Anda di halaman 1dari 30

1.

0 PENGENALAN

Pusat bagi amali pengajaran dan pembelajaran subjek kemahiran hidup adalah di dalam bengkel kemahiran hidup. Struktur dan bentuk organisasi yang berbezabeza dari segi dalaman atau luaran bukan ukuran di mana amali bagi pengajaran dan pembelajaran kemahiran hidup tetap berjalan. Langkah-langkah mengelak kemalangan yang diaplikasikan dengan teratur melalui penyusunan, penggunaan dan penyelenggaraan alat atau bahan, boleh melahirkan suasana yang kondusif dan pelajar yang positif.

Bagi siswa guru semester enam yang mengambil kursus RBT 3112 seharusnya tahu dengan jelas tentang pengurusan dan keselamatan bengkel. Hal ini merangkumi keseluruhan tajuk dalam pengurusan bengkel iaitu prinsip-prinsip pengendalian dan pengurusan bengkel, punca dan pencegahan kemalangan, pengurusan kewangan dan pengendalian bahan, reka bentuk bengkel yang berkesan, permasalahan pengurusan bengkel, cadangan mengatasi masalah dan laporan berkaitan pengurusan bengkel berdasarkan pengalaman di sekolah semasa praktikum.

Oleh itu, bagi memastikan objektif kursus ini tercapai, siswa guru telah diberi tugasan kerja kursus pendek yang merangkumi hal-hal berkaitan pengurusan bengkel untuk disiapkan dalam masa lebih kurang dua bulan disamping menimba pengalaman di sekolah untuk menjalani praktikum selama lapan minggu seterusnya dapat menyediakan laporan tentang bengkel kemahiran hidup di sekolah masingmasing.

2.0 PRINSIP-PRINSIP PENGENDALIAN DAN PENGURUSAN BENGKEL Menurut Kamus Dewan Edisi ke-3, pengurusan ditakrifkan sebagai perihal kerja dan sebagainya. Menurut Brech (1957), pengurusan ialah proses sosial yang merangkumi perancangan, kawalan, penyelarasan dan dorongan. Ia juga

merupakan usaha koperatif bagi mencapai objektif objektif dan matlamat yang telah ditentukan. Antara tujuan pengurusan bengkel adalah seperti berikut: Mengelakkan pembaziran masa & tenaga serta menjimatkan wang. Mewujudkan keselamatan bengkel, alatan & bahan. Mewujudkan suasana pengajaran & pembelajaran yang berkesan, sekaligus mewujudkan suasana bengkel yang kondusif. Menghasilkan produk yang lebih berkualiti. Mengelakkan daripada berlakunya kemalangan. Mengurangkan kos pengeluaran & pembaziran. Menjimatkan masa bekerja. Boleh dijadikan kebanggaan guru kerana menarik untuk dipandang Oleh itu terdapat beberapa prinsip dalam pengurusan bengkel. Menurut Henri Fayol, prinsip umum dalam sesebuah organisasi dan pengurusan harus mengandungi 14 perkara seperti berikut: 1. Pengkhususan / pembahagian kerja

Pengkhususan

kerja

adalah

penting

dalam

sebuah

pengurusan.

Pengkhususan akan memberi hasil kerja yang lebih berkesan dan produktif. Dalam pengkhususan kerja, seseorang pekerja akan memberi tumpuan kepada tugas yang telah ditentukan dalam rutin kerja harian. Dengan ini, hasil kerja akan menjadi tepat dan meningkatkan output. Dalam pengurusan bengkel, prinsip ini boleh diamalkan, misalnya seorang guru akan ditugaskna untuk menjaga penyengaraan mesin, seorang menjaga stok dan inventori.

2. Kuasa dan tanggungjawab

Seorang pengurus yang baik harus mempunyai kuasa rasmi (official authority) daripada pejabatnya dan juga kuasa personel (personal authority) yang merangkumi beberapa cirri seperti kebijaksanaan, pengalaman, kebolehan memimpin, akhlak, dan rekod perkhidmatan yang baik. Tanggungjawab adalah selaras dengan kuasa. Jika seorang pengurus menguatkuasakan Perlantikan Ketua kuasanya Bengkel maka harus tanggungjawabnya dilaksanakan secara turut timbul. oleh

rasmi

Kementerian Pendidikan. Ketua Bengkel berperanan untuk menyelaras tugas di bengkel dan memimpin guru-guru bengkel yang lain.

3. Disiplin

Disiplin dalam pengurusan dan organisasi bermaksud kepatuhan, taat setia dan menghormati. Disiplin diperlu untuk memastikan jentera

pentadbiran sebuah pengurusan boleh berjalan dengan lancar. Disiplin juga merupakan satu cabang pengurusan bengkel yang penting. Misalnya guru dan semua pelajar mesti berusaha untuk menjaga kebersihan bengkel dan memastikan perlatan bengkel selamat digunakan.

