Anda di halaman 1dari 40

TAJUK 1:

Pentaksiran Pendidikan Moral di Sekolah Rendah

Pengenalan Pentaksiran Pendidikan Moral memberikan kemahiran kepada pelajar mengetahui pelbagai jenis pentaksiran. Selain itu mereka akan juga didedahkan dengan kemahiran membina item ujian Pendidikan Moral. Pengetahuan ini penting supaya pelajar mahir dalam merancang,

membina dan mentadbir penilaian Pendidikan Moral dengan berkesan.

Definisi Pentaksiran

Pentaksiranatau penaksiran adalah berasal daripada bahasa Latin yang membawa maksud duduk bersama dengan pelajar dan mengesahkan respon adalah sama dengan apa yang dimaksudkan. Menurut Salvia dan Yseldyke (1978), pentaksiran boleh didefiniskan sebagai proses pengumpulan data dengan tujuan untuk mengenalpasti dan mengesan masalah pelajar serta untuk membuat keputusan. Gearheart (1990) pula mendefinisikan pentaksiran sebagai proses pengumpulan dan penterjemahan secara saintifik tentang sesuatu maklumat yang luas berdasarkan keputusan intervensi dan apabila bersesuaian keputusan ditempatkan dan cadangan penempatan. David Lambert dan David Lines (2000) pula mendefiniskan pentasiran sebagai satu proses pengumpulan, menterjemah, merekod, dan menggunakan maklumat mengenai respon pelajar terhadap tugasan mereka. Lembaga Peperiksaan Malaysia (2000) pula mengatakan bahawa pentaksiran dalam pendidikan ialah dianggap sebagai suatu proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan menterjemah maklumat tentang pembelajaran seseorang murid bagi sesuatu tujuan tertentu. Hasil pentaksiran dinyatakan dalam bentuk skor. Skor mestilah sah dan boleh dipercayai untuk memastikan keadilan kepada murid serta mengekalkan kewibawaan institusi pentaksiran. Mokhtar Ismail pula menyatakan pentaksiran sebagai satu langkah untuk menentukan tahap sejauh mana seseorang itu memiliki sifat tertentu.

Penilaian merupakan satu proses sistematik yang dijalankan dengan tujuan mengumpulkan maklumat untuk membuat suatu taksiran. Taksiran ini adalah mengenai keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Gage dan Berliner (1991) menyatakan bahawa penilaian sebagai aktiviti khusus dan sebahagian daripada akauntibiliti pendidikan iaitu pendidik adalah bertanggungjawab ke atas kejayaan usaha mereka. Penilai pula adalah pendidik yang membantu penggubal polisi untuk mempertingkat lagi pendidikan. contohnya, penilaian dilakukan ke atas kurikulum, pengajaran, bahan pengajaran dan juga pencapaian pelajar untuk mendapatkan data supaya kelemahan yang ada dapat diatasi. Abu Bakar (1986), mentafsirkan penilaian sebagai proses yang meliputi penentuan objektif, pengutipan maklumat, dan pembentukan kesimpulan. Apabila proses ini berjalan dengan sistematik dan saintifik, maka keputusan yang dibuat akan lebih tepat dan dapat memenuhi tujuan keputusan itu dibuat.

Kesimpulannya penilaian dalam pengajaran dapat dikatakan sebagai proses yang merangkumi aktiviti mengumpul maklumat tentang strategi dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Setelah itu maklumat tersebut dianalisis dan dibuat keputusan untuk tujuan mengambil tindakan sewajarnya. Dalam proses penilaian ini terdapat aktiviti pengukuran dan pengujian iaitu datadata diperoleh dan diukur untuk memberikan penilaian yang tepat supaya cadangan yang tepat boleh diberikan. Pengujian atau ujian adalah satu teknik memperoleh maklumat tentang tingkah laku seseorang untuk memenuhi proses pengukuran dan penilaian. Gagne (1970) menerangkan ujian adalah cara yang sistematik untuk mengukur tingkah laku seseorang kerana kerana pembelajaran dikaitkan dengan perubahan tingkah laku. Secara mudahnya dapatlah dikatakan bahawa ujian adalah satu set soalan atau tugasan bagi pelajar memberi tindak balas.

Pengujian, pengukuran dan penilaian adalah antara beberapa konsep penting dalam dunia pendidikan. Sering kali istilah ini bertukar ganti digunakan. Misalnya, sesetengah guruapabila mengedarkan kertas ujian, mereka mungkin mengatakan mereka mengukur prestasi pelajar atau menilai prestasi pelajar dalam sesebuah bilik darjah tanpa mengambilhirau maksud sebenar atau maksud khusus yang mendukung istilah berkenaan. Akantetapi secara khususnya, ketiga-tiga istilah berkenaan mempunyai makna yang lebihspesifik dan ketigatiganya mempunyai perbezaan.Dalam dunia pendidikan, penilaian yang sistematik ialah dengan mengambil kira semuafaktor yang boleh mempengaruhi maklumat atau dapatan yang diperolehi

supaya dapatmembantu guru dalam membuat sebarang keputusan yang tepat. Dan apa yang inginditerangkan secara ringkas di bawah ini ialah tentang tujuan-tujuan pengujian dan penilaian itu sendiri. Kesimpulannyadasar penting bagi pencapaian pengajaran dan pembelajaran yang berkesan adalah melalui langkah-langkah pengujian, pengukuran dan penilaian yang tepatdan berkesan dijalankan oleh guru di bilik darjah. Justeru, kecekapan guru dalammembangunkan instrumen pengujian dan penilaian amat penting malah sama pentingnyadengan penguasaan guru terhadap kurikulum yang diajar bagi menjamin keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.

Pentaksiran secara formal

Jenis-jenis penilaian formal Penilaian adalah satu proses mendapatkan maklumat yang bertujuan untuk membuat keputusan bagi mempertingkatkan sesuatu program. Gronlund (1985) mengatakan empat jenis penilaian, iaitu penilaian formatif, sumatif, penempatan, dan diagnostik.

Penilaian secara amnya boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu penilaian formatif dan penilaian sumatif. Scriven (1976) merujuk penilaian formatif sebagai penilaian yang dibuat dalam masa pengajaran dijalankan. Penilaian ini bertujuan untuk mendapat maklum balas tentang pengajaran di samping mempengaruhi pengajaran dan proses pembelajaran yang sedang dilaksanakan. Penilaian formatif ini membolehkan guru mengajar dengan berkesan dan meningkatkan pencapaian pelajar.

Tujuan penilaian formatif ini adalah untuk mengesan pencapaian pelajar selepas sesuatu kemahiran diajar. Jika keputusan penilaian lemah maka guru akan merancang aktiviti pemulihan. Bagi pelajar yang berjaya pula akan diberikan aktiviti pengayaan. Penilaian formatif ini boleh dilakukan melalui pemerhatian guru secara tidak formal ataupun melalui tugasan dan soalan yang dikemukan oleh guru. Melalui maklum balas yang diperolehi guru akan memperbaiki pengajarannya dan meningkatkan prestasi pelajar sebelum menduduki

peperiksaan akhir.

Penilaian sumatif ialah penilaian yang dijalankan pada akhir suatu kursus. Tujuannya ialah untuk menentukan gred atau taraf sijil. Dalam penilaian berpusat di peringkat kebangsaan atau Kementerian Pelajaran Malaysia seperti peperiksaan UPSR, PMR, SPM, dan STPM. Gronlund (1985) menegaskan bahawa penilaian sumatif dibuat pada akhir pengajaran. Tujuannya adalah untuk mengesan pencapaian pelajar selepas beberapa kemahiran diajar dan bagi menentukan gred pelajar, memberikan sijil atau menempatkan semula pelajar dalam kelas yang sesuai.

Perbandingan di antara ujian formatif dan sumatif:


UJIAN FORMATIF Fungsi Menghasilkan maklumat UJIAN SUMATIF Pensijilan murid di akhir kursus

balik kepada murid dan guru murid Masa diberi Kesukaran item Jenis alat Berubah-ubah segmen Alat pengukur formatif yang di bentuk khusus Contoh Ujian bulanan, lembaran UPSR, PMR, STPM, Peperiksaan Sijil Perguruan, pepriksaan akhir tahun mengikut Semua peringkat. Ada yang sangat senang dan ada yg.susah Peperiksaan akhir tahun Sepanjang pengajaran Di akhir satu-satu kursus atau unit tentang kemajuan

kerja dan lain-lain

Ujian bilik darjah bertujuan untuk mendapatkan maklumat yang sah, yang boleh dipercayai serta berguna tentang pencapaian pelajar-pelajar. Proses ini melibatkan usaha penentuan tentang apa yang hendak diukur dan kemudian mentakrifkannya supaya item ujian boleh dibina untuk mengukurnya. Domain pencapaian pelajar hendaklah jelas supaya item soalan dapat dibentuk untuk merangkuminya.

Langkah-langkah dan prosedur pembinaan ujian hendaklah mematuhi perkara-perkara berikut: Membentuk jadual penentuan ujian. Menulis item-item soalan. Menyunting item. Menjalankan pra-ujian. Mentadbir ujian atau peperiksaan.

