INSURANS HAYAT

Pemegang polisi perlu diberitahu bahawa nilai unit pegangan pelaburannya akan dipengaruhi secara langsung oleh nilai dana pelaburan yang dipilih. Oleh itu, manfaat pelaburan yang diperolehi adalah berdasarkan nilai pasaran ketika manfaat polisi dibayar. Secara mudahnya, pemegang polisi perlu sedar bahawa pelan insurans berkait pelaburan yang mereka miliki mungkin tidak mengalami sebarang peningkatan nilai harga atau mungkin mencatat peningkatan kadar harga mengikut peredaran masa. Terdapat kemungkinan iaitu sekiranya dana pelaburan mengalami kejatuhan harga, pemegang polisi akan kehilangan semua premium yang telah dibayar dan perlindungan yang disediakan. Pemegang polisi juga perlu sedar bahawa keadaan sebaliknya mungkin boleh berlaku dimana mereka boleh meraih keuntungan dari peningkatan harga pasaran. Polisi ini direka sebegitu rupa dengan memindahkan keadaan ketidakpastian memperolehi keuntungan atau mengalami kerugian pelaburan kepada pemegang polisi, malah ia tidak dapat memberi jaminan kadar faedah atau nilai serahan tunai minimum. Secara teori, nilai serahan tunai boleh menyusut hingga ketahap sifar dan sekiranya ini terjadi, kuatkuasa polisi akan ditamatkan. Pemegang polisi perlu sedar bahawa dalam usaha untuk mencatat keuntungan tambahan dari pelaburan yang dijangka menguntungkan, mereka juga perlu bersedia menanggung kemungkinan mengalami kerugian dalam pelaburan. Dana pelaburan yang digunakan dalam polisi insurans berkait pelaburan memiliki kepelbagaian dalam bentuk pelaburannya. Ia juga boleh meliputi jenis pelaburan yang lebih meluas seperti pelaburan dalam ekuiti atau saham, bon, faedah tetap, dana pelaburan asing, hartanah, matawang dan sebagainya. Dana-dana ini mungkin berbentuk `unit amanah luaran` atau `dana berkait pelaburan unit dalaman`. Perlu diingat bahawa dana berkait pelaburan unit dalaman merupakan sebahagian dari dana insurans hayat bagi sesebuah syarikat insurans hayat. Oleh itu, pemegang polisi ditawarkan pelbagai pilihan dana berkait unit amanah dimana pemegang polisi boleh membuat pelaburan. Pelan insurans berkait pelaburan bukanlah suatu fenomena baru dalam industri insurans. Polisi berkait pelaburan telah lama diperkenalkan di pasaran, tetapi ia hanya mula diperkenalkan di Malaysia pada penghujung tahun 1990an. Bagi tujuan pembelajaran kursus ini, istilah Berkait Pelaburan akan digunakan, yang membawa maksud yang sama bagi polisi serupa yang dipasarkan di Singapura. Ia juga membawa pengertian yang serupa untuk polisi Berkait Unit yang terdapat di United Kingdom dan Hayat Boleh Ubah yang dijual di Amerika Syarikat.

CEILLI

PENGENALAN MENGENAI PELABURAN BERKAIT DENGAN INSURANS HAYAT

1
BAB 1

PENGENALAN MENGENAI PELABURAN BERKAIT DENGAN INSURANS HAYAT


SOALAN PENILAIAN PENCAPAIAN DIRI

1. Apakah faktor utama yang menyebabkan industri insurans di Malaysia berkembang dengan begitu pesat? a. Dasar liberalisasi peraturan oleh Kementerian Kewangan dan Bank Negara Malaysia. b. Pengenalan polisi-polisi berkait pelaburan. c. Inisiatif yang digerakkan oleh syarikat insurans dalam mereka bentuk dan menawarkan pelan insurans yang terbaik dan mengutamakan kepentingan pelanggan. d. Pertumbuhan kukuh ekonomi negara. 2. Apakah yang dimaksudkan dengan polisi berkait pelaburan? a. b. c. d. Polisi insurans hayat seumur hidup berserta keuntungan. Polisi jaminan modal dan keuntungan. Polisi endowmen. Pelan insurans yang menawarkan manfaat perlindungan dan pulangan pelaburan.

3. Semua kenyataan yang diberikan di bawah adalah benar, kecuali :a. Polisi berkait pelaburan mempunyai kaitan secara langsung dengan pencapaian pelaburan. b. Apabila polisi telah berkuatkuasa, pelaburan pelanggan akan berkembang dengan stabil. c. Pengurus dana akan memastikan polisi berkait pelaburan dilindungi dari kemudahruapan atau keadaan turun naik pasaran. d. Polisi berkait pelaburan hanya menyediakan perlindungan insurans sahaja. 4. Polisi insurans berkait pelaburan dikenali dengan pelbagai nama berikut diseluruh dunia, kecuali :a. b. c. d. Polisi Berkait Dana Bersama. Polisi Berkait Unit. Polisi Hayat Variabel. Takaful Keluarga Berkait Pelaburan.

page
PENGENALAN MENGENAI PELABURAN BERKAIT DENGAN INSURANS HAYAT

CEILLI

PENGENALAN MENGENAI PELABURAN BERKAIT DENGAN INSURANS HAYAT

5. ... direka bentuk bagi memindahkan ketidakpastian terhadap keuntungan atau kerugian pelaburan kepada pemegang polisi... Kenyataan ini menerangkan dengan tepat tentang a. Pemegang polisi yang memilih polisi insurans berkait pelaburan perlu menyedari bahawa mereka bertanggungjawab mengawasi pencapaian pelaburan polisinya bagi memastikan mereka mendapat pulangan yang munasabah. Peluang untuk polisi mencapai pulangan sifar adalah mustahil kerana pengurus dana, syarikat insurans dan ejen akan memastikan polisi akan meraih keuntungan sepanjang masa. Syarikat insurans dan pengurus dana akan melepaskan tanggungjawabnya setelah polisi dikeluarkan, sebaliknya ejen dan pemegang polisi sendiri y a n g p e r l u mengawasi pergerakan dana pelaburannya. Ejen hanya bertanggungjawab terhadap pelanggan sahaja dan akan memastikan perkembangan polisi setiap masa.

b.

c.

d.

6. Pelan berkait pelaburan mempunyai ciri-ciri berikut :i. ii. iii. iv. a. b. c. d. menyediakan perlindungan kematian dan hilang upaya kekal. turut serta dalam pelaburan yang diurus oleh insurer. mampu menawarkan pulangan pelaburan yang memuaskan sekiranya diurus dengan baik. bergantung kepada kebolehan pelanggan melabur di pasaran ekuiti. i, ii, iv sahaja i, iii, iv sahaja ii, iii, iv sahaja i, ii, iii sahaja

JAWAPAN DISEDIAKAN DI BAHAGIAN AKHIR BUKU INI.

CEILLI

PENGENALAN MENGENAI PELABURAN BERKAIT DENGAN INSURANS HAYAT

PERTIMBANGAN UTAMA DALAM PELABURAN


2.1 PENGENALAN

Ketika berlaku Krisis Kewangan Asia 1997, banyak pihak menerima kesan ekonomi negatif dan mereka juga kemudiannya mengalami kerugian yang lebih teruk apabila Krisis Kewangan Global melanda dunia baru-baru ini. Ekonomi negara jatuh merudum dan banyak pucuk pimpinan kerajaan menjadi tidak stabil. Pihak kerajaan dan industri telah mengambil beberapa tindakan drastik dalam usaha mengawal kesan kejatuhan ekonomi. Sungguhpun demikian, secara keseluruhan, ramai pihak menanggung kerugian akibat kehilangan dana simpanan sepanjang hayatnya atau dana simpanan mengalami kejatuhan nilai. Setelah melalui cabaran kejatuhan ekonomi yang begitu getir, tugas untuk meyakinkan orang ramai untuk membuat pelaburan menjadi lebih sukar. Peredaran masa yang berlalu telah menyaksikan sebahagian besar para pelanggan telah menjadi lebih cekap dalam aspek-aspek pelaburan. Kebanyakan dari mereka belajar dari pengalaman sukar yang mereka tempuhi sehingga mengalami kerugian. Bersandarkan kepada pengalaman getir kesan dari kejatuhan ekonomi, semua pihak mula menyedari betapa pentingnya khidmat nasihat pelaburan yang cekap dan berkesan. Sebahagian besar para pelabur di Malaysia adalah merupakan pelabur kecil-kecilan yang bertindak melabur sebagai pelabur runcit dan tidak berupaya melakukan penyelidikan dan analisa pelaburan. Mereka biasanya membuat keputusan pelaburan berdasarkan dari desas-desus dan khabar angin, gosip, `tip pelaburan dari rakan-rakan dan perbualan di kedai kopi. Tujuan utama kursus ini ialah untuk memberi pendedahan kepada ejen-ejen mengenai pengetahuan asas yang berkait rapat dengan bagaimana, apa, bila, di mana dan mengapa perlu membuat pelaburan. Ejen mempunyai tanggungjawab moral terhadap pelanggan untuk mendidik mereka tentang prinsip-prinsip asas pelaburan agar pelanggan mampu membuat keputusan pelaburan yang tepat. Terdapat beberapa asas pertimbangan utama yang perlu diberi perhatian sebelum membuat sesuatu keputusan pelaburan. Berikut adalah beberapa pertimbangan penting yang perlu diberitahu kepada pelanggan. Kefahaman yang menyeluruh mengenainya adalah penting sebelum seseorang itu terlibat dalam sesuatu keputusan pelaburan. Pertimbangan utama tersebut ialah :-

1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8.

Objektif pelaburan Peruntukan dana sedia ada Risiko atau jaminan Prospek pelaburan Kemudahan menggunakan dana Aspek percukaian Prestasi pelaburan Kepelbagaian.

page
PERTIMBANGAN UTAMA DALAM PELABURAN

CEILLI

PERTIMBANGAN UTAMA DALAM PELABURAN


2.2 OBJEKTIF PELABURAN

Keinginan dan objektif untuk melabur wang simpanan sedia ada akan sentiasa meningkat, manakala setiap bentuk pelaburan pula boleh dikategorikan kepada 3 ciri-ciri asas iaitu :a) b) c) Keselamatan Pendapatan Pertumbuhan

Sungguhpun tidak mustahil apabila pelabur menetapkan lebih dari satu objektif pelaburan seperti yang dinyatakan di atas, k e j a y a a n s e s u a t u p e l a b u r a n i t u m e m e r l u k a n pengorbanan dari pihak lain pula. Mari kita fahami secara lebih lanjut mengenai 3 ciri-ciri asas yang dinyatakan sebelum ini. a) KESELAMATAN

Adalah tidak keterlaluan untuk kita menyatakan bahawa tidak ada satu pun bentuk pelaburan yang boleh dianggap benar-benar kukuh dan selamat. Kita boleh membuat pilihan pelaburan yang dianggap selamat melalui pelaburan dalam bon terbitan kerajaan atau bon sukuk atau mana-mana pelaburan yang terdapat dalam pasaran wang seperti bil perbendaharaan atau akaun simpanan tetap. (Instrumen pelaburan ini akan dibincangkan lebih lanjut dalam Bab 3 buku ini). Instrumen yang dinyatakan di atas secara relatifnya menjanjikan pulangan pelaburan yang dianggap selamat tetapi pelanggan terpaksa melupakan peluang memperolehi aliran pendapatan dan pertumbuhan kadar pelaburan kerana pulangan dari instrumen pelaburan ini agak konservatif, meskipun ia dapat membantu pelanggan membentuk lindung nilai dari berlakunya inflasi. b) PENDAPATAN

Pelaburan yang paling selamat juga merupakan pelaburan yang menjanjikan pulangan kadar pendapatan yang rendah, seperti yang terdapat dalam simpanan tetap bank. Sekiranya pelabur memilih aliran pendapatan tetap secara berterusan, pelabur perlu melabur dalam portfolio pelaburan berisiko tinggi. Pelabur perlu diberitahu tentang wujudnya pilihan RISIKO PULANGAN dan pelabur perlu menerima kenyataan tersebut sebelum terlibat dalam kaedah pelaburan berkenaan. Gambar rajah yang ditunjukkan di bawah merupakan ilustrasi ringkas mengenai fakta yang dinyatakan :-

CEILLI

PERTIMBANGAN UTAMA DALAM PELABURAN

2
RISIKO

PERTIMBANGAN UTAMA DALAM PELABURAN

BON / SIMPANAN TETAP

EKUITI / SAHAM

PULANGAN

c)

PERTUMBUHAN

Sebahagian pelabur melihat pertumbuhan dalam pelaburannya menjadi keutamaannya. Objektif ini akan menjadi kenyataan sekiranya pelabur melabur dalam pelaburan berasaskan pertumbuhan seperti pasaran saham, komoditi dan lain-lain bentuk pelaburan saham. Objektif utama pelanggan terlibat dalam bentuk pelaburan seperti ini ialah untuk meraih keuntungan modal dan memiliki pegangan saham dalam jangka masa panjang agar dapat meraih keuntungan dari pertumbuhan pelaburan. Pelabur yang mengutamakan keuntungan modal merupakan individu yang dapat melihat kemungkinan pertumbuhan jangka panjang, bukan individu bersifat mengutamakan pulangan tetap jangka panjang dari portfolio pelaburannya. Pertumbuhan modal biasanya berkait rapat dengan pembelian saham biasa di pasaran, terutamanya sekuriti pertumbuhan yang menawarkan peluang peningkatan nilai. Bagi tujuan ini, saham biasa kerap diletakkan dalam kategori saham pelaburan paling berspekulasi kerana kemungkinan meraih untung adalah bergantung kepada apa yang akan berlaku pada masa hadapan yang tidak dapat dijangka. Manakala saham mewah pula menjanjikan pelaburan paling terbaik dengan jaminan keselamatan yang dianggap wajar, pulangan pendapatan yang sederhana dan berpotensi untuk menjana pertumbuhan modal kerana dalam jangka masa panjang syarikat menjadi lebih matang dan berupaya mencatat peningkatan perolehan dan pendapatan korporat.

PERTIMBANGAN UTAMA DALAM PELABURAN

CEILLI

PERTIMBANGAN UTAMA DALAM PELABURAN


LAIN-LAIN OBJEKTIF PELABURAN

Sungguhpun objektif asas bagi setiap pelabur biasanya boleh dikelaskan dalam 3 kategori yang dinyatakan sebelum ini, para pelabur juga mempunyai objektif sampingan yang lebih dekat di hati dan difokuskan kepada keperluan peribadi. Objektif sampingan yang lebih khusus ini memberi tumpuan kepada :a) b) c) d) e) f) g) h) i) j) Memastikan pencapaian taraf hidup yang selesa Menyediakan dana kepada tanggungan Menyediakan dana pendidikan dan perbelanjaan kebajikan anak-anak Meningkatkan kedudukan kewangan keluarga Melindung nilai inflasi Menyelesaikan liabiliti Menyediakan pendapatan persaraan Mencapai jaminan kebebasan kewangan Mencapai suatu tahap tertinggi yang melangkaui jaminan kebebasan kewangan Menyediakan dana bagi membiayai perbelanjaan perlu dan bayaran cukai sekiranya berlaku kematian.

Berdasarkan dari objektif pelaburan yang dinyatakan di atas, pelabur perlu memilih samada melabur dalam instrumen pelaburan yang menghasilkan pendapatan atau instrumen pelaburan yang mencatat pertumbuhan. Pelanggan atau pelabur perlu diberitahu bahawa jenis pelaburan yang berbeza akan menghasilkan pulangan kombinasi pendapatan serta risiko yang terkandung dalam pelaburan berkenaan. Ejen seharusnya berupaya mengenalpasti kombinasi objektif pelaburan yang sesuai dan bertepatan dengan kehendak pelanggan. Ejen juga perlu menganalisa faktor-faktor risiko-pulangan bagi memastikan tercapainya objektif pelaburan yang ditetapkan. Ia bukanlah kerja yang mudah tetapi tidak mustahil. Pastikan pelanggan diberi kefahaman yang secukupnya tentang bagaimana mekanisma pelaburan berfungsi dalam situasi yang tidak menentu. Mengenalpasti dana lebihan yang boleh digunakan bagi mencapai objektif pelaburan perlu menjadi keutamaan ejen. Dengan cara ini, ejen bukan sahaja dapat mewujudkan kepercayaan dan keyakinan pelanggan, malah ia berada dalam kedudukan terbaik untuk memberi khidmat nasihat yang boleh diterima oleh pelanggan.

CEILLI

PERTIMBANGAN UTAMA DALAM PELABURAN

PERTIMBANGAN UTAMA DALAM PELABURAN


2.3 PERUNTUKAN DANA SEDIA ADA

Pelanggan perlu mengetahui berapa banyak dana atau modal yang ia ada untuk dilaburkan. Jumlah dana yang ia ada akan memberi kesan ketika menentukan keputusan pelaburan. Untuk itu, adalah penting bagi setiap individu untuk merangka dan menyelenggara belanjawan peribadi. Cabaran terbesar yang biasa dihadapi oleh semua orang ketika ingin membuat pelaburan ialah membuat peruntukan dana yang secukupnya. Kebiasaannya, seseorang itu terlalu menumpukan perhatian dalam mengimbangi pendapatan dengan perbelanjaan, sehingga ia terlupa untuk merangka belanjawan yang lengkap dan teratur. Keupayaan merangka belanjawan peribadi membolehkan seseorang individu itu mengawal corak perbelanjaan dan membuat simpanan, disamping peruntukan perbelanjaan percutian, persaraan dan pendidikan anak-anak. Fakta penting yang perlu diketahui ialah setiap pelanggan adalah terdedah kepada situasi dimana mereka perlu mempunyai dan mengemaskini rekod analisa Aliran Tunai dan Nilai Bersih sebelum membuat sebarang keputusan pelaburan. Analisa ini dapat membantu pelanggan mengetahui dengan tepat bahawa mereka mempunyai sumber kewangan yang mencukupi untuk dilaburkan dan seterusnya memantau obligasi kewangan pelaburannya. Segala usaha akan menjadi sia-sia sekiranya pelanggan bersetuju untuk melabur hanya semata-mata berdasarkan minat yang ditimbulkan oleh ejen dan kemungkinan memperolehi keuntungan besar. Oleh yang demikian, memiliki dan mengemaskini rekod analisa Aliran Tunai dan Nilai Bersih adalah penting untuk setiap individu. Bagi tujuan kursus ini, analisa aliran tunai dan nilai bersih tidak akan dibincangkan secara mendalam, cukuplah sekadar menunjukkan kaedah analisa mudah seperti yang ditunjukkan dalam ilustrasi di bawah :-

A) ANALISA RINGKAS ALIRAN TUNAI BULANAN


No
1 2 3 4 5 6 7 8 JUMLAH

PENDAPATAN (A)
Gaji Sewaan Komisen Lain - Lain -

RM
5,000.00

PERBELANJAAN (B)
Sewa / bayaran pinjaman perumahan -

RM
1,000.00

500.00 Runcit dan bil utiliti 1,000.00 Elaun anak / ibubapa 1,000.00 PendidikanPinjaman - (kereta,kad kredit d.s.b.) Premium insurans Simpanan Pelbagai 7,500.00

2,000.00 5 1,000.00 6,500.00

PERTIMBANGAN UTAMA DALAM PELABURAN

CEILLI

PERTIMBANGAN UTAMA DALAM PELABURAN

Melalui analisa mudah ini, kita telah mengenalpasti bahawa pelanggan ini mempunyai lebihan sebanyak RM1000.00 sebulan dan lebihan ini boleh digunakan untuk membiayai pelan pelaburan.

B) ANALISA RINGKAS NILAI BERSIH


NO 1 2 3 4 5 ASET (Nilai sekarang) Rumah Kereta KWSP SIMPANAN NILAI SERAHAN (Insurans) TOTAL AMAUN 220,000.00 30,000.00 20,000.00 1,500.00 20,000.00 LIABILITI Baki pinjaman rumah Baki pinjaman kereta Baki Kad Kredit Pinjaman peribadi Lain-lain AMAUN 200,000.00 35,000.00 5,500.00 10,000.00 15,000.00 265,500.00

Berdasarkan dari contoh yang ditunjukkan di atas, kita boleh membuat kesimpulan yang pelanggan berkenaan mempunyai nilai bersih positif, iaitu ASET ditolak dengan LIABILITI ( RM 291,500 RM 265,500 = RM 26,000). Analisa yang dibuat, kita boleh mencadangkan agar pelanggan melabur dalam pelan pelaburan yang mudah dan selamat serta mampu memenuhi objektif pelaburan pelanggan. Kita sebenarnya mampu menyimpan sungguhpun sebahagian besar pendapatan yang diperolehi digunakan untuk membayar pelbagai hutang pinjaman perumahan, pinjaman peribadi, termasuk juga kad kredit hutang terkumpul. Warren Buffet pernah memberi nasihat, langkah pertama yang perlu dilakukan ialah menyimpan sebahagian dari pendapatan untuk digunakan bagi tujuan pelaburan sebelum anda berfikir untuk membelanjakannya. Kita tidak perlu menunggu sehingga simpanan mencecah sejuta ringgit untuk memulakan pelaburan. Kita boleh mula melabur dengan modal RM500 setiap bulan, dan lihat bagaimana pelaburan tersebut berkembang. Berbekalkan jumlah dana yang ada, pelanggan boleh menentukan bentuk pelaburan yang bagaimanakah yang harus dipilih dan kemudiannya melaburlah secara tetap dan berterusan. Sekiranya pelanggan boleh memperuntukkan sebahagian dari pendapatan s e m a s a , y a n g merupakan lebihan dari keperluan semasa, maka pelaburan seperti pelan insurans berkait pelaburan, unit amanah dan sebagainya adalah antara pilihan pelaburan yang sesuai.

10

CEILLI

PERTIMBANGAN UTAMA DALAM PELABURAN

PERTIMBANGAN UTAMA DALAM PELABURAN


2.4 RISIKO ATAU JAMINAN

Dalam persekitaran hidup harian, terdapat pertimbangan yang perlu difikirkan iaitu diantara jangkaan pulangan pelaburan dengan risiko yang perlu ditanggung. Pelabur yang enggan menanggung risiko seharusnya berpuashati dengan kadar pulangan rendah. Sekiranya pelabur ingin mendapat kadar pulangan pelaburan yang lebih tinggi, mereka perlu sanggup menanggung risiko yang tinggi juga. Perkara pertama yang perlu diketahui dalam mempelajari bagaimana untuk melabur dalam pasaran saham ialah mengetahui apakah bentuk profil risiko pelabur yang bakal ditanggung. Kemudian, anda perlu menentukan cara terbaik dalam membuat peruntukan pelaburan diantara pelbagai kelas aset yang ada. Sekiranya kita tidak mengetahui apakah profil risiko pelabur atau dimana kita melabur, kita mungkin akan menghadapi kerugian. Contohnya, pelabur berusia 80 tahun membuat pelaburan besar dalam pasaran saham dana agresif, atau pelabur bujang berusia awal 20an hanya melabur dalam pasaran bon, atau seseorang yang amat gentar atau mengalami ketegangan mental melabur dalam pasaran komoditi. Tanpa pengetahuan secukupnya dan pertimbangan yang tepat, seseorang itu mungkin memasuki atau keluar pasaran secara terburu-buru sehingga boleh mendatangkan kerugian kepada portfolio pelaburannya. Adalah tidak mustahil dalam waktu yang singkat pelabur ini akan menghadapi situasi dimana modal pelaburan asal semakin merosot dengan banyaknya. Bagaimanakah Profil Risiko Pelaburan Anda? Kenali diri Anda! Melabur merupakan salah satu cara dimana wang anda bekerja untuk anda dan anda mampu menghadapi risiko yang telah dipertimbangkan bagi memperolehi pulangan atau keuntungan yang memuaskan: ia adalah lebih baik dari menyimpan wang secara pasif, iaitu menyimpan wang di rumah. Lebih banyak anda mengetahui tentang risiko dan bagaimana ia boleh memberi kesan kepada pelaburan anda, lebih mudah anda membuat keputusan pelaburan. Hakikatnya, terdapat undang-undang yang menyatakan bahawa pulangan atau keuntungan yang anda perolehi adalah setara dengan risiko yang anda ambil. Definisi risiko yang dinyatakan dibawah memberi gambaran yang lebih jelas: Konsep risiko dalam pelaburan berkait rapat dengan keadaan pasaran yang mudahruap atau sejauh mana harga saham atau saham amanah mengalami turun naik harga. Semakin tinggi berlakunya pergerakan turun naik harga, semakin tinggi risiko yang perlu ditanggung. Ini adalah kerana pelabur berpeluang cerah untuk meraih keuntungan atau mengalami kerugian, berbanding dengan dana pelaburan yang tidak terdedah dengan kekerapan turun naik harga. Lanjutan dari konsep pelaburan ini, pengertian agresif atau berisiko tinggi bermaksud dana amanah atau saham yang mempunyai potensi untuk mendapat pulangan yang tinggi disebabkan dorongan mudah-ruap pasaran. Sebaliknya, berisiko rendah atau konservatif bermaksud saham atau dana amanah yang didagangkan seiring dengan purata harga biasanya dan pasaran bergerak lebih stabil.

page
PERTIMBANGAN UTAMA DALAM PELABURAN

CEILLI

11

PERTIMBANGAN UTAMA DALAM PELABURAN

Ujian memprofil risiko atau lain-lain ujian yang seumpama dengannya lebih cenderung untuk memberi tumpuan kepada melengkapkan data mengenai umur, tahap pendapatan, latar belakang keluarga, kedudukan kewangan semasa, serta sikap dan kecenderungan terhadap pelaburan secara keseluruhan. Antara elemen penting dalam menentukan dimana kedudukan sikap dan kecenderungan pelabur ialah sejauh mana sofistikatednya kehidupan mereka dan seluas mana pengalamannya dalam dunia pelaburan. Akhirnya, sejarah biodata diri dan sikap terhadap keinginan melabur akan mempengaruhi bagaimana anda akan bertindak seterusnya; pastinya anda merangka strategi pelaburan setelah anda mengambilkira keselesaan diri dan ketenangan fikiran.

2.5 PROSPEK PELABURAN


Prospek pelaburan didefinisikan sebagai; tempoh masa bagi sejumlah wang itu dijangka akan dilaburkan. Prospek kejayaan pelaburan bagi setiap individu adalah bergantung kepada bagaimana dan bila modal pelaburan diperlukan, dan pengaruh prospek pelaburan dapat mengoptimakan strategi pelaburan. Secara amnya, semakin singkat jangka masa prospek pelabur, semakin rendah risiko yang perlu ditanggung oleh pelabur berkenaan. Secara dasar, prospek pelaburan bermaksud jangkaan tempoh masa yang diperlukan bagi pelabur untuk mengekalkan pegangan saham atau portfolio pelaburannya. Prospek pelaburan digunakan untuk menentukan keperluan pendapatan pelabur dan kemampuannya menerima pendedahan risiko, dan ianya digunakan bagi membantu memilih sekuriti atau saham yang bersesuaian.

2.6 KEMUDAHAN MENGGUNAKAN DANA


Kita perlu memahami bahawa pelanggan akan melabur dengan motif utama untuk mendapatkan keuntungan dan keuntungan tersebut digunakan untuk menampung perbelanjaan tertentu. Berpandukan kepada motif ini, kemudahan mengenalpasti dan menggunakan dana boleh dibahagikan kepada 3 komponen penting :a) Sekiranya pelanggan memerlukan dana dalam jangka masa pendek, pelanggan tidak akan melabur dalam pelaburan yang tidak membolehkannya memperolehi semula wang pelaburannya dalam jangka masa yang diingini. Dana jangka pendek tidak sesuai dan tidak menepati kehendak sekiranya digunakan dalam pelaburan jangka panjang seperti pelaburan hartanah atau bon jangka panjang. Sekiranya pelabur memutuskan untuk mendapatkan semula wang pelaburannya, ia mungkin tidak akan memperolehi kesemua keuntungan yang dijangkakan, malah ia mungkin dikenakan penalti kerana bertindak keluar pasaran terlalu awal.

12

CEILLI

PERTIMBANGAN UTAMA DALAM PELABURAN

2
c)

PERTIMBANGAN UTAMA DALAM PELABURAN

b) Elemen kedua yang perlu diambilkira ialah kos atau penalti yang perlu ditanggung oleh pelabur sekiranya ia bertindak keluar pasaran terlalu awal. Sekiranya penalti yang dikenakan terlalu tinggi, ia tentulah bertentangan dengan objektif asal pelaburan. Oleh itu, adalah penting untuk memastikan dana pelaburan dapat diperolehi semula tanpa perlu membayar kos atau penalti yang tinggi. Pertimbangan ketiga ialah berapakah jumlah kos yang perlu disediakan oleh pelabur sekiranya ia ingin memasuki pasaran? Adalah penting bagi kita untuk memberitahu pelanggan tentang kos sebenar yang diperlukan untuk membuka dan memulakan akaun pelaburan. Sekiranya perkara ini diberitahu lebih awal sebelum membuat pelaburan, ia pastinya dapat membantu pelanggan membuat persediaan yang sewajarnya.

2.7 ASPEK PERCUKAIAN


Pelanggan perlu mengambilkira bahawa cara pengiraan cukai adalah berbeza bagi setiap jenis pelaburan yang berbeza. Perbezaan aspek percukaian ini perlu diambil kira sebelum membuat keputusan untuk membuat pelaburan. Portfolio pelaburan yang berbeza menikmati layanan percukaian yang berlainan. Keupayaan untuk memahami dan mengetahui bagaimana kaedah pengiraan cukai bagi setiap jenis pelaburan yang berbeza adalah penting sebelum sesuatu keputusan pelaburan dibuat. Untuk polisi insurans berkait pelaburan, tiada peraturan atau undang-undang percukaian yang khusus, yang dikenakan atas polisi ini. Polisi ini menerima layanan percukaian yang sama seperti lain-lain polisi insurans tradisional. (Bab 10 dalam buku ini akan membincangkan dengan lebih lanjut mengenai aspek-aspek percukaian).

2.8 PRESTASI PELABURAN


Prestasi atau pencapaian bagi setiap pelaburan amat bergantung kepada faktor-faktor berikut :a) b) c) d) e) f) g) Faktor-faktor ekonomi negara. Faktor-faktor ekonomi serantau dan dunia. Keupayaan dan kecekapan kumpulan pengurusan. Tahap kos syarikat yang menerima pelaburan. Pencapaian dan kejayaan terdahulu. Sejarah syarikat yang menerima pelaburan. Kitaran hayat pelaburan.

Faktor-faktor yang dinyatakan di atas merupakan sebahagian dari pertimbangan yang perlu diambil kira sebelum sesuatu keputusan pelaburan dibuat.

page
PERTIMBANGAN UTAMA DALAM PELABURAN

CEILLI

13

PERTIMBANGAN UTAMA DALAM PELABURAN


2.9 KEPELBAGAIAN

Kepelbagaian dalam pelaburan merupakan s u a t u p r o s e s m e m b u a t p e l a b u r a n dipelbagai kelas aset, dan di pelbagai segmen pasaran. Kepelbagaian juga merupakan strategi yang digunakan oleh para pengurus dana profesional yang terbukti keberkesanannya dalam mengurangkan risiko tanpa mengorbankan pulangan pelaburan. Para pelabur juga perlu mencuba untuk melabur melalui pelbagai kemudahan pelaburan setelah portfolio pelaburan telah ditetapkan. Kepelbagaian mampu mengurangkan risiko pelaburan dengan sedikit pengurangan dalam pulangan pelaburan. Ia melibatkan perlaksanaan strategi penyebaran risiko iaitu sejumlah wang dilaburkan dipelbagai kategori pelaburan seperti saham, bon, instrumen pasaran wang dan Amanah Pelaburan Hartanah. Kepelbagaian juga boleh dicapai dengan cara membeli saham-saham dari negara yang berbeza dan melabur dalam kategori pelaburan yang berbeza juga. Bab 3 akan membincangkan topik ini dengan lebih mendalam dan ilustrasi beberapa pilihan pelaburan yang ada di pasaran.

14

CEILLI

PERTIMBANGAN UTAMA DALAM PELABURAN

2
BAB 2 i.

PERTIMBANGAN UTAMA DALAM PELABURAN


SOALAN PENILAIAN PENCAPAIAN DIRI

1. Pada pendapat anda, mengapa pelanggan masa kini tidak begitu berminat untuk melabur? Keadaan ekonomi sejak 15 tahun kebelakangan ini m e n ye ba bka n mereka berbelah bagi untuk membuat pelaburan. ii. Menyaksikan banyak institusi kewangan terkemuka mengalami kerugian sejak beberapa tahun kebelakangan ini. iii. Orang ramai tidak boleh memasuki pasaran saham. iv. Ramai pelabur mengalami kerugian disebabkan berlakunya krisis kewangan. a. b. c. d. i, ii, iii sahaja. i, ii, iv sahaja ii, iii, iv sahaja i, ii, iii, iv.sahaja

2. Ejen mempunyai tanggungjawab moral terhadap pelanggan untuk ... a. Mendidik pelanggan menjadi pakar pelabur. b. Mencadangkan pelanggan membuat pelaburan di dana tertentu. c. Mendidik pelanggan tentang prinsip-prinsip asas yang penting mengenai pelaburan. d. Membuat keputusan bagi pihak pelanggan. 3. Apakah pertimbangan yang perlu diambilkira sebelum membuat keputusan pelaburan? i. ii. iii. iv. a. b. c. d. Objektif Pelaburan, Peruntukan Dana, Kepelbagaian. Risiko atau Jaminan, Jaminan Kewangan, Isu-isu Percukaian. Hala Tuju Pelaburan, Pencapaian Pelaburan, Kemudahan Memperolehi Dana. Laporan Ekonomi, Asas Aset Milik Syarikat Insurans, Peraturan Kerajaan. i, iii sahaja i, ii sahaja i, iv sahaja iii, iv sahaja

page
PERTIMBANGAN UTAMA DALAM PELABURAN

CEILLI

15

PERTIMBANGAN UTAMA DALAM PELABURAN


4. Pelanggan ingin melabur kerana ingin :i. ii. iii. iv. a. b. c. d.

membina gaya hidup yang lebih selesa hidup selesa ketika usia persaraan mengumpul harta kekayaan dan kemewahan hidup menyediakan keperluan dana pendidikan yang mencukupi untuk anak-anak i, iii, iv sahaja i, ii, iii sahaja i, ii, iv sahaja ii, iii, iv sahaja

5. Apakah yang perlu dilakukan oleh ejen demi memastikan pelanggan menerima nasihat pelaburan yang bersesuaian? a. Memastikan kombinasi objektif yang tepat dan analisa risiko dibuat dengan teliti dan menyeluruh. b. Menerangkan kepada pelanggan tentang pelbagai pelaburan yang boleh dipilih. c. Menggalakkan pelanggan membuat pinjaman modal supaya boleh dilaburkan dalam dana pelaburan yang dijamin. d. Memastikan nasihat yang diberi akan memberi kebaikan kepada ejen dan syarikat insurans. 6. Mengapa kepelbagaian dalam pelaburan lebih digalakkan? supaya pelabur tidak hanya terdedah kepada suatu kelas pelaburan tertentu sahaja. ii. untuk mengimbangi keadaan turun naik pasaran dan tidak mengalami kerugian besar. iii. untuk memastikan pelaburan akan sentiasa memberi keuntungan. iv. untuk memastikan pelabur dapat merealisasikan objektif kewangannya dengan kadar segera. i. a. b. c. d. i, iii sahaja i, ii sahaja ii, iv sahaja iii, iv sahaja.

JAWAPAN DISEDIAKAN DI BAHAGIAN AKHIR BUKU INI.

16

CEILLI

PERTIMBANGAN UTAMA DALAM PELABURAN

JENIS-JENIS ASET PELABURAN


3.1 PENGENALAN

Kini rakyat Malaysia boleh melabur dalam pelbagai pilihan kategori pelaburan. Sejak 15 tahun kebelakangan ini, semakin banyak pilihan pelaburan yang bertambah baik diperkenalkan di pasaran, malah pihak k e r a j a a n s e n d i r i b e r t i n d a k p r o a k t i f d a l a m menggalakkan pertumbuhan yang sihat dalam bidang pelaburan. Ia juga menandakan suatu kejayaan apabila institusi kewangan dan orang ramai mengambil sikap positif terhadap pelbagai pilihan pelaburan yang diperkenalkan di pasaran. Bab ini akan membincangkan pelbagai pilihan pelaburan untuk para pelabur individu.

3.2 PILIHAN PELABURAN


Antara instrumen pelaburan yang biasa terdapat di pasaran termasuklah :Tunai Dan Deposit Sekuriti Pendapatan Tetap Saham Unit Amanah Amanah Pelaburan Hartanah Derivatif Komoditi Insurans Hayat Anuiti Dana Bursa Dagangan Bon Sukuk Amanah Pelaburan Hartanah Dana Jaminan Modal

3.3 TUNAI DAN DEPOSIT


Istilah tunai dan deposit merujuk kepada semua bentuk instrumen cair yang mempunyai sedikit atau tiada risiko. Kebarangkalian untuk mengalami kehilangan amaun modal pelaburan adalah amat sedikit sekali. Dalam erti kata yang lebih khusus, wang tunai tidak boleh dianggap sebagai suatu pelaburan. Ia berfungsi sebagai suatu kaedah atau cara untuk membiayai pelaburan. Nilai tunai modal tidak akan meningkat dan tidak akan menjana sebarang pendapatan tambahan. Secara fizikalnya, ia tiada nilai. Ia hanya dianggap bernilai sebagai alat atau perantara pertukaran. Bagi tujuan kursus ini, definisi tunai t e r m a s u k l a h i n s t r u m e n h u t a n g jangka pendek. Ia meliputi:a) b) Bil Perbendaharaan Akaun Bank
page

JENIS-JENIS ASET PELABURAN

CEILLI

17

JENIS-JENIS ASET PELABURAN


3.3.1 BIL PERBENDAHARAAN

Pihak kerajaan memainkan peranan yang penting dalam kehidupan rakyatnya. Ia perlu memastikan dan menyediakan kemudahan prasarana dan kehidupan yang selesa kepada warga negaranya. Kerajaan perlu menyedia dan menyelenggara kemudahan perhubungan jalan raya, sekolah, hospital, keselamatan di dalam dan di luar negara dan lain-lain kemudahan asas. Senarai keperluan kemudahan-kemudahan ini akan terus bertambah dan bertambah. Melihat kepada perspektif yang lebih luas, kerajaan Malaysia membiayai bagi penyediaan kemudahan asas berkenaan melalui pendapatan kutipan pelbagai cukai. Walau bagaimanapun, jumlah keseluruhan kutipan cukai tidak mampu menampung kesemua perbelanjaan kerajaan. Oleh itu, kerajaan terpaksa membuat pinjaman jangka pendek. Salah satu kaedah meminjam wang rakyat yang biasa digunakan oleh kerajaan ialah melalui penerbitan Bil Perbendaharaan. Kaedah pinjaman ini bersifat jangka pendek dan bil perbendaharaan kerap diterbitkan, dengan bayaran balik dibuat dalam tempoh satu tahun. Bil Perbendahaaraan diterbitkan oleh Bank Negara Malaysia dan dibuka untuk langganan di pasaran diskaun. Bil perbendaharaan merupakan jenis pelaburan yang paling selamat dan dianggap tiada risiko, kecuali sekiranya keadaan politik negara tidak stabil.

3.3.2 AKAUN BANK


Akaun bank ialah deposit tetap yang disimpan di bank untuk tempoh tertentu dengan kadar faedah yang telah ditetapkan sepanjang tempoh simpanan. Lazimnya, semakin panjang tempoh deposit yang dipilih, semakin tinggi kadar faedah yang ditetapkan. Antara jenis-jenis akaun yang terdapat di bank ialah akaun simpanan, akaun semasa, deposit tetap, akaun pelaburan, deposit masa dan akaun luar pesisir. Antara faktor-faktor yang mempengaruhi pilihan pendeposit ialah :Kemudahan penyediaan dana untuk tujuan pelaburan Dana tersedia dan kekal dalan akaun Kemudahan pengeluaran wang apabila berlaku kecemasan Keadaan pasaran yang lebih baik. Oleh kerana semua bank di Malaysia dilesenkan dan dikawal oleh Bank Negara Malaysia, risiko berlakunya kehilangan wang simpanan berserta faedah adalah amat kecil sekali. Kerajaan Malaysia sentiasa memastikan dan memberi jaminan kepada para pendeposit bahawa simpanan mereka adalah selamat di bank. Salah satu inisiatif yang diperkenalkan bagi menggalak dan memperkukuhkan tahap keyakinan pendeposit ialah melalui penubuhan PERBADANAN INSURANS DEPOSIT MALAYSIA (PIDM).

18

CEILLI

JENIS-JENIS ASET PELABURAN

JENIS-JENIS ASET PELABURAN

PERBADANAN INSURANS DEPOSIT MALAYSIA (PIDM). PIDM ialah sebuah agensi kerajaan yang ditubuhkan di bawah Akta Perbadanan Insurans Deposit Malaysia 2005 yang bertujuan melindungi pendeposit dari mengalami kerugian akibat kehilangan wang simpanan sekiranya pihak bank gagal berfungsi, serta memaju dan memperkembangkan kestabilan sistem kewangan di Malaysia. PIDM ditubuhkan untuk melindungi d e p o s i t m e n g i k u t k a e d a h I s l a m d a n j u g a konvensional, menyediakan insentif bagi menggalakkan inisiatif pengurusan risiko yang lebih baik dan menggalak serta menyumbang ke arah kestabilan sistem kewangan di Malaysia. Seperti yang termaktub dalam Akta Perbadanan Insurans Deposit Malaysia 2005, objektif penubuhan PIDM adalah seperti berikut :Mentadbir sistem insurans deposit. Menyediakan perlindungan insurans dari berlakunya kehilangan sebahagian atau kesemua deposit yang disimpan di institusi kewangan. Menyediakan insentif pengurusan risiko yang lebih baik dalam sistem kewangan. Menggalak dan menyumbang kearah kestabilan sistem kewangan di Malaysia. Disamping objektif yang dinyatakan di atas, fungsi utama PIDM ialah untuk :Menilai dan mengutip premium atau yuran dari pihak bank. Mengurus Dana Insurans Deposit. Bertanggungjawab atas resolusi bank yang menghadapi masalah. Membayar balik wang simpanan pendeposit sekiranya bank tidak mampu membayarnya. Mematuhi prinsip-prinsip Shariah bagi urusan berkaitan dana dan deposit Islam. Mengendali kempen atau inisiatif pendidikan dan kesedaran awam. Apakah yang dimaksudkan dengan Insurans Deposit? Insurans deposit ialah suatu sistem yang melindungi pendeposit dari mengalami kehilangan wang deposit disebabkan oleh kegagalan pihak bank. Insurans ini diperkenalkan atas inisiatif p i h a k k e r a j a a n d e m i m e m p e r k e m a s k a n r a n g k a k e r j a perlindungan pelanggan serta memperkasa kestabilan sistem kewangan. Ia tidak berkaitan atau diurustadbir oleh mana-mana syarikat insurans am atau insurans hayat. Ia merupakan skim yang ditaja oleh pihak kerajaan walaupun disesetengah negara ia ditaja oleh pihak bank. Sistem insurans deposit di Malaysia telah dilancarkan pada September 2005 dan diurus oleh Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM). PIDM adalah sebuah badan agensi kerajaan yang ditubuhkan di bawah Akta Perbadanan Insurans Deposit Malaysia 2005.

page
JENIS-JENIS ASET PELABURAN

CEILLI

19

JENIS-JENIS ASET PELABURAN


Manfaat yang boleh dinikmati oleh pendeposit ialah :-

Perlindungan deposit insurans adalah automatik. PIDM melindungi pendeposit yang menyimpan wang di bank. Tiada sebarang yuran atau bayaran dikenakan. Sekiranya pihak bank mengalami kegagalan, PIDM akan mengambilalih tanggungjawab membayar balik deposit kepada pendeposit. Manfaat kepada sistem kewangan ialah :PIDM meningkatkan keyakinan orang ramai terhadap sistem kewangan Malaysia melalui usaha melindungi pendeposit dari mengalami kerugian kehilangan wang mereka. PIDM memperkukuh dan menyokong rangka kerja peraturan dan penyeliaan iaitu dengan menyediakan insentif pengurusan risiko yang lebih baik dalam sistem kewangan. PIDM meminimumkan kos keseluruhan sistem kewangan apabila ia berupaya menyelesaikan masalah bank yang menghadapi kesukaran dengan menggunakan kaedah penyelesaian dengan kos minimum. PIDM menyumbang ke arah kestabilan sistem kewangan dengan keupayaannya berutusan terus dengan pihak bank yang menghadapi masalah dan membuat bayaran balik kepada pendeposit dengan segera. Melalui pengenalan sistem insurans deposit di Malaysia, pendeposit menerima perlindungan yang sah di sisi undang-undang atas deposit mereka. Pendeposit yakin bila dan bagaimana mereka akan mendapat semula deposit mereka sekiranya bank menghadapi masalah. Insurans deposit diiktiraf di peringkat antarabangsa sebagai antara komponen penting yang melambangkan kestabilan sistem keselamatan kewangan negara dan insurans ini telah dilaksanakan di 100 buah negara diseluruh dunia.

