Anda di halaman 1dari 28

KUMPULAN 1

SENARAI NAMA YANG TERLIBAT DALAM PENGUKURAN



NAMA NO. PENDAFTARAN

MOHD RIDWAN BIN ABDUL RAZAK (K)

02DUT10F1035

SALAM FIRDAUS BIN KAMARUDIN


02DUT10F1002

MUHAMMAD HAZRIEN BIN HANAFI


02DUT10F1046

MUHAMAD SHAFIK AFIFI BIN JOHARI


02DUT10F1081

AIDA AIN BINTI AGEL


02DUT10F1029

NOR ZILA BINTI JUSOF


02DUT10F1007

NOR IFALYANA BINTI SALIM


02DUT10F1001

NURUL SURIAL FAZREEN BINTI
MUSTAPA


02DUT10F1020


ISI KANDUNGAN
ISI KANDUNGAN M / S
Pengenalan
Objektif
Perancangan kerja
Peralatan trigonometri
Fungsi peralatan trigonometri
Kaedah kerja
tinjauan
different field test
terabas
Autocad
levelling
trigonometri

Keputusan
Masalah yang di hadapi
Kesimpulan
Lampiran


PENGENALAN
Triangulasi adalah satu kaedah penentuan kedudukan beberapa titik yang
digunakan sebagai stesen kawalan geodetik yang bertaburan jauh diantara satu sama
lain tanpa memerlukan pengukuran jarak diantara stesen tersebut.Jika diketahui satu
sisi (garis asas) dan semua sudut dalam rangkaian segitiga yang membentuk
triangulasi tersebut, maka sisi yang lain boleh dihitung dan seterusnya koordinat stesen
dapat ditentukan. Pengukuran triangulasi dilakukan untuk mewujudkan jaringan
kawalan geodesi ufuk dan tegak (ketinggian) dengan membentangkan kaedah
pengukuran sudut, jarak,dan penentuan ketinggian. Pengukuran ini juga dilakukan
untuk membentuk satu jaringan kawalan yang boleh digunakan sebagai asas rujukan
bagi cerapan dan pengukuran yang digunakan bagi pemetaan topografi dan ukur
kadaster, dan juga kerja-kerja ukur kejuruteraan. Data dan maklumat dari triangulasi
digunakan bersama cerapan latitud dan logitud astronomi berserta dengan nilai graviti
untuk menentukan saiz dan bentuk bumi serta perubahan jisim didalam bumi







OBJEKTIF
1. Untuk membuat jaringan triangulasi dengan mempunyai minimum empat stesen
cerapan.
2. Untuk membuat cerapan triangulasi dengan menggunalan kaedah pusingan.
3. Untuk membuat pelarasan selisih menggunakan kaedah pelarasan ganda dua
terkecil (PGT)
4. Untuk mendapatkan koordinat terlaras bagi empat stesen tersebut.











PERANCANGAN KERJA :
1. Kerja-kerja peninjauan dijalankan dalam prosedur kerja kerana ia merupakan
penentuan untuk memastikan kerja yang dilakukan tidak akan mengalami
masalah. Peninjauan kawasan dilakukan adalah bertujuan untuk mengetahui
lokasi kerja dan suasana lapangan yang akan dilakukan kerja.
2. Perancangan penggunaan stesen GPS amat penting bagi memudahkan
kumpulan lain menjalankan kerja pengukuran trigonometri dan tidak perlu bergilir
- gilir untuk mengunakan stesen GPS yang sama
3. Dari segi keselamatan mestilah jauh dari laluan yang sibuk.
4. Stesen GPS yang telah wujud dapat dihubungkan dengan pengukuran
trigonometri yang dijalankan.













PERALATAN TRIGONOMETRI
1. NIKON DTM 322

2. PRISMA NIKON

3. TRIPOD




FUNGSI PERALATAN UKUR TRIGONMETRI

1. NIKON DTM 322
- Untuk melakukan kerja kerja cerapan bering dan jarak semasa melakukan
kerja ukur terabas.
- Untuk pengukuran sudut semasa melakukan trigonometri.
2. PRISMA
- Memantulkan semula gelombang yang telah dipantulkan dari alat Nikon
DTM322.
3. TRIPOD
- Untuk mendirisiapkan peralatan ukur.




















TINJAUAN
Membuat tinjauan ke kawasan yang telah diberikan, supaya dapat membuat
persiapan awal. Dari segi peralatan dan keselamatan agar dapat membuat kerja
dengan lebih mudah dan berjalan dengan lancar.
Kumpulan 1 mendapat tugasan untuk menjalankan kerja ukur trigonometri.
Tugas kerja ukur trigonometri ini dijalankan di padang A polisas. Sebelum menjalankan
kerja ukur trigonometri ini, kumpulan kami dikehendaki terlebih dahulu membuat
tinjauan tapak yang akan dijalankan kerja ukurini.
Di padang A ini terdapat :
1. Tapak trigonometri yang di ketahui nilai koordinatnya.