Menentukan Tujuan Ujian

Dengan adanya tujuan yang jelas tugas menyediakan jadual penentuan ujian dapat dipermudah. Ujian-ujian boleh diklasifikasikan mengikut tujuan. Biasanya ada empat jenis ujian iaitu ujian penempatan, ujian formatif, ujian diagnostic dan ujian sumatif.

ujian penempatan bertujuan menentukan sama ada pelajar mempunyai kemahiran yang diperlukan untuk mengikuti satu-satu kursus. Ia juga menguji pengetahuan sedia ada pelajar dan sejauh mana mereka telah mencapai objektif pelajaran yang ditentukan.

ujian formatif bertujuan mengukur kemajuan pelajar serta memberikan maklum balas kepada guru. ujian diagnostik bertujuan mencari punca-punca kelemahan pelajar. ujian sumatif pula diberikan pada penghujung sesuatu kursus untuk tujuan pensijilan.

Menentukan Objektif Pengajaran yang akan diukur.

Hasil pengajaran yang akan diukur hendaklah sejajar dengan objektif pengajaran. Satu cara menentukan objektif pengajaran ialah dengan menggunakan taksonomi objektif pendidikan. Ia merupakan system yang mengelaskan kepada objektif domain-domain kognitif (Bloom 1956), afektif (Krathwohl 1964) dan psikomotor (Harrow 1972).

Akhirnya hasil pembelajaran bagi unit pelajaran (perancangan ujian) boleh dinyatakan seperti berikut: a. mengetahui makna istilah pengujian. b. mengetahui fakta tentang perancangan ujian. c. mengetahui prosedur perancangan ujian. d. mengetahu prinsip-prinsip pengujian. e. menggunakan prinsip-prinsip dalam perancangan ujian.

Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) JSU ialah satu senarai objektif pengajaran dan aras pemahaman yang akan diuji. Ia menghuraikan serta menjelaskan domain pencapaian yang ingin diukur serta memberikan satu panduan untuk mendapatkan satu sampel item-item ujian. Pembentukan JPU penting untuk membantunya dalam penggubalan soalan-soalan ujian. Fungsi jadual ini ialah untuk

menghuraikan domain pencapaian yang akan diukur, dan untuk memberi satu panduan untuk mendapatkan satu sampel item-item soalan

Tujuan JSU diadakan: 1. JSU akan menjadikan setiap soalan yang dibina tidak sembarangan tanpa mengikut prosedur yang ditetapkan. 2. dapat menjamin kesahan dan kebolehpercayaan soalan yang dibina. 3. sebagai satu panduan dan penentu kepada pihak yang menggubal soalan. 4. JSU juga dapat menstabilkan taraf serta aras kesukaran soalan dari setahun ke setahun. 5. JSU juga akan menentukan pemberatan soalan berdasarkan Aras Taksonomi Bloom. 6. Panduan dan prosedur akan membolehkan penggubal lain membina soalan yang telah ditetapkan. 7. Ia juga boleh membuat perbandingan antara satu ujian dengan ujian yang lain. 8. JSU juga dapat menggambaarkan pembahagian aras kebolehan setiap murid. Konsep adil dalam memberikan soalan kepada murid tercapai di sebabkan adanya soalan yang mudah, sederhana, dan yang sukar.

Ciri-ciri Utama Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) 1. Pembinaan ujian yang dijalankan hendaklah mengikut perancangan dan keparluan spesifikasi ujian yang telah ditetapkan 2. Sampel perancangan ujian yang hendak dijalankan mestilah mewakili item ujian yang seimbang, merangkumi dan meliputi aspek kemahiran dan pengetahuan yang boleh dilaksanakan oleh murid.

3. JSU menyenaraikan aras kemahiran yang akan diuji sama ada pada peringkat pengetahuan, kefahaman, aplikasi, analisis, sintesis, dan penilaian. 4. Setiap JSU dibina dengan berasaskan carta dua hala iaitu paksi tegak mengandungi tajuktajuk yang akan diuji dan paksi mendatar mengandungi jenis kemahiran yang akan diuji. 5. JSU memberi gambaran tentang bilangan soalan dalam sesuatu ujian. 6. Setiap soalan yang dibina menjalani pelbagai peringkat proses termasuklah pembinaan item, mengkaji semula, proses ujian awal (pilot test) dan pra ujian bagi memastikan item ujiann adalah boleh digunakan dan diperbaiki (jika ada keperluan). 7. JSU menggambarkan bilangan soalann mmengikut aras kesukaran. Contohnya, soalan aras analisis, sintesis, atau penilaian adalah lebih susah berbanding dengan soalan pada aras pengetahuan dan kefahaman. 8. JSU juga dapat memastikan sama ada unit-unit pembelajaran telah dikuasai dengan baik oleh murid.

Elemen Penting Membina Jadual Spesifikasi Ujian Beberapa elemen penting yang perlu difahami oleh guru berkaitan dengan JSU ialah: 1. Keseimbangan sasaran ujian 2. Keseimbangan tahap pembelajaran yang telah dilaksanakan 3. Format ujian sama ada item jenis soalan objektif benar salah, objektif aneka pilihan, struktur esei dan sebagainya. 4. Jumlah item soalan juga perlu diketahui oleh guru. 5. Bilangan item ujian bagi setiap sasaran tahap pembelajaran mengikut aras Taksonomi Bloom.

JADUAL SPESIFIKASI UJIAN Bagi Kertas Ujian Pendidikan Moral

Aras kemahiran isi atau Pengetahuan (7.5%) Kefahahaman (25%) (55%) (10%) (2.5%) Aplikasi Analisis Sintesis Penilaian (2.5%) Jumlah

kandungan

Sikap bersih fizikal & mental 1 1 2

Sikap belas kasihan

Sikap sederhana 1 1 4 6

Sikap rajin 1 Sikap berterima kasih 1 2 4 1 8 5 12 3 1 22

Jumlah

10

22

40

Jadual di atas menunjukkan kertas soalan Pendidikan Moral terdiri daripada 40 soalan objektif bagi tahun 5. Semua topik disenaraikan di sebelah kiri (paksi kandungan) manakala aras kemahiran di paksi mendatar. Ia mengandungi aras koginitif dibahagikan kepada pengetahuan, kefahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian. Dari jadual ini juga menunjukkan 2 soalan objektif (1 soalan kefahaman dan 1 soalan aplikasi). 22 soalan (1 aras pengetahuan, 5 aras kefahaman, 12 aras aplikasi, 3 aras analisis dan 1 aras sintesis.

Pada umumnya dari JSU di atas peratus taburan soalannya ialah:

7.5% aras pengetahuan 25% 55% 10% kefahaman aplikasi analisis sintesis

2.5%

JSU memberikan faedah-faedah berikut:

ia menunjukkan ujian dibina secara sembarangan. ia menjamin kesahan dan kebolehpercayaan ujian. ia merupakan satu panduan kepada penggubal soalan. ia menstabilkan aras kesukaran ujian dari setahun kesetahun. Ia menetapkan bidang serta pemberatan yang diberi di dalam sesuatu ujian. Ia membolehkan ujian itu dibina oleh penggubal-penggubal yang berlianan. Ia membolehkan perbandingan dibuat di antara satu ujian dengan ujian lain .

Contoh Soalan dan Aras Pemeringkatan Taksonomi Bloom


Aras kemahiran dalam bidang kognitif 1. Pengetahuan Menguji pengetahuan murid-murid Mengingat kembali fakta, menjelaskan erti, menjelaskan prinsip, menjelaskan istilah, menjelaskan hukum, menjelaskan definisi yang telah dipelajari 2. Kefahaman Menguji kebolehan murid memahami, menukar dan menjelaskan fakta, konsep, prinsip, hukum dan teori yang telah mereka pelajari. 3. Aplikasi Menguji kebolehan pelajar menggunakan fakta, konsep, hukum, teori, prinsip, pengetahuan dan kemahiran untuk menyelesaikan masalah yang berkaitan. 4. Analisis Menguji kebolehan pelajar membanding dan menghuraikan faktor-faktor kesamaan, perbezaan Contoh soalan Nyatakan lima Prinsip Rukun Negara

Huraikan dua tanggungjawab kepada kedua ibu bapanya.

seorang

anak

Sunil merupakan seorang murid yang malas. Dia selalu meminta bantuan orang lain untuk menyempurnakan kerja sekolahnya. Jelaskan nilai yang patut diamalkan oleh Sunil agar dia boleh menjadikan dirinya cemerlang. Banding bezakan antara dua watak yang terdapat dalam cerita Bawang Putih Bawang Merah.

dan perhubungan di antara satu sama lain. 5. Sintesis Menguji kebolehan pelajar mencantumkan, menggabungkan dan mengintergrasikan fakta-fakta atau idea-idea yang berkaitan 6. Penilaian Menguji kebolehan calon membuktikan, menilaikan, mengesahkan, mengkritikan, merumuskan atau memberi pendapat sesuatu pernyataan, ciptaan, karya, prinsip, teori dan sebagainya.

