Anda di halaman 1dari 25

BMM 3114

KEBUDAYAAN MELAYU

1.0 KONSEP BUDAYA, MASYARAKAT, KEBUDAYAAN MELAYU Budaya yang dikonsepsikan oleh orang ramai selalunya meliputi hal-hal mengenai kesenian. Sedangkan pengertian budaya dalam pengajian antropologi adalah suatu jalinan yang kompleks. Perlakuan manusia yang dipelajari (learned behaviour) adalah menjadi asas kepada pertumbuhan budaya. Perlakuan-perlakuan manusia yang diterima dari proses pembelajaran terjalin dalam suatu sistem yang tersusun rapi itu merupakan budaya. Berdasarkan rujukan beberapa buah buku, didapati definisi budaya itu berbagai-bagai sebagaimana yang diberikan oleh sarjana-sarjana antropologi budaya seperti A.L. Kroeber dan C. Kluckhohn yang pernah mengumpul sehingga 160 definisi budaya yang telah digunakan oleh sarjana-sarjana. Kemudian mereka menganalisis dan membuat kesimpulan. Menurut Nik Safiah Haji Abdul Karim (1963), perkataan budaya berasal daripada cantuman perkataan Sanskrit dan Melayu, iaitu 'budhi' dan 'daya. Perkataan 'budhi' yang dipinjam daripada bahasa Sanskrit bererti kecergasan fikiran dan akal. Perkataan 'daya' pula ialah perkataan melayu Polinesia yang bermakna kekuatan kuasa, tenaga dan pengaruh. Jika dicantumkan kedua-dua perkataan tersebut, budaya membawa maksud tenaga fikiran, usaha rohani atau kuasa menggerakkan jiwa. Manakala, berdasarkan Kamus Dewan edisi keempat (2010) pula,

mendefinisikan bahawa budaya itu adalah sebagai kemajuan fikiran, akal budi atau cara berfikir, berkelakuan dan sebagainya. Tegasnya, budaya boleh didefinisikan sebagai suatu cara hidup yang diamalkan oleh kumpulan tertentu dan meliputi sistem sosial, susunan organisasi ekonomi, politik, agama, kepercayaan, adat resam, sikap dan nilai. Budaya (culture) secara takrifannya diertikan sebagai cara hidup yang diamalkan secara berterusan dalam tempoh masa yang panjang sehingga amalan itu wujud dalam pemikiran separa sedar (sub-conscious mind) dan seterusnya menjadi asas untuk membeza seseorang dengan yang lainnya (Hofstede, 1980; 1991).

PISMP SEMESTER 7 (BM/PJ/PSV) | FITRI NORLIDA BINTI IBRAHIM

BMM 3114

KEBUDAYAAN MELAYU

Dictionary of Philosophy (1996), memberikan maksud budaya pula sebagai "The way of life of people, including their attitudes, values, beliefs, arts, sciences, modes of perception, and habits of thought and activity. Cultural features of forms of life are learned but are too pervasive to be readily noticed from within"

Seterusnya, pengertian masyarakat pula turut boleh dilihat dari berbagaibagai sudut contohnya dalam penggunaan harian, masyarakat diklasifikasikan sebagai kelompok individu. Secara umumnya pula, masyarakat itu dapat

difahamkan sebagai satu kesatuan kelompok manusia yang mempunyai interaksi dalam sistem hidup yang tertentu. Menurut Sabree Hussien (2009) dalam artikelnya yang bertajuk Konsep Masyarakat dalam Hubungan Etnik, masyarakat membawa maksud kumpulan manusia yang hidup bersama di sesuatu tempat dengan aturan dan cara tertentu. Individu, keluarga dan kumpulan-kumpulan kecil juga merupakan anggota sesebuah masyarakat.

Vatoni LV (2012), dalam sebuah laman sesawang ada menyatakan kebudayaan lagi, sangat erat hubungannya dengan masyarakat. Menurutnya

Melville J. Herskovits dan Bronislaw Malinowski mengemukakan bahawa

segala sesuatu yang terdapat dalam masyarakat ditentukan oleh kebudayaan yang dimiliki oleh masyarakat itu sendiri. Menurut Edward Burnett Tylor, kebudayaan merupakan keseluruhan yang kompleks, yang di dalamnya terkandung

pengetahuan, kepercayaan, kesenian, moral, hukum, adat istiadat, dan kemampuankemampuan lain yang didapat seseorang sebagai anggota masyarakat.

Justeru, didapati budaya masyarakat melayu ialah cara hidup bangsa melayu yang meliputi perkembangan sahsiah, budi, akal, daya, semangat, usaha, nilai dan tindakan dari aspek lahiriah dan juga aspek batiniah. Malah, budaya ini telah meresap masuk ke dalam pemikiran separa sedar bangsa melayu dan akhirnya menjadi tatacara hidup dan amalan orang melayu. Oleh yang demikian, secara tidak langsung, budaya inilah yang menjadi identiti kita dan seterusnya dapat membezakan kita dengan bangsa lain.

PISMP SEMESTER 7 (BM/PJ/PSV) | FITRI NORLIDA BINTI IBRAHIM

BMM 3114

KEBUDAYAAN MELAYU

1.1 Konsep Budaya, Masyarakat, Kebudayaan Melayu Dari Sudut Politik. Dalam satu laman sesawang yang ditulis oleh Arif Hertanto, belia telah menulis pendapat-pendapat daripada beberapa orang tokoh tentang definisi budaya politik. Menurut Almond dan Verba, budaya dari sudut politik merupakan sikap orientasi yang khas dari warga Negara terhadap sistem politik. Manakala, Samuel Beer pula mentafsirkan budaya dari sudut politik sebagai nilai-nilai keyakinan dan sikap-sikap emosi tentang bagaimana pemerintahan seharusnya dilaksanakan dan tentang apa yang harus dilaksanakan oleh pemerintah. Rusardi Kantaprawira pula mendefinisikan budaya politik sebagai persepsi manusia, pola sikapnya terhadap berbagai-bagai masalah politik dan peristiwa politik ke dalam pembentukan struktur dan proses kegiatan politik masyarakat mahupun pemerintahan. Di Malaysia, budaya dari aspek politik dapat dilihat dari aspek pemerintahan dan pentadbiran yang dijalankan di Negara ini. Di Negara kita dapat lihat kepelbagaian politik di Negara ini yang merangkumi pelbagai kaum. Pluralisme masyarakat di Malaysia menjadikan Negara ini mempunyai pelbagai bentuk dan corak acuan parti politik yang dipimpin mengikut pelbagai kaum. Namun hal ini masih di dalam kawalan kerana masyarakat di Malaysia masih mempunya nilai-nilai patriotisme, hormat menghormati, serta menghargai antara satu sama lain. Namun begitu, pengaruh penjajah sebelum ini telah menhyebabkan kita mengamalkan pemerintahan dan pentadbiran demokrasi.