DIFFERENT FIELD TEST

1. Tanampiket di A dan B dengan jarak tidak kurang daripada 50m

A___________________________________________________B
56.219m
2. Pasang alat NIKON DTM 322 di A dan prism di B
3. Ukur jarak di AB
4. Tanam piket di C lebih kurang pertengahan garisan AB
A__________________________C___________________________B
(pkt) 28.280m 27.941m (pkt)
5. Alihkan EDM ke C danpasangkan prism di Adan B
6. Ukur jarak CA dab CB
7. Jarak AB hendaklah dibandingkan dengan jumlah CA + CB
8. Jika di dapati perbezaannya melebihi +/- 10mm,alat NIKON DTM 322 yang di uji
itu tidak boleh digunakan.
9.Ianya hendaklah dikenakan ujian kalibrasi bagi memastikan samada ia
berkeadaan baik atau tidak.





TERABAS

1. Alat di dirisiapkan pada stesen .
2. 'check' bering dan jarak batu konkrit lama pada stesen , dan
3. Bering daan jarak sama seperti dalam pelan akui, kerja pengukuran terabas
diteruskan
4. Bacaaan bering dan jarak di ambil pada stesen dan .
5. Selepas itu alihkan alat dan dirisiapkan pada stesen .
6. Bacaan bering dan jarak diambil pada stesen dan .
7. ulang langkah 4 - 5 untuk stesen seterusnya
8. pengukuran diteruskan sehingga ke stesen terakhir, dan tutup semula pada
stesen .












LEVELING

1. Semasa menjalankan kerja-kerja terabas. Kerja pengukuran aras bagi stesen
dilakukan pada masa yang sama.
2. Alat NIKON DTM 322 didirisiapkan di stesen , manakala prisma didirisiapkan
pada stesen dan
3. Ketinggian prisma yang didirikan pada stesen dan tinggi alat yang didirikan
diambil menggunakan pita ukur. Sudut pugak juga diambil untuk stesen
4. Aras laras untuk stesen tersebut dapat ditentukan dengan menggunakan
Formula :

RLB = RLA + Hi + VD Hi

5. Ulang langkah hingga untuk stesen seterusnya.











UKUR KAWALAN MENDATAR ( TRIANGULASI )

1. Tempoh masa adalah yang kami perlukan selama 5 minggu. Mula kerja pada
pukul 8.00 pagi sehingga 11.15 pagi dan pada sebelah petang kami mulakan
kerja pada pukul 2.30 petang sehingga 5.00 petang.
2. Kawasan kerja kami adalah di Padang Bola Sepak Polisas.
3. Cerapan boleh dibuat dengan beberapa kaedah, walaubagaimanapun dalam
amali ini kami melakukan dengan menggunakan kaedah PUSINGAN.
4. Prosedur seperti berikut:
i. Kami memilih 4 stesen yang saling nampak berjarak > 80m antara satu
sama lain.
ii. Dua daripada stesen itu ditentukan sebagai garis dasar.
iii. Pada garis dasar tersebut, jarak garis dasar diukur dan azimus ambilan
diberikan (guna P.C).
iv. Setelah itu,Total Station didirikan di salah satu stesen iaitu stesen 7, dan
satu stesen lagi,6 (paling kiri) didirikan prisma dan dipilih sebagai
rujukan, i.e R.O.
v. Kami mencerap sebanyak dua set cerapan pada setiap stesen.
vi. Alat pada penyilang kiri, satu nilai ke R.O disetkan ( contoh 900000
dan seterusnya stesen-stesen lain dibaca sudut ufuknya mengikut
turutan dan mengikut arah pusingan jarum jam.
vii. Bacaan sudut dicatatkan dalam borang sehingga ke stesen terakhir.
viii. Pada stesen yang sama, alat ditukar penyilang kanan dan dibaca bacaan
sudutnya.
ix. Dengan memusingkan teleskop alat dalam arah lawan jarum jam,
stesen-stesen lain dibaca sehingga ke stesen mula (R.O).
x. Langkah vi diulang hingga langkah viii dengan setting bacaan yang lain (
biasanya ikut sukuan bulatan sudut ).
xi. Sekurang-kurangnya 4 set bacaan dibuat.
xii. Bacaan dilaraskan untuk mendapatkan purata bacaan sudut.
Jenis Rangkaian
Jenis yang digunakan adalah tertakluk kepada pertimbangan praktik di padang,
supaya sesuai dengan keadaan topografi.
Perkara yang perlu diambilkira didalam pertimbangan untuk membuat keputusan
adalah seperti berikut:
Setiap rangkaian triangulasi yang dibentuk hendaklah dapat memberikan
penyelesaian segitiga melalui dua kaedah yang bebas, melainkan jika
terpaksa menggunakan rangkaian segitiga selapis.
Bagi menubuhkan rangkaian segitiga sekurang-kurangnya satu atau lebih
baik lagi jika kedua-dua kaedah digunakan supaya rangkaian itu adalah
dalam "keadaan kukuh", iaitu segitiga berdasarkan prinsip dan bentuk di atas.
Garisan yang terlalu panjang dalam satu-satu segitiga perlu dielakkan. Yang
paling baik ialah kepanjangan semua garisan lebih kurang sama.
Tertakluk pada perkara di atas, bentuk rangkaian hendaklah ditubuhkan
supaya kerja di padang yang terlibat adalah minimum. Bagi tujuan ini,
segienam berpusat dan bentuk yang lebih komplek adalah tidak sesuai.