Lengkapkan peta minda berikut dengan meletakkan ciri-ciri pemimpin yang unggul berdasarkan teks yang telah anda baca. Dengan memberikan contoh yang sesuai berikan penilaian anda terhadap kempen kitar semula yang telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan.

ARAS KEMAHIRAN DOMAIN KOGNITIF PENILAIAN PENDIDIKAN MORAL Taksonomi Bloom Aras Kesukaran Tugasan

Pengetahuan Kefahaman Aplikasi Analisis Sintesis Penilaian

Aras Mudah

Aras Sederhana

Aras Kompleks

Contoh kata tugas yang boleh digunakan bagi setiap aras kemahiran domain kognitif:
Aras Kemahiran Domain Kognitif Mengetahui Mengingat Kembali Cadangan Kata Tugas yang boleh digunakan: Takrifkan Perihalkan Kenal pasti Labelkan Memahami Menterjemah bahan atau idea drp satu bentuk idea ke bentuk lain; mentafsir bahan atau idea; merangkakan trend masa depan Ubahkan Padankan Senaraikan Namakan Nyatakan Lukiskan Tentukan Buat inferens Lakarkan Tuliskan

Anggarkan Tukarkan Hubungkaitkan Terangkan Banding bezakan Cirikan Berikan contoh Tambahkan Kelaskan Ukur Ramalkan Sukat

Mengaplikasi Menggunakan bahan atau idea dalam situasi yang baru dan konkrit

Kirakan

Hitungkan

Ubahsuai

Tunjuk cara

Jelaskan dgn contoh

10

Menganalisis Mengasingkan maklumat kepada komponen-komponennya untuk memahami struktur organisasinya dan perhubungan antara komponen

Cerakinkan Jelaskan melalui contoh Pilih Asingkan Buat andaian Kawal pembolehubah Susun mengikut keutamaan Huraikan Buat Kesimpulan Buat Urutan Selesaikan masalah

Mensintesis Menggabungkan komponenkomponen untuk menghasilkan keseluruhan idea atau struktur yang baru dan kreatif

Gabungkan Rancangkan Ringkaskan Binakan Rangkakan

Konsepsikan Buat gambaran mental Definisi secara operasi Buat hipotesis Reka bentukkan

Buat eksperimen Buat analogi Buat reka cipta Menilai Menilai idea/maklumat/ /kaedah/ bahan berdasarkan kriteria yang spesifik untuk tujuan yang tertentu Taksirkan Tafsirkan Kritik Wajarkan Kesan kecondongan Buat keputusan Sokong

Pentaksiran secara tidak formal

Pelbagai cara digunakan untuk menjalankan penilaian tidak formal iaitu : Pemerhatian Senarai semak dan skala pemeringkatan Rekod Anekdot Hasil kerja pelajar Temu bual

11

i) Pemerhatian

Guru Pendidikan Moral atau guru kelas akan memerhatikan tingkah laku pelajar di dalam dan di luar bilik darjah. Hasil pemerhatian guru tentang kelebihan dan kelemahan pelajar boleh direkodkan dalam borang yang direkabentuk oleh guru atau pun menilai tingkah laku muridmurid dengan menggunakan borang pemerhatian yang telah ditentukan.

ii)Senarai semak

Senarai tingkah laku yang dijangka oleh murid-murid daripada Tahun satu hingga Tahun enam telah ditentukan terlebih dahulu. Guru akan menyemak prestasi pelajar berasakan kriteria tingkah laku yang ditentukan untuk satu tempoh tertentu. Semakin tinggi markah senarai semak menunjukkan semakin banyak tingkah laku yang dijangkakan ditonjolkan oleh murid-murid. Sampel Senarai semak Tingkah laku pelajar adalah seperti yang berikut :-

SENARAI SEMAK TINGKAHLAKU PELAJAR

Nama :

kelas:

Tempoh :

PEMERHATIAN BIL TINGKAH LAKU 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. Menjaga kebersihan diri, bilik darjah dan kawasan sekolah Menghormati rakan, guru dan kakitangan lain di sekolah Mematuhi arahan , peraturan dan undang-undang Bersopan santun Memberi kerjasama kepada rakan dan guru Selalu bersikap adil Menepati masa Menghabiskan tugasan yang diberikan Jumlah skor (YA) (TIDAK)

12

iii)Skala Pemeringkatan

Teknik skala pemeringkatan melibatkan menilai tingkah laku pelajar berdasarkan satu skala. Kelebihan teknik ini adalah ia dapat menilai tingkah laku pelajar bukan hanya setakat `Ya atau `Tidak tetapi berasaskan satu skala pemeringkatan sebab peringkat amalan dan p enghayatan nilai adalah sangat berbeza di antara seorang pelajar dengan pelajar yang lain. Semasa

menggunakan teknik penilaian tidak formal, guru perlu memastikan tidak dipengaruhi oleh kesan halo. Kesan halo boleh berbentuk positif atau negatif. Kesan halo merujuk kepada keadaan di mana sesuatu ciri samada positif atau negatif yang menonjol memberi kesan

terhadap penilaian pelajar tersebut. Pengaruh Kesan halo akan memberi penilaian yang tidak adil kepada murid-murid yang baik dalam amalan nilai moral yang lain tetapi lemah dalam sesuatu nilai yang menojol. Berikut adalah satu contoh skala pemeringkatan :-

BORANG PENILAIAN TINGKAH LAKU / SAHSIAH (SKALA PEMERINGKATAN)

Nama : TINGKAH LAKU

Kelas : SEMESTER 1 1 2 3 4 5

Tahun: SEM ESTER 2 1 2 3 4 5

1. Mematuhi peraturan sekolah 2.Berdiri tegak semasa

menyanyikan lagu `Negaraku 3. Berbaris semasa perhimpuan 4.Memberikan salam apabila

berjumpa dengan guru 5. Tidak membuat bising semasa guru tidak ada dalam kelas 6. Mendengar arahan guru 7.Menghantar kerja rumah pada masa yang ditetapkan 8.Memakai pakaian seragam

13

sekolah yang kemas dan bersih Skor Jumlah Besar

iv) Rekod Anekdot

Rekod anekdot merupakan satu rekod perisitiwa yang berlaku dalam sesuatu tempoh tertentu. Sebelum sesuatu catatan dibuat guru haruslah memerhatikan tingkah laku pelajar dengan tepat dan teliti. Pemerhatian untuk menilai tingkah laku pelajar seharusnya merangkumi seberapa ramai pelajar yang mungkin. Tingkah laku yang diperhatikan haruslah direkodkan dengan jelas, ringkas dan objektif. Kemudian guru harus membuat pentafsiran atau intepretasi tingkah laku yang diperhatikan. Berikut adalah satu contoh rekod anekdot :-

REKOD ANEKDOT Nama Pelajar :_________________________ Tahun : ________________

Tarikh

Jenis Perlakuan

Komen

9.7.04 17.8.04 23.8.04 2.9. 04 3.9.04

Bergaduh di dalam kelas Berbual-bual semasa perhimpuan Tidak memakai lencana sekolah Merosakkan meja di dalam kelas Meniru ujian matematik

Tandatangan Guru ___________________

14

V) Hasil Kerja Pelajar

Prestasi seseorang pelajar boleh juga dinilai berdasarkan hasil kerja yang dijalankan oleh murid-murid dalam dan di luar bilik darjah. Guru boleh menilai hasil murid-murid berasakan isi kandungan dan sikap semasa menghasilkan kerja. Aspekaspek yang boleh dinilai termasuk sikap dan kebolehan berkolaborasi dengan orang lain dalam menghasilkan kerja. Vi) Temu bual

Temu bual melibatkan interaksi bersemuka dengan murid-murid. Murid-murid diberikan peluang menyatakan perasaan mereka yang dapat menggambarkan sikap mereka. Semasa menjalankan temu bual, guru mendorong pelajar berfikir supaya dapat mewujudkan pelbagai situasi untuk merangsangkan pelajar berfikir secara kritis dan membuat pertimbangan moral.

15

TAJUK 2

Pembinaan Instrumen dan Item Pentaksiran dalam Pendidikan Moral

Jenis-jenis instrumen pentaksiran formal. Penilaian dalam Pendidikan Moral lazimnya dijalankan dalam dua bentuk iaitu secara formal dan tidak formal. Penilaian dalam bentuk formal dijalankan melalui penilaian yang berbentuk ujian pensil kertas. Penilaian formal boleh berbentuk objektif dan subjektif. Jenis-jenis ujian objektif dan subjektif :-

Soalan Objektif

Soalan Subjektif

Soalan aneka pilihan - jawapan terbaik - Positif dan negatif - Cantuman

Soalan memerlukan jawapan yang pendek Soalan melengkapkan perkataan / ayat / cerita Soalan menggunakan gambar

Soalan betul salah

Panduan Membina Soalan Objektif dan Subjektif

Soalan objektif dan subjektif boleh dibentuk mengikut aras-aras kognitif yang berbeza iaitu aras pengetahuan, kefahaman, analisis, sintesis dan kefahaman. Dua jenis soalan ini boleh membekalkan maklumat yang berguna mengenai prestasi pelajar. Setiap jenis ujian mempunyai kebaikan dan kelemahannya tersendiri. Umumnya kedua-dua jenis soalan ini adalah untuk mengukur pencapaian dan prestasi pelajar di alam persekolahan mereka.

