Anda di halaman 1dari 17

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SARJANA MUDA PENGAJARAN (KHAS) __________________________________________________________________________________ SEMESTER MEI / 2013 __________________________________________________________________________________ OUMM 3203

PROFESSIONAL ETHICS

NAMA NO. MATRIKULASI NO. KAD PENGENALAN NO.TELEPON E-MAIL PUSAT PEMBELAJARAN NAMA TUTOR NAMA E-TUTOR

: : : : : : : :

MALKHUS LIAN 830206135289001 830206-13-5289 017-8118382 / 013-8382333 markbeckurtz@yahoo.com PPT MIRI ZAHARAH MALIM BINTI SIDIK MALIM KUAN SOON LYE

ISIKANDUNGAN

MUKASURAT

Sejarah/Definisi/Contoh Perlakuan Rasuah ............................................. 1 - 2 Punca dan kesan rasuah pada diri sendiri/komuniti/sosial/negara......... 2 - 5 Sejarah pertubuhan SPRM 5 - 6 Undang-Undang Malaysia .. 6 - 7 Nilai dan etika kerja perkhidmatan awam 7 - 13 Kesimpulan .................................................................................................. 13 - 14 Rujukan ....................................................................................................... 15

Sejarah/Definisi/Contoh Perlakuan Rasuah Rasuah didefinisikan sebagai pemberian hadiah atau wang untuk mempengaruhi seseorang supaya memenuhi keinginannya. Menurut sejarah Jepun, rasuah mula diperkatakan pada era Edo (1603-1868) yang diistilahkan sebagai sidepno-shito yang bermaksud wang dari bawah meja. Apabila disebut sahaja rasuah, terbayanglah kepada kita ada dua pihak iaitu yang memberi dan yang menerima. Menyedari betapa seriusnya keadaan ini, Perdana Menteri Malaysia kelima, Tun Abdullah bin Haji Ahmad Badawi, berikrar untuk membanteras perbuatan rasuah hingga ke akar umbi. Hal ini kerana rasuah adalah umpama barah yang akan meruntuhkan negara jika tidak dibendung dengan segera. Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan seseorang individu mudah terlibat dengan rasuah. Selain daripada itu definisi rasuah (bahasa Latin: corruptio daripada kata kerja corrumpere = busuk, rosak, menggoyahkan, memutar balik, menyogok) menurut Transparency International ialah perilaku di jabatan-jabatan atau pejabat-pejabat awam, termasuklah para politikus dan pegawai-pegawai, yang secara tidak wajar dan tidak sah menurut undang-undang, mengayakan diri atau memperkaya kerabatnya (keluarga dan sahabat handai), dengan menyalahgunakan kuasa dan kepercayaan awam yang diberi kepada mereka. Dari sudut undang-undang, perbuatan rasuah mencakupi:

melanggar undang-undang yang dikuatkuasakan. penyalahgunaan harta negara. merugikan negara memperkaya diri sendiri dan kerabat.

Dalam skop yang luas, rasuah "politik" bermaksud penyalahgunaan jawatan awam untuk kepentingan peribadi. Semua bentuk pemerintahan dan organisasi pasti terdapat perilaku rasuah, sama ada sedar atau tidak. Cuma berat (kes) berbeza-beza: daripada yang paling ringan dalam bentuk penggunaan pengaruh dan sokongan untuk memberi dan menerima pertolongan, hingga kepada rasuah yang sudah dianggap satu "prosedur rasmi", dan sebagainya. Kemuncak segala rasuah ialah satu keadaan yang digelar kleptokrasi, yang erti harfiahnya pemerintahan oleh para pencuri; iaitu berpura-pura bertindak jujur pun tidak ada sama sekali.

