Anda di halaman 1dari 15

PENDIDIKAN JASMANI SUAIAN PJM 3114

ULASAN KRITIKAL ARTIKEL Bagi melaksanakan tugasan membuat ulasan kritikal terhadap bahan bacaan, saya memilih dua artikel yang berkaitan dengan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani Suaian. Berikut adalah maklumat mengenai jurnal dan artikel yang dipilih. Tajuk Artikel : Aktiviti Pendidikan Jasmani Suaian Pelajar Berkeperluan Khas Penulis : Safani Bari & Hamdan Mohd Ali Bilangan muka surat : 10 muka surat Sumber : Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia Jurnal yang ditulis SAFANI BARI & HAMDAN MOHD ALI ini adalah sebuah kajian mengenai pelaksanaan aktiviti pendidikan jasmani suaian yang dijalankan di sekolah yang dijalankan perbezaan terhadap pelajar-pelajar pendidikan berkeperluan antara murid khas. Penulis dan

membincangkan

keperluan

normal

berkeperluan khas di sekolah. Aktiviti pendidikan jasmani suaian merupakan satu aktiviti yang sangat penting kepada semua pelajar di sekolah termasuk pelajar berkeperluan khas. Pelajar khas mengalami pelbagai masalah yang melibatkan ketidakupayaan fizikal, sosial dan mental. Aktiviti pendidikan jasmani suaian ini penting kepada mereka kerana ia merupakan aktiviti terapi yang boleh mengurangkan masalah atau tekanan yang dihadapi. Aktiviti Pendidikan Jasmani yang dijalankan kepada pelajar berkeperluan khas kurang diberikan perhatian dan mereka mengikuti aktiviti yang kurang sesuai bersama-sama dengan pelajar-pelajar biasa (Auxter, Pyfer dan Huettig, 1999). Menurut penulis, banyak halangan yang dihadapi oleh golongan khas untuk melibatkan aktiviti pendidikan jasmani di sekolah kerana terdapat pelajar-pelajar berkeperluan khas mengalami masalah fizikal yang melibatkan otot, saraf dan pembentukan postur yang kurang sempurna. Melalui artikel ini, penulis menyatakan beberapa masalah yang dihadapi dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani kepada pelajar-pelajar khas di sekolah percantuman dan sekolah khas. Saya bersetuju dengan kenyataan penulis yang menyatakan antara masalah yang dihadapi adalah masalah komunikasi antara

PENDIDIKAN JASMANI SUAIAN PJM 3114

guru biasa dengan pelajar khas, pelajar khas dan pelajar normal, masalah kurang upaya yang berbeza-beza pelajar-pelajar khas dan kekurangan guru Pendidikan Jasmani yang berkelayakan. Penulis menggunakan responden kajian yang terdiri daripada guru sekolah menengah yang diberi tanggungjawab untuk melaksanakan pengajaran kelas Pendidikan Jasmani dan juga guru yang terlibat secara langsung aktiviti fizikal di luar waktu kelas formal yang melibatkan pelajar khas. Sekolah yang dipilih melibatkan 5 buah sekolah percantuman dan 2 buah sekolah khas yang hanya menempatkan pelajar-pelajar khas. Berdasarkan dapatan kajian, terdapat seramai 36 orang guru yang mengajar Pendidikan Jasmani kepada pelajar khas. Hanya 50% (18) daripada guru-guru tersebut ialah guru-guru Pendidikan Jasmani yang memiliki kelayakan. Tidak semua daripada mereka pernah mengikuti kursus secara khusus mengajar Pendidikan Jasmani Suaian. Pelaksanaan pengajaran pendidikan jasmani juga didapati longgar iaitu mengikut budi bicara guru yang melaksanakannya. Lebih ketara lagi, aktiviti dalam Pendidikan Jasmani dilaksanakan kepada pelajar berkeperluan khas adalah dirujuk daripada buku panduan aktiviti Pendidikan Jasmani pelajar normal. Saya juga bersependapat dengan penulis yang mana mengatakan Pendidikan Jasmani yang dilaksanakan secara tidak terancang dan sesuai untuk sesuatu kategori keperluan khas tidak membawa sebarang kesan yang positif kepada perkembangan fizikal, emosi dan mental. Masalah ini patut diatasi dan ditangani kerana aktiviti Pendidikan Jasmani yang disesuaikan dengan keupayaan pelajar berkeperluan khas boleh membantu golongan ini mengurangkan kelemahan dan masalah yang dihadapi (Auxter, Pyfer dan Huettig, 1989). Dalam artikel ini juga penulis menerangkan beberapa kesan jika Pendidikan Jasmani Suaian dapat dilaksanakan sebaik-baiknya kepada pelajar berkeperluan khas. Menurut Hvozdovic 2003, apabila seseorang pelajar itu berjaya menguasai sesuatau kemahiran, pelajar ini akan meningkatkan konsep kendiri (self-concept), penghargaan kendiri (self-esteem) dan keyakinan diri (self-confidence).