Pemilihan Rangkaian
1. Di kawasan berbukit-bukau, rembat segiempat adalah yang paling sesuai.
2. Di kawasan yang mendatar, rembat segiempat sukar digunakan dan segitiga
berpusat adalah lebih sesuai.
3. Segitiga selapis hanya digunakan jika tidak ada cara lain yang sesuai.





Pemilihan Jarak dan Kedudukan Stesen
1. Dikawasan berbukit jarak antara stesen yang paling sesuai ialah dalam
lingkungan 50 km,
2. Di kawasan mendatar, purata jarak yang sesuai ialah 15 km. jika menara
cerapan didirikan.

Masalah-masalah yang dihadapi di lapangan
i. Kebaikan dan keburukan jarak jauh atau dekat di antara stesen-stesen
trigulasi:

1. Jika keadaan topografi, cuaca, peralatan dan kepakaran pencerap dan
pembantu baik, maka stesen yang berjarak jauh akan mempercepatkan kerja
dan menjimatkan perbelanjaan. Walau bagaimana pun masalah cuaca buruk
dan seliseh faham diantara pencerap dan pembantu di stesen yang dicerap
akan menyebabkan kerja tergendala
2. Jika cahaya hanya melengkung dalam arah satah tegak, masalah seliseh
pengukuran arah ufuk disebabkan oleh biasan tidak timbul.
3. Bagi jarak yang jauh keadaan sekeliling mungkin mengakibatkan biasan sisi
4. Jarak jauh akan mengurangkan kejituan perhitungan jarak yang berpunca dari
garis asas yang pendek
5. Jarak pendek memudahkan kerja triangulasi ditahap ketiga. Namun demikian
dengan jarak pendek, bilangan stesen akan bertambah dan memerlukan
cerapan dan perbelanjaan yang lebih.
6. Bagi jarak yang terlalu pendek, seliseh pemusatan alat akan memberi kesan di
dalam cerapan sudut



ii. Kedudukan Stesen

1. Pemilihan sama da jarak di antara stesen jauh atau dekat adalah tertakluk
pada keadaan.
2. Adalah sesuai jika stesen terletak ditempat yang tertinggi di atas bukit.
3. Kedudukan stesen di lereng bukit hendaklah dielakkan, kerana jika lereng bukit
melintasi garis cerapan, perbezaan ketumpatan udara di kiri dan kanan garis
cerapan akan berlaku.
4. Ini akan menyebabkan cahaya melengkung dalam satah ufuk, iaitu biasan sisi
berlaku pada garis cerapan.
5. Biasan sisi ini sukar untuk diperbetulkan, oleh itu hanya perlukan dielakkan
daripada berlaku supaya kejituan arah ufuk tidak terjejas.

iii. Masalah biasan

o Masalah biasan sangat ketara apabila garis cerapan menggeser atau hampir
menggeser permukaan bumi.
o Di kawasan berbukit masalah ini dapat dielakkan, tetapi di kawasan mendatar
penggeseran ini menjadi satu masalah.
o Ianya dapat dikurangkan dengan memendekkan jarak antara stesen atau
membina menara cerapan yang tinggi dan menggunakan lebih banyak
kawalan.













DIFFERENT FIELD TEST
A - B =56.219
C- A =28.280
C B =27.941
=0.002
*oleh itu alat ini boleh digunakan .













MASALAH YANG DIHADAPI

1. Alat terlalu sensitif cuaca menyebabkan akan mengambil masa yang lama untuk
menyiapkan kerja luar.
2. Jarak antara stesen GPS yang terlalu jauh, menyebabkan selisih sudut yan besar.
3. sukar memahami konsep pengukuran trigonometri pada permulaan pengukuran.
4. Tiup gelembung yang sensitif
5. prisma nikon yang tidak mencukupi menyebabkan kami terpaksa berkongsi alat
menyebabkan kerja-kerja mengambil masa yang lama.