3.4 SEKURITI PENDAPATAN TETAP


Sekuriti pendapatan tetap ialah sekumpulan alat atau kaedah pelaburan yang menawarkan kadar pulangan tetap secara berkala. Ia menyediakan sijil sekuriti yang menunjukkan pelabur telah meminjamkan wang kepada penerbit saham, biasanya syarikat atau kerajaan, dan sebagai balasan pelabur akan menerima pulangan tetap berkala serta bayaran balik modal pelaburan pada tarikh matang. Sekuriti pendapatan tetap boleh dianggap sebagai IOU atau surat pinjaman yang dikeluarkan oleh syarikat atau kerajaan untuk mengumpulkan dana.

20

CEILLI

JENIS-JENIS ASET PELABURAN

JENIS-JENIS ASET PELABURAN

Sekuriti pendapatan tetap biasanya lebih menekankan perolehan pendapatan semasa dengan sedikit kemungkinan memperolehi peningkatan nilai. Sekiranya terdapat pasaran kedua yang bergerak aktif, sekuriti pendapatan tetap boleh dijual beli pada bila-bila masa sebelum tarikh matang. Kebolehpasaran sekuriti jenis ini memberi peluang kepada pelabur untuk meraih keuntungan modal kerana harga sekuriti pendapatan tetap boleh meningkat sekiranya kadar faedah menyusut. Walau bagaimanapun, sekiranya pasaran kedua tidak aktif, modal pelaburan tidak bergerak sepanjang tempoh sekuriti dan oleh itu tiada peluang meraih keuntungan modal. Jenis-jenis Sekuriti Pendapatan Tetap termasuklah :a. b. c. d. Instrumen Pasaran Wang (seperti yang dibincangkan dibawah 3.3 Tunai dan Deposit) Bon Kerajaan Bon Korporat Saham Utama (sila rujuk item 3.5 di bawah, dalam bab yang sama).

3.4.1 BON KERAJAAN


Bon kerajaan merupakan instrumen kewangan paling efektif yang sering digunakan oleh kerajaan untuk meminjam wang dari orang awam. Bon kerajaan dianggap jenis pelaburan yang paling selamat, tiada atau kurang berisiko/masalah kredit kerana kerajaan memberi jaminan bayaran faedah dan bayaran balik modal pelaburan. Kadar faedah dan tempoh sah laku bon kerajaan telah ditetapkan lebih awal dan biasanya bon diterbitkan dengan gandaan RM1,000. Pelabur akan memperolehi semula faedah berserta modal pokok pada tarikh matang. Bon kerajaan boleh dikategorikan mengikut tarikh tempoh matang seperti berikut :Bon jangka pendek, biasanya tarikh matang kurang dari lima tahun. Bon jangka sederhana, biasanya tarikh matang antara lima tahun hingga sepuluh tahun. Bon jangka panjang, biasanya tempoh matang lebih dari lima belas tahun. Bon kerajaan diterbitkan dari masa ke semasa apabila kerajaan memerlukan dana tambahan bagi membiayai projek pembangunan untuk kepentingan rakyat.

3.4.1.1 KELEBIHAN DAN KEKURANGAN


Bon kerajaan dijamin oleh kerajaan. Ia dianggap pelaburan yang paling selamat. Faktor kebolehpasaran dan peluang memperolehi pendapatan masa hadapan adalah dijamin. Hanya kekurangan yang mungkin ada ialah sekiranya kadar inflasi meningkat, nilai modal pelaburan akan menyusut.

page
JENIS-JENIS ASET PELABURAN

CEILLI

21

JENIS-JENIS ASET PELABURAN


3.4.2 BON KORPORAT

Syarikat-syarikat swasta juga boleh menerbitkan bon atau saham pinjaman untuk mengumpulkan modal perniagaan. Jika kerajaan mengumpulkan dana untuk membiayai projek pembangunan, syarikat swasta mengumpulkan dana untuk mengembangkan operasi perniagaan syarikat mereka. Bon korporat boleh dikategorikan kepada tiga kategori, iaitu :Stok debentur Stok pinjaman Stok boleh tukar.

3.4.2.1 STOK DEBENTUR


Stok debentur secara efektif dapat membantu memperolehi pinjaman untuk syarikat. Jaminan untuk pinjaman tersebut ialah samada caj tetap harta milik syarikat atau sebahagian dari harta tetap milik syarikat seperti stok dagangan. Sekiranya syarikat gagal membayar pinjaman, pelabur boleh menuntut hak milik harta berkenaan dan kemudiannya menjual harta berkenaan untuk mendapatkan balik modal pelaburannya. Pemegang amanah perlu dilantik untuk menerbitkan stok dan menyelia bagaimana syarikat memenuhi tanggungjawab membuat bayaran faedah berserta modal pelaburan. Sekiranya syarikat gagal melaksanakan tanggungjawabnya, pemegang amanah akan bertindak bagi pihak pelabur. Seperti juga bon kerajaan, stok debentur membayar kadar faedah tetap untuk tempoh yang telah ditetapkan dan pelaburan pokok dibayar pada penghujung tempoh pelaburan. Pihak syarikat mempunyai pilihan untuk membayar balik stok debentur lebih awal dari tempoh yang ditetapkan. Stok debentur tidak begitu selamat berbanding dengan bon kerajaan kerana kerajaan tidak memberi jaminan ke atas saham ini. Syarikat mungkin boleh menghadapi masalah kewangan dan tidak mampu membayar faedah pelaburan. Dalam keadaan ini, pelabur berharap harta syarikat yang dijadikan sandaran pinjaman boleh dijual untuk mendapatkan balik modal pelaburan. Sekiranya harta dijual secara jualan paksa, perolehan jualan mungkin tidak cukup untuk menampung keseluruhan bayaran balik modal pelaburan. Kadar faedah yang ditawarkan melalui bon korporat biasanya lebih tinggi berbanding dengan bon kerajaan kerana tahap jaminan bon korporat adalah rendah.

22

CEILLI

JENIS-JENIS ASET PELABURAN

JENIS-JENIS ASET PELABURAN


3.4.2.2 SAHAM PINJAMAN

Saham ini merupakan pinjaman tidak bercagar dimana kadar faedah dan tempoh pinjaman telah ditetapkan. Sekiranya syarikat mungkir janji, pelabur tidak mempunyai apa-apa jaminan. Keadaan ini adalah sama seperti lain-lain hutang tidak bercagar. Pelabur mungkin boleh mendapatkan balik modal pelaburannya atau sebaliknya, bergantung kepada pencapaian perniagaan syarikat. Berbanding dengan stok debentur, saham pinjaman lebih tidak terjamin dan oleh itu ia menawarkan kadar faedah pelaburan yang lebih tinggi.

3.4.2.3 STOK BOLEH TUKAR


Perbezaan diantara stok boleh tukar dengan stok terdahulu (debentur dan pinjaman) ialah stok ini boleh ditukar kepada saham biasa syarikat pada tarikh ditetapkan. Pada tarikh berkenaan, pelabur boleh menukarkan saham pelaburannya dari pinjaman kadar faedah tetap kepada saham yang menjadikan pelabur sebagai salah seorang pemilik syarikat dan ia layak untuk berkongsi keuntungan syarikat melalui bayaran dividen yang diisytiharkan. Keputusan untuk menukar bentuk saham bergantung kepada samada pendapatan dari dividen dan pertambahan modal dari peningkatan harga saham adalah lebih baik dari kadar faedah yang diberikan.

3.4.2.4 KEBAIKAN DAN KEBURUKAN


Secara amnya, bon korporat lebih berkemungkinan untuk memberikan pulangan yang lebih tinggi berbanding dengan bon kerajaan. Bagi sesetengah pelabur, bon yang boleh dijual beli menjanjikan keuntungan pertambahan modal. Walau bagaimanapun, ia lebih berisiko berbanding dengan bon kerajaan.

3.5 SAHAM-SAHAM
Saham adalah berbeza berbanding dengan stok dimana pemegang saham merupakan s e b a h a g i a n d a r i p e m i l i k s y a r i k a t . S e b u a h syarikat merupakan sebuah entiti perundangan yang berasingan iaitu ia dimiliki oleh semua pemegang saham. Pemegang saham menguasai syarikat berdasarkan hakikat bahawa setiap satu saham yang dimiliki, ia mempunyai satu suara atau undi dalam mesyuarat agung syarikat. Pemegang polisi boleh memutuskan isu-isu besar berkaitan syarikat dan mengundi dalam pemilihan ahli lembaga pengarah b a r u y a n g d i p e r t a n g g u n g j a w a b k a n menerajui kepimpinan syarikat, sekiranya ia mahu. Pemegang saham tidak bertanggungjawab terhadap hutang syarikat.

page
JENIS-JENIS ASET PELABURAN

CEILLI

23

JENIS-JENIS ASET PELABURAN

Setiap syarikat mempunyai buku daftar senarai pemegang saham dan setiap pemegang saham diberi sijil pemilikan saham. Syarikat mungkin didaftarkan sebagai syarikat awam atau syarikat persendirian. Umumnya, syarikat persendirian tidak disenaraikan di bursa saham dan pelabur biasa tidak berpeluang memiliki saham syarikat tersebut. Manakala saham syarikat awam berhad boleh disebut harga di papan bursa saham sekiranya ia memenuhi semua syarat-syarat yang dikenakan oleh bursa saham. Saham-saham syarikat tersenarai mudah dijual beli melalui broker saham. Secara teori, saham boleh dibeli dan dijual pada bila-bila masa pada waktu kerja. Terbitan saham baru dari syarikat terkemuka biasanya menyaksikan lebih ramai pembeli dari jumlah saham yang diperuntukkan. Sebaliknya, sekiranya syarikat menghadapi masalah, besar kemungkinan tiada pembeli yang berminat untuk membeli saham syarikat berkenaan. Nilai saham sentiasa turun naik bergantung kepada sentimen pasaran terhadap kekukuhan syarikat berkenaan. Sekiranya syarikat menunjukkan prestasi cemerlang, harga saham akan meningkat dan begitu juga sebaliknya. Harga saham juga dipengaruhi oleh lain-lain faktor seperti keadaan ekonomi negara, kadar faedah, kadar inflasi, perolehan syarikat dan nilai matawang. Oleh kerana kita hidup dalam era globalisasi, kejadian buruk atau kejatuhan pasaran saham negara asing juga akan mempengaruhi pergerakan pasaran saham tempatan. Saham merupakan suatu bentuk pelaburan yang sentiasa berubah-ubah. Oleh itu, pelabur perlu berhati-hati dan sedar bahawa ia mungkin menanggung kerugian kehilangan semua wang dilaburkan untuk memiliki saham. Secara teori, peluang untuk mengalami kemungkinan buruk ini boleh dikurangkan dengan melabur di syarikat yang besar, terkemuka, diurus dengan baik dan mempunyai reputasi tinggi. Tetapi, dengan berlakunya krisis kewangan Asian 1998 dan krisis kewangan global 2008 membuktikan bahawa teori yang dinyatakan di atas tidak semestinya benar sepanjang masa. Kos menjual dan membeli saham juga meliputi kos bayaran komisen broker dan juga perbezaan harga belian dan harga jualan. Dalam seksyen ini, kita akan membincangkan tentang :a) b) Saham Biasa Saham Utama

3.5.1 SAHAM BIASA


Pemegang saham biasa sesuatu syarikat dianggap sebagai sebahagian dari pemilik syarikat berkenaan dan ia berhak untuk berkongsi keuntungan syarikat dalam bentuk dividen. Dividen dibayar berdasarkan dari keuntungan syarikat dan diputuskan oleh ahli lembaga pengarah syarikat.

24

CEILLI

JENIS-JENIS ASET PELABURAN

JENIS-JENIS ASET PELABURAN

Sesungguhnya tiada sebarang kepastian yang sesebuah syarikat itu akan memperolehi keuntungan dan oleh itu tiada kepastian yang dividen akan dibayar. Walau bagaimanapun, sejarah rekod pencapaian syarikat sebelum ini boleh dinilai dan dijadikan asas jangkaan samada syarikat boleh mencatat keuntungan dan membayar dividen atau sebaliknya. Dividen biasanya dibayar dua kali setahun dan ini merupakan pendapatan dari pelaburan yang dibuat oleh pelabur. Pelabur juga biasanya berharap akan memperolehi keuntungan modal dari saham yang dimiliki iaitu melalui kenaikan harga saham, walaupun ia tidak dijamin. Harga saham tersenarai biasanya mengalami turun naik harga setiap hari, bergantung kepada pencapaian syarikat dan keadaan ekonomi semasa. Pengumuman mengenai perolehan keuntungan dan dividen yang tinggi akan mendorong kenaikan paras harga. Keuntungan yang merosot membawa kesan sebaliknya. Pemegang saham boleh merealisasikan pelaburannya dengan menjual saham yang dimiliki. Urusan menjadi semakin mudah sekiranya saham tersebut dari syarikat besar yang berjaya dan merupakan syarikat tersenarai. Jelas, saham adalah suatu pelaburan yang berisiko. Pelabur boleh kehilangan wang, terutamanya apabila ia hanya melabur dalam satu syarikat sahaja. Pelabur dinasihatkan memiliki portfolio pelaburan dari pelbagai syarikat yang berbeza, berbanding dengan meletakkan semua pelaburan dalam satu syarikat sahaja. Dividen yang dibayar adalah setelah ditolak cukai. Keuntungan yang diperolehi dari perolehan/keuntungan modal tidak dikenakan cukai.

3.5.2 SAHAM UTAMA


Saham utama ialah saham yang memberi hak kepada pemegang saham untuk menentukan kadar bayaran dividen, tertakluk kepada keadaan dimana syarikat mencatatkan keuntungan yang memuaskan. Hak ini mendahului hak pemegang saham biasa ke atas dividen. Saham utama berbeza dengan stok dimana walaupun pendapatan telah ditetapkan, ia bukanlah bayaran faedah dan mungkin tiada sebarang bayaran sekiranya syarikat tidak mencatat keuntungan. Dividen yang dibayar juga tidak akan melebihi dari kadar yang ditetapkan sungguhpun keuntungan yang diperolehi oleh syarikat adalah besar. Oleh itu, saham utama lebih terjamin berbanding dengan saham biasa tetapi keuntungan yang diperolehi lebih rendah.

3.5.3 KEBAIKAN DAN KEBURUKAN


Dengan membuat pelaburan melalui pembelian saham syarikat, pelabur telah terlibat secara langsung dalam menentukan hala tuju masa hadapan syarikat. Saham juga biasanya menjanjikan bayaran dividen yang tinggi dan jangkaan peningkatan modal. Saham memiliki sifat kecairan yang tinggi dan oleh itu ia boleh didagangkan di pasaran terbuka. Walau bagaimanapun, seperti yang dinyatakan sebelum ini, pelaburan saham juga mempunyai risiko yang tinggi kerana nilai saham boleh merosot ke paras yang lebih rendah dari harga beli.

JENIS-JENIS ASET PELABURAN

CEILLI

25

JENIS-JENIS ASET PELABURAN


3.6 UNIT AMANAH

Unit amanah merupakan suatu bentuk pelaburan yang sesuai untuk pelabur runcit individu. Ini adalah benar apabila pelabur yang kekurangan dana pelaburan dan/atau kesuntukan masa, memperolehi manfaat melalui perkhidmatan yang ditawarkan oleh pihak pengurusan pelaburan profesional, dan berpeluang membuat pelaburan dipelbagai kategori pelaburan yang tidak dapat dinikmati sekiranya pelabur ingin memasuki pasaran secara persendirian. Pelaburan dalam unit amanah mampu menjana pendapatan dalam bentuk dividen, faedah dan keuntungan modal. Di Malaysia, unit amanah diberi kuasa dan diawasi oleh Suruhanjaya Sekuriti. Unit amanah adalah dana terkumpul yang diperolehi dari sumbangan para pelabur dan dana ini disimpan secara amanah oleh pemegang amanah (biasanya pihak bank) dan diurus oleh pengurus dana profesional. Unit amanah diwujudkan melalui surat ikatan amanah. Surat ikatan ini membolehkan pemegang amanah menyimpan secara amanah bagi pihak pelabur kesemua dana dan harta yang terkumpul. Pihak yang satu lagi iaitu pengurus pelaburan (juga dipanggil pengurus dana) pula bertindak mengurus dana berkenaan. Pengurus dana mengurus portfolio pelaburan dan mengendali urusan pasaran pelaburan (mengendali urusan belian dan jualan saham amanah). Pelaburan unit amanah melibatkan tiga pihak iaitu pelabur, pemegang amanah dan pengurus dana. Pelaburan dalam unit amanah dipilih dan diuruskan oleh pengurus dana, secara perundangan dana dimiliki dan disimpan oleh pemegang amanah, untuk kebaikan dan manfaat pelabur (yang juga merupakan pemegang unit amanah). Pemegang amanah perlu memastikan pengurus dana mematuhi peruntukan yang terkandung dalam surat ikatan amanah dan bertindak dengan cara yang paling wajar demi melindungi kepentingan pemegang unit. Surat ikatan amanah menyatakan perkara-perkara mengenai :Bidang kuasa pengurus dana berkaitan aspek-aspek pelaburan; Struktur harga; Pendaftaran pemegang unit; Ganjaran/upah khidmat pengurus dana; Undang-undang perakaunan dan pengauditan. Pelabur membeli unit dalam pelaburan unit amanah pada harga tawaran yang dikira seperti yang dinyatakan dalam surat ikatan amanah. Unit pelaburan boleh dijual balik pada bila-bila masa pada harga bida. Urusan jual beli unit tidak semestinya melalui broker saham. Malah, urusan menjual unit amanah boleh dilakukan tanpa perlu mencari pembeli baru seperti yang terdapat dalam jualbeli saham biasa. Pengurus dana boleh mengenalpasti seberapa banyak unit pelaburan baru seperti yang dikehendaki oleh para pelabur dan boleh juga menghentikan belian unit amanah sekiranya peruntukan wang tunai melebihi belian baru, iaitu jumlah amaun tunai yang boleh ditukar kepada unit amanah.
26

CEILLI

JENIS-JENIS ASET PELABURAN

JENIS-JENIS ASET PELABURAN

Walau bagaimanapun, unit amanah tidak menyatakan tarikh penebusan. Ia merupakan dana terbuka dan sekiranya terlalu ramai pelabur menukarkan unit amanahnya kepada wang tunai, pemegang amanah terpaksa menjual aset dana. Pelaburan unit amanah mengalami turun naik harga seiring dengan pergerakan harga pasaran saham dan ia juga melibatkan caj/bayaran pendahuluan. Unit amanah tidak sepatutnya dijadikan pilihan pelaburan jangka pendek. Apabila melabur dalam unit amanah, pelabur boleh memilih dari pelbagai pilihan unit amanah yang mempunyai objektif pelaburan yang berbeza. Unit amanah ini juga boleh dilaburkan di dalam pelbagai instrumen pasaran d a l a m u s a h a m e n y e d i a k a n kepelbagaian pilihan bagi memenuhi kehendak serta selera pelabur. Pelabur unit amanah mengharapkan pendapatan atau pertumbuhan modal yang tinggi atau kedua-duanya sekali. Terdapat juga unit amanah yang melabur dibeberapa negara atau wilayah terpilih. Jenis-jenis unit amanah yang dipilih perlu bersesuaian dengan keperluan dan objektif pelaburan setiap pelabur. Setiap produk unit amanah dikehendaki menyatakan dengan jelas tentang objektif pelaburan masing-masing dalam prospektus mereka. Setiap pelabur digalakkan meneliti dan memahami isi kandungan prospektus sebelum mengambil keputusan untuk membuat pelaburan unit amanah. Jenis-jenis aset yang boleh dibeli oleh pengurus dana juga telah dinyatakan objektifnya secara jelas, iaitu seperti yang dinyatakan dalam surat ikatan amanah. Contoh-contoh produk unit amanah termasuklah unit-unit amanah yang ditawarkan dan dipasarkan oleh Amanah Saham Nasional, Public Mutual Fund. Hwang DBS dan banyak lagi.

3.6.1 KEBAIKAN DAN KEBURUKAN


Kelebihan produk unit amanah ini ialah terdapatnya kepelbagaian kategori pelaburan yang boleh dipilih oleh pelabur atau pemegang unit. Pastinya, risiko membeli saham unit amanah adalah lebih rendah berbanding dengan saham biasa. Lebih-lebih lagi, pengurus dana menyediakan khidmat nasihat pelaburan secara profesional dan ini sekaligus mengurangkan kerja-kerja penyelidikan yang biasanya perlu dilakukan oleh bakal pelabur. Pendapatan yang diperolehi dari bayaran dividen boleh dilaburkan semula. Kini, pelabur boleh mengeluarkan sebahagian dari caruman KWSP, iaitu dari Akaun A untuk membeli saham-saham unit amanah yang diluluskan, iaitu unit amanah yang dipasarkan oleh syarikat saham amanah di Malaysia. Pengeluaran caruman KWSP boleh dibuat secara berkala, tertakluk kepada memenuhi semua terma dan syarat yang ditetapkan. Keburukan unit amanah pula ialah terdapat bermacam-macam peraturan dana amanah sehingga ia membingungkan pelabur, kos atau caj tambahan yang perlu dibayar apabila pelabur membeli unit saham dan juga apabila menukar unit amanah dari satu dana ke dana yang lain. page
JENIS-JENIS ASET PELABURAN

CEILLI

27

JENIS-JENIS ASET PELABURAN


3.7 AMANAH PELABURAN

Fungsi utama amanah pelaburan adalah sama seperti unit amanah, iaitu untuk menjadikan usaha membuat pelaburan lebih mudah, lebih terbuka dan mudah dimiliki serta menjimatkan kos. Pelabur perlu mengetahui bahawa Syarikat Amanah Pelaburan merupakan syarikat yang berdaftar di bawah Akta Syarikat dan pelabur hanya boleh membeli saham amanah ini dengan syarikat pelaburan yang berdaftar sahaja. Syarikat pelaburan berkenaan kemudiannya akan melabur semula dipelbagai kategori pelaburan dan ekuiti. Amanah pelaburan seperti juga unit amanah, kedua-duanya melibatkan pembentukan dana terkumpul hasil sumbangan atau caruman para pelabur, dana diurus oleh pengurus dana terlatih dimana fungsi tugasnya ialah membeli dan menjual saham amanah dan menjadikan urusniaga pelaburan berkenaan menguntungkan. Apabila keuntungan syarikat meningkat, ia akan meningkatkan nilai dana juga meningkat. Begitu juga, nilai saham amanah pelaburan untuk setiap pelabur akan meningkat sekiranya dana pelaburan meningkat. Sekiranya syarikat amanah mengalami kerugian, saham pelabur akan mengalami kejatuhan harga, nilai pelaburan semakin merosot dan seterusnya harga unit juga akan jatuh. Harga unit saham akan dikira dan disebut harga setiap hari dan harga berkenaan akan disiarkan sekurang-kurangnya di dalam satu akhbar berbahasa Melayu dan satu akhbar berbahasa Inggeris. Harga yang disiarkan menggambarkan nilai pelaburan. Sekiranya amanah pelaburan mempunyai 10 juta unit dan dengan jumlah pelaburan dianggarkan mencecah RM20 juta, harga bida ialah RM2 seunit. Lazimnya terdapat perbezaan antara harga bida dengan harga tawaran, perbezaan sekitar 5% dan ia merupakan bayaran atau caj yang dikenakan. Disamping itu, terdapat juga yuran pengurusan tahunan yang dipotong dari akaun pendapatan amanah pelaburan oleh pengurus dana. Amanah pelaburan tidak boleh dianggap sebagai pelaburan jangka pendek, iaitu kurang dari tiga tahun. Kebiasaannya, amanah pelaburan mempunyai profil risiko/keuntungan yang lebih tinggi berbanding dengan unit amanah. Contoh amanah pelaburan ialah syarikat tersenarai Seacorp Schroders, Capital.biz dan lain-lain.

28

CEILLI

JENIS-JENIS ASET PELABURAN

JENIS-JENIS ASET PELABURAN

3.7.1 KEBAIKAN DAN KEBURUKAN


Kelebihan yang terdapat dalam unit amanah juga terdapat dalam amanah pelaburan, hanya sedikit berbeza iaitu amanah pelaburan lebih fleksibel berbanding unit amanah kerana pelabur boleh membuat pinjaman untuk membiayai pembelian amanah pelaburan. Kemudahan pinjaman ini amat membantu pelabur atau pemegang saham amanah pelaburan. Walau bagaimanapun, dengan adanya kemudahan pembiayaan pembelian unit amanah pelaburan, ini bermakna pelabur terdedah kepada risiko yang lebih besar sekiranya harga saham tiba-tiba jatuh menjunam.

3.8 HARTANAH
Pelaburan hartanah sentiasa menjadi antara pilihan pelabur untuk membuat pelaburan. Lazimnya, terdapat tiga jenis pelaburan hartanah iaitu hartanah pertanian, hartanah domestik dan hartanah industri/perdagangan, samada di dalam negeri atau luar negara. Harga pasaran hartanah pertanian bergantung kepada faktor-faktor berikut :Kualiti tanah yang biasanya mencerminkan kesuburan tanam-tanaman dan memberi keuntungan yang berterusan. Lokasi tanah Nilai bangunan yang didirikan di atas tanah berkenaan. Sementara harga tanah domestik, perindustrian/perdagangan pula biasanya bergantung kepada lokasi tanah dan jenis bangunan yang didirikan di atas tanah berkenaan. Selain dari melabur dalam hartanah sebenar iaitu tanah, bangunan, rumah dan sebagainya, kini terdapat satu p e l a b u r a n h a r t a n a h b e n t u k b a r u yang dipanggil Amanah Pelaburan Hartanah - `Real Estate Investment Trust (REIT).

3.8.1 AMANAH PELABURAN HARTANAH (REIT)


Ini adalah merupakan pilihan kelas pelaburan hartanah di Malaysia yang mempunyai potensi besar untuk mencatat pulangan pelaburan yang memuaskan. Amanah Pelaburan Hartanah (REIT Real Estate Investment Trust) mempunyai konsep yang serupa dengan unit amanah. Ia berfungsi sama seperti unit amanah dimana modal pelaburan diperolehi dari para pelabur runcit. Syarikat berasaskan REIT akan menjalankan aktiviti melabur, mengurus dan mengagihkan dividen dalam bentuk sewaan kepada pelabur-pelabur. Pelaburan ini didagangkan di Bursa Kuala Lumpur dengan urusniaga jualbeli yang dipermudahkan, sama seperti pelaburan ekuiti lain.

page
JENIS-JENIS ASET PELABURAN

CEILLI

29

JENIS-JENIS ASET PELABURAN

REIT bukanlah suatu fenomena baru bagi kebanyakan negara maju di dunia kerana ia telah mula diperkenalkan dan berkembang pesat sejak beberapa dekad sebelum ini dengan keupayaannya menjana pendapatan tetap, berbanding dengan pelaburan deposit tetap. REIT lebih memberi tumpuan kepada pelabur jangka panjang dengan kadar risiko sederhana seperti syarikat insurans, kumpulan wang pencen, dana unit amanah, malah pelabur individu juga. Memandangkan pelabur individu mungkin tidak mampu melabur dalam portfolio hartanah secara besar-besaran, REIT mampu berbuat demikian kerana ia memiliki dana terkumpul yang secukupnya untuk melabur dalam pasaran hartanah berprofil dan bernilai tinggi untuk mendapatkan perolehan yang tinggi juga. Kadar pulangan pelaburan REIT dipasaran negara maju ialah sekitar 3-5%, bergantung kepada pencapaian individu. Walau bagaimanapun, REIT di Malaysia amat menarik kerana kita dikatakan berada di fasa terakhir untuk menjadi negara maju, dimana nilai hartanah negara masih rendah berbanding dengan nilai hartanah di beberapa negara maju di Asia. Perbezaan ini dilihat sebagai peluang untuk pasaran hartanah berkembang dengan jangkaan kadar pulangan pelaburan antara 6-8%, iaitu lebih tinggi dari kadar yang dicatat di negara maju. Memandangkan hartanah di Malaysia berada ditahap bawah nilai sebenar sejak beberapa dekad yang lalu, ia mempunyai potensi besar yang penilaian semula aset akan berlaku dan ini akan menjana pertumbuhan modal kepada para pelabur. Potensi pulangan pelaburan dijangkakan berada pada paras 20% - 30% dalam tempoh lima tahun mendatang. STAREIT , yang dilancarkan penubuhannya pada tahun 2006, sehingga kini telah berjaya mencatat pulangan keuntungan dividen sebanyak 7% berdasarkan dari Aset Ketara Bersih (NTA Net Tangible Asset) pada paras 97 sen. Secara amnya, jika dibandingkan dengan kadar deposit tetap yang berada pada tahap 3% - 4%, atau pulangan bon kumpulan wang pencen kerajaan sekitar 5.5%, STAREIT dilihat lebih menarik perhatian pelabur. Memiliki pelaburan REIT berprestasi tinggi diibaratkan sama dengan memiliki khidmat pengurus dana harta. Mereka akan mengenalpasti peluang pelaburan baru, usaha memiliki lebih banyak hartanah untuk dimasukkan dalam portfolio pelaburan dalam negeri dan/atau menjalankan usahasama projek pembangunan hartanah di luar negara. Aktiviti ini akan lebih meningkatkan potensi meraih pulangan yang lebih tinggi berbanding dengan instrumen pelaburan berisiko rendah atau risiko sederhana. Sekiranya anda sedang mencari peluang pelaburan pelan jangka panjang persaraan anda, pertimbangkanlah untuk melabur dalam REIT di Malaysia dalam tempoh beberapa tahun akan datang. REIT menjadi lebih menarik dengan risiko yang dianggap berada ditahap sederhana, berbanding dengan pelaburan deposit tetap. Oleh kerana pelaburan ekuiti dianggap berisiko tinggi, pelaburan bon dianggap lebih selamat dengan pulangan sederhana, membuat pelaburan langsung dalam pasaran hartanah memerlukan modal yang cukup tinggi dan anda juga terpaksa mengurus usahaniaga berkenaan. REIT merupakan peluang terbaik anda dalam senarai pilihan kelas aset pelaburan.

30

CEILLI

JENIS-JENIS ASET PELABURAN

JENIS-JENIS ASET PELABURAN

Sekiranya anda sedang mencari peluang pelaburan pelan jangka panjang persaraan anda, pertimbangkanlah untuk melabur dalam REIT di Malaysia dalam tempoh beberapa tahun akan datang. REIT menjadi lebih menarik dengan risiko yang dianggap berada di tahap sederhana, berbanding dengan pelaburan deposit tetap. Oleh kerana pelaburan ekuiti dianggap berisiko tinggi, pelaburan bon adalah lebih selamat dengan pulangan sederhana tetapi tiada peluang untuk mengadakan penilaian semula aset. Membuat pelaburan dalam pasaran hartanah secara langsung memerlukan modal yang cukup tinggi dan anda juga terpaksa mengurus usahaniaga berkenaan. REIT merupakan peluang terbaik anda dalam senarai pilihan kelas aset pelaburan.

3.8.2 KEBAIKAN DAN KEBURUKAN


Memiliki hartanah dapat menjana pertumbuhan modal dengan lebih tinggi dan menyediakan aliran pendapatan tetap yang berterusan. Oleh itu, ia dianggap suatu pelaburan berisiko rendah, lebih-lebih lagi sekiranya anda mempunyai penyewa yang baik dan tidak menimbulkan masalah bayaran sewa bulanan. Dengan mencagarkan harta yang dimiliki, modal pelaburan mudah diperolehi tetapi dalam keadaan kegawatan ekonomi, hartanah adalah antara aset yang sukar dicairkan atau dilupuskan.

3.9 DERIVATIF
Daripada membeli sekuriti secara terus, adalah lebih baik membeli derivatif sekuriti. Derivatif ialah instrumen kewangan dimana nilainya berkait rapat dengan harga sebenar instrumen berkenaan di pasaran tunai. Contohnya, indeks saham hadapan berkait rapat dengan prestasi pasaran saham tertentu. Stok opsyen dan kewangan hadapan adalah antara pilihan popular instrumen derivatif untuk pelabur-pelabur derivatif.

3.9.1 OPSYEN
Sekiranya anda tidak mahu berurusniaga sekuriti secara langsung, pelabur boleh membeli hak, bukan suatu tanggungjawab, untuk membeli atau menjual sekuriti pada tarikh yang akan datang. Kaedah urusniaga seperti ini dipanggil opsyen. Opsyen tidak semestinya perlu dilaksanakan, malah kebiasaanya tidak menguntungkan sekiranya dilaksanakan. Saham opsyen ialah instrumen kewangan yang memberi hak kepada pelabur untuk membeli atau menjual sejumlah saham stok tertentu pada harga dan tempoh yang ditetapkan.

JENIS-JENIS ASET PELABURAN

CEILLI

31

JENIS-JENIS ASET PELABURAN

Jangka hayat saham opsyen adalah pelbagai tetapi kebiasaannya disekitar tiga, enam atau sembilan bulan. Opsyen melalui kaunter juga boleh dibeli oleh institusi untuk tempoh yang lebih panjang, dari setahun hingga lima tahun. Opsyen panggilan memberi hak kepada pemilik opsyen untuk membeli (panggilan beli) katakanlah 100 saham dari stok tertentu pada harga tertentu atau harga premium, pada bila-bila masa sebelum tarikh tamat tempoh yang dinyatakan. Opsyen `simpan (put away) memberi hak kepada pemilik opsyen untuk menjual katakanlah 100 saham dari stok tertentu pada harga yang dinyatakan, sebelum berakhir tarikh tamat tempoh. Pelabur membeli opsyen panggilan dengan harapan harga saham akan naik dan apabila opsyen dilaksanakan, premium dan harga tetap akan menjadi lebih rendah berbanding dengan nilai saham. Opsyen panggilan; membenarkan pelabur membuat spekulasi kenaikan harga yang mendasari saham berkenaan tanpa membuat sebarang belian. Pelabur membeli opsyen `simpan sekiranya ia menjangka harga saham akan turun kerana nilai opsyen `simpan akan meningkat apabila harga saham turun. Opsyen simpan membenarkan pelabur membuat spekulasi harga saham akan turun tanpa membuat jualan singkat. Penjual opsyen pula mengharapkan keadaan sebaliknya berlaku agar opsyen tidak dapat dilaksanakan dan mereka akan memperolehi keuntungan amaun premium.

3.9.1.1 KEBAIKAN DAN KEBURUKAN


Dengan melabur dalam opsyen, pelabur mempunyai peluang untuk meningkatkan keuntungan melalui pergerakan harga saham. Walau bagaimanapun, melabur dalam opsyen juga mempunyai risiko yang agak tinggi dan pelabur perlu bersedia menanggung kerugian sehingga kehilangan semua modal pelaburan.

3.9.2 WARAN (HAK LANGGANAN BOLEH PINDAH -TSR)


Waran Hak Langganan Boleh Pindah Transferable Subscription Right (TSR) adalah sama seperti opsyen panggilan. Waran yang dicipta oleh badan korporat ini merupakan opsyen untuk membuat belian sejumlah saham yang mendasari sesuatu stok dalam tempoh yang dinyatakan, dengan harga yang telah ditetapkan.

32

CEILLI

JENIS-JENIS ASET PELABURAN

JENIS-JENIS ASET PELABURAN

Waran TSR memberi hak kepada pemegang waran opsyen membuat langganan saham syarikat :Pada nisbah yang telah ditetapkan (nisbah tukaran); Pada harga langganan yang telah ditetapkan (harga `exercise);dan Dalam tempoh yang dinyatakan. Jangka hayat waran telah ditetapkan lebih awal dan tidak boleh dipinda. Waran biasanya akan matang tempohnya dalam beberapa tahun dan terma yang digunakan tidak seragam. Setiap waran adalah unik. Waran tidak diterbitkan sendiri, tetapi biasanya diterbitkan secara percuma dan disertakan sebagai hak atau stok pinjaman, iaitu dijadikan sebagai daya tarikan bagi membolehkan penerbit korporat memperolehi kadar faedah yang lebih rendah (iaitu kos pembiayaan). Waran boleh dikeluarkan dari stok pinjaman dan dijual secara berasingan di pasaran sekuriti. Opsyen yang disertakan dalam waran boleh digunakan dengan melanggan saham biasa secara tunai, iaitu dengan membuat pertukaran stok pinjaman atau kombinasi antara kedua-duanya.

3.9.2.1 KEBAIKAN DAN KEBURUKAN


Membeli saham memberi kebaikan kepada pelabur tanpa memerlukan modal awal yang besar untuk melibatkan diri dalam pasaran. Pelabur akan membeli waran, membayar harga `exercise pada tarikh terkemudian dan menukarkan waran kepada saham berkaitan. Dengan menjual waran yang terawal, pelabur berpeluang menikmati keuntungan dari perolehan/pertambahan modal. Apabila harga saham terbabit meningkat, pelabur memperolehi keuntungan dengan menjual waran yang berkaitan dengan saham berkaitan atau melaksanakan opsyen memiliki stok. Keburukan waran pula ialah ketika tarikh luput, waran yang tidak digunakan akan kehilangan nilai keseluruhannya. Tidak seperti saham biasa, tiada peluang untuk membuat pemilihan harga. Apabila waran telah tamat tempoh, ia tidak mempunyai sebarang nilai. Tambahan lagi, pemegang waran tidak akan menerima sebarang pendapatan dalam bentuk faedah atau dividen. W a r a n j u g a t i d a k m e m b e r i keistimewaan hak mengundi.

JENIS-JENIS ASET PELABURAN

CEILLI

33

JENIS-JENIS ASET PELABURAN


3.9.3 NIAGA HADAPAN

Barangan komoditi fizikal dan instrumen kewangan biasanya didagangkan di pasaran tunai. Panggilan kontrak tunai adalah untuk hantaran segera dan ia digunakan oleh mereka yang memerlukan komoditi berkenaan dengan kadar segera. Kontrak tunai tidak boleh dibatalkan, kecuali kedua-dua pihak setuju berbuat demikian. Harga tunai semasa komoditi dan instrumen kewangan boleh didapati setiap hari dari sumber tertentu, umpamanya di ruang perniagaan akhbar harian nasional. Terdapat dua jenis pasaran tunai iaitu pasaran segera (spot) dan pasaran hadapan. Pasaran spot ialah pasaran bagi penghantaran segera. Harga spot merujuk kepada harga semasa pasaran bagi barangan sedia ada untuk hantaran segera. Pasaran hadapan ialah pasaran untuk penghantaran tertangguh. Harga tertangguh bagi sesuatu barangan ialah harga barangan untuk hantaran tertangguh. Kontrak hadapan telah lama diperkenalkan, diamalkan seawal zaman Roman dan Greek purba. Sementara pasaran hadapan teratur hanya bermula pada 1860an, diikuti niaga hadapan kewangan yang secara relatifnya dianggap masih baru, diperkenalkan dengan pengenalan niaga hadapan matawang asing iaitu pada 1972. Pasaran hadapan merupakan pasaran yang teratur dan standard. Peranan bursa saham niaga hadapan telah berjaya menukar kontrak hadapan tidak standard menjadi lebih tersusun. Ia telah menetapkan ciri-ciri standard seperti saiz kontrak, tarikh hantaran serta butiran item yang boleh dihantar. Hanya harga dan saiz kontrak sahaja yang perlu dirundingkan dan ditetapkan oleh peniaga-peniaga pasaran hadapan. Pelabur individu boleh membuat dagangan tanpa perlu menghubungi atau membuat panggilan individu lain kerana niaga hadapan merupakan pasaran berpusat. Prestasi pasaran dijamin oleh rumah penjelasan (clearing house) dan jaminan ini melegakan pihak yang terlibat dalam urusniaga berkenaan seandainya ada pihak lain yang gagal memenuhi tanggungjawabnya. Kontrak hadapan antara dua pihak (pembeli dan penjual) menetapkan harga hari ini, bagi instrumen/komoditi yang akan dihantar pada tarikh hadapan. Indeks stok hadapan ialah kontrak hadapan berdasarkan ketetapan indeks harga saham tertentu untuk menilai pergerakan harga pasaran stok secara keseluruhan. Aktiviti dagangan indeks hadapan melibatkan usaha penyelarasan kontrak kontrak belian atau jualan portfolio andaian (hypothetical) yang melibatkan semua stok indeks pada tarikh tertentu dimasa hadapan, pada harga yang dipersetujui ketika rundingan dagangan dibuat. Pembeli bersetuju untuk menerima hantaran dan membuat bayaran secara tunai pada tarikh tamat tempoh dan penjual bersetuju untuk membuat hantaran pada masa yang sama. Penyelesaian urusniaga/kontrak dibuat secara tunai sebelum membuat hantaran sebenar sekuriti yang tersenarai dipapan indeks. Keuntungan yang diperolehi dari dagangan stok indeks hadapan ditentukan dengan membandingkan nilai kontrak asal dengan nilai kontrak ketika penyelesaian dibuat.

34

CEILLI

JENIS-JENIS ASET PELABURAN

JENIS-JENIS ASET PELABURAN

3.9.3.1 3.9.2.1 KEBAIKAN KEBAIKAN DAN DAN KEBURUKAN KEBURUKAN


Dagangan di pasaran hadapan dianggap sebagai fungsi ekonomi yang amat berharga kerana ia membolehkan pelabur melindungi (lindung nilai) pelaburannya melalui peranannya yang terlibat dalam pasaran hadapan serta melindungi keuntungan yang diperolehi dalam pasaran tunai. Risiko turun naik harga dipindahkan dari mereka yang tidak mahu menanggung risiko kepada mereka yang bersedia menghadapinya. Satu lagi peranan pasaran hadapan dalam fungsi ekonomi ialah penemuan atau penetapan harga sesuatu komoditi. Oleh kerana harga kontrak hadapan menggambarkan jangkaan semasa tentang nilai pada masa hadapan, transaksi berkenaan boleh menetapkan harga semasa untuk transaksi yang akan berlaku pada masa hadapan. Pelabur mungkin juga berhasrat untuk terlibat dalam dagangan spekulasi dan bersedia menghadapi risiko turun naik harga dalam usaha mereka mencari keuntungan yang lebih besar. Walau bagaimanapun, pemahaman yang jelas mengenai konsep lindung nilai (secara ringkasnya ditakrifkan sebagai memainkan peranan dalam dagangan niaga hadapan dan bukannya dagangan tunai semasa, dalam usaha untuk meminimumkan risiko menanggung kerugian akibat perubahan harga) dan jangkaan amaun keuntungan atau kerugian yang mungkin dihadapi akibat perubahan harga kontrak indeks hadapan adalah penting sebelum seseorang pelabur memasuki pasaran dan melabur dalam kontrak hadapan.

