Anda di halaman 1dari 5

Arahan: membantu

Isi tempat kosong berdasarkan pilihan jawapan yang diberi. bersih dan ceria berjaya disayangi memuji

1. Saya membantu kawan-kawan yang ada masalah dalam pelajaran supaya kami semua _______________ dalam pelajaran. 2. Saya menolong tukang sapu mengutip sampah di sekitar sekolah supaya sekolah saya _______________. 3. Saya _______________ oleh guru dan rakan kerana dia suka membantu guru-guru dan rakan-rakannya semasa mereka memerlukan pertolongan. 4. Semasa rumah Aina dilanda banjir, ramai kawannya ingin ___________ Aina kerana dia seorang yang baik hati. 5. Pelawat yang datang ke sekolah SK Sri Mutiara sering ____________ murid sekolah itu yang sentiasa memberi pertolongan kepada warga sekolahnya.

BAHAGIAN A Bulatkan jawapan yang betul. 1. Viknesh makan makanan yang __________ seperti buah-buahan untuk mengalas perut ketika lapar. A. berkhasiat B. sedap C. panas D. sejuk

2. Kita dapat menunjukkan rasa bersyukur kepada tuhan dengan cara : A. Menjaga alam sekitar. B. Mengecat rumah dengan warna hitam. C. Bermain badminton di waktu petang. D. Menyanyikan lagu kebangsaan

3. Murid yang bersikap ____________ akan mempunyai tingkah laku yang baik dan terpuji. A. pemarah B. periang C. positif D. negatif

4. Berbaik sangka terhadap rakan-rakan mencerminkan fikiran dan jiwa yang ____________. A. cantik B. sihat C. wangi D. kecil

5. ____________ pemikiran dan jiwa menjamin hubungan yang sihat dalam hidup bermasyarakat. A. Kebersihan B. Perasaan C. Semangat D. Rasional

6. Ajaran agama menuntut kehidupan keluarga yang ____________. A. bahagia B. kecil C. menarik D. jahat

7. Pilih menu yang sihat. A. Nasi, ikan kukus dan sayur-sayuran segar. B. Dua ketul ayam goreng dan air berkarbonat. C. Aiskrim dan sepotong kek. D. Buah-buahan dan kentang goreng.

8. Apakah yang dimaksudkan dengan kebersihan mental? A. Otak yang sihat dan cerdas. B. Berfikir secara pantas. C. Berfikiran bersih, terbuka, dan tidak berprasangka buruk. D. Otak yang mampu memberikan pendapat.

9. Amalan berhemah tinggi dapat ________. A. menyusahkan hidup anggota masyarakat B. mewujudkan masyarakat yang senang dibuli C. melahirkan masyarakat yang sejahtera D. melahirkan masyarakat yang gagah.

10. Pilih perlakuan yang menunjukkan amalan berhemah tinggi. I. Membongkokkan sedikit badan ketika lalu di depan orang yang lebih tua. II. Memohon maaf apabila melakukan kesalahan. III. bertegur sapa apabila bertemu dengan rakan. IV. memotong perbualan ibu bapa dengan tetamu. A. I, II dan III B. I, II dan IV C. I, III dan IV D. I, II, III dan IV

11. Bagaimanakah caranya untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi dengan anggota keluarga. A. mengadu masalah kepada rakan-rakan B. bermusyawarah bersama ahli keluarga C. meluahkan perasaan di dalam diari. D. keluar bermain di waktu petang.

12. Berikut merupakan perayaan yang disambut oleh masyarakat cina kecuali. A. Tahun Baru Cina B. Perayaan Kuih Bulan C. Hari Chap Goh Mei D. Hari Deepavali

13. Makanan yang haram bermaksud. A. Makanan yang perlu dimakan bersama keluarga. B. Makanan yang boleh dimakan sedikit sahaja. C. Makanan yang dilarang agama daripada dimakan D. Makanan yang kaya dengan vitamin.

14. Kebaikan menyelesaikan masalah bersama-sama dengan anggota keluarga ialah A. Anggota keluarga dapat membantu dalam membuat keputusan. B. Menjadikan kita seorang yang jujur dan amanah. C. Menanam sikap bersyukur ke dalam diri. D. Menjadikan kita seorang yang pentingkan diri.

15. Bersalaman, mengucapkan salam dan menundukkan kepala merupakan salah satu cara untuk menunjukkan : A. Perasaan tidak berpuas hati. B. Rasa hormat terhadap seseorang. C. Sikap bertimbang rasa. D. Bertanggungjawab terhadap perbuatan.

16. Perbuatan yang dapat merenggangkan hubungan sesama anggota keluarga termasuklah ________. I. menceritakan keburukan anggota keluarga kepada jiran. II. bertengkar dan tidak mahu berbaik-baik semula. III. menerima teguran yang diberikan. A. I sahaja. B. I dan II. C. II sahaja. D. I, II dan III

Anda mungkin juga menyukai