4. Kesepakatan dan perintah (unity of command)

Seorang kakitangan atau pekerja harus menrima arahan atau perintah daripada seorang ketuanya. Prinsip ini amat sesuai untuk diamalkan menjaga kebersihan dan keceriaan bengkel. Seorang pelajar boleh dilantik sebagai ketua untuk memimpin rakan sekelas meembantu dalam menjaga kebersihan bengkel.

5. Kesepakatan dalam arahan (unity of direction)

Seorang ketua akan mempunyai beberapa rancangan aktiviti untuk pekerja dibawah jagaannya. Aktiviti-aktivit ini mempunyai objektif yang sama.

6. Kepentingan peribadi kepada kepentingan keseluruhan

Kepentingan keseluruhan harus diutamakan dalam pengurusan sebuah organisasi. Kepentingan peribadi harus diketepikan. Pembentukan sebuah organisasi adalah sama dengan pembentukan sebuah negara atau bangsa, di mana kepentingan negara fan bangsa harus diutamakan. Setiap bengkel telah dilengkapi dengan pelbagai jenis peralatan yang bernilai. Dengan ini, tanggungjawab guru ialah menjaga dan menyenggara peralatan ini supaya pengajaran dan pembelajaran boleh berjalan dengan lancar.

7. Penghargaan Penghargaan dan penilaian yang diberikan kepada kakitangan sebuah organisasi harus adil dan berasaskan kepada prestasi kerja. Semua kakitangan berpuas hati terhadapnya dan penghargaan diberi mengikut kemampuan kewangan syarikat. Penghargaan harus diberi kepada bengkel yang paling bersih serta mempunyai rekod inventori yang kemas dan terkini oleh pentadbiran sekolah.

8. Pemusatan

Menurut Henri Fayol, pemusatan adalah satu keperluan dalam sebuah organisasi. Seorang pengurus akan menggunakan kebijaksanaan dan pengalamannya untuk melaksanakan pemusatan dalam aktiviti-aktiviti pengurusan dan ini boleh mengelakkan daripada sentiasa memberi arahan kepada kakitangannya. Ketua bengkel atau ketua panitia harus diberi kuasa untuk menetapkan tugas rutin guru-guru bengkel secara rasmi.

9. Rangkaian scalar (scalar chain / line of authority)

Rangkaian scalar ialah susun lapis atau struktur dalam sebuah organisasi iaitu daripada yang paling atas seterusnya yang paling bawah. Rangkaian scalar sebenarnya menunjukkan bentuk hubungan dan kuasa semua lapisan dalam sebuah organisasi. Dengan itu, semua kakitangan organisasi akan jelas dan memahami tugasnya. Dalam setiap bengkel sekolah harus mempunyai carta organisasi bengkel bagi semua guru dan pelajar.

10. Tersusun (order)

Secara asas setiap organisasi mesti memberi tugas yang sesuai untuk setiap kakitangannya. Mereka perlu melihat bagaimana peranannya boleh diterap ke dalam organisasi itu seperti kata pepatah A place for everyone and everyone in is place.

11. Persamaan

Persamaan dan keadilan harus diamalkan dalam sebuah organisasi. Ini boleh menggalakkan pekerja sentiasa taat kepada organisasi. Keadaan ini adalah sama dengan sebuah organisasi bengkel sekolah iaitu setiap pelajar akan diberi peluang untuk menggunakan perlatan yang mahal mengikut gilirannya.

12. Kestabilan dalam pemegangan jawatan (tenure of stability)

Setiap anggota organisasi harus diberi masa untuk menyesuaikan diri dalam tugasnya supaya semua kerja boleh dijalankan dengan berkesan. Kestabilan dalam pemegangan jawatan akan menyumbang rasa taat setia, nilai dan tujuan kepada sebuah organisasi.

13. Inisiatif

Merancang sesuatu aktiviti dan memastikan kejayaan aktiviti itu merupakan keinginan yang diharapkan. Kejayaan merupakan satu kepuasan untuk setiap orang. Kepuasan akan menjadi pendorong utama untuk mencapai kejayaan. Oleh itu, setiap organisasi harus menggalakkan semangat berinisiatif dalam anggotanya.

14. Esprit de corps

Setiap organisasi perlu memberi penekanan kepada membangunkan perasaan harmoni antara anggogtanya. Ini boleh mewujudkan teamwork yang berkesan dan hubungan interpersonal yang baik.

