Anda di halaman 1dari 12

UNIT 1 PENDEKATAN DAN TEORI DALAM SENI

OBJEKTIF Pada akhir unit ini, pelajar diharap dapat: 1. 2. 3. 4. Menjelaskan maksud am seni kanak-kanak. Mengenalpasti teori-teori seni klasik. Mengenalpasti teori-teori seni kontemporari Mengaplikasi pendekatan dan teori pembelajaran dalam pendidikan seni kanak-kanak

1.0

PENGENALAN

ernahkah anda melihat kanak-kanak melukis atas sekeping kertas dengan kedua belah tangan yang berwarna, atau menggunakan hujung jari melalui warna untuk membuat

tulisan? Atau memerhatikan kanak-kanak membentuk lingkaran yang banyak dengan krayon? Jika ya, maka anda telah melihat tumpuan dan ekspresi gembira seni yang diterokai di wajah kanak-kanak ini. Anda telah menyaksikan seni kreatif dalam proses! Lukisan kanak-kanak pada kebiasaannya, dapat dilihat di sekolah-sekolah tadika, sekolah rendah dan menengah. Tidak banyak para pendidik seni di Malaysia memikirkan perkembangan lukisan kanak-kanak tersebut. Di Barat tokoh-tokoh pendidik seni telah banyak membuat kajian lukisan kanak-kanak. Di antaranya ialah Rhodda Kellog, Victor Menurut Lowefeld, Hebert Read, Brent & Majorie Wilson, Me Fee dan lain-lain lagi. psikologi dan intelek kanak-kanak. dilahirkan. Kanak-kanak menyukai seni kerana ia menyeronokkan dan memberikan mereka ekspresi diri yang sebenar: kebebasan pilihan, fikiran dan perasaan. Bagaimanakah pentingnya seni dalam perkembangan manusia kanak-kanak? Apakah gambaran yang cuba 1

pendidik-pendidik seni di Barat lukisan kanak-kanak memperlihatkan perkernbangan Mereka membesar bersama-sama imej lukisan yang

ditonjolkan mengenai kanak-kanak yang mencipta sesuatu seni? Seni kanak-kanak adalah pelbagai kepada pebagai individu. Misalnya, ibu bapa, seni adalah paparan imaginasi anak mereka. Untuk pendidik, ia adalah satu alat mengajar. Untuk ahli psikologi, seni adalah satu cara untuk memahami minda kanak-kanak. Untuk nenek atau datuk, ia adalah satu cara untuk berasa sepunya. Kepada pustakawan, ia satu cara untuk meningkatkan pengetahuan buku. Untuk kanak-kanak, seni adalah satu cara untuk berseronok, membuat keputusan, dan menyatakan pilihan. Seni membawa maksud sesuatu yang halus, molek atau elok. Seni adalah suatu ciptaan atau ekspresi terhadap sesuatu yang dianggap indah. Memenuhi keperluan naluri estetik dan fizikal manusia yang dipengaruhi keperluan-keperluan naluri keagamaan, kebudayaan, ruang, masa dan keadaan tertentu. Seni berperanan yang bersifat psikologi dan sosiologi dan mempunyai hubungan dengan seni visual, seni persembahan seperti seni muzik dan seni tari. Seni visual adalah meliputi aktiviti melukis dan mewarna, aktiviti kraf, teknik merekacorak dan rekaan serta teknik bentuk bina. Seni persembahan untuk kanakkanak pula meliputi aktiviti muzik, pantun, sajak, drama, tarian dan pergerakan kreatif. Manusia melahirkan sesebuah hasil seni melalui perasaan, pengalaman dan rangsangan

