Anda di halaman 1dari 9

Amali 1 __________________ (Awan)

Tujuan Amali :

Untuk mengkaji hubungan antara perbezaan bentuk dan jenis awan dengan cuaca yang berlaku ketika pemerhatian dijalankan. Hipotesis :

Bentuk dan jenis awan mempengaruhi cuaca persekitaran Kemahiran Proses Sains : 1. Memerhati 2. Mengelas 3. Meramal 4. Membuat inferens 5. Komunikasi 6. Mentafsir data 7. Membuat hipotesis Alat / Radas Prosedur Amali : Kamera Digital, Pen, Kertas :

1) Sebelum pemerhatian awan dilakukan, maklumat mengenai awan telah dicari dan dikumpulkan sebagai rujukan amali. Rujukan diambil daripada manamana sumber bahan bacaan. 2) Lokasi pemerhatian awan dipilih. Pemerhatian telah dijalankan selama 2 minggu berturut-turut. 3) Pemerhatian dijalankan pada waktu yang sama setiap hari di lokasi yang sama. 4) Gambar pemerhatian awan diambil menggunakan kamera digital. 5) Pemerhatian awan direkodkan. Rekod pemerhatian termasuklah perubahan cuaca pada hari tersebut samada hujan atau tidak. 6) Data yang dikumpulkan dianalisis dan ditafsirkan. 7) Laporan lengkap amali disediakan.

8) Laporan lengkap amali turut disertakan bersama jadual, gambar dan carta sebagai bahan sokongan pemerhatian. 9) Kepentingan dapatan amali dibincangkan. Keputusan :

Jadual di bawah menunjukkan hasil pemerhatian terhadap awan selama 2 minggu.


Tarikh mula Tarikh akhir Lokasi Penanda : 3 Ogos 2013 : 16 Ogos 2013 : Sekolah Kebangsaan Haji Ramli, Kedai Empat. : Kawasan persekitaran, jalan raya berhampiran sekolah. Masa & Keadaan Cuaca 5.00 petang

Bil

Tarikh

Gambar

Jenis Awan

(3 Ogos 2013 26 Ramadhan 1434 H)

Awan Kumulonimbus

Cuaca mendung, gelap dan berangin

(4 Ogos 2013 27 Ramadhan 1434 H)

5.00 petang

Awan Kumulus

Cuaca cerah, redup, berangin

5 Ogos 2013

5.00 petang

Awan Kumulonimbus

(28 Ramadhan

Cuaca redup, mendung hujan renyai mula turun

1434 H)

6 Ogos 2013 (29 Ramadhan

5.00 petang

Awan Nimbostratus

Cuaca mendung (Sebelum hujan)

1434 H)

7 Ogos 2013

5.00 petang

Awan Kumulus

(30 Ramadhan

Cuaca mendung redup, berangin

1434 H)

8 Ogos 2013

5.00 petang

Awan Kumulus

(1 Syawal 1434 H)

Cuaca mendung, berangin & selepas hujan

9 Ogos 2013

5.00 petang

Awan Sirostratus

(2 Syawal 1434 H)