3.10 DANA TUKARAN DAGANGAN - (ETF)


Dana Tukaran Dagangan - exchange-traded fund (ETF), juga dikenali sebagai Produk Tukaran Dagangan - exchange-traded product (ETP) , ialah dana pelaburan yang didagangkan di bursa saham, sama seperti stok. Dana Tukaran Dagangan (ETF) memiliki aset seperti saham atau bon dan didagangkan pada harga yang sama seperti nilai aset bersih berasaskan aset yang dimaksudkan sepanjang tempoh dagangan harian. Kebanyakan ETF diikuti pergerakannya melalui indeks, seperti S&P 500 atau MMSCI EAFE. Dana tukaran dagangan (ETF) mungkin satu pelaburan yang menarik kerana kosnya yang rendah, sistem percukaian yang cekap dan memiliki ciri-ciri mirip stok. Hanya mereka yang dikategorikan sebagai peserta yang dibenarkan sahaja (biasanya pelabur institusi yang besar) yang boleh berjual beli saham ETF terus dengan pengurus dana, yang kemudiannya membentuk unit rekaan, dalam jumlah blok yang besar melebihi puluhan ribu saham ETF, yang biasanya dibuat pertukaran seumpamanya dengan portfolio sekuriti yang dimaksudkan. Peserta yang dibenarkan mungkin berhasrat ingin melabur dalam saham ETF jangka panjang, tetapi biasanya akan bertindak sebagai pengemudi pasaran dipasaran terbuka, menggunakan kepakaran yang dimiliki untuk membuat pertukaran unit rekaan dengan sekuriti yang telah dikenalpasti, untuk menyediakan kecairan saham ETF dan memastikan harga pasaran harian menghampiri nilai aset bersih aset yang dimaksudkan. Lain-lain pelabur seperti pelabur individu yang menggunakan khidmat broker runcit menjalankan urusniaga saham ETF dipasaran peringkat kedua. page
JENIS-JENIS ASET PELABURAN

CEILLI

35

JENIS-JENIS ASET PELABURAN

Dana Tukaran Dagangan (ETF) yang digabungkan dengan ciri-ciri dana bersama atau unit amanah pelaburan, yang boleh dibeli atau dijual ketika dagangan harian ditutup, dengan ciri-ciri urusniaga seperti dana dagangan tertutup, yang didagangkan sepanjang tempoh dagangan harian, pada harga yang mungkin lebih atau kurang dari nilai aset bersih. Dana tertutup tidak dianggap sebagai ETF walaupun ia merupakan dana dan didagangkan di bursa saham. ETF telah berada dipasaran US sejak 1993, dan di Eropah sejak 1999. ETF secara tradisinya mempunyai dana indeksnya sendiri tetapi pada tahun 2008 Suruhanjaya Bursa Saham dan Sekuriti U.S.telah mula membenarkan pembentukan ETF yang diurus secara aktif. Jenis-jenis ETF :a) b) c) d) e) f) g) Indeks ETF Komoditi ETF atau ETC Bon ETF Matawang ETF atau ETC ETF yang diurus secara aktif Amanah tukaran dagangan `grantor ETF `leverage

3.11 BON SUKUK


Sukuk ialah perkataan Arab untuk sijil kewangan, tetapi lazimnya ia merujuk kepada bon berasaskan Shariah Islam. Oleh kerana konsep pendapatan tetap yang mengandungi unsur faedah tidak dibenarkan dalam Islam, sekuriti Sukuk dirangka dengan mematuhi undang-undang dan prinsip-prinsip pelaburan Islam yang melarang mengenakan atau membayar faedah. Aset kewangan yang mematuhi undang-undang Islam boleh dikategorikan mengikut tradabiliti dan bukan-tradabiliti dipasaran peringkat kedua. Fahaman konservatif menganggarkan melalui Strategi dan Rangka kerja Sepuluh Tahun, lebih dari $1.2 trillion aset diurus mengikut prinsip-prinsip pelaburan Islam. Prinsip-prinsip berkenaan merupakan sebahagian dari Shari'ah Islam, yang lazimnya difahami sebagai undang-undang Islam, tetapi sebenarnya ia lebih meluas dari apa yang kita fahami. Ia menekankan aspek-aspek kerohanian dan tanggungjawab moral serta tanggungjawab dan kewajipan dalam Islam. Di Teluk Parsi dan Asia, Standard & Poor menganggarkan 20 peratus pelanggan perbankan memilih produk kewangan bercirikan Islam berbanding dengan produk konvensional, dengan kedua-duanya menawarkan profil risikokeuntungan yang serupa. Sukuk membawa maksud tanggungjawab yang disokong oleh aset, dan ia bukanlah bon kerana ia tidak bersandarkan hutang atau pinjaman. Ia boleh dianggap sebagai kertas dagangan yang memberi hak kepada pelabur untuk berkongsi hakmilik atas aset yang dimaksudkan.

36

CEILLI

JENIS-JENIS ASET PELABURAN

JENIS-JENIS ASET PELABURAN

Penerbit Sukuk hendaklah mengenalpasti aset yang hendak dijual kepada pelabur dan memindahkannya secara ad hoc. Pelabur menikmati p e m b a h a g i a n a s e t menanggung risiko kredit penerbit sukuk. mengikut n i s b a h pelaburannya dan

Oleh itu, Sukuk ialah sekuriti ekuiti yang mempunyai ciri-ciri berikut :1. Ia diterbitkan dari dana terkumpul (dana bersama); 2. Ia berdasarkan aset sebenar yang menjana pendapatan yang berterusan dan menepati jangkaan; 3. Ia mungkin diberi jaminan atau tanpa jaminan oleh pengasas; 4. Pelabur menerima bayaran yang bersamaan dengan pendapatan yang dijana dari aset yang dimaksudkan; 5. Sekuriti Sukuk diterbitkan oleh SPV Special Purpose Vehicles, biasanya merupakan subsidiari bank atau amanah yang dipanggil SPV; 6. Lazimnya Sukuk diterbitkan dalam mata wang dollar; 7. Sukuk berbeza dengan bon konvensional kerana Sukuk berasaskan aset sebenar, bukan berasaskan hutang atau pinjaman; 8. Terdapat 14 jenis Sukuk, tetapi dua jenis sukuk yang digunakan pada masa kini ialah Sukuk Al-Ijara dan Sukuk Al-Mucharaka.

3.12 DANA JAMINAN MODAL


Dana Jaminan Modal ialah alat atau kaedah pelaburan yang ditawarkan oleh sesetengah institusi memberi jaminan ke atas modal awal pelabur dari berlakunya kerugian. Sungguhpun produk-produk yang dimaksudkan boleh menghalang pelabur dari mengalami kerugian modal, ia juga menghadkan amaun keuntungan yang sepatutnya diperolehi apabila pelaburan mencatatkan peningkatan. Inilah caranya institusi yang menawarkan kaedah ini mampu menawarkan jaminan keatas modal pelaburan.

Definisi Dana Jaminan Modal - Capital Guaranteed Fund (CGF) Dana Jaminan Modal (CGF) ialah suatu alat pelaburan yang ditawarkan oleh sesetengah institusi yang menjamin modal awal pelaburan dari berlakunya kerugian. Apabila anda melabur dalam dana jaminan modal, anda dijamin bahawa anda tidak akan mengalami kerugian kewangan, dengan syarat anda tidak menebus pelaburan anda sebelum tarikh matang.

JENIS-JENIS ASET PELABURAN

CEILLI

37

JENIS-JENIS ASET PELABURAN


Ciri-ciri Dana Jaminan Modal

Peruntukan aset tertinggi dalam instrumen pelaburan terjamin, biasanya sehingga 80% - 90% dari jumlah saiz dana. 2. Perbandingan penanda aras dengan kadar deposit tetap kerana risikonya dianggap lebih tinggi sedikit dari deposit tetap. 3. Tempoh pelaburan biasanya antara 3 5 tahun. 4. Kebanyakan CGF ditawarkan ketika dalam tempoh tawaran. Selepas tarikh tutup, langganan baru tidak akan diterima. 5. Biasanya harga/nilai seunit bermula dari RM1.00 bagi memudahkan pengiraan pulangan. 6. Modal pelaburan awal yang agak tinggi berbanding dengan lain-lain dana unit amanah. Amaun minimum biasanya bermula dari RM5,000. 7. Bayaran yuran kemasukan tidak terlalu tinggi. Caj perkhidmatan ialah 1.5%, iaitu kadar semasa yang diamalkan dalam industri pada masa sekarang. 8. Terdapat yuran penebusan sebelum tarikh matang, diantara 0.3% hingga 1.5% dari Nilai Aset Bersih (NAV). 9. Ciri pengekalan modal adalah dijamin. 10. Sekiranya anda terlepas tempoh tawaran, anda tidak boleh melabur dalam CGF. Tunggu sehingga pelancaran siri yang akan datang. 1. Antara contoh Dana Jaminan Modal yang terdapat di Malaysia ialah :a) OSK-UOB Siri Dana Jaminan Modal b) RHB Unit Amanah c) Hwang-DBS Dana Jaminan Modal

38

CEILLI

JENIS-JENIS ASET PELABURAN

3
BAB 3 a. b. c. d.

JENIS-JENIS ASET PELABURAN

SOALAN PENILAIAN PENCAPAIAN DIRI

1. Semua kenyataan di bawah adalah benar, kecuali :Wang tunai boleh dianggap sebagai suatu bentuk pelaburan. Nilai modal tunai tidak akan meningkat dan tidak akan menjana pendapatan tambahan dengan sendirinya. Deposit tunai merupakan instrumen kecairan yang kurang atau tiada risiko apabila amaun prinsipal yang dilaburkan mungkin boleh mengalami kerugian. Instrumen tunai termasuklah Bil Perbendaharaan dan Akaun Bank.

2. Instrumen yang dinyatakan di bawah adalah di bawah kategori Bon Korporat, kecuali :a. b. c. d. Stok Debentur Stok Pinjaman Stok Boleh Tukar Waran

3. Apakah keburukan melabur dalam unit amanah? a. b. c. d. Unit amanah mempunyai risiko yang lebih rendah berbanding dengan saham. Unit amanah diurus oleh pasukan pelaburan profesional. Kos tambahan dan caj dimasukkan dalam pelaburan jenis ini. Pendapatan dividen boleh dilaburkan semula

4. Dana Bursa Dagangan ialah :a. b. c. d. Stok yang didagangkan di bursa saham. Instrumen yang hanya boleh dibeli oleh pelabur institusi dan syarikat korporat sahaja. Dana pelaburan yang didagangkan di bursa saham dimana harganya adalah lebih kurang sama dengan nilai asas aset. Suatu kemudahan pelaburan dimana pelanggan boleh menukar saham dari satu kaunter ke kaunter lain pada bila-bila masa.

page
JENIS-JENIS ASET PELABURAN

CEILLI

39

JENIS-JENIS ASET PELABURAN


5. Sukuk mempunyai ciri-ciri berikut, kecuali :a. b. c. d. Ia diterbitkan dari dana terkumpul. Ia mematuhi sepenuhnya prinsip-prinsip Syariah. Ia mungkin diberi jaminan atau sebaliknya oleh pengasasnya. Ia hanya boleh dibeli oleh Bank dan Institusi Kewangan sahaja.

6. En. Indran ingin melabur dalam instrumen pelaburan konservatif yang boleh menjana pendapatan tetap yang berterusan. Anda mencadangkan supaya En. Indran melabur dalam :i. ii. iii. iv. a. b. c. d. Bil Perbendaharaan, Bon Sukuk, REIT Saham Terutama, Waran, Derivatif Sekuriti Pendapatan Tetap, Bon Kerajaan, Bon Korporat Komoditi, Niaga Hadapan, REIT. i, ii, iii, iv sahaja i dan iii sahaja ii dan iii sahaja iii dan iv sahaja

JAWAPAN DISEDIAKAN DI BAHAGIAN AKHIR BUKU INI.

40

CEILLI

JENIS-JENIS ASET PELABURAN

PRODUK INSURANS HAYAT BERKAIT PELABURAN SENARIO DUNIA


4.1 PENGENALAN

Produk insurans hayat berkait pelaburan bukanlah suatu fenomena baru di Malaysia. Produk ini telah berada di pasaran diseluruh dunia sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Kaedah baru dalam menawarkan perlindungan insurans ini dan dalam masa yang sama menjanjikan pulangan pelaburan telah diamalkan sejak lama dahulu. Kini, produk insurans hayat berkait pelaburan ini telah mengalami banyak perubahan dan menjadi lebih canggih. Bagi tujuan kursus ini, kita akan membincangkan bagaimana polisi berkait pelaburan ini berfungsi di negara-negara lain, selain Malaysia. Kita akan membincangkan tentang kewujudan produk ini di U.K., USA, Singapura dan di Malaysia sendiri.

4.2 DI UNITED KINGDOM


Perniagaan insurans hayat berkait pelaburan telah lama bertapak dan berkembang di United Kingdom sejak lebih dari 30 tahun dulu. Sepanjang tempoh tersebut, produk ini telah melalui beberapa tahap perkembangan rekabentuk dan ciri-cirinya dan telah mencapai kemuncaknya apabila berjaya memperkenalkan pelan insurans hayat seumur hidup berkait pelaburan yang lebih fleksibel dengan menawarkan kemudahan kepada pemilik polisi meminda atau m e n g u b a h k e p e r l u a n p e l a b u r a n serta perlindungan yang bersesuaian dengan kehendak pemilik polisi. Kontrak insurans hayat berkait pelaburan yang pertama diperkenalkan di UK ialah polisi anuiti persaraan individu bagi mereka yang bekerja sendiri. Ia diperkenalkan oleh London & Manchester Assurance Company Limited pada tahun 1957. Elemen pelaburan dihubung-kaitkan dengan unit amanah luaran. Menjelang 1960, terdapat enam buah syarikat insurans yang menawarkan kontrak insurans hayat berkait pelaburan dengan mencatatkan jumlah premium tahunan menghampiri 500,000 dan ia bukanlah polisi-polisi berpremium tunggal. Kemudian, pada tahun 1970, jumlah syarikat insurans yang menawarkan produk berkenaan telah meningkat kepada 91 buah syarikat dengan premium tahunan sebanyak 25 juta, dan tambahan 53 juta premium tunggal. Menjelang 1996, dianggarkan terdapat 130 syarikat yang menjalankan perniagaan insurans hayat berkait pelaburan dengan nilai premium tahunan mencecah 543 juta dan premium tunggal sebanyak 4,448 juta. Jumlah tersebut hanya melibatkan polisi insurans hayat biasa, tidak termasuk pelan persaraan eksekutif berkait pelaburan yang juga menyaksikan perkembangan pesat dalam tempoh yang sama. Pada tahun 1986, perniagaan insurans hayat berkait pelaburan mewakili 30% dari jumlah premium hayat tahunan. Pelan berkait pelaburan yang terawal dirangka mengikut rekabentuk yang sama seperti polisi-polisi endowmen tradisional dengan objektif menyediakan dana simpanan menjelang penghujung tempoh perlindungan, iaitu 10, 15, 20 atau 25 tahun. page
PRODUK INSURANS HAYAT BERKAIT PELABURAN SENARIO DUNIA

CEILLI

41

PRODUK INSURANS HAYAT BERKAIT PELABURAN SENARIO DUNIA

Perlindungan insurans hayat dirangka atas dasar yang sama bagi menandingi populariti polisi endowmen berserta keuntungan. Jumlah insurans biasanya kekal ditahap yang sama supaya amaun sebenar faedah risiko menyerupai insurans sementara menyusut yang menyokong nilai pelaburan terpilih. Walau bagaimanapun, kos yang tinggi dalam perlindungan insurans hayat, khususnya perlindungan diperingkat usia lanjut, tidak menarik minat pelanggan untuk melabur. Mereka menganggap e l e m e n i n s u r a n s h a y a t h a n y a sebagai suatu kaedah mendapatkan potongan cukai pendapatan atas premium yang dibayar. Beberapa polisi baru kemudiannya diperkenalkan dimana perlindungan insurans hayat ditetapkan di paras yang paling minimum bagi membolehkan ia layak menerima potongan cukai pendapatan (iaitu 75% premium yang dibayar digunakan untuk perlindungan insurans hayat). Perlindungan hayat melalui insurans sementara menyusut masih menjadi pilihan tetapi biasanya perlindungan insurans sebenar ini seakan dikesampingkan apabila nilai pelaburan mengatasi jaminan jumlah insurans. Dalam beberapa kes yang dikenalpasti, perkara ini boleh berlaku seawal tahun ke 5 bagi insurans bertempoh 10 tahun. Untuk insurans bertempoh yang lebih singkat (Contohnya 10 tahun), keutamaan polisi lebih difokuskan ke arah inisiatif pelaburan dan oleh yang demikian, bayaran komisen awal yang lebih tinggi sukar dilakukan biasanya sekitar 25% dan tidak pernah melebihi 40%. Sehubungan dengan itu, pelan berkait pelaburan yang pembahagian yang lebih wajar antara pelaburan dan dipasarkan dengan tempoh insurans yang lebih panjang bagaimanapun, syarikat insurans hayat menyedari bahawa mengekalkan polisi yang menetapkan tarikh matang. memperuntukkan nisbah perlindungan akan terus (20 tahun keatas). Walau tiada lagi keperluan untuk

Dengan wujudnya amalan polisi terbuka, pemilik polisi boleh mengeluarkan amaun pelaburannya pada bila-bila masa (biasanya tidak dikenakan penalti sekiranya polisi diserahkan selepas 10 tahun). Adalah diharapkan dana berkenaan akan kekal di bawah pengawasan syarikat insurans, lebih lama dari tempoh yang dirancang sebelum ini. Nilai serahan tunai pada tempoh yang pelbagai akan ditunjukkan dalam ilustrasi jualan dimana penerangan jualan lebih tertumpu ke arah konsep simpanan tempoh tetap. Kepada mereka yang memerlukan perlindungan tambahan, insurans sementara atau insurans faedah pendapatan keluarga boleh disertakan dalam amaun perlindungan asas yang dijamin, dibawah polisi insurans hayat berkait pelaburan. Produk insurans hayat berkait pelaburan generasi baru mula terdapat di pasaran pada pertengahan 1970an. Dalam tempoh berkenaan, perniagaan insurans hayat berkait pelaburan dilabelkan sebagai berisiko kerana ada beberapa jaminan yang terdapat dalam produk berkenaan didapati sukar menandingi kelebihan insurans hayat seumur hidup tradisional dengan jaminan jumlah perlindungannya.

42

CEILLI

PRODUK INSURANS HAYAT BERKAIT PELABURAN SENARIO DUNIA

PRODUK INSURANS HAYAT BERKAIT PELABURAN SENARIO DUNIA

Produk insurans hayat berkait pelaburan yang benar-benar disifatkan sebagai generasi baru ialah Pelan Insurans Hayat Seumur Hidup Hambro yang diperkenalkan pada 1977. Pelan ini merupakan polisi insurans hayat seumur hidup berkait pelaburan yang mana jumlah perlindungan adalah dijamin atas pelaburan premium 10 tahun pertama. Pada tahap berkenaan (dan setiap 5 tahun selepasnya) penilaian aktuari melibatkan polisi baru yang akan diperkenalkan di pasaran akan dilakukan. Hambro Life menyatakan selagi pelaburan boleh mencatat pertumbuhan sekurang-kurangnya 7.5% kompoun dan kadar mortaliti insured yang terdapat dalam jadual mortaliti Institut Aktuari, jaminan amaun perlindungan/premium akan disambung untuk tempoh 5 tahun lagi. Oleh kerana ia boleh digabungkan dengan pelaburan jangka panjang dan jaminan mortaliti, Hambro mampu menawarkan diskaun sehingga 33% dari kadar premium insurans hayat tradisional. Buat pertama kalinya caj yang dikenakan keatas kos mortaliti dipotong dari asas kos semasa setiap tahun, iaitu dengan membatalkan syarat keperluan jumlah unit pelaburan. Pelan insurans hayat seumur hidup Hambro dianggap terbaik dizamannya apabila ia mengatasi populariti Skandia Life UK dua tahun kemudian, iaitu pada tahun 1979. Pelan insurans Hambro menawarkan jaminan jumlah insurans tetap bagi setiap pelaburan premium mengikut umur kemasukan, sementara pelan Skandia pula membenarkan pemilik polisi memilih sebarang amaun jumlah perlindungan dalam tempoh perlindungan sedia ada.

4.3 DI AMERIKA SYARIKAT (USA)


Di USA, pelan insurans berkait pelaburan dikenali sebagai insurans hayat boleh ubah. Ia diperkenalkan di pasaran USA pada tahun 1976, iaitu selepas produk berkenaan berjaya menarik minat pasaran di Belanda, UK dan Kanada. Usaha memasarkan produk insurans hayat boleh ubah diterajui oleh Equitable Life Assurance Society, kejayaan peringkat awal itu amat terhad. Pada tahun 1999, insurans hayat boleh ubah menguasai 8% pasaran insurans hayat individu dan 28% pasaran anuiti individu. Insurans Seumur Hidup, Insurans Hayat Universal dan Insurans Sementara menguasai baki pasaran insurans hayat individu. Sementara insurans anuiti tetap menguasai baki pasaran anuiti individu. Berbanding dengan lain-lain produk insurans tradisional di US, insurans hayat boleh ubah lebih banyak menerima tekanan mematuhi peraturan. Selain dari undang-undang dan peraturan insurans negeri, kontrak hayat boleh ubah juga tertakluk kepada undangundang Kerajaan Pusat dan diawasi oleh Suruhanjaya Saham dan Sekuriti. Pada dasarnya, undang-undang sekuriti yang mengawal urustadbir insurans hayat boleh ubah ialah Akta Syarikat Pelaburan 1940, Akta Sekuriti 1933 dan Akta Bursa Sekuriti 1934.

page
PRODUK INSURANS HAYAT BERKAIT PELABURAN SENARIO DUNIA

CEILLI

43

PRODUK INSURANS HAYAT BERKAIT PELABURAN SENARIO DUNIA

Akta Syarikat Pelaburan 1940 mentakrifkan entiti yang terlibat dalam pelaburan aset pemilik polisi insurans hayat boleh ubah adalah dianggap sebagai syarikat pelaburan. Akta ini mengawal aktiviti gabungan merit dan operasi syarikat pelaburan berkaitan. Akta Sekuriti 1933 mengkehendaki syarikat insurans menyediakan prospektus produk yang antara lain perlu menyatakan identiti dan latarbelakang perniagaan syarikat, bagaimana premium akan dilaburkan, maklumat kewangan syarikat, bayaran dan caj yang dikenakan serta hak-hak sebagai pemilik polisi. Di bawah Akta Bursa Sekuriti 1934, syarikat insurans atau syarikat jualan mestilah berdaftar sebagai pedagang-broker. Akta tersebut mengkehendaki ejen dan pekerja pejabat agensi hendaklah lulus peperiksaan perniagaan sekuriti. Sebagai tambahan, mereka juga perlu lulus dan mendaftar dengan Persatuan Pedagang-Pedagang Sekuriti Kebangsaan (National Association of Securities Dealers - NASD).

4.4 DI SINGAPURA
Polisi insurans berkait pelaburan dengan premium tunggal yang pertama seumpamanya telah diperkenalkan oleh NTUC Income di Singapura pada tahun 1973. Pada tahun 1992, syarikat Prudential menyertai pasaran insurans hayat berkait pelaburan dengan menawarkan produk dengan premium tunggal dan premium biasa. Ia kemudiannya diikuti dengan syarikat-syarikat insurans hayat lainnya yang menyertakan perniagaan insurans hayat berkait pelaburan dalam portfolio perniagaan masing-masing. Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, sambutan dan jualan polisi insurans hayat berkaitan pelaburan telah menunjukkan pertumbuhan yang memberangsangkan. Salah satu faktor yang menyumbang ke arah perkembangan industri insurans di Singapura ialah apabila Kumpulan Wang Pusat (Central Provident Fund CPF) memperkenalkan Skim Pelaburan Dipertingkatkan (Enhanced Investment Scheme EIS) pada tahun 1993. Skim ini membolehkan ahli-ahli CPF yang mempunyai simpanan sekurang-kurangnya S$50,000 dalam akaun biasa, boleh melabur 80% dari lebihan simpanan berkenaan dalam mana-mana instrumen pelaburan yang diluluskan dibawah skim berkenaan. Pada tahun 1997, dua skim pelaburan sedia ada di bawah CPF, Skim Pelaburan Dipertingkatkan (Enhanced Investment Scheme EIS ) dan Skim Pelaburan Asas ( Basic Investment Scheme -BIS) telah digabungkan untuk membentuk satu skim baru yang dipanggil Skim Pelaburan ( Investment Scheme -IS). Dengan pengenalan skim baru ini, ia membolehkan lebih ramai lagi ahli-ahli CPF melabur dipelbagai instrumen pelaburan. Semua ahli CPF yang mengekalkan sekurang-kurangnya amaun simpanan minimum dalam akaunnya termasuk amaun tunai, dibenarkan melabur sehingga 80% dari lebihan simpanan dalam instrumen pelaburan yang dibenarkan. Skim baru ini telah menarik perhatian ahli CPF yang dulunya tidak berminat melabur dalam EIS, kini turut serta melabur.

44

CEILLI

PRODUK INSURANS HAYAT BERKAIT PELABURAN SENARIO DUNIA

PRODUK INSURANS HAYAT BERKAIT PELABURAN SENARIO DUNIA

Diantara polisi-polisi insurans hayat yang ada di pasaran, hanya polisi endowmen yang diluluskan oleh Lembaga Pengarah CPF sebagai salah satu instrumen pelaburan yang diberi kelayakan. Ini adalah kerana fokus umum yang diberikan oleh polisi endowmen terhadap pulangan pelaburan, tidak seperti polisi seumur hidup atau insurans sementara dimana sebahagian besar kos digunakan untuk membayar manfaat kematian.

4.5 DI MALAYSIA
Produk insurans hayat berkait pelaburan telah berada di pasaran sejak sekurangkurangnya 25 tahun lepas, iaitu sejak diperkenalkan produk insurans berkait pelaburan dalam bentuk mudah yang dipasarkan oleh Syarikat Takaful Malaysia Sdn Bhd pada tahun ini 1985. Sejak dari itu, pelan insurans berkait pelaburan telah memainkan peranan yang lebih besar dan diberi tumpuan oleh syarikat-syarikat insurans dan pengendali takaful di Malaysia. Malah, laporan tahunan BNM menunjukkan sumbangan premium tahunan polisi insurans berkait pelaburan telah meningkat dari 25.7 % dalam tahun 2005 kepada 30.6% dalam tahun 2009. (Peruntukan Premium meningkat dari RM 1.7 billion kepada RM 2.2 billion dalam tahun 2009). Pada Julai 1997, Berjaya Prudential Assurance Bhd menjadi syarikat insurans tradisional pertama berjaya melancarkan produk insurans hayat berkait pelaburan. Sejak dari itu, kebanyakan syarikat insurans tradisional di Malaysia telah mula membangunkan dan memperkenalkan beberapa produk insurans hayat berkait pelaburan dalam portfolio perniagaan mereka. Malah, kebanyakan syarikat insurans juga menawarkan polisi insurans hayat berkait pelaburan kaedah konvensional dan Islam kepada orang ramai. Kini, pelanggan boleh memiliki polisi-polisi berkenaan bagi memenuhi keperluan insurans dan objektif pelaburannya, samada perancangan pendidikan masa depan anak-anak atau pengumpulan harta atau hanya sekadar memiliki perlindungan insurans yang mencukupi. Pelan takaful keluarga berkait pelaburan telah mula dibangunkan dan diperkenalkan oleh pengendali-pengendali takaful (syarikat insurans berasaskan Islam), bukan bermotifkan kewangan atau desakan pelanggan, tetapi semata-mata sebagai memenuhi tanggungjawab terhadap prinsip-prinsip dan amalan penganut agama Islam di Malaysia. Premium yang diterima dari polisi-polisi takaful akan dilaburkan dalam pelaburan saham atau aset yang mematuhi prinsip dan undang-undang Islam. Manamana pelaburan yang tidak mematuhi prinsip-prinsip Islam, iaitu yang dianggap haram seperti urusniaga minuman keras, perjudian atau urusniaga melibatkan faedah/bunga (interest)tidak akan disenaraikan dalam senarai portfolio pelaburan syarikat takaful. Syarikat insurans konvensional terpaksa mengambil perhatian dan pertimbangan yang serupa dan mereka kemudiannya memperkenalkan polisi insurans berkait pelaburan yang mematuhi sepenuhnya undang-undang atau syariah Islam.

page
PRODUK INSURANS HAYAT BERKAIT PELABURAN SENARIO DUNIA

CEILLI

45

PRODUK INSURANS HAYAT BERKAIT PELABURAN SENARIO DUNIA

Berdasarkan dari sejarah perkembangan dan pembangunan insurans yang berlaku dalam tempoh 25 tahun, polisi insurans hayat berkait pelaburan konvensional dan polisi takaful keluarga berkait pelaburan dilihat mampu terus bertahan untuk tempoh yang lebih panjang di Malaysia apabila kehendak dan keperluan pelanggan terhadap polisipolisi seperti ini terus meningkat. Kini, adalah menjadi fenomena biasa apabila terdapat pelanggan bukan Islam berurusan dan membeli polisi berkait pelaburan yang berasaskan Syariah Islam kerana ternyata produk ini memberi pulangan yang baik setiap tahun. Adalah tidak keterlaluan untuk dikatakan bahawa dengan wujudnya perkembangan dalam polisi-polisi insurans hayat berkait pelaburan (samada konvensional atau Islam), rakyat Malaysia mendapat peluang untuk membuat pilihan bagaimana mereka akan melaburkan wang dan dalam masa yang sama mereka dapat hidup dengan tenteram apabila mereka mengetahui mereka diberi perlindungan secukupnya.

46

CEILLI

PRODUK INSURANS HAYAT BERKAIT PELABURAN SENARIO DUNIA

4
BAB 4 a. b. c. d.

PRODUK INSURANS HAYAT BERKAIT PELABURAN SENARIO DUNIA


SOALAN PENILAIAN PENCAPAIAN DIRI

1. Polisi Insurans Hayat Berkait Pelaburan diperkenalkan di negara-negara berikut 30 tahun dahulu, kecuali di :Amerika Syarikat United Kingdom Malaysia Singapura

2. Adam menetap di UK dan beliau tertarik dengan polisi insurans hayat berkait pelaburan yang anda beli ketika beliau sedang bercuti di Malaysia. Adam kini berada di London dan dia bercadang untuk membeli pelan yang serupa dengan polisi anda. Apakah nama pelan yang perlu disebutnya apabila ia berjumpa dengan ejen? a. b. c. d. Pelan Insurans Hayat Berkait Pelaburan Pelan Insurans Hayat Universal-Variabel Pelan Insurans Hayat Variabel Pelan Insurans Hayat Berkait Unit.

3. Pelan Takaful Keluarga Berkait Pelaburan diperkenalkan kepada orang ramai kerana a. Memenuhi permintaan pasaran dan permintaan kewangan. b. Jawapan balas bagi memenuhi tuntutan pematuhan amalan dan prinsip-prinsip Islam. c. Sebelum ini tiada produk yang sesuai untuk orang-orang Islam di Malaysia. d. Ingin meneroka pasaran insurans yang masih luas dan menguntungkan 4. Semua kenyataan yang tertera di bawah adalah tidak benar, kecuali :a. Pelan takaful keluarga hanya boleh dijual oleh syarikat insurans Islam. b. Semua syarikat insurans boleh mereka bentuk dan memasarkan produk takaful mengikut kehendak masing-masing. c. Produk insurans takaful perlu mematuhi undang-undang dan keperluan Syariah. d. Produk takaful hanya boleh dijual dan dibeli oleh orang-orang Islam di Malaysia.

PRODUK INSURANS HAYAT BERKAIT PELABURAN SENARIO DUNIA

CEILLI

47

PRODUK INSURANS HAYAT BERKAIT PELABURAN SENARIO DUNIA


a. b. c. d. Akta Syarikat Pelaburan 1940 Akta Sekuriti 1933 Akta Bursa Sekuriti 1934 Akta Suruhanjaya Sekuriti 1983

5. Diantara berikut, yang manakah akta-akta yang tidak berkaitan dengan aktiviti penjualan insurans hayat berkait pelaburan di Amerika Syarikat?

6. Pelan insurans berkait pelaburan yang pertama di Malaysia telah diperkenalkan oleh :a. b. c. d. Mayban Life Assurance Berhad. Syarikat Takaful Malaysia Berhad Berjaya Prudential Assurance Berhad Malaysian Assurance Alliance Berhad.

JAWAPAN DISEDIAKAN DI BAHAGIAN AKHIR BUKU INI.

48

CEILLI

PRODUK INSURANS HAYAT BERKAIT PELABURAN SENARIO DUNIA

JENIS-JENIS PRODUK INSURANS HAYAT BERKAIT PELABURAN


5.1 PENGENALAN

Polisi insurans hayat berkait pelaburan yang diperkenalkan di Malaysia, adalah sebagai satu cara untuk memberi tawaran atau pilihan kepada pemilik polisi insurans hayat tentang nilai kewangan yang dihubung-kaitkan secara langsung dengan prestasi pelaburan. Cara ini biasanya dapat dilakukan dengan menghubungkan nilai polisi dengan unit saham dalam dana khas yang disatukan serta diurus oleh syarikat insurans.

5.1.1 BAGAIMANA POLISI INSURANS HAYAT BERKAIT PELABURAN BERFUNGSI


Polisi insurans hayat berkait pelaburan berfungsi sama seperti prinsip yang terdapat dalam unit amanah. Dalam polisi insurans hayat berkait pelaburan, sebahagian besar peruntukan premium digunakan untuk membeli unit pelaburan dalam dana berkait pelaburan yang diurus oleh syarikat insurans hayat. Hanya sebahagian kecil premium diperuntukkan untuk perlindungan insurans. Pulangan pelaburan dibawah polisi insurans hayat berkait pelaburan adalah tidak dijamin. Ia berkait rapat dengan prestasi dana yang diurus oleh syarikat insurans. Hak pemilikan dana dipecahkan dalam bentuk unit dimana setiap unit mewakili hak perkongsian yang sama atas nilai aset bersih dana. Dana yang dilaburkan dalam aset akan mengalami turun naik nilai disebabkan pergerakan turun naik harga saham di pasaran. Apabila nilai dana merosot, harga unit pelaburan juga akan menurun. Ia akan memberi kesan kepada polisi insurans hayat tradisional berserta keuntungan, sebaliknya mempengaruhi pencapaian pelaburan yang dinikmati melalui pelaburan yang dibuat oleh pemilik polisi. Generasi atau kelompok pemilik polisi yang berbeza akan menerima kesan pelaburan yang berbeza. Sebahagiannya akan memperolehi pulangan memuaskan sementara yang lain mungkin akan kehilangan modal pelaburan. Premium yang dibayar oleh pemilik polisi akan diperuntukkan kepada unit-unit saham pada harga ketika pelaburan dibuat. Unit-unit saham diperuntukkan pada setiap tarikh pelaburan. Unit-unit pelaburan diperuntukkan berdasarkan harga jualan pejabat insurans hayat (dipanggil harga tawaran dibincangkan dibawah definisi). Apabila unit-unit pelaburan ditunaikan untuk memenuhi keperluan kematian, matang, serahan polisi atau perbelanjaan berkaitan; nilai tunai adalah berdasarkan harga belian pejabat insurans hayat (dipanggil harga bida). Untuk dana insurans hayat, perbezaan antara harga tawaran dengan harga bida didalam keadaan pasaran normal ialah 5%-6% dari harga tawaran. Perbezaan ini dikenali sebagai sebarang bida-tawaran.

page
JENIS-JENIS PRODUK INSURANS HAYAT BERKAIT PELABURAN

CEILLI

49

JENIS-JENIS PRODUK INSURANS HAYAT BERKAIT PELABURAN

Di bawah polisi insurans hayat tradisional berserta keuntungan, amaun premium adalah terdiri dari beberapa elemen; sebahagian untuk perlindungan insurans akibat kematian, sebahagian lagi untuk menampung kos perbelanjaan dan kos jualan, sementara sebahagian besar premium diperuntukkan untuk tujuan pelaburan. Pembahagian premium polisi insurans hayat berkait pelaburan adalah serupa. Walau bagaimanapun, antara pembahagian yang agak berbeza ialah :a) Polisi insurans hayat tradisional berserta keuntungan bertujuan mendapatkan pulangan yang berterusan dengan tidak terlibat dalam pasaran pelaburan yang sentiasa mengalami turun naik harga. Polisi insurans hayat berkait pelaburan pula menawarkan potensi mendapat pulangan yang tinggi tetapi terdedah kepada keadaan mudahruap pasaran dan risiko yang tinggi. Sungguhpun demikian, risiko tersebut boleh dikurangkan sekiranya pelaburan polisi insurans hayat berkait pelaburan dilaburkan dalam dana terurus, yang mana portfolio pelaburannya yang pelbagai adalah serupa dengan portfolio pelaburan polisi tradisional berserta keuntungan (Contohnya pelaburan bon kerajaan saham dan hartanah). b) Polisi insurans hayat berkait pelaburan biasanya menawarkan lebih banyak pilihan jenis-jenis dana pelaburan (contohnya saham, bon kerajaan, hartanah atau campuran dari jenis pelaburan berkenaan). c) Polisi insurans hayat berkait pelaburan mungkin lebih fleksibel atau sebaliknya berbanding dengan polisi insurans hayat tradisional berserta keuntungan. d) Pemilik polisi telah diberitahu lebih awal tentang elemen pelaburan dalam polisi insurans hayat berkait pelaburan dan premium dilaburkan didana berasingan yang telah dikenalpasti, yang kemudiannya membentuk unit-unit pelaburan. Tidak seperti polisi insurans hayat tradisional berserta keuntungan, kemuncak dan kekurangan yang terdapat dalam polisi insurans hayat berkait pelaburan tidak boleh diubahsuai bagi mendapatkan kadar pulangan yang berterusan kepada pemilik polisi. Ini adalah kerana manfaat bersih dan risiko pulangan pelaburan akan sertamerta dipindahkan kepada pemilik polisi. e) Struktur caj polisi dan kandungan pelaburan polisi insurans hayat berkait pelaburan mudah difahami oleh pemilik polisi kerana ia dinyatakan dengan jelas dalam dokumen polisi. Bayaran polisi, kos awal pelaburan, caj mortaliti dan amaun yang diperuntukkan untuk tujuan pelaburan (termasuk caj pelaburan) boleh dikenalpasti dengan meneliti dan memahami polisi dokumen serta pernyataan polisi. Di bawah polisi insurans hayat tradisional berserta keuntungan, perbelanjaan pentadbiran pejabat dan perbelanjaan urusan perniagaan ditampung melalui caj yang dikenakan ketika polisi dikeluarkan, iaitu caj awal polisi dan caj biasa yang dikenakan atas polisi. Kesemua caj berkenaan tidak dinyatakan secara jelas dalam terma dan syarat polisi insurans hayat tradisional berserta keuntungan. Pemilik polisi terpaksa menanggung secara langsung sebahagian dari caj tersebut, disamping menggunakan peruntukan dana insurans hayat.

50

CEILLI

JENIS-JENIS PRODUK INSURANS HAYAT BERKAIT PELABURAN

JENIS-JENIS PRODUK INSURANS HAYAT BERKAIT PELABURAN

Keadaan sebaliknya berlaku dalam polisi insurans hayat berkait pelaburan. Caj yang dikenakan ke atas polisi ini dinyatakan secara telus, termasuk jenis-jenis dan peringkat bayaran yang dikenakan oleh pejabat insurans hayat. Caj yang dikenakan adalah kombinasi dua atau lebih perkara-perkara berikut :-

Bayaran polisi Bayaran pengurusan dana tahunan Perbezaan bida-tawaran Pengurangan peruntukan unit tiada peruntukan premium Unit pelaburan peringkat permulaan Caj mortaliti Caj serahan

5.2 DEFINISI
UNIT 5.2.1 TERMA BAYARAN POLISI DEFINISI
Bayaran polisi yang perlu ditanggung oleh pemilik polisi adalah sama seperti polisi insurans hayat tradisional. Ia digunakan untuk menampung perbelanjaan mentadbir & mengeluarkan polisi. Oleh kerana kos pengeluaran polisi adalah sama samada ia polisi besar atau kecil, pejabat insurans hayat biasanya mengenakan bayaran polisi yang seragam bagi setiap polisi.

page
JENIS-JENIS PRODUK INSURANS HAYAT BERKAIT PELABURAN

CEILLI

51

JENIS-JENIS PRODUK INSURANS HAYAT BERKAIT PELABURAN


UNIT 5.2.2 TERMA BAYARAN PENGURUSAN DANA TAHUNAN DEFINISI

Pengurusan dana berkait pelaburan dikendalikan oleh pengurus pelaburan profesional. Peratusan tertentu akan dipotong dari dana berkait pelaburan terkumpul polisi unit pelaburan untuk menampung bayaran pengurusan pelaburan. Ia melibatkan potongan tahunan antara 0.5% hingga 2% dari dana terkumpul. Harga tawaran ialah harga unit pelaburan dibawah polisi insurans hayat berkait pelaburan yang ditawarkan untuk dijual oleh pejabat insurans hayat. Sekiranya harga tawaran ialah RM1 dan jumlah premium untuk membeli unit pelaburan RM 100, maka jumlah unit yang dibeli ialah 100 unit. Harga bida ialah harga unit dibawah polisi insurans hayat berkait pelaburan ketika polisi matang, atau apabila polisi diserahkan, atau apabila unit pelaburan ditunaikan untuk menampung bayaran caj polisi. Harga bida sentiasa lebih rendah dari harga tawaran ketika pengumuman dibuat. Seandainya tia da la in - la in ba ya ra n ya ng dikenakan, 100 unit pelaburan boleh dibeli dengan harga RM 95, sekiranya harga bida ialah RM 0.95. Lazimnya terdapat perbezaan antara harga tawaran dan harga bida, dimana harga tawaran adalah lebih tinggi dari harga bida, iaitu diantara 5% to 6%. Perbezaan tersebut dikenali sebagai perbezaan bida-tawaran dengan caj efektif peringkat permulaan sebanyak 5% atau 6% dikenakan kepada pemilik polisi atas setiap premium polisi bagi menampung perbelanjaan mengeluarkan polisi. Dibawah format ini, pejabat insurans hayat tidak menggunakan kesemua premium untuk membeli unit pelaburan. Perbezaan yang wujud merupakan caj yang dikenakan oleh pejabat insurans hayat bagi menampung perbelanjaan pemasaran dan perbelanjaan pengeluaran polisi. Oleh yang demikian, pemilik polisi mendapati 60% dari amaun premium akan digunakan untuk membeli unit pelaburan pada tahun pertama atau tahun kedua polisi. Terdapat syarikat insurans yang tidak membuat peruntukan untuk membeli unit pelaburan sehinggalah caj permulaan dikutip sepenuhnya.

5.2.3

HARGA TAWARAN

5.2.4

HARGA BIDA

5.2.5

PERBEZAAN BIDATAWARAN

5.2.6

PENGURANGAN PERUNTUKAN UNIT TIADA PERUNTUKAN PREMIUM

52

CEILLI

JENIS-JENIS PRODUK INSURANS HAYAT BERKAIT PELABURAN

5
UNIT 5.2.7 TERMA

JENIS-JENIS PRODUK INSURANS HAYAT BERKAIT PELABURAN


DEFINISI
Sebagai alternatif, pejabat insurans hayat mungkin membuat peruntukan semua premium yang dibayar oleh pemilik polisi untuk membeli unit pelaburan. Walau bagaimanapun, unit pelaburan yang diperuntukkan pada peringkat awal akan dikenali sebagai unit permulaan dan akan dikenakan caj pengurusan tahunan yang lebih tinggi, iaitu sekitar 6% setahun sepanjang tempoh kontrak polisi. Unit permulaan dikenakan caj penamatan polisi yang amat tinggi dan nilai serahan tunai adalah lebih rendah dari nilai muka polisi. Kaedah seperti ini tidak selalu digunakan, berbanding dengan masa lalu. Caj ini dikenakan bagi menampung kos mortaliti polisi dan ia bergantung kepada umur pemilik polisi. Adalah tidak mustahil caj mortaliti ini akan menjadi caj berulang (iaitu setiap bulan). Dalam keadaan seperti ini, kos mortaliti ditampung dari caj pembatalan unit pelaburan yang dibuat sepanjang masa, dan syarikat insurans kemudiannya membenarkan pemilik polisi mengubah amaun perlindungan. Caj serahan dipotong dari nilai unit pelaburan ketika dibuat serahan polisi dan ia digunakan atas polisi yang mempunyai peruntukan yang seragam. Ia menggambarkan perbelanjaan permulaan yang ditanggung tetapi bayaran belum dikutip kembali.