PISMP SEMESTER 7 (BM/PJ/PSV) | FITRI NORLIDA BINTI IBRAHIM

BMM 3114

KEBUDAYAAN MELAYU

1.2 Konsep Budaya, Masyarakat, Kebudayaan Melayu Dari Sudut Sosial. Dalam kebudayaan melayu, terdapat pelbagai aspek yang boleh dikaitkan dengan sudut sosial. Antaranya ialah agama dan kepercayaan. Orang Melayu hampir seluruhnya beragama Islam. Namun demikian, sisa-sisa unsur agama Hindu dan animisme masih dapat dilihat dalam sistem kepercayaan mereka. Islam tidak dapat menghapuskan seluruh unsur kepercayaan tersebut. Selain itu, sudut sosial dalam kebudayaan melayu juga dapat dilihat dalam amalan adat istiadat. Adat istiadat Melayu banyak memperlihatkan campuran unsur tempatan dan unsur pengaruh luar selaras dengan kedatangan pengaruh Hindu, Islam, dan Barat ke Alam Melayu. Dalam pemerintahan Malaysia, unsur-unsur adat yang tidak bertentangan dengan ajaran Islam dibenarkan. Melalui principle of co-existence ini orang Melayu dapat menyesuaikan adat dan agama secara harmonis, walaupun ada aspek-aspek tertentu yang bertentangan tapi terus diamalkan. Sistem kekeluargaan dan perkawinan juga boleh dikategorikan dalam aspek sosial bagi kebudayaan melayu. Dari segi kekeluargaan, masyarakat Melayu dibagikan kepada dua kelompok. Kelompok pertama ialah kelompok yang mengamalkan sistem

kekeluargaan dwisisi (bilateral) dan kelompok kedua ialah kelompok yang mengamalkan sistem kekeluargaan nasab ibu (matrilineal system). Tetapi

disebabkan kedua-dua kelompok tersebut menganut agama Islam, maka sistem kekeluargaan Melayu itu banyak dipengaruhi oleh sistem kekeluargaan Islam. Seterusnya, kebudayaan melayu juga boleh dilihat dari sudut

kesenian. Dalam masyarakat Melayu seni dapat dibahagikan kepada beberapa aspek iaitu seni persembahan seperti tarian, nyanyian, persembahan pentas seperti makyong, wayang kulit, ghazal, hadrah, dan kuda kepang serta seni tampak seperti seni ukir, seni bina, seni hias, pertukangan tangan, tenunan, anyaman dan lainlain. Permainan tradisi seperti gasing, wau, congkak, juga termasuk dalam kategori seni persembahan. Kegiatan seni Melayu mempunyai identiti tersendiri yang juga memperlihatkan gabungan berbaga-bagai unsur tempatan dan luar.

PISMP SEMESTER 7 (BM/PJ/PSV) | FITRI NORLIDA BINTI IBRAHIM

BMM 3114

KEBUDAYAAN MELAYU

2.3

Konsep Budaya, Masyarakat, Kebudayaan Melayu Dari Sudut Ekonomi.

Ekonomi adalah satu bidang ilmu sains sosial yang mengkaji tentang individu dan masyarakat dalam membuat pilihan yang cekap bagi menggunakan sumber ekonomi yang terhad seperti tanah, buruh, modal dan usahawan dengan kehendak manusia yang tidak terhad. Di Malaysia, sistem ekonominya terbahagi kepada dua iaitu sistem ekonomi kapitalis dan sistem ekonomi Islam. Sistem ekonomi Islam mula diperkenalkan secara menyeluruh pada tahun 1983 dengan penubuhan Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB). Kini sistem ekonomi yang berteraskan Islam ini mula mendapat perhatian masyarakat, pelbagai produk kewangan telah diperkenalkan antaranya ialah takaful, al-Wadiah, Mudharabah dan ar-Rahnu. Budaya malayu dari sudut ekonomi di Malaysia boleh dilihat berdasarkan aktiviti yang dijalankan masyarakat melayu di Negara ini. Bagi orang Melayu yang tinggal di desa, majoritinya menjalankan aktiviti pertanian dan menangkap ikan. Aktiviti pertanian termasuk mengusahakan tanaman padi, kelapa sawit, kelapa, dan tanaman campuran. Orang Melayu yang tinggal di kota kebanyakannya bekerja di sektor perindustrian, perdagangan, pengangkutan, dan lain-lain. Penguasaan ekonomi dalam kalangan orang Melayu secara keseluruhannya masih rendah dibandingkan dengan penguasaan ekonomi oleh penduduk bukan melayu, terutamanya orang Cina. Tetapi kini telah ramai orang Melayu yang telah berjaya dalam bidang perniagaan dan menjadi ahli korporat. Ramai yang tinggal di bandar-bandar besar dan mampu memiliki kereta mewah dan rumah banglo. Selain itu juga, ramai orang Melayu yang mempunyai pendidikan yang tinggi, sama ada universiti di dalam mahu pun di luar negara.