Kebaikan dan Kelemahan Ujian Objektif dan Sujektif

Kebaikan soalan objektif adalah seperti berikut: merangkumi semua bidang matapelajaran. masa untuk menjawab serta memeriksa amat singkat. objektivitinya tinggi. Markah yang sama diberi oleh pemeriksa yang berbeza. emosi pemeriksa tidak mempengaruhi pemarkahan.

16

Keburukan soalan objektif adalah seperti berikut ; iaitu:

pembinaan ujian memerlukan belanja, masa dan tenaga yang tinggi. tidak dapat menguji calon di aras kognitif yang tinggi. menggalakkan pelajar meneka jawapan. pelajar kurang membuat persiapan rapi

Kebaikan soalan subjektif adalah seperti berikut:

senang dibina dan ditadbir. menguji sejauh mana seorang pelajar menyatakan ideanya. boleh digunakan dalam kebanyakan mata pelajaran. peluang untuk meneka jawapan dapat dikurangkan.

Keburukan soalan subjektif adalah seperti berikut: unsur subjektiviti akan mempengaruhi kesahan dan kebolehpercayaan ujian. ia hanya merangkumi bidang yang terhad kerana bilangan soalan ini terhad. pemarkahan mengambil masa dan tenaga yang banyak. pelajar boleh membuat ramalan terhadap soalan-soalan yang dikemukakan.

Contoh item-item ujian soalan objektif adalah seperti berikut:-

1. Contoh soalan objektif (Jawapan terbaik)

Sekiranya anda ialah seorang pustakawan. Semasa menjalankan tugas anda Medapati bahawa dua orang rakan anda sedang berbual dengan suara yang tinggi. tindakan anda A. B. C. D. Memarahi mereka Menasihati mereka Tidak memperdulikan mereka Menghalau mereka keluar dari perpustakaan Apakah

17

2. Contoh soalan objektif (Cantuman)

Tindakan berikut yang manakah menunujukkan sikap menyayangi alam sekitar I II III IV V Menebang pokok sesuka hati Membuang sampah ke dalam sungai Menanam pokok bunga di kawasan lapang Mengumpulkan surat khabar untuk kitar semula Menderma baju lama ke rumah anak yatim

A. I dan II sahaja B. II dan III sahaja C. II, III dan IV sahaja D. III,IV dan V sahaja

3.Contoh soalan objektif (Positif / negatif)

Kalau kita memecahkan pasu bunga jiran dengan tidak sengaja, kita harus lakukan perkaraperkara berikut Kecuali A. Membayar ganti rugi kepada jiran B. Menggantikan pasu bunga yang baru C. Melarikan diri dari tempat kejadian D. Mengaku kesalahan dan meminta maaf daripada jiran

4. Contoh soalan betul / Salah

a) Apabila Sabri marah, dia memukul adiknya. b) Kita perlu berusaha gigih untuk mencapai kejayaan

( (

) )

5. Contoh Soalan Subjektif (Lengkapkan ayat)

a) Peperiksaan akhir akan hampir menjelang, anda harus ________________________ b) Sikap yang suka menjaga kebersihan alam sekitar akan menguntungkan kita kerana ____________________________________________________

18

6. Contoh Soalan Subjektif (Jawapan pendek)

a) Huraikan 3 cara sayangi alam sekitar _______________________________________________________________ _______________________________________________________________ _______________________________________________________________ _______________________________________________________________ b) Manjit bermain bola keranjang ketika hujan lebat. Pakaiannya menjadi basah dan kotor. Apabila sampai di rumah , Manjit terus makan kerana letih dan lapar. Nyatakan 3 tindakan yang patut diambil oleh Manjit jika dia mengamalkan nilai kebersihan diri

1.________________________________________________________________ 2.________________________________________________________________ 3.________________________________________________________________

19

Contoh Soalan

Aras Pengetahuan Objektif: Melalui soalan ini,pelajar akan tahu bila terbentuknya Malaysia. 1 . Bilakah terbentuknya Malaysia? - Malaysia telah terbentuk pada 16 September 1963. Ia dianggotai oleh Tanah Melayu, Singapura, Sabah dan Sarawak.

Aras Pemahaman Objektif : Melalui soalan ini,pelajar akan dapat mengetahui mengenai jenis-jenis sumber yang boleh dijadikan rujukan untuk mengkaji mengenai Malaysia. 2 . Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai pembentukan Malaysia,banyak sumbersumber yang boleh dirujuk untuk tujuan tersebut. Apakah antara sumber-sumber tersebut? - Antara sumber-sumber yang boleh dirujuk untuk mengetahui mengenai sejarah pembentukan Malaysia ialah Dokumen-dokumen yang masih tersimpan di Arkib,Muzium dan juga pihak persendirian. Dokumen seperti dokumen pengistiharan Malaysia boleh dirujuk untuk mengetahui mengenai sejarah Malaysia. Selain itu ialah catatan-catatan yang dilakukan oleh mereka/ahli sejarah yang terlibat dengan peristiwa terbabit. Selain itu, sumber lisan daripada mereka yang pernah terlibat dalam peristiwa kemerdekaan tersebut juga boleh diambil untuk mengetahui mengenai pembentukan Malaysia. Selain itu,surat rasmi kerajaan,surat peribadi tokoh terlibat juga boleh menjadi dalil untuk mengetahui peristiwa pembentukan Malaysia. Selain itu,akhbarakhbar yang terbit pada zaman itu juga boleh dijadikan rujukan oleh pengkaji sejarah Malaysia untuk mengetahui dengan lebih lanjut peristiwa pembentukan Malaysia.

Aras Aplikasi Objektif : Pada soalan ini,pelajar akan dapat mengetahui kenapa Singapura di singkirkan daripada Malaysia. 3 . Singapura telah bersetuju untuk menjadi salah sebuah Negara yang terlibat dengan pembentukan Malaysia. Namun selepas hanya 2 tahun, Singapura telah dikeluarkan oleh Tunku Abdul Rahman daripada Malaysia. Kenapakah Tunku bertindak demikian?

20

- Antara sebab kenapa Tunku Abdul Rahman berbuat demikian kerana merasakan PAP mungkir janji dan cuba menyebarkan pengaruhnya kedalam Tanah Melayu sekaligus melanggar perjanjian yang telah disepakati selama ini. Dalam perjanjian tersebut,PAP tidak akan menyebarkan pengaruhnya kedalam Tanah Melayu dan begitu juga MCA tidak akan menyebarkan pengaruhnya di Singapura. Malangnya, PAP telah melanggar persetujuan tersebut dengan menyebarkan pengaruhnya di Tanah Melayu. Hal ini telah menyebabkan pengaruh MCA dalam kalangan kaum Cina telah tersebut. Untuk mengatasi masalah yang berlaku ini, Tunku Abdul Rahman telah memberikan kemerdekaan yang berasingan kepada Singapura.

Aras Analisis Objektif: Pada soalan ini,pelajar akan dapat membezakan antara golongan kanan dan golongan kiri di Malaysia. 4. Apakah perbezaan antara 4 tokoh di bawah ? Dr Burhanuddin al Helmy Pak Sako Dato Onn Tunku Abdul Rahman

- Perbezaan yang ketara antara 4 tokoh diatas ialah fahaman mereka dalam usaha menuntut kemerdekaan. Dr Burhanuddin al Helmy dan Pak Sako digelar sebagai golongan kiri yang mahukan kemerdekaan dalam apa jua cara walaupun melalui peperangan secara kekerasan. Namun Dato Onn dan Tunku Abdul Rahman hanya mahukan kemerdekaan dengan cara aman dengan melakukan rundingan. Aras Sintesis Objektif : Pada soalan ini,pelajar akan membuat ramalan mengenai apa yang akan berlaku jika golongan kanan dan golongan kiri bersatu menuntut kemerdekaan. Pelajar akan dapat mengetahui kesan daripada perkara tersebut. 5Ramalkan apa yang akan berlaku jika golongan kanan dan golongan kiri bersatu untuk menuntut kemerdekaan?. - Pada pendapat saya,jika golongan kanan yang diketuai oleh Dato Onn dan golongan kiri bersatu untuk menuntut kemerdekaan di Tanah Melayu,sudah semestinya kemerdekaan akan cepat tercapai samada melalui rundingan ataupun jalan kekerasan.

