Anda di halaman 1dari 5

Sejarah.Akuakultur Akuakultur boleh ditakrifkan sebagai berladang atau menternak hidup-hidupan air.

Ia merangkumi dari membiak hidup-hidupan tersebut dibawah kawalan manusia sepenuhnya kepada mengendalikan sekurang-kurangnya satu peringkat riwayat hidupnya sebelum penangkapan hasil dibuat.

Akuakultur telah lama diusahakan di negeri cina yaitu kira-kira 4000 tahun dahulu. awaInya bermula dengan pemeliharaan sejenis ikan kap sungai iaitu Lee Koh (Cyprinus carpio).Ikan ini telah dilepaskan kedalam kolam dikawasan istana untuk bekalan keluarga bangsawan semasa dalam musim sejuk. Lama kelamaan amalan ini telah berubah menjadi ternakan secara sepanjang tahun. Disamping itu juga , nelayannelayan sungai kerap menyimpan lebihan tangkapan mereka didalam sangkar-sangkar buluh, dan mereka telah menemui bahawa ikan- ikan tersebut dapat hidup dengan diberi makanan tambahan. Amalan ini kemudiannya telah diperbaiki lagi dengan mendirikan benteng-benteng atau ampangan merentangi sungai-sungai dan memelihara ikan didalamnya. Evolusi menternak ikan telah melibatkan penggunaan tasik-tasik ladang dan kolam-kolam binaan. Pada tahun 475 S.M.,buku terulung mengenai ternakan ikan telah ditulis oleh Fan Lee. Perlu dinyatakan disini bahawa kebanyakan prinsip-prinsip yang dijelaskan di dalam buku tersebut masih digunakan hingga ke hari ini. Walaupun ternakan sejenis (monokultura) ikan kap cina adalah popular, ternakan campuran (polikultura) juga telah diamalkan semasa Dinasti Tang (618 A.A). Jenis-jenis ikan yang diternak adalah termasuk ikan kap Rumput (Ctenopharyngodon idella), Kap

Kepala Besar (Aristichys nobilis), Kap Perak (Hypopthalmichthys molitrix), Kap hitam (Mylopharyngodon piceaus), Kap Lumpur (Cirrhinus molitorella) dan ikan Wuchang (Maglobrama ambycephala). Sebetulnya lebih daripada 20 jenis ikan kap sungai telah digunakan dalam ternakan secara campuran tetapi yang paling penting ialah ikan Kap Rumput, Kap Perak, Kap Hitam dan Kap Kepala Besar. Ternakan campuraN ikan kap-kap India telah diamalkan kira-kira tahun 1000 S.M. yang melibatkan ikan Catla (Catla catla), Rohu (Lobeo rohita), dan Mrigal (Cirrhinus Mrigala). Walaubagaimanapun ia tidaklah sebaik ternakan campuran ikan-ikan kap Cina. Pada masa ini kebanyakannya diusahakan dibahagian Timur Laut India sahaja.

Di Asia Tenggara, terutama sekali di Indonesia dan Thailand, menternak ikan telah lama. Di Thailand misalnya, ternakan ikan patin (pangasius spp.) telah dijalankan sekian lama. Jenis-jenis seperti ikan keli (Charnid) dan Sepat Siam (Trichogaster pectoralis) masih diusahakan secara meluas. Di Indonesia ternakan ikan-ikan kap tempatan seperti ikan Nilam (Osteochilis hasselti), Tawes Lampam Jawa (Puntius gonionotus) telah diusahakan berapa abadnya. Ikan Lee Koh (Kap biasa) yang telah diperkenalkan pada tahun 1914 adalah diternak secara meluas di negara tersebut sekarang ini. Ternakan air payau khususnya menternak tiram telah dilaporkan semenjak 2000 tahun dulu di Eropah. Kebanyakan pembangunan akuakultura air payau didunia ini adalah tertumpu disekitar Asia Tenggara. Di Indonesia dan Filipina, ikan banding diternak dalam kolam semenjak abad ke-14 lagi. Di Thailand dan Malaysia pula ternakan

