Anda di halaman 1dari 2

Sejarah Pendidikan Awal Kanak-kanak di Amerika Syarikat Mewujudkan sebuah program yang dinamakan Head Start pada tahun

1965 bertujuan membantu golongan miskin. Merupakan sebuah program United States Department Health dan Human Services yang menyediakan pendidikan komprehensif, kesihatan, pemakanan dan perkhidmatan penglibatan ibu bapa untuk kanak-kanak berpendapatan rendah dan keluarga-keluarga mereka. Projek ini telah direka bentuk untuk membantu golongan miskin dengan menyediakan kanak-kanak prasekolah dari keluarga berpendapatan rendah dengan sebuah program yang akan berasaskan kesihatan yang emosional, sosial, pemakanan dan keperluan psikologi. Antara program Head Start ialah Early Head Start iaitu memperkenalkan tentang kesihatan bayi baru lahir, kenalkan kesihatan keluarga dan fungsinya, kuatkan pembangunan bayi. Migrant And Seasonal Program Branch pula ia mewujudkan perkembangan sihat dalam zaman kanak-kanak berumur antara tiga hingga lima tahun. Manakala American Indian Alaska Native Program Branch pula dikhususkan untuk Orang India Amerika dan kanak-kanak Alaska Native di mana disediakan perkhidmatan seperti penjagaan kesihatan, sosialisasi yang berunsurkan pendidikan,pemakanan serta perkhidmatan lain bagi meningkatkan kesediaan kanak-kanak untuk kesekolah (Alice Butler et.al., 2004) Pada tahun 1960 satu lagi transformasi di dalam sistem pendidikan telah dibangunkan iaitu High Scope. Ianya merupakan satu kaedah

falsafah

pendidikan

bagi

prasekolah,tadika

atau

sekolah

rendah

berdasarkan idea-idea dari Jean Piaget. Menurut Jean Piaget anak-anak seharusnya terlibat secara aktif dalam pembelajaran kendiri mereka. Mereka belajar dengan melakukan, sering bekerja dengan memberi bahan-bahan dan melaksanakan sesuatu mengikut pilihan sendiri. Di dalam satu sekolah High Scope kawasan untuk setiap aktiviti seperi bermain, seni, menulis, permainan dramatik dan sebagainya hendaklah berbeza. Antara kandungan kurikulumnya adalah pendekatan terhadap pembelajaran seperti bahasa, mengenali huruf dan sebagainya (Alice Butler et al., 2004).

Anda mungkin juga menyukai