PISMP SEMESTER 7 (BM/PJ/PSV) | FITRI NORLIDA BINTI IBRAHIM

BMM 3114

KEBUDAYAAN MELAYU

2.0 BENTUK DAN JENIS BAHAN SASTERA YANG DIANALISIS 2.1 Mantera Mantera adalah rangkaian kata yang mengandungi rima dan irama yang dianggap mempunyai kekuatan atau kuasa ghaib. Mantera biasanya diucapkan oleh seorang bomoh atau pawang dan berfungsi untuk melawan atau menandingi kekuatan kuasa ghaib. Dalam erti kata lain, ungkapan kata-kata yang digunakan oleh pawang atau bomoh ini sering digunakan dalam upacara-upacara yang mempunyai berbagai ragam maksud dari segi kepercayaan lama seperti digunakan dalam doa dan pendinding keselamatan daripada segala bencana. Malah, mantera juga turut digunakan dalam upacara-upacara ritual, pemujaan kepada penunggu dan semangat, serta dalam kerja-kerja bersangkut paut dengan pertanian dan menangkap ikan. 2.1.1 Ciri-ciri Mantera dari Segi Bentuk Mantera adalah puisi Melayu tradisional yang berbentuk bebas atau tidak terikat. Hal ini dapat dilihat melalui jumlah baris dalam satu rangkap dan jumlah rangkap bagi satu-satu mantera adalah bebas atau tidak tetap. Malah, rima akhir bagi setiap baris juga adalah bebas iaitu tidak ada skema rima yang tertentu. 2.1.2 Ciri-ciri Mantera dari segi Isi Ciri-ciri isi mantera pula mengandungi pengucapan dan doa yang penuh dengan kata-kata pujian dan bertujuan untuk membawa keuntungan dan menjauhkan segala bencana.Selain itu, ungkapan yang terkandung dalam mantera juga turut mengandungi unsur-unsur atau ungkapan magis yang sering digunakan dalam upacara-upacara tertentu serta bersifat kudus atau menyelami soal-soal kebatinan. 2.1.3 Ciri-ciri Mantera dari segi Bahasa

Mantera juga turut mengandungi kata-kata yang dapat memberi kesan dan gambaran atau imej yang tertentu seperti gambaran alam semulajadi, benda-benda, tingkah laku atau perbuatan, perasaan atau sentuhan serta bunyi atau pendengaran. selain itu, mantera juga kaya dengan bahasa perbandingan, kata-kata perulangan, kata-kata kiasan atau kiasan bahasa dan metafora.

PISMP SEMESTER 7 (BM/PJ/PSV) | FITRI NORLIDA BINTI IBRAHIM

BMM 3114

KEBUDAYAAN MELAYU

2.1.4 Fungsi Mantera Fungsi mantera adalah untuk menyembuhkan penyakit dan menghalau makhluk halus yang dipercayai mengganggu sesuatu tempat atau yang mengganggu kehidupan seseorang dan masyarakat. Oleh yang demikian, mantera inilah yang dijadikan sebagai pemanis, pengasih dan pembenci. Malah turut digunakan dalam upacara-upacara seperti adat dan istiadat.

2.2 Ulit Mayang Ulit atau ulek ini merujuk kepada berdondang atau mengulit-ngulit yang membawa makna menyeru-nyeru dengan nama memujuk-mujuk supaya kembali semula dan datang semula merujuk kepada makhluk halus . Mayang pula adalah sejenis bunga daripada pokok kelapa atau pinang.

2.2.1 Asal Usul Lagenda Ulit Mayang Lagenda ulik mayang atau ugam mayang (Pahang) dipercayai telah wujud pada zaman pemerintahan sultan Umar lagi. Kewujudan tarian Main Puteri dan persembahan Mak Yong di kelantan begitu popular pada tahun-tahun 1870-an iaitu sezaman dengan permulaan perkembangan drama bangsawan di Tanah Melayu. Pada zaman tersebut, Ulek Mayang amat popular sebagai upacara pengubatan penyakit kepada masyarakat Terengganu dewasa itu (zaiful: 2010). Disamping itu, tarian ini juga dikatakan berasal dari Tanah Seberang iaitu Kepulauan Jawa. Sejarah ulik mayang bermula pada zaman dahulu, sekumpulan nelayan keluar ke laut menangkap ikan dengan berperahu. Tiba-tiba, mereka telah dilanda ribut yang amat dasyat di tengah lautan sehingga jong yang dinaiki mereka telah dipukul ombak ganas. Kesemua nelayan terhumban di dalam laut yang bergelora sambil terkapai-kapai menyelamatkan diri. Akhirnya mereka kepenatan dan beralah dengan takdir apabila gagal menyelamatkan diri dari kekuatan ombak laut yang tidak dapat dikawal lagi.

PISMP SEMESTER 7 (BM/PJ/PSV) | FITRI NORLIDA BINTI IBRAHIM

BMM 3114

KEBUDAYAAN MELAYU

Seterusnya, ribut menjadi reda dan kembali kepada sedia kala. Tubuh para nelayan tersebut telah dihanyutkan ke pantai. Seorang demi seorang nelayan terjaga dan berasa beruntung kerana terselamat. Akan tetapi, salah seorang daripada nelayan tersebut tidak sedarkan diri. Mereka menyangka bahawa nelayan tersebut telah mati namun, ternyata tubuhnya masih bernyawa apabila diperiksa. Rakan-rakannya berasa sedih dan mengeshaki bahawa jiwa nelayan yang tidak sedarkan diri itu berada di alam lain walaupun jasadnya ada bersama mereka. Zaman tersebut lebih juga dikenali sebagai zaman animisme dimana bomoh digunakan untuk meyembuh penyakit seseorang. Oleh itu, nelayan-nelayan tersebut memanggil bomoh untuk menyedarkan kembali nelayan tersebut. Bomoh tersebut mengubatinya dengan bacaan mantera dan apabila diseru, bomoh tersebut mendapati nelayan itu telah dipukau oleh semangat laut. Rupa-rupanya seorang Puteri Bunian cuba menguji kesemua nelayan tetapi hanya seorang yang tertarik. Dipercayai nelayan itu terperangkap dan merayaurayau di alam bunian. Bomoh tersebut cuba membawa semangat nelayan kembali ke dunia nyata namun, Puteri itu telah menyeru seorang kakaknya untuk membantu. Di tengah-tengah pertarungan itu, dua lagi kakaknya muncul untuk menjampi. Kemudian muncul lagi dua orang puteri sehingga menjadi enam orang kesemuanya. Pertarungan antara bomoh dan puteri-puteri tersebut menjadi semakin sengit hingga menggegarkan bumi dan menggolakkan laut. Apabila pertarungan menjadi sangat sengit, muncullah Puteri ke-7, iaitu puteri yang sulung. Puteri ini memiliki rupa yang lebih rupawan, lebih kuat dan bijaksana. Setelah itu, bomoh telah merayu kepada Puteri ke-7 agar dipulangkan semula semangat nelayan tersebut. Menyedari kenakalan adik-beradiknya, Puteri sulung memerintahkan pertarungan itu dihentikan. Dalam pertempuran tersebut, puteri sulung berkata; aku tahu asal-usulmu, Biarkan yang laut pulang ke laut, dan yang darat pulang ke darat.