PENDIDIKAN JASMANI SUAIAN PJM 3114

Tajuk Artikel : Program Intervensi Kemahiran Membaling Bola Terhadap Pelajar Autisme Sekolah Menengah : Satu Kajian Kes Penulis : Tan Teck Bee & Loh Sau Cheong

Bilangan muka surat : 17 muka surat Sumber : Fakulti Pendidikan Universiti Malaya

Jurnal yang ditulis oleh TAN TECK BEE & LOH SAU CHEONG adalah untuk membantu pelajar-pelajar berkeperluan khas memaksimumkan peluang pembelajaran. Kajian ini bertujuan untuk meninjau keberkesanan program intervensi kemahiran membaling bola serta mengenal pasti kebolehan pelajar-pelajar autisme membaling bola tepat pada sasaran. Oleh itu program intervensi yang dirancang harus berdasarkan kebolehan dan keperluan individu (Eaves & Pottet, 2000). Kajian kes ini dijalankan ke atas tiga orang pelajar autisme sekolah menengah dalam program intervensi kemahiran membaling bola. Kemahiran membaling bola pada aras bahu dalam kajian ini adalah berpandukan buku The Biomechanics of Sports Techniques (Hay, 1993) dan Retarded Kids Need To Play (Hirst & Michaelis, 1983). Setiap pelajar mempunyai Rancangan Pendidikan Individu (RPI). Pengajaran kemahiran membaling bola adalah berasaskan pencapaian subjek dalam ujian kemahiran bagi sesi latihan sebelumnya. Setiap responden mempunyai ciri-ciri yang berbeza dan memiliki tahap autisme yang berbeza. Saya berpendapat kaedah pemerhatian yang digunakan penulis sangat sesuai kerana perlakuan setiap fasa dapat diperhatikan dengan jelas. Pembahagian pelakuan mengikut fasa dapat membantu penulis mengesan kekuatan dan kelemahan responden. Pembahagian kemahiran kepada tiga fasa adalah penting kerana ia dapat menyenangkan penyelidik mengesan kesalahan perlakuan subjek (Hay, 1993). Pembahagian skor juga dapat membantu penulis mengumpulkan skor yang dikumpulkan mengikut tahap pencapaian responden. Penulis turut menyatakan bagaimana sesuatu kemahiran diuji. Setiap responden memulakan kemahiran dengan memanaskan badan dan seterusnya melakukan kemahiran asas yang lain seperti memegang dan membaling bola. Langkah sebegini pada saya perlu kerana responden perlu membiasakan diri dengan perlakuan yang hendak diuji.

PENDIDIKAN JASMANI SUAIAN PJM 3114

Akibat daripada perbezaan tahap kebolehan dasar, aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh setiap subjek pada sesi latih tubi adalah berbeza antara individu. Strategi pengajaran dan pembelajaran yang direka bentuk khas untuk setiap subjek adalah berdasarkan keperluan, kebolehan dan pencapaian subjek dalam setiap sesi latihan. Menurut Khairul Yusri (2007), perbezaan individu ini adalah dari segi ketidaksamaan aspek perkembangan secara fizikal, mental, sosial, emosi dalam kalangan individu. ketiga-tiga subjek belajar dengan cara yang berlainan. Berdasarkan dapatan kajian, responden belajar melalui kaedah yang pelbagai antaranya

demonstrasi dan arahan. Responden berupaya mengubahsuai kesalahan setelah penyelidik memberi maklum balas dan memberitahu kesalahannya. Menurut Teng (2001) bahawa maklum balas yang diberi harus spesifik, serta merta dan positif. Maklum balas merupakan galakan dan dorongan untuk responden meneruskan semangat berlatih. Penulis turut menyatakan perkara-perkara yang perlu dilakukan oleh guru untuk mengajar murid-murid autisme. Pelajar-pelajar autisme dalam kategori tahap