Cuaca cerah & tidak hujan

10 Ogos 2013 (3 Syawal 1434 H)

5.00 petang

Awan Sirostratus

Cuaca cerah,

tidak hujan, sedikit berjerebu

11 Ogos 2013 (4 Syawal 1434 H)

5.00 petang

Awan Altokumulus

Cuaca cerah dan tidak hujan

12 Ogos 2013 (5 Syawal 1434 H)

5.00 petang Cuaca cerah & tidak hujan

Awan Altokumulus

10

13 Ogos 2013 (6 Syawal 1434 H)

5.00 petang

Awan Altostratus

Cuaca redup, berangin

11

14 Ogos 2013 (7 Syawal 1434 H)

5.00 petang Awan Sirostratus

Cuaca cerah & tidak hujan

12

15 Ogos 2013 (8 Syawal 1434 H)

5.00 petang

Awan Kumulus

Cuaca mendung, redup, berangin

13

16 Ogos 2013 (9 Syawal 1434 H)

5.00 petang

Awan Nimbostratus

Cuaca mendung, redup sebelum hujan

14

Perbincangan

Tugasan berkaitan awan dan cuaca memberi pengalaman dan pengetahuan baru kepada saya. Selama ini saya sekadar mengetahui tentang cuaca mendung, cerah dan hujan sahaja. Kini saya mengenali nama-nama awan dan cuaca yang berlaku seiring dengan perubahan bentuk awan itu sendiri. Rupa-rupanya kita boleh mendapat maklumat tentang cuaca melalui pemerhatian terhadap bentuk atau jenis awan. Melalui pemerhatian saya selama dua minggu, iaitu bermula pada 3 Ogos 2013 hingga 16 Ogos 2013, saya dapati terdapat 6 jenis awan yang kelihatan sepanjang tempoh pemerhatian itu. Antaranya ialah awan altostratus, nimbostratus, sirro stratus, cumulus, altokumulus dan awan kumulonimbus. Berikut ini ialah jadual kekerapan awan dan graf , sepanjang tempoh pemerhatian saya tersebut. BIL 1 2 3 4 5 6 JENIS AWAN Kumulonimbus Altostratus Kumulus Nimbostratus Sirostratus Altokumulus PERINGKAT AWAN Rendah Sederhana TInggi Rendah Tinggi Sederhana KEKERAPAN JENIS AWAN SEPANJANG PEMERHATIAN 2 1 4 2 3 2

Jadual 1 : Jadual Kekerapan Jenis Awan

Kekerapan

Rajah 2 : Graf Kekerapan Pemerhatian terhadap Jenis Awan

Berdasarkan kepada jadual kekerapan jenis awan pada jadual dan graf di atas, terdapat perbezaan yang ketara dapat dilihat pada kekerapan jenis awan yang kelihatan. Jenis awan Kumulus mencatatkan kekerapan paling tinggi sebanyak 4 kali pemerhatian. Awan Kumulus ini ialah jenis awan yang berada di peringkat tinggi yang sedang dalam peringkat menaik ataupun Awan Tegak. Awan kumulus ini merupakan awan yang berkepulkepul warna putih kapas. Awan ini menggambarkan keadaan cuaca yang cerah dan baik. Awan nimbostratus, kumulonimbus dan awan altokumulus pula dilihat sebagai awan yang berada pada kekerapan kedua tertinggi iaitu 2 kali pemerhatian. Awan nimbo stratus ialah awan peringkat sederhana. Awan nimbo stratus berbentuk seperti lapisan-lapisan yang tebal dan gelap. Jenis awan ini sering menimbulkan hujan lebat. . Awan altokumulus adalah awan berbentuk jalur-jalur berwarna kelabu kebiru-biruan. Jenis awan ini sering menimbulkan hujan yang meluas dan berterusan. Kemudian, awan yang paling sedikit kekerapannya muncul sepanjang tempoh pemerhatian saya ialah awan altostratus. Awan ini hanya mencatat kekerapan sebanyak sekali sahaja sepanjang tempoh pemerhatian dalam tempoh dua minggu. Awan sirus ini merupakan awan pada peringkat tinggi. Berdasarkan hasil pemerhatian saya, kebanyakan awan yang muncul ketika waktu pemerhatian kami ialah awan yang menunjukkan cuaca yang mendung dan membawa hujan. Ini terbukti kerana kekerapan jenis awan kumulus iaitu awan yang menunjukkan cuaca mendung dan kadangkala cerah dapat dilihat sepanjang pemerhatian kami. Namun, pola kekerapan awan kumulus ini dapat dilihat selang sehari atau dua hari. Di antara hari awan kumulus ini dapat diperhatikan jenis awan seperti awan nimbostratus dan awan altostratus. Jenis awan nimbostratus memberi petanda hujan akan turun manakala awan altostratus menunjukkan bahawa hujan telah turun dan cuaca mulai cerah. Ini menunjukkan bahawa pada bulan Ogos ini cuaca di kawasan ini mengalami musim hujan yang tidak sekata. Dalam seminggu hujan pasti akan turun, namun kuantiti hujan ada yang sebanyak ketika musim hujan pada penghujung tahun. Apabila saya merujuk pada Jabatan Meteorologi Malaysia mengenai ramalan kaji cuaca di Perak, hampir kesemua ramalan cuaca itu ada kalanya tepat pada hari tertentu. Sesungguhnya, tidak dapat disangkal lagi bahawa awan sangat membantu manusia untuk meramal dan mengenal pasti cuaca persekitaran kita. Penyataan ini juga disokong melalui pembacaan di Majalah Estidotmy yang mengatakan bahawa sistem ramalan kaji cuaca di Malaysia ini boleh dipercayai 80%-90% kebenarannya. Berdasarkan amali ini, saya telah dapat mengenal pasti kepentingannya dalam kehidupan seharian kita. Melalui perubahan bentuk dan jenis awan, manusia dapat meramal