21

Aras Penilaian Objektif : Pada soalan ini,pelajar akan dapat menilai kepentingan kemerdekaan kepada penduduk di Tanah Melayu. 6 . Nilaikan kepentingan kemerdekaan kepada penduduk Tanah Melayu? Kemerdekaan amat penting kepada penduduk Tanah Melayu. Buktinya muncul banyak partiparti yang melibatkan orang Melayu untuk menuntut kemerdekaan contohnya PKMM,Hizbul Muslimin kemudiaan diikuti oleh UMNO dan Parti Negara. Orang Melayu mahukan sebuah kerajaan yang dibentuk sendiri oleh penduduk Tanah Melayu bukannya sebuah pentadbiran yang diperintah oleh bukan dari bangsa Melayu. Kemerdekaan amat penting kepada orang Melayu kerana ini menandakan kemampuan mereka untuk menjadi pentadbir yang selama ini dilakukan oleh penjajah.
http://diniahfalahiah.blogspot.com/2012/01/kenali-aras-kognitif-taksonomi-bloom.html

22

3 Isu-isu dalam Pentaksiran Pendidikan Moral

3.1

Kelebihan Pentaksiran formal dan tidak formal. 1. Pentaksiran yang dilaksanakan dengan sempurna oleh guru dapat membantu murid mengatasi masalah pembelajaran yang dikenal pasti pada peringkat awal supaya kelemahan tersebut tidak berulang lagi. 2. Kekuatan murid yang telah menguasai sesuatu kemahiran dan tindakan secara bermoral dapat diperkukuhkan dan diperkayakan. 3. Dapat membantu memotivasikan murid untuk terus belajar dan mencapai kejayaan. 4. 5. 6. Mencungkil bakat dan kreativiti murid-murid. Dapat mendalami dengan lebih dekat akan peribadi murid-murid yang diajar Dapat mengesan kemajuan, pencapaian, dan fenomena tingkah laku muridmurid yang diajar.

3.2

Kelemahan pentaksiran formal dan tidak formal. 1. 2. Membebankan pelajar dan guru. melahirkan pelajar yang hanya tahu menjawab soalan tetapi tidak boleh berfikir. Kesannya, pelajar berlumba-lumba ke kelas tuisyen dan meninggalkan aktiviti kekeluargaan dan kemasyarakatan. 3. para pelajar tertekan untuk memperoleh keputusan yang baik sehinggakan hilang keseronokan belajar. 4. Pentaksiran secara keseluruhannyatidak mampu mencapai objektif untuk menimba pengetahuan secara menyeluruh. 5. Penaksiran bakal melahirkan generasi-generasi pelajar yang hanya mampu memperoleh maklumat dan mencurahkan maklumat dalam kertas peperiksaan.

23

3.3

Masalah perlaksanaan pentaksiran formal dan tidak formal.

Setiap matapelajaran yang diajar di sekolah adalah diuji atau dinilai sama ada dalam bentuk formal atau tidak formal. Disebabkan Pendidikan Moral amat menitikberatkan domain afektif iaitu mengenai pembentukan sikap, nilai dan emosi maka penilaian mengenainya menghadapi masalah. Masalah 1: Penilaian moral susah dinilai secara afektif

Bagaimana kita hendak menilai sikap dan tabiat selepas satu waktu pengajaran?

Situasi: Cikgu Ahmad mengajar matapelajaran Pendidikan Moral. Tajuk yang disampaikannya pada hari itu ialah nilai kebersihan. Pelajar-pelajar didapati menyimpan kuku yang pendek dan bersih pada hari yang kedua. Bolehkah kita menganggap guru tersebut berjaya kerana pelajar-pelajar telah memotong dan membersihkan kuku mereka? Masalah 2: Proses penilaian memerlukan masa yang panjang

Penilaian moral biasanya dilakukan melalui penilaian formal seperti mengadakan ujian aneka pilihan, jawapan pendek, melengkapkan cerita dan memadan gambar dan kenyataan. Penilaian juga dibuat melalui penilaian tidak formal seperti senarai semak, skala pemeringkatan serta rekod peristiwa (rekod anekdot) juga digunakan. Masalah 3: Penilaian Pendidikan Moral adalah subjektif

Sesetengah alatan yang digunakan dalam penilaian Pendidikan moral banyak dipengaruhi oleh perasaan penilai atau penguji. Penilaian jenis ini tidak tepat dan diragui

Masalah 4: Penilaian Pendidikan Moral membawa banyak implikasi

Domain afektif yang yang meliputi sikap, nilai, minat dan perasaan merupakan domain yang amat sukar dinilai

24

Situasi: Seorang pemandu kereta berhenti apabila lampu isyarat berwarna merah. Ini menunjukkan pemandu itu mematuhi undang-undang. Tetapi adakah pemandu ini seorang yang bermoral atau pun ia takut didenda $300.00? Rumusan

Penilaian Pendidikan Moral di sekolah yang menitikberatkan domain afektif iaitu mengenai pembentukan nilai dan sikap menghadapi pelbagai masalah. Antaranya penilaian cara ini susuah untuk dinilai. Proses penilaian memerlukan masa yang panjang dan membawa banyak implikasi. Kesimpulannya, oleh kerena Pendidikan Moral banyak menyentuh tentang nilai dan sikap maka ia mengalami banyak masalah apabila proses penilaian dibuat.

25

TAJUK 4

Pengurusan Matapelajaran Pendidikan Moral di Sekolah

4.1

Tugas dan tanggung jawab Guru Panitia matapelajaran Pendidikan Moral.

Pelaksanaan berkesan satu-satu mata pelajaran di sekolah memerlukan penyelerasan dan pengawasan yang rapi. Oleh yang demikian, panitia mata pelajaran Pendidikan Moral perlu diwujudkan di sekolah. Guru-guru Pendidikan Moral boleh meminta bantuan guru besar atau pengetua sekolah untuk menubuhkan panitia Pendidikan Moral di sekolah. Beberapa orang guru Pendidiikan Moral akan dilantik untuk menjalankan tugas penyelarasan dan pengawasan.

Antara tugas-tugas panitia mata pelajaran Pendidikan Moral ialah: 1. Melaksanakan tugas pengajaran dan pembelajaran a) sebagai seorang guru, Ketua Panitia juga perlu mengajar dalam kelas mata pelajaran Pendidikan Moral. b) menjadi guru contoh kepada guru-guru lain, supaya mereka akan dimotivasikan untuk mengajar Pendidikan Moral. 2. Pemimpin dan Pengurus Kurikulum a) Mengendalikan mesyuarat dari masa ke semasa untuk mengesan keberkesanan pengajaran Pendidikan Moral. b) Menyiapkan rancangan kerja tahunan, semester dan harian untuk semua guru Pendidikan Moral. c) d) e) f) Membina item-item ujian kertas pensel bagi ujian sekolah dan PKBS. Membina item-item untuk penilaian tidak formal bagi Pendidikan Moral. Menyediakan bahan bantu mengajar Pendidikan Moral. Merancang projek yang boleh meningkatkan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Moral. g) Bertukar-tukar pendapat dengan panitia Pendidikan Moral sekolah lain untuk meningkatkan lagi mutu pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Moral. h) i) Mengurus dan mengerakkan panitia. Merancang, melaksana, menyelia dan menilai pembelajaran dan pengajaran yang akan dijalankan di dalam kelas supaya ia saksama dan adil kepada semua pelajar

26

j)

mematuhi surat pekeliling yang diedarkan oleh kementerian supaya tidak bercanggah dengan objektif mata pelajaran Pendidikan Moral

k) l)

Mengurus jadual waktu mata pelajaran Pendidikan Moral Mengurus bilik-bilik khas untuk pembelajaran Pendidikan Moral seperti bilik audiovisual.

m)

melakukan tindakan susulan seperti membuat kelas-kelas pemulihan dan pengayaan

3.

Memastikan kemajuan staf a) b) c) d) Membuat analisis keperluan-kepperluan staf dalam mengajar moral merancang dan melaksana program latihan dalaman menilai program Pendidikan Moral di sekolah memastikan penyertaan guru dalam seminar, bengkel, dan kursus

4.

Menyediakan bahan: a) menyediakan bahan bantu mengajar kepada guru-guru dalam kelas. b) menambahkan koleksi Pusat Sumber Sekolah. untuk digunakan di

4.2

Tugas dan tanggung jawab guru Pendidikan Moral.