Rasuah merupakan suatu jenayah atau kesalahan undang-undang dimana seseorang mendapat kebebasan, kontrak atau keistimewaan (favours) dari pihak berkuasa atau sesebuah syarikat selepas memberi wang, hadiah, keraian kepada pihak-pihak tersebut. Menurut Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia terdapat empat kesalahan rasuah yang utama:

Meminta/Menerima Rasuah Menawar/Memberi Rasuah Membuat Tuntutan Palsu Menyalahguna Jawatan/Kedudukan

Pemberian rasuah jika tidak dibendung akan mengakibatkan banyak masalah sosial kerana undang-undang tidak akan dipatuhi dengan sepenuhnya. Maka kegiatan jenayah dan ketidakadilan akan berleluasa. Rasuah di kalangan penguatkuasa adalah perkara biasa di kebanyakan negara pengeluar petroleum dan negara miskin terutamanya di Amerika Latin. Rasuah yang wujud dalam bidang politik dan pentadbiran/birokrasi mungkin berbentuk sama ada ringan atau berat, terancang atau tidak. Rasuah tidak sekadar memudahkan atau menggalakkan jenayah seperti pelacuran, pemalsuan wang, cetak rompak, dan penyeludupan. Kesannya lebih meluas lagi. Untuk memahami masalah ini dan mencari rumusannya, sangat penting untuk membezakan antara rasuah dengan perilaku jenayah (dalam erti kata yang lebih luas). Sama ada sesuatu hal/perilaku dianggap rasuah atau tidak bergantung pada praktik undang-undang di negara/wilayah berkenaan. Contohnya, pendanaan parti politik untuk pilihan raya dianggap satu bentuk rasuah di negara/wilayah tertentu tapi dianggap legal di tempat tertentu lain. Punca dan kesan rasuah pada diri sendiri/komuniti/sosial/negara. Antara faktor berlakunya gejala rasuah ialah kepimpinan seseorang individu yang lemah. Individu yang mempunyai kepimpinan yang lemah, tidak yakin pada diri sendiri dan mudah dipengaruhi oleh orang lain untuk melakukan rasuah. Mereka mudah disogok dengan pelbagai kemewahan seperti harta benda, wang ringgit, kedudukan dan pangkat. Malah sejarah juga telah membuktikan bahawa bekas Presiden Amerika Syarikat, Richard Nixon tumbang ekoran perbuatan rasuahnya dalam skandal Water Gate. Ada kalanya penerima rasuah dianggap sebagai kerbau dicucuk hidungnya dan mudah patuh dengan kehendak pemberi rasuah. 2

Akibatnya, amalan rasuah menyebabkan masyarakat hilang kepercayaan terhadap individu dan kepimpinan organisasi berkenaan.

Pada masa yang sama, kurangnya didikan agama dan didikan moral mendorong berlakunya perbuatan rasuah dalam masyarakat kita. Individu yang tidak mempunyai iman yang kukuh dan mantap akan mudah terpesong. Golongan seperti ini akan menggunakan kedudukan dan peluang yang ada pada dirinya untuk menerima habuan tanpa berasa bersalah. Dengan tidak memikirkan akibatnya, rasuah menjadi rutin dalam tugas mereka. Malah individu yang terlibat dengan rasuah tidak berasa malu atau takut kepada Allah serta balasannya sama ada di dunia ataupun pada hari akhirat.

Rasuah juga berlaku kerana wujudnya birokrasi dalam sistem pemerintahan yang secara tidak langsung memberi peluang kepada pegawai-pegawai kerajaan daripada berbagai-bagai peringkat mengambil kesempatan. Hal ini berlaku kerana proses pengurusan pentadbiran terpaksa melalui banyak saluran. Apabila keadaan ini berlaku, sudah tentulah pemprosesan sesuatu permohonan memerlukan masa yang lama atau panjang. Bagi individu yang terdesak atau mahu segera menyelesaikan masalah, mereka akan mudah memberikan imbuhan dengan harapan pemprosesan permohonan didahulukan oleh penerima rasuah. Oleh hal yang demikian, sudah tentu situasi ini akan menimbulkan perasaan tidak puas hati terhadap golongan yang tidak terlibat dengan rasuah. Di samping itu, amalan rasuah turut meninggalkan pelbagai kesan. Malah, amalan rasuah jika tidak dicegah akan terus merebak dan membawa banyak kesan negatif kepada individu, masyarakat ataupun negara. Individu yang terlibat dengan rasuah akan dipandang hina oleh masyarakat. Keluarga mereka juga akan dicemuh dan dipulaukan oleh jiran-jiran. Apabila seseorang menjadikan rasuah sebagai amalan biasa, sudah tentulah amalan ini akan merebak dan mempengaruhi orang lain. Oleh itu, rasuah perlu dibanteras segera supaya tidak memberi kesan buruk terhadap sistem pentadbiran dan sosial negara. Masyarakat perlu mengambil sikap berwaspada agar perbuatan rasuah tidak menjadi barah dalam masyarakat.

