Anda di halaman 1dari 5

Matlamat Hidup Manusia Di Dunia

Mengapakah kita didatangkan atau mengapa kita dijadikan oleh Allah Subhanahuwataala? Jawapan kepada persoalan ini terdapat di dalam firman Allah Subhanahuwataala :

Terjemahannya: Tidak Aku (Allah) jadikan jin dan manusia, melainkan untuk beribadah (mengabdikan) diri kepada Ku (Surah Adz Dzariyaat ayat 56) Ini bermakna, tujuan utama manusia didatangkan kemuka bumi ini ialah untuk beribadah kepada Allah Subhanahuwataala. Para ulamak muktabar telah menghuraikan pengertian ibadah itu dengan panjang lebar, yang mana perkataan ibadah ada kesyumulannya (kesempurnaannya) dan mempunyai ruang lingkup yang luas, tidak terbatas atau terhad semata-mata kepada fardhu solat, puasa, zakat dan haji sahaja. Tugas dan kewajipan kita di dunia ini adalah beribadah dan memperhambakan diri kepada Allah Subhanahuwataala berdasarkan kepada firmanNya tersebut. Untuk menepati kehendak ibadah dalam seluruh hidup ini, maka setiap perbuatan yang kita lakukan itu mestilah semata-mata kerana Allah Subhanahuwataala serta mengikut betul-betul arahan yang telah disampaikan oleh Rasulullah Sallallahualaihiwasallam. Jika demikian, segala makanan, minuman, pelajaran, pekerjaan, pendidikan jasmani, perkahwinan dan mendidik anak adalah merupakan jalan-jalan atau faktor-faktor yang membantu kita untuk taatkan Allah Subhanahuwataala serta teguh beribadah kepadaNya. Juga menjadikan kita bertaqarrub (menghampirkan diri) kepada Allah Subhanahuwataala. Ini bermakna rumah, sekolah, kilang, pejabat, sawah ladang, padang permainan , gedung perniagaan dan sebagainya adalah medan ibadah. Bahkan seluruh bumi Allah Subhanahuwataala ini merupakan masjid , tempat menunaikan ibadah dalam realiti kehidupan. Sehubungan dengan Syaikh al Islam Ibn Taimiyyah telah menyatakan bahawa: Setiap perkara yang telah Allah Subhanahuwataala perintahkan hamba -hambaNya melaksanakan adalah dikira sebagai ibadah.
1|Maktabah Abu Umar

Ibadah meliputi apa sahaja yang diredhai oleh Allah Subhanahuwataala, samada tutur kata, perbuatan dan tingkah laku. Professor Dr Yusuf Qaradhawi menyatakan di dalam bukunya al Ibadah Fi al Islam bahawa: Sesungguhnya beribadah kepada Allah Subhanahuwataala tidaklah terhad kepada mengerjakan solah, puasa, zakat dan haji dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya seperti tilawah al Quran, zikir, berdoa, beristighfar dan sebagainya sebagaimana fahaman sesetengah golongan Islam (yang mendakwa Islam). Ramai yang telah menyangka bahawa apabila mereka telah menunaikan fardhu-fardhu dan syiar-syiar yang tersebut bererti mereka telah menyempurnakan haq Allah Subhanahuwataala terhadap mereka sepenuhnya. Mereka menyangka sudah sesesai menunaikan kewajipan Ubudiyyah terhadap Allah Subhanahuwataala. Pada hal tanggapan tersebut adalah meleset dari hakikatnya yang sebenar Beliau membuat penjelasan lagi bahawa: Tidaklah dikira ibadah kepada Allah Subhanahuwataala jika seseorang itu berfahaman aku solah, aku berpuasa, aku berzakat dan aku menunaikan haji tetapi aku bebas memakan daging babi, minum arak, makan riba, berjudi serta menolak hukum -hukum syariat Allah Subhanahuwataala yang tidak sesuai dengan pandanganku. Juga tidak dikira ibadah kepada Allah Subhanahuwataala bagi orang yang menganggap ibadahnya hanya ketika berada di kawasan masjid, tetapi apabila ia keluar dari masjid dan menceburkan diri dalam bidang-bidang kehidupan lain, dia menjadi hamba kepada kehendak dirinya sendiri, bebas mengikut hawa nafsunya dengan tidak menghiraukan hukum-hukum Allah Subhanahuwataala. Oleh kerana itu maka setiap orang yang terkeliru mestilah membetulkan kefahamannya dan kembali mengenal Islam dan ibadah kepada Allah Subhanahuwataala. Semoga seluruh kehidupannya berada dalam keredhaan Allah Subhanahuwataala. cukuplah bagi seseorang Muslim itu berfikir bahawa dia adalah khalifah Allah Subhanahuwataala di muka bumi ini untuk menjalankan tugas dan arahan Allah Subhanahuwataala sematamata. Memadai dia berbuat demikian untuk mencorakkan segala jenis amalannya dengan corak Islam hinggalah segala perkataan, perbuatan dan diamnya itu menjadi ibadah kepada Allah Subhanahuwataala. Menurut al Qaradhawi lagi, bahawa ibadah itu merangkumi dua tugas besar yang menjadi teras bagi semua perkara yang tersebut sebelum ini. Tugas tersebut adalah:

2|Maktabah Abu Umar

1) Menyeru kepada kemakrufan (kebaikan) dan mencegah daripada kemungkaran (kejahatan) 2) Berjihad di jalan Allah Subhanahuwataala. Menurut huraian asy Syahid Sayyid Qutb, bahawa kerja-kerja menyuruh kepada makruf serta mencegah mungkar tidak boleh dipandang ringan. Umat ini tidak berjaya selagi makruf tidak tertegak sebagai makruf dan mungkar tidak dimusnahkan sebagai mungkar. Untuk melaksanakan tugas yang besar ini maka perlulah kepada pembentukan Ummah. Ummah yang tertegak di atas dasar Iman kepada Allah Subhanahuwataala dan Persaudaraan kerana Allah Subhanahuwataala agar hukum-hukum Allah Subhanahuwataala terlaksana, kerja-kerja makruf berjalan dengan senang, kebenaran mengatasi kepalsuan, kebaikan sentiasa disokong dan kemungkaran sentiasa di tentang. Untuk sampai kepada ummah Islam sedemikian , maka jihad yang berterusan diperlukan dan mengikut jalan-jalan yang betul sebagaimana yang telah digariskan oleh Rasulullah Sallallahualaihiwasallam.

Ad-Dar al-Akhirah (Kampung Akhirat)


Melalui konsep ibadah Islam menentukan pandangan hidup yang lebih luas iaitu merangkumi kehidupan dunia dan Akhirat. Bahkan kehidupan Akhirat menjadi tujuan utama manakala dunia ini hanyalah medan persiapan dan mencari bekalan untuk kehidupan Akhirat yang kekal abadi. Sesungguhnya kehidupan di dalam tasawwur Islam bukan sekadar kehidupan di dunia yang amat terbatas ini, malah ia menjangkau lebih jauh daripada itu, hingga ke alam maut dan alam akhirah. Justeru itu permasalahan kebangkitan semula, hisab dan balasan di akhirat adalah merupakan permasalahan aqidah yang paling asas sesudah terbina aqidah tauhid. Setiap sudut daripada tasawwur Islam memandang kepada hakikat kehidupan di akhirat. Malah kehidupan Islam tidak akan lurus tanpa memberi perhatian dan yakin kepada akhirat. Al-Quran sendiri amat menekankan hakikat ini. Bagi orang-orang yang beritikad bahawa kehidupan hanya di dunia tanpa beriman dengan hari akhirat, maka tasawwur dan nilai perjuangan hidup mereka hanyalah sekadar di dunia yang sempit ini sahaja. Adalah mustahil akan lahir di atas keyakinan sedemukian kehidupan yang mulia. Peraturan dan undang-undang yang lahir di bumi yang hanya memberi perhatian kepada sudut yang sempit ini, tidak akan melahirkan keadilan dan kerahmatan. Ia tidak akan mempunyai kriteria yang jelas dan tetap, malah akan berleku pertentangan dan
3|Maktabah Abu Umar