UNIT PELABURAN PERINGKAT PERMULAAN

5.2.8

CAJ MORTALITI

5.2.9

CAJ SERAHAN

JENIS-JENIS PRODUK INSURANS HAYAT BERKAIT PELABURAN

CEILLI

53

JENIS-JENIS PRODUK INSURANS HAYAT BERKAIT PELABURAN


5.3 CIRI-CIRI POLISI INSURANS HAYAT BERKAIT PELABURAN

Ciri-ciri polisi insurans hayat berkait pelaburan boleh dibahagikan kepada beberapa kumpulan iaitu :a. Ia boleh digunakan untuk tujuan pelaburan, simpanan dan perlindungan. Elemen perlindungan diberi dalam bentuk manfaat kematian, hilang upaya kekal dan menyeluruh, insurans penyakit merbahaya, manfaat kemalangan diri, kematian disebabkan kemalangan dan insurans kesihatan diri. b. Polisi ini biasanya mempunyai pendedahan yang lebih meluas terhadap pelaburan ekuiti berbanding dengan lain-lain polisi insurans hayat tradisional berserta keuntungan. c. Manfaat serahan tunai dan perlindungan ditentukan melalui prestasi pelaburan aset yang dipilih dan pencapaian tersebut ditunjukkan melalui harga unit dana berkait pelaburan. d. Kos perlindungan biasanya diperolehi dari caj nyata (iaitu jenis-jenis dan peringkat caj yang dikenakan oleh pejabat insurans hayat, seperti yang terdapat dalam terma-terma polisi). Caj bagi setiap polisi adalah berbeza mengikut umur dan amaun perlindungan serta melalui caj pembatalan unit pelaburan. Untuk polisi premium tunggal, kos perlindungan diperolehi melalui caj paras peringkat permulaan. e. Komisen dan perbelanjaan pejabat juga ditampung melalui pelbagai caj nyata, sebahagian daripadanya mungkin bersifat boleh ubah tetapi pejabat insurans hayat perlu memberi notis awal 6 bulan sebelum melakukan sebarang perubahan. f. Nilai serahan tunai biasanya merupakan nilai unit pelaburan yang diperuntukkan kepada pemilik polisi, dikira berdasarkan harga bida.

5.4 JENIS-JENIS POLISI INSURANS HAYAT BERKAIT PELABURAN


Walaupun terdapat beberapa variasi dan jenis-jenis polisi insurans hayat berkait pelaburan yang terdapat dipasaran luar negara yang mana jenis-jenis utama dinyatakan di bawah, jenis-jenis polisi asas yang terdapat di Malaysia adalah pelan insurans hayat berpremium tunggal (bayaran premium dibuat sekali sahaja bagi setiap polisi) dan juga pelan insurans hayat premium biasa (premium dibayar dengan lebih kerap bagi setiap polisi).

54

CEILLI

JENIS-JENIS PRODUK INSURANS HAYAT BERKAIT PELABURAN

5
Pelan Pelan Pelan Pelan Pelan Pelan

JENIS-JENIS PRODUK INSURANS HAYAT BERKAIT PELABURAN

Berikut adalah sebahagian dari pelan insurans hayat berkait pelaburan yang terdapat di Malaysia :Insurans Hayat Seumur Hidup Berkait Pelaburan Premium Tunggal Insurans Hayat Seumur Hidup Berkait Pelaburan Premium Tetap Persaraan Individu Berkait Pelaburan Kesihatan Kekal Berkait Pelaburan Penyakit Merbahaya Berkait Pelaburan Pendidikan Berkait Pelaburan

5.4.1 PELAN INSURANS HAYAT SEUMUR HIDUP BERKAIT PELABURAN PREMIUM TUNGGAL
Terdapat beberapa polisi insurans dan kombinasi polisi insurans yang boleh digunakan sebagai pelaburan premium tunggal. Lazimnya, pelaburan dibuat menerusi pelan insurans hayat seumur hidup berkait pelaburan dengan premium tunggal dimana premium yang dibayar oleh pemilik polisi digunakan untuk membeli unit pelaburan dana berkait pelaburan atau dana amanah dengan menyediakan perlindungan insurans hayat pada amaun perlindungan tertentu. Di Malaysia, polisi premium tunggal mestilah dengan premium minimum sebanyak sekurang-kurangnya RM3, 000 (dibincangkan dibawah 10.3 Undang-undang yang berkaitan dengan insurans hayat berkait pelaburan). Pelan insurans hayat seumur hidup berkait pelaburan berpremium tunggal adalah antara polisi insurans hayat berkait pelaburan yang pertama diperkenalkan dipasaran. Ia adalah satu pelan insurans yang mudah dengan amaun perlindungan insurans sebanyak peratusan tertentu (biasanya 125%) dari premium tunggal yang dibayar, tertakluk kepada amaun minimum RM5, 000. Pelan insurans hayat seumur hidup berkait pelaburan dengan premium tunggal biasanya memberi penekanan kepada simpanan dan pelaburan jangka panjang. Oleh itu, pelan ini hanya menawarkan perlindungan insurans yang paling nominal. Kos pentadbiran dan insurans ditampung m e l a l u i b a y a r a n p o l i s i , l a i n - l a i n c a j pentadbiran dan caj mortaliti. Dana berkait pelaburan biasanya mengenakan bayaran pengurusan pelaburan sebanyak 0.5% hingga 2% setahun, bergantung kepada jenis dana dan perbezaan bida-tawaran. Pemilik polisi dibenarkan membuat tambah nilai atau menambah bayaran premium tunggal. Selain dari itu, pemilik polisi berhak untuk menyerahkan sebahagian atau keseluruhan unit pelaburan yang diperuntukkan kepadanya. Kemudahan untuk mengekses dana pelaburan diberikan kepada pemilik polisi bagi menarik minat mereka terhadap polisi berkenaan.

JENIS-JENIS PRODUK INSURANS HAYAT BERKAIT PELABURAN

CEILLI

55

JENIS-JENIS PRODUK INSURANS HAYAT BERKAIT PELABURAN

5.4.2 PELAN INSURANS HAYAT SEUMUR HIDUP BERKAIT PELABURAN PREMIUM TETAP
Skop atau tujuan pelan insurans hayat seumur hidup dengan premium tetap ini adalah sama dengan polisi insurans hayat premium tunggal. Hanya terdapat sedikit perbezaan bayaran premium iaitu premium untuk polisi ini dibayar secara tetap dan lebih kerap samada secara bulanan, suku tahunan atau tahunan, dan bukannya premium tunggal. Pembelian unit pelaburan dana berkait pelaburan atau dana yang disatukan ini dibuat sebaik sahaja bayaran premium telah diterima. Pelan ini mempunyai dua tujuan penting pelaburan dan perlindungan, dengan perlindungan insurans menjadi objektif utamanya. Atas budi bicara dan peraturan pentadbiran pejabat insurans hayat, pemilik polisi dibenarkan membuat tambah nilai premium. Mereka juga biasanya dibenarkan membuat pengeluaran dan serahan polisi selepas beberapa tahun polisi berkuatkuasa.

5.4.3 PELAN PERSARAAN INDIVIDU BERKAIT PELABURAN


Pelan asas persaraan individu berkait pelaburan biasanya melibatkan peruntukan premium yang tinggi untuk d i j a d i k a n m o d a l p e l a b u r a n i a i t u d e n g a n c a r a mengumpulkan dana pelaburan dan kemudiannya dana itu digunakan untuk membeli samada polisi anuiti tradisional atau anuiti berkait pelaburan. Secara konvensional, pelan asas tidak mempunyai perlindungan insurans hayat selain dari pulangan pelaburan apabila berlaku kematian. Perlindungan insurans hayat diperolehi melalui polisi insurans sementara yang dibeli secara berasingan. Perkembangan terkini menyaksikan pelancaran pelan persaraan individu berkait pelaburan dengan perlindungan insurans hayat dibiayai melalui pembatalan unit pelaburan dalam pelan persaraan. Perkembangan seterusnya pula menyaksikan pengenalan pelan persaraan individu berkait pelaburan dimana semua atau sebahagian dari dana boleh ditukar kepada polisi insurans hayat tradisional berserta keuntungan sebagai alternatif untuk bertukar kepada dana berkait pelaburan yang lain. Pelan berkenaan amat popular diluar negara kerana terdapat insentif cukai diberikan kepada pekerja atas caruman/bayaran premium pelan ini. Pihak kerajaan mahu menggalakkan tabiat menyimpan dikalangan rakyatnya dengan menawarkan insentif cukai.

56

CEILLI

JENIS-JENIS PRODUK INSURANS HAYAT BERKAIT PELABURAN

JENIS-JENIS PRODUK INSURANS HAYAT BERKAIT PELABURAN

Perkembangan seterusnya pula menyaksikan pengenalan pelan persaraan individu berkait pelaburan dimana semua atau sebahagian dari dana boleh ditukar kepada polisi insurans hayat tradisional berserta keuntungan sebagai alternatif untuk bertukar kepada dana berkait pelaburan yang lain. Pelan berkenaan amat popular diluar negara kerana terdapat insentif cukai diberikan kepada pekerja atas caruman/bayaran premium pelan ini. Pihak kerajaan mahu menggalakkan tabiat menyimpan dikalangan rakyatnya dengan menawarkan insentif cukai.

5.4.4 PELAN KESIHATAN KEKAL BERKAIT PELABURAN


Terdapat syarikat insurans hayat yang mula merangka dan memperkenalkan pelan berkait pelaburan yang baru. Sebagai menggantikan pelan perlindungan kematian, mereka menawarkan perlindungan insurans dalam bentuk yang berbeza seperti insurans kesihatan kekal dan insurans penyakit merbahaya. Insurans kesihatan kekal berkait pelaburan diperkenalkan bagi tujuan :menawarkan perlindungan kesihatan seperti pendapatan hilang upaya dan sebagainya. menyediakan nilai tunai; sedangkan produk insurans kesihatan tradisional lain tidak mempunyai kelebihan ini. Produk insurans hayat berkait pelaburan yang turut menyertakan faedah pendapatan hilang upaya jangka panjang kini telah dijual dipasaran luar negara. Produk ini dipasarkan dengan harga yang begitu kompetitif jika dibandingkan dengan produk insurans hayat tradisional berserta keuntungan, kadangkala harga dikurangkan sehingga 25% berbanding dengan produk tradisional dalam keadaan ekonomi kukuh. Reka bentuk produk insurans kesihatan kekal berkait pelaburan ini mempunyai kelebihan dimana ia menawarkan nilai tunai walaupun dengan harganya (premium) yang kompetitif. Produk baru ini telah mendapat sambutan begitu hebat dipasaran UK. Dalam tempoh 12 bulan pelancaran, produk Allied Dunbar dianggarkan telah menguasai 34% pasaran insurans kesihatan kekal individu di UK. Pelan hilang upaya jangka panjang hayat universal yang pertama kini telah mula berada dipasaran Amerika Syarikat dengan reka bentuk produk sama seperti yang terdapat di UK.

JENIS-JENIS PRODUK INSURANS HAYAT BERKAIT PELABURAN

CEILLI

57

JENIS-JENIS PRODUK INSURANS HAYAT BERKAIT PELABURAN

5.4.5 PELAN PENYAKIT MERBAHAYA BERKAIT PELABURAN


Salah satu usaha pembaharuan yang paling berjaya dalam rekabentuk produk insurans hayat berkait pelaburan di UK ialah Insurans Kehidupan (Living A s s u r a n c e ) y a n g diperkenalkan oleh Abbey Life Company. Ia merupakan polisi insurans hayat yang dipertingkatkan nilai muka polisi seandainya diri yang diinsuranskan didiagnosa menghidap penyakit serangan jantung, strok, pintasan koronari arteri, kerosakan buah pinggang peringkat akhir atau hilang upaya kekal dan menyeluruh. Kos risiko yang ditanggung untuk perlindungan penyakit merbahaya ini akan dikaji setiap masa dengan melakukan usaha menambahbaik manfaat polisi atau bayaran premium dipindahkan kepada pemilik polisi sekiranya tuntutan atau pulangan pelaburan lebih baik dari yang dijangka.

5.4.6 PELAN PENDIDIKAN BERKAIT PELABURAN


Ibu bapa biasanya akan sentiasa bimbang dan terlalu mengambil berat tentang pendidikan anak-anak dan masa depan mereka. Berdasarkan dari sikap keprihatinan dan juga kemudahan memperolehi pelepasan cukai sebanyak RM 3,000, syarikatsyarikat insurans memperkenalkan pelan insurans berkait pelaburan semata-mata untuk memenuhi keperluan pendidikan anak-anak pemilik polisi. Pelan insurans ini menerima sambutan yang menggalakkan dan merupakan antara jenis polisi yang paling banyak dijual oleh syarikat-syarikat insurans di Malaysia.

5.4.7 PELAN TAKAFUL BERKAIT PELABURAN 5.4.7.1 APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN PELAN TAKAFUL BERKAIT PELABURAN?
Pelan takaful berkait pelaburan m e r u p a k a n p e l a n t a k a f u l k e l u a r g a y a n g menggabungkan konsep pelaburan dan perlindungan takaful. Sebahagian sumbangan atau premium yang dibayar akan digunakan untuk menyediakan perlindungan dari berlaku kematian dan hilang upaya. Sementara sebahagian lagi sumbangan digunakan untuk dilaburkan dipelbagai dana pelaburan yang diluluskan oleh lembaga Shariah. Sebagai peserta atau pemilik polisi, anda boleh menentukan peruntukan sumbangan untuk tujuan pelaburan dan perlindungan. Dana pelaburan akan dibahagikan kepada unit-unit yang setara nilainya dengan harga unit berkait pelaburan. Harga unit pelaburan disiarkan di akhbar harian sebagai panduan pemilik polisi memantau nilai pelaburannya.

58

CEILLI

JENIS-JENIS PRODUK INSURANS HAYAT BERKAIT PELABURAN

JENIS-JENIS PRODUK INSURANS HAYAT BERKAIT PELABURAN

Berbeza dengan takaful berkait pelaburan, syarikat-syarikat insurans juga menawarkan produk berkait pelaburan untuk Dana Sekuriti yang diluluskan oleh Shariah, dimana sumbangan dilaburkan dalam instrumen pelaburan yang diluluskan oleh Shariah, manakala perlindungan insurans dikatakan tidak mematuhi undang-undang dan keperluan Shariah.

5.4.7.2 KONSEP TAKAFUL DALAM POLISI TAKAFUL BERKAIT PELABURAN


Dalam produk takaful berkait pelaburan, sebahagian dari sumbangan akan diperuntukkan ke dalam dana takaful dalam bentuk sumbangan tabarru (derma). Baki sumbangan akan digunakan untuk membeli unit-unit berkait pelaburan. Peserta (pemilik polisi) akan mengikat kontrak (aqad) untuk menjadi peserta takaful dengan memberi persetujuan untuk saling membantu antara satu sama lain sekiranya terdapat peserta lain yang ditimpa kesusahan disebabkan kematian atau hilang upaya. Sekiranya pemilik polisi tidak membuat sebarang tuntutan sepanjang tempoh polisi, ia layak untuk berkongsi lebihan/keuntungan dana takaful. Lebihan akan dikongsi bersama antara peserta dan pengendali takaful berdasarkan konsep perkongsian keuntungan, iaitu mengikut nisbah yang dipersetujui. Bahagian keuntungan pemilik polisi akan digunakan untuk membeli unit tambahan. Pengendali takaful bertindak sebagai pengurus dana bagi mengawasi pengurusan dana pelaburan. Sebagai balasan, pengendali takaful akan menerima bayaran (ujrah) atas khidmat yang diberi.

5.4.7.3 CIRI-CIRI UNIK POLISI TAKAFUL BERKAIT PELABURAN


Takaful berkait pelaburan mempunyai ciri-ciri unik yang berikut :Anda diberi kelonggaran untuk memilih tahap amaun perlindungan dan pelaburan yang bersesuaian. Anda boleh mengubah amaun sumbangan atau caruman mengikut keadaan kewangan anda. Anda boleh menukar dana pelaburan semasa anda kepada lain-lain jenis dana pelaburan. Anda boleh menebus sebahagian dari unit pelaburan anda pada bila-bila masa. Anda boleh memilih untuk melabur dipelbagai dana pelaburan (seperti ekuiti, bon atau lain-lain instrumen kewangan).

JENIS-JENIS PRODUK INSURANS HAYAT BERKAIT PELABURAN

CEILLI

59

JENIS-JENIS PRODUK INSURANS HAYAT BERKAIT PELABURAN

5.4.7.4 PERTIMBANGAN PENTING DALAM MEMILIH PELAN YANG BERSESUAIAN


Perlindungan takaful Sumbangan anda biasanya digunakan untuk membiayai perlindungan dari berlakunya kematian dan hilang upaya. Anda boleh meluaskan perlindungan asas dengan membuat sumbangan tambahan untuk menyertakan manfaat kemalangan diri dan perlindungan penyakit merbahaya. Pemilihan dana pelaburan Anda diberi pilihan untuk melabur dipelbagai dana pelaburan. Harga unit pelaburan akan sentiasa turun naik mengikut nilai dana pelaburan itu sendiri. Apabila harga unit berkait pelaburan turun, nilai pelaburan juga akan menurun dan begitu juga sebaliknya. Anda mungkin akan meraih keuntungan atau menanggung kerugian apabila anda menjual unit pelaburan anda. Adalah penting agar anda berhati-hati memilih dana pelaburan yang anda bersedia menanggung risikonya kerana anda akan menanggung sendiri risiko pelaburan anda pilih. Pengalaman lalu mengenai dana berkait pelaburan tidak semestinya boleh dijadikan panduan tepat untuk menjangka pencapaian pelaburan masa akan datang. Caj dan bayaran Pengendali takaful mungkin akan mengenakan caj dan bayaran atas khidmat yang diberikan seperti bayaran pengurusan dana, perkhidmatan dan serahan polisi. Bayaran pengurusan dana ini dikenakan setiap tahun dan dikira berdasarkan peratusan nilai dana pelaburan. Caj perkhidmatan juga dikenakan bagi menampung kos mentadbir serta mengurus operasi takaful berkait pelaburan. Caj serahan polisi hanya akan dikenakan apabila polisi diserahkan sebelum tarikh matang. Pertukaran dana Sekiranya pemilik polisi merasakan yang ia telah tersilap pilih dana pelaburan atau ingin menukar profil portfolio pelaburan, pemilik polisi dibenarkan untuk berbuat demikian. Kebanyakan syarikat membenarkan satu pertukaran dana pelaburan setahun tanpa mengenakan sebarang caj tambahan. Untuk permohonan pertukaran seterusnya, caj minimum akan dikenakan. Pengumpulan nilai tunai Caruman atau sumbangan tetap yang dibayar untuk pelan takaful berkait pelaburan mungkin tidak dapat mengumpulkan nilai tunai yang mencukupi pada tahun-tahun terawal tempoh polisi. Ini bermakna sekiranya sijil polisi diserahkan dalam tempoh yang terlalu awal, pemilik polisi mungkin tidak akan mendapat balik nilai pelaburannya. Harga bida dan harga tawaran Pemilik polisi akan diberi dua bentuk harga: harga tawaran untuk menjual unit pelaburan dan harga bida untuk membeli balik unit pelaburan, hampir menyerupai urusniaga unit amanah. Perbezaan antara harga tawaran dan harga bida dipanggil perbezaan bida/tawaran dan ia biasanya ditunjukkan dalam bentuk peratusan harga, iaitu sekitar 5%.

60

CEILLI

JENIS-JENIS PRODUK INSURANS HAYAT BERKAIT PELABURAN

JENIS-JENIS PRODUK INSURANS HAYAT BERKAIT PELABURAN

Tempoh bertenang Terdapat tempoh bertenang selama 15 hari bermula dari tarikh pemilik polisi menerima dokumen polisi, untuk ia membuat keputusan samada ingin meneruskan kuatkuasa polisi takaful berkait pelaburannya, atau memulangkan polisi berkenaan kepada syarikat insurans. Sekiranya pemilik polisi ingin membatalkan polisinya dalam tempoh tersebut, pengendali takaful akan memulangkan semula unit pelaburan dan caruman tabarru, setelah ditolak caj perubatan/kesihatan dan perbelanjaan mengunderaitan. Nilai unit berkait pelaburan dipulangkan berdasarkan harga yang dinyatakan dalam sijil polisi. Penyata tahunan Pemilik polisi sepatutnya menerima sekurang-kurangnya satu penyata tahunan yang menyatakan status takaful berkait pelaburannya, dengan menunjukkan semua transaksi atau caj dalam tempoh berkaitan.

5.4.7.5 APA YANG PERLU ANDA FIKIRKAN?


Sebelum anda membuat keputusan untuk melabur dalam unit pelaburan takaful, fikirkan tentang risiko yang perlu anda tanggung dan pastikan anda faham sepenuhnya risiko yang anda akan hadapi. Bersedialah bahawa wang anda akan terikat untuk tempoh tertentu. Anda boleh mendapatkan khidmat nasihat profesional dari pengendali takaful atau ejen anda mengenai risiko dan manfaat yang diperolehi dari pelan takaful berkait pelaburan berkenaan. Baca dan fahami maklumat perlindungan dan pelaburan yang disediakan. Berdasarkan dari nota-nota yang diberikan di atas, anda akan dapati bahawa mekanisma yang terdapat dalam produk takaful berkait pelaburan dengan produk insurans konvensional berkait pelaburan mempunyai banyak persamaannya. Perbezaan terbesar ialah produk takaful mematuhi keperluan undang-undang Syariah dan prinsip-prinsip ini jelas kelihatan dalam produk yang dinyatakan di atas.

5.5 PINJAMAN DAN PEMBATALAN POLISI INSURANS HAYAT BERKAIT PELABURAN


Terdapat polisi insurans hayat berkait pelaburan yang menawarkan kemudahan pinjaman kepada pemilik polisi. Walau bagaimanapun, oleh kerana nilai serahan tunai sentiasa turun naik setiap hari, membuat pinjaman penuh akan menyebabkan pejabat insurans hayat tidak mempunyai jaminan atas hutang tertentu sekiranya nilai portfolio pelaburan terus merosot setelah pinjaman dibuat. Oleh itu, amaun pinjaman akan dihadkan kepada tertentu dari nilai serahan tunai. Pemilik polisi boleh memohon untuk menyerahkan sebahagian polisinya dimana amaun pengeluaran tunai diperolehi melalui penjualan sejumlah unit-unit pelaburan pada harga bida.
JENIS-JENIS PRODUK INSURANS HAYAT BERKAIT PELABURAN

CEILLI

61

JENIS-JENIS PRODUK INSURANS HAYAT BERKAIT PELABURAN

5.6 GARIS PANDUAN MODAL BERASASKAN RISIKO


Untuk memahami konsep ini dengan lebih jelas, sila rujuk artikel yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia mengenai topik yang berkaitan. Ia merupakan sebuah artikel yang penting dan ejen-ejen diminta membaca dan memahami sepenuhnya artikel berkenaan. Petikan dibawah diambil dari Bank Negara Malaysia :Prudential Regulation and Supervisory Frameworkwww.bnm.gov.my/files/publication/fsps/en/2008/cp03_001_whitebox.pdf Perlaksanaan Rangka kerja Modal Berasaskan Risiko untuk Syarikat Insurans Rangka kerja Modal Berasaskan Risiko (Risk-Based Capital - RBC) untuk insurer mula berkuatkuasa pada 1 Januari 2009, iaitu setelah hampir dua tahun ia dilaksanakan seiringan dengan rejim kesolvenan terdahulu yang bermula sejak April 2007. Rangka kerja ini digubal bagi menyelaraskan peraturan keperluan modal berdasarkan pendedahan risiko yang ditanggung oleh setiap syarikat insurans, mempertingkatkan tahap ketelusan zon penampan yang berhemat, dan kefleksibelan syarikat insurans mengendali tahap risiko yang berbeza tetapi bersesuaian dengan tahap pengurusan dan amalan kerja. Satu set peraturan penilaian baru juga diperkenalkan bagi memastikan segala aset dan liabiliti dinilai secara realistik dan menepati kehendak pasaran. Objektif utama RBC ialah untuk memastikan zon penampan berhemat berupaya menggambarkan profil risiko sebenar bagi setiap insurer. Untuk mencapai objektif ini, RBC memerlukan penganggaran luaran yang lebih telus mengenai bermacam-macam risiko yang terdapat dalam perniagaan insurans. Melaluinya, insurer mendapat bantuan tambahan untuk menguruskan perniagaan dengan lebih berkesan iaitu dengan mengenalpasti sumber risiko, melaksanakan kaedah yang bersesuaian bagi mengurangkan beban risiko, menangani atau memindahkan risiko. Untuk tempoh jangka panjang, dengan adanya kefahaman yang lebih jelas mengenai perhubungan antara risiko dan modal, strategi perniagaan yang memberi tumpuan kepada amalan terbaik dalam pengurusan, ia akan membolehkan insurer mencapai tahap keuntungan yang stabil dan dalam masa yang sama berupaya melindungi kepentingan pemegang polisi. Di bawah RBC, keperluan modal yang mencukupi adalah lebih longgar dan begitu sensitif terhadap risiko berbanding dengan rejim kesolvenan terdahulu yang tidak membezakan antara sifat semulajadi dan sumber risiko. Contohnya, Insurer yang portfolio asetnya lebih tertumpu kepada aset berisiko tinggi atau aset yang tidak mencukupi untuk menampung liabiliti berkaitan pasti memerlukan peruntukan modal yang lebih tinggi dibawah RBC, berbanding dengan rejim kesolvenan terdahulu. Begitu juga insurer yang mengunderait urusniaga yang mudahruap atau terlalu bertumpu kepada satu aliran perniagaan sahaja akan memerlukan modal yang lebih tinggi berbanding dengan insurer yang memiliki kepelbagaian portfolio perniagaan atau memiliki aliran perniagaan yang stabil. Ukuran tahap kesolvenan yang baru dapat mencerminkan kekukuhan dan kekuatan kewangan dan seterusnya memungkinkan wujudnya perbezaan yang nyata dikalangan insurer yang memiliki kepelbagaian dalam profil risiko. Keperluan kecukupan modal juga berdasarkan modal luaran yang dikenakan untuk pasaran, kredit, insurans dan risiko operasi, oleh itu ia telah meningkatkan
62

CEILLI

JENIS-JENIS PRODUK INSURANS HAYAT BERKAIT PELABURAN

JENIS-JENIS PRODUK INSURANS HAYAT BERKAIT PELABURAN

ketelusan dan kemampuan insurer mengenalpasti, menilai dan mengurus risiko yang terdapat dalam perniagaan insurans. Ini membolehkan insurer bertindakbalas dan lebih bersedia menghadapi risiko yang mendatang. Dengan adanya RBC, insurer yang memiliki sumber modal yang mencukupi dan berpadanan dengan profil risiko syarikat akan mempunyai Nisbah Kecukupan Modal (Capital Adequacy Ratios - CAR) yang lebih tinggi, dan ini membolehkan insurer menggerakkan lebihan modal dengan lebih cekap melalui aktiviti-aktiviti yang menjana nilai tambah. Insurer yang tidak memiliki modal yang mencukupi dan menunjukkan Nisbah Kecukupan Modal (CAR) yang rendah dibawah Rangka kerja Modal Berasaskan Risiko (Risk-Based Capital - RBC) perlu mengambil langkah-langkah pembetulan, dan menjalani proses mengurangkan tahap pendedahan risiko secara menyeluruh atau menyuntik modal tambahan. Sepanjang tempoh perlaksanaan rangka kerja seiringan, Bank Negara Malaysia mengkehendaki insurer mengemukakan plan pengurusan modal berserta perincian khusus mengenai strategi dan pelan tindakan bagi memperbaiki kedudukan modal perniagaan. Perincian strategi dan pelan tindakan ini akan dipantau rapi oleh BNM bagi memastikan langkah peralihan ke rejim RBC berjalan dengan sempurna. Untuk mencapai objektif yang telah ditetapkan, rangka kerja RBC disokong oleh satu set peraturan penilaian baru yang memerlukan liabiliti insurans dan aset yang berkaitan dengannya dinilai secara realistik dengan menggunakan nilai-nilai pasaran atau proksi nilai pasaran, yang menggambarkan keadaan sebenar yang berlaku dalam persekitaran perniagaan dan ekonomi. Margin yang tidak dipersoalkan yang wujud dalam kaedah penilaian liabiliti insurans cara lama telah diganti dengan margin yang lebih telus untuk menghasilkan kesan yang berbeza, yang kini berdasarkan pengalaman sebenar setiap insurer. Sebagai contoh, syarikat insurans am kini dikehendaki memastikan yang jumlah rezab adalah mencukupi bagi memenuhi jangkaan tuntutan berdasarkan keadaan kemudahruapan pola tuntutan yang diperhatikan dalam portfolio individu. Begitu juga, syarikat insurans hayat perlu menyimpan rezab berdasarkan pengalaman sebenar mortaliti, morbiditi, perbelanjaan dan persistensi, dan bukannya menggunakan jadual mortaliti yang standard dengan margin tetap. Sebagai tambahan, insurer yang mengunderait produk inovatif yang disertakan dengan jaminan kewangan perlu mempunyai rezab tambahan bagi memastikan jaminan berkenaan dapat dipenuhi walaupun keadaan pasaran mengalami kejatuhan. Untuk aset pula, pengenalan nilai pasaran telah menjadikan kunci kira-kira lebih realistik mengikut keperluan standard perakaunan yang berkaitan. Sebagai reaksi tindak balas, kebanyakan insurer telah pun mengambil langkah-langkah yang wajar bagi mengoptimumkan portfolio aset mengikut tahap risiko dan kadar pulangan yang dijangkakan, sementara segelintir insurer merancang untuk melaksanakan perubahan tektik yang serupa diperingkat pasaran yang bersesuaian. Strategi pelaburan telah diseimbangkan bagi menghadapi keadaan pasaran semasa dan untuk memperbaiki tahap kesesuaian antara aset dan liabiliti. Perubahan portfolio ketika perlaksanaan seiringan rangka kerja telah menyebabkan peningkatan tahap aset yang berkualiti tinggi, yang mampu memberi sokongan kewangan kepada insurer bagi menghadapi ketidaktentuan pasaran modal.
JENIS-JENIS PRODUK INSURANS HAYAT BERKAIT PELABURAN

CEILLI

63

JENIS-JENIS PRODUK INSURANS HAYAT BERKAIT PELABURAN

RBC juga telah membantu pasukan pengurusan insurer dengan alat atau kaedah kuantatif tambahan bagi menganalisa dan mengawal risiko yang dihadapi dalam aktiviti insurans. Perubahan fokus kearah risiko dan hubungannya dengan keperluan modal telah mengukuhkan kesedaran tentang risiko dan memperbaiki kualiti pengendalian pengurusan risiko serta pematuhan korporat. Kebanyakan insurer telah berusaha menambahbaik operasi perniagaan bagi meningkatkan kualiti profil risiko. Contohnya, dengan memperbaiki kualiti pemilihan risiko dan pengunderaitan, dan dengan mengurangkan kemudahruapan melalui pengurusan tuntutan yang teratur dan berkesan. Syarikat insurans hayat juga memberi penekanan yang lebih terhadap rekabentuk produk dan penetapan harga, terutamanya untuk mengukuhkan kecekapan modal dalam barisan produk yang mereka miliki. Kaji selidik terhadap insurer telah menunjukkan ada perubahan positif dari aspek kesungguhan dan pandangan yang lebih global melalui perbincangan dengan Lembaga Ahli Jawatankuasa, hasil dari maklumat tambahan dari RBC. Kaji selidik tersebut juga mendedahkan bahawa kebanyakan insurer tidak bergiat untuk meneroka lain-lain urusniaga bagi menangani kelemahan risiko sedia ada atau meningkatkan sumber modal yang boleh guna seperti menginsuranskan semula lebihan risiko sedia ada, derivatif untuk melindungi aset berisiko tinggi atau mengamalkan penggunaan instrumen modal hybrid. Antara perkembangan positif lain dalam industri insurans hasil dari perlaksanaan RBC ialah peningkatan kepakaran teknikal yang dimiliki oleh insurer. Peningkatan kerumitan dan kerencaman kaedah pengiraan RBC dengan sendirinya menyebabkan permintaan terhadap kepakaran teknikal khususnya dalam bidang penilaian realistik aset dan liabiliti, ujian tekanan dan pengiraan pelbagai komponen yang terdapat dalam RBC. Contohnya insurer yang tidak memiliki ekses kepakaran aktuari dalaman perlu melantik pakar runding luar bagi membantu insurer dalam aspek-aspek teknikal keperluan RBC. Pola perkembangan positif ini dijangka akan dapat meningkatkan kepakaran teknikal para insurer melalui penglibatan dan khidmat nasihat pakar runding luar. Tambahan lagi, kecekapan yang semakin meningkat dikalangan insurer dalam bidang tertentu seperti model kewangan dapat membantu menguruskan risiko secara lebih berkesan, hasil dari kemampuan insurer mengenalpasti risiko-risiko baru dan berusaha mengambil langkah pencegahan diperingkat awal. Lanjutan dari keperluan RBC dan peningkatan interaksi dengan pakar-pakar teknikal, insurer kini menyedari betapa perlunya mereka meningkatkan usaha membangunkan kepakaran tersebut secara dalaman (in-house) atau mendapatkan bantuan yang diperlukan dari kumpulan pakar atau pakar runding luar. Perlaksanaan rangka kerja RBC dijangka dapat meninggikan tahap daya tahan tekanan dikalangan syarikat insurans di Malaysia memandangkan para penggiat utama industri terus mengoptimumkan profil risikonya dan mengukuhkan tahap modal sebagai menghadapi cabaran akan datang. Peningkatan kualiti dan keluasan aspek laporan statutori rangka kerja RBC juga menuntut keupayaan Bank Negara Malaysia menyelia dan memantau perkembangan industri dengan menyediakan sokongan tambahan bagi mengenalpasti masaalah diperingkat awal.

64

CEILLI

JENIS-JENIS PRODUK INSURANS HAYAT BERKAIT PELABURAN

JENIS-JENIS PRODUK INSURANS HAYAT BERKAIT PELABURAN

Akhir sekali, kegawatan pasaran yang berlaku masa kini telah menyebabkan timbulnya keperluan rangka kerja yang cekap, teguh dan bijaksana; yang disokong oleh kekuatan modal yang mencukupi, tahap kecairan kewangan, dan amalan pengurusan risiko ketika dalam keadaan tidak menentu, dan dalam m a s a y a n g s a m a b e r u s a h a mengurangkan kesan kitaran peraturan melalui kitaran ekonomi. Untuk mencapai objektif tersebut, BNM akan terus membuat semakan dan menguji kaedah-kaedah dan parameter dalam rangka kerja RBC, untuk memastikan industri insurans terus relevan dan sesuai sepanjang zaman. PELABURAN DANA INSURANS Pelaburan dan polisi pengurusan risiko Kemudahan fleksibiliti dalam pelaburan telah diberikan kepada insurer di bawah Rangka Kerja demi membentuk budaya pengurusan aset dengan lebih baik, bersesuaian dengan persekitaran semulajadi dan profil liabiliti insurer. Kebertanggungjawaban dan penyeliaan yang rapi terhadap pelaburan dana insurans terletak ditangan ahli lembaga pengarah syarikat. Untuk memastikan pelaburan dana insurans berjalan dengan sempurna, insurer perlu mempunyai dasar pelaburan dan pengurusan risiko yang selaras dengan bentuk risiko yang digariskan oleh ahli lembaga pengarah syarikat. Dasar pelaburan dan pengurusan risiko tersebut perlu mendapat kelulusan dan dikaji semula dengan kerap oleh lembaga pengarah dan meliputi semua strategi pelaburan serta sistem pengurusan risiko, termasuk juga mekanisma kawalan dan penyeliaan. Dasar-dasar strategi pelaburan hendaklah mencakupi antara lain, perkara-perkara berikut :i. ii. objektif pelaburan, peringkat dana tertentu dan juga syarikat; profil risiko dan liabiliti syarikat;

iii. peruntukan aset strategik, iaitu gabungan aset jangka panjang kategori pelaburan utama, dan had pelaburan bagi setiap kategori; iv. garis panduan setakat mana jenis-jenis aset tertentu itu dihadkan atau tidak dibenarkan, contohnya aset berisiko tinggi atau tidak mudah cair; dan v. dasar yang menyeluruh mengenai aspek penggunaan derivatif dan produk yang tersusun. Sistem pengurusan risiko perlu meliputi risiko yang berkaitan dengan aktiviti-aktiviti pelaburan yang mungkin boleh mempengaruhi perlindungan liabiliti insurans dan kedudukan modal. Risiko-risiko utama termasuk pasaran, kredit dan risiko kecairan.

JENIS-JENIS PRODUK INSURANS HAYAT BERKAIT PELABURAN

CEILLI

65

JENIS-JENIS PRODUK INSURANS HAYAT BERKAIT PELABURAN

Sebagai sebahagian dari amalan pengurusan risiko yang baik dan memastikan pengawasan yang teratur serta kawalan pelaburan, insurer dikehendaki :i. Melaksanakan kawalan dalaman yang mencukupi bagi memastikan segala aset diurus mengikut dasar pelaburan yang diluluskan serta mematuhi keperluan undang-undang, perakaunan dan keperluan pengurusan risiko yang berkaitan. Kawalan ini seharusnya dapat m e m a s t i k a n y a n g p r o s e d u r p e l a b u r a n didokumenkan dan tertakluk kepada penjagaan yang rapi dan efektif. Insurer perlu menetapkan p e m b a h a g i a n t a n g g u n g j a w a b y a n g t e r a t u r u n t u k melaksanakan fungsi penilaian, pengawasan, menyelesaikan dan mengawal transaksi aset syarikat; Mempunyai prosedur audit yang ketat yang mengandungi liputan menyeluruh tentang aktiviti pelaburan agar dapat mengenalpasti dengan segera kelemahan kawalan dalaman dan kekurangan sistem pengendalian kerja. Sekiranya audit dibuat secara dalaman, ia hendaklah bebas dari sebarang pengaruh yang tidak dikehendaki; Mempunyai prosedur penyeliaan dan pengurusan kedudukan aset-liabiliti yang berkesan bagi memastikan semua aktiviti pelaburan dan kedudukan aset dilaksanakan secara wajar dan selaras dengan profil risiko dan liabiliti; Merangka dan melaksana pelan tindakan yang bersesuaian bagi meringankan beban akibat dari keadaan pasaran yang tidak menentu; Bersedia menjalani ujian tekanan (stress test) secara berterusan dalam pelbagai keadaan senario pasaran dan situasi pelaburan & operasi yang berubah dalam usaha menilai kesesuaian had peruntukan aset; dan Memastikan kakitangan penting syarikat yang terlibat dalam aktiviti pelaburan mempunyai tahap kemahiran, pengalaman, kepakaran dan kejujuran yang tidak boleh dipertikaikan.

ii.

iii.

iv.

v.

vi.

Pihak pengurusan kanan syarikat bertanggungjawab meneliti, mengurus dan menilai polisi pelaburan syarikat insurans lain. Sekiranya ia melibatkan dana insurans hayat berserta keuntungan, pihak pengurusan kanan hendaklah memastikan dasar pelaburan adalah selari dengan polisi pengagihan dividen dan/atau bonus. Pengurusan kanan juga bertanggungjawab memastikan perlaksanaan dasar-dasar pelaburan yang telah diluluskan oleh ahli lembaga pengarah syarikat, serta mengemukakan laporan aktiviti pelaburan yang lengkap, menepati masa dan secara tetap kepada lembaga pengarah syarikat. Bank Negara Malaysia mungkin akan mengenakan syarat dan keperluan keatas setiap insurer untuk melabur mengikut kaedah tertentu, atau menghadkan atau melarang insurer dari melabur dalam kelas aset tertentu atau aset individu, bertujuan melindungi dana insurans. Segala keperluan, pembatasan/sekatan atau larangan akan membentuk sebahagian dari tindakan pengawasan, hasil dari penilaian yang dibuat oleh BNM terhadap profil risiko dan fungsi pengurusan risiko pelaburan syarikat-syarikat insurans.
66

CEILLI

JENIS-JENIS PRODUK INSURANS HAYAT BERKAIT PELABURAN

5
BAB 5 a. b. c. d.

JENIS-JENIS PRODUK INSURANS HAYAT BERKAIT PELABURAN


SOALAN PENILAIAN PENCAPAIAN DIRI

1. Produk Insurans Hayat Berkait Pelaburan adalah serupa dengan produk Unit Amanah, kecuali :Semua bayaran premium akan dilaburkan untuk menyediakan pulangan pelaburan Semua premium yang dibayar akan dilaburkan untuk menyediakan manfaat perlindungan insurans Sebahagian dari bayaran premium akan digunakan untuk mengimbangi keadaan turun naik pasaran Sebahagian dari bayaran premium akan digunakan untuk menyediakan perlindungan, sementara sebahagian besar lagi premium digunakan untuk tujuan pelaburan.

2. Apakah caj dan bayaran yang dikenakan dibawah produk insurans berkait pelaburan? i. ii. Bayaran polisi, Bayaran Pengurusan, Harga Belian, Caj Serahan. Premium Tidak Diperuntukkan, Harga Jualan, Caj Pengeluaran, Caj Tempoh Bertenang. iii. Harga Bida, Harga Tawaran, Caj Mortaliti, Unit Permulaan. iv. Premium Diperuntukkan, Caj Pengeluaran, Caj Mortaliti, Bayaran Polisi. a. b. c. d. i, ii sahaja i, iii sahaja i, ii, iii sahaja ii, iii, iv sahaja

3. En Chandran berharap dapat mengumpulkan wang simpanan yang mencukupi untuk membiayai pembelian polisi anuiti tradisional atau polisi anuiti berkait pelaburan sebelum beliau bersara. Apakah produk yang anda cadangkan kepadanya? a. b. c. d. Pelan Insurans Hayat Seumur Hidup Berkait Pelaburan Premium Tunggal. Pelan Pencen Individu Berkait Pelaburan. Pelan Insurans Hayat Seumur Hidup Berkait Pelaburan Premium Tetap. Pelan Takaful Seumur Hidup Berkait Pelaburan.

4. Yang manakah diantara kenyataan berikut memenuhi syarat kelayakan sebagai instrumen pelaburan dalam Polisi Takaful Berkait Pelaburan? a. Bon Kerajaan yang diterbitkan bagi membiayai projek pembangunan perumahan dan kemudahan awam kepada penduduk kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak. Bon Korporat yang diterbitkan oleh syarikat yang ingin mengembangkan perniagaan ternakan dan perladangan di Indo China dan China. Syarikat yang kegiatan utama perniagaannya ialah perjudian dan pertaruhan. Syarikat yang menjalankan perniagaan berkaitan dengan makanan dan minuman yang diragui halal haramnya.

b. c. d.

JENIS-JENIS PRODUK INSURANS HAYAT BERKAIT PELABURAN

CEILLI

67

JENIS-JENIS PRODUK INSURANS HAYAT BERKAIT PELABURAN


i. ii. iii. iv. a. b. c. d. Rider Penyakit Merbahaya Rider Pembatalan Pinjaman Rider Manfaat Perubatan Rider Perancangan Percutian i, ii, iii i, iii, iv i, iii ii, iii, iv

5. Yang manakah diantara faedah sampingan berikut boleh disertakan kedalam dana berkait pelaburan?

6. Yang manakah diantara kenyataan berikut adalah benar mengenai Produk Takaful Berkait Pelaburan? a. Produk ini direka khusus untuk memenuhi keperluan insurans hanya untuk orangorang Islam di Malaysia, iaitu sebagai suatu program simpanan dan perlindungan. b. Syarikat insurans konvensional juga menyediakan produk perlindungan takaful untuk semua rakyat Malaysia. c. Disebabkan desakan untuk memenuhi keperluan dan pematuhan Undang-undang Syariah, produk takaful berkait pelaburan secara amnya tidak begitu popular dikalangan orang ramai dan hanya dibeli oleh orang yang kuat pegangan agamanya. d. Produk takaful tidak fleksibel berbanding dengan produk berkait pelaburan yang lainnya.

JAWAPAN DISEDIAKAN DI BAHAGIAN AKHIR BUKU INI.

68

CEILLI

JENIS-JENIS PRODUK INSURANS HAYAT BERKAIT PELABURAN

STRUKTUR DANA BERKAIT PELABURAN


6.1 PENGENALAN

Premium dari polisi insurans hayat berkait pelaburan dilaburkan dalam dana berkait pelaburan mengikut arahan bertulis dari pemilik polisi. Dana berkait pelaburan boleh disusun mengikut dua cara :Pengumpulan unit, dan Pengagihan unit.