KESIMPULAN

(MOHD RIDWAN BIN ABDUL RAZAK - 02DUT10F1035 )
( SALAM FIRDAUS BIN KAMARUDIN - 02DUT10F1002 )
(MUHAMMAD HAZRIEN BIN HANAFI - 02DUT10F1046 )


( MUHAMAD SHAFIK AFIFI BIN JOHARI - 02DUT10F1081 )
Berdasarkan kepada cerapan triangulasi yang telah kumpulan kami
lakukan,didapati data - data yang kami perolehi boleh diguna pakai walaupun pada
awalnya data yang diperolehi tidak begitu baik tetapi setelah dibuat pelarasan sama
rata, data-data tersebut boleh digunapakai. Faktor - faktor seperti cuaca, suhu, dan juga
peralatan yang dalam keadaan baik (telah dikalibrasi) juga memainkan peranan yang
penting bagi memastikan perolehan data-data cerapan yang tepat dan jitu

( NURUL SURIAL FAZREEN BINTI MUSTAPA - 02DUT10F1020 )
Triangulasi adalah satu kaedah penentuan kedudukan beberapa titik yang
digunakan sebagai stesen kawalan geodetik yang bertaburan jauh diantara satu sama
lain tanpa memerlukan pengukuran jarak diantara stesen tersebut. Jaringan triangulasi
yang kukuh hendaklah di bina dan setiap kedudukan stesen boleh di uji oleh satu atau
lebih syarat geometri, di mana cerapan mesti memenuhinya.

Pengukuran yang dilakukan oleh kumpulan kami ini menggunakan rangkaian
rombas segiempat yang mana terdapat 4 segitiga dan 8 sudut kerana kawasan kerja
kami berbukit - bukau. Melalui rangkaian ini kaedah pelarasan samarata dapat
dilakukan. Nilai nilai sudut terlaras di dalam pengiraan tersebut , seterusnya
digunakan untuk menghitung kordinat kordinat setiap stesen cerapan triangulasi
tersebut dengan menggunakan formula trigonometri biasa


(NOR IFALYANA BINTI SALIM - 02DUT10F1001)
Untuk membentuk satu jaringan kawalan yang boleh digunakan sebagai asas
rujukan bagi cerapan dan pengukuran yang digunakan bagi pemetaan topografi dan
ukur kadaster, dan juga kerja-kerja ukur kejuruteraan. Data dan maklumaT dari
triangulasi digunakan bersama cerapan latitud dan logitud astronomi berserta dengan
nilai graviti untuk menentukan saiz dan bentuk bumi serta perubahan jisim didalam
bumi.



(AIDA AIN BINTI AGEL - 02DUT10F1029 )
Untuk membentuk satu jaringan kawalan yang boleh di gunakan sebagai asas
rujukan bagi cerapan dan pengukuran yang digunakan bagi pemetaan topografi dan
ukur kadaster, dan juga kerja-kerja ukur kejuruteraan. Data dan maklumat dari
triangulasi di gunakan bersama cerapan latitud dan logitud astronomi berserta dengan
nilai graviti untuk menentukan saiz dan bentuk bumi serta perubahan jisim di dalam
bumi
Jumlah ketiga-tiga sudut yang dicerap mestilah bersamaan dengan 180 + + ;
dimana adalah baki ellipsoid atau sfera dan ialah tikaian sudut segitiga yang
dibenarkan.suatu titik ditentukan oleh sekuarang- kurang nya oleh 3 garisan.skim
jaringan triangulasi perlu dirancangkan supaya setiap sisi boleh dihitung dari sekurang-
kurangnya dua segitiga yang berlainan.
Berdasarkan kepada cerapan triangulasi yang telah kumpulan kami lakukan,
didapati data-data yang kami perolehi boleh di gunapakai walaupun pada awalnya
data yang diperolehi tidak begitu baik tetapi setelah dibuat pelarasan sama rata, data-
data tersebut boleh digunapakai. Faktor-faktor seperti cuaca, suhu, dan juga peralatan
yang dalam keadaan baik(telah dikalibrasi) juga memainkan peranan yang penting bagi
memastikan perolehan data-data cerapan yang tepat dan jitu.
( NOR ZILA BINTI JUSOF - 02DUT10F1007 )
Secara kesimpulannya, Triangulasi adalah satu kaedah penentuan kedudukan
beberapa titik yang digunakan sebagai stesen kawalan geodetik yang bertaburan jauh
diantara satu sama lain tanpa memerlukan pengukuran jarak diantara stesen tersebut.
Jika diketahui satu sisi (garis asas) dan semua sudut dalam rangkaian segi tiga yang
membentuk triangulasi tersebut, maka sisi yang lain boleh dihitung dan seterusnya
koordinat stesen dapat ditentukan.


.