Matlamat Pendidikan Moral di Malaysia ialah: Kurikulum Pendidikan Moral bermatlamat membentuk individu yang berakhlak mulia, bertanggungjawab dan boleh menyumbang ke arah keharmonian dan kestabilan negara serta masyarakat global. Sumber: Sukatan Pelajaran Pendidikan Moral,2003 Kurikulum Standard Pendidikan Moral bermatlamat membentuk insan berakhlak mulia, berintegriti dan boleh menyumbang ke arah keharmonian dan kestabilan negara serta masyarakat global. Sumber: Kurikulum Standard Sekolah Rendah Pendidikan Moral, 2010

Berdasarkan petikan di atas, jelas peranan guru Pendidikan Moral yang utama ialah merealisasikan matlamat seperti di atas. Matlamat pengajaran Pendidikan Moral merujuk kepada satu program mendidik murid supaya menjadi insan yang bermoral atau berakhlak

27

mulia dengan menekankan aspek perkembangan penaakulan moral, perasaan moral dan perlakuan moral. Kurikulum Standard Pendidikan Moral di sekolah rendah memberi tumpuan kepada usaha memupuk kekuatan kerohanian danmoraliti murid melalui penghayatan dan amalan nilai-nilai murni universal yang terdapat dalam agama, tradisi dan adat resampelbagai kaum di negara ini. Dengan itu murid dapat satu panduan hidup yang membolehkan mereka menjadi insan yang bermoral. Ini membolehkan mereka menjadi individu yang berintegriti moral dan sosial terhadap segala keputusan dan tindakanyang dilakukan. Beberapa prinsip utama telah dikenal pasti sebagai panduan dalam melahirkan insan yang menyeluruh dari segi intelek, rohani,emosi dan sosial. Prinsip-prinsip itu adalah: Bertanggungjawab pada diri, keluarga dan orang lain; Berpegang teguh pada ajaran agama; Prihatin kepada alam sekitar; Mengekalkan keamanan dan keharmonian hidup; Bersemangat patriotik; Menghormati hak asasi manusia; dan Mengamalkan prinsip demokrasi dalam kehidupan.

Perbandingan objektif Pendidikan Moral Sekolah RendahKBSR dan KSSR KBSR


Memahami dan menghayati masyarakat Malaysia; nilai-nilai murni

KSSR
Memahami dan menghayati nilai-nilai universal;

Meningkatkan amalan budi pekerti mulia; Menyedari dan menerima kepentingan tanggungjawab moral dan sosial bagi mengekalkan kesejahteraan hidup dalam perhubungan diri dengan keluarga, masyarakat, negara serta alam sekitar; dan Mengembangkan pemikiran moral, perasaan moral dan amalan moral dalam membuat sesuatu pertimbangan dan keputusan yang selaras dengan nilai-nilai murni masyarakat Malaysia.

Menghayati dan mengamalkan budi pekerti mulia; Melaksanakan tanggungjawab moral dan sosial bagi mengekalkan kesejahteraan diri dengan keluarga, sekolah, jiran, masyarakat dan negara; dan

Mengembangkan dan mengaplikasikan penaakulan moral, perasaan moral dan perlakuan moral dalam membuat pertimbangan dan keputusan.

Objektif-objektif di atas, merupakan peranan guru Pendidikan Moral khususnya dalam mengadakan proses pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti dan bermakna di dalam bilik darjah dan di luar bilik darjah. Dari segi pelaksanaannya guru Pendidikan Moral perlu menguasai maksud nilai-nilai murni berserta dengan kandungan akademik dan situasi atau isu

28

yang sesuai seperti yang dicadangkan dalam dokumen Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Moral sekolah rendah dan menengah.

Guru merupakan penghubung penting di antara sekolah dan rumah. Peranan utama guru-guru adalah bagi memastikan perkembangan moral para pelajar adalah dengan membantu mereka membentuk satu pandangan moral yang menyeluruh dan relevan bagi kedua-dua institusi iaitu rumah dan sekolah. Oleh itu Guru Pendidikan Moral mempunyai tanggungjawab yang berat. Selain daripada perlu menyampaikan pelajarannya dengan berkesan dia perlu menjadi contoh kepada pelajarnya. Guru Pendidikan Moral bukan sahaja mengajar nilai-nilai moral kepada murid-murid tetapi harus menghayati serta mengamalkannya.

Guru Pendidikan Moral harus sedar bahawa kanak-kanak yang datang ke sekolah telah mempelajari pelajaran moral di rumah daripada keluarga dan masyarakat. Ini bermakna kanakkanak telah mempunyai sikap, kepercayaan dan tabiat tentang moral yang dipelajari mereka daripada pelbagai sumber sebelum mereka ke sekolah.

Guru Pendidikan Moral juga harus sedar bahawa sekolah itu sendiri merupakan sumber pembelajaran moral secara tidak langsung. Suasana sosial di sekolah, cara sekolah itu ditadbir dan bagaimana guru-guru bertingkah laku akan memberi pengaruh secara tidak langsung kepada pembelajaran moral kanak-kanak di sekolah.

Guru Pendidikan Moral mesti menerima hakikat adanya sikap-sikap moral yang tertanam dalam diri murid-murid, dan guru haruslah bersedia untuk mengajar Pendidikan Moral dengan Guru

mengambil kira pengetahuan dan pembelajaran moral sedia ada murid-murid.

dikehendaki melanjutkan pengetahuan moral murid-murid ini dan membimbing mereka semasa pengajaran Pendidikan Moral. Pendidikan Moral di sekolah digunakan untuk melanjutkan pengetahuan moral kanak-kanak ke arah mencapai matlamat kurikulum untuk melahirkan individu yang bermoral tinggi.

Selain itu guru yang berada di dalam kelas sering menjadi pendorong bagi setiap aktiviti, seperti mewujudkan situasi simulasi dan memulakan permainan bahasa. Guru juga menjadi fasilitator yang membantu pelajar-pelajar memulakan aktiviti seperti menggalakkan mereka menceritakan pengalaman mereka dan menganjurkan satu projek gotong-royong. Seorang guru juga harus memahami peranannya dan menberi sokongan bagi aktiviti yang dianjurkan oleh para pelajar

29

dan guru-guru dengan cara melapangkan masa untuk melihat dan mendengar lakonan yang disediakan oleh pelajar.

Selain memahami bidang pembelajaran dalam Pendidikan Moral, guru PendidikanMoral perlu menghidupkan kelas dengan aktiviti-aktiviti yang menarik dan memberikanpengalaman langsung kepada murid. Bawalah mereka melawat rumah orang tua yangberdekatan dan suntiklah seberapa banyak nilai kasih sayang, hormat menghormati danmembalas budi ke dalam jiwa kanak-kanak yang masih mentah itu. Melalui pengalamantersebut mereka akan dewasa dengan jiwa prihatin yang kaya dengan nilaikemanusiaan.

Lawatan

ke

kampus

universiti

di

kalangan

murid-murid

di

kawasan

luar

bandar

akanmenyebabkan mereka berjiwa besar untuk terus memanjat tangga kejayaan. Pendekkata guru Pendidikan Moral yang komited ibarat doktor yang mampu memberikanpenawar, mengubati dan memberikan harapan kepada murid-murid yang diibaratkansebagai rebung yang masih boleh dilentur.

Seorang guru Pendidikan Moral juga boleh bertindak sebagai pegawai sumber yang membolehkan beliau memberi maklumat yang tepat atau membantu para pelajar mencari maklumat bagi setiap dilemma seperti dalam mata pelajaran Sejarah atau Sains. Guru juga boleh menjadi perangsnag dalam penaakulan bagi membantu pelajar berfikir melalui dilema dan tindakan moral.

Guru juga boleh menyimpan rahsia pelajar-pelajar dalam menjalinkan hubungan baik sesama pelajar. Guru Pendidikan Moral boleh menjadi pendengar yang baik kepada setiap masalah yang dihadapi oleh para pelajarnya andai ada para pelajar yang ingin menceritakan masalah peribadi mereka.

30

4.3

Mengurus sumber dan bahan Pengajaran pembelajaran Pendidikan Moral.

Seperti mana mata pelajaran lain, pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Moral akan lebih berkesan dan menyeronokan jika pelbagai bahan bantu mengajar digunakan oleh guru. Sebahagian bahan sumber tidak memerlukan kewangan yang banyak dan bolehdisediakan sendiri oleh guru-guru Pendidikan Moral. Terdapat juga Pusat KegiatanGuru daerah mengadakan bengkel menyediakan bahan-bahan sumber pengajaransecara bersama. Murid-murid juga boleh diminta membuat bahan-bahan sumbermelalui tugasan dan projek. Terpulanglah kepada kreativiti guru dan panitia matapelajaran untuk menyediakan bahan sumber yang boleh digunakan untuk pengajaranpembelajaran mereka.

Anda

tentu

biasa

dengan

bilik

sumber

sekolah.

Walaupun

cara

pengurusan

danpengendaliannya mungkin berbeza tetapi fungsinya adalah sama. Bahan-bahansumber biasanya diletakkan di bilik sumber sekolah, diatur/disimpan mengikutmata pelajaran. Guru-guru boleh mengeluarkannya apabila diperlukan. Kadang kalabahan sumber diletakkan di satu sudut di perpustakaan kerana kekurangan bilik. Namunguru-guru tetap diberi kebenaran untuk menggunakannya dengan membuat catatansupaya bahan-bahan itu tidak hilang dan dapat dikesan. Bahan-bahan ini mestidipulangkan selepas menggunakannya.

Bagi

penggunaan

alat-alat

elektronik,

biasanya

murid-murid

akan

dibawa

ke ini,

bilik perlu

yangdikhaskan apabila perlu menggunakannya.