Ekonomi Rasuah mempersulit kemajuan ekonomi apabila kecekapan menurun selain mengubahsuaikan sistem yang selama ini diterima pakai dan efektif. Dalam sektor swasta, perbelanjaan akan meningkat kerana wujudnya perbelanjaan "di luar akaun", belanja perundingan dengan pejabat/jabatan yang korup (duit kopi?), dan serta risiko pembatalan projek/konsesi. Walaupun ada yang menyatakan bahawa rasuah mengurangkan kos kerana birokrasi berjaya "dicairkan", penyelidikan terbaru mendapati hal demikian tidak berlaku, sebaliknya lebih tinggi lagi kosnya kerana pejabat/jabatan korup tersebut akan membuat lebih banyak peraturan dan hambatan yang baru. Rasuah juga menjejaskan persaingan dalam perniagaan dan pasaran seluruhnya apabila syarikat tertentu yang mempunyai "hubungan" dilindungi daripada persaingan, lantas melahirkan syarikat/industri yang tidak berdaya maju. Rasuah menimbulkan kekacauan dalam sektor awam apabila perbelanjaan awam untuk projek-projek kemasyarakatan yang sememangnya banyak, naik mendadak kosnya, sehingga melepasi peruntukan awal. Pejabat/jabatan awam (mungkin juga kontraktor) mungkin "mengubahsuai" projek tersebut (selepas menerima peruntukan daripada peringkat kerajaan yang lebih tinggi, misalnya), walaupun sebenarnya tidak diperlukan, sebagai usaha menyorokkan rasuah yang berlaku. Kemudiannya, keselamatan, keselesaan, dan kesan alam sekitar projek tersebut menjadi pertaruhan . Rasuah juga menjejaskan kualiti perkhidmatan sektor awam dan infrastruktur yang dirancangkannya, sekali gus mengenakan tekanan yang hebat kepada belanjawan/bajet kerajaan. Para pakar ekonomi berpendapat, antara punca ekonomi beberapa buah negara Asia dan Afrika berkembang lemah, terutama di Afrika, ialah rasuah yang berbentuk "penagihan sewa" yang menyebabkan perpindahan penanaman modal ke luar negara, bukannya dilaburkan di dalam negara (yang sering kali disebut orang betapa ramai diktator Afrika mempunyai akaun bank di Swiss). Berbeza pula dengan diktator di Asia, seperti Suharto yang sering meminta sogokan (daripada setiap biaya atau keuntungan projek), namun lebih memberikan perhatian dalam pelaburan dalaman, seperti dalam projek prasarana, kewangan, perbankan, dan lainlain (yang bermanfaat kepada rakyat jelata Indonesia). Pakar daripada Universiti Massachussetts memperkirakan, dari tahun 1970 hingga 1996, "perlarian" modal 30 buah negara Sub-Sahara berjumlah sekitar US $187 bilion (RM710.6 bilion); melebihi jumlah hutang luar negara-negara tersebut. 4