PISMP SEMESTER 7 (BM/PJ/PSV) | FITRI NORLIDA BINTI IBRAHIM

BMM 3114

KEBUDAYAAN MELAYU

Jiwa nelayan telah dipulangkan dan nelayan kembali sedar. Bomoh dan rakan-rakan nelayan berasa terhutang budi kepada sang puteri, mereka telah mempersembahkan nasi bewarna kepada sang puteri sebagai tanda penghargaan atau berterima kasih. Upacara ini kekal diamalkan sehingga kedatangan Islam, untuk menunjukkan rasa terhutang budi kepada semangat-semangat laut. Walaupun asal-usul bermulanya tarian ulik mayang terdapat dalam perbagai versi namun, susunan peristiwanya agak serupa iaitu tentang sekumpulan nelayan yang telah mengalami kecelakaan di laut dan salah seorang daripada mereka tidak sedarkan diri. Tarian ini dilakukan untuk memuja semangat Puteri yang merujuk kepada tujuh semangat yang bersal dari laut. Semangat puteri ini sudah wujud di kalngan masyarakat Terengganu sebelum kedatangan Islam lagi dan ia berakar umbi dari kepercayaan animisme atau khurafat masyarakat Melayu pada zaman dahulu. Tujuh Semangat Puteri dikenali sebagai Puteri Satu, Puteri Dua, Puteri Tiga, Puteri Empat, Puteri Lima, Puteri Enam dan Puteri Tujuh. Terdapat beberapa sumber menyatakan upacara Ulik Mayang dimainkan sewaktu musim puja pantai sebagai persembahan kepada penunggu laut supaya tidak mengganggu nelayan dan upacara mengubati pesakit degan menggunakan semangat yang dipuja. Namun begitu, upacara Ulik Mayang telah diubah kepada nyanyian setelah kedatangan Islam dan hanya ditarikan sebagai hiburan tanpa memasukkan unsur-unsur khurafat seperti mantera dan jampi. Antara kampung yang masih giat memperkembangkan kesenian ini ialah Kampung Pasir Panjang, Kuala Terengganu.

PISMP SEMESTER 7 (BM/PJ/PSV) | FITRI NORLIDA BINTI IBRAHIM

BMM 3114

KEBUDAYAAN MELAYU

3.0 MANTERA ULIT MAYANG

MANTERA ULIT MAYANG

Aku tahu asal usulmu, Seri Bersila nama asalmu, Seri Berdiri nama batangmu, Seri hidup asal usulmu, Seri Menempak nama daunmu, Seri Guntur nama bungamu, Seri Gintir nama buahmu.

Ulit mayang diulit, Ulit dengan puterinya enam, Puteri dua berbaju serong, Puteri dua bersanggul serong, Puteri dua bersubang gading, Puteri dua berselendang kuning.

Umbut mayang diumbut, Umbut mayang diumbut, Umbut dengan jala jemala, Ulit mayang diulit, Ulit dengan tuan puteri, Puteri dua berbaju serong, Puteri dua bersanggul serong, Puteri dua bersubang gading, Puteri dua berselendang kuning. Ulit mayang diulit, Umbut mayang diumbut, Umbut dengan jala jemala, Ulit mayang diulit, Ulit dengan puterinya empat, Puteri dua berbaju serong, Puteri dua bersanggul serong, Puteri dua bersubang gading, Puteri dua berselendang kuning. Umbut mayang diumbut, Umbut mayang diumbut, Umbut dengan jala jemala, Umbut dengan jala jemala, Pulih mayang kupulih, Pulih balik sedia kala.
PISMP SEMESTER 7 (BM/PJ/PSV) | FITRI NORLIDA BINTI IBRAHIM 10

Umbut dengan jala jemala, Ulit mayang diulit, Ulit dengan puterinya tujuh, Puteri dua berbaju serong, Puteri dua bersanggul serong, Puteri dua bersubang gading, Puteri dua berselendang kuning.

Ulit dengan jala jemala, Ulit mayang diulit, Ulit dengan tuan puteri, Kutahu asal usulmu, Yang laut pulang ke laut, Yang darat pulang ke darat, Nasi berwarna hamba sembahkan.

BMM 3114

KEBUDAYAAN MELAYU

3.1 Analisis Puisi Mantera Ulit Mayang

3.1.1 Kepercayaan Dalam mantera ini didapati bahawa seseorang pawang atau bomoh ini amat percaya dengan kewujudan kuasa luar biasa yang boleh mempengaruhi kehidupan manusia. Perkataan "Aku tahu" seolah-olah menggambarkan bahawa mereka tahu segalagalanya mengenai makhluk halus yang telah mengganggu kehidupan insan yang sedang diubatinya. Ini dapat dibuktikan melalui rangkap pertama puisi ini: Aku tahu asal usulmu, Seri Bersila nama asalmu, Seri Berdiri nama batangmu, Seri hidup asal usulmu, Seri Menempak nama daunmu, Seri Guntur nama bungamu, Seri Gintir nama buahmu. Aku tahu asal usulmu, Namun begitu, kepercayaan wujudnya kuasa luar biasa ini dianggap perkara tahyul dan karut bagi masyarakat kini kerana amatlah bertentangan dengan ajaran Islam dan akan menyebabkan berlakunya perbuatan syirik iaitu tergolong dalam perbuatan menyekutukan Allah. Jadi, sejak kedatangan islam bomoh atau pawang ini sudah mula dipandang serong kerana mereka dianggap hanyalah membuat

kebohongan belaka. Sesungguhnya tidak ada yang mengetahui yang ghaib kecuali Allah SWT semata-mata, sebagaimana firman-Nya : Dan pada sisi Allah-lah kunci-kunci semua yang ghaib. Tak ada yang mengetahuinya kecuali Dia sendiri, dan Dia mengetahui apa yang di daratan dan di lautan, dan tiada sehelai daunpun yang gugur melainkan Dia mengetahuinya (pula), dan tidak jatuh sebutir bijipun dalam kegelapan bumi dan tidak sesuatu yang basah atau yang kering, melainkan tertulis dalam kitab yang nyata (Lauh Mahfudh). [QS. Al-An'aam : 59]

