Anda di halaman 1dari 4

SKRIP DRAMA : HIKAYAT SERI KELANTAN NAMA SEKOLAH: SM ST MARTIN Pencerita : Pada awalnya Negeri Kelantan atau Tanah

Serendah Kebun Bunga Cerangtegayung diperintah oleh seorang raja perempuan yang bernama Encik Siti. Encik Siti tidak mempunyai suami mahupun anak. Encik Siti mendapat tahu Raja Jembal ada seorang anak perempuan. En.Siti: Beta berhajat untuk mempunyai seorang anak, oleh iu Beta mahu kalian pergi meminta anak Raja Jembal untuk beta jaga. Hamba: Titah dijunjung, Tuanku Pencerita: Walaupun terasa berat, Raja Jembal terpaksa juga menyerahkan Puteri mereka kepada En. Siti. Raja Jembal: En.Siti, Raja besar yang memerintah negeri, kita terpaksa berikan Tuan Puteri Sadung menjadi anak angkatnya. Pencerita: Maka, Encik Siti pun menjaga Tuan Puteri Sadung hingga dewasa. En. Siti: Indah sungguh rupa anakanda, bagai bulan purnama. Pencerita: Setelah Tuan Puteri Sadung dewasa Encik Siti bercadang untuk mengahwinkannya. En.Siti: Bonda fikir sudah tiba masanya anakanda berkahwin. Beta akan kahwinkan Tuan Puteri Sadung dengan Raja Abdullah. Pencerita: Encik Siti mengambil keputusan untuk mengahwinkan Tuan Puteri dengan Raja Abdullah. Perkahwinan Tuan Puteri Sadung dilangsungkan dengan gilanggemilang selama 40 hari 40 malam. Raja Abdullah dilantik menjadi Sultan Abdullah di negeri Serendah Kebun Bunga Cerengtegayung. En.Siti: Beta mahu anakanda bina sebuah kota baharu. Bonda mahu bersemayam di Gunung Ayam Pencerita: Raja Abdullah pun mengerah segala hulubalang dan hamba membina sebuah kota. Setelah siap encik siti menamakan kota itu Kota Jelasin, Sultan Abdullah menjadi raja memerintah Kota Jelasin dengan aman dan makmur. Raja Siam: Aku mendapat berita bahawa Encik Siti memelihara seorang anak perempuan yang baru sahaja dikahwinkan. Aku berkenan akan tuan puteri itu. Pencerita: Dalam masa yang sama, raja di benua siam amat berkenan akan Tuan Puteri Sadung. Baginda mahu utusannya ke negeri itu untuk mengambil tuan puteri itu.

Raja siam : Kamu seklaian segeralah ke negeri Serendah Kebun Bunga itu. Dapatkan tuan puteri itu untuk aku. Tuk Ca juga perlu kesan kerana beliau tahu akan Ilmu nujum. Pencerita: Maka bersiapkan segala hulubalamh dan utusan siam untuk ke negeri Serendah Kebun Bunga Belayarlah utusan Siam menuju ke negeri Serendah Kebun Bunga itu. Hamba: Ampun, tuanku Hamba lihat banyak kapal, perahu siam telah dating. Khabarnya mahu menyerang negeri ini. Raja Abdullah : APA!!!!! Pencerita : Utusan Siam itu pun dating menghadap Sultan Abdullah untuk meminta Tuan Puteri Sadung Raja Abdullah: Beta tidak mahu beri kepada rajamu kerana Tuan Puteri Sadung itu isteri beta. Dasar orang Siam tiada tahu cara bahasa; anak bini orang pun hendak ambil buat anak bininya. Nyah dari Sini!!!! Beta tidak mahu berjumpa dengan kamu lagi! Pencerita : Setelah beredar dari Kota Jelasin, utusan berbincang sesama mereka. Tentera Siam: Apa rancangan kita? Tentera Siam 2: Esok sajalah kita serang Kota Jelasin itu kerana haripun sudah malam. Tentera Siam : orang macam Sultan Abdullah itu sehari sahaja kita boleh tangkap bersama isterinya. Selepas itu, kita bawa kepada raja kita. Pencerita: Keesokan harinya bala tentera Siampun menyerang Kota Jelasin. Namun, tentera Siam Berjaya dikalahkan kerana Tuan Puteri Sadung mempunyai kuasa sakti.Tidak berapa lama kemudian, telah berlaku kebuluran negeri serendah Kebun Bunga. Kota Jelasin pun dikepung oleh orang Siam. Penduduk: Oh, Laparnya!!! Raja Abdullah: Kita sudah tidak berdaya untuk melepaskan diri daripada orang-orang siam itu. Pencerita: Tuan puteri Sadung teringat akan dia adalah anak Tuha-tuha lalu dia membaca mantera Puteri Sadung: Jikalau aku anak orang Tuha-tuha, berdarah putih bertulang tunggal, minta terangkatlah kota paritku bersama istana mehligaiku ini dan jatuh ke dalam hutan tempat orang tiada sampai. Pencerita: Dalam sekelip mata sahaja kota parit dan istana mahligai kota jelasin terangkat dan ghaib