1.1

TEORI DALAM SENI

1.1.1 Teori Seni Klasik Teori Seni Klasik Plato, Aristotle, Socrates menekankan kesejagatan, keabadian, dan kebenaran. Kesejagatan merupakan nilai rentas budaya tanpa mengira ras, ruang dan waktu serta nilai kehidupan sesuatu masyarakat. Keabadian merupakan konsep kehidupan yang berkekalan daripada segi fizikal dan juga nilai, sikap dan kerohanian. Kebenaran pula dikaitkan dengan kemanusiaan yang berkaitan dengan keadilan, tatasusila dan kebijaksanaan. Seni bagi Plato adalah suatu peniruan. Idea ini masih sangat kuat dalam zaman Renaissance sehingga lewat abad kesembilan belas apabila idea seni sebagai tiruan mula pudar daripada estetika barat, diganti dengan teori-teori tentang seni sebagai ungkapan, seni komunikasi, seni bentuk yang tulen, seni sebagai apa sahaja yang boleh menimbulkan satu tindak balas "estetik", dan beberapa teori yang lain. Plato juga melighat bahawa seni itu berkuasa, maka ianya berbahaya. Puisi, drama, muzik, lukisan, tarian, semuanya membangkitkan emosi. Seni mampu menggerakkan manusia, mempengaruhi tingkah laku,

dan karakter.

Atas sebab itu Plato menegaskan bahawa muzik (terutamanya muzik),

bersama-sama dengan puisi dan drama dan seni yang lain, harus menjadi sebahagian daripada pendidikan golongan muda di zamannya tetapi secara terkawal. Sama seperti tulisan-tulisan Plato mengenai hal seni sebagai peniruan, Aristotle juga mentarifkan seni sebagai kesempurnaan dan meniru alam semula jadi. Seni bukan sahaja tiruan tetapi juga menggunakan idea matematik dan simetri dalam mencari kesempurnaan dan masa tanpa sempadan. Alam ini penuh dengan perubahan, pereputan dan kitaran, tetapi seni boleh juga mencari apa yang kekal dan sebab-sebab pertama fenomena semula jadi. Aristotle menulis idea mengenai empat punca dalam alam semula jadi. Punca utama adalah seperti satu pelan tindakan, atau idea kekal. Punca kedua ialah bahan, atau apa perkara yang dibuat daripada. Punca ketiga ialah proses dan ejen, di mana artis atau pencipta mencipta sesuatu perkara. Manakala, punca keempat adalah baik, atau tujuan dan akhir satu perkara, yang dikenali sebagai telos.

1.1.2 Teori Kosmologi Teori Kosmologi adalah berkaitan dengan alam semester. Kosmologi melibatkan fenomena dalam ruang dan masa meliputi alam nyata dan alam tidak nyata serta kedudukan manusia dalam ruang tersebut. Hubungan manusia dengan alam akan mencetuskan kreativiti dan keupayaan luar biasa untuk menghasilkan karya seni.

1.1.3 Teori Seni Kontemporari Seni kontemporari mula membentuk identiti, stail dan teknik tersendiri. Teori seni kontemporari yang dibincangkan meliputi Teori Erwin Panofsy dan Teori Susanne K.Langer.

1.1.3.1

Teori Erwin Panofsky (1892 1968)

Erwin Panofsky Erwin Panofsky (30 March 1892 14 March 1968) adalah seorang ahli sejarah seni German. Hasil kerjanya memberi pengaruh yang tinggi dalam kajian akademik moden mengenai ikonografi. Pernyataan ikonografi membincangkan tentang objek dan makna. Terdapat tiga tahap pemahaman seni- sejarah oleh beliau iaitu: Perkara asas atau semulajadi: Ini merupakan level pemahaman yang paling asas. Ia merupakan persepsi terhadap sesuatu hasilan tulin. Contohnya, lukisan Perjamuan Akhir (Last Supper). Jika kita berhenti di lapisan pertama, gambar tersebut hanyalah dianggap sebagai gambar yang terdiri daripada 13 lelaki yang duduk di meja. Tahap pertama adalah tahap pemahaman paling asas berkaitan dengan pemahaman karya seni tanpa penambahan pada pengetahuan budaya. Perkara kedua atau konvensional (ikonografi): Lapisan ini bergerak selangkah ke hadapan dan membawa kepada pengetahuan persamaan budaya dan ikonografi. Sebagai contoh, seorang penonton Barat akan memahami bahawa lukisan daripada 13 lelaki di seluruh meja akan mewakili Perjamuan Akhir. Makna atau kandungan (iconology) tinggi atau intrinsik: Tahap ini mengambil kira sejarah peribadi, teknikal, dan budaya ke dalam pemahaman sesuatu karya. Ia melihat seni bukan sebagai peristiwa terasing tetapi sebagai produk alam sekitar sejarah. Bekerja dalam peringkat ini, ahli sejarah seni boleh bertanya soalan-soalan seperti "kenapa artis memilih untuk mewakili Perjamuan Terakhir dengan cara ini?" Pada dasarnya, ini lapisan terakhir ini adalah bercorak sintesis, ia adalah ahli sejarah seni bertanya "apakah maksudnya?"