PISMP SEMESTER 7 (BM/PJ/PSV) | FITRI NORLIDA BINTI IBRAHIM

11

BMM 3114

KEBUDAYAAN MELAYU

Selain itu, berdasarkan mantera ini juga didapati bahawa pawang atau bomoh amat percaya akan peranan tuan puteri dalam amalan bacaan manteranya. Sepanjang amalan mantera ulit mayang ini, pembaca mantera akan menyeru namanama tuan puteri yang dipercayai dapat membantu mengubati pesakit. Pembaca mantera ini didapati akan menyebut nama-nama puteri ini sehingga puteri ke tujuh seperti dalam rangkap di bawah. Puteri dua berbaju serong, Puteri dua bersanggul serong, Puteri dua bersubang gading, Puteri dua berselendang kuning.

Ungkapan mantera di atas, menunjukkan bahawa bomoh atau pawang ini memuja semangat puteri yang merujuk kepada tujuh semangat yang bersal dari laut. Semangat puteri ini sudah wujud di kalngan masyarakat Terengganu sebelum kedatangan Islam lagi dan ia berakar umbi dari kepercayaan animisme atau khurafat masyarakat Melayu pada zaman dahulu. Tujuh Semangat Puteri dikenali sebagai Puteri Satu, Puteri Dua, Puteri Tiga, Puteri Empat, Puteri Lima, Puteri Enam dan Puteri Tujuh.

Dalam Islam perbuatan menyekutukan Allah ini akan menyebabkan dosa besar. Oleh yang demikian, berdasarkan mantera di atas ini dapat dilihat bahawa bomoh atau pawang ini amat percaya dengan fungsi kuasa luar biasanya iaitu sewaktu upacara memanggil ketujuh-tujuh Puteri Tujuh turun menyertai acara atau upacara menurun bagi mengubati penyakit. Puteri Tujuh merupakan lambang daripada mitos masyarakat, dan ianya juga sebagai watak-watak yang sentiasa hadir dalam kebanyakan cerita-cerita lisan tempatan, watak atau peristiwa yang ada hubungan lagenda dan sejarah tempatan atau pandangan dunia semesta masyarakat Melayu secara umumnya.

PISMP SEMESTER 7 (BM/PJ/PSV) | FITRI NORLIDA BINTI IBRAHIM

12

BMM 3114

KEBUDAYAAN MELAYU

Selain itu, dalam mantera ini juga didapati bahawa pawang atau bomoh ini tidak mahu bersepakat dengan apa jua unsur ghaib. Malah dia amat mengharapkan supaya segala kuasa ghaib pulang ke tempat asal mereka dan turut meminta supaya makhluk ini tidak mengganggu lagi orang yang sedang diubatinya dengan menyediakan nasi bewarna sebagai hadiah yang dijanjikan.Perkara ini dapat difahami melalui baris-baris puisi dalam rangkap keenam ini seperti yang berikut: Yang laut pulang ke laut, Yang darat pulang ke darat, Nasi bewarna hambah sembahkan Melalui baris Nasi bewarna hamba sembahkan ini, didapati bahawa pawang atau bomoh ini juga percaya kepada amalan membuat persembahan kepada makhluk halus. Hal ini dapat dilihat sehingga kini, bahawa masyarakat pengamal mantera ini biasanya telah meminta syarat persembahan tertentu sebelum mengadakan upacara mengubati pesakit. Biasanya bentuk persembahan yang dibuat adalah sebuah hidangan makanan tertentu yang dianggap istimewa kepada makhluk halus berkenaan. Oleh yang demikian, perkara ini jelas dapat dilihat bahawa bertapa terpesongnya amalan ini dengan ajaran Islam.

Dalam rangkap akhir mantera ini pula, menunjukkan bahawa pawang atau bomoh ini amat percaya dengan semangat yang dipujanya dan telah membuat permintaan dan amat berharap supaya pesakit kembali pulih atau sembuh. Pengamal mantera ini akan memohon supaya pesakitnya kembali pulih seperti sedia kala. Maksudnya bomoh atau pawang ini amat percaya bahawa pesakit yang datang berubat dengannya akan sihat semula dan bebas daripada segala gangguan makluk halus. Hal ini dapat dilihat dalam rangkap akhir puisi mantera ini iaitu:

Umbut mayang diumbut, Umbut dengan jala jemala, Pulih mayang kupulih, Pulih balik sedia kala.

PISMP SEMESTER 7 (BM/PJ/PSV) | FITRI NORLIDA BINTI IBRAHIM

13

BMM 3114

KEBUDAYAAN MELAYU

Namun demikian, bagi sesetengah masyarakat didapati mantera dipercayai masih dapat digunakan sekiranya ia menepati tiga syarat utama. Pertama, menggunakan pembacaan ayat-ayat al-Quran dan as-Sunnah atau ruqyah dalam bahasa Arab yang diketahui maknanya tidak bertentangan dengan syarak. Kedua, boleh menggunakan bacaan selain daripada yang pertama, dengan apa jua bahasa, tetapi mestilah difahami maknanya dan tidak ada sebarang percanggahan dengan syarak. Ketiga, hendaklah yang merawat mengiktikadkan bahawa penyembuh sebenarnya adalah Allah s.w.t sahaja manakala pengubat hanyalah berikhtiar.

Hal tersebut dapat diperhatikan dalam firman Allah s.w.t : Dan kami turunkan dengan beransur-ansur dari al-Quran, ayat-ayat suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat kepadanya dan al-Quran tidak menambah kepada orang-orang yang zalim melainkan kerugian jua. (Surah al-Isra, ayat ke-82).

