Anda di halaman 1dari 16

OPEN UNIVERSITY MALAYSIA SEMESTER JANUARY 2013

NAMA

HASLIMAZNAH BINTI JIBIN

KOD KURSUS

HBEF 3503

NO KAD PENGENALAN

73O626-06-5434

NO MATRIK

730626-06-5434001

EMEL

haslira73@yahoo.com.my

NO TELEFON

0142640060

OPEN UNIVERSITY MALAYSIA SEMESTER JANUARY 2013

SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT RAMBAI


PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI
(BERMASALAH PEMBELAJARAN)

KM10, JALAN BUKIT RAMBAI 75250 MELAKA


TEL : 06-3353137 FAX : 06-3353137

KERTAS CADANGAN

Program Pendidikan Inklusif 2013

Anjuran
Program Pendidikan Khas Integrasi
SK Bukit Rambai

OPEN UNIVERSITY MALAYSIA SEMESTER JANUARY 2013

1.

PENDAHULUAN

Pendidikan adalah hak asasi semua manusia dari segi falsafahnya, semua insan di dunia ini
mempunyai hak untuk belajar dan mengetahui sesuatu. Begitu juga dengan pelajar berkeperluan
khas. Mereka juga mempunyai minat, hasrat dan cita-cita yang setanding dengan individu
normal. Oleh kerana itu, Pendidikan Inklusif diperkenalkan di Malaysia. Perkataan Inklusif
memberi maksud merangkumi. Menurut Naim, 1997 dalam buku Psikologi Pendidikan, maksud
inklusif secara umumnya adalah mengintegrasikan murid-murid berkeperluan khas ke dalam
bilik darjah biasa supaya mereka berpeluiang menikmati segala kemudahan belajar dalam
keadaan normal dengan murid-murid lain tanpa mengira status.
Hallahan dan Kauffman, (1977) menyatakan Pendidikan Khas bermakna pengajaran yang direka
khas untuk memenuhi keperluan-keperluan yang luarbiasa seseorang kanak-kanak yang luar
biasa, bahan-bahan serta teknik-teknik pengajaran, atau peralatan dan kemudahan kemudahan
yang diperlukan berdasarkan Falsafah Pendidikan Khas Malaysia di mana menyatakan:
adalah usaha yang berterusan untuk melahirkan insan yang berkemahiran, berhaluan,
berupaya,beriman, berdikari, mampu merancang dan mengurus kehidupan serta
menyedari potensi diri sendiri sebagai seorang individu yang produktif selaras dengan
Falsafah Pendidikan Negara
yang ingin melahirkan pelajar yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan
sosial.
Dalam hal ini, Pendidikan Inklusif dalam konteks pendidikan khas adalah yang diberikan
kepada murid-murid dengan keperluan pendidikan khas yang belajar bersama-sama dengan
murid normal, di dalam kelas yang sama dan diajar oleh guru biasa.
Menurut Kamariah Jarji, 1994, Pendidikan Inklusif melibatkan pelajar-pelajar dengan dengan
berkeperluan khas di dalam kelas-kelas biasa di mana bantuan yang sesuai kepada mereka
diberikan bagi membolehkan mereka mengikuti pengajaran dan pembelajaran bersama rakan
sebaya mereka. Begitu juga dengan pernyataan dari Abraham, Morris and Wald (1993) bahawa
Pendidikan Inklusif adalah: one in which children with and without disabilities learn and play
together. Ini disokong oleh Bowe (1995) di mana beliau menyatakan bahawa: an approach in
wich children with disabilities (including those with severe disabilities) are placed in rooms with
and receive services side by side with children who have no disabilities.