keadaan cuaca sehingga dalam tempoh seminggu akan datang. Apabila pihak berkenaan dapat membuat ramalan cuaca, mereka akan bertanggungjawab untuk menyebarkan maklumat kepada orang ramai. Seterusnya, melalui maklumat itu, manusia dapat merancang aktiviti kehidupan seharian agar faktor cuaca tidak menjadi penghalang untuk meneruskan aktiviti. Ramalan cuaca bukan sahaja penting kepada masyarakat di sesebuah tempat, tetapi juga memberi kemudahan kepada sektor penerbangan, industri cari gali, perkapalan, ketenteraan termasuk marin dan tentera udara. Begitulah juga dengan pengangkutan udara iaitu sistem penerbangan. Tambahan lagi, dengan ramalan cuaca, pihak berwajib dapat mengeluarkan amaran berjaga-jaga lebih awal kepada masyarakat sekiranya bencana alam seperti banjir kilat dijangka akan berlaku. Secara keseluruhannya, apa yang saya dapati hasil daripada pemerhatian ini menunjukkan pembentukan awan merupakan antara faktor yang mempengaruhi cuaca selain daripada suhu, kelembapan, hujan, angin dan sebagainya.

Kesimpulan Hipotesis diterima.

: Bentuk dan jenis awan mempengaruhi cuaca persekitaran.

Kesimpulannya, pembentukan awan dan pengenalpastian jenis awan merupakan salah satu faktor utama yang diambil kira untuk membuat sebarang ramalan cuaca.

Cadangan Penambahbaikan

Setelah selesai menjalani amali ini, saya ingin mencadangkan agar dapat menjalankan amali lain yang berkaitan dengan faktor yang diambil kira untuk membuat ramalan cuaca. Contohnya, faktor kelajuan angin turut termasuk dalam ramalan cuaca. Mungkin sebagai guru, saya boleh didedahkan dengan anemometer yang sememangnya digunakan untuk mengukur kelajuan dan arah angin di atas permukaan bumi. Selain itu, mungkin pembelajaran akan lebih menarik jika saya dapat mempelajari kaedah manual yang ringkas untuk meramal cuaca selain daripada membuat pemerhatian terhadap awan. Peralatan asas untuk meramal cuaca seperti tolok hujan, perakam sinaran matahari dan tangki sejatan boleh dipelajari untuk mendalami ilmu ramalan kaji cuaca ini. Dengan itu, saya dapat menyebarluaskan ilmu berkaitan kajian tentang awan dan hujan ini kepada anak didik saya di sekolah. Seharusnya kita amat bersyukur kerana tuhan sentiasa memberikan keadaan cuaca yang baik di negara kita yang mana telah banyak memudahkan kita semua menjalankan urusan lebih-lebih lagi mereka yang terlibat dengan pertanian dan perikanan.

Anda mungkin juga menyukai