6.2 PENGUMPULAN UNIT


Pendapatan atau pulangan pelaburan yang diperolehi dari dana ini akan dimasukkan semula kedalam d a n a y a n g s a m a . O l e h i t u , h a r g a u n i t p e l a b u r a n a k a n meningkat dalam tempoh jangka panjang.

6.3 PENGAGIHAN UNIT


Bertentangan dengan kaedah memasukkan semula keuntungan pelaburan ke dana pelaburan, keuntungan pelaburan digunakan untuk membeli unit tambahan dan kemudiannya diagihkan kepada pemilik polisi. Harga unit pelaburan kekal tidak berubah tetapi pemilik polisi berpeluang memperolehi unit tambahan.

6.4 JENIS-JENIS DANA BERKAIT PELABURAN


Oleh kerana nilai polisi insurans hayat berkait pelaburan bergantung kepada prestasi instrumen kewangan, pemilik polisi perlu menanggung risiko dan faedah/manfaat polisi. Secara teori, dana boleh dilaburkan dalam mana-mana instrumen kewangan. Berdasarkan situasi masa kini, instrumen kewangan berikut menjadi pilihan pelabur :Dana Dana Dana Dana Dana Dana Dana tunai ekuiti bon harta khas terurus terimbang

STRUKTUR DANA BERKAIT PELABURAN

CEILLI

69

STRUKTUR DANA BERKAIT PELABURAN


6.4.1 DANA TUNAI

Dana tunai ialah pelaburan bentuk tunai dan lain-lain bentuk deposit bank. Instrumen deposit tunai adalah pelaburan berisiko rendah dan dianggap paling selamat.

6.4.2 DANA EKUITI


Dana ekuiti dilaburkan dalam aset ekuiti seperti saham, stok dan sebagainya. Aset ekuiti secara semulajadi memang berisiko tinggi. Harga saham ekuiti sentiasa turun naik. Pelabur yang membeli aset ekuiti biasanya mengharapkan peningkatan modal pelaburan. Apabila pasaran saham mengalami kejatuhan, aset ekuiti biasanya antara yang terawal menerima kesannya dan mengalami kejatuhan harga yang teruk. Tetapi tahap perubahan harga unit biasanya bergantung kepada kualiti aset yang dimiliki.

6.4.3 DANA BON


Dana bon dilaburkan dalam bon kerajaan dan bon korporat, dan lain-lain bentuk instrumen pendapatan tetap. Aset dipilih berdasarkan ciri-ciri keupayaannya menjana pendapatan. Ia juga dikenali sebagai dana pendapatan atau pendapatan tetap.

6.4.4 DANA HARTA


Dana ini dilaburkan dalam pasaran harta seperti hartanah dan saham harta. Kebiasaannya, hanya dana harta berskala besar sahaja yang melabur secara langsung dalam pasaran hartanah. Dana harta biasanya dianggap lebih selamat berbanding dengan dana ekuiti, tetapi memiliki sifat kecairan yang rendah. Harta, khususnya hartanah adalah merupakan aset tidak cair. Biasanya hartanah agak sukar untuk dijual dengan segera apabila pemilik polisi ingin menebus unit pelaburannya. Oleh yang demikian, dana harta biasanya mempunyai peruntukan yang membenarkan pengurus dana menangguhkan tarikh penebusan unit pelaburan (kecuali sekiranya terdapat tuntutan kematian atau hilang upaya) sehingga menjangkau tempoh selama 12 bulan.

70

CEILLI

STRUKTUR DANA BERKAIT PELABURAN

STRUKTUR DANA BERKAIT PELABURAN


6.4.5 DANA KHAS

Dana ini biasanya dibahagikan berdasarkan kawasan geografi atau industri tertentu. Dana khas adalah pelaburan yang dihadkan atau dibataskan kepada kawasan geografi tertentu sahaja, umpamanya Dana ASEAN, Dana Pasaran Baru, Dana Bon Antarabangsa dan sebagainya. Dana khas yang menghadkan pelaburan di negara tertentu sahaja termasuklah umpamanya Dana China, Dana USA dan sebagainya. Untuk dana khas industri, pelaburan tertumpu pada sektor tertentu seperti komoditi, perlombongan, perladangan, kemudahan awam dan sebagainya. Dana khas memberi peluang kepada pemilik polisi mengalami pendedahan pasaran yang berbeza di negara yang berbeza dan penggunaan matawang yang berbeza juga. Adalah penting untuk dinyatakan disini bahawa akan wujud risiko matawang apabila melabur dalam dana khas luar negara, terutamanya dalam masa keadaan pasaran kewangan mengalami kejatuhan dan berlakunya kemudahruapan matawang.

6.4.6 DANA TERURUS


Dana ini dilaburkan didalam pelbagai jenis aset seperti ekuiti, bon, harta, tunai dan sebagainya. Peruntukan aset bergantung kepada penilaian dan pandangan pengurus dana tentang prospek masa depan pasaran kewangan.

6.4.7 DANA TERIMBANG


Dana dilaburkan dalam nisbah tetap tertentu dipasaran harta tertentu. Contohnya, 70% dana adalah dalam bentuk ekuiti dan 30% dana bon.

6.5 PROFIL RISIKO-PULANGAN


Profil risiko-pulangan untuk sebahagian jenis dana berkait pelaburan ditunjukkan di bawah sebagai perbandingan antara pulangan dana dan kaitannya dengan tahap risiko yang perlu ditanggung.

STRUKTUR DANA BERKAIT PELABURAN

CEILLI

71

STRUKTUR DANA BERKAIT PELABURAN


Risiko Dana Terurus

6
Dana ekuiti

Dana bon Dana tunai

Dana terimbang

Pulangan
Rajah risiko-pulangan di atas menunjukkan bahawa pulangan yang tinggi biasanya disertai dengan risiko yang tinggi juga. Ini ditunjukkan pada bahagian atas sebelah kanan gambar rajah ialah dana ekuiti. Secara perbandingan, pelaburan paling kurang berisiko iaitu dana tunai berada dibahagikan bawah sebelah kiri.

6.6 PERTUKARAN
Sekiranya syarikat insurans hayat menjual polisi insurans hayat berkait pelaburan dan menawarkan lebih dari satu dana berkait pelaburan kepada pemilik polisi, ia biasanya menyediakan kemudahan membuat pertukaran, iaitu ia membenarkan pemilik polisi menukar sebahagian atau keseluruhan unit pelaburannya dari satu dana ke dana yang lain. Amalan membuat pertukaran pelaburan mempunyai pelbagai variasi. Proses membuat pertukaran dana ini mungkin :ditawarkan secara percuma, atau ditawarkan secara percuma untuk bilangan unit yang terhad atas pertukaran yang dibuat dalam tempoh tertentu (biasanya setahun) dan caj dikenakan untuk permohonan pertukaran seterusnya, atau ditawarkan tetapi dikenakan caj tertentu bagi setiap pertukaran.

72

CEILLI

STRUKTUR DANA BERKAIT PELABURAN

STRUKTUR DANA BERKAIT PELABURAN

Kemudahan pertukaran amat berguna bagi t u j u a n p e r a n c a n g a n k e w a n g a n . Contohnya, pemilik polisi boleh menukar peruntukan aset pelaburan antara dana a p a b i l a k e p e r l u a n p e l a b u r a n n y a t e l ah berubah mengikut peredaran masa. Katakan pemilik polisi merupakan seorang yang memiliki profil pelabur agresif dan berdasarkan kajian mengenai profilnya, ia mungkin melabur 100% premium dalam dana ekuiti yang dibeli ketika ia berumur awal 30an, tetapi ia mungkin menukar pelaburannya secara beransur-ansur menjadi 30% dalam dana ekuiti dan 70% dalam dana bon apabila pemilik polisi mencapai usia persaraan.

STRUKTUR DANA BERKAIT PELABURAN

CEILLI

73

STRUKTUR DANA BERKAIT PELABURAN

SOALAN PENILAIAN PENCAPAIAN DIRI


BAB 6 1. Susunkan dana-dana berikut mengikut susunan menaik berdasarkan portfolio risiko masing-masing i. ii. iii. iv. v. a. b. c. d. Dana Ekuiti Dana Derivatif dan Niaga Hadapan Dana Bon Kerajaan Dana Tunai Dana Terimbang iv, iii, i, v, ii v, i, ii, iii, iv iv, v, i, ii, iii iv, iii, v, i, ii

2. Ketika berlaku kejatuhan pasaran, dana yang manakah yang akan mengalami kejatuhan paling teruk? a. Dana yang sebahagian besar dilaburkan dalam instrumen tunai seperti deposit tetap, bil perbendaharaan, bon kerajaan dan sebagainya. b. Dana yang dilaburkan dipasaran hartanah luar negara, REIT dan stok pertumbuhan. c. Dana yang dilaburkan didana pendapatan tetap, dana terimbang dan bon sukuk. d. Dana yang dilaburkan dipasaran ekuiti dalam negeri dan luar negara. 3. Dana yang dilaburkan dalam instrumen kerajaan, korporat dan pendapatan tetap yang mempunyai ciri-ciri menjana pendapatan dikenali sebagai :a. b. c. d. Dana terimbang Dana tunai Dana bon Dana khusus

4. Pertukaran dana biasanya dibenarkan dalam pelaburan unit amanah dan produk berkait pelaburan. Antara kebaikan bertukar dana ialah :a. Ia melancarkan proses mengimbangi keadaan pasaran yang tidak menentu. b. Ia membolehkan pelanggan membuat keuntungan besar setelah pertukaran dana dibuat. c. Ia merupakan satu kaedah bagi melindungi modal pelaburan. d. Pelanggan tidak menanggung sebarang caj atau bayaran sungguhpun pertukaran dana sering dilakukan.

74

CEILLI

STRUKTUR DANA BERKAIT PELABURAN

6
i. ii. iii. iv. a. b. c. d. i, ii, iv. ii, iii, iv. i, ii, iii. i, iii, iv.

STRUKTUR DANA BERKAIT PELABURAN

5. En. Rahim ialah seorang pelabur yang berhati-hati. Beliau mahukan pelaburan yang boleh menjana pendapatan tetap dan berharap dapat melindungi amaun modal pelaburannya. Pada pendapat anda, dimanakah En Rahim patut melabur wangnya? Kerajaan, Korporat dan Bon Sukuk Instrumen Pendapatan Tetap Dana Tunai Dana Khusus

6. Chee Seng ingin mempunyai sejumlah wang pada penghujung tahun ke 10 dan beliau bersedia menanggung risiko. Pada pendapat anda, dimanakah En. Chee Seng patut melabur wangnya? i. Unit amanah dan produk berkait pelaburan yang lebih menumpukan kepada pelaburan ekuiti. ii. Dana yang lebih memberi tumpuan kepada pertumbuhan yang tinggi dalam pelaburan. iii. Dana yang dilaburkan dalam sekuriti kerajaan. iv. Deposit bank dan dana tunai a. b. c. d. i, ii, iii. i, ii. i, iii, iv. iii,iv.

JAWAPAN DISEDIAKAN DI BAHAGIAN AKHIR BUKU INI.

STRUKTUR DANA BERKAIT PELABURAN

CEILLI

75

BAGAIMANA PRODUK INSURANS BERKAIT PELABURAN BERFUNGSI


7.1 PENGENALAN

Dalam tempoh beberapa tahun yang lepas, syarikat insurans di Malaysia telah berusaha menjadikan produk berkait pelaburan menjadi begitu menarik dan telah mereka bentuk beberapa produk ketara (tangible) yang menarik serta memenuhi tujuan dan matlamat pemilik polisi. Pelbagai pilihan produk yang dapat memenuhi keperluan asas dan keperluan sekunder pelanggan telah diperkenalkan dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini. Malah, beberapa syarikat insurans telah menjadikan produk berkait pelaburan sebagai produk utamanya. Kita juga telah menyaksikan lebih banyak lagi syarikat insurans yang beralih arah dan beransur-ansur meninggalkan dari terus bergantung kepada produk insurans tradisional berserta keuntungan. Untuk produk insurans hayat berkait pelaburan, syarikat insurans menawarkan kepada pemilik polisi pelbagai pilihan dana berkait pelaburan untuk mereka membuat pelaburan. Dana mungkin dilaburkan samada dalam pelaburan harta yang hampir sama seperti dana insurans hayat tradisional berkait pelaburan, atau dana pelaburan khas yang lebih khusus seperti harta, ekuiti Malaysia atau sekuriti pendapatan tetap.

7.2 GERAK KERJA INSURANS HAYAT BERKAIT PELABURAN


Mari kita cuba memahami suatu dana yang hanya melabur dalam pasaran stok dan saham (dipanggil dana ekuiti). Mari kita andaikan nilai dana berkait pelaburan ini pada sesuatu masa ialah RM1 juta. Nilai ini dikira dengan mencampurkan nilai semua pelaburan yang terkandung dalam dana berkenaan. Berbanding dengan melihat keseluruhan dana ketika memikirkan bagaimana pemilik polisi mungkin memperolehi manfaat dari pelaburan tersebut; dana berkait pelaburan ini secara nominal dibahagi-bahagikan kepada unit-unit kecil, iaitu kaedah yang sama digunakan apabila hak pemilikan dan nilai syarikat dibahagi-bahagikan kepada bilangan saham. Sebagai contoh, mari kita andaikan jumlah unit yang sedia ada ialah 100,000 unit. Nilai bagi setiap unit dikira dengan membahagikan nilai keseluruhan dana dengan jumlah unit sedia ada nilai dana yang diperolehi ialah RM10 per unit (iaitu RM1 juta dibahagikan dengan 100,000 unit). Pada prinsipnya, pemilik unit akan memperolehi keuntungan atau menanggung kerugian akibat dari pergerakan turun naik nilai pelaburan dana ekuiti ini. Sekiranya nilai pelaburan meningkatkan nilai dana kepada, katakanlah RM1.5 juta, maka sekiranya pegangan unit masih lagi 100,000, nilai bagi setiap unit akan meningkat dari RM10 kepada RM15 (iaitu RM1.5 juta dibahagi dengan 100,000 unit).

76

CEILLI

BAGAIMANA PRODUK INSURANS BERKAIT PELABURAN BERFUNGSI

BAGAIMANA PRODUK INSURANS BERKAIT PELABURAN BERFUNGSI

Di bawah polisi insurans hayat tradisional berserta keuntungan, dana insurans hayat mengekalkan sejumlah rezab bertujuan menyokong kestabilan sekiranya berlaku ketidakseimbangan dalam dana pelaburan insurans hayat. Tindakan mengekalkan sejumlah rezab bermakna pemilik polisi mungkin tidak akan menerima sepenuhnya nilai pelaburan ketika pelaburan menikmati pulangan yang tinggi (sebahagian dari keuntungan telah dipindahkan ke akaun rezab), atau tidak mengalami penurunan nilai sekiranya pulangan pelaburan tidak menguntungkan (sejumlah wang dikeluarkan dari akaun rezab sebagai subsidi bayaran bonus). Polisi insurans hayat berkait pelaburan tidak mempunyai rezab. Oleh itu, pemilik polisi akan menerima kesan sepenuhnya apabila berlaku perubahan dalam pelaburan nilai unit pelaburan yang dimiliki akan menerima kesan langsung dari nilai pelaburan dana. Mungkin anda kini telah mula memahami perbezaan utama antara bonus dana berkait pelaburan dengan bonus polisi insurans tradisional berserta keuntungan. Polisi insurans hayat tradisional berserta keuntungan tidak pernah mengalami penurunan nilai tertakluk yang syarikat insurans masih solven (kedudukan kewangan masih kukuh), dan bonus berbalik (reversionary) akan dicampurkan dengan amaun perlindungan yang dijamin, dan kesemuanya itu tidak terjejas. Keadaan sebaliknya berlaku dalam polisi berkait pelaburan. Nilai polisi insurans hayat berkait pelaburan akan mengalami turun naik harga, bergantung kepada nilai unit pelaburan yang disertakan dalam polisi berkenaan. Sekiranya nilai unit merosot maka nilai sebenar polisi juga akan mengalami penurunan nilai. Pelabur insurans hayat tradisional berserta keuntungan memiliki pegangan pelaburan dipelbagai aset yang dipilih oleh insurer. Pelabur insurans hayat berkait pelaburan boleh memilih bidang pelaburan tertentu yang ia percaya boleh mendatangkan keuntungan (walaupun kebanyakan pemilik polisi insurans hayat berkait pelaburan menolak tanggungjawab ini, dana terurus biasanya terdapat dipasaran dan ia dilaburkan dipelbagai aset). Pemilik polisi insurans hayat berkait pelaburan biasanya dibenarkan membuat pertukaran pelaburan ke mana-mana dana yang dipercayai memberi peluang terbaik meraih keuntungan pada masa-masa tertentu. Beralih kepada mekanisma sebenar polisi yang membuat pelaburan didana yang disatukan, anda akan memahami bagaimana premium digunakan untuk meningkatkan nilai polisi supaya anda boleh membuat perbandingan iaitu apabila nilai polisi insurans hayat tradisional berserta keuntungan meningkat maka bonus juga akan meningkat. Di bawah polisi insurans hayat berkait pelaburan, tiada jaminan amaun minimum perlindungan bagi tujuan perisytiharan bonus, walaupun sememangnya terdapat amaun perlindungan pada tahap insurans hayat biasa. Sebaliknya, premium yang dibayar oleh setiap pemilik polisi akan digunakan untuk membeli unit pelaburan, dimana jumlah unit yang dibeli dikira berdasarkan amaun premium dibahagi dengan harga setiap unit. Oleh itu, premium sebanyak RM 100 yang digunakan untuk membeli unit dengan nilai semasa RM 2 per unit, bilangan unit yang boleh dibeli ialah 50 unit (iaitu RM 100 dibahagi dengan RM 2).
BAGAIMANA PRODUK INSURANS BERKAIT PELABURAN BERFUNGSI

CEILLI

77

BAGAIMANA PRODUK INSURANS BERKAIT PELABURAN BERFUNGSI

Belian unit hanya boleh dibuat dari dana itu sendiri, dimana selepas itu ia membentuk unit baru dan menambah nilai keuntungan dana pelaburan berkenaan. Nilai polisi bergantung kepada dua faktor :i. nilai setiap unit, dan ii. bilangan unit terkumpul dalam polisi berkenaan Dalam tempoh jangka masa panjang, nilai polisi sepatutnya meningkat kerana bilangan unit pelaburan bertambah berdasarkan dari amaun premium yang dilaburkan, dan juga dengan peningkatan nilai setiap unit. Walau bagaimanapun, secara mudah, nilai polisi juga boleh merosot sekiranya dana pelaburan mengalami penurunan nilai. Dibawah polisi insurans hayat berkait pelaburan, pemilik polisi boleh memilih samada untuk membayar premium sekaligus (untuk polisi premium tunggal) atau bayaran tetap (untuk polisi premium regular). Premium berkenaan akan dilaburkan di dana berkait pelaburan. Pelaburan dibuat selepas pihak insurer membuat potongan perbelanjaan awal yang juga meliputi perbelanjaan melancarkan dana dan aktiviti pemasaran. Baki premium diperuntukkan untuk membeli unit pelaburan pada harga tawaran. Unit yang dibeli dilaburkan samada di sekuriti pendapatan tetap atau ekuiti agar nilai unit akan meningkat. Pemilik polisi pada bila-bila masa boleh membuat pelaburan tambahan (top-up) atau tambah nilai, atau menjual sebahagian atau kesemua unit pelaburannya dipanggil pengeluaran atau serahan.

7.3 TAMBAH NILAI


Pemilik polisi biasanya dibenarkan membuat pelaburan tambahan atau tambah nilai polisi pada bila-bila masa, tertakluk kepada amaun minimum yang ditetapkan. Ketika membuat bayaran tambah nilai, pemilik polisi juga boleh membayar premium tunggal tambahan dan premium ini akan digunakan sepenuhnya (selepas ditolak caj tambah nilai) untuk membeli unit tambahan dana berkait pelaburan. Belian tambahan ini akan menambah bilangan unit sedia ada dalam akaun pemilik polisi.

7.4 POLISI PREMIUM TUNGGALKAEDAH PENGIRAAN MANFAAT


Untuk memudahkan kefahaman, melalui teks ini, tumpuan akan diberikan terhadap jadual premium tunggal polisi insurans hayat berkait pelaburan. Untuk kaedah harga tunggal bagi polisi premium tunggal, hanya satu sebutharga yang ditawarkan samada untuk belian atau jualan unit pelaburan.

78

CEILLI

BAGAIMANA PRODUK INSURANS BERKAIT PELABURAN BERFUNGSI

BAGAIMANA PRODUK INSURANS BERKAIT PELABURAN BERFUNGSI

Di bawah kaedah dua harga bagi polisi premium tunggal, unit pelaburan dibeli pada harga tawaran dan jualan pada harga bida. Harga bida adalah lebih rendah dari harga tawaran. Perbezaan antara harga bida dan harga tawaran dipanggil perbezaan bida-tawaran (dibincangkan di dalam bab 5 definisi). Caj yang biasa dikenakan untuk kedua-dua kaedah di atas ialah bayaran polisi, caj pentadbiran dan caj mortaliti. Berdasarkan kes yang dibentangkan di bawah, kita mengandaikan caj yang dikenakan untuk bayaran polisi ialah RM 100 dan caj mortaliti sebanyak 1%. (Perhatian: caj mortaliti bergantung kepada umur diri yang diinsuranskan dan setiap insurer mengenakan caj yang berbeza).

7.4.1 BILANGAN UNIT 7.4.1.1 Kaedah Harga Tunggal


Di bawah kaedah harga tunggal, bilangan unit pelaburan yang boleh dibeli adalah bersamaan dengan premium yang dibayar dibahagi dengan harga unit. Walau bagaimanapun, kebanyakan syarikat insurans mengenakan caj sebanyak 5% sebelum premium diperuntukkan untuk membeli unit pelaburan. Katakan pemilik polisi membayar premium sebanyak RM 4,000.Harga setiap unit pelaburan pada tarikh belian ialah RM 1. Sekiranya syarikat insurans mengenakan caj sebanyak 5%, pengiraan bilangan unit yang boleh dibeli adalah seperti berikut :Mula-mula, insurer menerima bayaran premium yang diperuntukkan oleh pemilik polisi untuk membeli unit pelaburan, Kedua, menolak caj yang dikenakan oleh syarikat Insurans daripada amaun premium yang dibayar oleh pemilik polisi untuk membeli unit pelaburan, Akhirnya, bahagikan baki amaun premium, selepas dibuat potongan pelbagai caj, dengan harga unit. Di bawah ini ditunjukkan contoh bagaimana Kaedah Harga Tunggal digunakan sebagai panduan kepada ejen. Amaun premium yang diperuntukkan untuk membeli unit ialah RM 4,000 Caj yang dikenakan ialah 5% = RM 4,000 x 5% = RM 200 Baki premium ialah = RM 4,000 - RM 200 = RM 3,800 Oleh itu, bilangan unit yang boleh dibeli ialah RM 3,800 RM 1 = 3,800 unit.
BAGAIMANA PRODUK INSURANS BERKAIT PELABURAN BERFUNGSI

CEILLI

79

BAGAIMANA PRODUK INSURANS BERKAIT PELABURAN BERFUNGSI


7.4.1.2 Kaedah Dua Harga

Di bawah kaedah dua harga, bilangan unit pelaburan yang boleh dibeli adalah bersamaan dengan premium yang dibayar dibahagikan dengan harga tawaran. Sekiranya pemilik polisi membuat pengeluaran atau tuntutan, ia akan menerima amaun bayaran yang diperolehi dengan mendarabkan bilangan unit pelaburan yang diperolehi dengan harga bida. Andaikan harga tawaran ialah RM 100, perbezaan bida-tawaran ialah 5% dan amaun premium yang diperuntukkan untuk membeli unit ialah RM 4,000. Jumlah bilangan unit yang boleh dibeli ialah RM 4,000 RM 1 = 4,000 units. Andaikan tiada sebarang perubahan nilai/harga unit; Oleh itu, harga bida = RM 1.00 x (100% - 5%) = RM 1.00 x 95% = RM 0.95 Sekiranya pemilik polisi membuat pengeluaran atau tuntutan, ia akan menerima bayaran sebanyak RM 3,800 (iaitu 4,000 unit x RM 0.95). Sekiranya harga tawaran meningkat kepada RM 1.20 per unit. Oleh itu, harga bida = RM 1.20 x (100% - 5%) = RM 1.20 x 95% = RM 1.14 Sekiranya pemilik polisi membuat pengeluaran atau tuntutan, ia akan menerima bayaran sebanyak RM 4,560 (iaitu 4,000 unit x RM 1.14).

7.4.2 NILAI SERAHAN TUNAI 7.4.2.1 Kaedah Harga Tunggal


Nilai tunai di bawah kaedah harga tunggal diperolehi dengan mendarabkan bilangan unit dengan harga seunit dan ditolak caj mortaliti dan bayaran polisi. Dengan menggunakan contoh di atas, bilangan unit ialah 3,800, harga per unit ialah RM1, caj mortaliti ialah 1% dan bayaran polisi sebanyak RM100. Nilai tunai = = = = (bilangan unit x Harga unit ) - (Caj mortaliti + Bayaran polisi) (3,800 unit x RM 1.00) - ([3,800 unit x RM 1.00 x 1%] + RM 100) RM 3,800 - (RM 38 + RM 100) = RM 3,800 - RM 138 RM 3,662

80

CEILLI

BAGAIMANA PRODUK INSURANS BERKAIT PELABURAN BERFUNGSI

BAGAIMANA PRODUK INSURANS BERKAIT PELABURAN BERFUNGSI


7.4.2.2 Kaedah Dua Harga

Nilai serahan di bawah kaedah dua harga diperolehi dengan mendarabkan bilangan unit dengan harga bida dan ditolak caj mortaliti serta bayaran polisi. Dengan menggunakan contoh di atas, jumlah unit ialah 4,000, harga bida ialah RM 0.95, caj mortaliti ialah 1% dan bayaran polisi ialah RM 100. Nilai tunai = = = = = (Jumlah unit x Harga bida) - (Caj mortaliti + Bayaran polisi ) (4,000 unit x RM0.95) - ([4,000 unit x RM 0.95 x 1%] + RM 100) RM 3,800 - (RM 38 + RM 100) RM 3,800 - RM 138 RM 3,662

7.4.3 HASIL TAHUNAN ATAS PREMIUM KASAR


Untuk mengira kadar hasil tahunan atas premium kasar bagi polisi premium tunggal, pulangan atas premium kasar perlu diketahui terlebih dahulu. Selepas itu barulah kadar pulangan/hasil tahunan boleh ditentukan. Formula pulangan atas premium kasar (Return on gross premium - RGP) ialah Nilai Akhir Pelaburan Nilai Awal Pelaburan Formula untuk Hasil Tahunan ialah (RGP)l/n - 1, dimana n ialah bilangan tahun.

7.4.3.1 Kaedah Harga Tunggal


Di bawah kaedah harga tunggal dan masih menggunakan contoh yang diberikan di atas, diandaikan harga unit selepas 10 tahun ialah RM 1.97. Nilai akhir pelaburan; = (Bilangan unit x Harga Unit) - (Caj mortaliti + Bayaran polisi) = (3,800 unit x RM 1.97) - ([3,800 unit x RM 1.97 x 1%] + RM 100) = RM 7,486 - (RM 74.86 + RM 100) = RM 7,486 - RM 174.86 = RM 7,311.14

BAGAIMANA PRODUK INSURANS BERKAIT PELABURAN BERFUNGSI

CEILLI

81

BAGAIMANA PRODUK INSURANS BERKAIT PELABURAN BERFUNGSI


Nilai awal pelaburan; = 4,000 unit x RM 1 = RM 4,000 Pulangan atas premium kasar; Nilai akhir pelaburan Nilai awal pelaburan RM 7,311.14 RM 4,000.00 Pulangan tahunan

= RM 1.828 = (RM 1.828)1/10 - 1 = 1.062 - 1 = 0.062 atau 6.2%

7.4.3.2 Kaedah Dua Harga


Di bawah kaedah dua harga dan menggunakan contoh yang diberikan di atas, diandaikan harga tawaran selepas 10 tahun ialah RM 1.97. Oleh itu, harga bida = RM 1.97 x (100% - 5%) = RM 1.97 x 95% = RM 1.8715 Nilai akhir pelaburan; = (Bilangan unit x harga bida) - (Caj mortaliti + Bayaran polisi) = (4,000 unit x RM 1.8715) - ([4,000 unit x RM 1.8715 x 1%] + RM 100) = RM 7,486 - (RM 74.86 + RM 100) = RM 7,486 - RM 174.86 = RM 7,311.14 Nilai awal pelaburan; = 4,000 unit x RM 1 = RM 4,000 Pulangan atas premium kasar; Nilai akhir pelaburan = Nilai awal pelaburan RM 7,311.14 RM 4,000

= RM 1.828

Pulangan tahunan

= (RM 1.828)1/10 1 = 1.062- 1 = 0.062 atau 6.2%

(Perhatian: Melalui penggunaan dua kaedah di atas, keterangan yang diberi mungkin berbeza antara satu syarikat dengan syarikat yang lain kerana bayaran polisi mungkin dikenakan diperingkat awal kuatkuasa polisi)

82

CEILLI

BAGAIMANA PRODUK INSURANS BERKAIT PELABURAN BERFUNGSI

BAGAIMANA PRODUK INSURANS BERKAIT PELABURAN BERFUNGSI


7.5 MANFAAT PENGELUARAN

Pemilik polisi boleh membuat pengeluaran dalam bentuk bilangan polisi atau amaun tunai tertentu iaitu dengan cara membatalkan hak milik unit pelaburan. Biasanya jumlah had minimum dan jumlah maksimum pengeluaran dikenakan. Amaun tunai yang akan diperolehi oleh pemilik polisi adalah dalam bentuk bilangan unit pelaburan yang dibatalkan didarabkan dengan harga unit untuk kaedah harga tunggal, dan didarabkan dengan harga bida untuk kaedah dua harga. Sekiranya pemilik polisi memilih untuk membuat pengeluaran dalam bentuk amaun tunai, bilangan unit pelaburan yang akan dibatalkan adalah bersamaan dengan amaun pengeluaran dibahagikan dengan harga unit atau harga bida, yang mana bersesuaian. Sebagai contoh, andaikan harga unit (untuk harga tunggal) atau harga bida (untuk dua harga) pada masa t = RM 2, sekiranya pemilik polisi membatalkan 500 unit, ia akan menerima :500 unit x RM 2 = RM 1,000 Sebaliknya, sekiranya pemilik polisi ingin membuat pengeluaran RM 3,000, bilangan unit yang dibatalkan ialah :RM 3,000 RM 2 = 1,500 unit.

7.6 NILAI SERAHAN


Kebanyakan syarikat insurans membenarkan pemilik polisi menyerahkan unit polisinya pada bila-bila masa. Pengiraan nilai serahan adalah sama seperti pengiraan manfaat pengeluaran.

7.7 MANFAAT KEMATIAN


Di bawah polisi insurans hayat berkait pelaburan, terdapat dua jenis manfaat kematian, bergantung kepada pelan polisi syarikat.

BAGAIMANA PRODUK INSURANS BERKAIT PELABURAN BERFUNGSI

CEILLI

83

BAGAIMANA PRODUK INSURANS BERKAIT PELABURAN BERFUNGSI

7.7.1 NILAI UNIT DITAMBAH JUMLAH INSURANS


Jenis manfaat kematian yang pertama adalah berkaitan dengan nilai unit dalam akaun pemilik polisi ditambah jumlah insurans.

.. .. .. .. .. .. ..

..

.. .. .. .. .. .. .. .. ..

.. .. .. .. .. .. .. .. .. .. .. .. ..

.. .. .. .. .. .. ..

.. ..

.. Manfaat kematian ----------- Nilai unit ________ Perlindungan kematian

-- -- -- --

-- -- -- -- -- -- -- -- -- --- -- -- -- -- -- -- -- -- -- --

-- -- --

Manfaat kematian kaedah harga tunggal = (bilangan unit x harga unit) + amaun perlindungan. Manfaat kematian kaedah dua harga = (bilangan unit x harga bida) + amaun perlindungan. Dengan menggunakan contoh di atas dan kaedah harga tunggal, diandaikan amaun perlindungan ialah RM 5,000, dan harga unit ketika berlaku kematian ialah RM 1.22. Oleh itu, manfaat kematian; = (3,800 unit X RM 1.22) + RM 5,000 = RM 4,636 + RM 5,000 = RM 9,636 Dengan menggunakan contoh yang sama dan kaedah dua harga, diandaikan amaun perlindungan ialah RM 5,000, dan harga tawaran ialah RM 1.22. Oleh itu, harga bida ialah RM 1.22 x (100% - 5%) = RM 1.22 x 95% = RM 1.159. Manfaat kematian; = (4,000 unit x RM 1.159) + RM 5,000 = RM 4,636 + RM 5,000 = RM 9,636

84

CEILLI

BAGAIMANA PRODUK INSURANS BERKAIT PELABURAN BERFUNGSI

BAGAIMANA PRODUK INSURANS BERKAIT PELABURAN BERFUNGSI

7.7.2 NILAI UNIT ATAU MANFAAT KEMATIAN


Jenis manfaat kematian yang kedua adalah berkaitan dengan samada nilai unit atau amaun perlindungan, yang mana lebih tinggi. Dalam gambar rajah yang ditunjukkan di bawah, manfaat kematian adalah bersamaan dengan amaun perlindungan sebelum masa t dan bersamaan dengan nilai unit selepas masa t.

masa t

_______ Manfaat kematian ----------- Nilai unit

Di bawah manfaat ini dan dengan menggunakan contoh serta cara pengiraan seperti yang dinyatakan di atas, nilai unit yang diperolehi ialah RM4636, dikira samada menggunakan kaedah harga tunggal atau kaedah dua harga. Oleh kerana amaun perlindungan kematian adalah lebih tinggi dari nilai unit, maka manfaat kematian ialah RM5,000.

7.8 POLISI PREMIUM TETAP


Polisi insurans hayat berkait pelaburan premium tetap (regular) berfungsi di bawah prinsip-prinsip yang sama dengan polisi premium tunggal. Perbezaan utama yang terdapat dalam polisi premium tetap ialah :a. Premium perlu dibayar secara tetap dan teratur, tetapi dalam masa yang sama pemilik polisi diberi pilihan untuk memilih mod (kekerapan) bayaran yang bersesuaian, pilihan tambah nilai premium tunggal atau memilih premium holiday. Sekiranya akaun polisi mempunyai dana yang mencukupi, pemilik polisi boleh memilih untuk berhenti dari membayar premium, dan akaun tersebut akan terus membiayai caj mortaliti sehingga polisi ditunaikan atau berlaku kematian dan tuntutan kematian dibuat. b. Pemilik polisi boleh menyerahkan atau membatalkan kesemua atau sebahagian unit pelaburannya. Pembatalan sebahagian unit pelaburan dikenali pengeluaran.

BAGAIMANA PRODUK INSURANS BERKAIT PELABURAN BERFUNGSI

CEILLI

85

BAGAIMANA PRODUK INSURANS BERKAIT PELABURAN BERFUNGSI


c.

Pemilik polisi boleh mempelbagaikan amaun perlindungan polisi tanpa menukar tahap bayaran premium tetapnya. Permohonan menambah amaun perlindungan biasanya memerlukan pengunderaitan perubatan yang lebih teliti dan menyeluruh. Semakin tinggi tahap perlindungan, semakin tinggi caj mortaliti yang dikenakan dan semakin rendah nilai serahan tunainya. Kaedah yang sama digunakan untuk permohonan pertukaran.

d. Pemilik polisi juga boleh menambah atau mengurangkan amaun bayaran premium tetapnya ketahap yang dibenarkan oleh insurer. Setelah kita memahami aspek-aspek teknikal bagaimana pelan insurans hayat berkait pelaburan berfungsi, ejen-ejen juga perlu memahami aspek-aspek teknikal berkenaan agar ejen dapat memberikan penerangan yang jelas dan meyakinkan kepada pelanggan. Biasanya pelanggan tidak berminat dengan aspek-aspek teknikal tetapi kemampuan ejen menguasai kemahiran ini akan memudahkan ejen berkenaan menjalankan tugas dengan berkesan. Sekarang, kita akan melihat bagaimana kita dapat menggunakan ilmu pengetahuan yang diperolehi dan mengamalkannya dalam kehidupan seharian. Dua contoh di bawah mungkin dapat membantu kefahaman kita mengenainya. SENARIO 1. Tan Chor Seong merupakan seorang lepasan ijazah yang baru mendapat kerja sebagai seorang jurutera di Kuala Lumpur. Tan berumur 25 tahun dan masih bujang. Pendapatan bulanan beliau ialah sebanyak RM3,000. Beliau tinggal bersama-sama dengan kedua ibubapanya di Petaling Jaya dan kedua-dua ibubapanya masih bekerja. Satusatunya liabiliti yang ditanggung oleh Tan ialah pinjaman PTPTN yang diambilnya ketika menuntut di universiti. Selepas membuat analisa ringkas aliran tunai, anda sebagai ejen telah mengenalpasti yang Tan Chor Seong mampu menyimpan RM900.00 sebulan. Tan bercadang untuk membeli sebuah kereta baru dan mula memikirkan tentang pelan simpanannya. Bayaran ansuran bulanan dan kos penyelenggaraan keretanya ialah RM 700.00 sebulan. Tan meminta anda memberi cadangan dan menyiapkan perancangan kewangan untuknya. Situasi terkini En Tan Chor Seong Objektif dan Matlamat a. Tan bercadang mewujudkan tabung simpanan sebanyak RM 30,000 dalam tempoh 10 tahun, dan akan menubuhkan firma perkhidmatan pakar perunding bersamasama dengan seorang rakannya. b. Syarikat tempat Tan bekerja tidak menyediakan sebarang bentuk perlindungan kepadanya kerana Tan adalah pekerja baru. Tan hanya layak dipertimbangkan di bawah Skim Manfaat Pekerja untuk diberi faedah sampingan selepas 3 bulan berkhidmat dan telah disahkan dalam jawatannya, tetapi akan kehilangan keistimewaannya sekiranya Tan berhenti kerja. Tan mahukan manfaat yang terbaik untuknya. c. Tan bercadang untuk mendirikan rumahtangga apabila beliau mencapai usia 30 tahun.

86

CEILLI

BAGAIMANA PRODUK INSURANS BERKAIT PELABURAN BERFUNGSI

7
No 1 2 3 4 5 6 7 8 JUMLAH
Cadangan Ejen; a.

BAGAIMANA PRODUK INSURANS BERKAIT PELABURAN BERFUNGSI

ANALISA RINGKASAN ALIRAN TUNAI UNTUK TAN CHOR SEONG

Pendapatan Gaji

RM 3,000.00

Perbelanjaan Kos perjalanan Makan/minum Pakaian dana aksesori Bil telefon mudah alih Pinjaman PTPTN Ibu bapa Hiburan bersama rakan Lain-lain

RM 300.00 300.00 200.00 150.00 350.00 250.00 250.00 300.00 2,100.00

3,000.00

JUMLAH

Pada masa sekarang Tan belum boleh memiliki kereta baru kerana kos bayaran ansuran bulanan, cukai jalan, insurans, petrol, bayaran letak kereta dan kos penyelenggaraan akan menelan belanja sebanyak sekurang-kurangnya RM 700 sebulan. Tan dinasihatkan membeli kereta terpakai untuk mengurangkan perbelanjaan bulanan kepada 450.00 sebulan. Tan perlu mendapatkan perlindungan insurans yang meliputi; i. ii. iii. iv. v. vi. Kad Rawatan Perubatan Perlindungan Kemalangan Diri Komprehensif Perlindungan 36 Jenis Penyakit Merbahaya Perlindungan Kematian dan Hilang Upaya Rider pengecualian bayaran premium Memastikan Tan mempunyai simpanan yang mencukupi dalam polisinya untuk memastikan jumlah s i m p a n a n y a n g d i k e h e n d a k i dapat dikumpulkan dalam tempoh 10 tahun.

b.

c.

Ejen sepatutnya dapat meyakinkan Tan agar dapat menyimpan sebahagian dari pendapatannya bagi tujuan kecairan dan perbelanjaan kecemasan.

d. Berdasarkan dari input-input di atas, ejen boleh mencadangkan pelan berkait pelaburan kepada Tan. e. Perlu diingat bahawa bayaran premium bulanan tidak melebihi RM 300.00 dan Tan perlu membuat tambah nilai secara setiap tahun, seiring dengan kenaikan gaji tahunannya.
BAGAIMANA PRODUK INSURANS BERKAIT PELABURAN BERFUNGSI

CEILLI

87

BAGAIMANA PRODUK INSURANS BERKAIT PELABURAN BERFUNGSI


SENARIO 2.

Alimudin Hamzah berusia 35 tahun, berjawatan Pengurus Pembangunan Perniagaan di sebuah syarikat penghantaran cepat Kurier di Ipoh, Perak. Gaji bulanan beliau ialah RM 4,000. Beliau telah berkahwin dan mempunyai 3 orang anak, masing-masing berusia 1 tahun, 6 tahun dan 8 tahun. Isterinya, Norzakiah,bekerja sebagai Staff Nurse disebuah hospital swasta di Ipoh dan memperolehi pendapatan RM 3,500.00 sebulan. Anak-anak mereka dijaga oleh emak Norzakiah dan dibantu oleh seorang pembantu rumah Indonesia. Mereka tinggal di sebuah rumah yang dibeli atas nama Alimudin melalui pinjaman bank. Alimudin diberi kemudahan kereta oleh pihak syarikat dan isterinya memiliki kereta atas namanya sendiri. A l i m u d i n m e m p u n y a i p i n j a m a n perumahan, pinjaman peribadi dan dua kad kredit yang kesemuanya perlu dibayar secara ansuran setiap bulan. Isterinya pula perlu menanggung bayaran bulanan pinjaman peribadi dan satu kad kredit. Anda telah dihubungi oleh Alimudin dan beliau bersetuju untuk berjumpa anda di rumahnya bagi membincangkan pelan berkait pelaburan dengannya. Situasi terkini En Alimudin dan Norzakiah Objektif dan Matlamat 1) Mereka berhajat untuk mewujudkan dana pendidikan supaya anak-anaknya kelak dapat melanjutkan pelajaran di institusi pengajian tinggi tempatan. 2) Ingin memiliki pelan insurans yang meliputi perlindungan kematian dan hilang upaya. 3) Mereka memerlukan kemudahan kad perubatan untuk anak-anak. 4) Mereka merancang untuk memiliki simpanan sebanyak RM 25,000.00 dalam tempoh 10 tahun dan wang tersebut akan digunakan untuk membeli sebidang tanah. 5) Memulakan pelan perancangan persaraan. 6) Alimudin dan isteri dilindungi di bawah insurans berkelompok yang meliputi perlindungan kemalangan diri, insurans perubatan dan insurans sementara.

