Anda di halaman 1dari 2

Nota Bab 7

Revisi Cepat

1. Apabila Melaka jatuh ke tangan Portugis, Sultan Mahmud Shah telah


berundur ke Pagoh, kemudian membina kubu pertahanan di Bantayan,
Muar
2. Baginda kemudian bersemayam di Pahang sebelum berangkat ke Pulau
Bentan

3. Baginda telah mengumpul kekuatan tentera dan menyerang Portugis dari


Bentan

4. Namun demikian, baginda gagal, Portugis telah menyerang balas dan


memusnahkan Bentan

5. Baginda telah berundur ke Kampar dan mangkat di sana

6. Putera bongsu Sultan Mahmud Shah iaitu Sultan Alauddin Riayat Shah II
kemudian telah mengasaskan Kesultanan Melayu Johor pada tahun 1528

7. Sultan Alauddin Riayat Shah II telah memperkukuhkan kuasa kerajaan


Johor dengan

a. Menguasai semua jajahan takluk Melaka

b. Membina kota pertahanan dikenali sebagai Kota Kara

c. Mengawal hal ehwal Pahang

d. Meluaskan kuasa jajahan

e. Menempatkan wakil-wakil di negeri jajahan

f. Pusat pentadbiran sentiasa berubah

8. Pada Jun 1551, Johor telah bergabung dengan angkatan perang dari
Perak, Pahang dan Japara (Jawa) untuk memerangi Portugis tetapi gagal

9. Pada tahun 1608, angkatan perang Johor telah bergabung dengan askar
Belanda dan akhirnya berjaya mengalahkan Portugis pada tahun 1641

10. Perang Tiga Segi melibatkan tiga kuasa iaitu Johor, Portugis Melaka dan
Acheh
11. Peperangan ini adalah untuk menguasai perdagangan di Selat Melaka
dan berlarutan hampir selama 100 tahun (1536 – 1636). Namun demikian
gagal mengusir Portugus dari Melaka

12. Kerajaan Johor telah bangkit semula apabila sultan Abdul jalil Riayat Shah
(1623-1677) memerintah

13. Baginda telah menjadikan Batu Sawar sebagai pusat pemerintahan dan
ibu kota

14. Menjelang tahun 1641, jajahan takluk Johor telah berkembang luas
meliputi wilayah pantai barat Semenanjung Tanah Melayu iaitu dari Klang
hingga ke Singapura, Bentan dan Lingga

15. Johor juga menguasai Bengkalis, Kampar, Siak, Klang, Batu Pahat, Muar,
dan Pahang

16. Faktor-faktor yang membantu Johor mencapai kegemilangan ialah:

i. Kecekapan sultan dan pembesar Johor mentadbir negeri

ii. Kemajuan dalam kegiatan perdagangan

iii. Perkembangan bidang persuratan

17. Persengketaan di kalangan pembesar dan sultan menyebabkan


kegemilangan kerajaan Johor mulai merosot.

18. Terdapat empat faktor yang menyebabkan kemerosotan tersebut iaitu

a. Perang Johor-Jambi

b. Perebutan kuasa

c. Penglibatan Orang Bugis dalam pemerintahan Johor

d. Pengaruh Syarikat Hindia Timur Belanda (V.O.C)