OPEN UNIVERSITY MALAYSIA SEMESTER JANUARY 2013

Pendidikan Inklusif bukanlah perkara baru dalam dunia pendidikan. Menurut Lewis & Doorlag,
1991, bahawa Di Amerika Syarikat, program inklusif telah diwartakan dalam Public Law 94
142: Education for All Handicapped Act pada tahun 1975 di mana pelajar-pelajar berkeperluan
khas wajib menerima pendidikan bersama rakan sedarjah mereka yang normal hingga ke tahap
yang maksimum sekiranya perlu.
Sementara itu, Menurut UNESCO ,1988 bahawa pada akhir tahun 1980 an kajian semula
pengkonsepan pendidikan khas dijalankan oleh UNESCO dan University of London . Pelbagai
istilah ketika itu digunakan untuk menjelaskan maksud pendidikan inklusif. Ini dapat dilihat
pada rajah di bawah:
Bil
1.
2.
3.
4.
5.

Negara
Amerika Syarikat
Australia/New Zealand
Jepun
United Kingdom
Malaysia

Istilah yang merujuk kepada Pendidikan Inklusif


Mainstreaming/Least Restricted Area
Integrasi
Special class
Normalisation
Inclusive education

Namun begitu, walau apapun terminologi berkenaan inklusif kesemuanya membawa maksud
mengintegrasikan.
Antara isu-isu berkenaan pendidikan inklusif adalah berkenaan pelajar itu sendiri, pentadbir,
guru-guru dan ibu bapa. Beberapa kajian telah menunjukkan bahawa ramai pelajar istimewa
akan disingkirkan dan dihalang daripada menyertai kelas biasa. Kajian oleh Bryan (1978)
melaporkan sebilangan besar pelajar bermasalah pembelajaran menghadapi kesukaran untk
menjalinkan hubuingan baik dengan rakan sebayanya.
Manakala sikap guru terhadap muridnya meripakan salah satu faktor yang menetukan corak
interaksi di antara guru dengan muridnya.
Menurut Varma (1973), dalam bidang pengurusan sering menimbulkan banyak masalah
sehingga boleh menyekat kejaan program inklusif. Selain daripada itu, isu tenaga pengajar dan
perkhidmatan merupakan isu yang berkait rapat dengan pendidikan inklusif. Kajian dari
Pickering (1982) menunjukkan bahawa kebanyakan guru lenbih suka tidak mengambil kanakkanak pendidikan khas sebagai murid mereka di dalam kelas normal. Ini adalah berkait rapat
dengan penambahan beban kerja seperti layanan, tumpuan dan pengajaran perseorangan serta
penyediaan alat bantu mengajar khusus untuk mereka.

OPEN UNIVERSITY MALAYSIA SEMESTER JANUARY 2013

Kini isu terhangat yang sering diperkatakan adalah elaun murid berkeperluan khas dan elaun
guru yang mengajar pendidikan khas. Ramai yang tidak faham mengapa mereka kerajaan perlu
mengeluarkan perbelanjaan untuk golongan ini. Ini antara alasan yang sebenarnya adalah
rungutan dari guru aliran perdana yang tidak mahu menerima hakikat bahawa murid pendidikan
khas perlu belajar bersama murid aliran perdana.
Tekanan yang hebat juga diterima dari pentadbir di mana mereka langsung tidak mahu
pendidikan inklusif dijalankan di sekolah. Walaupun telah ada Akta Pendidikan, namun mereka
buat-buat tidak faham kerana persepsi negatif mereka terhadap peratusan sekolah akan jatuh
dengan penyertaan murid inklusif dalam peperiksaan UPSR nanti.
Bagi guru-guru pendidikan khas pula, cabaran dilihat dalam menlaksanakan sukatan pelajran
dan rancangan tahunan yang mana, sukatan pelajaran pendidikan khas dengan aliran perdana
amat berlainan arasnya.
Menurut Individuals with Disabilities Education Act(IDEA),1990 mengklasifikasikan kanakkanak

berkeperluan

khas

kepada

13

kategori,

manakala

Abdullah

Yusof,2006

mengklasifikasikan kepada 8 kategori sahaja dengan merangkumkan beberapa kategori seperti


di bawah;
Kanak-kanak berkeperluan khas:

Kurang upaya pendengaran

Kurang upaya penglihatan

Kurang upaya pertuturan dan bahasa

Kurang upaya mental

Kurang upaya fizikal dan kesihatan

Kurang upaya pembelajaran

Gangguan emosi dan tingkah laku

Pintar cerdas

Oleh itu, jelas bahawa program Pendidikan Inklusif yang ingin dicadangkan ini adalah untuk
memberikan pendedahan kepada murid yang berpotensi untuk menduduki Ujian Penilaian
Sekolah Rendah(UPSR). Murid akan diinklusifkan separuh masa atau sepenuh masa. Namun
begitu, murid akan diinklusifkan mengikut tahap kebolehan ke dalam kelas yang difikirkan
layak untuk murid itu mengikuti pembelajaran bersama murid perdana yang lain. Yang
sedemikian diharapkan murid-murid berkeperluan khas bukan sahaja cemerlang dari segi

OPEN UNIVERSITY MALAYSIA SEMESTER JANUARY 2013

sahsiah tetapi cemerlang dalam segala aspek agar mereka ini menjadi antara aset yang penting
kpada masyarakat dan negara.
2.
a)

MATLAMAT
memberikan peluang kepada pelajar-pelajar tersebut menerima pengajaran, pembelajaran
dan menyertai semua aktiviti-aktiviti yang tedapat di sekolah bersama-sama pelajar
normal.

b)

Pelajar-pelajar berkeperluan khas dapat menyesuaikan diri dari awal-awal lagi dalam
semua aspek kemasyarakatan yang terdapat di sekolah dan di dalam komuniti setempat
dengan tujuan menjadikan mereka lebih berupaya mampu berdikari dan menjadi anggota
masyarakat yang menyumbang (Mohd Siraj Awang, 1996)

c)

Melibatkan pelajar dalam pengajaran dan bina keyakinan diri, daya saing dan daya tahan

d)

Berikan penekanan kepada kurikulum bersepadu.

e)

Waktu bimbingan / resos dicatatkan dalam jadula waktu peribadi dan penulisan rph
adalah sama.

f)

Guru pendidikan khas akan bersama murid berkeperluan khas sepanjang proses
pengajaran dan pembelajaran

3.

RASIONAL

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 melakarkan visi dan aspirasi
masa hadapan dan setiap kanak-kanak diberi peluang sama rata untuk berjaya melalui sistem
pendidikan bertaraf dunia. Aspirasi Kementerian

dalam PPPM berdasarkan kepada P-

pengetahuan, K-kemahiran berfikir, K-kemahiran memimpin, K-kemahiran dwibahasa, E-etika


kerohanian,dan I-identiti nasional. Ini berdasarkan petikan daripada Pelan PPPM yang
mengatakan bahawa:
Kementerian akan terus memastikan murid berkeperluan khas
seperti murid pendidikan khas, murid pribumi, dan kumpulan
minoriti yang lain seperti Orang Asli dan Penan, murid pintar
cerdas, dan murid di sekolah kurang murid, mempunyai peluang
yang sama untuk mendapatkan pendidikan yang relevan dengan
keperluan mereka. .

OPEN UNIVERSITY MALAYSIA SEMESTER JANUARY 2013

Terdapat beberapa kumpulan murid yang keadaan dan keperluan


mereka berbeza dengan murid arus perdana. Sekiranya tidak
diuruskan dengan betul dan keperluan mereka tidak dipenuhi secara
spesifik, kemungkinan murid ini tercicir daripada sistem pendidikan
negara adalah tinggi dan mereka juga tidak dapat mengembangkan
potensi diri sepenuhnya. Kumpulan ini merupakan murid dari sekolah
kurang murid, murid pribumi dan kumpulan minoriti seperti Orang
Asli dan Penan, murid pintar cerdas, dan murid pendidikan khas.
Program, sekolah, dan inisiatif yang memenuhi keperluan tambahan
murid ini akan membolehkan mereka mendapat faedah yang sama
dengan murid lain dalam sistem pendidikan negara.
Program Pendidikan Inklusif ini memberi peluang kepada murid-murid yang dipilih menimba
pelbagai ilmu pengetahuan di samping murid-murid normal. Para guru Pendidikan Khas dan
guru perdana masing-masing bertanggungjawab terhadap pentadbiran, pengurusan dan ikhtisas
program pendidikan inklusif disamping bertanggungjawab terhadap polisi dan objektif
perancangan Program Pendidikan Inklusif. Selain daripada itu, ini merupakan suatu usaha untuk
meningkatkan intelek, taraf hidup dan budaya untuk meluaskan peluang pendidikan kepada
semua warganegara. Ini bermaksud perkongsian ilmu, perkongsian kemudahan memberikan
peluang kepada peningkatan soasial di mana interaksi kanak-kanak istimewa dapat dijalinkan
dengan kanak-kanak yang lain. Guru-guru juga dapat memberikan perkhidmatan yang lebih adil
dengan pengagihan sumber yang adil di samping memberikan hak untuk kanak-kanak istimewa
menyesuaikan diri dalam masyarakat sekolah dan luar
4.