88

CEILLI

BAGAIMANA PRODUK INSURANS BERKAIT PELABURAN BERFUNGSI

7
No 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 JUMLAH

BAGAIMANA PRODUK INSURANS BERKAIT PELABURAN BERFUNGSI


PENDAPATAN RM 4,000.00 PERBELANJAAN Kos harian kereta Norzakiah Pinjaman kereta & selenggara RM 300.00 450.00 1,000.00 250.00 150.00 700.00 400.00 150.00 1,200.00 450.00 600.00 350.00 200.00 800.00 500.00 7,500.00

ANALISA RINGKAS AN ALIRAN TUNAI EN ALIMUDIN DAN ISTERI

Gaji - Alimudin

Gaji - Norzakiah Lain - lain (bonus dan insenf)

3,500.00 1,000.00

Makanan Pakaian dan aksesori Bil telefon mudah alih Pinjaman peribadi (kedua dua) Perubatan dan penjagaan ibu Percuan dan hiburan Penyelesaian penuh kad kredit Pembantu rumah Pinjaman perumahan Keperluan rumah & selenggara Tuisyen anak anak ASM/ASB (Kedua dua) Perbelanjaan lain

8,500.00

JUMLAH

Cadangan ejen; a) Dicadangkan kad perubatan dan polisi pendidikan berkait pelaburan atas nama anak-anak agar Alimudin dapat memaksimumkan kemudahan potongan cukai yang disediakan oleh LHDN. (iaitu sehingga RM 3000.00 bagi setiap individu). b) Dicadangkan polisi insurans berkait pelaburan dan memasukkan perlindungan 36 penyakit merbahaya untuk semua dan rider pengecualian bayaran premium. Perlu diberi lebih tumpuan dalam aspek perlindungan kerana Alimudin dan isteri perlindungan komprehensif bagi mengimbangi liabiliti yang ditanggung. c) Mencadangkan polisi insurans dengan jumlah premium tidak melebihi RM 800.00 sebulan dan perlu membuat tambah nilai setiap tahun demi memenuhi hasrat untuk mengumpulkan sejumlah wang tunai. d) Sejumlah premium yang agak tinggi diperuntukkan untuk anak sulungnya kerana kesibukan Alimudin dan isteri untuk memberi lebih tumpuan masa untuknya, berbanding dengan masa yang diperuntukkan untuk anak bongsunya. e) Mempunyai simpanan di bank sebanyak RM 200.00 sebulan untuk digunakan semasa kecemasan. Berdasarkan dari maklumat yang diberikan, anda pastinya dapat membuat cadangan yang terbaik kepada pelanggan berkenaan.
BAGAIMANA PRODUK INSURANS BERKAIT PELABURAN BERFUNGSI

CEILLI

89

BAGAIMANA PRODUK INSURANS BERKAIT PELABURAN BERFUNGSI


SOALAN PENILAIAN PENCAPAIAN DIRI
BAB 7

1. Pemegang polisi telah melabur melalui bayaran premium sebanyak RM 5,000. Sekiranya harga unit saham ialah RM 1 per unit dan syarikat mengenakan caj bayaran sebanyak 5%, berapa banyak unit yang boleh dibeli dibawah Kaedah Harga Tunggal? a. b. c. d. 4,500 unit 4,750 unit 4,250 unit 5,000 unit

Soalan no 2 dan 3 adalah berdasarkan kepada senario berikut: Samy membeli polisi insurans berkait pelaburan 10 tahun dahulu. Beliau mencarum sebanyak RM3,000 setiap tahun selama 10 tahun. Harga bida unit pelaburannya ialah RM0.95 sepanjang tempoh tersebut. 2. Berapakah jumlah unit pelaburan terkumpul setakat ini sekiranya dikira dengan menggunakan kaedah dua harga? a. b. c. d. 28,500 unit 29,850 unit 21,850 unit 27,500 unit

3. Samy ingin membuat pengeluaran tunai polisinya untuk digunakan sebagai dana bagi membiayai yuran pengajian anaknya. Sekiranya harga tawaran ialah RM1.25, berapakah jumlah wang tunai yang diperolehi dari polisinya? a. b. c. d. RM 41,250 RM 42,750 RM 32,775 RM 32,700.

4. Dibawah polisi berkait pelaburan, pelabur biasanya dibenarkan membuat tambah nilai. Apakah yang akan berlaku terhadap jumlah premium yang telah dibayar melalui tambah nilai? a. Syarikat insurans akan menukarkan kesemua jumlah tambah nilai premium dan dikumpulkan dalam akaun sedia ada. b. Syarikat insurans akan membuka satu akaun baru dan mendepositkan unit tambah nilai ke akaun ini. c. Syarikat insurans akan mendepositkan premium tambah nilai ke akaun sedia ada dan mengenakan caj seperti yang tercatit dalam polisi. d. Syarikat insurans akan menggunakan premium tambah nilai, ditolak caj tambah nilai dan mendepositkan unit pelaburan ke akaun pemilik polisi.

90

CEILLI

BAGAIMANA PRODUK INSURANS BERKAIT PELABURAN BERFUNGSI

7
i.

BAGAIMANA PRODUK INSURANS BERKAIT PELABURAN BERFUNGSI

5. Syarikat insurans boleh menggunakan kaedah berikut untuk membayar manfaat kematian di bawah polisi insurans berkait pelaburan :Apabila tuntutan kematian telah dikemukakan, syarikat akan hanya membayar tuntutan berdasarkan jumlah unit terkumpul didarabkan dengan harga tawaran. ii. Apabila tuntutan kematian telah dikemukakan, syarikat akan membayar nilai muka manfaat kematian tanpa mengambilkira unit pelaburan terkumpul. iii. Apabila tuntutan kematian telah dikemukakan, syarikat akan membayar nilai unit, ditambah dengan jumlah insurans. iv. Apabila tuntutan kematian telah dikemukakan, syarikat akan hanya membayar nilai unit, ditambah dengan jumlah insurans dan jumlah tambah nilai dibayar secara berasingan. a. b. c. d. i, ii, iii i, ii, iv i, iii, iv i, ii, iii, iv

6. Di bawah polisi insurans berkait pelaburan premium tetap, pemilik polisi boleh melakukan perkara-perkara berikut, kecuali :a. Tidak membuat bayaran premium sekiranya dana di dalam polisi adalah mencukupi untuk menampung bayaran premium berkenaan. b. Meningkatkan atau mengurangkan jumlah insurans mengikut keperluan semasa. c. Meningkatkan amaun bayaran premium melalui premium tambah nilai secara tetap dan tambah nilai tunggal. d. Membatalkan perlindungan insurans dan memastikan kesemua bayaran premium digunakan untuk tujuan pelaburan.

JAWAPAN DISEDIAKAN DI BAHAGIAN AKHIR BUKU INI.

BAGAIMANA PRODUK INSURANS BERKAIT PELABURAN BERFUNGSI

CEILLI

91

MANFAAT DAN RISIKO MELABUR DI DANA BERKAIT PELABURAN


8.1 PENGENALAN

Pelan insurans berkait p e l a b u r a n a d a l a h m e r u p a k a n i n s u r a n s h a y a t yang menggabungkan elemen perlindungan dan pelaburan. Premium yang dibayar bukan sahaja untuk tujuan perlindungan insurans, malah ia juga meliputi pelaburan di dana pelaburan tertentu yang anda pilih. Anda diberi peluang m e m i l i h b a g a i m a n a anda memperuntukkan bayaran premium insurans untuk tujuan perlindungan dan pelaburan. Sama seperti instrumen kewangan yang terdapat di pasaran, kita juga perlu mengambilkira manfaat dan risiko membeli pelan insurans berkait pelaburan ini.

8.2 MANFAAT 8.2.1 DISATUKAN ATAU DIPELBAGAIKAN


Sama seperti dana unit amanah, dana berkait pelaburan menawarkan kepada pemilik polisi kemudahan mengekses atau kebenaran untuk memilih pelaburan yang disatukan (pooled) atau portfolio dipelbagaikan (diversified portfolio). Dana berkenaan biasanya mengandungi pelbagai pilihan stok ekuiti dan sekuriti pendapatan tetap. Dalam keadaan biasa, kebanyakan pemilik polisi dengan sumber modal yang kecil tidak mampu melabur dalam portfolio pelaburan yang dipelbagaikan. Dana berkait pelaburan yang dipelbagaikan mempunyai ciri-ciri risiko yang lebih baik berbanding dengan dana yang kurang kepelbagaian.

8.2.2 FLEKSIBILITI
Produk-produk berkait pelaburan mempunyai ciri-ciri rekabentuk mudah dengan struktur komponen yang jelas fungsinya iaitu mengutamakan pelaburan (berasaskan unit pelaburan) dan perlindungan insurans (berasaskan caj). Hasilnya, pemilik polisi dengan mudah boleh meminda tahap bayaran premium, menangguhkan bayaran premium, membuat tambah nilai premium tunggal, membuat pengeluaran, mengubah amaun perlindungan insurans dan membuat pertukaran dana pelaburan. Produk insurans hayat tradisional berserta keuntungan adalah berasaskan jumlah perlindungan dan amat fleksibel untuk dibuat perubahan-perubahan penting dalam ciri-ciri produk. Contohnya :Perubahan plan dari polisi insurans hayat seumur hidup kepada polisi endowmen yang melibatkan pengiraan yang lebih rumit. Polisi insurans hayat tradisional tidak membenarkan pemilik polisi membuat pilihan portfolio pelaburan.

92

CEILLI

MANFAAT DAN RISIKO MELABUR DI DANA BERKAIT PELABURAN

MANFAAT DAN RISIKO MELABUR DI DANA BERKAIT PELABURAN


8.2.3 KEPAKARAN

Dana berkait pelaburan diurus oleh pengurus dana profesional yang memiliki kepakaran untuk melabur dalam dana pelaburan yang boleh menghasilkan pulangan tinggi dalam tempoh jangka panjang dan menepati objektif pelaburan. Kebanyakan pemilik polisi tidak mempunyai pengetahuan yang mendalam mengenai pasaran kewangan yang membolehkannya membuat pelaburan secara persendirian yang menguntungkan.

8.2.4 EKSES
Pemilik polisi boleh memasuki dan membuat pelaburan dengan mudah dalam pelbagai dana berkait pelaburan yang diurus oleh pengurus dana profesional yang terbukti kepakarannya berdasarkan rekod pencapaian masa lalu mereka, iaitu dengan cara membeli polisi insurans hayat berkait pelaburan dengan pelaburan awal serendah RM4,000.00

8.2.5 PENTADBIRAN
Pemilik polisi tidak akan dibebani dengan kerja-kerja pentadbiran mengurus pelaburan yang biasanya agak rumit dan mencabar. Untuk mengetahui perkembangan pelaburan, pemilik polisi hanya perlu meneliti penyata pelaburan yang disediakan secara berkala oleh syarikat insurans. Harga unit pelaburan juga akan disiarkan di akhbar-akhbar utama tempatan.

8.3 RISIKO MELABUR DALAM DANA BERKAIT PELABURAN 8.3.1 RISIKO PELABURAN
Manfaat kematian dan hilang upaya dalam polisi insurans hayat berkait pelaburan adalah berdasarkan dari jumlah insurans/nilai unit pelaburan. Nilai tunai dan nilai matang polisi adalah bersamaan dengan nilai unit sahaja. Jumlah insurans adalah terjamin tetapi nilai unit tidak dijamin kerana ia berkait langsung dengan prestasi pelaburan aset dana yang berkaitan. Apabila pasaran stok mengalami tekanan turun naik harga, nilai serahan tunai dan nilai matang polisi insurans hayat berkait pelaburan (dengan unit-unit dilaburkan dalam dana ekuiti) juga akan mengalami keadaan turun naik secara mendadak. Ia menunjukkan bahawa potensi mendapat pulangan yang tinggi akan diiringi oleh risiko yang tinggi juga.

MANFAAT DAN RISIKO MELABUR DI DANA BERKAIT PELABURAN

CEILLI

93

MANFAAT DAN RISIKO MELABUR DI DANA BERKAIT PELABURAN

Polisi insurans hayat berkait pelaburan (terutamanya melibatkan risiko dalam pelaburan dana ekuiti) hanya sesuai untuk pemilik polisi yang sanggup berhadapan dengan risiko turun naik nilai serahan tunai jangka pendek. Walau bagaimanapun, pemilik polisi boleh mengharapkan untuk memperolehi pulangan yang tinggi dalam tempoh jangka masa panjang, berbanding dengan produk insurans tradisional. Polisi insurans hayat berkait pelaburan (dengan pelaburan ekuiti yang tinggi) ini tidak sesuai untuk pemilik polisi yang mengambil sikap mengelak risiko dan hanya meminati polisi insurans hayat dengan perlindungan yang tinggi serta jaminan nilai serahan tunai dan nilai matang. Dalam keadaan seperti ini, adalah lebih baik pemilik polisi membeli polisi insurans hayat tradisional tanpa keuntungan bagi memenuhi keperluan insuransnya.

8.3.2 CAJ ATAU BAYARAN


Bayaran pentadbiran, caj insurans, bayaran pengurusan dana dan sebagainya yang biasa dikenakan di bawah polisi insurans hayat berkait pelaburan pada kebiasaannya adalah tidak dijamin. Ia tertakluk kepada penilaian semula yang dilakukan secara berterusan. Syarikat insurans berhak meminda caj yang sepatutnya dikenakan kepada pemilik polisi dengan menghantar notis secara bertulis dalam tempoh tertentu, biasanya 3 bulan.

94

CEILLI

MANFAAT DAN RISIKO MELABUR DI DANA BERKAIT PELABURAN

8
BAB 8

MANFAAT DAN RISIKO MELABUR DI DANA BERKAIT PELABURAN


SOALAN PENILAIAN PENCAPAIAN DIRI

1. Faedah melabur dalam polisi insurans berkait pelaburan seperti yang dinyatakan di bawah adalah tidak benar, kecuali :a. Pelanggan diharap boleh mengawasi pergerakan dana pelaburan dan membuat pertukaran dana atas inisiatif sendiri pada bila-bila masa selagi polisi masih berkuatkuasa. b. Beban tugas menguruskan dana ditanggung oleh kumpulan pengurusan profesional syarikat insurans dan bukannya ditanggung oleh pelanggan. c. Pelanggan mempunyai pilihan untuk mengarahkan pengurus dana mematuhi strategi dan hala tuju pelaburan yang dibuat oleh pelanggan sendiri. d. Pelanggan mempunyai pilihan untuk membuat keputusan bagaimana syarikat sepatutnya melabur kesemua modal milik pelanggan. 2. Manfaat yang diperolehi dari polisi insurans berkait pelaburan adalah seperti berikut :i. Keupayaan syarikat mengumpulkan dana dan mempelbagaikan bentuk pelaburan. ii. Kemudahan dan fleksibiliti yang ditawarkan. iii. Caj minimum yang dikenakan ke atas setiap polisi. iv. Kemampuan syarikat menyerap risiko pasaran bagi pihak pelanggan. a. b. c. d. i, ii sahaja ii, iv sahaja i, iii sahaja iii, iv sahaja

3. Kefleksibelan yang ditawarkan oleh polisi insurans berkait pelaburan termasuklah :Pemilik polisi boleh menetapkan tahap premium yang perlu dibayar. Pemilik polisi boleh memutuskan samada untuk membuat tambah nilai secara tunggal atau gandaan. iii. Pemilik polisi adalah tertakluk kepada jumlah bayaran premium tertentu sahaja dan tidak boleh diubah. iv. Syarikat insurans tidak akan mengenakan sebarang caj atau bayaran sekiranya pemilik polisi memilih untuk menghentikan bayaran premium. i. ii. a. b. c. d. i, iv sahaja i, iii sahaja i sahaja i, ii sahaja

MANFAAT DAN RISIKO MELABUR DI DANA BERKAIT PELABURAN

CEILLI

95

MANFAAT DAN RISIKO MELABUR DI DANA BERKAIT PELABURAN

4. Keburukan polisi insurans berkait pelaburan ialah :i. Ia tertakluk kepada proses kelancaran operasi syarikat ii. Ia tertakluk kepada pengecualian caj bayaran sekiranya pihak syarikat tidak mencatat pulangan pelaburan iii. Ia tertakluk kepada caj tetap seperti yang dinyatakan dalam dokumen polisi iv. Ia tertakluk kepada tingkah laku dan pergerakan pasaran saham a. b. c. d. i, iii sahaja i, ii sahaja ii, iv sahaja iii, iv sahaja

5. Nilai tunai yang digunakan dalam instrumen pelaburan tidak terkecuali dari ancaman risiko. Ini bermakna nilai kewangan dalam akaun nilai tunai boleh meningkat atau merosot, bergantung kepada prestasi pasaran. Individu yang biasanya menikmati faedah dari akaun nilai tunai mungkin perlu membayar premium yang lebih tinggi apabila pelaburan mengalami kejatuhan. Pelabur juga tidak dibenarkan untuk membuat pengeluaran dari akaun nilai tunai walaupun polisi masih berkuatkuasa. Apakah yang boleh dipelajari dari kenyataan di atas? a. Pelaburan melalui produk berkait pelaburan adalah merugikan dan pelanggan sepatutnya memilih untuk melabur dalam polisi seumur hidup tradisional berserta keuntungan. b. Pelanggan perlu menerima hakikat bahawa memiliki polisi insurans berkait pelaburan bermakna mereka juga perlu menerima sebarang perubahan yang mungkin berlaku dalam pasaran saham. c. Pelanggan perlu menyalahkan dan meletakkan beban pelaburan sepenuhnya kepada pengurus dana kerana mereka yang bertanggung jawab mencari keuntungan dan mencatat keputusan positif sahaja. d. Pelanggan boleh menganggap polisi berkait pelaburan dimiliki sebagai akaun bank peribadi dan oleh itu pelanggan boleh berbuat apa sahaja yang mereka ingini. 6. Kebaikan yang paling nyata mengenai polisi insurans berkait pelaburan ialah :i. Kefleksibelan yang ditawarkan dalam memilih amaun premium yang perlu dibayar, jumlah insurans dan jumlah tambah nilai. ii. Kemampuan reka bentuk polisi memenuhi matlamat hidup seseorang sepanjang tempoh kuatkuasa polisi. iii. Jumlah nilai tunai terkumpul adalah dijamin oleh pihak syarikat. iv. Memahami sepenuhnya bahawa semua polisi insurans berkait pelaburan adalah dijamin oleh pihak syarikat dan juga Bank Negara Malaysia a. b. c. d. i, ii, iii sahaja. i, ii sahaja. ii, iv sahaja. i, iv sahaja. JAWAPAN DISEDIAKAN DI BAHAGIAN AKHIR BUKU INI.

96

CEILLI

MANFAAT DAN RISIKO MELABUR DI DANA BERKAIT PELABURAN

PERBANDINGAN DIANTARA PRODUK INSURANS HAYAT BERKAIT PELABURAN DENGAN PRODUK INSURANS HAYAT TRADISIONAL BERSERTA KEUNTUNGAN

9.1 PENGENALAN
Apabila membandingkan produk insurans hayat berkait pelaburan dengan produk insurans hayat tradisional (iaitu insurans sementara, seumur hidup dan endowmen), kriteria-kriteria berikut digunakan :Pulangan pelaburan dan risiko Pengiraan premium Manfaat kematian. Nilai serahan Pilihan tambah nilai

9.2 PRODUK INSURANS HAYAT TRADISIONAL DIJAMIN TANPA KEUNTUNGAN


Produk insurans hayat tradisional ini menjamin kadar pulangan tetap. Contohnya ialah insurans sementara, insurans hayat seumur hidup tanpa keuntungan dan endowmen.

9.2.1 PULANGAN PELABURAN DAN RISIKO


Di bawah insurans sementara, bayaran dibuat apabila diri yang diinsuranskan meninggal dunia ketika dalam tempoh insurans. Di bawah polisi endowmen, bayaran dibuat apabila polisi matang atau apabila diri yang diinsuranskan meninggal dunia ketika dalam tempoh insurans. Sementara polisi seumur hidup pula sama seperti polisi endowmen, kecuali dalam kebanyakan kes, polisi seumur hidup dihadkan tempohnya kepada 80, 90 atau 100 tahun. Di bawah polisi insurans hayat tradisional tanpa keuntungan, amaun yang dibayar tidak bergantung kepada prestasi pelaburan syarikat kerana amaun telah ditetapkan semasa polisi mula berkuatkuasa. Oleh itu, tiada risiko pelaburan di dalam produk insurans tradisional ini, kecuali risiko ketidaksolvenan syarikat insurans itu sendiri.

9.2.2 PENGIRAAN PREMIUM


Di bawah polisi insurans hayat tradisional tanpa keuntungan, amaun premium ditentukan dan ditetapkan pada permulaan polisi berkuatkuasa serta dinyatakan dalam dokumen polisi. Setelah kontrak insurans dikeluarkan, syarikat insurans hayat tidak akan meminda terma dan syarat polisi tanpa persetujuan pemilik polisi.

PERBANDINGAN DIANTARA PRODUK INSURANS HAYAT BERKAIT PELABURAN DENGAN PRODUK INSURANS HAYAT TRADISIONAL BERSERTA KEUNTUNGAN

CEILLI

97

PERBANDINGAN DIANTARA PRODUK INSURANS HAYAT BERKAIT PELABURAN DENGAN PRODUK INSURANS HAYAT TRADISIONAL BERSERTA KEUNTUNGAN

9.2.3 MANFAAT KEMATIAN


Di bawah polisi insurans hayat tradisional tanpa keuntungan, manfaat kematian (iaitu amaun insurans) ditentukan dan ditetapkan pada permulaan polisi berkuatkuasa serta dinyatakan dalam dokumen polisi. Berkaitan dengan premium pula, setelah kontrak insurans dikeluarkan, syarikat insurans hayat tidak akan meminda terma dan syarat polisi tanpa persetujuan pemilik polisi.

9.2.4 NILAI SERAHAN


Selain dari insurans sementara tempoh 20 tahun, tiada pembayaran dibuat apabila polisi diserahkan. Di bawah polisi endowmen dan seumur hidup, oleh kerana polisi ini layak dikira faedah hasil dari nilai tunai terkumpul, bayaran akan dibuat apabila polisi diserahkan. Ia dipanggil nilai serahan tunai.

9.2.5 PILIHAN TAMBAH NILAI


Terdapat syarikat insurans yang menawarkan polisi dimana amaun perlindungan boleh ditingkatkan setiap tahun secara peratusan (biasanya 10%) dari amaun perlindungan asal. Lain-lain syarikat pula menawarkan polisi jangka pendek yang boleh diperbaharui pada penghujung tempoh kuatkuasa polisi dan dibuat penambahan amaun insurans. Contohnya, pemilik polisi insurans sementara paras tempoh lima tahun diberi hak pada penghujung tahun kelima untuk menguatkuasakan polisi baru dengan amaun insurans ditingkatkan sebanyak 50% dari amaun asal.

9.3 PRODUK INSURANS HAYAT TRADISIONAL BERSERTA KEUNTUNGAN


Polisi insurans hayat tradisional berserta keuntungan ini sama seperti insurans hayat tradisional tanpa keuntungan, hanya terdapat tambahan keuntungan dalam amaun perlindungannya. Contoh produk berserta keuntungan ialah insurans seumur hidup berserta keuntungan dan insurans endowmen berserta keuntungan.

98

CEILLI

PERBANDINGAN DIANTARA PRODUK INSURANS HAYAT BERKAIT PELABURAN DENGAN PRODUK INSURANS HAYAT TRADISIONAL BERSERTA KEUNTUNGAN

PERBANDINGAN DIANTARA PRODUK INSURANS HAYAT BERKAIT PELABURAN DENGAN PRODUK INSURANS HAYAT TRADISIONAL BERSERTA KEUNTUNGAN

9.3.1 PULANGAN PELABURAN DAN RISIKO


Setiap tahun syarikat insurans akan membuat penilaian atas aset dan liabiliti dana insurans hayatnya. Melalui penilaian tersebut, surplus atau lebihan akan dapat diketahui dan sebahagian lebihan berkenaan akan diperuntukkan kepada pemilik polisi berserta keuntungan dalam bentuk tambahan kepada amaun insurans. Amaun tambahan ini dipanggil bonus. Walau bagaimanapun, peruntukan berkenaan tiada kaitan secara langsung dengan prestasi pelaburan syarikat insurans hayat. Ini adalah disebabkan pejabat insurans hayat telah pun mengimbangi naik turun pulangan pelaburan dan memindahkan pulangan bersih pelaburan kepada pemilik polisi sebagai bayaran bonus. Pejabat insurans hayat mampu menstabilkan pulangan pelaburan dengan memindahkan keuntungan ke akaun rezab ketika pelaburan mencapai prestasi cemerlang, dan mengeluarkannya dari akaun rezab apabila pulangan pelaburan tidak begitu memberangsangkan. Terdapat tiga jenis bonus: tunai, berbalik dan terminal Bonus tunai biasanya diberi dalam bentuk agihan tunai. Apabila kadar bonus diisytiharkan, bonus tunai boleh dikeluarkan pada bila-bila masa atau dikekalkan dalam polisi. Bonus berbalik samada bonus mudah (semata-mata berdasarkan jumlah insurans) atau bonus kompoun (berdasarkan jumlah insurans dan bonus terdahulu). Apabila peruntukan bonus telah dibuat, bonus berbalik tidak boleh dipindahkan atau dikurangkan amaunnya. Bonus berbalik dalam polisi ini dibayar ketika berlaku tuntutan kematian atau ketika polisi matang. Bonus terminal mempunyai konsep yang berbeza. Bonus terminal hanya boleh dibayar samada ketika berlaku tuntutan kematian atau tuntutan matang. Ia tidak dibayar ketika serahan polisi. Ia biasanya dinyatakan dalam peratusan dari jumlah bonus dan mungkin terdapat perbezaan, bergantung kepada prestasi keseluruhan aset dalam dana insurans hayat. Bayaran bonus pada masa akan datang adalah tidak dijamin. Ia mungkin akan berkurangan sekiranya syarikat insurans hayat tidak mampu mengekalkan kadar bonus. Aspek inilah yang membezakan antara produk berserta keuntungan dengan produk yang dijamin.

9.3.2 PENGIRAAN PREMIUM


Sama seperti polisi insurans hayat tradisional tanpa keuntungan, premium polisi insurans hayat tradisional berserta keuntungan ditentukan dan ditetapkan ketika polisi mula berkuatkuasa dan amaun premium adalah berdasarkan jumlah insurans serta jangkaan bonus yang akan dibayar. Untuk kedua-dua produk ini, apabila kontrak insurans telah dikeluarkan, syarikat insurans hayat tidak akan meminda terma dan syarat polisi tanpa persetujuan pemilik polisi.

PERBANDINGAN DIANTARA PRODUK INSURANS HAYAT BERKAIT PELABURAN DENGAN PRODUK INSURANS HAYAT TRADISIONAL BERSERTA KEUNTUNGAN

CEILLI

99

PERBANDINGAN DIANTARA PRODUK INSURANS HAYAT BERKAIT PELABURAN DENGAN PRODUK INSURANS HAYAT TRADISIONAL BERSERTA KEUNTUNGAN

9.3.3 MANFAAT KEMATIAN


Di bawah polisi insurans hayat tradisional berserta keuntungan, manfaat kematian berupa amaun insurans yang telah ditetapkan jumlahnya serta sejumlah bonus terkumpul sehingga tarikh kematian, ditolak mana-mana tunggakan pinjaman polisi dan premium automatik berserta faedah (sekiranya ada). Hanya jumlah insurans yang dijamin. Polisi ini hampir sama dengan polisi tanpa keuntungan; perbezaannya hanyalah amaun yang dibayar ketika berlaku kematian, iaitu untuk polisi insurans hayat tanpa keuntungan, tiada peruntukan bayaran bonus. Untuk polisi endowmen berserta keuntungan, manfaat kematian adalah sama dengan insurans hayat seumur hidup berserta keuntungan, kecuali polisi endowmen mempunyai tempoh atau tarikh matang. Manfaat polisi matang berupa amaun insurans yang telah ditetapkan jumlahnya, ditambah dengan bonus berbalik atau terminal yang terkumpul sehingga ke tarikh polisi matang, ditolak mana-mana tunggakan pinjaman polisi dan premium automatik berserta faedah (sekiranya ada).

9.3.4 NILAI SERAHAN


Untuk semua polisi berserta keuntungan, nilai serahan tunai bersih adalah termasuk bonus berbalik atas nilai serahan sehingga ke tarikh polisi diserahkan. Jumlah bayaran biasanya lebih tinggi berbanding dengan bayaran di bawah polisi tanpa keuntungan. Amaun bayaran juga berbeza mengikut umur pemilik polisi.

9.3.5 PILIHAN TAMBAH NILAI


Hanya beberapa polisi insurans hayat berserta keuntungan sahaja yang menyediakan kemudahan membuat tambah nilai. Sekiranya pilihan ini dibenarkan, ia adalah sama untuk polisi berserta keuntungan dan juga polisi tanpa keuntungan.

9.4 PRODUK INSURANS HAYAT BERKAIT PELABURAN


Keseluruhan atau sebahagian manfaat yang disediakan di bawah produk insurans hayat berkait pelaburan adalah ditetapkan mengikut nilai atau pendapatan dari mana-mana harta, atau tertakluk kepada keadaan turun naik pasaran, atau indeks nilai mana-mana harta yang berkenaan.

100

CEILLI

PERBANDINGAN DIANTARA PRODUK INSURANS HAYAT BERKAIT PELABURAN DENGAN PRODUK INSURANS HAYAT TRADISIONAL BERSERTA KEUNTUNGAN

PERBANDINGAN DIANTARA PRODUK INSURANS HAYAT BERKAIT PELABURAN DENGAN PRODUK INSURANS HAYAT TRADISIONAL BERSERTA KEUNTUNGAN

9.4.1 PULANGAN PELABURAN DAN RISIKO


Seperti yang telah dinyatakan sebelum ini, produk insurans hayat berkait pelaburan ialah polisi dimana nilai kewangan dalam polisi berkenaan adalah berbeza-beza mengikut nilai yang terkandung dalam aset dimana premium polisi dilaburkan. Oleh itu, pulangan dan risiko pelaburan produk ini dipindahkan secara langsung kepada pemilik polisi. Pemilik polisi menikmati kesemua keuntungan pelaburan dan dalam masa yang sama perlu menanggung semua risiko pelaburan. Dana yang dilaburkan dalam sekuriti pendapatan tetap menjanjikan tahap jaminan modal yang berpatutan tetapi jangkaan kadar pulangan juga agak sederhana. Sebaliknya, dana yang dilaburkan dalam pasaran ekuiti bakal menghadapi ketidaktentuan pergerakan harga, tetapi menjanjikan kadar pulangan yang tinggi.

9.4.2 PENGIRAAN PREMIUM


Seperti yang dinyatakan sebelum ini, premium yang dikenakan dan manfaat yang ditawarkan di bawah polisi insurans hayat tradisional telah ditetapkan terlebih dahulu dan dinyatakan dalam dokumen polisi. Pengiraan premium berdasarkan amaun perlindungan. Oleh itu, polisi insurans hayat tradisional dikatakan berorientasikan jumlah insurans. Sebaliknya, polisi insurans hayat berkait pelaburan adalah berorientasikan akaun, iaitu pemilik polisi diberi pilihan untuk meminda amaun premium yang perlu dibayar, boleh memilih untuk tidak membayar premium dalam tempoh tertentu dan membuat tambah nilai premium tunggal. Pejabat insurans hayat juga mempunyai hak untuk meminda kadar caj/bayaran yang dikenakan atas setiap polisi yang dikeluarkan. Contohnya, kadar caj bulanan dijangka akan dinaikkan sejajar dengan keadaan inflasi negara. Pada peringkat awal penetapan dan pengiraan kadar premium, pejabat insurans hayat akan membuat beberapa andaian mengenai keadaan ekonomi masa depan dan kadar caj yang dijangka boleh dikenakan kepada pemilik polisi. Sekiranya keadaan yang berlaku berbeza dengan situasi semasa penetapan premium dibuat, pejabat insurans hayat mungkin terpaksa bertindak meminda kadar premium. Oleh itu, akan terdapat aktiviti penetapan harga pada peringkat awal, usaha membuat semakan semula harga secara berterusan dan membandingkan pengalaman sebenar dengan apa yang dijangkakan.

9.4.3 MANFAAT KEMATIAN


Di bawah polisi insurans hayat berkait pelaburan, jumlah amaun yang dibayar apabila berlaku kematian adalah bergantung kepada samada ia polisi premium tunggal atau polisi premium tetap.

PERBANDINGAN DIANTARA PRODUK INSURANS HAYAT BERKAIT PELABURAN DENGAN PRODUK INSURANS HAYAT TRADISIONAL BERSERTA KEUNTUNGAN

CEILLI

101

PERBANDINGAN DIANTARA PRODUK INSURANS HAYAT BERKAIT PELABURAN DENGAN PRODUK INSURANS HAYAT TRADISIONAL BERSERTA KEUNTUNGAN

Di bawah polisi insurans hayat berkait pelaburan berpremium tunggal, amaun perlindungan yang disediakan adalah pada tahap minimum dan manfaat kematian dibayar mengikut salah satu dari kaedah berikut, tertakluk kepada polisi syarikat :a. jumlah insurans minimum atau nilai unit dana pelaburan pada harga bida, yang mana lebih tinggi; atau jumlah insurans minimum dan nilai unit dana pelaburan pada harga bida.

b.

Di bawah polisi insurans hayat berkait pelaburan berpremium tunggal, pemilik polisi menanggung risiko pelaburan hanya apabila manfaat yang diperolehi melebihi manfaat kematian. Untuk polisi insurans hayat berkait pelaburan premium tunggal, perlindungan yang diberikan adalah lebih tinggi dan manfaat kematian dibayar mengikut salah satu dari kaedah berikut, tertakluk kepada polisi syarikat :a. jumlah insurans (dipilih oleh insured) atau nilai unit dana pelaburan pada harga bida, yang mana lebih tinggi; atau jumlah insurans (dipilih oleh insured) dan nilai unit dana pelaburan pada harga bida.

b.

Di bawah polisi harga tunggal, nilai unit pelaburan adalah bersamaan dengan harga pasaran didarabkan dengan jumlah unit, ditolak apa-apa caj yang dikenakan. Untuk polisi dua harga, nilai unit ialah harga bida didarabkan dengan bilangan unit.

9.4.4 NILAI SERAHAN


Di bawah polisi insurans hayat berkait pelaburan, nilai serahan ialah nilai dana yang dikira mengikut kaedah berikut :a. b. Untuk polisi harga tunggal, harga pasaran didarabkan dengan jumlah unit; Untuk polisi dua harga, harga bida didarabkan dengan jumlah unit.

102

CEILLI

PERBANDINGAN DIANTARA PRODUK INSURANS HAYAT BERKAIT PELABURAN DENGAN PRODUK INSURANS HAYAT TRADISIONAL BERSERTA KEUNTUNGAN

PERBANDINGAN DIANTARA PRODUK INSURANS HAYAT BERKAIT PELABURAN DENGAN PRODUK INSURANS HAYAT TRADISIONAL BERSERTA KEUNTUNGAN

9.4.5 PILIHAN TAMBAH NILAI


Kebanyakan polisi insurans hayat berkait pelaburan membenarkan pemilik polisi membeli unit tambahan tanpa perlu membeli polisi baru

9.5 LAIN-LAIN PERBANDINGAN - KETELUSAN


Polisi insurans hayat berkait pelaburan dianggap lebih telus berbanding dengan polisi insurans hayat tradisional berserta keuntungan kerana elemen-elemen polisi seperti caj yang dikenakan dinyatakan sepenuhnya dalam buku prospektus.

PERBANDINGAN DIANTARA PRODUK INSURANS HAYAT BERKAIT PELABURAN DENGAN PRODUK INSURANS HAYAT TRADISIONAL BERSERTA KEUNTUNGAN

CEILLI

103

PERBANDINGAN DIANTARA PRODUK INSURANS HAYAT BERKAIT PELABURAN DENGAN PRODUK INSURANS HAYAT TRADISIONAL BERSERTA KEUNTUNGAN

SOALAN PENILAIAN PENCAPAIAN DIRI


BAB 9 1. Sistem penetapan premium yang digunakan dalam pengiraan kadar premium polisi insurans berkait pelaburan ialah :a. b. c. d. Kombinasi premium paras dan sistem premium natural Sistem premium paras Sistem premium paras berganda Sistem premium natural

2. Samantha ingin melindungi masalah kewangan dirinya dari bebanan pinjaman peribadi dan baki kad kredit seandainya ia meninggal dunia atau mengalami hilang upaya kekal. Dia juga menghadapi kesempatan kewangan dan merasa bimbang tentang bayaran premium polisinya yang agak tinggi. Samantha mengharapkan nasihat anda untuk mengatasi masalah ini. Apakah nasihat anda? a. b. c. d. Membeli polisi insurans sementara Membeli polisi insurans hayat berkait pelaburan Membeli polisi insurans seumur hidup tradisional berserta keuntungan Membeli polisi endowmen.

3. Di bawah polisi insurans hayat tradisional, pelanggan menikmati kemudahan berikut, kecuali :a. Pelanggan diberi jaminan perlindungan dari keadaan turun naik pasaran melalui proses kelancaran operasi syarikat. b. Pelanggan boleh mengharapkan pulangan terkumpul, disamping jumlah perlindungan asas dan bonus tambahan yang diisytiharkan oleh pihak syarikat c. Pelanggan boleh memilih untuk menentukan tahap perlindungan yang diperlukan dan amaun premium yang perlu dibayar d. Pelanggan boleh membuat perlakuan polisinya dibuat cagaran bagi melindungi pinjaman perumahannya

104

CEILLI

PERBANDINGAN DIANTARA PRODUK INSURANS HAYAT BERKAIT PELABURAN DENGAN PRODUK INSURANS HAYAT TRADISIONAL BERSERTA KEUNTUNGAN

PERBANDINGAN DIANTARA PRODUK INSURANS HAYAT BERKAIT PELABURAN DENGAN PRODUK INSURANS HAYAT TRADISIONAL BERSERTA KEUNTUNGAN

4. Marcus berkeras dengan pendapatnya iaitu seseorang itu hanya perlu memiliki polisi insurans sementara jangka pendek dan sebahagian besar peruntukan digunakan untuk membuat pelaburan secara persendirian dimana-mana instrumen pelaburan yang diminati. Adakah anda bersetuju dengan pendapatnya itu? a. Ya. Ia merupakan suatu langkah yang bijak kerana seseorang itu akan dapat mempelajari dan menguasai kemahiran dalam aspek-aspek pasaran pelaburan. b. Tidak. Ia merupakan suatu langkah yang boleh membawa bencana kerana seseorang itu tidak mampu menguruskan portfolio pelaburan secara bersendirian disebabkan bidang pelaburan sukar dikuasai dan tidak dapat dijangka. c. Tidak. Polisi insurans sementara jangka pendek tidak mampu melindungi liabiliti dalam jangka masa panjang kerana kita tidak dapat menjangka apa akan terjadi kepada kita pada masa akan datang. d. Ya. Ia merupakan suatu langkah bijak dalam membuat perancangan kewangan peribadi dan ia biasa diamalkan kebanyakan individu yang berjaya dalam hidupnya. 5. Anda baru sahaja menamatkan sesi temu bual dengan pelanggan. Pelanggan tersebut telah berumahtangga dan mempunyai seorang anak berumur 2 tahun. Pelanggan ingin membeli polisi insurans untuk anaknya. Apakah kombinasi terbaik yang boleh anda cadangkan kepada pelanggan berkenaan? i. ii. iii. iv. v. a. b. c. d. Polisi insurans hayat sementara dengan perlindungan kematian dan hilang upaya kekal. Kad Perubatan komprehensif Polisi insurans penyakit merbahaya Polisi endowmen 18 tahun Polisi berkait pelaburan i, ii, iii, iv i, ii, iv, v ii, iii, iv, v i, ii, iii, iv, v

6. Apakah kriteria yang boleh digunakan untuk membandingkan polisi insurans hayat tradisional dengan polisi berkait pelaburan? i. ii. iii. iv. a. b. c. d. Pulangan Pelaburan dan risiko Pengiraan Premium Manfaat kematian Nilai serahan i, ii, iii ii, iii, iv i, ii, iv i,ii,iii,iv

JAWAPAN DISEDIAKAN DI BAHAGIAN AKHIR BUKU INI.

PERBANDINGAN DIANTARA PRODUK INSURANS HAYAT BERKAIT PELABURAN DENGAN PRODUK INSURANS HAYAT TRADISIONAL BERSERTA KEUNTUNGAN

CEILLI

105

PERCUKAIAN DAN UNDANG-UNDANG BERKAITAN PRODUK INSURANS HAYAT BERKAIT PELABURAN


10.1 PENGENALAN

10

Produk insurans berkait pelaburan pada asasnya adalah merupakan produk insurans hayat. Oleh itu, aspek-aspek percukaian polisi insurans hayat berkait pelaburan diberi layanan yang sama seperti lain-lain produk insurans hayat. Dari sudut undang-undang percukaian, perniagaan insurans hayat berkait pelaburan tertakluk di bawah undang-undang yang juga mengawal lain-lain bentuk perniagaan insurans hayat seperti Akta Insurans 1996 dan peraturan-peraturannya, Akta Syarikat 1965, Akta Kontrak 1950 dan peruntukan undang-undang yang menguasai common law agensi. Dana yang dikumpul oleh syarikat-syarikat insurans dalam bentuk premium akan dilaburkan dipelbagai pengantara pelaburan yang mampu menjana pulangan yang mencukupi dan memenuhi tanggungjawab syarikat insurans terhadap pemilik polisi. Terdapat peruntukan undang-undang yang mengkehendaki syarikat insurans mengamalkan strategi pelaburan tertentu agar kesolvenan syarikat dan kemampuannya memenuhi tuntutan dari pemilik polisi dapat dipenuhi.

10.2 ASPEK PERCUKAIAN INSURANS HAYAT BERKAIT PELABURAN


Undang-undang percukaian yang ada sekarang juga digunapakai oleh lain-lain bentuk insurans hayat dan insurans hayat berkait pelaburan. Undang-undang utama yang mengawalselia cukai pendapatan di Malaysia ialah Akta Cukai Pendapatan 1967. Kadar cukai dan pelepasan cukai (relief) biasanya akan dikaji semula setiap tahun apabila Menteri Kewangan membentangkan belanjawan tahunan. Kadar cukai ini kemudiannya akan dimasukkan dalam Akta Kewangan pada tahun kewangan. Dalam usaha menggalakkan langkah berjimat cermat dan kebebasan kewangan individu khususnya mereka yang telah berusia, pihak kerajaan bersetuju memberi pelepasan cukai khususnya yang berkaitan dengan bayaran premium atas polisi insurans hayat dan anuiti tertangguh. Pelepasan cukai dibenarkan apabila polisi insurans hayat atau anuiti tertangguh adalah :i. atas hayat individu ii. atas hayat pasangan individu (suami atau isteri) iii. atas hayat bersama individu dan pasangannya. Oleh yang demikian, premium yang dibayar oleh pemilik polisi adalah layak mendapat pelepasan cukai pendapatan. Jumlah keseluruhan pelepasan cukai yang dibenarkan untuk semua premium insurans atas hayat individu atau pasangannya, dan caruman KWSP pada tahun asas yang berkaitan ialah RM6,000. Berkuatkuasa mulai tahun taksiran 1997, sejumlah relif yang dibenarkan berkaitan bayaran premium insurans hayat tidak lagi tertakluk kepada had maksimum 7% dari jumlah insurans. Sekiranya pasangan suami isteri memilih untuk membuat taksiran cukai pendapatan secara berasingan, jumlah relif yang dibenarkan adalah sama.
106

CEILLI

PERCUKAIAN DAN UNDANG-UNDANG BERKAITAN PRODUK INSURANS HAYAT BERKAIT PELABURAN

10

PERCUKAIAN DAN UNDANG-UNDANG BERKAITAN PRODUK INSURANS HAYAT BERKAIT PELABURAN

Berdasarkan Belanjawan 1996, kerajaan mengumumkan tambahan potongan cukai sebanyak RM3,000 di bawah Seksyen 49(1B) Akta Cukai Pendapatan 1967, atas bayaran premium insurans pendidikan dan insurans perubatan. Jumlah ini adalah tambahan kepada potongan cukai sedia ada sebanyak RM6, 000 seperti yang dinyatakan di atas. Tidak seperti unit amanah yang mendapat layanan percukaian yang lebih baik, syarikat insurans tidak mendapat pengecualian yang serupa. Keuntungan yang diperolehi dari jualan unit pelaburan dalam unit amanah adalah dikecualikan cukai. Oleh itu, mana-mana agihan dari akaun yang dikecualikan ini juga akan mendapat pengecualian apabila diterima oleh pemilik unit. Faedah yang diterima dari unit amanah juga dikecualikan cukai sekiranya faedah tersebut diterima dari pelaburan di sekuriti kerajaan, bon korporat dan bon terbitan syarikat tersenarai di BSKL. Pengecualian ini tidak boleh digunapakai untuk stok pinjaman boleh tukar. Walau bagaimanapun, syarikat insurans dikenakan cukai pada kadar yang lebih rendah. Pendapatan yang boleh dikenakan cukai dan keuntungan modal dari dana insurans hayat dikenakan cukai pada kadar 8%. Oleh itu, prosid yang diagihkan dan diterima oleh pemilik polisi insurans hayat berkait pelaburan adalah dikecualikan cukai kerana lebihan yang diperolehi dari perniagaan insurans hayat berkait pelaburan telahpun dikenakan cukai di peringkat syarikat. Sebagai tambahan, keuntungan modal yang diperolehi tidak dikenakan cukai, kecuali keuntungan jual beli hartanah. Oleh itu, penjualan unit pelaburan dalam insurans hayat berkait pelaburan tidak dikenakan cukai kerana ia adalah penerimaan keuntungan modal. Pendapatan boleh diakrukan dalam polisi tetapi tiada penerimaan konstruktif kecuali ia diagih-agihkan. Apabila polisi matang, atau apabila manfaat telah dibayar setelah berlaku sesuatu perkara yang diinsuranskan, atau apabila polisi diserahkan atau dibatalkan, ia akan menjadi penerimaan modal. Ia bukanlah pendapatan dalam erti kata sebenar. Selagi tidak dikenakan cukai keuntungan modal, maka tiada kesan buruk percukaian yang mungkin timbul sekiranya polisi insurans hayat atau polisi insurans hayat berserta keuntungan dibatalkan atas permintaan pemilik polisi.