Tentera Siam: Eh, Kota Parit dan istana mahligai sudah hilang!!!! Pencerita: Istana itu jatuh ke dalam Gerang Bahana. Tuan puteri Sadung membuat negeri di situ yang diberi nama mahligai raja dan pegawai raja siam segera mendapatkan Tuk ca. Tuk ca: Aku sangka Tuan Puteri itu akan dapat ditangkap, janganlah kamu bersusah hati kerana aku boleh melihat tuan puteri di dalam nujumku. Pencerita: Selepas itu, tuk ca pun tiliklah Tuk ca: Mahligai tuan puteri dan sultan abdullaj itu berada dalam cerang, tidak jauh dari sini kamu perlu bersedia untuk menyerang esok. Lebih elok jika kamu pergi terus kea rah selatan. Pencerita: Maka, sekalian raja-raja dan menteri hulubalang dan askar siam menuju ke Gerang Bahara. Sultan Abdullah: Orang-orang siam telah mengepung istana kita. Bagaimana kita mahu melawannya. Apa yang harus kita lakukan? Rakyat kita pun sudah habis berpecah belah. Tuan Puteri: Wahai Kekandaku, pergilah bertanya kepada tuk ca apa yang dia mahu. Tuk ca itu orang yang jujur mesti dia akan beritahu kepada kita apa tujuan mereka. Pencerita: Sultan Abdullah pun segera pergi berjumpa dengan tuk ca di dalam jong Sultan Abdullah: Wahai Tuk ca, apakah hajat sekalian hulubalang menteri serta rajaraja siam mengepung negeri beta ini? Tuk ca: adapun kedatangan kami tiada niat lain, hanya ingin mengambil isterimu, tuan puteri sadung untuk dipersembahkan kepada raja siam. Jika kamu menurut kehendak kami maka akan amanlah kamu mentadbir negeri ini. Pencerita: Lalu raja Abdullah pun balik ke istana dan memberitahu kepada isterinya tentang hajat raja siam itu. Sultan Abdullah: Adinda, mereka dating berhajat untuk membawa adinda kepada raja siam Pencerita: Tuan Puteri Sadung hanya diam membisu. Sultan Abdullah cuba memujuknya. Sultan Abdullah : Wahai adindaku, eloklah jika adinda mengikut kata raja siam itu, kerana negeri kita semakin lemah. Jika adinda tidak pergi musnahlah negeri kita ini. Pencerita: Tuan Puteri masih berdiam diri, Tuan puteri Sadung: Apakah yang harus aku lakukan?

Pencerita : Akhirnya, Tuan Puteri Sadung bersetuju untuk ke Siam mengikut utusan Siam itu. Tuan puteri Sadung: Baiklah Kanda, jika itu kehendak kanda akan adinda turutkan Pencerita: bertangis-tangisanlah suami isteri itu kerana mereka akan berpisah Tuan puteri Sadung: Selamat tinggal kekanda Sultan Abdullah : Selamat jalan adinda Pencerita : Sultan Abdullah membawa Tuan Puteri Sadung ke Jong Tuk Ca. Maka, berpisahlah mereka suami isteri. Selepas itu, Tuk ca memanggil sekalian raja-raja menteri, hulubalang dan rakyat jongnya. Tentera siam: Indah Sungguh rupa paras Tuan Puteri Sadung ini. Kami sangat gembira kerana Berjaya membawa tuan puteri sadung pulang ke siam dengan mudah untuk dipersembahkan kepada raja siam. Pencerita: Sekalian hulubalang menteri dan raja-raja siam pun pulang ke siam dengan membawa membawa Tuan Puteri Sadung bersama mereka.