Anda di halaman 1dari 1

Tahun 1 7.30 8.

30 Matematik 1 jam Murid LINUS di kelas pemulihan: Mohd Zikri

Unit 7: Pecahan Standard kandungan: 7.1 Mengenal pasti konsep satu perdua dan satu perempat Standard pembelajaran: 7.1 (i) Mengenal pasti satu perdua dan satu perempat dengan menggunakan perkataan setengah, separuh dan suku dengan menggunakan bahan konkrit, gambar dan lipatan kertas Objektif pembelajaran: Pada akhir sesi P & P, murid dapat: 1. Membezakan bahan yang boleh dijadikan pecahan dengan bahan yang tidak boleh dijadikan pecahan dengan menyatakan ya atau tidak berdasarkan pembahagian sama adil 2. Menyebut dan menyatakan sama ada pecahan tersebut adalah satu, setengah/separuh ataupun suku Set induksi: 1. Menyatakan sama ada bahan di dalam gambar boleh dijadikan pecahan atau tidak berdasarkan pembahagian yang sama banyak/sama adil Aktiviti: 1. Melukis contoh-contoh gambar pecahan yang adil dan tidak adil dan menyatakan manakah yang boleh dijadikan pecahan. 2. Menulis nota mengenai pecahan separuh, setengah, suku dan satu 3. Menyatakan sama ada gambar yang dipaparkan boleh dibahagikan ataupun tidak berdasarkan pembahagian sama adil 4. Menyatakan sama gambar yang dipaparkan adalah satu, setengah/separuh ataupun suku. 5. Mewarna pecahan berdasarkan arahan Sains Fizikal Unit 5: Magnet Standard kandungan: 5.1 Menganalisis pengetahuan tentang tindakan magnet Standard pembelajaran: 5.1.5 Mengitlak kekuatan magnet dengan menjalankan aktiviti menggunakan magnet pelbagai saiz 5.1.6 Membuat kesimpulan tentang daya tarikan dan tolakan antara kutubkutub magnet dengan menjalankan aktiviti Objektif: Pada akhir P & P murid dapat: 1. Menyatakan bahawa kekuatan magnet tidak semestinya bergantung kepada saiz dan bentuk magnet 2. Menyatakan bahawa kutub yang sama menolak dan kutub yang berlainan akan menarik satu sama lain. Aktiviti: 1. Memberi arahan kepada murid untuk menyediakan kit magnet dan klip kertas yang sama saiz. 2. Murid melakukan eksperimen dengan mendekatkan magnet yang berlainan bentuk dan saiz kepada klip kertas dan merekodkan jumlah klip kertas yang ditarik oleh magnet. 3. Menyatakan kekuatan magnet berdasarkan bilangan klip kertas yang ditarik oleh magnet. Menyatakan bahawa kekuatan magnet tidak semestinya bergantung kepada saiz ataupun jenis magnet. 4. Arahan eksperimen 2: Mendekatkan magnet yang sama kutub dan berlainan kutub kepada satu magnet bar. 5. Menyatakan bahawa kutub yang sama menolak dan kutub yang berlainan akan menarik. 6. Memberi contoh kepentingan maklumat ini di dalam kehidupan seharian.

Kehadiran: Tidak hadir:

Sains Tahun 3 10.50 11.50 1 jam

Anda mungkin juga menyukai