1.1.3.2

Teori Susanne K. Langer (1895-1985)

Susanne K. Langer Susanne K. Langer, seorang ahli falsafah minda dan seni dari Amerika, menyatakan bahawa seni dapat ditakrifkan sebagai aktiviti menciptakan bentuk-bentuk yang dapat difahami atau dipersepsi yang mengungkapkan perasaan manusia. Falsafah Langer adalah meneroka minda manusia yang berterusan memproses memberi-makna melalui kuasa melihat satu perkara dalam perkara yang lain yang seterusnya menlahirkan idea-idea spontan. Langer menolak teori peniruan Plato kerana bagi Langer hasil seni itu adalah satu ekspresi, ungkapan dan ilusi pengkaryanya. Langer menyatakan bahawa bentuk adalah menjadi tumpuan utama dalam falsafah seni. Dalam seni visual bentuk merujuk kepada kejelasan, struktur dan kesatuan. Manakala, dalam muzik bentuk merujuk kepada simfoni. Beliau menyarankan pengkarya seni perlu mengaplikasi teknik yang pelbagai dalam karyakarya masing-masing. Langer berpegang pada tujuh konsep dalam karya seni iaitu bentuk abstrak, ekspresi, perasaan, lambang, ilusi dan imej. kepada fungsi dalam sesebuah karya. Konsep bentuk lambing, abstrak, ekspresi, perasaan adalah berkaitan dengan takrif seni manakala konsep ilusi dan imej lebih

1.2

APLIKASI TEORI PEMBELAJARAN DALAM PENDIDIKAN SENI

Teori-teori pembelajaran merupakan kerangka konsep yang menerangkan bagaimana maklumat diserap, diproses, dan dikekalkan semasa proses pembelajaran. Kognitif, emosi, pengalaman terdahulu, dan alam sekitar mempengaruhi bagaimana pemahaman, atau pandangan terhadap dunia, diperoleh atau berubah, dan pengetahuan dan kemahiran

dikekalkan. Pengaplikasian sesuatu teori dalam proses pengajaran dan pembelajaran adalah asas kepada pengajaran yang bertindak sebagai panduan kepada keperluan kanak-kanak. Apabila guru Pendidikan Seni memahami teori seni dan teori pembelajaran kanakkanak maka ia akan memberikan manfaat dalam proses pengajaran-pembelajaran. Pendekatan yang diketengahkan ialah pendekatan konstruktivis, teori sosial-interaksi Piaget dan teori Gestalt.

1.2.1 Pendekatan Konstruktivis Bruner telah menggariskan tiga prinsip utama di dalam konteks pembelajaran menggunakan pendekatan konstruktivis.

Pengajaran perlu menitikberatkan pengalaman pelajar serta mengikut konteks kesanggupan pelajar untuk belajar (kesediaan). Pengajaran perlu mengikut struktur atau urutan yang mampu difahami oleh pelajar dengan mudah (organisasi). Pengajaran perlu dirangka untuk memudah cara penghasilan ilmu (melangkaui maklumat yang dibekalkan guru).

Kaedah ini mengaplikasikan empat cara tertentu di dalam penyampaian sesuatu topik.

Menekankan perbezaan iaitu melatih pelajar agar bijak membezakan jenis dan sifat maklumat yang diterima. Menstruktur maklumat agar lebih mudah diterima dan difahami Susunan paling berkesan di dalam menyampaikan material pengajaran Sifat dan bentuk ganjaran (reward) atau hukuman (punishment) yang akan dikenakan sekiranya pelajar berjaya atau gagal melakukan sesuatu.

1.2.2 Teori Sosial-Interaksi Piaget Piaget seorang ahli epistemologi genetik di dalam bidang biologi dan falsafah telah merumuskan bahawa kanak-kanak kecil bukanlah tidak mempunyai kapasiti untuk berfikir, cuma kanak-kanak dewasa mempunyai lebih pengalaman yang mengasah minda mereka.