KAJIAN KEPERLUAN

Pendidikan Khas sesungguhnya merupakan suatu cabang dalam bidang pendidikan negara yang
mencabar. Selaras dengan hasrat kerajaan untuk memberi pendidikan kepada semua murid
dengan tahap dan kualiti yang maksimum, maka nilai kecemerlangan menjadi satu keperluan
oleh setiap individu dalam setiap peringkat persekolahan supaya tidak ketinggalan jauh ke
belakang. Kertas cadangan ini merujuk kepada Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 20132025 di mana, pada bab menyatakan:
Gelombang 2 (2016-2020): Kajian rintis program pintar cerdas dan murid berbakat

OPEN UNIVERSITY MALAYSIA SEMESTER JANUARY 2013

Dengan menggunakan kajian dan program usahasama dalam Gelombang 1, Kementerian akan
meneroka dan melaksanakan tiga program rintis, iaitu dua program untuk murid berpencapaian
tinggi (berdasarkan kajian dianggarkan hampir 15% daripada populasi murid) dan satu program
untuk murid pintar cerdas (1% daripada populasi murid) :
.. Program kurikulum pintas akan membolehkan murid
berpencapaian tinggi menamatkan sekolah menengah dan
menduduki peperiksaan SPM dalam masa empat tahun berbanding
lima tahun, dan melibatkan diri dalam aktiviti berbentuk
pengayaan, misalnya projek kajian individu. Murid akan dipilih
selepas UPSR dan akan diuji setiap tahun bagi memastikan program
ini mendatangkan faedah kepada murid dan tidak menjejaskan
perkembangan diri;
.. Program Laluan Pintas akan memberi peluang kepada murid
menduduki Tahun 1 dan 2 pada tahun yang sama. Murid akan
disaring pada awal Tahun 1 untuk mengenal pasti tahap pintar
cerdas dengan menggunakan ujian standard yang dibangunkan
Universiti Kebangsaan Malaysia, dengan anggaran 10 - 15% murid
akan berjaya melepasi standard yang ditetapkan bagi kemasukan
setiap tahun. Setelah menjalani program yang ditetapkan, murid
tersebut akan dinaikkan ke Tahun 3 pada tahun berikutnya; dan
.. Program murid pintar cerdas dan berbakat menyasarkan 1%
daripada populasi murid yang pintar cerdas dalam aspek tertentu,
misalnya Matematik, Bahasa, Muzik, dan Pendidikan Seni. Murid
akan mendapat akses kepada pendidikan khusus dan luwes bagi
membolehkan mereka mendapatkan pengajaran daripada pakar
dan dalam masa yang sama menjalani persekolahan arus perdana.
Sistem Pendidikan Khas yang tertumpu kepada kanak-kanak dengan keperluan khas
memerlukan guru-guru pendidikan khas yang sentiasa bersedia memberikan sumbangan
khidmat bantuan dalam apa jua keadaan. Kertas cadangan ini dibuat berdasarkan kepada
rangka tindakan digelar sebagai The Framework for Action on Special Needs Education
(Salamanca Statement) 1994. Rangka Tindakan Salamanca ini memperakukan tentang hak dan
peluang kanak-kanak berkeperluan khas untuk mendapatkan pendidikan serta mempunyai