(Hasilnya, Mancur Olson mengutarakan model ekonomi tentang pembantutan pembangunan). Dalam kes Afrika lagi, antara punca lain termasuklah ketidakstabilan politik; dan kerap kali kerajaan baru yang berjaya menggulingkan pemerintah lama, merampas segala harta kerajaan terdahulu yang diperoleh daripada rasuah. Mereka kemudiannya akan melakukan perkara yang sama, tanpa henti, dan menyimpan hasilnya di seberang laut untuk persiapan "masamasa sukar". Demokrasi Rasuah ialah musuh pembangunan. Dalam dunia politik, rasuah menjejaskan perjalanan demokrasi dan pentadbiran yang cekap apabila formaliti diabaikan. Rasuah dalam pilihan raya atau pemilihan umum lain dan dalam badan perundangan/legislatif merosakkan akauntibiliti dan kecekapan juga rasuah dalam sistem pengadilan pula mencabul ketertinggian undang-undang dan rasuah dalam pentadbiran awam menjejaskan keseimbangan dan kesaksamaan sosial. Secara umum, rasuah mengikis kemampuan sesuatu sistem kerana ketidaktertiban prosedur, kemerosotan sumber daya/usaha, dan pejabat diiktiraf/dinaikkan oleh jabatan bukan kerana prestasi. Keseluruhannya, rasuah menghancurkan kepercayaan masyarakat terhadap sistem-sistem yang ada. Kesejahteraan negara "Rasuah politik" berlaku di banyak negara dan mengancam jutaan manusia. Rasuah politik bererti "kebijaksanaan" pemerintah/kerajaan memberikan pelbagai faedah istimewa kepada penyogok, jauh sekali demi kesejahteraan rakyat terbanyak. Dari satu sudut yang lain, para politikus memainkan peranan melindungi syarikat/perusahaan tertentu (lazimnya entiti yang besar), yang sebenarnya cuba menguburkan perusahaan yang lebih kecil yang baru bertatih. Mereka memang pintar: melindungi syarikat yang telah menaja kempen-kempen politiknya sahaja. Sejarah pertubuhan SPRM Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang dahulunya dikenali sebagai Badan Pencegah Rasuah, Malaysia atau singkatannya BPR mula beroperasi pada 1 Oktober 1967 sebagai sebuah jabatan penuh. Akhirnya pada 1 Januari 2009, ia digubal dan di olah semula untuk menjadi SPRM. 5

Ketua pesuruhjaya SPRM terkini adalah Datuk Seri Haji Abu Kassim bin Mohamed. Sebelum itu, BPR hanyalah sebuah unit kecil yang diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM) untuk menjalankan aktiviti-aktiviti pencegahan khususnya ceramah. Pada masa itu juga, siasatan kes-kes rasuah dijalankan oleh Cawangan Special Crime yang diletakkan di bawah Jabatan Polis. Manakala pendakwaan kes- kes rasuah dikendalikan oleh Bahagian Pendakwaan, Kementerian Undang-Undang. Pada 1 Julai 1973, Akta Biro Siasatan Negara 1973 diluluskan oleh Parlimen dan dengan itu BPR ditukar namanya kepada Biro Siasatan Negara atau BSN. Penukaran nama ini bertujuan untuk memberi tugas yang lebih kuasa kepada Biro yang bukan sahaja menyiasat kes-kes yang berkaitan dengan kepentingan negara. Inilah kali pertama jabatan ini ditubuhkan melalui sebuah akta. Nama Jabatan ini kemudiannya ditukar kembali kepada nama asal iaitu BPR pada 13 Mei 1982 apabila Akta Badan Pencegah Rasuah 1982 diluluskan oleh Parlimen dan dikuatkuasakan. Objektif penting penukaran ini ialah untuk mencerminkan dengan lebih tepat lagi peranan Badan itu sebagai sebuah institusi yang dipertanggungjawabkan khusus untuk mencegah perbuatan rasuah. Bermula pada 1 Januari 2009 , SPRM beroperasi sebagai sebuah badan yang mengambil alih sepenuhnya tugas BPR. Badan itu bertindak mengikut Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah 2008 yang digubal bagi menggantikan Akta Pencegah Rasuah 1997 dan diketuai oleh seorang Ketua Pesuruhjaya.

Undang-Undang Malaysia Akta 613 jadual Kedua [Seksyen 3, takrif kesalahan berat] Kesalahan *Perihalan Subseksyen 4(1) Akta ini kesalahan pengubahan wang haram Akta Pencegahan Rasuah 1997 (Akta 575)

Seksyen 10 Kesalahan menyetuju terima suapan. Seksyen 11 Kesalahan memberikan atau menyetuju terima suapan oleh ejen. 6

Seksyen 12 Penerima atau pemberi suapan adalah bersalah walaupun maksud tidak terlaksana atau perkara tidak ada hubungan dengan hal ehwal atau perniagaan principal. Seksyen 13 Secara rasuah mendapatkan penarikan balik tender. Seksyen 14 Penyogokan pegawai badan awam.

Seksyen 15 Kesalahan menggunakan jawatan atau kedudukan. Seksyen 18 Berurusan tentang, menggunakan, memegang, menerima atau menyembunyikan suapan atau faedah berhubung dengan apa-apa kesalahan. Seksyen 20 Percubaan, persediaan persubahatan dan komplot jenayah, boleh dihukum.