3.0 PUNCA DAN PENCEGAHAN KEMALANGAN Orang kata malang itu tidak berbau. Kemalangan boleh berlaku dimanamana sahaja. Begitu juga di bengkel kemahiran hidup. Namun kemalangan ini tidak berlaku dengan sendirinya tetapi mesti daripada puncanya. Malah kebanyakkan kemalangan yang berlaku boleh dicegah jika kita mengambil langkah-langkah yang sepatutnya. Punca kemalangan boleh dibahagikan kepada tiga sumber seperti berikut:

Kemanusiaan Punca kemalangan Fizikal Pentadbiran


3.1 Faktor Fizikal Faktor fizikal terbahagi kepada tiga bahgian seperti berikut:

a) Persekitaran Tumpahan minyak Basah dan licin Berselerak

b) Peralatan dan mesin Susun atur yang tidak sesuai dengan ruang bengkel Keadaan mesin yang lama dan tidak sesuai digunakan Penggunaan peralatan yang salah Penggunaan dan penyimpanan peralatan yang tidak teratur

c) Sistem pendawaiaan Pendawaiaan melebihi 40 tahun Kebocoran arus elektrik Beban lebih had (overload) Pendawaian tambahan tanpa kebenaran Pemasangan wayar yang salah

3.2 Faktor Kemanusiaan

Faktor kemanusiaan yang merangkumi : a) Kecuaian Kurang memberi tumpuan kepada kerja Mengelamun atau berkhayal ketika bekerja

b) Pengetahuan Kurang berpengetahuan mengenai kerja yang dilakukan Tidak tahu langkah-langkah keselamatan Tiada atau kurang latihan melakukan tugas Tidak ambil tahu untuk mempelajari sesuatu kemahiran

c) Disiplin Bergurau secara kasar semasa bekerja Gagal mematuhi peraturan yang ditetapkan Suka mengambil jalan pintas

d) Kesihatan Letih, mengantuk dan kurang sihat Gangguan emosi

e) Pengulang kemalangan Mudah diganggu Kurang cermat Kurang sensitif atau peka Reaksi pada kesakitan yang rendah Kepastian kendiri Keinginan untuk menguasai

f) Mudah mengalami kemalangan Tingkah laku dan emosi Ketahanan dan tolransi yang rendah kepada tingkah laku penyebab kemalangan

3.3 Faktor Pentadbiran

Faktor yang merangkumi: a) Penguatkuasaan peraturan keselamatan tidak bersungguh-sungguh b) Tiada arahan keselamatan sebelum memulakan tugasan c) Kawalan kelas yang lemah semasa amali d) Tiada atau kurang tunjuk ajar sebelum amali e) Tiada prosedur kerja yang tetap f) Tidak memberi latihan pencegahan keselamatan g) Sikap pentadbir sekolah mengambil jalan mudah

Namun

begitu

kemalangan

yang

perlu

boleh

dicegah

jika

kita

mengamalkan langkah yang betul. Berdasarkan huraian di atas, wujudnya punca-punca kemalangan daripada tiga faktor yang berkait rapat. Sehubungan itu, pencegahan kemalangan juga adalah dengan merujuk kepada ketiga-tiga unsur kelompok tersebut, iaitu : 3.4 Pendekatan terhadap kelemahan pada unsur manusia a) Pemilihan / penempatan pegawai secara tepat agar diperoleh keserasian antara bakat dan kemampuan fisik pekerja dengan tugasnya. b) Pembinaan pengetahuan dan keterampilan melalui latihan yang sesuai dengan pekerjaannya. c) Pembinaan motivasi agar pekerja bersikap dan bertindak sesuai dengan keperluan perusahaan. d) Pengarahan penyaluran arahan, maklumat dan informasi yang lengkap dan jelas. e) Pengawasan dan disiplin yang wajar.

3.5 Pendekatan terhadap kelemahan pada fizikal a) Perancangan, pembangunan, pengendalian, modifikasi, peralatan kilang, mesin-mesin harus mengambil kira keselamatan kerja. b) Pengelolaan penimbunan, pengeluaran, penyaluran, pengangkutan, penyusunan, penyimpanan dan penggunaan bahan kerja secara tepat sesuai dan selaras dengan keselamatan kerja yang berlaku. c) Pemeliharaan tempat kerja tetap bersih dan aman untuk pekerja. d) Pembuangan sisa bahan dengan mengambil kira aspek keselamatan persekitaran. e) Kawasan tempat bekerja sesuai dengan kemampuan manusia.

10

3.6 Pendekatan terhadap kelemahan pada peringkat pentadbiran a) Penyebaran, pelaksanaan dan pengawasan mengikut peraturan yang ditetapkan. b) Pelantikan struktur organisasi dan pembagian tanggung jawab. c) Penentuan pelaksanaan pengawasan, melaksanakan dan mengawasi sistem/prosedur kerja yang benar. d) Pembuatan sistem pengendalian bahaya. e) Perancangan sistem pemeliharaan, penempatan dan pembinaan pekerja yang sistematik dan strategik. f) Penggunaan standard/code yang dapat dilaksanakan. g) Pembuatan sistem pemantauan untuk mengetahui kemalangan yang ada.