udang secara menangkap dan menternak kerang telah diusahakan berpuluh-puluh tahun lamanya. Menternak ikan dalam sangkar pula telah lama diusahakan di sungai-sungai di Kampuchea semenjak abad ke 16 lagi. Teknik-teknik pemeliharaan ini telah diperkenalkan ke negara-negara Vietnam, Indonesia, Filipina dan Thailand dimana ia diusahakan secara meluas sekarang ini. Ternakan sangkar laut secara perdagangan baru saja diusahakan di Jepun iaitu pada awal tahun 1960 dikawasan-kawasan pantai dan teluk-teluk yang terlindung. Kejayaan dalam ternakan ikan laut dalam sangkar secara perdagangan telah membawa kepada kemajuan perusahaan tenakan air dibanyak negara. Aktiviti perdagangan yang paling besar dalam ternakan ikan laut dalam sangkar adalah berpusat di Jepun (Yellow Tail dan red sea bream), Hong Kong (serranid, lutjanid dan sea bream), Norway, Negara British dan Peranchis (salmonid). Tidak seperti negara-negara lain di Asia, menternak ikan bukanlah satu amalan tradisi penduduk di Malaysia. Ia telah diperkenalkan oleh pendatang-pendatang Cina yang telah berjaya menternak ikan pada tahun 1900. cara menternak lebih kurang sama dengan ternakan campuran yang diamalkan dinegeri Cina dengan sedikit percubaan. Ikan Kap Perak, Kap Hitam, Kap Lumpur dan lain jenis ikan kap yang kurang diketahui umum telah tidak dimasukkan. Pada pertengahan tahun 1950, ikan Lampam Jawa telah diternak bersama-sama dengan ikan kap-kap Cina dan cepat menjadi popular setelah diperkenalkan. Ternakan campuran diantara ikan-ikan cina ini (Kap Rumput, Kap Kepala Besar dan Lee Koh) dengan ikan Lampam Jawa masih merupakan cara ternakan yang paling popular dinegara ini hingga ke hari ini. Ternakan campuran ikan-ikan asing dengan ikan-ikan tempatan tidak berapa meluas oleh kerana benih-benih yang mencukupio sukar di dapati contoh penternak campuran seumpama ini adlah seperti kap India dengan ikan Jelawat. Ternakan ikan-ikan air sejuk seperti kap-kap dari Eropah dan raibow trout yang dilakukan dikawasankawasan sejuk dinegara ini tidaklah berapa berjaya.

Akuakultur air payau merupakan satu perusahaan yang masih baru di Malaysia. Tidak seperti dinegara-negara jiran, Malaysia tidak mempunyai ikan banding diperairannya menyebabkan ia tidak dapat mengikut langkah-langkah yang dijalankan oleh Indonesia dan Filipina. Menangkap udang laut dan menggemuk ketam telah diusahakan berpuluh-puluh terutamanya sekali di Johor, manakala kerang diternak secara meluas di Perak dan Penang. Tujuan-tujuan Akuakultur Akuakultur boleh dijalankan untuk tujuan perdagangan atau untuk faedah kepentingan masyarakat. Akuakultur untuk perdagangan melibatkan semua aktiviti menternak ikan yang dijalankan untuk mendapatkan keuntungan secara langsung. Misalnya ternakan udang laut, ketam dan moloska, menternak buaya untuk daging dan kulit serta menternak tiram mutiara, rumpai-laut dan ikan akuarium. Di banyak negara, akuakultur digalakkan dikalangan penduduk luar bandar yang bertujuan membaiki taraf sosio-ekonomi dan juga menampung keperluan protein mereka. Menternak ikan selalunya melibatkan penggunaan tanah yang tidak sesuai untuk pertanian. Ia juga senang disepadukan dengan pemeliharaan binatang ternakan dan pengeluaran tanaman supaya sumber-sumber dapat digunakan sepenuhya. Di negara-negara maju, kerajaan negeri dan persekutuan membuat perlepasan menternak ikan dan untuk tujuan rekreasi. Misalnya, ikan salmon dibiakkan dan anakanaknya dilepaskan pada setiap tahun bagi menentukan bilangan ikan tersebut mencukupi untuk tangkapan secara rekreasi. Faedah-faedah Akuakultur Akuakultur dapat memberi beberapa faedah samada kepada negara maju atau negara sedang membangun dan ia semakin dipandang sebagai satu aspek penting dalam teknologi pertanian. Faedah-faedah yang dimaksudkan adalah seperti berikut:-

1.2 Mutu Protein ikan adalah sumber protein yang tinggi. Asid asid amino yang diperlukan, laisin dan methionin terdapat pada ikan tetapi ia tidak terdapat secukupnya di dalam protein sayur-sayuran. Tidak seperti binatang ternakan, ikan tidak bersaing dengan manusia untuk makanan bijian seperti jagung dan gandum. 1.3 Jenis jenis Akuakultura. Dua jenis utama akuakultura ialah ternakan sejenis (monokultura) dan ternakan campuran (polikultura). Ternakan Sejenis Jenis ini melibatkan ternakan hanya satu jenis ikan pada satu-satu masa. Misalnya, menternak channel catfish di Amerika Syarikat dan ikan keli di Thailand. Ternakan satu jenis jantina (monosex) samada betina atau jantan juga dikira ternakan sejenis yang biasanya dijalankan untuk ikan Tilapia. Ternakan Campuran Ia melibatkan ternakan beberapa jenis ikan yang sesuai supaya dapat menggunakan ruang air dengan sepenuhnya. Sebagai contohnya ialah ternakan ikan-ikan Kap Cina ternakan ikan yang berbagai saiz walaupun dari jenis ikan yang sama. Ini adalah kerana perbezaan umur atau saiz mempunyai sifat pemakanan yang berlainan dan dengan itu makanan semulajadi dalam kolam dapat digunakan sepenuhnya. 1.4 Aspek- aspek Undang-undang dan Institusi. Kemajuan Akuakultur di Semenanjung Malaysia adalah diuruskan dan diselaraskan oleh Jabatan Perikanan Malaysia, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. Pada masa ini tidak ada undang-undang yang khusus berkaitan dengan Akuakultur air tawar di Malaysia. Walaubagaimanapun, tanah adalah dibawah bidang kuasa kerajaan Negeri dan lokasinya ditadbir melalui Pejabat Tanah Daerah