1NILAI DAN ETIKA KERJA PERKHIDMATAN AWAM NILAI DAN ETIKA KERJA Nilai-nilai murni yang diamalkan oleh setiap anggota di dalam sesebuah organisasi, dengan sendirinya dapat membentuk etika kerja yang positif serta budaya kerja cemerlang. Etika yang perlu dihayati untuk mencapai kecemerlangan ialah melalui penerapan nilai-nilai yang terpuji di kalangan setiap anggota bermula daripada ketua yang tertinggi hinggalah kepada peringkat anggota yang paling rendah. Di antara nilai -nilai tersebut adalah meliputi nilai-nilai yang berkaitan dengan akhlak, kepimpinan dan profesionalisma. Secara umumnya nilai-nilai tersebut dapat diklasifikasikan seperti berikut: i. Nilai-nilai peribadi asas; ii. Nilai-nilai Yang Mengutamakan Pelanggan; iii. Nilai-nilai Kepimpinan; iv. Nilai-nilai Profesionalisma dan v. Nilai-nilai Produktiviti/Kualiti. 7

NILAI-NILAI PERIBADI ASAS Di antara nilai-nilai peribadi yang baik ialah: i. ii. iii. iv. v. vi. vii. viii. ix. Amanah Ikhlas Berdedikasi Bertanggungjawab Berdisplin Bekerjasama Bersih Tekun Sederhana

Antara ciri-ciri anggota yang mempunyai nilai peribadi yang baik ini ialah: i. Menggunakan masa dengan sebaik-baiknya dan berusaha menyiapkan kerja dalam tempoh yang ditetapkan; ii. Melakukan kerja dengan sempurna, tidak mengharapkan orang lain dan rasa bersalah jika tidak dapat menyempurnakan tugas mengikut apa yang ditetapkan; iii. Tidak memilih-milih kerja serta tidak menunjuk-nunjuk dalam menjalankan tugas kepada Ketua; iv. Bekerja tanpa rasa jemu atau bosan serta sedia menjalankan sebarang tugas yang dipertanggungjawabkan; v. Mengutamakan kepentingan tugas daripada kepentingan diri dan sanggup berkorban masa dan tenaga demi kepentingan perkhidmatan; vi. Patuh dan taat kepada peraturan serta berpegang teguh kepada ajaran agama di samping sentiasa menjaga imej dan maruah diri daripada perbuatan cuai dan keji; vii. Menjalankan tugas secara kolektif dan menyedari idea yang diperolehi secara berkumpulan lebih bernas dan mantap bagi mencapai kejayaan organisasi; viii. Mengamalkan sikap tolong-menolong terhadap kebaikan dan menghindarkan diri daripada perbuatan yang buruk;

x.

Menuturkan kata-kata yang baik dan bersopan santun dan sentiasa menjaga kebersihan diri, pakaian dan tempat bekerja; dan

xi.

Sedia menerima nasihat, cadangan dan pendapat, bijaksana dalam membuat pertimbangan dan mudah memaafkan kesilapan orang lain.

Ciri-ciri anggota yang mempunyai nilai peribadi yang tidak baik adalah seperti berikut; i. Melakukan penipuan, penyelewengan, penyalahgunaan kuasa serta kedudukan dan sebagainya; ii. Membuat kerja-kerja persendirian pada waktu pejabat atau berselindung disebalik kerja-kerja rasmi; iii. Tidak bersungguh-sungguh dalam melaksanakan tugas. Hasil kerja tidak menepati tempoh masa atau standard yang ditetapkan di samping tidak berusaha memperbaiki mutu kerja; iv. Memilih kerja berdasarkan tempat, masa dan orang yang memberi arahan serta tidak menunjuk tekun di hadapan Ketua; v. vi. vii. Selalu mengelak daripada membuat kerja; Sengaja melanggar peraturan dan arahan yang ditetapkan; dan Membangga diri dan suka merendahkan kebolehan orang lain serta sukar

menerima pandangan dan pendapat orang lain. NILAI-NILAI YANG MENGUTAMAKAN PELANGGAN Setiap anggota yang berurusan dengan orang ramai atau pelanggan perlu mengamalkan sifatsifat seperti: Berbudi Bersopan-santun Peramah Responsif