11

4.0 PENGURUSAN KEWANGAN DAN PENGENDALIAN BAHAN Menguruskan kewangan dan pengendalian bahan merupakan salah satu aspek penting dalam sesebuah pengurusan bengkel di sekolah. Sumber-sumber kewangan perlu di catat dan setiap perolehan atau belian juga perlu di kemaskini bagi memastikan aliran keluar masuk kewangan tidak mengalami sebarang keraguan. Antara aspek yang dipertimbangkan dalam pengurusan kewangan adalah seperti berikut:

Punca Kewangan

Pengurusan Kewangan

Pengurusan Bahan

Pengurusan Perolehan

12

4.1 PUNCA KEWANGAN

Kerajaan

Ibu bapa murid

Orang awam

Sumber Kewangan

Pihak pengurusan sekolah boleh mendapatkan sumber kewangan daripada tiga sumber utama seperti rajah di atas iaitu daripada kerajaan, ibu bapa atau murid dan orang awam. a) Kerajaan : Yuran pengajian yang dibayar oleh setiap murid.

b) Ibu bapa/pelajar : Bantuan atau peruntukan yang diberikan yang diberikan oleh Kerajaan seperti peruntukan mata pelajaran, Biasiswa Kecil Persekutuan, Biasiswa daripada Bank/Yayasan, Yuran Peperiksaan dan lain-lain. c) Orang awam : Wang yang diterima daripada orang awam termasuklah derma serta pungutan yang dibenarkan oleh Pengarah Pendidikan Negeri untuk menambah tabungan sekolah.

13

Peruntukan ini perlu menjadi garis panduan kepada guru dan pentadbir untuk digunakan sebaik yang mungkin bagi membolehkan setiap pelajar mendapat kemudahan yang sepenuhnya bagi menjalankan aktiviti pembelajaran di sekolah. Ia juga perlu menjadi panduan guru untuk merancang perbelanjaan dan pengiraan kos yang meliputi perancangan kemudahan pembelajaran jangka pendek dan jangka panjang.

4.2 PENGURUSAN PEROLEHAN Satu proses untuk memperolehi input-input diperlukan oleh organisasi dengan cekap dan menguntungkan hasil output yang berkualiti bagi memenuhi keperluaan pelanggan. Input-input ini terdiri daripada : a) Bekalan b) Perkhidmatan c) Kerja Konsep pengurusan perolehan pula meliputi: a) Berasaskan 6B b) Kualiti yang betul c) Kuantiti yang betul d) Masa yang betul e) Pembekal yang betul f) Tempat yang betul g) Harga yang betul

14

Setelah memahami konsep peroleh dengan jelas, seorang pengurus harus mengetahui kaedah peroleh bagi memastikan bahan yang diinginkan mudah diperoleh. Antara kaedahnya ialah :

KAEDAH PEROLEHAN

Panjar Wang Runcit (AP 97D)

Pembelian Terus (AP 173), (SPP2 /1999)

Sebutharga (AP 170), (SPP2/1999 , 2/2001)

Tender (AP 171), (SPP2/1999,2/20 01)

AMAUN PEROLEHAN Kurang RM 100.00 Kurang RM 10,000.00 setahun

TINDAKAN Gunakan panjar wang runcit (Petty Cash) Pembelian runcit melalui pembekal tidak berdaftar dengan Kementerian Kewangan

Melebihi RM 10,000.00 dan kurang dari Pembelian runcit daripada pembekal yang RM 20,000.00 setahun berdaftar dengan Kementerian Kewangan sebut harga sekurang-

Pembelian bernilai RM 20,000.00 hingga Mempelawa Rm 50,000.00 setahun Pembelian setahun melebihi RM

kurangnya daripada 5 pembekal berdaftar 50,000.00 Tender terbuka

15

4.3 PELUPUSAN BAHAN MILIK KERAJAAN Pelupusan ialah satu proses untuk mengeluarkan aset dari milikan, kawalan, simpanan dan rekod mengikut kaedah yang ditetapkan. Tujuan pelupusan bahan milik kerajaan ini adalah untuk Memastikan Jabatan Kerajaan tidak menyimpan aset yang tidak digunakan atau diperlukan, menjimatkan ruang simpanan atau pejabat, mendapatkan hasil pulangan yang terbaik dan membolehkan aset milik Kementerian atau Jabatan dipindahkan ke Kementerian atau Jabatan lain.