Oleh yang demikian, sesungguhnya amalan perubatan dengan menggunakan doa ataupun bacaan ayat suci Al-Quran sememangnya merupakan salah satu daripada cabang rawatan yang diakui syarak sebagai amalan mulia. Apatah lagi kalau kaedah yang digunakan bertujuan untuk membantu golongan yang memerlukan berbanding dengan penggunaan mantera yang mempunyai unsur

pemujaan dan pengaruh agama lain iaitu hindunisme.

Jadi, ikhtiar atau dalam usaha seseorang mencari kesembuhan dari penyakitnya sangatlah bermacam-macam, dan yang jelaslah bahawa umat islam hanya

diperbolehkan untuk berikhtiar secara perubatan islam disamping ikhtiar secara batin iaitu berdoa kepada Allah. Namun demikian, sistem psikologi, kepercayaan orang Melayu masih berlegar antara dua perkara yang kompleks dengan sejarah perkembangannya yang tersendiri. Biarpun di satu sudut, Islam telah banyak mempengaruhi gaya hidup dan budaya masyarakat Melayu, perkara tersebut masih belum berupaya untuk membasmi sistem kepercayaan Melayu yang sedia ada bagi sesetengah masyarakat.

PISMP SEMESTER 7 (BM/PJ/PSV) | FITRI NORLIDA BINTI IBRAHIM

14

BMM 3114

KEBUDAYAAN MELAYU

3.1.2 Penggunaan Mayang dalam meyembuhkan penyakit Peralatan bagi mengubati pesakit dalam mantera ini ialah menggunakan "mayang". Mayang adalah sejenis bunga daripada pokok kelapa, pinang dan seumpamanya. Mayang ini digunakan bagi mengirai dan mengibaskan pada pesakit ketika mantera yang dibaca dan menununjukkan penggunaan kostium dan peralatan dalam rawatan yang dilakukan oleh bomoh atau pawang ini. Cara penggunaan mayang ini juga turut ditegaskan dalam mantera ini iaitu terkandung perkataan "Ulit Mayang diulit". Perkataan inilah yang telah membawa maksud satu perbuatan mengirai dan

mengibaskan mayang ke atas pesakit ketika mantera dibaca.

Gambar Rajah 1 : Mayang Kelapa

Gambar Rajah 2 : Mayang Kelapa

Menurut Harun Daud (2004), telah menyatakan lima perkara penting dalam keberkesanan pengamal mantera ini iaitu pertama, kepercayaan dan keyakinan diri seseorang pengamal, kedua adalah kesucian diri, ketiga adalah perlakuan diri, keempat pula adalah suasana tempat, masa dan peristiwa dan yang kelima adalah dari segi penggunaan peralatan atau benda seperti pengeras, benda pembantu ritual, makanan, pantang larang dan kekuatan isi mantera itu sendiri. Kesemua ciriciri ini dapat dilihat dengan jelas dalam upacara persembahan upacara Ulik mayang ini. Oleh yang demikian, bagi keberkesanan persembahan atau upacara Ulek Mayang ini maka mayang pinang adalah salah satu bahan yang membantu bomoh atau pawang ini. Mayang merupakan bahan utama dalam bacaan mantera dan tarian ulik mayang ini. Mayang tersebut akan dibangkit dengan semangat dan dibangunkan dengan semah asal usul. Semah bermaksud sajian berupa makanan, binatang dan sebagainya yang disediakan untuk makhluk halus. Jadi, untuk menyembuhkan penyakit, pawang akan menggunakan mayang pinang yang masih lagi dalam seludangnya.
PISMP SEMESTER 7 (BM/PJ/PSV) | FITRI NORLIDA BINTI IBRAHIM 15

BMM 3114

KEBUDAYAAN MELAYU

Mayang pinang tersebut tidak boleh digunakan untuk kegunaan ritual setelah seludangnya pecah. Seterusnya, pawang akan menggunakan sebiji guri tembaga atau batil yang berisi air, sebatang lilin yang diperbuat dari sarang dan madu lebah, bertih padi (bertih jantan), kemenyan dan beberapa kuntum bunga yang kebiasaannya bunga cempaka, melati dan melor. Seterusnya, lilin dinyalakan dan kemudiannya diletakkan dalam batil atau guri tembaga yang berisi air. Apabila sampai waktunya, pawang akan membakar kemenyan dalam dupa yang siap dengan bara api, dan seterusnya melihat arah asap yang sekaligus memberi petunjuk bahawa arah itulah nanti penyakit akan dibuang dan dari arah yang berlawanan pula Puteri Tujuh Beradik dipanggil bagi menyempurnakan proses perubatan.

Gambar Rajah 3 : Batil Tembaga

Gambar Rajah 4 : Kemeyan

Sewaktu upacara persembahan diadakan, ianya akan diiringi oleh seloka dan pantun oleh rakan-rakan pesakit yang lainnya. Persembahan ini dilakukan beramairamai terutamanya pada waktu malam bulan purnama di tepi pantai dengan membuat bulatan dan pawang yang memegang mayang pinang akan duduk di tengah-tengah bulatan tersebut. Pada peringkat awal, tidak ada alat muzik yang mengiringi persembahan ini. Biasanya, para pemain terdiri dari mereka yang berusia antara lingkungan 15 hingga 40 tahun. Setiap peralatan yang digunakan akan diasap dengan kemenyan satu persatu telebih dahulu bermula dengan seludang mayang dan diikuti dengan bunga dan peralatan yang lain. Setelah itu bomoh akan menutup kepala dengan kain batik lepas dan dililit semutar dan separuh badannya ditutupi dengan kain putih yang menggunakan benang kapas dan duduk bersila sambil mengulek atau mengugam.

