EDISI FEBRUARI 2014 Diterbitkan oleh: Redaksi Biro Teknologi Maklumat dan Penerbitan
AMANAT YDP
Bismillahirrahmanirrahim Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Terlebih dahulu, syabas dan tahniah saya ucapkan kepada semua saf kepimpinan JPP sesi 2014/2015 kerana telah berjaya meraih kepercayaan daripada rakan-rakan IPG Kampus Darulaman sebagai wakil menyuarakan idea dan menyediakan khidmat sokongan dalam membantu pihak pengurusan secara telus dan kolektif. Masyarakat kampus mahukan ahli-ahli perwakilan dipilih dalam kalangan mereka yang mampu menggalas peranan dan tanggungjawab sebagai pemimpin pelajar yang berkaliber serta tidak lupa tugas sebenar masing-masing datang ke IPG untuk menimba ilmu dan berjaya. Dengan ini, sokongan dan dorongan daripada warga IPDA khususnya amatlah kami perlukan dalam menjayakan pengendalian pelbagai aktiviti yang berfaedah bagi mewujudkan suasana kehidupan pelajar IPG yang lebih ceria dan harmonis. Dengan keupayaan 27 orang barisan kepimpinan, kami akan berusaha
bersama-sama pihak pentadbiran IPDA sebagai sayap kiri mahupun kanan dalam membantu menaikkan nama IPDA ke persada yang lebih tinggi. Penglibatan pelajar sepanjang aktiviti adalah sangat penting sebagai satu usaha untuk memperoleh kemahiran tambahan di kampus sebagai aset tambahan apabila menghadapi cabaran sebenar dalam alam pekerjaan nanti seperti satu platform untuk memupuk perwatakan dan personaliti lebih baik agar matang dalam pemikiran, cekap berkomunikasi, memiliki pelbagai kemahiran hidup dan peka kepada isu semasa serta maklumat.
Akhirnya, Saya mewakili seluruh perwakilan JPP Sesi 2014/2015 sentiasa mengharapkan agar pelajar dan warga IPDA terus tegap berjuang bersama kami
dalam menjayakan setiap usaha yang kami lakukan. Kiranya, sudilah menghulurkan tongkat jika kami capek dan menghulurkan tangan jika kami buta dalam legasi kepimpinan. Tegurlah kami dengan hikmat kerana kami memerlukan tunjuk ajar anda sekalian. Insyaallah kami akan laksanakan tanggungjawab ini dengan amanah dan bersungguh. Sekian, terima kasih. 1Legasi 1Fikrah 1Matlamat
* Yang Dipertua Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Sesi 2014/15 ialah Saudara Ahmad Mustafid bin Mat Sharif, pelajar PISMP Bahasa Arab Ambilan Januari 2013.
Usaha pengiktirafan tersebut telah dilaksanakan dalam satu majlis khas iaitu Majlis Anugerah Pengarah 2013. Dalam majlis tersebut, sebanyak 365 anugerah telah dikurniakan kepada para pelajar yang memperoleh keputusan cemerlang dalam kalangan pelajar PPISMP Semester Satu dan Dua, PISMP Semester Satu, Dua dan Empat. Anugerah untuk pelajar cemerlang Semester Enam dan Lapan pada tahun lalu pula diberi secara berasingan disebabkan oleh masalah yang tidak dapat dielakkan.
Dalam ucapannya ketika majlis tersebut, Pengarah IPG Kampus Darulaman, Tuan Haji Mohd Mustafa bin Ahmad menjelaskan tentang rasa bangga beliau atas kecemerlangan yang ditunjukkan oleh bakal-bakal guru di IPG Kampus Darulaman. Beliau juga mengambil kesempatan dalam majlis tersebut bagi menjelaskan rasional PNGK 3.80 bagi setiap pelajar menerima Anugerah Pengarah berbanding 3.75 sebelumnya. Hal ini dilakukan disebabkan jumlah pelajar yang mencapai PNGK 3.75 adalah terlalu tinggi untuk Semester Dua 2013. Apa yang pasti, anugerah sebegini bukan sahaja akan mampu menjadi pembakar semangat kepada para penerima untuk terus cemerlang selepas ini, akan tetapi turut menimbulkan perasaan yang sama kepada semua pelajar IPG Kampus Darulaman untuk turut sama menempa kecemerlangan dalam peperiksaan yang mendatang.