Sebagai seorang guru Kemahiran Hidup yang menguruskan bengkel, aspek peralatan dan bahan juga perlu diuruskan dengan sebaiknya. Setiap peralatan dan bahan perlu di senggara bagi memastikan ia dapat berfungsi dengan baik dan selamat untuk digunakan. Jika peratan yang rosak dan tidak boleh diperbaiki lagi maka keputusan untuk melupuskan peralatan tersebut perlu dilaksanakan. Namun ia bukanlah satu kerja yang mudah kerana peralatan tersebut adalah hak milik kerajaan dan perlu mengikut prosedur yang telah ditetapkan. Berikut adalah prosedur pelupusan peralatan dan bahan milik kerajaan: Justifikasi Pelupusan: a) Tidak Ekonomik untuk dibaiki b) Usang atau Obselete c) Rosak & tidak boleh digunakan lagi d) Luput tempoh penggunaan e) Keupayaan aset tidak lagi di peringkat yang optimum f) Tiada lagi alat ganti untuk peralatan tersebut g) Pembekal tidak lagi memberi khidmat sokongan h) Disyorkan selepas pemeriksaan aset dibuat i) Tidak lagi diperlukan oleh Bengkel j) Perubahan teknologi k) Melebihi keperluan semasa
16

Tatacara pelupusan aset dan barang telah ditetapkan di bawah Bahagian XIV Panduan Perbendaharaan - Tatacara Pengurusan Stor dan Surat Pekeliling Perbendaharaan yang berkaitan. Cara-cara pelupusan yang telah ditetapkan di bawah bahagian ini adalah seperti berikut: a) Lelong b) Tender c) Tukarbeli (trade-in) d) Pindahan

17

5.0 REKA BENTUK BENGKEL YANG BERKESAN

Bengkel yang menarik dan tersusun dapat membantu murid dalam keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan. Murid dapat melaksanakan amali yang dirancangkan dengan baik jika semua peralatan mencukupi dan suasana dalam bengkel adalah kondusif. Setiap sekolah mempunyai reka bentuk bengkel yang berbeza mengikut kreativiti guru panitia kemahiran hidup di sekolah masing-masing. Hal ini berkait rapat dengan pengurusan bengkel itu sendiri. Guru yang berjaya menguruskan bengkel kemahiran hidup dengan berkesan dapat memastikan objektif pengajaran tercapai. Namun beberapa ciri yang perlu ada dalam menguruskan reka bentuk bengkel kemahiran hidup ini supaya dapat mewujudkan suasana yang kondusif di dalam bengkel. Antara ciri yang perlu diambil kira adalah seperti berikut:

Pelan Lantai Bengkel

pelan lantai proses pelan lantai produk pelan lantai gabungan

Kemudahan Pengajaran

dilengkapi dengan ruang tunjuk cara dan pengajaran

Bunyi

digalakkan menggunakan bengkel kalis bunyi bagi mengelakkan kebisingan tahap kebisingan bengkel yang dibenarkan ialah tidak lebih dari 150 dB namun, kebisingan 90 dB selama 8 jam boleh mengakibatkan hilang pendengaran

18

Warna

penggunaan warna yang sesuai di lantai bagi mengurangkan silauan menggunakan warna yang cerah supaya bengkel tidak kelihatan suram dan gelap

Pencahayaan

penambahan sumber cahaya dalaman, lampu dibuka ketika pengajaran dan kerja amali dijalankan buka tingkap bagi menjimatkan kos

Kebersihan

mesin ditempatkan berhampiran dengan sumber bekalan sistem saliran air di singki yang baik dan sempurna pengudaraan yang baik supaya bengkel tidak mengumpul haba dan mendapat udara asli

Ciri-ciri tersebut dapat membantu guru dalam menguruskan bengkel kemahiran. Untuk menghasilkan bengkel yang menarik guru panitia boleh meminta bantuan daripada guru lain dan boleh melantik murid sebagai ketua bengkel untuk menceriakan bengkel kemahiran hidup sekolah. Contoh gambar bengkel di bawah mempunyai susun atur yang baik dan dapat menghasilkan suasana pembelajaran yang berkesan.

19

Susun atur perabot yang rapi dan laluan yang selamat dan selesa.

Penggunaan warna yang cerah dan ceria membantu pencahayaan.

20

6.0 PERMASALAHAN PENGURUSAN BENGKEL

Masalah pengurusan bengkel merupakan cabaran yang dihadapi oleh guruguru Kemahiran Hidup. Setiap guru Kemahiran Hidup mempunyai peranan dan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan dengan baik. Ketua Panitia haruslah melaksanakan pengurusan bengkel Kemahiran Hidup dengan penuh rasa tanggungjawab dengan sentiasa membantu guru-guru yang kurang berkemahiran ini dengan sentiasa peka dan mencari jalan penyelesaian bagi menangani masalah pengurusan bengkel Kemahiran Hidup.