OPEN UNIVERSITY MALAYSIA SEMESTER JANUARY 2013

peluang untuk mencapai dan mengekalkan tahap pembelajaran yang diterima. Oleh kerana
kanak-kanak berkeperluan khas juga mempunyai kebolehan, minat,kemampuan dan keperluan
pembelajaran, satu sistem pengajaran dan pembelajaran perlu direka untuk memenuhi keperluan
individu kanak-kanak tersebut dengan melaksanakan aktiviti pendidikan yang bersesuaian
dengan perbezaan minat individu.
Ekoran daripada persidangan ini, Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengambil inisiatif
memperkenalkan pendidikan inklusif di Malaysia pada tahun 1995 walaupun amalan inklusif
telah lama dilaksanakan di Malaysia melalui rancangan pendidikan integrasi atau percantuman.
Di Malaysia, pendidikan khas berkembang maju apabila Akta Pendidikan 1996 diwartakan.
Berteraskan kepada PL 94-142, kesedaran masyarakat terhadap pendidikan khas, peranan
undang-undang dan polisi pemerintah berjaya menggerakkan program pendidikan khas di
negara ini.
Melalui

Deklarasi Hak-Hak Kemanusiaan Sejagat (1948) yang meliputi hak bagi setiap

individu mendapat pendidikan yang menekankan keperluan keperluan pembelajaran untuk


orang kurang upaya menuntut perhatian khusus. Seterusnya pada tahun 1959, Pertubuhan
Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) telah mengisytiharkan Hak Kanak-Kanak Sedunia di mana
mereka berhak mendapat penjagaan yang khusus dan bimbingan mengikut kecacatan yang
dialami serta peluang menjadi kanak-kanak normal.

Akhirnya, melalui Laporan Jawatankuasa Kabinet (1978) yang telah mengkaji dasar
perlaksanaan pelajaran melalui Perakuan 169 merupakan satu titik tolak yang membawa kepada
satu penekanan dan tumpuan yang sangat jelas kepada perkembangan di Malaysia. Di dalam
laporan itu ada menyebut tentang beberapa bahagian tanggungjawab semua terhadap Pendidikan
Khas iaitu:
a. Tanggungjawab kementerian tertentu
b. Tanggungjawab Kementerian Pendidikan terhadap pendidikan kanak-kanak yang
bermasalah penglihatan, pendengaran, pembelajaran , terencat akal yang bolehh dididik.
c. Tanggungjawab Kementerian Masyarakat terhadap pendidikan kanak-kanak yang
kurang upaya fizikal, terencat akal sederhana dan teruk serta kanak-kanak spastik.
d. Tanggungjawab Kementerian Kesihatan untuk mengenalpasti di peringkat awal dan
menyaring kanak-kanak yang dilahirkan dalam keadaan yang berisiko.

OPEN UNIVERSITY MALAYSIA SEMESTER JANUARY 2013

e. Akta Pelajaran 1961 disemak semula dan digantikan dengan Akta Pendidikan 1996.
5.

SASARAN

Tiga orang murid pendidikan khas yang telah menguasai kemahiran asas 3M iaitu membaca,
menulis dan mengira. Murid-murid berkenaan mampu untuk menguruskan diri, berkomunikasi
denan yang lain serta tidak mempunyai tingkah laku yang ganjil yang akan menjejaskan
komunikasi dengan guru mata pelajaran dan murid-murid lain serta tidak mengganggu aktiviti
pengajaran dan pembelajran di dalam bilik darjah. Paling utama juga murid-murid tersebut
telah mendapat persetujuan dan kerjasama daripada ibu bapa mereka. Hanya ibu bapa yang
bersetuju dengan syarat-syarat yang diberikan oleh pihak sekolah yang akan dipilih untuk
mengikuti program ini.

6.