PISMP SEMESTER 7 (BM/PJ/PSV) | FITRI NORLIDA BINTI IBRAHIM

16

BMM 3114

KEBUDAYAAN MELAYU

Mengugam atau mengulek membawa maksud menyanyi dan melihat waktu yang baik untuk memohon pertolongan dan caranya ialah menyanyi dan menari. Pada waktu bomoh memulakan nyanyian, pukulan rebana mula mengiringi nyanyian pawang dengan tingkah laku tertentu yang mulanya perlahan kemudian kepada nada yang lebih sederhana dan tinggi. Dalam upacara ini, irama rebana tidak boleh tersalah kerana ini akan mengurangkan konsentrasi bomoh serta tidak akan membawa turun Puteri Tujuh ke alam maya dan semangat. Dalam upacara yang dianggap permainan inilah seorang bomoh atau pawang akan memulakan persembahan dengan membaca mentera memuja sejambak mayang pinang atau lukah atau kukur kelapa atau sebuah serkap dan benda-benda itu akan bergerak perlahan-lahan dan menari-nari dengan sesiapa sahaja yang memegang mayang tersebut atau dengan objek-objek lain. Maksudnya jika mayang dijadikan objek utama dalam persembahan ini, maka orang yang memegangnya akan ikut bergerak mengikut gerakan mayang yang dipegangnya. Begitu juga dengan lukah atau kukur kelapa, bubu atau serkap. Pada peringkat terakhir, bomoh akan memecahkan mayang kelapa dengan menghempaskannya ke pasir atau menghempaskan sedulang mayang tadi ke telapak tangannya. Pada saat inilah sedulang mayang tersebut digerak-gerakkan untuk memanggil-manggil tujuh orang puteri seorang demi seorang. Puteri Satu adalah puteri tertua dan sulung yang harus dipanggil dengan tertib dan hormat sehinggalah Puteri tujuh yang terakhir iaitu puteri bongsu dan merupakan puteri yang paling cantik dan paling sakti. Dipanggil untuk mengulek dan melihat si pesakit jikanya bertujuan untuk pengubatan. Selain itu, didapati penduduk awal kawasan ini mengadakan aktiviti ritual untuk memberi makna pada kehidupan mereka dalam lingkungan persekitaran fizikal dan rohani mereka. Mereka mengamalkan kepercayaan animisme, mempercayai kewujudan semangat dalam persekitaran semula jadi, misalnya sungai, gunung, laut dan hutan. Oleh itu, mereka mencipta ritual-ritual yang yang lengkap serta mengandungi pergerakan berbentuk gerak tari (Mohd. Ghouse Nasuruddin,1994).

PISMP SEMESTER 7 (BM/PJ/PSV) | FITRI NORLIDA BINTI IBRAHIM

17

BMM 3114

KEBUDAYAAN MELAYU

Oleh yang demikian, salah satu contoh seni tari masyarakat Melayu yang telah dianggap ritual adalan tarian ulek mayang. Tarian ulek mayang merupakan tarian yang mengandungi unsur pemujaan dan amat berkait dengan mantera yang dianalisis ini. Malah, ulek mayang juga ialah tarian keasyikan keagamaan pra Islam diiringi oleh nyanyian dan muzik dan sering dikaitkan dengan negeri Terengganu. Tarian ini berasal dari sebuah pulau berdekatan dan tidak dikenali, di mana muziknya diiringi dengan orkestra Melayu, yang menggunakan gendang, gong, biola, accordion dan sebagainya. Namun begitu, pada zaman sekarang ulek Mayang dijadikan sebagai seni persembahan Melayu yang boleh dianggap seni teater muzika kerana di dalamnya terdapat perbagai seni persembahan seperti pantun yang dilagukan, tarian mengikut lagu dan irama, serta dilakonkan oleh watak-watak tujuh orang puteri, watak pawang atau bomoh dan pesakit. Walaubagaimanapun, segala unsur-unsur mantera di dalam lirik lagu ulik mayang juga turut telah diubah setelah kedatangan Islam.

PISMP SEMESTER 7 (BM/PJ/PSV) | FITRI NORLIDA BINTI IBRAHIM

18

BMM 3114

KEBUDAYAAN MELAYU

4.0 PEMIKIRAN DALAM MANTERA ULIT MAYANG 4.1 Dari sudut Pandangan Agama Islam Biarpun di satu sudut, Islam telah banyak mempengaruhi gaya hidup dan budaya masyarakat Melayu, perkara tersebut masih belum berupaya untuk membasmi sistem kepercayaan Melayu yang sedia ada. Secara umumnya, masyarakat Melayu telah melalui beberapa fasa perubahan dalam sistem kepercayaannya. Antaranya, masyarakat Melayu telah menganuti kepercayaan animisme, Buddha, Hindu dan Islam. Walaupun begitu, antara keempat-empat kepercayaan yang telah disebutkan, Islam merupakan agama yang telah memberikan kesan dan impak yang mendalam dalam kehidupan masyarakat Melayu. Dalam erti kata yang lain, Islam merupakan kepercayaan yang dominan dalam dasar psikologi orang Melayu. Perihal tersebut dapat diperhatikan pada segenap aktiviti orang Melayu. Antaranya termasuklah kepercayaan orang Melayu terhadap keupayaan mantera, serapah, jampi dan sebagainya sebagai pengganti ucapan-ucapan yang terdapat dalam Al-Quran ataupun ucapan sampingan bagi bacaan doa-doa daripada kitab suci tersebut. Walau bagaimanapun, persoalan yang hadir dalam perbincangan mengenai mantera Melayu ini ialah adakah kaedah tersebut diterima menurut pandangan Islam?. Jadi dapatlah disimpulkan bahawa dalam Islam penggunaan mantera ini adalah tergolong dalam kepercayaan khurafat kerana di dalamnya terkandung unsur-ursur pemujaan semangat. Unsur-unsur inilah yang menyebabkan berlakunya amalan syirik dan menyekutukan Allah. Sesungguhnya Allah telah berfirman dalam Surah Al Jinn seperti yang berikut: Dan sesungguhnya, masjid-masjid itu adalah kepunyaan Allah. Maka janganlah kamu menyembah seseorang pun di dalamnya di samping (menyembah) Allah. (Surah Al-Jinn, Ayat ke-18)

PISMP SEMESTER 7 (BM/PJ/PSV) | FITRI NORLIDA BINTI IBRAHIM

19

BMM 3114

KEBUDAYAAN MELAYU

Oleh yang demikian, jelaslah dalam Islam bahawa tiada tuhan yang hadir selain Allah s.w.t serta tiada makhluk yang wajar disembah selainnya. Dalam hal ini, kecenderungan beberapa mantera untuk memasukkan elemen-elemen Islam ke dalam doa-doa yang berbentuk bukan Islam juga tidak seharusnya digalakkan. Perkara tersebut sekali gus merupakan amalan syirik kerana perkataan-perkataan yang digunakan ada yang tidak difahami dan banyak berunsurkan pemujaan alam. Jadi amalan ini tidak seharusnya diteruskan oleh masyarakat melayu yang beragama islam kerana amalan ini sangat bercanggah dengan agama kita.