Menurut Ramlah Hamzah (1993) dalam jurnal tulisannya, keadaan ini telah menimbulkan masalah terutama bagi guru-guru yang kurang arif terhadap makmalmakmal yang lain. Guru-guru saling bertelagah dan menuduh antara satu sama lain. Guru KH yang lain tidak menguruskan makmal-makmal Kemahiran Hidup dengan sempurna selepas mereka gunakan. Hal ini menyebabkan Jabatan Pendidikan Teknik perlu merancang satu program pengurusan bengkel Kemahiran Hidup supaya guru-guru tidak lagi bersengketa dan sering bermasam muka antara satu sama lain melalui Pengurusan Bengkel Kemahiran Bersepadu Pendekatan Kolaboratif. Peruntukan yang besar ini seharusnya diguna, diselenggara dan dijaga dengan cara maksimum supaya peruntukan tidak menjadi satu pembaziran. Ketiadaan kakitangan yang khusus (Pembantu Bengkel atau Makmal) dalam bidang pengurusan bengkel boleh menyebabkan pengurusan bengkel tidak sempurna dan tidak terurus. Kita tidak menafikan guru-guru di bengkel yang bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas-tugas ini, iaitu menjalankan tugas pengurusan bengkel ini dan mentadbir dengan penuh dedikasi, akan tetapi adalah dikhuatiri mereka ini menjalankan tugas-tugas pengurusan dan mentadbir bengkel dengan kemampuan yang minimum.

21

7.0 CADANGAN MENGATASI MASALAH Setiap masalah yang timbul mesti ada penyelesaiannya. Sebagai seorang pengurus dan pemimpin bagi sesebuah organisasi perlu mengetahui cara penyelesaian yang bijak dan boleh membuat keputusan tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak. Bengkel yang efisien mempunyai seorang pengurus yang mampu mengawal setiap masalah yang timbul dengan baik.

Cadangan bagi masalah di atas adalah guru panitia Kemahiran Hidup ataupun pengurus bengkel harus menyemai sikap bertanggungjawab yang tinggi terhadap tugas yang diamanahkan. Sikap ini amat penting bagi memastikan setiap tugas yang dijalankan berjalan lancar dan masalah yang timbul dapat diatasi dengan berkesan. Guru yang bertanggungjawab akan melahirkan murid yang cemerlang dari segi sahsiah dan akademik.

Perasaan iri hati dan selalu menyalahkan orang lain perlu dibuang sama sekali bagi melahirkan suasana yang harmoni dalam sesebuah kelompok. Masalah seperti guru-guru yang sentiasa menyalahkan antara satu sama lain dapat diatasi dengan masing-masing bertolak ansur dan menjaga dan menghormati hak orang lain. Dalam konteks penggunaan bengkel pula, jika guru lain menggunakan bengkel maka haruslah menjaga kebersihan dan memastikan keadaan bengkel sama seperti sebelum digunakan. Hal ini dapat memudahkan tugas guru panitia kemahiran hidup selaku pengurus bengkel dan secara tidak langsung dapat membina hubungan baik sesama guru.

22

Seterusnya masalah kurang berkemahiran dalam pengurusan bengkel boleh diatasi dengan mempelajari ilmu pengurusan secara lebih mendalam supaya dapat menguruskan bengkel dengan baik. Kemahiran pengurusan dalam sesebuah organisasi termasuklah pengurusan dari segi organisasi, keselamatan, kewangan, peralatan dan sebagainya. Guru yang mengetahui dan memahami konsep sebenar sebagai seorang pengurus mampu menguruskan bengkel dengan baik. Oleh itu kemiharan ini perlu diasah dengan mempelajari ilmu pengurusan dan merebut peluang menjadi pengurus bagi mendapatkan pengalaman sebagai ketua dalam organisasi. Pengalaman merupakan proses pembelajaran yang berkesan.