AHLI JAWATANKUASA
PROGRAM INKLUSIF PPKI (BP) SK BUKIT RAMBAI, MELAKA
Pengerusi

Puan Hajjah Sofeah binti Yang Razali


Guru Besar SK Bukit Rambai

Penyelaras

Puan Noraidah binti Md Yunos


GPK Program Pendidikan Khas Integrasi SKBR

Guru Kurikulum

Puan Asnia binti Yusof

Guru Hem

En Jahari bin Ahmad

Guru Kokurikulum

Puan Haslimaznah binti Jibin

Guru kebajikan murid :

Puan Sabariah binti Abu Bakar

Guru RMT

Cik Rabiatul Adawiyah binti Abdul Rahman

Guru Media/EMIS

Puan Noranninah binti Abu Bakar

OPEN UNIVERSITY MALAYSIA SEMESTER JANUARY 2013

Guru RESOS

Cik Noor Azrin binti Johari (Bahasa Melayu)


Puan Anita binti Johari (Matematik)

Guru lawatan/Kekerjaya:

Cik Nooraliza bintik Jamak

Pembantu Pengurusan Murid: 1.

Puan Azzawaja binti Md Zaman

2.

Puan Nik Zilaliey binti Nik Mat

3.

Puan Nafsiah binti Ahamad

4.

Cik Razihah binti Abd Rahim

7. ANGGARAN PERBELANJAAN
ANGGARAN
PERKARA
1. Bahan edaran

(4 kali)
RM 300.00

2. Alatan belajar murid

RM 200.00

3. ABM P & P

RM 500.00

JUMLAH KESELURUHAN

8.

PERBELANJAAN

STRATEGI PELAKSANAAN

RM 1000.00

OPEN UNIVERSITY MALAYSIA SEMESTER JANUARY 2013

a. Fleksibel dalam pendekatan pengajaran dan pembelajaran dan pengubahsuaian kurikulum


mengikut aras dan keupayaan pelajar.
b.

Berasaskan kepada prinsip pengajaran iaitu dari senang ke susah dan dari mudah ke
kompleks.

c. Galakan kemahiran komunikasi dan interaksi.


d.

Melibatkan pelajar dalam pengajaran dan bina keyakinan diri, daya saing dan daya tahan.

e. Sediakan aktiviti P&P yg menarik.


f. Berikan penekanan kepada kurikulum bersepadu.
g. Waktu bimbingan / resos dicatatkan dalam jadula waktu peribadi dan penulisan rph adalah
sama.
h. Murid berkeperluan khas ditempatkan ke kelas mengikut keputusan mesyuarat .
i.

Guru pendidikan khas akan bersama murid berkeperluan khas sepanjang proses pengajaran
dan pembelajaran.

j. Pelajar berkeperluan khas diberi tempoh percubaan 3 bulan untuk tujuan penyesuaian di
program pendidikan inklusif.
k. Penilaian pelajar berkeperluan khas dibuat dengan menggunakan senarai semak / ujian
formatif dan sumatif dari aspek:
i.

Tingkah laku

ii.

Sosial

iii.

Akademik

Pelajar berkeperluan khas yang berjaya melepasi penilaian akan terus berada di program
pendidikan inklusif.
Pelajar berkeperluan khas yang gagal melepasi penilaian dalam tempoh percubaan akan kembali
semula ke program pendidikan pra inklusif.

8.1

BENTUK PENDIDIKAN INKLUSIF

OPEN UNIVERSITY MALAYSIA SEMESTER JANUARY 2013

8.1.1

Pendidikan Inklusif Sepenuh Masa

pelajar mengikuti semua mata pelajaran di kelas biasa seperti pelajar biasa.

Senarai nama murid kekal dalam daftar kelas khas.

Guru kelas biasa boleh merujuk atau meminta bantuan daripada guru pendidikan khas
(guru pendamping) sekiranya terdapat sebarang masalah samada dari segi pembelajaran
atau tingkahlaku.

Pelajar pendidikan khas diberi peluang untuk mengambil peperiksaan awam

8.1.2

Pendidikan Separa Inklusif

Pelajar mengikuti pembelajaran di kelas biasa untuk mata pelajaran tertentu sahaja.

Waktu selebihnya mengikuti program di kelas pendidikan khas.

