Anda di halaman 1dari 4

TEKS CERITA MTQ KATEGORI LELAKI TAJUK : WAHYU PERTAMA RASULULLAH

...............
Tersebut kisah Nabi Muhammad, Dari Bani Hasyim keluarga terhormat, Diutus Allah membawa rahmat, Agar selamat dunia akhirat, Lahir Muhammad di Tahun Gajah, Tatkala Mekah di serang Abrahah. Nasyid sepohon kayu

..............................
Inilah kisah, di gua Hira, Tatkala Nabi Asingkan diri, Bagailah mana hendak berzikir, Andainya hidup.tak menentu lagu Cindai

Begitulah tajuk cerita yang akan saya sampaikan buat hadirin sekalin iaitu kisah Nabi Muhammad s.a.w menerima wahyu di gua Hira.

Kawan-kawan sekalian.. Penduduk Kota Mekah hidup dalam keadaan kacau bilau, pergaduhan dan perbalahan sering berlaku. Yang kuat semakin hebat yang lemah semakin ditindas. Mereka menyembah berhala, berjudi dan minum arak malah bunuh membunuh antara satu sama lain. Oleh demikian, Nabi Muhammad s.a.w sering mengasingkan diri di gua Hira yang terletak berhampiran kota Mekah. Nabi Muhammad bermunajat dan berzikir mengikut ajaran Nabi Ibrahim a.s.

Ya kawan-kawan Pada saat Nabi Muhammad s.a.w hampir berusia 40 tahun kesukaannya mengasingkan diri semakin memuncak. Berbekalkan roti Rasulullah pergi ke Gua Hira di Jabal Nur iaitu kira-kira 5 Km dari Kota Mekah. Khadijah isterinya sering menghantar makanan kepada Rasulullah. Rasullullah di Gua Hira beribadah dan memikirkan keagungan alam untuk mendapatkan ketenangan dan kedamaian. Begitulah betapa murninya nabi al-amin sebelum dilantik menjadi rasul. Firman Allah di dalam surah al-ahzab ayat 21

.
Maksudnya : Sesungguhnya rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu

Di Malaysia kini, pembuangan bayi semakin menjadi-jadi, sumbang mahram hebat mencengkam, geja social semakin melata dimana-mana sahaja, lebih memilukan hati haruan memakan anaknya.masyaAllah, Innalillah.astagfirullah. Ish..ish..ish..moga kita semua terpelihara.

Mari-mari tuan dengar ini cerita, Kisah Nabi Muhammad dan wahyu pertama, Datang Malaikat Jibril memeluk eratnya, Tentu Nabi gementar saja. Lagu iklan axion

Hadirin sekalian.. Pada suatu malam, Malaikat Jibril datang menemui Nabi Muhammad s.a.w di gua Hira, peristiwa ini berlaku pada 17 Ramadhan bersamaan 6 Ogos 610 masihi. Ketika itu umur Nabi Muhammad s.a.w berusia 40 tahun.

Kawan-kawan.. Ketika baginda sedang bertafakur di gua Hira. Malaikat Jibril mendatangi Nabi Muhammad s.a.w lalu membangkitkannya dan menyampaikan wahyu Allah di telinga baginda. Baginda di minta membaca tetapi baginda memberitahu bahawa baginda tidak tahu membaca, lantas Malaikat Jibril memegang dan memeluk nabi sehingga sesak kemudian melepaskannya dan Malaikat Jibril menyuruh lagi Nabi membaca, dan jawapannya tetap sama iaitu baginda tidak tahu membaca, Sekali lagi malaikat Jibril memegang dan memeluk baginda untuk kali ketiga sehingga nabi merasa sesak dan melepaskannya.

Lalu Nabi bersedia mengikutinya, surah Al-Alaq ayat 1-5

Maksudnya :'Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu Yang menciptakan(1). Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah.(2) Bacalah, dan Tuhanmulah Yang Maha Pemurah.(3) Yang mengajar dengan perantaraan kalam.(4) Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya.'(5)

Kawan-kawan sekalian, Nabi Muhammad s.a.w mengulangi bacaan ini dengan hati yang bergetar. Baginda mengigil ketakutan dan segera pulang ke rumah. Setibanya ke rumah baginda meminta Siti Khadijah supaya menyelimutinya dan sekali lagi Jibril a.s menyeru supaya orang yang berselimut bangun dan menjauhi maksiat. Setelah hilang rasa takut dan gementar rasulullah s.a.w pun menceritakan apa yang dialaminya di gua Hira kepada isterinya Khadijah. Khadijah menemui Waraqah bin Naufal dan menceritakan kejadian yang dialami oleh suaminya itu.

Mendengar cerita daripada Khadijah, Waraqah pun memberitahu bahawa bahawa Nabi Muhammad adalah sebenar-benar Nabi yang diutuskan Allah untuk umat ini.

Ya kawan-kawan sekalian.. Pengajaran yang dapat kita ambil dari kisah ini yang pertama ialah kita hendaklah sentiasa mempertahankan akidah dan keimanan kepada Allah s.w.t walaupun dilanda pelbagai masalah dan kesulitan. Pengajaran kedua ialah kita hendaklah saling menasihati antara satu sama lain tentang perkara-perkara kebaikan dan menjauhi segala laranganNya. Seterusnya pengajaran yang ketiga ialah kita hendaklah menyakini bahawa Allah Maha berkuasa dalam melakukan setiap sesuatu dan tiada perkara yang mustahil baginya.

Tuan-tuan, puan-puan, pemuda pemudi Sebelum saya mengundurkan diri terimalah pantun daripada saya.

Banyak hari diantara hari, Tidak semulia hari jumaat, Banyak nabi diantara nabi, Tidak semulia Nabi Muhammad.

Banyaklah redup antara redup, Redup alamat harikan hujan, Banyaklah hidup perkara hidup, Hidup Muhammad menjadi teladan.

Sekian, penglipur lara ingin mengundurkan diri, Jaga diri hiasi peribadi, jangan lupa pada Ilahi.

...............