23

8.0 LAPORAN PENGURUSAN BENGKEL SEKOLAH

Semasa menjalani praktikum fasa 2 selama lapan minggu di Sekolah Kebangsaan Taman Daya 2, saya dapat memerhati secara langsung pengurusan dan keadaan bengkel kemahiran hidup di sekolah berkenaan. Sepanjang tempoh itu juga saya berpeluang menggunakan bengkel dan segala kemudahan yang ada di bengkel tersebut. Melalui pemerhatian yang dibuat, saya mendapati bahawa bengkel tersebut kekurangan bekalan peralatan atau kemudahan yang sepatutnya. Peralatan seperti alatan tangan tidak mencukupi dan menyukarkan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) secara amali dilaksanakan. Pun begitu, peralatan disusun dengan rapi mengikut kategori dan dilabelkan. Ini dapat memudahkan guru lain mencari bahan atau peralatan yang diperlukan. Selain itu, suasana dalam bengkel kelihatan kurang menarik dan boleh menjejaskan minat murid untuk belajar. Tiada mural di dinding-dinding bengkel menyebabkan bengkel ini kekurangan dari segi serinya. Hal ini mungkin disebabkan guru panitia Kemahiran Hidup sekolah tersebut kurang berkemahiran dan masih belajar dalam menguruskan sesebuah bengkel. Walaubagaimanapun, keadaan bengkel adalah seamat digunakan dan sentiasa dalam keadaan yang bersih. Sebagai guru bengkel atau Pengurus Bengkel adalah menjadi satu kewajipan untuk mengetahui apakah bahan atau stok yang terdapat di dalam bengkel dan apakah kemudahan alat kelengkapan yang disediakan di dalam bengkel terbabit. Oleh itu, tujuan sistem inventori di makmal adalah untuk merekodkan maklumat semasa semua peralatan dan bahan yang terdapat di dalam bengkel. Saya pernah diberi peluang untuk merekodkan maklumat didalam buku inventori bengkel berkenaan. Saya dapat merumuskan bahawa guru panitia mampu menguruskan bengkel ini dengan baik melalui buku rekod yang pernah saya gunakan semasa merekodkan peralatan di bengkel tersebut. Ini menunjukkan pengurusan dari segi alatan dan bahan bagi bengkel berkenaan adalah baik dan memuaskan.

24

Bagi reka bentuk bengkel dan susun atur kedudukan meja kerja secara amnya sesuai dan tersusun serta memudahkan kerja amali dilakukan. Pengudaraan dan pencahayaan di bengkel berkenaan amat baik di mana semua tingkap dan kipas berfungsi dengan baik. Walaupun susun atur meja bagi bengkel berkenaan adalah biasa namun ia dapat memastikan murid tidak tercicir kerana laluan antara meja dapat memudahkan guru untuk memantau aktiviti murid. Bilangan kerusi dan meja di bengkel berkenaan juga mencukupi bagi semua murid yang bilangan puratanya adalah 35 orang bagi satu kelas. Peralatan disusun dekat dengan meja kerja dan boleh dikenalpasti dengan mudah serta boleh digunakan oleh semua murid secara mengikut giliran. Saiz peralatan juga bersesuaian dengan kemampuan murid. Oleh itu, Tidak banyak yang boleh diperkatakan dari segi reka bentuk bengkel sekolah tersebut. Secara keseluruhannya, pengurusan bengkel disekolah ini memuaskan dan boleh digunakan dengan selamat. Bengkel ini perlu diberi sedikit penambahbaikan seperti menghias dinding dengan mural yang berkaitan dengan bengkel serta mengubah suai kedudukan murid supaya dapat menarik minat murid sekali gus mampu menghasilkan P&P yang berkesan. Peralatan juga perlu ditambah bagi memastikan semua murid dapat menggunakan secara serentak. Hal ini dapat memberi kefahaman yang maksimum kepada murid sebagai contoh dalam tajuk fungsi alatan tangan. Murid dapat memahami fungsi tersebut jika semua murid dapat merasai sendiri bagaimana alatan tersebut digunakan. Oleh yang demikian guru panitia perlu lebih bekerja keras untuk memastikan bengkel kemahiran kelihatan ceria sekali gus dapat menarik minat murid untuk belajar di dalam bengkel.

25

Papan arahan keselamatan

Susunan peralatan beserta label

Susunan perlatan di kabinet

Hasil kerja murid yang dipamerkan

Susunan meja murid

Papan maklumat 26

9.0 PENUTUP

Bengkel yang cemerlang haruslah mempunyai pengurusan dan organisasi yang baik dan sistematik untuk mencapai matlamat tertentu. Bengkel Kemahiran Hidup di sekolah adalah satu institusi kecil dalam kawasan sekolah yang memerlukan pengurusan yang berkesan. Sebagai guru yang menjalankan kerja-kerja amali dalam proses pengajaran dan pembelajaran haruslah mempunyai pengetahuan tentang pengurusan dan penyelenggaraan di bengkel Kemahiran Hidup. Aspek kerjasama atau kolaboratif amatlah penting dikalangan guru-guru Kemahiran Hidup bagi memastikan pengurusan dapat dilaksanakan bagi mewujudkan bengkel Kemahiran Hidup yang kondusif dan dan selesa. Sikap tolong menolong antara guru Kemahiran Hidup semasa mengendalikan pengurusan bengkel secara kolaboratif mampu merealisasikan hasrat Falsafah Pendidikan Negara iaitu melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan daya intelek.