Senarai nama pelajar pada daftar program Pendidikan Khas.

Guru Pendidikan Khas terlibat sebagai pembimbing atau guru pendamping.

Ujian mata pelajaran terlibat sama dengan pelajar biasa.

Program Pendidikan Inklusif ini boleh dilaksanakan di sekolah rendah dan menengah
bergantung kepada laporan prestas atau RPI oleh guru untuk menentukan samada pelajar
itu layak atau sebaliknya.

8.2

MODEL-MODEL PENDIDIKAN INKLUSIF

1.

Model A Penempatan sepenuh masa dalam kelas biasa dengan pengubahsuaian


kurikulum dan strategi P&P.

2.

Model B Penempatan sepenuh masa dalam kelas biasa dengan mendapat khidmat
nasihat/bimbingan Guru Pendidikan Khas.

3.

Model C Penempatan dalam kelas biasa dan dalam Kelas Khas/BilikResos/ Pusat
Sumber.

4.

Model D Penempatan di Sekolah Khas (BaseSchool) dan kelasSatellite di sekolah


biasa.(OctopusModel)

5.

Model E Penempatan sepenuhmasa di Sekolah Pendidikan Khas.

6.

Model F Penempatan sepenuh masa di rumah kediaman.

9.

PENUTUP

OPEN UNIVERSITY MALAYSIA SEMESTER JANUARY 2013

Adalah diharapkan agar program yang dirancang ini dapat mendatangkan manfaat kepada
pelajar-pelajar Pendidikan Khas SK Bukit Rambai, Melaka. Program ini juga diharapkan dapat
membentuk keyakinan diri pelajar ketika berkomunikasi dengan dunia luar yang semakin
mencabar. Berdasarkan amalan terbaik peringkat antarabangsa dan dasar sedia ada, kita
berharap pihak Kementerian komited untuk menambah bilangan murid berkeperluan khas dalam
model pendidikan inklusif, dan meningkatkan kualiti keseluruhan seperti yang diperuntukkan.
Dalam pelan Pendidikan yang telah digubal, Kementerian berjanji melaksanakan beberapa siri
inisiatif untuk mencapai objektif PPPM. Pada objektif Gelombang 1 memberikan tumpuan
kepada pengukuhan program sedia ada, Gelombang 2 memberikan tumpuan kepada peningkatan
inisiatif, dan penambahan jumlah pakar bagi menangani pertambahan jumlah murid kurang
upaya dan juga pelbagai jenis keperluan. Gelombang 3 menilai inisiatif yang dijalankan dan
menggabungkan inisiatif yang berjaya. Semoga kerjasama dengan organisasi seperti Southeast
Asian Ministers of Education Organisation Regional Centre for Special Education (SEAMEOSEN) membawa kebaikan kepada golongan OKU.
Negara luar jauh lebih maju dalam usaha mengiktiraf pendidikan khas dari segi penerimaan
dalam masyarakat. Dengan akta yang diperuntukkan untuk pendidikan khas seharusnya
masyarakat kita lebih bersikap prihatin dan membuangkan pemikiran ortodoks yang
memandang individu OKU ini sebagai pembalasan tuhan kepada keluarga terbabit sedangkan
tiada siapa yang inginkan kecacatan. Keprihatinan ini penting untuk membantu masa depan
golongan OKU mendidik diri mereka untuk berdikari. Semoga kesedaran masyarakat terutama
ibu bapa, guru-guru, pentadbir, pihak kerajaan dan juga NGO dapat membantu golongan ini
untuk menikmati kehidupan seperti manusia normal.

Disediakan Oleh:
..............................................

Disahkan Oleh:
.........................................................

(Puan Haslimaznah binti Jibin)

(Puan Hajjah Sofea binti Yang Razali)

Setiausaha Program

Guru Besar

SK Bukit Rambai
Melaka

SK Bukit Rambai
Melaka

OPEN UNIVERSITY MALAYSIA SEMESTER JANUARY 2013

OPEN UNIVERSITY MALAYSIA SEMESTER JANUARY 2013

Anda mungkin juga menyukai