Anda di halaman 1dari 5

RANCANGAN PENGAJARAN KUMPULAN PROGRAM PENDIDIKAN PEMULIHAN

NAMA GURU: EZZAH BINTI AHMAD TARMIZI SEKOLAH: SK KLIA TARIKH: 11 FEBRUARI 2014 HARI: SELASA MASA: 10.30 pagi 11.30 pagi KELAS: 3 EAGLE MATA PELAJARAN: MATEMATIK

KUMPULAN Nama Murid Konstruk/Kemahiran Tambah dalam lingkungan 1000

Objektif : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran ini, murid dapat,

1. Menambah dua nombor hingga nombor tiga digit dengan mengumpul semula.

Pengetahuan Sedia Ada

1. Murid boleh membilang nombor mengikut susunan secara menaik.

2. Murid boleh menambah nombor satu digit dengan nombor satu digit.

3. Murid boleh menambah nombor dua digit dengan nombor satu digit tanpa mengumpul semula.

Alat Bantu Mengajar

Kayu aiskrim, straw, lembaran kerja, papan nilai tempat, kad soalan.

Penerapan Nilai Murni

Berani, yakin, bijaksana.

Unsur KBKK

Menyusun atur, mengelas, menilai.

EMK Set Induksi

Kreativiti 1. Murid membuat pemerhatian terhadap dua keping kad nombor yang ditunjukkan oleh guru dan murid menyatakan bilangannya.
43 23

453

332

2. Murid menyatakan jumlah bagi kedua-dua nombor tersebut. 3. Murid diminta menulis penambahan yang ditunjukkan dalam bentuk lazim. 4 3 7 5 3 8 3 2 5

Langkah 1

1. Murid diberikan soalan penambahan dua digit tanpa mengumpul semula.

Contoh: i) ii) 123+22= 15+101=

2. Guru menunjukkan cara menyelesaikan soalan dengan menggunakan straw. Guru mengikat straw mengikut nilai tempat.

3. Murid mencuba menjawab soalan dengan kaedah yang ditunjuk oleh guru. 4. Guru dan murid bersoal jawab.

Langkah 2

1. Guru menerangkan operasi tambah mengumpul semula dengan menggunakan straw.

2. Murid menggunakan straw untuk menyelesaikan masalah.

3. Murid dibimbing oleh guru.

4. Murid menunjukkan hasil kepada guru.

5. Guru memberikan respons terhadap jawapan murid.

Langkah 3

1. Guru menunjukkan kepada murid cara untuk selesaikan masalah dalam bentuk lazim.

ra 3 + 1 4

pu
+1

sa 9 6 5

3 5 9

2. Murid dibimbing untuk mengisi nilai nombor mengikut nilai tempat yang betul.

Langkah 4

1. Murid diberikan lembaran kerja.

2. Murid perlu melengkapkan lembaran kerja dengan menggunakan bentuk lazim.

Penutup

Penutup Kognitif 1. Murid diberikan satu soalan kuiz.


Jumlahkan kedua-dua nombor ini. 125 380

2. Kemudian, murid merumuskan isi pelajaran yang telah dipelajari pada hari ini. 3. Murid mendengar guru merumuskan isi pelajaran yang telah dipelajari dengan lebih lengkap.

Penutup Sosial 1. Murid diberikan ucapan tahniah dan tepukan gemuruh kerana berjaya menamatkan sesi pengajaran dan pembelajaran pada hari ini dengan jayanya.