Antara ciri-ciri anggota yang mempunyai nilai-nilai yang mengutamakan pelanggan ialah: Memberi perkhidmatan dengan cekap dan tepat serta melayani pelanggan dengan adil tanpa beza-membeza; Memberi layanan dengan wajah yang manis, sopan santun serta bertutur dengan lemah lembut tetapi tegas; dan Memberi perhatian dan tindakan sewajarnya kepada setiap perkara yang dibangkitkan, sedia membantu, bertimbang rasa dan bertolak ansur. Antara ciri-ciri yang tidak sepatutnya ialah: Bertindak secara kasar dan tidak memikirkan kesusahan serta masalah orang lain; dan Tidak memberi perhatian, menunjukkan muka yang masam dan bertutur dengan perkataan yang kurang menyenangkan.

NILAI-NILAI KEPIMPINAN Selain daripada kuasa serta keupayaan untuk mendorong, merancang, membangun dan menggembeleng tenaga kerja serta kepakaran ke arah mencapai matlamat yang ditetapkan, seorang pemimpin perlu menampilkan keunggulan dan berakhlak tinggi serta mempunyai nilai-nilai seperti : Adil Tegas Berani Bijaksana Bertanggungjawab Berwawasan

Antara contoh sifat kepimpinan ialah : Adil dan tidak memihak di dalam membuat pertimbangan; Mengetahui dengan jelas tugas yang dijalankan oleh orang bawahan sebelum membuat penilaian prestasi;

10

Mengkaji kedudukan semasa setiap urusan kerja yang berkaitan, mengenal pasti masalah yang dihadapi dan menentukan tindakan penyelesaian; dan Mengambil tindakan menghapuskan tunggakan kerja.

Antara tindakan seseorang pemimpin yang tidak mempunyai nilai kepimpinan ialah: Mengamalkan sifat pilih kasih dan berat sebelah, misalnya di dalam urusan kenaikan pangkat, penilaian prestasi kakitangan dan sebagainya; Membuat pertimbangan berdasarkan kepentingan diri atau pihak tertentu serta tidak mengambil kira fakta sebenar; dan Tidak mengambil tindakan terhadap sebarang pelanggaran peraturan pejabat. Bertindak secara kasar dan tidak memikirkan kesusahan serta masalah orang lain, Tidak memberi perhatian, menunjukkan muka yang masam dan bertutur dengan perkataan yang kurang menyenangkan. NILAI-NILAI PROFESIONALISMA Setiap anggota seharusnya memiliki nilai-nilai yang menyumbang ke arah peningkatan tahap profesionalisma seperti: Berilmu pengetahuan Kreativiti Inovasi Integriti Neutraliti Kejujuran intelektual Akauntabiliti

Anggota yang mempunyai nilai profesionalisma ini antaranya adalah seperti berikut : Sentiasa mencari idea dan kaedah baru dalam menyelesaikan masalah serta berani mencuba; dan Meletakkan kepentingan awam lebih daripada kepentingan peribadi, menepati masa, tidak suka kepada pembaziran, tidak rasuah atau menyeleweng.

11

Antara sifat anggota yang tidak memiliki nilai profesionalisma ialah: Tidak gemar kepada perubahan dan pembaharuan, tidak berusaha mencuba serta takut kepada kegagalan; Memandang remeh serta hasad dengki terhadap usaha-usaha pembaharuan orang lain; Suka menipu, berbohong atau berpura-pura; dan Menggunakan kemudahan pejabat untuk kepentingan diri.

NILAI-NILAI PRODUKTIVITI DAN KUALITI Pelbagai usaha telah dijalankan oleh Kerajaan untuk meningkatkan produktiviti dan kualiti di antaranya ialah pelaksanaan Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam termasuk panduan pengurusan kualiti di mana telah disenaraikan tujuh nilai prinsip pengurusan bagi menyokong kejayaan pengurusan kualiti secara menyeluruh iaitu: Kerjasama dan sokongan daripada pihak pengurusan atasan; Perancangan strategik yang berkualiti; Mengutamakan pelanggan; Mengadakan latihan dan pengiktirafan; Meningkatkan semangat berpasukan; Pengurusan berkualiti; dan Kepastian kualiti.