10.3 UNDANG-UNDANG YANG MENGAWAL INSURANS HAYAT BERKAIT PELABURAN


Di Malaysia, peraturan perniagaan insurans dikawalselia melalui pentadbiran dan penguatkuasaan Akta Insurans 1996 dan Peraturan-peraturan. Penguatkuasaan Akta ini dilaksanakan oleh Gabenor BNM yang menjalankan tugas bagi pihak Bank Negara Malaysia. Tujuan utama Akta tersebut diperkenalkan ialah :Melindungi kepentingan awam Memastikan kesolvenan atau kekukuhan kedudukan kewangan insurer agar ia dapat memenuhi tanggungjawabnya terhadap pemilik polisi dan pihak yang menuntut.
PERCUKAIAN DAN UNDANG-UNDANG BERKAITAN PRODUK INSURANS HAYAT BERKAIT PELABURAN

CEILLI

107

PERCUKAIAN DAN UNDANG-UNDANG BERKAITAN PRODUK INSURANS HAYAT BERKAIT PELABURAN


Mengutamakan keadilan dan kesaksamaan

10

Memastikan insurer, broker dan penyelaras insurans (secara kolektif merupakan pemegang lesen dibawah peruntukan Akta) bersikap adil dan saksama dalam melaksanakan urusniaga dengan pelanggan dan pihak yang menuntut. Mempamirkan keupayaan Memberi penekanan agar insurer, broker dan penyelaras insurans menitikberatkan keupayaan mencapai tahap kecemerlangan profesional dan kejujuran dalam urusniaga. Memainkan peranan kearah pembangunan industri Menggalakkan industri insurans bertindak aktif memainkan peranannya dalam pembangunan ekonomi negara.

10.3.1 GARIS PANDUAN BNM MENGENAI PERNIAGAAN BERKAIT PELABURAN


Akta Insurans 1996 digubal dengan memberi penekanan menyeluruh tentang kepiawaian (standard) dan dasar-dasar yang perlu dipatuhi, dan menguatkuasakan undang-undang peraturan yang berkaitan dengannya (umpamanya Peraturan Insurans 1996) yang memperincikan syarat dan keperluan yang perlu dipatuhi, atau pemberitahuan khusus dalam bentuk garis panduan, pekeliling dan kod amalan perniagaan terpuji.

10.3.1.1 Definisi perniagaan insurans hayat berkait pelaburan


Seksyen 7(2) (b) Akta Insurans, 1996 mendefinisikan 'perniagaan insurans berkait pelaburan' ialah menguatkuasa dan melaksanakan kontrak insurans atas hayat manusia atau anuiti dimana sebahagian atau keseluruhan manfaat ditentukan dengan merujuk kepada nilai, atau pendapatan, atau mana-mana harta yang terdedah kepada keadaan turun naik harga, atau indeks nilai mana-mana harta.

10.3.1.2 Syarat-syarat Kelulusan


Seksyen 7(l) (b) Akta memperuntukkan bahawa insurer berlesen tidak dibenarkan menjalankan perniagaan insurans hayat berkait pelaburan kecuali setelah mendapat kelulusan bertulis dari Bank Negara Malaysia (BNM) dan tertakluk kepada mana-mana syarat yang ditetapkan. BNM mengkehendaki insurer yang bercadang untuk melibatkan diri dalam perniagaan insurans hayat berkait pelaburan, mengemukakan pelan rangka kerja perniagaan yang lengkap agar BNM dapat menilai kepakaran dan keupayaan teknikal yang dimiliki oleh insurer dalam memasarkan dan menguruskan perniagaan berkenaan dengan cekap dan berkesan.
108

CEILLI

PERCUKAIAN DAN UNDANG-UNDANG BERKAITAN PRODUK INSURANS HAYAT BERKAIT PELABURAN

10

PERCUKAIAN DAN UNDANG-UNDANG BERKAITAN PRODUK INSURANS HAYAT BERKAIT PELABURAN


10.3.1.3 Dana Berasingan

Insurer dikehendaki mewujudkan dan menyelenggara dana yang berasingan bagi setiap dana berkait pelaburan yang akan dipasarkan. Aset bagi setiap dana berkait pelaburan perlu diuruskan berasingan dari lain-lain aset milik syarikat dan memastikan setiap dana hendaklah mempunyai aset yang mencukupi untuk memenuhi liabiliti.

10.3.1.4 Had Pelaburan


Pekeliling BNM JPI: 1/1997 mengenai 'Spesifikasi Aset Bagi Tujuan Margin Kesolvenan Insurer Berlesen' telah memperincikan kelas atau butiran aset milik insurer berlesen dan setakat mana kelas atau butiran aset berkenaan boleh diambilkira bagi tujuan margin kesolvenan, tidak boleh diambilkira untuk dana berkait pelaburan disebabkan ciri-ciri perniagaan dana berkait pelaburan yang membolehkannya melabur 100% dalam dana ekuiti. Walau bagaimanapun, dana berkait pelaburan adalah tertakluk kepada pembatasanpembatasan berikut demi mengurangkan pendedahan risiko kepada mana-mana insurer :-

i.

Pelaburan dalam sekuriti bagi setiap pelabur (insurer) hendaklah tidak melebihi 5% dari modal berbayar atau tidak melebihi 5% dari jumlah nilai aset dana, yang mana lebih rendah; dan Pelaburan dalam pinjaman atau debentur kepada mana-mana peminjam atau kumpulan peminjam hendaklah tidak melebihi 5% dari jumlah nilai aset dana.

ii.

10.3.1.5 Penilaian Aset


Oleh kerana amaun nilai tunai dan manfaat kematian polisi insurans hayat berkait pelaburan adalah berdasarkan dari nilai asas aset dana berkait pelaburan, aset berkenaan hendaklah dibuat penilaian secara berkala dan lebih kerap bagi menyediakan maklumat yang lebih tepat mengenai harga unit pelaburan dan manfaat polisi kepada pemilik polisi. Penilaian pelaburan mengikut nilai pasaran dapat membantu meningkatkan harga unit pelaburan. Penurunan nilai juga akan mempengaruhi harga unit dan oleh itu ia akan memberi manfaat kepada pemilik polisi.

10.3.1.6 Penilaian Liabiliti


Sebagai mematuhi keperluan Akta Insurans 1996, satu penilaian aktuari yang mengesahkan tahap rezab nilai tunai, tuntutan kematian, perbelanjaan pentadbiran dan lain-lain bayaran manfaat dana berkait pelaburan hendaklah dibuat oleh pakar aktuari yang dilantik oleh insurer dan mengemukakan laporan kepada BNM dalam tempoh tiga (3) bulan pada penghujung tahun kewangan. Aktuari yang dilantik adalah bertanggungjawab memastikan semua tanggungjawab terhadap pemilik polisi dinyatakan sepenuhnya dalam laporan penilaian aktuari berkenaan.

PERCUKAIAN DAN UNDANG-UNDANG BERKAITAN PRODUK INSURANS HAYAT BERKAIT PELABURAN

CEILLI

109

PERCUKAIAN DAN UNDANG-UNDANG BERKAITAN PRODUK INSURANS HAYAT BERKAIT PELABURAN


10.3.1.7 Had Umur Pemilik Polisi

10

Pemilik polisi insurans hayat berkait pelaburan hendaklah berumur sekurang-kurangnya 18 tahun dan tiada had umur untuk diri yang diinsuranskan. Walaupun Seksyen 153(2) Akta ada menyatakan bahawa minor yang telah mencapai usia 16 tahun boleh mengikat kontrak insurans, had umur yang lebih tinggi diperlukan untuk diinsuranskan di bawah polisi insurans berkait pelaburan kerana keperluan jualan polisi berkenaan kepada individu yang lebih matang untuk membuat penilaian tentang risiko pelaburan dan membuat keputusan pelaburan yang paling wajar.

10.3.1.8 Peruntukan Tempoh Bertenang (Free-Look)


Polisi insurans hayat berkait pelaburan hendaklah mempunyai peruntukan free-look atau tempoh bertenang selama sekurang-kurangnya 15 hari. Pemilik polisi boleh dalam tempoh 15 hari selepas menerima polisi insurans hayat berkait pelaburan, memulangkan polisi berkenaan kepada insurer dan insurer hendaklah membayar balik dengan segera sebarang premium yang telah dibayar ke atas polisi berkenaan.

10.3.1.9 Manfaat Kematian Minimum


Polisi insurans hayat berkait pelaburan hendaklah mempunyai had minimum manfaat kematian tidak kurang dari RM5,000 atau 125% dari premium tunggal, yang mana lebih tinggi. Had minimum manfaat kematian dibuat untuk memastikan polisi ini berbeza dengan lain-lain produk unit amanah yang tidak mewajibkan perlindungan tambahan insurans hayat.

10.3.1.10 Bayaran Premium Minimum


Polisi premium tunggal hendaklah mempunyai premium minimum sebanyak sekurangkurangnya RM3,000 agar ia dapat mencerminkan jumlah pelaburan yang munasabah, untuk memberi manfaat yang lebih bermakna kepada pemilik polisi.

10.3.1.11 Perantaraan
Produk insurans hayat berkait pelaburan hanya boleh dipasarkan oleh ejen-ejen yang dilatih khusus dan dilengkapi dengan pengetahuan produk secukupnya. Kelayakan asas bagi ejen untuk menjual produk ini ialah Sijil Peperiksaan Insurans Hayat Berkait Pelaburan (Certificate Examination in Investment-linked Life Insurance CEILLI) yang dikendalikan oleh The Malaysian Insurance Institute MII). Disebabkan spesifikasi produk yang agak teknikal. Adalah penting bagi ejen yang memasarkan produk ini memiliki keupayaan dan kepakaran secukupnya bagi membolehkannya memberi khidmat nasihat profesional kepada pelanggan tentang produk yang dimaksudkan.

110

CEILLI

PERCUKAIAN DAN UNDANG-UNDANG BERKAITAN PRODUK INSURANS HAYAT BERKAIT PELABURAN

10
i.

PERCUKAIAN DAN UNDANG-UNDANG BERKAITAN PRODUK INSURANS HAYAT BERKAIT PELABURAN


10.3.1.12 Pemberitahuan Maklumat

A. Risalah Jualan/Ilustrasi Demi memastikan penerangan yang diberi mengenai produk adalah lengkap dan jelas, semua risalah jualan dan maklumat mengenai polisi insurans hayat berkait pelaburan hendaklah mengandungi maklumat berikut :Keterangan umum mengenai dasar-dasar pelaburan dan objektif dana serta kaedah yang digunakan untuk mengagihkan pulangan pelaburan kepada pemilik polisi; Manfaat polisi adalah berdasarkan prestasi pelaburan dana dan lain-lain faktor yang mempengaruhi manfaat polisi. Sekiranya difikirkan wajar dan perlu, hendaklah disediakan ilustrasi andaian yang dapat membantu pemilik polisi memahami tentang manfaat polisi; Pemilik polisi hendaklah diberitahu dengan jelas bahawa risiko pelaburan yang terdapat dalam polisi berkenaan akan ditanggung sepenuhnya oleh pemilik polisi sendiri; Amaun maksimum caj permulaan, caj pengurusan, kos mortaliti dan lain-lain caj yang perlu ditanggung oleh pemilik polisi hendaklah dinyatakan dengan jelas; Asas pengiraan manfaat polisi, harga bida dan harga tawaran unit, peruntukan unit dan prosedur membentuk dan membatalkan unit pelaburan hendaklah dijelaskan; Asas penilaian dan kekerapan membuat penilaian aset dana hendaklah dinyatakan; Jaminan yang diberi kepada pemilik polisi termasuk jaminan minimum faedah kematian, polisi matang, nilai serahan dan penalti serahan hendaklah dinyatakan dengan terang dan jelas. Sekiranya jaminan tidak disediakan, kenyataan pemberitahuan dan perhatian pemilik polisi mengenainya hendaklah dinyatakan dengan jelas;

ii.

iii.

iv.

v.

vi. vii.

viii. Insurer perlu menyediakan penyata pencapaian pelaburan dana untuk tempoh 5 tahun sebelum, sebagai sumber rujukan; ix. Kata-kata amaran seperti nilai polisi mungkin akan meningkat atau menurun, keputusan pelaburan yang ditunjukkan hanyalah untuk tujuan ilustrasi sahaja, andaian yang ditunjukkan dalam ilustrasi adalah merupakan imaginasi sahaja, prestasi dana adalah tidak dijamin dan sebagainya hendaklah dinyatakan dengan jelas dan diletakkan di bahagian/ruang yang mudah dilihat oleh pemilik polisi; Lain-lain maklumat yang difikirkan wajar oleh BNM dan akan diberitahu dari masa ke semasa.

x.

PERCUKAIAN DAN UNDANG-UNDANG BERKAITAN PRODUK INSURANS HAYAT BERKAIT PELABURAN

CEILLI

111

PERCUKAIAN DAN UNDANG-UNDANG BERKAITAN PRODUK INSURANS HAYAT BERKAIT PELABURAN


B. Penyata untuk Pemilik Polisi

10

Penyata mengenai status dan prestasi polisi insurans hayat berkait pelaburan yang disediakan untuk pemilik polisi hendaklah mengandungi maklumat-maklumat minimum seperti berikut :i. ii. iii. iv. Jumlah dan nilai unit pegangan pada penghujung tempoh penyata yang lepas; Jumlah dan nilai unit yang dibeli/dijual ketika tempoh penyata; Jumlah dan nilai unit pada penghujung tempoh penyata; Caj seperti caj permulaan, caj pengurusan, kos mortaliti dan rider dan sebagainya yang ditanggung ketika tempoh penyata; Jumlah amaun premium yang diterima ketika tempoh penyata; Nilai semasa manfaat kematian dan nilai serahan pada penghujung tempoh penyata; Baki pinjaman, sekiranya ada, pada penghujung tempoh penyata; dan

v. vi.

vii.

viii. Lain-lain maklumat yang dinyatakan oleh BNM, sekiranya perlu. C. Laporan Prestasi Dana kepada Pemilik Polisi Laporan prestasi dana berkait pelaburan yang disediakan untuk pemilik polisi hendaklah memasukkan maklumat-maklumat berikut :i. ii. iii. iv. v. Ringkasan penyata kewangan dana yang telah diaudit; Analisa aliran pulangan pelaburan bersih dana tidak kurang dari lima tahun; Komposisi dan senarai pegangan pelaburan sehingga ke tarikh laporan dibuat; Lain-lain caj yang dikenakan ke atas dana dalam tahun semasa; Kenyataan mengenai perubahan objektif pelaburan, orientasi, sekatan dan pembatasan sepanjang tempoh laporan dan selaras dengan tujuan asal; dan Lain-lain maklumat yang dinyatakan oleh BNM, sekiranya perlu.

vi.

10.4 LAIN-LAIN KEPERLUAN PERUNDANGAN


Perniagaan insurans hayat berkait pelaburan bukan sahaja tertakluk kepada Akta Insurans 1996, dan Peraturan-Peraturan Insurans, tetapi juga tertakluk kepada prinsip-prinsip perundangan khas yang terkandung dalam kontrak insurans seperti kepentingan boleh insurans, kejujuran mutlak, indemniti, sebab hampiran dan sebagainya; juga undangundang berkaitan dengan syarat-syarat pembentukan kontrak, untuk agensi dan syarikat insurans, yang juga digunakan dalam lain-lain kelas insurans. Ejen perlu merujuk kepada buku teks pembelajaran MII, iaitu buku Peperiksaan Pra Kontrak untuk Ejen Insurans bagi mendapatkan keterangan lanjut mengenainya.
112

CEILLI

PERCUKAIAN DAN UNDANG-UNDANG BERKAITAN PRODUK INSURANS HAYAT BERKAIT PELABURAN

10
BAB 10 a. b. c. d.

PERCUKAIAN DAN UNDANG-UNDANG BERKAITAN PRODUK INSURANS HAYAT BERKAIT PELABURAN


SOALAN PENILAIAN PENCAPAIAN DIRI

1. Kerajaan membenarkan bayaran premium insurans layak mendapat potongan cukai


sehingga pada suatu tahap tertentu kerana Kerajaan berpendapat melalui relif tersebut, semua rakyat Malaysia tidak teragakagak untuk membeli polisi insurans hayat. Kerajaan memberikan relif cukai ini untuk menggalakkan sikap berjimat cermat dan kebebasan kewangan individu. Kerajaan berpendapat jumlah cukai yang dikutip sekiranya tidak diberi relif tidaklah begitu besar dan tidak membantu kerajaan. Kerajaan membenarkan relif cukai demi memastikan kepimpinannya terus popular dikalangan rakyat Malaysia.

2. Salim dan Siti merupakan pasangan suami isteri yang bekerja sendiri dan oleh itu mereka tidak mencarum ke KWSP. Mereka mempunyai dua orang anak yang masih kecil. Pasangan ini berusaha untuk memaksimumkan relif cukai melalui insurans. Berapakah amaun maksimum relif cukai yang boleh dituntut? a. b. c. d. RM 9,000 termasuk premium insurans hayat, insurans perubatan/pendidikan RM 18,000 termasuk premium insurans hayat, insurans perubatan/pendidikan RM 14,000 termasuk premium insurans hayat, insurans perubatan/pendidikan RM 16,000 termasuk premium insurans hayat, insurans perubatan/pendidikan

3. Di Malaysia, peraturan perniagaan insurans diselia melalui pentadbiran dan penguatkuasaan Akta Insurans 1996 dan Peraturan-Peraturannya. Akta tersebut dikuatkuasakan oleh Gabenor yang juga menjalankan fungsi tugas bagi pihak Bank Negara Malaysia. Tujuan utama peraturan insurans ini dikuatkuasakan termasuklah :i. ii. iii. iv. a. b. c. d. Melindungi kepentingan awam Melindungi kepentingan kerajaan Mengutamakan keadilan dan kesaksamaan Memainkan peranan kearah pembangunan i,ii,iii,iv i,ii,iii i,iii,iv i,ii,iii,iv

PERCUKAIAN DAN UNDANG-UNDANG BERKAITAN PRODUK INSURANS HAYAT BERKAIT PELABURAN

CEILLI

113

PERCUKAIAN DAN UNDANG-UNDANG BERKAITAN PRODUK INSURANS HAYAT BERKAIT PELABURAN

10

4. Penyata laporan mengenai pencapaian pelaburan dana berkait pelaburan yang dihantar kepada pemilik polisi hendaklah mengandungi maklumat berikut :i. ii. iii. iv. a. b. c. d. Ringkasan penyata kewangan dana yang telah diaudit; Analisa aliran pulangan pelaburan bersih dana untuk tempoh tidak kurang dari lima (5) tahun, sekiranya ada; Komposisi dan senarai pelaburan yang diletakkan di bawah dana, setakat pada tarikh penyata laporan; Mana-mana caj yang dikenakan atas dana pelaburan pada tahun berkenaan; i, ii. iii i, iii, iv ii, iii, iv i, ii, iii, iv

5. Apakah peruntukan yang dinyatakan di bawah Seksyen 7 (2)(b) Akta Insurans 1996; a. Perniagaan insurans berkait pelaburan bermaksud menguatkuasakan dan melaksanakan kontrak insurans atas hayat manusia atau anuiti dimana sebahagian atau keseluruhan manfaat ditentukan dengan merujuk kepada nilai, atau pendapatan, atau mana-mana harta yang terdedah kepada keadaan turun naik harga, atau indeks nilai mana-mana harta. Bahawa insurer berlesen tidak dibenarkan menjalankan perniagaan insurans hayat berkait pelaburan kecuali setelah mendapat kelulusan bertulis dari Bank Negara Malaysia (BNM) dan tertakluk kepada mana-mana syarat yang ditetapkan. Insurer hendaklah mewujudkan dan menyelenggara dana yang berasingan bagi setiap dana berkait pelaburan yang akan dipasarkan. Aset bagi setiap dana berkait pelaburan perlu diurus berasingan dari lain-lain aset milik syarikat dan memastikan setiap dana hendaklah mempunyai aset yang mencukupi untuk memenuhi liabiliti. Pelaburan dalam sekuriti bagi setiap pelabur (insurer) hendaklah tidak melebihi 5% dari modal berbayar atau tidak melebihi 5% dari jumlah nilai aset dana, yang mana lebih rendah.

b.

c.

d.

6. Semua risalah jualan dan maklumat mengenai polisi insurans hayat berkait pelaburan hendaklah mengandungi maklumat berikut :a. Manfaat polisi adalah berdasarkan prestasi pelaburan dana dan lain-lain faktor yang mempengaruhi manfaat polisi. Sekiranya difikirkan wajar dan perlu, hendaklah disediakan ilustrasi andaian yang dapat membantu pemilik polisi memahami tentang manfaat polisi. Jumlah dan nilai unit pegangan pada penghujung tempoh penyata yang lepas. Caj seperti caj permulaan, caj pengurusan, kos mortaliti dan rider dan sebagainya yang ditanggung ketika tempoh penyata. Lain-lain maklumat yang dinyatakan oleh BNM dari masa ke semasa, sekiranya perlu. JAWAPAN DISEDIAKAN DI BAHAGIAN AKHIR BUKU INI

b. c. d.

114

CEILLI

PERCUKAIAN DAN UNDANG-UNDANG BERKAITAN PRODUK INSURANS HAYAT BERKAIT PELABURAN

11

MENGENALPASTI DAN MEWUJUDKAN KEPERLUAN PELANGGAN


11.1 PENGENALAN

Menyedari tentang berlakunya perubahan senario ekonomi dan kewangan serantau serta perubahan pola kewangan global, orang awam kini merasa lebih bimbang untuk melibatkan diri dalam mana-mana portfolio pelaburan. Dari perspektif orang ramai, terma dan bahasa kewangan amat mengelirukan dan mereka tidak memiliki ilmu pengetahuan yang mencukupi untuk memahami bagaimana mekanisma pasaran kewangan berfungsi. Walaupun tahap pemahaman tentang dunia kewangan telah bertambah baik berbanding dengan 15 tahun dulu, orang ramai masih ragu-ragu tentang pelaburan. Inilah cabaran yang perlu ditangani oleh ejen. Usaha mengenalpasti dan mewujudkan keperluan pelanggan memerlukan ejen menguasai pengetahuan dan kefahaman yang jitu mengenai perkara yang berkaitan. Pastinya tidak memadai dengan mengetahui aspek-aspek teknikal perlindungan insurans hayat sahaja, ejen juga perlu mengetahui amalan memberi khidmat nasihat kewangan demi memenuhi kehendak dan keperluan pelanggan. Dalam usaha untuk memberi khidmat nasihat kewangan yang tepat apabila memasarkan produk insurans hayat berkait pelaburan, pendekatan yang tersusun dan sempurna adalah penting. Proses menawarkan khidmat nasihat melibatkan langkah-langkah berikut :a) Mewujudkan hubungan dengan pelanggan b) Mengumpulkan semua maklumat penting kewangan c) Mengenalpasti kedudukan kewangan semasa dan matlamat kewangan d) Merangka pelan dan strategi untuk mencapai matlamat e) Membincangkan cadangan-cadangan yang difikirkan wajar f) Melaksanakan cadangan yang telah dipersetujui g) Mengawasi portfolio

11.2 MEWUJUDKAN HUBUNGAN DENGAN PELANGGAN


Ejen harus memulakan proses ini dengan memulakan usaha mewujudkan hubungan dengan pelanggan. Ejen perlu meyakinkan pelanggan yang ia berada dikedudukan yang paling sesuai untuk membantu pelanggan memenuhi cita-cita dan matlamat kewangannya. Ini merupakan antara langkah penting yang perlu diambil dan ejen boleh menggunakan pelbagai kaedah yang dipelajari dari ketua agensinya, tentang bagaimana cara untuk mewujudkan hubungan dengan pelanggan. Langkah pertama ini harus dilakukan dengan betul kerana disinilah bermulanya proses awal ke arah pembentukan objektif dan matlamat kewangan pelanggan.

MENGENALPASTI DAN MEWUJUDKAN KEPERLUAN PELANGGAN

CEILLI

115

MENGENALPASTI DAN MEWUJUDKAN KEPERLUAN PELANGGAN

11

11.3 MENGUMPULKAN SEMUA MAKLUMAT PENTING KEWANGAN


Langkah seterusnya ialah mengumpulkan semua maklumat penting yang difikirkan boleh membantu ejen membuat analisa keperluan sebenar pelanggan. Ejen perlu mengendalikan kerja-kerja mencari maklumat dan mengumpul semua data penting sebagai persediaan untuk memulakan langkah seterusnya. Semua syarikat insurans hayat mewajibkan ejen-ejennya melengkapkan Borang Carian Maklumat Pelanggan ( Customer Fact Find - CFF) sebelum mengemukakan cadangan baru insurans hayat kepada insurer. CFF merupakan dokumen penting dan ia dapat membantu ejen melaksanakan kerja-kerja awal dalam mengenalpasti kedudukan kewangan semasa dan keperluan kewangan pelanggan. Malangnya, kepentingan CFF tidak digunakan sepenuhnya oleh ejen dan oleh itu manfaat sebenar CFF tidak tercapai. Semua ejen perlu mengetahui dan memahami kepentingan CFF dan melakukan kerja dengan betul supaya membantu ejen memperolehi maklumat pelanggan dan seterusnya membuat cadangan yang bersesuaian. CFF dapat membantu ejen memahami situasi semasa yang dilalui oleh pelanggan dan seterusnya membantu pelanggan merangka cadangan-cadangan yang bersesuaian ke arah mencapai objektif dan matlamat kewangan pelanggan. CFF meliputi perkaraperkara berikut :a) Keterangan Diri Pelanggan dan Tanggungannya b) Kehidupan, Keutamaan Kewangan dan Matlamat c) Profil Risiko d) Analisa Nilai Bersih e) Analisa Aliran Tunai f) Cadangan dan Nasihat

11.4 MENGENALPASTI KEDUDUKAN KEWANGAN SEMASA DAN MATLAMAT KEWANGAN


Setelah semua data-data penting berjaya dikumpulkan, kini ejen boleh mula menganalisa data-data berkenaan dan mengenalpasti kedudukan kewangan semasa serta matlamat masa depan pelanggan. Analisa ini penting kerana ia dapat membantu ejen merangka pelan induk kewangan yang akhirnya akan dikemukakan kepada pelanggan dan dilaksanakan.

116

CEILLI

MENGENALPASTI DAN MEWUJUDKAN KEPERLUAN PELANGGAN

11

MENGENALPASTI DAN MEWUJUDKAN KEPERLUAN PELANGGAN

11.5 MERANGKA PELAN DAN STRATEGI UNTUK MENCAPAI MATLAMAT


Dalam langkah ini, ejen perlu merangka pelan cadangan yang dapat membantu pelanggan merealisasikan impiannya. Penganalisaan data yang dibuat sebelum ini telah memungkinkan lahirnya cadangan-cadangan yang dapat memenuhi kehendak dan keperluan pelanggan yang meliputi perkara-perkara berikut :a) Perlindungan insurans yang mencukupi iaitu meliputi perlindungan pembatalan liabiliti, perlindungan asas, manfaat perubatan, manfaat hilang upaya, perlindungan penyakit merbahaya dan sebagainya b) Pelan pendidikan anak-anak c) Pelan persaraan d) Pengumpulan harta e) Pelan hartanah Dan senarai cadangan akan terus bertambah tetapi apa yang dinyatakan di atas adalah antara yang terpenting yang kerap mengganggu fikiran pelanggan. Usaha merangka pelan induk terbaik yang dapat membantu pelanggan memenuhi keperluan kewangannya adalah penting dan ejen harus melakukannya dengan bersungguhsungguh.

11.6 MEMBINCANGKAN CADANGAN YANG DIFIKIRKAN WAJAR


Apabila pelan cadangan telah disiapkan sepenuhnya, kini ejen perlu membincangkan cadangan berkenaan secara mendalam dengan pelanggan yang berkaitan. Perlu diingat bahawa setiap pelanggan adalah berbeza profilnya, jadi sekiranya ejen menganggap pelan cadangan boleh digunakan untuk pelanggan lain, ejen ini membuat kesilapan besar. Setiap pelan yang dirangka adalah unik untuk pelanggan yang dimaksudkan sahaja dan ejen perlu sedar akan hakikat ini . Dalam langkah ini, ejen hendaklah membincangkan cadangan berkenaan secara serius, teliti dan mendalam dengan pelanggan. Ejen seharusnya mampu menjawab sebarang pertanyaan yang mungkin timbul, umpamanya mengapa strategi berkenaan telah dicadangkan. Setelah selesai perbincangan dan telah mencapai kata sepakat, ejen mungkin perlu meminda sedikit sebanyak cadangan berkenaan atas kehendak dan persetujuan pelanggan (sekiranya ada), dan seterusnya melaksanakan langkah seterusnya iaitu melaksanakan cadangan berkenaan.

11.7 MELAKSANAKAN CADANGAN YANG TELAH DIPERSETUJUI


Pada peringkat ini, pelanggan telahpun bersetuju dengan cadangan yang dikemukakan kepadanya. Jadi, ejen perlu melaksanakan cadangan berkenaan. Pastikan perlaksanaan dilakukan mengikut apa yang telah dibincangkan dan dipersetujui bersama. Sekiranya terdapat perubahan dalam amaun perlindungan atau premium, ia hendaklah diberitahu pelanggan terlebih dahulu sebelum dilaksanakan.
MENGENALPASTI DAN MEWUJUDKAN KEPERLUAN PELANGGAN

CEILLI

117

MENGENALPASTI DAN MEWUJUDKAN KEPERLUAN PELANGGAN


11.8 MENGAWASI PORTFOLIO

11

Mengawasi polisi-polisi insurans milik pelanggan merupakan fungsi tugas terpenting bagi seseorang ejen. Pastikan tugas pengawasan dilakukan secara kerap dan pelanggan diberitahu perkembangan lanjut mengenai polisi-polisinya. Oleh kerana urusniaga ini melibatkan produk insurans hayat berkait pelaburan, pembekal produk berkenaan akan menghantar laporan suku tahunan atau tahunan kepada pelanggan-pelanggannya. Ejen perlu memastikan yang pelanggan juga mendapat laporan tersebut kerana ejen mungkin perlu membuat penerangan mengenainya kepada pelanggan. Ejen juga mempunyai tanggungjawab moral bagi memastikan bahawa pertumbuhan dana adalah selaras dengan objektif asal . Ejen perlu membantu pelanggan membuat apa-apa pertukaran atau pengubahsuaian (sekiranya perlu) demi memastikan pelanggan memperolehi apa yang terbaik dari polisi-polisinya. Ejen hendaklah berjanji atau sekurang-kurang membuat penilaian semula polisi setiap enam bulan atau setahun sekali. Kajian semula polisi berdasarkan keperluan juga boleh dilakukan sekiranya timbul keperluan yang mendesak dari pelanggan atau mungkin berlaku perubahan besar yang mungkin akan mendatangkan kesan buruk terhadap akaun pelaburan. Lebih kerap kajian semula polisi diadakan adalah lebih baik kerana ia juga merupakan kesempatan terbaik bagi ejen untuk mendapatkan senarai rujukan yang berkualiti dari pelanggannya, demi meluaskan lagi urusniaga insurans hayatnya. Ia juga dapat memberi peluang kepada ejen membuat jualan silang lain-lain produk yang berkaitan dengan insurans, semasa ejen mengadakan sesi penilaian semula polisi insurans.

118

CEILLI

MENGENALPASTI DAN MEWUJUDKAN KEPERLUAN PELANGGAN

11
BAB 11 a. b. c. d.

MENGENALPASTI DAN MEWUJUDKAN KEPERLUAN PELANGGAN

SOALAN PENILAIAN PENCAPAIAN DIRI

1. Mengapa usaha mengenalpasti dan mewujudkan keperluan pelanggan dianggap penting? Untuk menunjukkan sikap profesional kepada pelanggan. Untuk memastikan pelanggan merasa selesa dan memahami perkara-perkara penting mengenai polisi insurans yang akan dibelinya. Untuk memastikan ejen mendapat senarai nama rujukan. Untuk memastikan ejen dapat menjual polisi secepat mungkin.

2. Apakah kegunaan borang Carian Maklumat Pelanggan? a. b. c. d. Untuk mengemukakan gambaran menyeluruh tentang syarikat. Untuk membolehkan ejen memahami dengan jelas dan menyeluruh akan situasi yang dihadapi oleh pelanggan. Untuk memastikan maklumat pelanggan dapat digunakan untuk mereka-cipta polisi baru yang lebih efektif dimasa hadapan. Hanya untuk mematuhi syarat dan keperluan baru yang diwajibkan oleh pihak Bank Negara Malaysia.

3. Susunkan proses perancangan kewangan mengikut susunan yang betul :i. ii. iii. iv. v. vi. vii a. b. c. d. Mewujudkan hubungan dengan pelanggan Membincangkan cadangan-cadangan yang difikirkan wajar Mengenalpasti kedudukan kewangan semasa dan matlamat kewangan Melaksanakan cadangan yang dipersetujui Mengawasi portfolio Mengumpulkan semua maklumat penting kewangan Merangka pelan dan strategi untuk mencapai matlamat vi,i,ii,iii,iv,v,vii i,vi,iii,vii,ii,iv,v i,ii,iii,iv,v,vi,vii i,vi,iii,ii,vii,iv,v

4. Carian Maklumat Pelanggan (CFF) meliputi perkara-perkara berikut :i. ii. iii. iv. a. b. c. d. Keterangan Diri Pelanggan dan Tanggungannya Kehidupan, Keutamaan Kewangan dan Matlamat Nisbah Pulangan Risiko Analisa Nilai Bersih i,ii,iii i,ii,iv i,iii,iv ii,iii,iv

MENGENALPASTI DAN MEWUJUDKAN KEPERLUAN PELANGGAN

CEILLI

119

MENGENALPASTI DAN MEWUJUDKAN KEPERLUAN PELANGGAN

11

5. Indran merupakan seorang pelanggan insurans yang berpuashati dengan pelan insurans yang ditawarkan dan khidmat nasihat yang diberikan oleh ejen. Ejennya telah banyak membantu dan Indran pasti akan melakukan perkara berikut, kecuali :a. b. c. d. Mencadangkan agar ejennya diberi surat penghargaan dan anugerah oleh pihak syarikat. Menyanjung tinggi kesungguhan dan perkhidmatan yang diberi oleh ejennya. Memastikan ejennya menyimpan rahsia dengan sebaik mungkin Membantu ejen dalam memprospek dan merujukkan nama rakan-rakannya kepada ejen berkenaan.

6. Apakah kepentingan ejen mewujudkan hubungan yang baik dengan pelangganpelanggannya? a. Untuk memastikan keperluan insurans pelanggan sentiasa terpelihara dan pelanggan mungkin akan membantu ejen menambah nilai perniagaan dengan menawarkan senarai rujukan pelanggan yang berkualiti. Untuk mempamirkan imej dan keperibadian ejen yang baik pada pandangan syarikat. Untuk menarik perhatian orang ramai agar bersama-sama menyertainya dalam perniagaan jualan insurans. Untuk memastikan tiada ejen lain yang boleh mendekati pelanggannya untuk menjual lain-lain produk insurans hayat.

b. c. d.

JAWAPAN DISEDIAKAN DI BAHAGIAN AKHIR BUKU INI.

120

CEILLI

MENGENALPASTI DAN MEWUJUDKAN KEPERLUAN PELANGGAN

12

PEMASARAN DAN KHIDMAT LEPAS JUALAN, KOD ETIKA & PERLAKUAN


12.1 PENGENALAN

Dalam bab ini, kita akan mempelajari tentang pertimbangan-pertimbangan asas yang menjadi syarat utama dalam proses memasarkan produk insurans hayat berkait pelaburan dan keperluan swa-peraturan (self-regulation) atau kawalselia diri dalam menjalankan perniagaan insurans hayat berkait pelaburan di Malaysia.

12.2 PEMASARAN
Institute Marketing mendefinisikan pemasaran sebagai proses pengurusan yang bertanggungjawab mengenalpasti, menjangkakan dapat memenuhi keperluan pelanggan secara menguntungkan. Pada masa lalu, syarikat insurans lebih cenderung untuk mengamalkan urusniaga yang berorientasikan jualan. Dalam persekitaran berorientasikan jualan, peranan jabatan jualan dan pemasaran hanyalah semata-mata menjual produk yang dikeluarkan oleh pihak syarikat. Oleh kerana penekanan tertumpu kepada aspek jualan sahaja, teknik jualan paksa kerap digunakan demi menimbulkan minat dan keinginan pelanggan terhadap produk syarikat. Pelanggan yang telah membeli polisi insurans dari badan-badan pertubuhan akhirnya mendapati mereka tidak memahami sepenuhnya produk yang dibeli, tidak memenuhi objektif belian atau tidak mampu memilikinya. Apabila persekitaran pasaran telah mula berubah, kebanyakan syarikat insurans lebih memberi fokus kepada pendekatan berorientasikan pemasaran. Bagi syarikat insurans yang berorientasikan pemasaran, peranan jabatan jualan dan pemasaran ialah mengenalpasti keperluan pelanggan dan berusaha memenuhi keperluan tersebut dengan merekabentuk produk insurans yang menepati kehendak dan memasarkan produk tersebut kepada pelanggan. Umumnya, syarikat insurans berorientasikan pemasaran perlu mengambil tanggungjawab terhadap perkara-perkara berikut :Perancangan dan Kawalan Perancangan rapi amat diperlukan ketika merangka pelan pemasaran, sementara langkah kawalan melibatkan penetapan kaedah penilaian pencapaian berbanding dengan perancangan awal serta perubahan-perubahan yang perlu dilakukan. Pelan perancangan ialah suatu dokumen rasmi yang mengandungi objektif pemasaran syarikat dan matlamat serta kuota jualan setiap produk atau barisan produk keluaran syarikat.

PEMASARAN DAN KHIDMAT LEPAS JUALAN, KOD ETIKA & PERLAKUAN

CEILLI

121

PEMASARAN DAN KHIDMAT LEPAS JUALAN, KOD ETIKA & PERLAKUAN


Mengenalpasti pasaran

12

Ia melibatkan proses pemilihan segmen pasaran yang dikenalpasti mempunyai keperluan yang boleh dipenuhi melalui produk sedia ada yang dikeluarkan oleh pihak syarikat insurans atau produk baru yang boleh dibangunkan demi memenuhi keperluan berkenaan. Segmen pasaran ialah kumpulan pelanggan yang mempunyai keperluan yang serupa. Pembangunan produk Apabila segmen pasaran telah dikenalpasti, syarikat insurans akan merekabentuk polisi insurans yang bersesuaian bagi memenuhi keperluan segmen pasaran berkenaan. Penetapan harga Ia melibatkan usaha menetapkan kadar premium dan bagaimana premium tersebut sepatutnya dibayar. Pemilihan saluran pengedaran Ia melibatkan usaha mengenalpasti dan memilih saluran pengedaran yang bersesuaian untuk memasarkan polisi kepada pelanggan. Saluran pengedaran yang digunakan oleh syarikat insurans termasuklah ejen, broker, pekerja bergaji tetap, edaran secara pos, mesin layan diri, bank, syarikat kad kredit, syarikat kad diskaun dan sebagainya. Promosi Ia melibatkan usaha mengenalpasti dan memilih aktiviti promosi yang bersesuaian seperti pengiklanan, promosi jualan dan jualan persendirian yang difikirkan dapat membantu pengedaran produk. Ejen insurans sering terlibat dalam aspek-aspek pemasaran produk insurans. Ejen dapat mempengaruhi dan menyumbang ke arah menentukan rekabentuk produk kerana pendapat ejen kerap diambilkira sebelum insurer memulakan inisiatif mereka-bentuk produk baru. Apa yang lebih utama ialah ejen dianggap sebagai antara saluran pengedaran yang paling penting dan memainkan peranan utama. Sungguhpun lain-lain faktor pemasaran seperti pelan pemasaran, mengenalpasti pasaran, pembangunan produk, penetapan harga dan promosi menyumbang kearah pencapaian jumlah jualan, ejen tetap merupakan tenaga penggerak utama dalam bidang jualan produk insurans. Kejayaan usaha-usaha pemasaran yang dirancang oleh syarikat insurans amat bergantung kepada sejauh mana ejen-ejennya mengamalkan pendekatan yang berorientasikan pemasaran. Dengan lain perkataan, untuk memastikan kejayaan strategi pemasarannya, syarikat insurans yang berorientasikan pemasaran perlu disokong oleh anggota agensi yang berorientasikan pemasaran juga.

122

CEILLI

PEMASARAN DAN KHIDMAT LEPAS JUALAN, KOD ETIKA & PERLAKUAN

12

PEMASARAN DAN KHIDMAT LEPAS JUALAN, KOD ETIKA & PERLAKUAN


12.2.1 EJEN BERORIENTASIKAN PEMASARAN

Seperti yang telah dinyatakan sebelum ini, ejen insurans merupakan antara pilihan saluran pengedaran produk yang paling penting untuk syarikat-syarikat insurans. Oleh kerana ejen-ejen dilantik oleh syarikat insurans untuk memasarkan polisi insurans kepada pelanggan-pelanggan, ejen yang berorientasikan pemasaranlah yang memasarkan polisi dengan objektif untuk memenuhi kehendak dan keperluan pelanggan, dan dalam masa yang sama menjana pendapatan untuk dirinya sendiri. Oleh kerana kebanyakan ejen memasarkan polisi melalui jualan persendirian, objektif untuk memenuhi keperluan pelanggan secara menguntungkan boleh dicapai melalui penerapan pelan jualan dimana matlamat jualan, strategi dan objektif jualan diselaraskan dengan analisa pemasaran, segmentasi dan sasaran pasaran. Pelan jualan adalah penting kerana ia membolehkan ejen insurans melaksanakan fungsi perancangan dan pengawalan. Apabila ejen insurans terlibat dalam proses perancangan, ia sebenarnya membentuk suatu matlamat untuk agensinya serta kaedah-kaedah untuk mencapainya. Pelan jualan juga penting bagi tujuan kawalan, iaitu menilai sejauhmana pencapaian jualan berbanding dengan apa yang telah dirancang, serta membuat apa-apa perubahan yang difikirkan wajar. Pelan jualan mengandungi perkara-perkara berikut :Matlamat jualan Objektif sasaran pasaran Strategi jualan Perlaksanaan dan kawalan Ejen yang membuat jualan persendirian memerlukan :pengetahuan mengenai produk pengetahuan mengenai pasaran teknik penjualan pengetahuan mengenai proses belian pengetahuan mengenai proses jualan

12.2.2 PROSES MEMBUAT KEPUTUSAN BELIAN PELANGGAN


Memiliki pengetahuan mengenai proses membuat keputusan untuk membeli oleh pelanggan adalah penting bagi ejen-ejen kerana ia dapat membantu ejen membuat beberapa penyesuaian yang mengutamakan kepentingan pembeli. Dengan cara ini, proses jualan akan berjalan dengan lebih lancar. Terdapat lima tahap proses membuat keputusan belian pelanggan :-

PEMASARAN DAN KHIDMAT LEPAS JUALAN, KOD ETIKA & PERLAKUAN

CEILLI

123

PEMASARAN DAN KHIDMAT LEPAS JUALAN, KOD ETIKA & PERLAKUAN


Mengenalpasti masalah

12

Pada tahap ini, pengguna telah mula menyedari tentang kewujudan dan ancaman risiko, peluang serta keperluan memiliki produk yang boleh melindunginya dari ancaman masalah kewangan atau produk yang dapat memenuhi keperluannya. Mencari dan mengumpul maklumat Apabila keperluan terhadap sesuatu produk telah mula dirasai, pengguna akan mula mencari maklumat yang difikirkan perlu. Sejauh mana kesungguhan untuk mencari maklumat tersebut bergantung kepada faktor-faktor berikut :a. b. c. pengalaman pengguna membeli produk; kepentingan membuat belian (manfaat dari belian berkenaan); nilai kewangan yang perlu diperuntukkan.