Jawapan kanak-kanak kecil berbeza daripada kanak-kanak dewasa kerana cara berfikir mereka yang berbeza. Prinsip penyelidikan biologinya : (a) Penyerapan (Assimilation) dan Ubahsuai (Accommodation) Piaget menjelaskan dua proses yang digunakan oleh individu sepanjang hayat dalam menyesuaikan diri mereka dengan persekitaran, iaitu asimilasi (assimilation) dan akomodasi (accommodation). Kedua-dua proses ini sentiasa berlaku dalam diri individu dan sentiasa menimbulkan ketegangan yang memerlukan penyelesaian. Hasil daripada penyelesaian kepada ketegangan ini akan mempengaruhi perkembangan kognitif. (b) Refleksi, Skema, Struktur dan Hierarki Piaget juga mengemukakan hipotesis bahawa setiap bayi dilahirkan dengan skema fungsi yang dikenali sebagai refleksi. Refleksi pada bayi ini berfungsi dalam membantu menyesuaikan diri dengan persekitaran yang baru (daripada dunia janin ke dunia sebenar). Apabila bayi mula biasa dengan persekitaran yang baru, refleksi ini akan digantikan dengan skema tersusun. Perkembangan kebolehan kognitif dan aplikasi pendekatan Teori Sosial-Interaksi Piaget dalam pembelajaran dapat dilihat dalam huraian berikut:

(a) Peringkat Deria-Pergerakan (0-2 Tahun) Kanak-kanak masih belum dapat menguasai simbol ataupun bahasa untuk menamakan objek di sekitarnya. Satu-satunya cara interaksi dengan persekitaran ialah melalui kesan deria dan gerak-gerinya. Apabila umur bayi meningkat 10 bulan, bayi tersebut mula memahami konsep kekal (permanence) iaitu kesedaran bahawa walaupun sesuatu objek hilang daripada pandangannya, objek tersebut tidak ghaib begitu sahaja. (b) Peringkat Pra-olahan (2 6 Tahun) Di peringkat ini, kanak-kanak telah mula menguasai bahasa dan menggunakan nama untuk panggilan objek di sekelilingnya. Walaupun begitu, penguasaan ini masih baru dan terbatas dan akan berkembang sepenuhnya sehinggalah kanak-kanak tersebut mencapai peringkat pengolahan formal. 7

Imaginasi kanak-kanak adalah sangat tinggi pada peringkat pra-olahan, iaitu apabila kanak-kanak mencapai umur dua hingga enam tahun. Adalah penting bagi guru-guru prasekolah ataupun ibu bapa menggalakkan kanak-kanak untuk berimaginasi kerana secara tidak langsung ia juga akan menggalakkan daya cipta kanak-kanak. (c) Peringkat Pengolahan Konkrit (7 11 Tahun) Kebolehan kanak-kanak menguasai konsep pengekalan tentang paduan, nombor, berat dan padatan. Kebolehan ini membantu mereka memahami konsep lain yang lebih rumit seperti susunan angka, pengklasifikasian bahan mengikut sifat, serta kemampuan melihat sesuatu perkara daripada pelbagai perspektif. Di peringkat ini, kanak-kanak mempunyai kepetahan bercakap yang sangat tinggi dan sentiasa ingin bertutur untuk menarik perhatian. Namun begitu, di dalam kelas yang sama mungkin ada sebilangan kanak-kanak yang sangat petah bertutur dan sangat aktif, manakala sebilangan lagi lebih suka mendiamkan diri. d) Peringkat Pengolahan Formal (12 Tahun ke Atas) Kanak-kanak ini mencapai tahap kemuncak kecerdasan mental di penghujung zaman remaja, namun kekurangan pengalaman mengehadkan pengetahuan dan kebolehan mereka untuk menggunakan apa yang mereka tahu. Di peringkat ini juga, perkembangan fizikal kanak-kanak adalah lebih pantas berbanding perkembangan mental apabila mereka mula melangkah ke awal alam remaja. Di peringkat ini, pelajar telah mula faham konsep-konsep abstrak dan mula membentuk identiti diri. Mereka mula memahami kepentingan falsafah hidup dan prinsip, politik dan konsep agama. Guru boleh membantu dengan mengadakan perbincangan dalam topik-topik ini agar dapat dijadikan panduan oleh pelajar. Antara bentuk perbincangan ialah membantu dalam menentukan hala tuju pelajar, persediaan yang perlu dilakukan serta menetapkan matlamat.