Oleh yang demikian, sesungguhnya amalan perubatan dengan menggunakan doa ataupun bacaan ayat suci Al-Quran bolehlah dijadikan galang ganti dalam

cabang rawatan yang diakui syarak dan lebih mulia. Apatah lagi kalau kaedah yang digunakan bertujuan untuk membantu golongan yang memerlukan berbanding dengan penggunaan mantera yang mempunyai unsur pemujaan dan pengaruh

agama lain iaitu hindunisme.

Namun demikian, sistem psikologi, kepercayaan orang Melayu masih berlegar antara dua perkara yang kompleks dengan sejarah perkembangannya yang tersendiri. Biarpun di satu sudut, Islam telah banyak mempengaruhi gaya hidup dan budaya masyarakat Melayu, perkara tersebut masih belum berupaya untuk membasmi sistem kepercayaan Melayu yang sedia ada bagi sesetengah masyarakat.

4.2 Kesan Terhadap Masyarakat Mantera ulek mayang kini sudah jarang digunakan dalam perubatan. Namun begitu, tarian ulek mayang masih dipersembahkan di dalam teater muzikal tetapi sudah jarang digunakan kerana ada pertikaian dikalangan masyarakat dan dipercayai dapat memuja semangat dan akan berlakunya histeria. Malah, masyarakat kini juga telah berubah dan berpandangan negatif terhadap perkara yang berkaitan dengan ulek mayang ini. Jika didendangkan lagu ulek mayang ini juga, akan ada orang yang suruh menutupnya.

PISMP SEMESTER 7 (BM/PJ/PSV) | FITRI NORLIDA BINTI IBRAHIM

20

BMM 3114

KEBUDAYAAN MELAYU

Oleh yang demikian, Ulek Mayang ini hanya dipersembahkan sebagai hiburan semata-mata tanpa mencampur adukkan unsur khurafat dalam bacaan manteranya. Malah, persembahan hanya berlangsung 10 minit berbanding antara 20 hingga 30 minit. Ulek Mayang yang menampilkan persembahan tujuh puteri yang mengubati seorang lelaki yang terkena sampuk. Ada dua versi iaitu versi sekumpulan lelaki bermain sepak raga dan versi sekumpulan nelayan sebelum seorang daripada mereka terkena sampuk.

PISMP SEMESTER 7 (BM/PJ/PSV) | FITRI NORLIDA BINTI IBRAHIM

21

BMM 3114

KEBUDAYAAN MELAYU

5.0 PENUTUP Secara keseluruhanya dapat dirumuskan bahawa tugasan ini telah banyak memberikan kefahaman yang mendalam kepada saya terhadap bidang kajian kebudayaan Melayu ini, terutamanya dalam aspek kebudayaan Melayu mengenai upacara ritual yang menggunakan mantera. Sehubungan dengan itu, berdasarkan analisis mantera yang telah dibuat, di sini saya dapat simpulkan bahawa mantera Ulek Mayang ini banyak dipengaruhi oleh budaya luar dan saya dapati masyarakat Melayu pada zaman dahulu terkenal dengan pelbagai budaya dari segi adat dan istiadat yang diperturunkan dari zaman ke zaman. Antara kebudayaan Melayu yang diperturunkan pada zaman dahulu dan masih diamalkan oleh sesetengah masyarakat Melayu hingga hari ini ialah upacara ritual dan pemujaan yang menggunakan mantera sebagai salah satu cara dalam perubatan, pengasih dan juga sebagai pendinding. Namun begitu, kini ulik mayang hanya dipersembahkan sebagai hiburan semata-mata tanpa mencampur adukkan unsur khurafat dalam bacaan manteranya. Oleh yang demikian, saya berpendapat mantera Melayu ini wajar diperkenalkan kepada generasi muda yang akan datang demi memartabatkan serta memastikan agar budaya tersebut tidak hilang dek zaman. Namun begitu, perlu sesuai dengan ungkapan adat bersendikan syarak, syarak bersendikan kitabullah, Masyarakat Melayu harus bijak untuk mengeluarkan unsur-unsur yang bercanggah dengan agama Islam dan membudayakan agama Islam ke dalam kehidupan seharian kita.

PISMP SEMESTER 7 (BM/PJ/PSV) | FITRI NORLIDA BINTI IBRAHIM

22

BMM 3114

KEBUDAYAAN MELAYU

Rujukan Ahmad Zuhairi Abdul Halim 1999. Amalan Mistik dan Kebatinan, Serta Pengaruhnya Terhadap Alam Melayu. Kuala Lumpur: Tamadun Research Trust.

Mohd Rosli Saludin 2007. Puisi Melayu Tradisional. Bukit Mertajam: Goal Intelligent Publishing Sdn.Bhd

Harun Mat Piah 1989. Puisi Melayu Tradisional. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Rogayah Abdul Hamid dan Mariam Salim 2006. Kepustakaan Ilmu Tradisional Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Laman web : http://www.butang-emas.net/2011/06/10-mantera-melayu.html http://ceriteradimensi.blogspot.com/2013/01/misteri-tarian-ulik-mayang.html http://gcsasterastpm.blogspot.com/2012_06_01_archive.html http://channel-nahdliyyin.blogspot.com/2012/09/mantra-dalam-pandangan-islam.html http://safia2010.blogspot.com/2012/05/pengenalan-sistem-psikologikepercayaan.html

PISMP SEMESTER 7 (BM/PJ/PSV) | FITRI NORLIDA BINTI IBRAHIM

23

BMM 3114

KEBUDAYAAN MELAYU

PISMP SEMESTER 7 (BM/PJ/PSV) | FITRI NORLIDA BINTI IBRAHIM

24

BMM 3114

KEBUDAYAAN MELAYU

PISMP SEMESTER 7 (BM/PJ/PSV) | FITRI NORLIDA BINTI IBRAHIM

25