pembelajaran rendah memerlukan lebih masa untuk menyesuaikan diri dengan situasi baru. Menurut Autism Research Institute (2005), setiap individu autisme memerlukan bantuan. Apabila pelajar pelajar autisme tidak dapat melakukan sesuatu perlakuan, guru harus menghulurkan bantuan agar mereka boleh mencuba. Menurut penulis lagi, Pendidikan Jasmani Suaian yang berdasarkan prinsip-prinsip latihan dan tata cara latihan memberi peluang kepada pelajar-pelajar autisme memperbaiki domain psikomotor, afektif dan kognitif. Oleh itu, Rancangan Pengajaran Individu yang direka bentuk khas untuk setiap subjek perlu sesuai dan dapat menunjukkan keberkesanan program intervensi sesuatu kemahiran. Melalui dapatan kajian juga menunjukkan bahawa pelajar-pelajar autisme mempunyai kebolehan untuk belajar kemahiran motor dan tahap kemahiran mereka boleh ditingkatkan. Saya setuju dengan penulis yang menyatakan pelajar autisme harus diberi peluang pendidikan yang sebaik mungkin untuk memperkembangkan potensi kendiri. Proses kemajuan mereka mungkin lebih lambat daripada pelajar-pelajar normal, namun dengan bantuan dan latihan yang sistematik, mereka tetap boleh mencapai potensi kendiri yang diinginkan.

PENDIDIKAN JASMANI SUAIAN PJM 3114

ULASAN KESELURUHAN Berdasarkan artikel Aktiviti Pendidikan Jasmani Suaian Pelajar Berkeperluan Khas dan Program Intervensi Kemahiran Membaling Bola Terhadap Pelajar Autisme Sekolah Menengah, terdapat beberapa perkara yang dapat disimpulkan. Pertama, Pendidikan Jasmani yang dilaksanakan secara terancang dan sesuai untuk sesuatu kategori keperluan khas boleh membawa kesan yang positif kepada perkembangan fizikal, emosi dan mental individu. Perlu bagi seseorang guru merancang Rancangan Pengajaran Individu yang baik dan sesuai dengan murid berkeperluan khas agar objektif pembelajaran tercapai. Seterusnya, program intervensi dalam bentuk

pendidikan jasmani suaian dapat membantu pelajar-pelajar berkeperluan khas meningkatkan kebolehan motor. Mereka harus diberi peluang pendidikan yang sebaik mungkin untuk memperkembangkan potensi kendiri walaupun proses kemajuan mereka mungkin lebih lambat daripada pelajar-pelajar normal. Setelah didedahkan dengan kemahiran-kemahiran tertentu, mereka mampu melakukan aktiviti fizikal yang lebih berfokus dan dapat melatih diri memaksimakan penggunaan fizikal. Dengan bantuan dan latihan yang sistematik, mereka tetap boleh mencapai potensi kendiri. Malah menurut penulis, guru perlu lebih bersikap penyabar dan positif apabila berdepan dengan kanak-kanak khas ini. Tidak kurang penting juga, mereka perlu peka mengenai perbezaan yang terdapat pada anak didik mereka. Masalah yang dikemukan penulis seperti kekurangan guru pendidikan jasmani yang berkelayakan dan peralatan yang tidak sesuai bagi pelajar khas perlu diatasi dengan segera agar pelajar berkeperluan khas juga mampu mendapat peluang belajar dan beraktiviti seperti pelajar normal. Pendidikan Jasmani perlu dilihat sebagai lebih menyeluruh berbanding dengan subjek lain. Subjek-subjek lain banyak menyentuh aspek kognitif (intelektual), sedikit ruang untuk aspek rohani (afektif) dan hampir tiada ruang untuk aspek psikomotor dan fizikal. Aktiviti jasmani yang disesuaikan dengan keupayaan pelajar berkeperluan khas boleh membantu golongan ini mengurangkan kelemahan dan masalah yang dihadapi. Aktiviti Pendidikan Jasmani yang bersesuaian perlu disediakan untuk melazimkan keupayaan mereka ke tahap yang optimum bagi menyediakan mereka untuk menghadapi kehidupan sebenar di luar sekolah serta dapat menggalakkan kesejahteraan emosi kepada golongan istimewa ini.

