Anda di halaman 1dari 6

JENIS TEMPAT KEDIAMAN KOD KLASIFIKASI DEFINISI Tempat kediaman Tempat kediaman ditakrifkan sebagai

struktur yang berasingan dan bebas yang lazimnya digunakan untuk tempat tinggal. Takrifan bagi perkataan berasingan dan bebas adalah seperti berikut: Berasingan Struktur dianggap sebagai berasingan jika ia dikelilingi oleh dinding, pagar dan ditutupi oleh bumbung. Bebas Struktur dikatakan bebas apabila ia

mempunyai jalan masuk secara terus dari tangga umum, tempat lalu lintas ataupun ruang lapang (iaitu penghuni boleh masuk atau keluar dari tempat kediaman mereka tanpa melalui perkarangan orang lain). 1 Unit perumahan Rumah sesebuah rumah berasingan yang tidak berkongsi dinding dengan rumah lain. 101 1011 1012 1013 1014 1015 102 1021 Sesebuah 1 tingkat 1 tingkat 2 tingkat 2 tingkat 3 tingkat dan lebih Berkembar 1 tingkat Rumah berkembar dua buah rumah berasingan tetapi berkongsi dinding yang sama dan mempunyai pintu masuk

KOD 1022 1023 1024 1025 103 1031 1032 1033 1034 1035 104 1041 1042 1043 1044 1045 105

KLASIFIKASI 1 tingkat 2 tingkat 2 tingkatf 3 tingkat dan lebih Teres/berangkai 1 tingkat 1 tingkat 2 tingkat 2 tingkat 3 tingkat dan lebih Berkelompok 1 tingkat 1 tingkat 2 tingkat 2 tingkat 3 tingkat dan lebih Rumah bandar

DEFINISI berasingan.

Rumah

teres/berangkai

rumah

berasingan yang dibina secara berbaris tetapi berkongsi dinding dengan rumah di sebelahnya sama ada di sebelah kiri atau kanan atau kedua-duanya sekali. Ia mengandungi sekurang-kurangnya tiga unit rumah dan lebih.

Rumah berkelompok rumah berasingan yang berkongsi dinding yang sama dengan rumah di sebelahnya dan bercantum (berkongsi dinding) di bahagian belakang dengan rumah di belakangnya.

Rumah bandar struktur rumah bandar adalah sama seperti rumah teres dua tingkat yang bersambung secara menegak atau melintang antara satu sama lain dalam satu bangunan. Cuma perbezaannya ialah setiap tingkat diduduki oleh penghuni yang berlainan dan mempunyai pintu masuk yang berasingan.

106

Rumah kedai/pejabat

Rumah bertingkat

kedai/pejabat yang dibina

di

bangunan kawasan

komersial dan pada kebiasaannya didirikan dua tingkat dan lebih untuk tujuan aktiviti perniagaan seperti bilik pameran

KOD

KLASIFIKASI

DEFINISI perniagaan, institusi kewangan, pusat

pendidikan, pejabat korporat, pusat hiburan dan restoran. Aktiviti perniagaan lazimnya dijalankan di tingkat bawah manakala di tingkat atas pula dijadikan sebagai tempat kediaman. Secara am, ia berkongsi jalan masuk ke tingkat atas sama ada melalui tangga atau lif. Namun begitu, terdapat juga rumah sesebuah satu tingkat yang diubah suai untuk tujuan perniagaan. Bagi kes sebegini, ruang-ruang yang digunakan untuk tempat tinggal pada kebiasaannya diasingkan daripada ruang perniagaan oleh suatu bentuk pembahagi atau dinding. 107 Rumah pangsa Rumah pangsa bangunan bertingkat yang mengandungi beberapa unit rumah yang berasingan. Kemudahan asas yang disediakan oleh pihak pemaju/pengurusan termasuklah tempat letak kereta terbuka, pembuangan sampah dan lif. Secara umum, rumah pangsa dikelaskan sebagai rumah mampu milik. 108 Apartmen Apartmen bangunan bertingkat yang mengandungi beberapa unit rumah yang berasingan. Kemudahan yang disediakan oleh pihak pemaju / pengurusan adalah lebih baik berbanding rumah pangsa. Antara kemudahan yang disediakan ialah surau, tempat letak kereta berbumbung / tidak berbumbung, tempat rekreasi, padang permainan, lif, perkhidmatan keselamatan dan dikelilingi pagar. 109 Kondominium Kondominium bangunan bertingkat yang

KOD

KLASIFIKASI

DEFINISI dianggap hartanah mewah dan eksklusif. Kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan oleh pihak pemaju / pengurusan adalah lebih baik daripada apartmen. Antara kemudahan tersebut ialah tempat letak kereta khusus untuk setiap pemilik, kolam renang, gimnasium, tempat cucian pakaian, lif, kawasan berpagar dan perkhidmatan sistem keselamatan yang lebih ketat.

