Anda di halaman 1dari 5

MATA PELAJARAN TARIKH KELAS JUMLAH PELAJAR MASA TAJUK STANDARD KANDUNGAN

Reka Bentuk & Teknologi 05 Mac 2014 (Selasa ) 4 Bestari 15 orang 08.45 09.45 petang (60 minit) 2.0 ASAS TEKNOLOGI 2.1 Memasang dan membuka kit model berfungsi

STANDARD PEMBELAJARAN

2.1.4 2.1.5 2.1.6

Memasang komponen kit model berpandukan manual. Menguji kefungsian kit model. Membuka dan menyimpan komponen kit model.

OBJEKTIF PEMBELAJARAN

Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat:1. Memasang komponen kit model berpandukan manual dengan betul. 2. Menguji kefungsian kit model. 3. Menyatakan cara yang betul untuk membuka dan menyimpan kit model.

RINGKASAN

Murid dapat memasang, membuka dan menyimpan kit model.

KEMAHIRAN

1. Membaca manual. 2. Menggunakan alatan tangan dengan betul. 3. Memasang, membuka dan menyimpan kit model dengan betul. 1. Keusahawanan (EK5) mengamalkan nilai moral dan beretika.

ELEMEN MERENTAS KURIKULUM

2. Kreativiti boleh mengendalikan komponen dengan selamat. 3. Nilai murni - bekerjasama, berhati-hati dan bertanggungjawab

BAHAN BANTU MENGAJAR

1. Kit model 2. Manual 3. Alatan tangan.

AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Set Induksi 1. Guru menunjukkan kit model yang berfungsi kepada murid.

Langkah 1. Guru mengedarkan satu set kit model kepada setiap kumpulan. 2. Murid membaca manual yang telah dibekalkan. 3. Murid melakukan aktiviti memasang kit model berpandukan manual secara berkumpulan. 4. Murid menguji kit model yang telah dipasang dan membuat pembaikan sekiranya tidak berfungsi. ( HOTS menggabung idea dengan menggunakan pemikiran yang kreatif untuk menghasilkan idea ) Penutup 1. Murid menyimpan kit model. Guru memberi penghargaan kepada kumpulan yang berjaya memasang kit model.

PENILAIAN PdP

1. Guru menilai kit model yang telah siap dipasang. 2. Guru mengedarkan lembaran kerja untuk dilengkapkan.

PENGETAHUAN SEDIA ADA

Murid telah mempelajari asas binaan kit model dalam mata pelajaran Dunia Sains dan Teknologi.

AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LANGKAH / MASA KANDUNGAN AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN CATATAN

Pendahuluan (5 minit)

Rutin Kelas

1. Guru meminta murid membersihkan kelas. 2. Guru memeriksa kekemasan diri murid-murid 3. Murid-murid diminta bersedia untuk aktiviti PdP.

Set Induksi (5 minit)

Pengenalan 1.Kit model kereta Soalan :1Pernah bermain kit model atau tidak? 2.Tahu cara memasang kit model atau tidak.

1. Murid dibahagikan kepada 4 kumpulan. 2. Murid ditunjukkan kit model kereta. 3. Guru menghidupkan kit model kereta dan membiarkan ia bergerak . 4. Murid diajukan soalan berkaitan kit model tersebut. 5. Guru mengaitkan jawapan yang diberikan murid dengan isi pelajaran hari ini dan mengatakan bahawa pemasangan kit model memerlukan beberapa alatan tangan asas

Langkah 1 (20 minit)

Memasang kit model kereta lumba. 1.Pasang kit model berpandukan manual

1. Guru mengedarkan satu kit model kereta kepada setiap kumpulan. 2. Guru memanggil ketua kumpulan bagi diberikan manual pemasangan kit model kereta yang betul dan meminta murid untuk mengikutinya. Manual Pemasangan : Pasangkan gear pada gandar. Pasangkan roda pada gandar dan pasang pada kerangka kit model Pasangkan motor pada tempat yang betul. Masukkan bateri pada pemegang bateri. Pasangkan badan kereta pada kerangka kereta Kit model siap dipasang dan siap sedia untuk diuji.

3. Guru memanggil ketua kumpulan dan menunjuk cara memasang langkah 1 dan langkah 2 dengan betul. 4. Murid diminta untuk memasangnya dengan diketuai oleh ketua kumpulan sambil diperhati oleh guru. 5. Guru memerhati sambil memberi tunjuk ajar jika terdapat sebarang masalah atau kesulitan. 6. Murid diingatkan supaya kekal fokus sepanjang bekerja.

Langkah 2 (15 minit)

Memasang dan menyiapkan pemasangan kit model kereta. 1.Siapkan pemasangan kit berpandukan manual.

1. Guru melihat dan memantau bahagian yang telah disiapkan oleh murid. 2. Ketua kumpulan dipanggil bagi ditunjuk cara memasang bahagian 3, 4 dan 5 seterusnya menyiapkan pemasangan kit model kereta. 3. Murid menyiapkan pemasangan kit model kereta dengan diketuai oleh ketua kumpulan. 4. Guru membantu dan menjawab setiap persoalan berkaitan pemasangan kit model kereta. 5. Murid siap memasang seterusnya menguji kit model kereta.

Langkah 3 (10 minit)

Pengukuhan dan Penilaian 1.Menyiapkan lembaran kerja yang diberikan

1. Murid dijelaskan sekali lagi secara sepintas lalu tentang fungsi setiap komponen pada kit model kereta. Murid telah belajar tentang komponen pada proses PdP yang lepas. 2. Ketua kumpulan dipanggil untuk diberi lembaran kerja dan diedarkan kepada ahli kumpulan. 3. Guru memberi peluang kepada murid untuk menyiapkan lembaran kerja seterusnya menampal di dalam buku latihan 4. Guru membantu jika terdapat sebarang masalah yang dihadapi murid.

Penutup (5 minit)

Rumusan dan Peneguhan

1. Murid diberikan peneguhan positif kerana telah menunjukkan tingkah laku yang baik pada hari ini. 2. Guru dan murid merumuskan isi pelajaran pada hari ini. 3. Murid diminta untuk mengemas meja kerja masing-masing sebelum meninggalkan bengkel

Anda mungkin juga menyukai