Penilaian polisi-polisi alternatif Dari maklumat yang telah dikumpulkan, pengguna akan mula membuat penilaian mengenai produk yang ada berdasarkan kriteria-kriteria yang ditetapkan. Kriteria adalah ciri-ciri yang diperlukan (atau tidak diperlukan) oleh pengguna. Kemudian pengguna akan memutuskan siapakah penjual produk yang perlu dihubungi. Kajian yang dijalankan di AS menunjukkan bahawa antara faktor-faktor penting pemilihan insurer ialah :a. b. c. reputasi insurer (60%); kualiti perlindungan dan perkhidmatan yang disediakan (26%); manfaat polisi (14%).

Lain-lain faktor yang mempengaruhi keputusan belian pengguna ialah :a. b. c. personaliti dan keramahan ejen; keupayaan profesional ejen; premium dan lain-lain syarat.

Pembelian Selepas membuat penilaian produk-produk alternatif berdasarkan kriteria-kriteria dan faktor-faktor yang ditetapkan oleh pengguna sendiri, yang biasanya keperluan dipengaruhi oleh kehendak peribadi, keperluan umum dan sumber pemasar yang berpengaruh; pengguna membuat keputusan untuk membeli salah satu produk alternatif yang ada. Penilaian lepas belian Setelah pembelian dibuat, pembeli mula membuat penilaian atas belian tersebut. Ejen yang menyerahkan dokumen polisi secara peribadi kepada pemilik polisi biasanya akan terus mengekalkan hubungan dengan pelanggannya. Ejen yang menyediakan maklumat-maklumat penting mengenai penilaian risiko akan mempunyai peluang yang lebih cerah untuk memenangi hati dan kesetiaan pelanggan ketika tempoh pembaharuan polisi.

124

CEILLI

PEMASARAN DAN KHIDMAT LEPAS JUALAN, KOD ETIKA & PERLAKUAN

12

PEMASARAN DAN KHIDMAT LEPAS JUALAN, KOD ETIKA & PERLAKUAN


12.2.3 PROSES PENJUALAN

Proses penjualan persendirian melibatkan lima langkah asas :Lokasi bakal pelanggan Bakal pelanggan kepada ejen insurans dipanggil prospek. Aktiviti memprospek melibatkan usaha mengenalpasti dan menghubungi pelanggan serta kemampuan pelanggan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan. Aktiviti memprospek adalah suatu proses yang berterusan dan kemampuan ejen untuk mengenalpasti lokasi pelanggan menjadi penentu kejayaan ejen. Ejen kadangkala dibekalkan senarai nama prospek atau bakal pelanggan. Diketika yang lain pula, ejen perlu mencari sendiri bakal pelanggannya. Senarai nama prospek diperolehi dari sumber-sumber berikut :i. ii. iii. iv. v. vi. vii. viii. ix. x. Pelanggan terbaru atau pelanggan sedia ada Rakan-rakan, kaum keluarga dan jiran Rakan niaga Rakan sosial dan profesional Kupon dan pertanyaan dari aktiviti tele-pemasaran dan pengiklanan Carian di laman web internet Seminar atau kursus Akhbar harian dan artikel di majalah atau notis pemberitahuan Senarai pos dan direktori Rekod dan laporan syarikat

Menyediakan penerangan jualan Penerangan jualan ialah mesej promosi yang disampaikan oleh ejen insurans kepada bakal pelanggan; yang menjelaskan, menimbulkan minat dan mendorong pelanggan untuk membeli produk yang ditawarkan atau dicadangkan oleh ejen. Penerangan jualan mungkin dibuat secara tidak formal atau mungkin penerangan formal yang disusun rapi. Kebanyakan ejen insurans menggunakan alat bantuan seperti risalah, carta atau gambar rajah dalam sesi penerangan jualan mereka. Penerangan yang diberi sepatutnya bersifat fleksibel dan boleh disesuaikan dengan pelbagai situasi. Walau bagaimanapun, perlu dinyatakan iaitu Seksyen 150(4) Akta Insurans, 1996 memperuntukkan bahawa ejen insurans dikehendaki menggunakan risalah jualan atau ilustrasi jualan yang disahkan oleh insurer. Risalah berkenaan juga hendaklah mengandungi maklumat seperti yang dibincangkan dalam bab 10.3.1.12 Mengendalikan temujanji jualan Ejen insurans terlebih dulu hendaklah mampu menarik perhatian dan kepercayaan bakal pelanggan. Setelah berjaya menarik perhatian prospek, ejen perlu membuat penerangan jualan yang boleh membangkitkan minat prospek. Contoh atau model produk adalah antara alat bantuan yang dapat membantu ejen. Setelah prospek mula menunjukkan minat, ejen perlu mewujudkan keinginan terhadap produk yang mampu memenuhi keperluan prospek.
PEMASARAN DAN KHIDMAT LEPAS JUALAN, KOD ETIKA & PERLAKUAN

CEILLI

125

PEMASARAN DAN KHIDMAT LEPAS JUALAN, KOD ETIKA & PERLAKUAN


Menangani bantahan

12

Kejayaan sesuatu temuduga jualan bergantung kepada keupayaan dan kecekapan ejen menangani bantahan. Prospek mungkin memerlukan sedikit masa untuk memikirkannya atau mungkin tidak bersetuju dengan harga/premium yang dikenakan. Kualiti produk juga mungkin dipersoalkan oleh prospek. Ejen perlu belajar bagaimana untuk menjawab soalan-soalan yang dikemukakan dan cara bagaimana untuk menangani bantahan secara berhemah dan dapat menjamin kejayaan temuduga berkenaan. Memuktamatkan jualan Sepanjang prospek melalui beberapa tahap proses jualan, prospek akan sampai ke tahap dimana ia perlu membuat keputusan samada untuk membeli produk yang ditawarkan atau sebaliknya. Sekiranya penerangan jualan itu berjaya, jualan boleh dimuktamadkan. Tidak semestinya penerangan jualan akan diakhiri dengan jualan, mungkin banyak lagi siri perbincangan perlu dilakukan. Ejen insurans perlu berusaha mendapatkan tarikh temujanji seterusnya bagi melakukan temuduga susulan.

12.2.4 PERKHIDMATAN LEPAS JUALAN


Kejayaan ejen memuktamadkan jualan polisi insurans tidak melepaskan ejen dari membuat dan mengekalkan hubungan niaga dengan pelanggan. Malah, kontrak insurans memerlukan ejen menyediakan perkhidmatan lepas jualan secara kerap dan berterusan. Khidmat susulan yang dibuat boleh membantu memastikan pelanggan berpuashati dengan belian yang telah dibuat. Kekerapan membuat panggilan lepas jualan juga dapat membantu mengurangkan konflik kognitif yang mungkin dihadapi oleh pelanggan. Konflik kognitif adalah suatu tekanan psaikologi dimana pelanggan berada dalam keadaan yang tidak pasti dan sering berfikir samada adakah perlu membeli produk berkenaan, atau ia patut membeli produk alternatif dari jenama yang berbeza, atau membeli produk yang berlainan dari apa yang telah dibeli. Melalui panggilan lepas jualan, ejen dapat mengukuhkan keyakinan pelanggan terhadap keputusan belian yang telah dibuat. Kebanyakan insurer mempunyai syarat-syarat dan peraturan yang menyatakan aktivitiaktiviti yang perlu dilakukan dalam tempoh semasa jualan dimuktamadkan sehinggalah polisi dikeluarkan. Aktiviti-aktiviti ini termasuklah pihak syarikat insurans menggariskan tanggungjawab khusus yang perlu dilaksanakan oleh ejen seperti :a. memastikan borang permohonan lengkap diisi dan semua jawapan yang diberi oleh pencadang adalah benar, jelas dan tepat; memberi maklumbalas dengan segera terhadap apa-apa pertanyaan atau permintaan samada dari pelanggan atau pihak syarikat.

b.

Penghantaran polisi juga merupakan antara aspek penting dalam menyediakan perkhidmatan lepas jualan kepada pelanggan. Penghantaran polisi memberi peluang kepada ejen untuk melakukan perkara-perkara berikut :126

CEILLI

PEMASARAN DAN KHIDMAT LEPAS JUALAN, KOD ETIKA & PERLAKUAN

12

PEMASARAN DAN KHIDMAT LEPAS JUALAN, KOD ETIKA & PERLAKUAN

Menghilangkan perasaan ragu-ragu atau konflik kognitif pelanggan dengan memberi keyakinan kepada pelanggan dan ahli keluarga bahawa keputusan membeli polisi adalah wajar dan tepat; Menyediakan asas untuk jualan masa hadapan iaitu dengan mengingatkan pemilik polisi tentang keperluan semasa yang belum dipenuhi atau keperluan kewangan masa hadapan; Memberi penekanan yang lebih serius tentang tanggungjawab ejen menyediakan khidmat yang berkualiti kepada pemilik polisi; Menggalakkan pemilik polisi menghubungi ejen sekiranya menghadapi masalah atau memerlukan jawapan kepada persoalan yang mungkin timbul; Menjelaskan peruntukan, terma dan syarat yang terkandung dalam polisi; Mendapatkan senarai nama rujukan atau prospek; Mengukuhkan ikatan hubungan perniagaan dan kadar persistensi perniagaan.

12.3 ETIKA DAN PERLAKUAN


Antara aspek penting profesionalisma yang dapat menentukan kejayaan mahupun kegagalan mengekalkan sikap profesionalisma ejen ialah penerapan nilai-nilai etika dalam melaksanakan tugas. Peraturan amalan perniagaan dan penetapan tahap kecekapan amat diperlukan bagi memastikan tahap kecekapan tertinggi terutamanya dalam urusniaga melibatkan polisi insurans hayat berkait pelaburan dimana pelanggan perlu diberi keyakinan bahawa mereka sedang berurusan dengan ejen/penasihat kewangan profesional, sentiasa dilaksanakan. Kepelbagaian dalam memberi khidmat nasihat akan mempengaruhi kualiti perkhidmatan yang diberi kepada pelanggan. Ejen insurans mungkin tidak melanggar sebarang peraturan khusus ketika melaksanakan tugas tetapi mungkin juga terdapat nasihat-nasihat yang tidak memberi pulangan optimum kepada pelanggan. Oleh itu, ejen hendaklah menentukan sejauh mana ketelitian dan ketelusan hasil kerja yang perlu diamalkan dalam usaha mewujudkan dan mengekalkan set etika dan tingkah laku peribadi. Individu yang benar-benar profesional menjanjikan amalan yang bertanggungjawab dan kesungguhan dalam perlaksanaan demi mengekalkan standard etika yang terpuji. Apa yang penting ialah sikap dan amalan beretika, bukan peraturan semata-mata. Kepuasan pelanggan merupakan petunjuk asas kepada kejayaan ejen profesional dan oleh itu, ia adalah alasan perniagaan terbaik untuk ejen mengekalkan amalan atau tingkah laku yang beretika. Etika merangkumi aspek-aspek berikut :-

PEMASARAN DAN KHIDMAT LEPAS JUALAN, KOD ETIKA & PERLAKUAN

CEILLI

127

PEMASARAN DAN KHIDMAT LEPAS JUALAN, KOD ETIKA & PERLAKUAN

12

a. Tingkahlaku yang Penuh Kejujuran dalam Kehidupan Profesional Ejen Insurans 'Integriti' bermaksud kejujuran, keseragaman, kesungguhan, telus, berterus terang dan lurus. Kunci kejayaan ejen profesional adalah bergantung kepada sejauh mana ia dapat mengamalkan nilai-nilai murni yang dinyatakan di atas. b. Mematuhi Undang-Undang, Prinsip dan Amalan Berkaitan Khidmat Nasihat Kewangan Mengenalpasti amalan yang terbaik dan berusaha mengamalkannya dalam semua urusan perniagaan amat dititikberatkan kerana ia memberi kebaikan kepada semua pihak. Mematuhi undang-undang adalah tanggungjawab semua pihak tetapi sebagai seorang profesional, pematuhan undang-undang bertulis tidak mencukupi. Individu profesional perlu menjadi seorang yang terbaik dalam aspek teknikal dan etika. c. Mengamalkan Tingkahlaku Profesional dan Terhormat ketika Berurusan dengan Pelanggan Insurans Hayat 'Tingkahlaku' bermaksud setiap aspek perbuatan yang dilakukan dan bagaimana ia melakukannya. 'Terhormat' bermaksud sentiasa bertindak dengan cara yang paling wajar dan dikagumi supaya dimasa akan datang ia akan sentiasa menjadi ingatan kepada individu yang menerima khidmat berkenaan. Ia bukan sekadar pematuhan kod tingkahlaku yang mungkin dianggap ketinggalan zaman. Ejen perlu sedar bahawa untuk mendapat penghormataan berkenaan, ia memerlukan masa yang panjang tetapi reputasi baik itu akan musnah sekelip mata seandainya ia disalahgunakan. Keupayaan mengekalkan amalan tingkahlaku yang dihormati menjadi aset penting bagi ejen insurans meneruskan kehidupan profesionalnya. d. Mematuhi dan Mengamalkan Kod Amalan Terpuji yang Berkaitan Setiap urusniaga mempunyai kod amalan, peraturan, ketetapan dan garis panduannya sendiri. Setiap kod etika dirangka dengan tujuan yang baik dan ia perlu dipatuhi meskipun kadangkala ia kelihatan terlalu birokrasi dan dianggap menyekat kebebasan seseorang.

12.3.1 GARIS PANDUAN LIAM MENGENAI KOD PERLAKUAN


Selain dari garis panduan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa iaitu Bank Negara Malaysia (sila rujuk bab 10 teks ini), tiada lain-lain kod etika & perlakuan yang khusus untuk transaksi perniagaan insurans hayat berkait pelaburan. Garis panduan yang dirangka oleh Persatuan Insurans Hayat Malaysia (Life Insurance Association of Malaysia - LIAM) secara umumnya digunakan sebagai swa-peraturan atau kawalselia diri perniagaan insurans hayat berkaitan insurans hayat berkait pelaburan, sehingga kod etika yang lebih khusus disediakan kelak. Garis panduan LIAM disediakan mengikut tajuk-tajuk berikut :Bahagian I Bahagian II Bahagian III 128

Garis panduan Kod Perlakuan Penjualan Insurans Hayat Kenyataan Amalan Insurans Hayat

CEILLI

PEMASARAN DAN KHIDMAT LEPAS JUALAN, KOD ETIKA & PERLAKUAN

12

PEMASARAN DAN KHIDMAT LEPAS JUALAN, KOD ETIKA & PERLAKUAN

12.3.1.1 BAHAGIAN 1 GARIS PANDUAN KOD PERLAKUAN


Bahagian ini menerangkan aspek-aspek berkaitan kod perlakuan seperti :Kenyataan Falsafah Liputan Kaedah Pengawasan Tujuh Prinsip Garis Panduan Kod Perlakuan

12.3.1.1.1 Kenyataan Falsafah


Garis panduan berkisar mengenai kenyataan falsafah :i. Perniagaan insurans hayat adalah berasaskan dari falsafah berkongsi risiko. Umumnya, perniagaan berkenaan dikendalikan dan ditadbir dengan penuh integriti dan beretika. Ia merupakan perniagaan berteraskan saling mempercayai dan kejujuran, menuntut tanggungjawab mutlak dan tahap profesionalisma yang tinggi. Keyakinan pemilik polisi dan orang ramai terhadap integriti dan kejujuran syarikat insurans hayat perlu dipertahankan dan dipertingkatkan. Syarikat insurans hayat hendaklah pada setiap masa memastikan agar perniagaan yang dijalankan dan diurus dengan teratur bagi memastikan jaminan keselamatan simpanan pemilik polisi dan kewibawaan syarikat sentiasa terpelihara. Insurer hendaklah memasarkan produk yang berkualiti dan menyediakan perkhidmatan yang cemerlang kepada pemilik polisi, membantu dan memberi khidmat nasihat dimana perlu, dengan matlamat utamanya ialah untuk memelihara kebajikan pelanggan.

ii.

iii.

iv.

Lanjutan dari objektif dan falsafah yang dinyatakan di atas, industri insurans hayat telah berusaha menyusun kod etika untuk dijadikan garis panduan kepada mereka yang terlibat dalam industri insurans, dan untuk menggalak dana mengamalkan standard etika yang seragam, menjunjung tinggi dan memelihara kepercayaan serta kebajikan pemilik polisi pada setiap masa. Kenyataan falsafah di atas membuktikan bahawa perniagaan insurans hayat khususnya insurans hayat berkait pelaburan perlu dikendalikan dengan penuh tanggungjawab dan profesional serta kejujuran yang tinggi. Ini bagi menjamin tanggungjawab terhadap pemilik polisi dan jaminan kewangan yang diberi akan dapat dipenuhi pada bila-bila masa. Oleh itu, adalah adil bagi orang ramai menuntut agar mereka yang terlibat dalam urusniaga insurans termasuk anggota agensi dapat melaksanakan tugas-tugasnya dengan penuh tanggungjawab. Dengan cara ini, setiap insurer khususnya dan industri insurans amnya, dapat mencapai objektif yang digariskan dalam Kenyataan Falsafah. Seksyen yang mengikuti selepas ini menyediakan ringkasan peraturan kod etika dimana semua kakitangan syarikat insurans perlu mematuhi kod berkenaan setiap masa.
PEMASARAN DAN KHIDMAT LEPAS JUALAN, KOD ETIKA & PERLAKUAN

CEILLI

129

PEMASARAN DAN KHIDMAT LEPAS JUALAN, KOD ETIKA & PERLAKUAN


12.3.1.1.2 Liputan

12

Garis panduan ini digunapakai dan meliputi semua kakitangan syarikat insurans hayat yang menjalankan perniagaan insurans hayat di Malaysia. Garis panduan ini menetapkan standard minimum perlakuan yang sepatutnya diamalkan oleh semua kakitangan syarikat insurans. Pihak syarikat juga sekiranya mendapati ianya perlu, boleh merangka set peraturan sendiri demi memelihara perlakuan yang beretika dikalangan kakitangannya.

12.3.1.1.3 Kaedah Pengawasan


Untuk memastikan garis panduan dipatuhi oleh semua pihak, pihak pengurusan syarikat insurans dikehendaki merangka dan menetapkan prosedur minimum berikut :i. Mengkehendaki semua kakitangan (sedia ada dan yang baru dilantik) menandatangani borang perisytiharan pematuhan garis panduan; Mengkehendaki semua perantara (sedia ada dan yang baru dilantik) menandatangani borang perisytiharan pematuhan garis panduan; Memberi tanggungjawab kepada semua ketua jabatan untuk memastikan semua kakitangan jabatan mematuhi garis panduan yang ditetapkan ketika menjalankan tugas harian dan mengendali sebarang pertanyaan dari kakitangan mengenai perkara yang berkaitan dengan kod perlakuan; Sebarang tingkah laku yang tidak mematuhi kod perlakuan yang dilaporkan kepada jawatankuasa audit/disiplin hendaklah dirujukkan terus kepada ahli lembaga pengarah syarikat. Sebagai tambahan, jawatankuasa hendaklah menghantar laporan suku tahunan ke Bank Negara Malaysia, pihak berkuasa yang mengawasi urusniaga syarikat insurans, mengenai mana-mana pelanggaran peraturan atau tidak mematuhi kod perlakuan serta bentuk tindakan yang telah diambil sepanjang tempoh berkenaan; Menyelenggara rekod pelanggaran kod perlakuan secara berpusat; Melaporkan dengan segera sebarang kes penipuan kepada pihak polis dan Bank Negara Malaysia.

ii.

iii.

iv.

v. vi.

12.3.1.1.4 Tujuh Prinsip Garis Panduan


Dokumen Kod Etika dan Perlakuan memperincikan tujuh prinsip-prinsip yang perlu dipatuhi. Pada peringkat ini, adalah memadai untuk dinyatakan secara ringkas prinsipprinsip berkenaan :-

130

CEILLI

PEMASARAN DAN KHIDMAT LEPAS JUALAN, KOD ETIKA & PERLAKUAN

12
i. ii. iii. iv. v.

PEMASARAN DAN KHIDMAT LEPAS JUALAN, KOD ETIKA & PERLAKUAN

Mengelak diri dari terlibat dalam sebarang konflik kepentingan. Mengelak dari menyalahgunakan kuasa. Mencegah penyalahgunaan maklumat. Memastikan rekod yang diselenggara adalah lengkap dan tepat. Memastikan tahap kerahsiaan komunikasi dan urusniaga antara syarikat insurans hayat dan pemilik polisi. Memberi layanan yang adil dan saksama kepada semua pemilik polisi dan orang ramai yang terlibat atau berurusan dengan syarikat insurans hayat. Menjalankan urusniaga dengan penuh percaya mutlak dan jujur.

vi.

vii.

12.3.1.1.5 KOD PERLAKUAN SEBAGAI PANDUAN


Seksyen ini memberi penekanan atas perkara-perkara berikut :1. Garis panduan dirangka bagi tujuan dijadikan asas rujukan dan panduan untuk memperkenalkan standard perlakuan yang bersesuaian, dan mewujudkan amalan perniagaan yang berhemat dan telus dikalangan syarikat insurans hayat. 2. Garis panduan ini tidak bertujuan menghalang atau menafikan hak membuat keputusan rasional yang biasanya dibuat oleh kakitangan industri dalam mengendalikan tugas harian. Apabila timbul sebarang keraguan mengenai implikasi Kod Perlakuan, kakitangan insurer digalakkan mendapatkan khidmat nasihat dan panduan dari ketua jabatan masing-masing, dan sekiranya difikirkan perlu, merujuk masalah berkenaan kepada pihak pengurusan syarikat atau Bank Negara Malaysia.

3.

12.3.1.2 Bahagian II Penjualan Insurans Hayat


Bahagian ini menggariskan aspek-aspek berkaitan penjualan produk insurans hayat :Pengenalan Prinsip-prinsip Umum Penjualan Penerangan Memberitahu Maklumat Pengunderaitan Aspek Perakaunan dan Kewangan

PEMASARAN DAN KHIDMAT LEPAS JUALAN, KOD ETIKA & PERLAKUAN

CEILLI

131

PEMASARAN DAN KHIDMAT LEPAS JUALAN, KOD ETIKA & PERLAKUAN


12.3.1.2.1 Pengenalan

12

Beberapa peraturan umum diperkenalkan dan dinyatakan dalam garis panduan, iaitu :i. Terma 'insurans hayat' yang digunakan dalam Kod Etika dan Perlakuan merangkumi semua jenis :o o o o o o ii. Insurans hayat perkhidmatan rumah-ke-rumah Insurans hayat biasa Anuiti Kontrak persaraan Insurans berkait pelaburan, dan Insurans kesihatan kekal

Kod Etika ini meliputi perantara, iaitu semua individu termasuk kakitangan syarikat insurans hayat yang terlibat dalam aspek penjualan polisi insurans hayat. Broker insurans berdaftar adalah dikecualikan kerana mereka tertakluk kepada kod perlakuan profesional yang berlainan. Syarikat insurans yang menjadi ahli LIAM dipertanggungjawabkan untuk menguatkuasakan kod etika dan menggunakan segala kebijaksanaan untuk memastikan semua kakitangan yang terlibat dalam bidang penjualan agar mematuhi peruntukan-peruntukan yang terkandung dalam kod berkenaan. Ahli jawatankuasa a u d i t / d i s i p l i n s y a r i k a t i n s u r a n s h a y a t a d a l a h bertanggungjawab mengawasi pematuhan kod etika oleh pengantara insurans h a y a t . J a w a t a n k u a s a t e r s e b u t j u g a b e r t a n g g u n g j a w a b mengemukakan l a p o r a n s u k u t a h u n a n k e B a n k N e g a r a M a l a y s i a , memberitahu sebarang kes pelanggaran atau tidak mematuhi kod etika dan perlakuan serta sebarang tindakan pembetulan/hukuman, yang berlaku sepanjang tempoh laporan.

iii.

iv.

Sekiranya terdapat aduan dari pemilik polisi terhadap perantara yang tidak mematuhi kod etika dan perlakuan, perantara diminta memberi kerjasama kepada prinsipalnya bagi mengumpulkan maklumat dan bukti yang diperlukan. P e n g a d u h e n d a k l a h d i b e r i t a h u b a h a w a m e r e k a b o l e h mengadukan masalah tersebut terus kepada syarikat insurans yang berkaitan untuk tindakan lanjut. Perlu ditekankan bahawa tanggungjawab tambahan bagi setiap perantara ialah menjalankan urusniaga dengan penuh percaya mutlak dan jujur sepanjang masa.

v.

132

CEILLI

PEMASARAN DAN KHIDMAT LEPAS JUALAN, KOD ETIKA & PERLAKUAN

12
1. i.

PEMASARAN DAN KHIDMAT LEPAS JUALAN, KOD ETIKA & PERLAKUAN


12.3.1.2.2 Prinsip-Prinsip Umum Penjualan

Seksyen ini dan seksyen seterusnya merupakan cabutan dari Kod Etika dan Perlakuan yang dikeluarkan oleh LIAM, bertujuan mengekalkan dan memelihara tujuan sebenar diadakan kod etika tersebut :Perantara hendaklah, apabila berurusan secara bersemuka dengan bakal pelanggan, ia perlu memberitahu identiti dirinya sebagai seorang ejen dari syarikat insurans mana dan mempamirkan kad kuasa perantara berdaftar sebagai pengenalan diri; memastikan dengan sedaya upaya bahawa polisi yang dicadangkan adalah menepati kehendak dan keperluan pelanggan, dan ia tidak melampaui had kemampuan kewangan pelanggan; memberi cadangan atau nasihat atas perkara yang ia tahu sepenuhnya sahaja dan meminta bantuan nasihat pakar sekiranya perlu untuk berbuat demikian; menganggap bahawa semua maklumat yang diberi oleh prospek adalah sulit dan rahsia untuk dirinya dan syarikat insurans yang diwakilinya sahaja; apabila membuat perbandingan dengan lain-lain jenis polisi atau bentuk pelaburan, jelaskan perbezaan ciri-ciri yang terdapat dalam produk-produk berkenaan; memberi perkhidmatan yang berterusan kepada pemilik polisi.

ii.

iii.

iv.

v.

vi. 2.

Perantara tidak dibenarkan, i. ii. membuat kritikan yang tidak tepat atau tidak adil terhadap lain-lain syarikat insurans; memujuk pemilik polisi membatalkan polisi sedia ada, kecuali sekiranya polisi berkenaan benar-benar tidak sesuai dengan keperluan pemilik polisi.

Semua syarikat insurans yang menjadi ahli LIAM telah bersetuju agar semua ejen diberitahu dan diberi ingatan bahawa amalan pembelitan (twisting) adalah bertentangan dengan kepentingan pemilik polisi dan industri insurans hayat. Ahli persatuan juga bersetuju untuk bekerjasama membasmi kegiatan pembelitan. Tindakan sewajarnya akan diambil sekiranya perbuatan pembelitan dapat dibuktikan. 'Pembelitan' merupakan suatu bentuk salah nyata dimana pemilik polisi dipujuk untuk memberhentikan polisi sedia ada atau menjadikan sesuatu polisi itu jelas dibayar dan kemudiannya membeli polisi baru dari syarikat insurans lain atau dari syarikat yang sama, tanpa diberitahu dengan jelas tentang perbezaan yang terdapat pada kedua-dua polisi berkenaan dan kerugian kewangan yang perlu ditanggung apabila menggantikan polisi asal dengan polisi baru. Kerugian yang akan ditanggung apabila berlaku pembelitan ialah :PEMASARAN DAN KHIDMAT LEPAS JUALAN, KOD ETIKA & PERLAKUAN

CEILLI

133

PEMASARAN DAN KHIDMAT LEPAS JUALAN, KOD ETIKA & PERLAKUAN


i.

12

Setiap kali pemilik polisi memindahkan polisi insurans asasnya dari satu syarikat ke syarikat lain, dia terpaksa memulakan semula tempoh kelayakan (biasanya dua atau tiga tahun) sebelum polisi insuransnya layak mendapat nilai serahan dan dimasukkan dibawah sistem tak lucut hak (iaitu perlindungan dari luput polisi dan kehilangan perlindungan kematian sekiranya ia secara sengaja mahupun tidak sengaja telah gagal membayar premium dalam tempoh masa yang diberikan). Amaun premium tahunan di bawah polisi sedia ada mungkin lebih rendah berbanding dengan polisi baru dengan manfaat yang sama. Sebarang penggantian polisi jenis yang sama biasanya mengenakan premium yang lebih tinggi berdasarkan umur diri yang diinsuranskan pada masa itu. Oleh kerana kos awal polisi insurans hayat dikenakan berdasarkan nilai tunai dalam tahun-tahun terawal polisi, penggantian polisi lama kepada polisi baru akan mengakibatkan pemilik polisi menanggung beban kos berkenaan dua kali ganda. Fasal membunuh diri dan fasal ketidakcabaran (sekiranya ada) yang bermula semula dalam polisi baru akan dinafikan oleh syarikat insurans yang sepatutnya akan membayar di bawah polisi yang telah digantikan.

ii.

iii.

iv.

12.3.1.2.3 Penerangan mengenai Kontrak


1. Perantara hendaklah, i. menerangkan kepada pemilik polisi semua peruntukan-peruntukan penting yang terkandung dalam kontrak insurans yang dicadangkan supaya pemilik polisi memahami apakah tanggungjawab yang perlu dilaksanakannya; ii. menarik perhatian pemilik polisi terhadap mana-mana pembatasan dan pengecualian yang terdapat dalam polisi insuransnya; iii. menarik perhatian pemilik polisi tentang kesan jangka panjang polisi dan akibat yang akan ditanggung sekiranya polisi dibatalkan atau diserahkan lebih awal; iv. memberitahu pemilik polisi samada ia layak mendapat relif cukai pendapatan atau sebaliknya. 2. Untuk polisi insurans hayat berserta keuntungan atau yang bergantung kepada faktor - faktor variabel seperti prestasi pelaburan, keterangan mengenai manfaat polisi hendaklah dibezakan antara manfaat yang dijangka dan manfaat yang dijamin. Sementara polisi cagaran dimana prosid kematangan akan digunakan untuk menyelesaikan bayaran pinjaman yang bergantung kepada manfaat tidak dijamin,ilustrasi jualan perlu memasukkan kenyataan amaun penuh pinjaman ketika polisi matang adalah tidak dijamin. Sekiranya terdapat ilustrasi jangkaan manfaat yang akan diperolehi, ilustrasi berkenaan hendaklah dibuat dengan terang dan jelas, dan menyatakan ilustrasi adalah berdasarkan dari beberapa andaian seperti bonus yang mungkin akan diisytiharkan dan oleh itu ia tidak dijamin, manfaat yang diisytiharkan pada masa hadapan mungkin lebih rendah atau lebih tinggi dari apa yang dijangkakan (pencapaian terdahulu tidak semestinya akan berulang dimasa akan datang). Untuk polisi insurans berkait pelaburan, ia harus dijelaskan bahawa nilai unit mungkin akan mengalami turun naik harga, bergantung kepada nilai yang mendasari aset pelaburan berkaitan.

3.

134

CEILLI

PEMASARAN DAN KHIDMAT LEPAS JUALAN, KOD ETIKA & PERLAKUAN

12
4.

PEMASARAN DAN KHIDMAT LEPAS JUALAN, KOD ETIKA & PERLAKUAN

Sekiranya perantara dibekalkan ilustrasi jualan yang disediakan oleh pihak syarikat, ejen h e n d a k l a h menggunakan ilus tra s i be rke n a a n s e pe n uh n ya dan membincangkannya dengan prospek sahaja. Ejen tidak dibenarkan menambah atau memilih aspek yang paling menguntungkan sahaja ketika berbincang dengan prospek. Ilustrasi jualan hendaklah disediakan mengikut cadangan ilustrasi bonus/faedah/dividen/hasil yang digariskan dalam Appendix 1 Kod Etika & Perlakuan.

12.3.1.2.4 Memberitahu Maklumat Pengunderaitan


Perantara hendaklah memastikan borang cadangan insurans lengkap diisi dan :1. mengelakkan diri dari mempengaruhi pencadang dan memberitahu pencadang bahawa semua jawapan atau kenyataan yang diberi adalah menjadi tanggungjawab pencadang sendiri; menarik perhatian pencadang dan memberi peringatan tentang akibat yang akan ditanggung sekiranya tidak memberitahu maklumat dan/atau memberi maklumat tidak tepat, dan menunjukkan kepada pencadang beberapa kenyataan penting mengenainya yang terkandung dalam borang cadangan, serta menerangkan kesemuanya kepada pencadang.

2.

12.3.1.2.5 Aspek Perakaunan dan Kewangan


Perantara hendaklah, 1. Mengakui penerimaan (kecuali perantara tidak diberi kuasa untuk berbuat demikian oleh prinsipal) dan mengemaskini rekod akaun semua bayaran yang diterima berkaitan dengan polisi insurans dan mengasingkan bayaran premium dari lain-lain bayaran yang direkodkan dalam akaun berkenaan. Mengemukakan dengan segera segala bayaran premium yang diterima kepada prinsipal atau syarikat yang diwakili.

2.

12.3.1.3 Bahagian III- Kenyataan Amalan Insurans Hayat


Bahagian ini memberi tumpuan kepada aspek-aspek berikut :Pengenalan Tuntutan Borang Cadangan Polisi dan dokumen iringan Risalah jualan/pengiklanan

PEMASARAN DAN KHIDMAT LEPAS JUALAN, KOD ETIKA & PERLAKUAN

CEILLI

135

PEMASARAN DAN KHIDMAT LEPAS JUALAN, KOD ETIKA & PERLAKUAN


12.3.1.3.1 Pengenalan

12

Bahagian ini diperkenalkan bertujuan untuk mengurangkan formaliti atau kerenah birokrasi dalam proses mengeluarkan polisi baru dan bayaran tuntutan. Untuk menangani masaalah tersebut, garis panduan yang dirangka telah mengenalpasti masaalah yang berpunca dari tindakan tidak memberitahu maklumat dan tuntutan yang tidak menepati syarat, yang dilakukan oleh sebahagian kecil pemilik polisi. Disebabkan masaalah ini dan alasan-alasan lain, Kenyataan Amalan tidak dijadikan sebagai suatu yang diwajibkan. Jawatankuasa audit/disiplin syarikat insurans hayat bertanggungjawab mengawasi aspek pematuhan garispanduan yang dikenakan ke atas semua syarikat insurans hayat. Jawatankuasa juga bertanggungjawab mengemukakan laporan kes-kes pelanggaran peruntukan garis panduan serta tindakan pembetulan/hukuman yang telah diambil kepada pihak Bank Negara Malaysia.

12.3.1.3.2 Tuntutan
a. Garis panduan ini mengkehendaki insurer seboleh mungkin tidak menolak tuntutan tanpa alasan yang munasabah, khususnya penolakan tuntutan atas dasar tidak memberitahu maklumat atau salah nyata maklumat yang pencadang sendiri tidak menyedarinya. Pengecualian yang boleh diberikan ialah situasi atau keadaan seperti yang dinyatakan dalam peruntukan polisi atau peruntukan yang terkandung dalam Akta Insurans 1996 dan Peraturan-Peraturan. Sekiranya terdapat sebarang had tempoh masa dalam pemberitahuan tuntutan, pihak yang menuntut tidak boleh dipertanggungjawabkan untuk melakukan lebih dari memberitahu apa yang sepatutnya dan lain-lain perkembangan lanjut mengenainya, dalam tempoh masa yang difikirkan munasabah. Sekiranya pihak yang menuntut berjaya membuktikan ketulenan tuntutan yang dibuat dan hak untuk menerima bayaran tuntutan, insurer perlu membayar tuntutan tersebut dengan segera. Insurer tidak dibenarkan mengutip bayaran memproses tuntutan dari pemilik polisi atau warisnya.

b.

c.

d.

Reka bentuk borang cadangan hendaklah mematuhi keperluan Bahagian III Kod Etika dan Perlakuan Perniagaan Insurans Hayat. a. Sekiranya borang cadangan meminta pencadang memberitahu semua fakta matan, suatu kenyataan mengenainya hendaklah dimasukkan dalam bentuk perisytiharan, atau lebih baik ianya tertera diruang yang mudah dilihat dalam borang cadangan, atau pada dokumen yang menyatakan :i. Menarik perhatian pencadang tentang akibat yang akan ditanggung sekiranya gagal memberitahu semua fakta matan. Amaran yang menyatakan bahawa sekiranya terdapat tanda-tanda yang boleh menimbulkan keraguan tentang kesahihan samada ia fakta matan atau tidak, fakta tersebut perlu dinyatakan.

ii.

136

CEILLI

PEMASARAN DAN KHIDMAT LEPAS JUALAN, KOD ETIKA & PERLAKUAN

12
b. a.

PEMASARAN DAN KHIDMAT LEPAS JUALAN, KOD ETIKA & PERLAKUAN

Syarikat insurans hayat perlu menyediakan salinan borang cadangan dan dilampirkan bersama-sama dengan polisi ketika menyerahkannya kepada pemilik polisi.

12.3.1.3.4 Polisi dan Dokumen Iringan


Insurer akan terus berusaha untuk menyediakan borang cadangan dan polisi yang lebih jelas dan mudah difahami, setelah mengambil kira aspek-aspek perundangan yang berkaitan dengan kontrak insurans. Polisi dan lain-lain dokumen iringan hendaklah menyatakan samada terdapat hak pemilik polisi untuk menyerahkan polisinya. Sekiranya hak tersebut wujud, ia hendaklah dinyatakan dengan terang dan nyata.

b.

Berkaitan dengan cadangan insurans seumur hidup atau endowmen, penerangan jualan sepatutnya mengandungi perkara-perkara berikut :i. ii. Ia adalah merupakan kontrak jangka panjang; Nilai serahan, terutamanya pada tiga tahun terawal, adalah lebih rendah berbanding dengan jumlah premium yang telah dibayar. Polisi tidak akan mempunyai nilai tunai sekiranya ia ditamatkan kuatkuasanya, kecuali premium telah dibayar untuk tempoh tidak kurang dari tiga tahun.

12.3.1.3.5 Risalah Jualan/Pengiklanan


Insurer akan memastikan bahawa semua maklumat yang terkandung dalam risalah jualan/pengiklanan adalah benar dan tepat dan tidak akan mengelirukan orang ramai. Baca bab 10 ( 10.3.1.12 Pemberitahuan Maklumat ) dalam buku ini tentang garis panduan yang disediakan oleh pihak berkuasa, Bank Negara Malaysia berkaitan dengan bahan jualan/ilustrasi Insurans Hayat Berkait Pelaburan.

PEMASARAN DAN KHIDMAT LEPAS JUALAN, KOD ETIKA & PERLAKUAN

CEILLI

137

PEMASARAN DAN KHIDMAT LEPAS JUALAN, KOD ETIKA & PERLAKUAN


SOALAN PENILAIAN PENCAPAIAN DIRI
BAB 12

12

1. Biasanya, syarikat insurans yang berorientasikan pasaran akan melaksanakan fungsi tugas berikut :i. ii. iii. iv. a. b. c. d. Perancangan dan pengawalan Mengenalpasti pasaran Pembangunan produk Memberhentikan perkhidmatan ejen tidak produktif dan digantikan dengan ejen produktif. i, ii, iv. i, ii, iii. i, iii, iv. ii,iii,iv.

2. Pelan jualan meliputi perkara-perkara berikut :i. ii. iii. iv. a. b. c. d. Strategi jualan. Teknik jualan paksa. Matlamat jualan. Objektif dalam bentuk sasaran pasaran. i, iii, iv. ii, iii, iv. i, ii, iv. i, ii, iii.

3. Ejen mampu memperolehi prospek secara efektif dengan menggunakan kaedah berikut :i. ii. iii. iv. a. b. c. d. Mendekati pasaran semulajadinya Mengiklankan dirinya di suratkhabar dan majalah untuk memperkenalkan diri Meminta nama-nama rujukan yang berkualiti dari pelanggan yang berpuashati Mendapatkan senarai nama pelanggan dari syarikat pesaing bagi tujuan menggantikan polisi sedia ada dengan polisi baru dari syarikatnya. i, ii. iii. ii, iii, iv. i, iii. ii, iv.

138

CEILLI

PEMASARAN DAN KHIDMAT LEPAS JUALAN, KOD ETIKA & PERLAKUAN

12
i. ii. iii. iv. a. b. c. d.

PEMASARAN DAN KHIDMAT LEPAS JUALAN, KOD ETIKA & PERLAKUAN

4. Individu yang benar-benar profesional akan melaksanakan tanggungjawab berikut :Dengan bangganya akan menghebahkan kualiti pelanggan-pelanggannya agar orang lain akan merasa kagum dengannya. Berkongsi maklumat pelanggannya dengan rakan sejawat. Mengekalkan standard etika yang tinggi dalam perkara yang berkaitan dengan maklumat pelanggan. Menonjolkan diri secara profesional dan terhormat ketika menjalankan tugas. i, ii sahaja ii, iii sahaja i, iii sahaja iii, iv sahaja

5. Berikut adalah perkara-perkara yang terkandung dalam Kod Etika dan Perlakuan ejen. Ia dikenali sebagai :i. ii. iii. iv. v. Mengelakkan diri dari terlibat dalam sebarang konflik kepentingan. Menghalang diri dari menyalahguna kuasa. Mencegah penyalahgunaan maklumat. Memastikan rekod yang diselenggara adalah lengkap dan tepat. Memastikan tahap kerahsiaan komunikasi dan urusniaga antara syarikat insurans hayat dan pemilik polisi serta pelanggan. vi. Memberi layanan yang adil dan saksama kepada semua pemilik polisi dan orang ramai yang terlibat atau berurusan dengan pihak syarikat. vii. Menjalankan urusniaga dengan jujur dan penuh percaya mutlak. a. b. c. d. Tujuh prinsip asas garis panduan Garispanduan BNM berkaitan pematuhan ejen Set standard ejen internasional Kriteria utama anugerah LIAM peringkat Kebangsaan.

6. Sebastian tidak berpuashati dengan polisi yang dimilikinya dan bercadang untuk membuat aduan. Kepada siapakah aduan tersebut patut dikemukakan? i. ii. iii. iv. a. b. c. d. Biro Perantara Insurans Bank Negara Malaysia Persatuan Insurans Hayat Malaysia - LIAM Syarikat insurans yang terlibat Pihak akhbar i, iii, iv. i, ii, iii. ii, iii, iv. i, ii, iv.

JAWAPAN DISEDIAKAN DI BAHAGIAN AKHIR BUKU INI.

PEMASARAN DAN KHIDMAT LEPAS JUALAN, KOD ETIKA & PERLAKUAN

CEILLI

139

JAWAPAN UNTUK SOALAN PENILAIAN PENCAPAIAN DIRI

BAB 1 Jawapan : 1-C, 2-D, 3-D, 4-A, 5-A, 6-D BAB 2 Jawapan : 1-B, 2-C, 3-B, 4-C, 5-A, 6-B BAB 3 Jawapan : 1-A, 2-D, 3-C, 4-C, 5-D, 6-B BAB 4 Jawapan : 1-C, 2-D, 3-B, 4-C, 5-D, 6-B BAB 5 Jawapan : 1-D, 2-B, 3-B, 4-A, 5-C, 6-B BAB 6 Jawapan : 1-D, 2-D, 3-C, 4-A, 5-C, 6-B BAB 7 Jawapan : 1-B, 2-A, 3-B, 4-D, 5-A, 6-D BAB 8 Jawapan : 1-B, 2-A, 3-D, 4-D, 5-B, 6-B BAB 9 Jawapan : 1-D, 2-B, 3-C, 4-C, 5-C, 6-B BAB 10 Jawapan : 1-B, 2-B, 3-C, 4-D, 5-A, 6-A BAB 11 Jawapan : 1-B, 2-B, 3-B, 4-B, 5-C, 6-A BAB 12 Jawapan : 1-B, 2-A, 3-C, 4-D, 5-A, 6-B

140

CEILLI

JAWAPAN UNTUK SOALAN PENILAIAN PENCAPAIAN DIRI