27

10.0

REFLEKSI

Segala puji bagi Allah, tuhan semesta alam yang memberi kesempatan kepada saya untuk menyiapkan tugasan subjek RBT3112 Pengurusan Dan Keselamatan Bengkel ini dalam masa yang ditetapkan. Melalui tugasan ini, saya dapat memahami dengan lebih mendalam dan lanjut lagi mengenai tajuk yang kami belajar pada semester ini. Di kesempatan ini juga, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah subjek Pengurusan Dan Keselamatan Bengkel saya, En. Paiman Bin Pardi yang banyak membantu dalam pemberian maklumat yang amat penting untuk saya menyiapkan tugasan ini. Selain itu, terima kasih kepada pasangan, rakan rakan yang lain yang banyak membantu dalam perbincangan, pertukaran idea semasa menyiapkan tugasan ini. Tugasan yang saya fokuskan ialah menghuraikan, mengenalpasti dan mengaplikasikan pengurusan keselamatan bengkel. Antara ilmu yang dapat diperolehi ialah saya dapat mengetahui cara menguruskan sesebuah bengkel yang merangkumi aspek punca & pencegahan kemalangan, pengurusan kewangan dan pengendalian bahan, reka bentuk bengkel yang efisien, permasalahan pengurusan bengkel dan saya dapat menyatakan cadangan bagi mengatasi masalah yang timbul. Secara keseluruhannya, tugasan ini banyak membantu saya menmbanh pengetahuan dan ilmu baru disamping melatih saya supaya dapat memahami tugas seorang pengurus bengkel Kemahiran Hidup. Pertamanya ialah proses pencarian maklumat. Proses pencarian maklumat telah dijalankan seperti merujuk maklumat daripada pelbagai sumber, termasuklah buku rujukan, surat khabar, internet. Segala maklumat yang saya perolehi kebanyakannya melalui sumber internet kerana lebih mudah untuk mendapatkan maklumat. Tetapi saya tetap memperluaskan skop pencarian dengan merujuk sumber yang dinyatakan tadi. Sumber rujukan seperti buku saya perolehi daripada perpustakaan kerana perpustakaan menyediakan berjuta-juta maklumat yang ingin diperolehi dengan mudah. Maklumat daripada surat khabar pula agak sukar untuk dicari kerana maklumat yang ingin diperolehi hanya dikeluarkan pada keluaran tertentu sahaja. Setelah menjalani

28

proses di atas, saya berkolaborasi bersama rakan lain untuk berbincang tentang maklumat yang saya peroleh. Saya mengalami sedikit kesulitan ketika proses pencarian maklumat berlangsung seperti mengalami gangguan capaian internet. Hal ini kerana di kawasan bilik saya di asrama liputan capaian internet tidak sebagus apabila berada di bilik kuliah atau di perpustakaan. Oleh itu, saya telah mendapatkan capaian internet di perpustakaan atau di bilik kuliah dan juga menggunakan broadband rakan-rakan untuk mendapatkan maklumat. Terima kasih kepada rakan yang banyak membantu. Melalui tugasan ini, saya dapat memahami lebih lanjut tentang isi pembelajaran yang dipelajari mengenai subjek Pengurusan Dan Keselamatan Bengkel terutamanya mengenai pengurusan keselamatan bengkel. Saya bersyukur kerana saya dapat menyiapkan tugasan ini setelah melalui pelbagai proses seperti yang dinyatakan di atas. Melalui tugasan ini, saya dapat meningkatkan lagi ilmu pengetahuan saya tentang Pengurusan Dan Keselamatan Bengkel dan boleh diaplikasikan apabila berada si sekolah kelak. Sesungguhnya, tugasan ini amat memberi manfaat kepada saya dan saya berasa sangat bangga kerana dapat menyiapkan tugasan ini dengan jayanya.

MOHAMAD SYAZWAN BIN MAT SHOM 911025-10-5739

29

RUJUKAN Buku Ilmiah Ahmad Athory Hussin (1991), Pengurusan Organisasi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Ahmad Sabu, (1998). Jurnal Pengurusan Dan Kepemimpinan Pendidikan, Institut Aminudin Baki Kementerian Pendidikan Malaysia, Jilid 08, Bil. 01 Crow and Crow (1980), Psikologi Pendidikan Untuk Perguruan. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka Hassan Salim (1997), Panduan Keselamatan Bengkel Di Sekolah. Edisi Pertama: Kuala Lumpur. Ramlah Hamzah (1993). Persepsi Dan Masalah Guru Terhadap Mata Pelajaran Kemahiran Hidup. Jurnal Pendidikan Guru Mencetus

Pembangunan Minda. Bil 9. m/s 51-69.

Internet http://www.scribd.com/doc/37552684/4-ORGANISASI-PENGURUSANBENGKEL http://kemahiranhidup2u.blogspot.com/2011/02/jenis-jenis-kecederaan-dankemalangan.html http://www.scribd.com/doc/28758588/keselamatan-bengkel http://skill4living.blogspot.com/2010/07/keselamatan-semasa-dalambengkel.html


30

Anda mungkin juga menyukai