PENDIDIKAN JASMANI SUAIAN PJM 3114

ULASAN ARTIKEL

PENDIDIKAN JASMANI SUAIAN PJM 3114

REFLEKSI Pada semester ini, kami guru pelatih Pendidikan Jasmani telah diwajibkan untuk mengambil subjek Pendidikan Jasmani Suaian. Tugasan Pendidikan Jasmani Suaian kali ini adalah melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran ( P&P) ke atas murid murid berkeperluan khas di sekolah. Saya telah menjalankan tugasan ini di sekolah praktikum saya di Sekolah Kebangsaan Taman Muda. Sekolah yang terletak di daerah Ampang Selangor ini merupakan sekolah aliran perdana iaitu terdiri daripada murid normal dan murid berkeperluan khas. Pada 21 Ogos yang lepas, saya telah melaksanakan rancangan pengajaran yang telah dirancang di padang sekolah pada jam 8.05 pagi sehingga 8.35 pagi. Tajuk pengajaran saya pada hari tersebut ialah kelajuan. Setelah merancang rancangan pengajaran harian terhadap kelas tersebut, saya kemudiannya mengajar kelas tersebut untuk melihat keberkesanan rancangan pengajaran yang saya rancang terhadap mereka. Pada fasa permulaan untuk regangan, saya telah menggunakan kaedah demonstrasi dan kaedah arahan. Saya merasakan perlu untuk menunjukkan kepada murid-murid langkah-langkah melakukan regangan yang betul dan selamat. Kaedah ini membolehkan murid melakukan perlakuan yang sama dengan saya. Kaedah arahan yang saya gunakan adalah dengan memberitahu cara sesuatu perlakuan dibuat. Kaedah ini sesuai sebagai pengukuh kepada kaedah demonstrasi. Selain itu, saya juga menggunakan kecerdasan visual ruang. Murid murid menggunakan ruang yang ada dan tidak mengganggu kawankawan mereka yang lain kerana saya sudah memberi arahan untuk mendepakan tangan sebelum memulakan aktiviti regangan. Pada fasa perkembangan, murid telah melakukan aktiviti lompat bintang. Pada langkah ini, saya telah menggunakan Teori Sosial untuk memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar. Teori yang juga dikenali sebagai Teori Perlakuan Model oleh Albert Bandura ini menyatakan bahawan pembelajaran akan dapat dilaksanakan sekiranya guru menggunakan pendekatan permodelan. Saya mendemostrasikan terlebih dahulu kepada mereka. Ternyata mereka boleh melakukan aktiviti tersebut walaupun masih tidak dengan pelakuan yang serentak. Saya turut

PENDIDIKAN JASMANI SUAIAN PJM 3114

menggunakanTeori Humanisme semasa mengajar kelas ini. Ini kerana ada di antara mereka yang proses pembelajaran dan pengajarannya bergantung kepada emosi dan perasaan. Carl Rogers menyatakan bahawa setiap individu mempunyai cara belajar yang berbeza dengan individu yang lain. Perasaan seperti bosan dan penat dapat saya lihat semasa melaksanakan pengajaran terhadap mereka. Disamping itu, saya turut menggunakan Model Latihan Terus semasa mengajar mereka. Model pengajaran ini adalah bertujuan untuk membantu pelajar mempelajari ilmu pengetahuan atau kemahiran asa yang boleh di ajar langkah demi langkah. Sebagaimana aktiviti yang di ajar oleh saya, saya akan menerangkan sambil melakukan lakuan tersebut bersama sama butiran mengajar. Aspek pemerhatian sangat penting bagi memastikan murid murid dapat melakukan semula setelah guru selesai melakukannya. Pada fasa kemuncak pula, saya melakukan permainan kecil yang di panggil Siapa Cepat. Murid murid dikehendaki berbaris memanjang kebelakang dan guru memberikan baton kepada murid paling hadapan. Mereka perlu berlari dan berpusing pada kon yang ditetapkan seterusnya kembali ke barisan semula. Aktiviti ini bersifat pertandingan dan didapati murid murid seronok melakukan aktiviti tersebut dengan bersorak memberikan sokongan kepada rakan mereka yang lain. Pada fasa penutup pula, saya hanya melakukan aktiviti pokok melambai dan menarik nafas. Setelah selesai saya melakukan sedikit soal jawab dan rumusan bersama mereka. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran ini, saya juga turut menggunakan Model Sim yang mana proses pengajaran berlaku melalui interaksi antara beberapa unsur iaitu guru, murid , isi pelajaran dan objektif. Objektif kali ini adalah untuk memastikan murid murid dapat melakukan aktiviti kelajuan dengan betul dan tepat. Isi- isi pelajaran iaitu langkah satu dan dua dirancang tidak terlalu berat adalah kerana mengikut kemampuan mereka sama ada boleh melakukan seperti murid normal ataupun tidak. Interaksi yang jelas antara guru dan murid juga berlaku semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung.