Untuk menggunakan bilik

dibuattempahan terlebih dahulu kerana biasanya banyak kelas yang akan menggunakanbilik ini pada satu-satu masa. Oleh itu penjadualan biasanya dibuat oleh guru

yangdipertanggungjawabkan supaya tidak menimbulkan masalah. Guru-guru perlu mengetahui cara-cara menggunakan bahan-bahan sumber elektronik supayapengajaran tidak tergganggu. Jika tidak, guru terpaksa meminta bantuan pembantu biliksumber ( jika ada ) atau pelajar-pelajar yang tahu. Selepas digunakan, bahan/alatelektronik mestilah dikembalikan seperti kedudukan asalnya. Langkah-langkahkeselamatan juga perlu diambil.

31

4.3.1

Ciri-ciri Bahan Sumber

Sama ada bahan elektronik atau bahan cetak, ia hendaklah sesuai dengan tajuk dannilai yang diajar. o o o o o o Bentuk, warna dan saiznya sesuai. Tulisan terang dan gambar-gambar yang menarik. Membantu menambah keberkesanan pengajaran. Memudahkan guru menyampaikan konsep dengan jelas. Sesuaikan dengan tahap umur pelajar. Pastikan bahan audio yang hendak digunakan itu berfungsi

Antara bahan-bahan bantu mengajar mata pelajaran Pendidikan Moral yang boleh digunakan adalah seperti berikut:

1. Bahan bercetak seperti gambar, gambar bersiri, carta, komik, kad-kad situasi, skrip lakonan, cerita, lagu, surat khabar, dan poster. 2. Bahan-bahan permainan untuk menerapkan nilai dalam bentuk kad atau papan seperti permainan ular dan tangga, teka teki, dan silang kata. 3. Bahan-bahan maujud seperti bendera, pakaian, model dan sebagainya. 4. Bahan rakaman seperti cerita dan lagu. 5. Bahan pandang dengar seperti video, Cd-rom,filem dan sebagainya. 6. Alat-alat tayangan seperti komputer, projektor LCD, projektor lutsinar dan sebagainya.

4.4

Melibatkan diri dalam aktiviti Pengajaran Pembelajaran Moral dalam dan luar sekolah.

Sebagai tenaga pengajar mata pelajaran Pendidikan Moral, kita mestilah sentiasabersedia dalam memberikan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan oleh pelajarsupaya mereka boleh berfungsi dalam kehidupannya. Guru perlu mendiagnoskeperluan pembelajaran yang spesifik di kalangan pelajar serta menyediakan pelbagaiaktiviti yang sesuai bagi memenuhi keperluan mereka. Proses pengajaran danpembelajaran tidak akan berjaya seandainya proses ini tidak disusuli denganpenyediaan aktiviti yang sesuai dengan kelas yang diajar sama ada kelas biasa ataukelas bercantum.

32

4.4.1

Pengajaran Secara Kelas

Pengajaran secara kelas bermaksud penyampaian pengajaran guru kepada seluruhkelas. Ini bermakna guru mengajar dengan isi pelajaran yang sama, masa yang samaserta memberikan latihan atau kerja yang sama kepada semua murid di dalamkelasnya.

Kaedah kelas ini melibatkan aktiviti atau mengikut aktiviti pengajaran guru. Selepasmurid-murid sudah memahami konsep dan menguasai kemahiran yang dikehendaki,mereka akan diarah untuk menjalankan aktiviti dalam kumpulan. Nancy Catty dalambuku Mok Soon Sang mencadangkan prinsip-prinsip pelaksanaan pengajaran secarakelas adalah seperti berikut: o o o o o o o Memahami jelas dan tepat apa yang hendak diajar Menyediakan alat bantu mengajar yang diperlukan Menggunakan alat bantu mengajar yang perlu secara berkesan Ajarkan semua murid dalam kelas. Jangan tumpukan perhatian kepadabeberapa orang murid sahaja Bertenang dan mempunyai keyakinan serta berlagak secara semula jadi semasa

mengajar Melibatkan semua murid di dalam kelas dengan menyediakan

aktivitipembelajaran secara aktif

Di samping cadangan-cadangan tersebut, guru yang menggunakan kaedah seluruhkelas hendaklah memastikan setiap murid mematuhi peraturan kelas supaya aktivitipengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan lancar dan berkesan. Pastikansetiap murid melibatkan diri dalam aktiviti pembelajaran. Penggunaan pengajaransecara kelas adalah sesuai dan menjadi lebih berkesan sekiranya murid-murid yangmempunyai kebolehan yang hampir sama ditempatkan dalam kelas yang sama 4.4.2 Kelas Bercantum

Kelas bercantum merupakan satu jenis kelas waktu sekolah rendah atau menengahyang mengandungi lebih daripada satu darjah/tingkatan. Seorang guru PendidikanMoral mengajar serentak kelas berkenaan. Percantuman kelas ini dijalankan kerana: o o Bilangan pelajar di dalam sesebuah kelas tidak mencukupi untuk menjadikan satukelas biasa Peruntukan guru di sekolah berkenaan tidak mencukupi untuk mengajar tiaptiapkelas secara berasingan

33

Gabungan kelas Pendidikan Moral adalah selaras dengan pengajaran matapelajaran Pendidikan Islam.

4.4.3

Kaedah Pengajaranpembelajaran Pendidikan Moral di Kelas Bercantum

Guru Pendidikan Moral perlu membuat perancangan pengajaran dan pembelajaranyang teliti kerana dua atau tiga kelas diajar serentak dalam satu kelas. Perkara-perkaraberikut perlu dipertimbangkan: 1) Pemilihan bahan-bahan yang sesuai bagi setiap kumpulan 2) Tugas-tugas bagi setiap kumpulan perlu ditetapkan 3) Masa perlu diperuntukkan untuk bimbingan dan bantuan individu 4) Objektif-objektif bagi setiap pelajaran hendaklah jelas 5) Gerak kerja setiap peringkat bagi setiap kumpulan hendaklah mencukupi 6) Isi-isi penting bagi setiap tajuk perlu disusun dengan teratur serta dicatat 7) Pastikan umur dan kebolehan kanak-kanak kelas bercantum tidak terlalu berbeza 8) Pastikan bahan-bahan pembelajaran kendiri, kit pembelajaran, lembaran kerja dansudutsudut pembelajaran disediakan dengan mencukupi. Ini penting apabila muriddiminta membuat kerja sendiri. 9) Elakkan daripada mencantumkan kelas-kelas yang akan menghadapi peperiksaan.

Mengajar kelas bercantum memerlukan pengelolaan rancangan dan persediaan yangteliti, mencukupi serta bersesuaian. Para pelajar hendaklah dilatih supaya berupayabekerja tanpa banyak bimbingan, galakan atau kawalan. Di samping itu, segala alatdan bahan pembelajaran kendiri seharusnya mencukupi untuk menjamin kelicinan sertakeberkesanan proses

pengajaran-pembelajaran di dalam sesebuah kelas bercantum.

34

TAJUK 5 :

Tanggung jawab dan peranan guru Pendidikan Moral dalam merealisasikan aspirasi negara

5.1

Guru Pendidikan Moral dan Aspirasi Negara

Menyanjung tinggi dan menyokong semua aspirasi negara juga merupakantanggungjawab penting semua guru, termasuk Guru Pendidikan Moral. Selain kod etikaperguruan, aspirasi negara lain yang dikemukakan untuk pembangunan negara perluditititberatkan oleh semua guru dalam usaha melaksanakan tanggungjawab mereka disekolah. Guru berkenaan harus menjadi teladan dalam mempraktikkan prinsip yangpositif di samping menyibarkan mesej yang diingini kepada pelajar-pelajar. Misalnyainsiden isu pergaduhan antara guru di salah sebuah sekolah memaparkan bahawaamatlah malang jika guru tidak dapat mengawal perasaan lalu bertumbuk dan bertarikanrambut di hadapan murid semasa perhimpunan sehingga melibatkan ibu bapa muriduntuk menyelesaikannya. Kedua-dua guru tersebut ialah guru cemerlang. Isu pertelingkahan mereka bersifat peribadi. Lebih ironi lagi, apabila murid-murid kecil itubertanya soalan serius, Patutkah guru-guru itu dirotan kerana bergaduh di hadapanmurid?

5.1.1

Peranan guru Moral dalam falsafah Pendidikan Kebangsaan. a) Intipati Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggung jawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) di atas telah diumumkan pada tahun 1988.Falsafah tersebut berhasrat melahirkan insan yang mulia dan sempurna supaya menjadiwarganegara yang baik dari segi intelek, emosi, rohani dan jasmani. Demi mencapai citi-cita FPG, tanggungjawab dan kewajipan guru Pendidikan Moral adalah berat danpenting dalam usaha untuk menerapkan nilai-nilai murni diri murid dengan berkesan.