1.2.3 Teori Gestalt Prinsip asas teori ini menitikberatkan keseluruhan daripada sebahagian. Dalam erti kata lain, melihat sesuatu objek secara keseluruhan (contohnya rumah) memberi makna yang 8

lebih mendalam daripada melihat komponen-komponen individu (tiang, lantai, dinding, pintu, tangga). Proses melihat secara keseluruhan melibatkan proses kognitif minda membuat anjakan daripada memahami setiap komponen dalam menghasilkan makna daripada pandangan yang menyeluruh. Hukum-hukum Teori Gestalt terdiri daripada :Hukum Pragnanz Hukum Pragnanz menyatakan bahawa apabila individu berhadapan dengan pengalaman yang baru, persepsi individu tersebut adalah tidak teratur. Hukum Persamaan (Similarity) Konsep hukum persamaan adalah lebih mudah untuk difahami. Individu akan lebih cenderung untuk mengklasifikasikan rangsangan yang mempunyai persamaan di dalam kumpulan yang sama. Hukum Keintiman (Proximity) Mengikut hukum keintiman, pengklasifikasian setiap rangsangan adalah berdasarkan elemen jarak dan hubungan. Rangsanganrangsangan yang mempunyai hubung kait di antara satu sama lain akan diletakkan di dalam kumpulan yang sama. Hukum Lengkap (Closure) Hukum lengkap menganjurkan bahawa individu cenderung untuk meletakkan rangsangan yang telah lengkap di dalam kumpulan yang sama. Hukum Kesinambungan Positif (Good Continuation) Hukum ini menyatakan bahawa sifat sesuatu rangsangan tidak akan berubah, dan pada masa yang akan datang sifat yang sama akan dikekalkan. Contohnya, garis yang lurus dilihat sebagai akan tetap lurus pada masa yang akan datang dan tidak akan berubah sifatnya.

Hukum Ciri-ciri Bahagian (Membership Character) Di dalam hukum ini, individu akan mentafsir sesuatu berdasarkan pandangan mereka secara keseluruhan terhadap sesuatu objek tersebut, dan bukannya melihat setiap bahagian daripada keseluruhan objek tersebut. Teori Gestalt juga mempunyai hubungan yang rapat dengan pandangan konstruktivis dan banyak diaplikasikan di dalam kaedah penyelesaian masalah. Di dalam konteks pembelajaran seni visual, teori Gestalt bukan sahaja melihat kepada produk atau hasil kerja tetapi memberikan penekanan yang tinggi ke atas proses penghasilan produk itu sendiri.

10

TUGASAN/AKTIVITI 1. 2. Bagaimanakan pandangan Plato, Aristotal dan Socrates terhadap seni? Buat perbandingan antara Teori Klasik dan Teori Kontemporari.

KATA KUNCI Teori Klasik Teori Kosmologi Teori Kontemporari Plato Aristotal Socrates Erwin Panosky Susanne K.Langer Pendekatan Konstruktivis Teori Sosial-Interaksi Piaget Ciri-ciri bahagian Pergerakan Olahan Konkrit Formal Teori Gestalt Pragnanz Persamaan Keintiman Lengkap Kesinambungan positif

11

RUJUKAN Abdul Shukor Hashim (Prof Dr.) (1999). Kajian Klinikal Lukisan Kanak-kanak Mengikut Tahap Perkembangan. Suatu Kajian dan Penyelidikan. ITM, Shah Alam. E.Stone. (2012). Reading in Educational Psychology. Learning and Teaching. Routledge

Library Edition: Education. New York. Harry Sulastianto, dkk (2006). Seni Budaya. Untuk Kelas X Sekolah Menengah Atas Berdasarkan Standard Kompetensi dan kompetensi Dasar 2006. Penerbit Graffindo Media Pratama. MaryAnn F. Kohl (1994). Scribble Art: Independent Creative Art Experiences for Children (Bright Ideas for Learning). Barnes & Noble. Robert E. Slavin. (2011). Educational Psychology: Theory and Practice (10th Edition).

Pearson Allyn and Bacon. USA

12