110

Rumah panjang (Sabah dan Sarawak sahaja)

Rumah panjang (Sabah dan Sarawak sahaja) rumah yang dibina secara berbaris dan berkongsi koridor di bahagian hadapan. Pada kebiasaannya, ia terdapat di kawasan pedalaman di Sabah dan Sarawak. Rumah panjang yang terdapat di

Semenanjung Malaysia tidak termasuk dalam kategori ini. Ia perlu dikategorikan sebagai rumah teres. 111 Pondok gantian/sementara Pondok gantian / sementara kategori ini adalah amnya begitu tempat bagi tempat kediaman yang pada dianggap sementara dan tidak sesuai untuk dijadikan sebagai kediaman. Pada kebiasaannya, ia

dibina daripada bahan-bahan buangan seperti papan, papan lapis, zink dan lainlain. 112 Bilik: Dalam/bersambung Bilik (mempunyai akses terus dari luar) bilik di dalam atau bersambung kepada sesuatu struktur dan mempunyai jalan terus dari luar, misalnya, bilik di dalam/ bersambung kepada rumah, rumah kedai, pejabat, kilang, loji dan sebagainya.

kepada rumah, rumah kedai, pejabat, kilang, loji (mempunyai akses terus dari luar)

KOD 113

KLASIFIKASI Lain-lain (contoh: rumah rakit)

DEFINISI Lain-lain ia termasuk jenis tempat kediaman yang boleh dipindah-pindahkan seperti khemah atau unit yang boleh bergerak, misalnya, bot, rakit dan kabin. Ia juga termasuk gua yang telah diubahsuai untuk dijadikan tempat kediaman.

Tempat kediaman beramairamai

Tempat kediaman beramai-ramai ialah tempat tinggal yang berasingan dan bebas dari segi struktur dan bertujuan untuk kediaman secara beramai-ramai. Ia selalunya mempunyai beberapa kemudahan untuk digunakan bersama seperti kelengkapan memasak, tandas, bilik mandi, ruang tamu dan bilik tidur atau bilik asrama. Tempat kediaman beramai-ramai terdiri daripada:

201

Hotel, rumah tumpangan, rumah rehat

(i) Hotel, rumah tumpangan dan rumah rehat (ii) Institusi perubatan (contoh: hospital, kolej kejururawatan) (iii) Institusi pengajian tinggi asrama universiti / kolej) (contoh:

202

Institusi perubatan

203

Institusi pengajian tinggi

204

Institusi amal/kebajikan sosial

(iv) Institusi amal / kebajikan sosial meliputi: rumah untuk orang-orang tua dan kanak-kanak yang memerlukan bantuan moral / kewangan. Kategori ini juga termasuk rumah untuk kanak-kanak yang terbiar rumah untuk orang kurang upaya pusat-pusat pemulihan dadah dan

KOD

KLASIFIKASI

DEFINISI akhlak

205

Rumah agama/ibadat

(v) Rumah agama rumah ibadat yang digunakan sebagai tempat kediaman atau mana-mana tampat kediaman lain, yang telah diubahsuai sebagai rumah ibadat misalnya, biara.

206

Penjara, pusat tahanan

(vi) Penjara,

pusat

tahanan

(contoh: Tahanan

Penjara Kajang, Pusat Imigresen, Semenyih). 207 Rumah pekerja sementara

(vii) Rumah pekerja sementara tempat penginapan sementara bagi orang yang menjalankan aktiviti atau kepentingan bersama. Termasuk dalam kategori ini ialah rumah yang dibina untuk pekerja di sektor pembinaan, pertanian, kerja pembalakan dan lain-lain. raya,

208

Lain-lain

(viii) Lain-lain kategori ini termasuk berekberek bujang bagi anggota tentera, polis dan bomba. Tempat kediaman dalam kem tentera seperti Kem Terendak, Melaka hendaklah diklasifikasikan mengikut jenis perumahan masing-masing dan bukan di bawah kategori tempat kediaman beramai-ramai.

* Kod ini telah dipersetujui dan diterima pakai dalam Mesyuarat Inter-Agency Technical Committee Bil. 4/2007 bertarikh 5 Disember 2007