35

5.1.2

Peranan guru Pendidikan Moral dalam mencapai hasrat Rukunegara. a) Intipati Rukunegara. Rukun Negara (1970) merupakan satu set prinsip panduan hidup untuk rakyat Malaysia. Ideologi Nasional ini bertujuan mengeratkan perpaduan rakyat disamping memelihara cara hisup masyarakat yang adil, liberal,progresif lagi beretika. Pernyataan

berbagai kaum harmonis,

demokratik,

Rukunegara :

BAHAWASANYA NEGARA KITA MALAYSIA mendukung cita-cita hendak mencapai perpaduan yang lebih erat di

kalanganseluruh masyarakatnya; memelihara satu cara hidup demokratik; mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran Negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama; menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai corak; membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden;

MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan prinsip-prinsip yang berikut: Kepercayaan kepada Tuhan Kesetiaan kepada Raja dan Negara Keluhuran Perlembagaan Kedaulatan Undang-undang Kesopanan dan Kesusilaan

Setiap prinsip dalam Rukun Negara merupakan panduan cara hidup kita semua, setiap prinsip tersebut juga ada berkaitan dengan nilai-nilai murni yang unggul. Guru Pendidikan Moral harus sentiasa membimbing dan menerapkan nilai-nilai berkenaan yang tersirat dalam Rukun Negara supaya hasrat melahirkan rakyat yang diingin tercapai.

36

5.1.3

Peranan guru Pendidikan Moral dalam mencapai Wawasan 2020. a) Intipati Wawasan 2020. Wawasan 2020 adalah satu visi negara kita yang dikemukakan oleh bekas Perdana Menteri Malaysia Tun Dato Seri Dr. Mahathir Mohamad pada visi ini ialah, supaya Malaysia mencapai taraf sebuah maju dan masyarakat yang beretika. Sebanyak untuk negara kita menghala ke arah

tahun 1991. Tujuan

negara perindustrian yang

sembilan cabaran telah digariskan

wawasan ini dan dapat mencapai hasrat

tersebut pada tahun 2020:

a) Mewujudkan negara Malaysia bersatu yang mempunyai matlamat yang dikongsibersama iaitu Malaysia mesti menjadi negara yang aman, berintegrasi diperingkat wilayah dan semua kaum hidup dalam keharmonian. b) Mewujudkan sebuah masyarakat yang berjiwa bebas, tenteram dan maju dengan keyakinan terhadap diri sendiri, bangga dengan apa yang ada dan dengan apa yang dicapai. c) Mewujudkan dan membangunkan masyarakat demokratik yang matang. d) Mewujudkan masyarakat yang bermoral dan beretika sepenuhnya yang mempunyai warganegara yang kukuh dalam nilai agama da jiwa. e) Mewujudkan masyarakat liberal dan bertolak ansur dalam konteks rakyat Malaysia pelbagai kaum; bebas mengamalkan adat, kebudayaan dan

kepercayaan agama tetapi setia peda negara. f) Mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif, yang bukan sahaja menjadi pengguna teknologi malah menjadi penyumbang kepada tamadun saintifik dan teknologi masa depan. g) Mewujudkan masyarakat penyayang dan budaya menyayang iaitu sistem sosial yang memberi keutamaan kepada kepentingan masyarakat daripada diri sendiri. h) Mewujudkan masyarakat yang adil dalam bidang ekonomi iaitu masyarakat yang melaksanakan pengagihan kekayaan negara secara adil dan saksama. i) Mewujudkan masyarakat makmur yang mempunyai ekonomi bersaing, dinamik,giat dan kental.

37

Semua guru sekolah, terutamanya guru Pendidikan Moral harus mengambil kiracabarancabaran Wawasan 2020 ini dalam menangani kerjaya dan tanggungjawabharian di sekolah agar negara dan masyarakat Malaysia dapat mencapai cita-citatersebut.

5.1.4

Peranan guru Pendidikan Moral dalam menjayakan kod etika perguruan. a) Intipati kod etika perguruan. Kod etika perguruan merupakan satu sistem prinsip yang mengawal kemoralan danperlakuan guru. Kod ini merupakan satu panduan perlakuan atau etika kerja untukprofesion perguruan. Guru sebagai seorang profesional harus mematuhi peraturanyang terkandung dalam kod etika di samping mengamalkan peribadi mulia selarasdengan etika profesion dalam menjalankan tugas harian. Berikut ialah Kod EtikaPerguruan Malaysia :

Tanggungjawab terhadap pelajar

1. Mengutamakan kebajikan dan keselamatan pelajar kami daripada hal-hal lain.(Rujuk Surat Pekeliling Ikhtisan Bil.4/2002: Pelaksanaan Program Sekolahdengan Selamat) muka surat 245. 2. Adil terhadap setiap orang pelajar tanpa mengira faktor-faktor jasmani, mental,emosi, politik, ekonomi, sosial, keturunan atau agama. 3. Merahsiakan maklumat ikhtisas atau sulit mengenai pelajar kecuali kepadamereka yang berhak mengetahuinya. 4. Membimbing atau mengajar seseorang pelajar dalam darjah sendiri atau dalammata-mata pelajaran yang diajar di bilik darjah tanpa sebarang bayaran. 5. Menunjukkan suatu cara pakaian, pertuturan dan tingkah laku yang dapatmemberikan contoh yang baik kepada pelajar. (Rujuk Surat PekelilingKP(BS)8591/Jld XVII(7) 7Jun 2001) muka surat 243. 6. Memelihara dan membaiki kecekapan ikhtisas, persidangan, mesyuarat atauseminar supaya pengajaran mencapai mutu yang setinggi-tingginya.

38

Tanggungjawab terhadap Ibu Bapa

1. Menghormati tanggungjawab utama ibu bapa terhadap anak-anak mereka dan berusaha mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama yang erat di antarainstitusi pendidikan dengan rumahtangga. 2. Menganggap semua maklumat yang diberikan kepada ibu bapa berhubungdengan keadaan rumahtangga atau berkaitan dengan anak mereka sebagai sulitdan tidak akan

membocorkannya kepada sesiapa kecuali kepada mereka yangberhak mengetahuinya. 3. Memberikan maklumat kepada ibu bapa demi kepentingan anak-anak merekadan mengutamakan maklumat yang diterima daripada ibu bapa secara teliti danbijaksana. 4. Mengelakkan diri daripada menggunakan atau dipengaruhi oleh kedudukansosial dan ekonomi ibu bapa pelajar. 5. Mengelakkan diri daripada mengeluarkan kata-kata atau melakukan sesuatuyang boleh menjejaskan kepercayaan pelajar terhadap ibu bapa penjagamereka.

Tanggungjawab Terhadap Masyarakat Dan Negara 1. Mengelakkan diri daripada menyebarkan sesuatu ajaran yang boleh merosakkankepentingan pelajar, masyarakat, negara ataupun yang bertentangan denganRukunegara. 2. Memupuk dalam diri setiap pelajar sikap dan nilai yang dapat membantu, danmembimbing mereka untuk menjadi warganegara yang taat setia,bertanggungjawab dan berguna, menghormati adanya perbezaan kebudayaan,keturunan dan agama. 3. Menghormati masyarakat tempat berkhidmat dan memenuhi segalatanggungjawab sebagai seorang warganegara dan sentiasa sanggup mengambilbahagian dalam sebarang kegiatan masyarakat. 4. Menggalakkan kerjasama dan persefahaman antara guru dengan ibu bapa,institusi pendidikan dengan masyarakat. 5. Memberikan sumbangan cergas untuk meninggikan kehidupan moral,kebudayaan dan kecendiakawan masyarakat. 6. Berpegang kepada tingkah laku yang sopan yang diterima oleh masyarakat danmenjalani kehidupan seharian dengan baik.

39

Tanggungjawab Terhadap Rakan Sejawat Dan Profesion Perguruan 1. Mengelakkan diri daripada membuat sebarang kenyataan atau ulasan yangboleh mencemarkan nama baik seseorang guru di hadapan pelajar atau ibubapa, atau berbuat sesuatu yang boleh menjatuhkan maruah seseorang guru. 2. Tidak melibatkan diri dalam kegiatan yang boleh menjejaskan kecekapansebagai guru. 3. Berusaha dengan sepenuhnya menunaikan tanggungjawab dengan rajin danbersungguhsungguh dan mengekalkannya sejajar dengan kemajuan ikhtisasdan sosial.

4. Sentiasa bersedia membantu rakan sejawat terutamanya mereka yang barudalam profesion perguruan 5. Sentiasa mengawasi diri supaya tidak mencemarkan nama baik profesionperguruan. 6. Akan menjadi ahli sebuah pertubuhan guru.

5.1.5

Falsafah Pendidikan Guru (FPG) a) Intipati Falsafah Pendidikan Guru (FPG) Falsafah Pendidikan Guru berhasrat untuk mendidik: Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik,

bersediamenjunjung aspirasi Negara serta menyanjung warisan kebudayaan Negara,menjamin perkembangan individu dan memelihara suatu masyarakat yangbersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin.

Menurut hasrat FPG, guru lepasan maktab atau institusi perguruan haruslahberkaliber tinggi, berkebolehan berfungsi sebagai pendidik yang baik, dapatmengamalkan nilai murni dan akan menghasilkan murid yang sesuai denganpembinaan Negara. Peranan guru Pendidikan Moral ialah berpegang teguh kepadaFPG supaya dapat melahirkan murid-murid yang dapat memenuhi kehendakaspirasi negara

40

Anda mungkin juga menyukai