PENDIDIKAN JASMANI SUAIAN PJM 3114

Daripada proses pengajaran dan pembelajaran yang berlaku antara saya dan murid, terdapat beberapa kelebihan dan kelemahannya. Antara kelebihan yang saya perolehi semasa mengajar mereka ialah, mereka mendengar arahan yang saya berikan dengan baik sekali. Selain itu, mereka juga berseronok semasa melakukan aktiviti terutamanya permainan kecil. Saya juga mendapat pengalaman baru mengajar murid-murid yang memerlukan perhatian yang lebih berbanding murid normal. Di samping itu, terdapat juga kelemahan semasa saya mengajar kelas mereka. Ada di antara mereka tidak dapat melakukan lakuan tersebut dengan baik kerana mengalami masalah lembam. Kesukaran untuk mereka melakukan aktiviti tersebut membuatkan hasil pembelajaran tidak dapat dicapai dengan baik. Arahan yang panjang membuatkan mereka berasa cepat bosan dan tertunggu- tunggu. Antara cadangan penambahbaikan ialah saya perlu memerhatikan serta memperbetulkan setiap lakuan yang dibuat oleh mereka. Ini bagi memastikan mereka dapat melakukan lakuan tersebut dengan baik. Selain itu, saya sepatutnya mengurangkan arahan saya bagi memastikan murid murid lebih cepat faham dan tidak tertunggu tunggu dengan arahan saya. Diharap semoga saya dapat melakukan yang terbaik sekiranya diberi peluang untuk mengajar murid berkeperluan khas ini. Ini kerana proses pengajaran dan pembelajaran yang saya lalui ini sudah menggambarkan betapa susahnya untuk memastikan mereka mencapai hasil pembelajaran yang telah di rancang dengan baik.

PENDIDIKAN JASMANI SUAIAN PJM 3114

RUJUKAN a) Buku Strategi Pengajaran Dan Pembelajaran Dalam Pendidikan Jasmani Dan Pendidikan Kesihatan ; Kursus Orientasi Jurulatih Utama Kurikulum 2003. b) Internet http://erezan.blogspot.com/2010/04/aktiviti-pendidikan-jasmani-suaian.html pada 23 Ogos 2013 http://www.zairedin.com/2012/07/sejarah-perkembangan-pendidikan-jasmani.html dilayari pada 23 Ogos 2013 http://insaniah-guru-dpli2012.blogspot.com/2012/08/perbezaan-individu-disediakanoleh.html dilayari pada 23 Ogos 2013 www.ipbl.edu.com dilayari pada 23 Ogos 2013 http://pomizi-pedagogi.blogspot.com/p/kaedah.html dilayari pada 23 Ogos 2013 http://freddy94186.blogspot.com/ dilayari pada 23 Ogos 2013 http://ketuajabatanpendidikanjasmani.blogspot.com/ dilayari pada 23 Ogos 2013 http://whatta.ipgmksm.edu.my dilayari pada 21 Ogos 2013 http://kssr.bpk.my/ dilayari pada 23 Ogos 2013 dilayari

PENDIDIKAN JASMANI SUAIAN PJM 3114

REFLEKSI

PENDIDIKAN JASMANI SUAIAN PJM 3114

RUJUKAN

PENDIDIKAN JASMANI SUAIAN PJM 3114

LAMPIRAN

PENDIDIKAN JASMANI SUAIAN PJM 3114

ARTIKEL 1

PENDIDIKAN JASMANI SUAIAN PJM 3114

ARTIKEL 2

Anda mungkin juga menyukai