Pendidikan Guru Kampus Darulaman. Lawatan selama satu hari itu menyaksikan beberapa aktiviti telah dirangka termasuklah sesi dialog antara biro JPP, lawatan terapi sosial sekitar Alor Setar serta aktiviti Motivasi Kepimpinan bersama Encik Sharideen bin Zakaria, Pensyarah Jabatan Bimbingan dan Kaunseling IPG Kampus Darulaman. Dalam sesi dialog pada sebelah pagi, Yang Dipertua Jawatankuasa Perwakilan Pelajar IPG Kampus Bahasa Antarabangsa, Saudara Muhammad Asnawi bin Romly dalam ucapannya menjelaskan tentang minat mendalam delegasi mereka untuk belajar sesuatu daripada kejayaan IPG Kampus Darulaman terutamanya dalam melaksanakan beberapa program besar kelolaan pelajar seperti Karnival Destinasi Siswa (KDS) dan Projek Peta Malaysia Gergasi yang tercatat dalam Malaysia Book of Records.
Pada malam 12 Februari 2014 yang lalu, Masjid An-Nur Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman telah menganjurkan satu forum bual bicara agama berkenaan cinta iaitu Bicara Cinta Hingga ke Syurga. Dikelolakan oleh Ustaz Mohd Hafedz bin Salleh selaku moderator, program bual bicara ini membariskan dua orang ahli panel iaitu Ustaz Mohamad Ridhauddin, Pensyarah Kolej Universiti Insaniah (KUIN) dan Saudara Habib Nuh bin Che Hussin, pelajar PISMP Pendidikan Islam Semester 7 yang baharu sahaja melangsungkan perkahwinannya baru-baru ini. Dalam program ini, para hadirin mendapat pelbagai tips, panduan dan nasihat agama berkaitan cinta dan perkahwinan menurut Islam. Istimewanya lagi, Saudara Habib turut menceritakan pengalaman peribadi beliau yang berkahwin ketika masih belajar.
10
Selama tiga malam berturut-turut iaitu pada malam 24 hingga 26 Februari 2014, satu perjumpaan khas di antara Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Sesi 2014/15 dan para pelajar India, Cina dan Borneo telah diadakan di Pusat Kegiatan Pelajar (PKP) IPG Kampus Darulaman. Sepanjang program rapat umum ini, pelbagai perkara berbangkit telah dibincangkan terutamanya isu-isu yang berkait dengan kebajikan pelajar sepanjang di IPG Kampus Darulaman. Perjumpaan ini adalah merupakan satu lembaran baru dalam Jawatankuasa Perwakilan Pelajar pada tahun ini sekaligus mampu membina hubungan yang lebih positif di antara perwakilan pelajar dan keseluruhan pelajar IPG Kampus Darulaman tanpa mengira agama, kaum dan wilayah.
11
Pada petang 27 Februari 2014, Majlis Serah Tugas Jawatankuasa Perwakilan Pelajar telah diadakan di antara ahli-ahli Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Sesi 2013/2014 dan Sesi 2014/2015. Majlis yang diadakan di Dewan Bunga Raya itu telah disaksikan oleh Tuan Pengarah IPG Kampus Darulaman, Tuan Haji Mohd Mustafa bin Ahmad. Dalam ucapannya dalam majlis tersebut, Tuan Pengarah telah mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada mantan ahli-ahli Jawatankuasa Perwakilan Pelajar sesi yang lalu atas khidmat yang cemerlang pada sesi lalu di bawah kepimpinan Saudara Muhammad Naqiuddin bin Nazli. Beliau juga meletakkan setinggi-tinggi harapan kepada ahli-ahli Jawatankuasa Perwakilan Pelajar yang baharu agar dapat meneruskan legasi kecemerlangan dalam kalangan pemimpin pelajar.
12
13
14
15
Pada petang 12 Februari yang lalu, Unit Kokurikulum IPG Kampus Darulaman telah berkerjasama dengan Biro Sukan dan Rekreasi Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Sesi 2014/2015 dalam mengelolakan satu bengkel asas berkaitan satu permainan yang semakin meningkat popularitinya di Malaysia iaitu Ultimate Frisbee. Penyertaan daripada para pelajar IPG Kampus Darulaman adalah sangat menggalakkan dan sekitar 100 orang pelajar berkesempatan bermain dengan permainan baharu itu.
16