pertembungan antara satu sama lain. Umat yang hidup di atas konsep yang sempit ini tidak mungkin akan dapat mengembalikan kemuliaan manusia, kecuali jika mereka berpindah kepada konsep hidup yang luas yang melewati batas dunia ini. Bertolak dari konsep atau tasawwur yang luas dan berbeza ini, akan lahir perbezaan dalam nilai, akhlak, suluk dan peraturan hidup. Allah Subhanahuwataala mengetahui bahawa mana-mana umat tidak akan layak memimpin manusia, kecuali keyakinan terhadap akhirat nyata di dalam dhamir (hati) mereka. Sebab-sebab Islam menekankan akhirat: 1) Ia hakikat kebenaran yang telah diterangkan Allah Subhanahuwataala. 2) Keyakinan kepada akhirat penting demi mendapatkan kesempurnaan kemanusiaan baik dalam tasawwur, itiqad, akhlak, suluk, syariat mahu pun nizam. 3) Daripada tasawwur Islam yang luas ini akan melahirkan jiwa yang lapang, berperasaan tinggi dan berhati-hati bertindak terhadap sesuatu. Daripada itiqad yang penuh terhadap keadilan dan besarnya ganjaran di akhirat kelak, menyebabkan jiwa bersedia untuk bekorban di jalan Allah Subhanahuwataala. Apabila wujud keyakinan terhadap akhirat, maka baiklah akhlak dan luruslah perjalanan hidup. Juga tidak akan berlaku sebarang penyelewengan tehadap Din Allah Subhanahuwataala yang lengkap. Seterusnya, tidak akan wujud sifat berdiam diri apabila melihat kerosakan, kerana sifat berdiam diri bukan sahaja menyebabkan kehilangan kebaikan di dunia, tetapi kehilangan ganjaran yang besar di akhirat kelak. Dunia ladang akhirat Dunia, dalam tasawwur Islam adalah ladang akhirat. Berjihad untuk memperbaiki kehidupan adalah suatu yang dituntut syara. Berusaha menentang kejahatan dan kezaliman, mengembalikan kekuasaan Allah Subhanahuwataala, mencegah pelampauan, menegakkan dan menjalankan keadilan serta kebaikan untuk manusia sehingga gugur syahid, maka kesemuanya adalah bekalan untuk akhirat. Dengan bekalan ini akan terbukalah pintu-pintu syurga bagi para mujahid. Akan diberi gantian yang lebih baik terhadap apa yang telah hilang daripada mereka. Segala penderitaan yang ditempuhi ketika menentang kebatilan di dunia akan dibalas dengan kesenangan yang abadi. Peranan di dunia Nilai kehidupan dunia berbanding dengan kehidupan akhirat telah dijelaskan Allah Subhanahuwataala dalam firman-Nya:

4|Maktabah Abu Umar

Dan tiada kehidupan dunia ini, selain daripada main-main dan senda gurau belaka. Dan sesungguhnya kampung akhirat lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa. Tidakkah kamu memahaminya. (Surah al-Anam: ayat 32) Namun, Islam tidaklah bersikap negatif terhadap dunia. Seseorang yang beriman tidaklah bersifat cuai dan menyisihkan diri daripada dunia. Sesungguhnya jalan ke akhirat adalah melalui kehidupan di dunia. Walaupun dunia itu sempit dan terbatas, tetapi ia juga adalah nimat Allah Subhanahuwataala. Daripada dunia ini mukmin akan memperolehi kebahagiaan dan kenikmatan Allah Subhanahuwataala yang besar di akhirat kelak. Contoh yang jelas dalam hal ini ialah generasi sahabat Rasulullah SAW yang telah berjaya mengecapi kehidupan dunia mengikut neraca Allah Subhanahuwataala. Kehidupan mereka adalah amalan untuk akhirat. Mereka menjadi khalifah Allah Subhanahuwataala, menjalankan perintah-Nya, memakmur dan mengindahkan bumi ini, mendaulatkan bumi Allah Subhanahuwataala, mencari keredhaan Allah Subhanahuwataala dan mengharapkan kebahagiaan di akhirat. Mereka telah mendahului ahli dunia semasa di dunia dan mereka akan terus mendahului ahli dunia itu semasa akhirat nanti. Islam amat memberi penekanan terhadap keyakinan kepada akhirat supaya ia bersemadi dan hidup segar di dalam hati mengatasi kecintaan kepada dunia. Dengan ini hati menjadi damai dan kehidupan pula menjadi tenteram. Apakah yang boleh menghindarkan manusia daripada sifat tamak dan haloba serta terpengaruh dengan hawa nafsu? Apakah yang boleh memenangkan manusia dalam pertarungan yang tidak berkesusahan? Apakah yang boleh menguatkan manusia dalam marakah antara haq dan batil, antara kejahatan dan kebaikan? Jawapannya, tiada lain kecuali keyakinan terhadap akhirat. Umat yang mempunyai keyakinan seperti inilah yang layak memimpin manusia sepertimana yang pernah berlaku dalam sejarah.

5|Maktabah Abu Umar