Antara nilai-nilai yang hendak diterapkan melalui pekeliling tersebut ialah: Bekerjasama; Menjalin hubungan baik antara pihak pengurusan dan kakitangan; Bersopan santun dan hormat menghormati; Amanah, berdedikasi dan berhemat; dan Pengwujudan standard bagi mengukur tahap kualiti.

12

NILAI-NILAI BERSAMA Secara keseluruhannya nilai-nilai bersama yang perlu disemai dan dihayati oleh semua anggota Perkhidmatan Awam bagi menjamin keutuhan dan kejayaan Negara, di dalam segala aspek perkhidmatan, adalah meliputi perkara-perkara berikut: Profesionalisma Berwibawa Semangat berpasukan (esprit-de-corp) Kecemerlangan.

KESIMPULAN Rasuah ialah penyakit sosial yang boleh mencemarkan imej sesebuah negara dan rakyatnya . sebagaimana pelacuran yang disifatkan sebagai kerjaya tertua sejak wujudnya peradaban manusia, perbuatan rasuah juga telah wujud sekian lama, malah semakin menjadi amalan biasa. Apa apa pun amalan biasa terutama yang buruk, seharusnya tidak menjadi amalan yang berterusan sehingga sukar dibendung dan dibanteras. Rasuah jika diterima sebagai amalan biasa, akan membawa kehancuran kepada seluruh masyarakat, bangsa dan negara seperti yang berlaku dalam sejarah tamadun besar dunia. Kita terpaksa mengakui bahawa Malaysia juga tidak terkecuali dalam fenomena ini. Walaupun gejala ini belum begitu berleluasa, kesedaran seluruh masyarakat amat diperlukan terutama dalam suasana pertumbuhan ekonomi yang kian pesat . Rasuah jika tidak dikawal dan diperangi habis habisan dari awal lagi akan memberi kesan buruk terhadap sistem pentadbiran negara. Penyakit ini juga akan turut menggugat kestabilan sosial negara. Apatah lagi ketika kerajaan sedang mencanangkan program pembangunan perindustrian yang bertujuan menjadikan Malaysia sebuah negara maju. Gejala ini akan menjejaskan keyakinan orang ramai terutama pelabur asing terhadap kecekapan dan keberkesanan sistem perundangan serta birokrasi negara ini. Rasuah juga tidak boleh dimulakan kerana akan berlarutan dan ketagihan. Setelah sebati dengannya maka wabak berbahaya ini merebak menjangkiti orang lain pula. Rasuah menyebabkan seseorang menjual prinsip, maruah dan harga diri. 13

Masyarakat yang mengamalkan rasuah akan bertindak di luar batasan dan peraturan yang telah ditetapkan. Sesungguhnya masyarakat yang kehilangan nilai amanah akan ditimpa krisis kepercayaan. Oleh itu, semua pihak perlu menjauhi sifat tamak yang boleh menyebabkan perbuatan rasuah serta mengelakkan diri daripada berbelanja melebihi pendapatan. Berikutan semakin seriusnya usaha menangani gejala ini, rakyat sangat berharap tiada sesiapa akan terkecuali daripada tindakan undang undang. Martabat atau parti politik bukan payung yang melindungi sesiapa daripada penghakiman dan hukuman. Kita yakin bahawa hukuman yang setimpal boleh menerbitkan perilaku baik seseorang. Sehubungan itu, dalam memerangi gejala ini, semua pihak perlulah bertindak secara menyeluruh dan berterusan. Jika kita sepakat melakukannya, tiada sebab kita akan gagal. Kesimpulannya, rasuah merupakan musuh negara yang berbahaya dan perlu dibanteras melalui kerjasama anggota masyarakat dan pihak berkuasa.Adakah kita rela melihat tabiat buruk ini terus menular? Tegasnya, adalah penting bagi semua pihak untuk melaporkan gejala rasuah kepada Biro Pencegah Rasuah (BPR). Islam mengharamkan umatnya memberi dan menerima rasuah. Jika kita sayang akan negara kita, cegahlah rasuah sebelum parah. Sesungguhnya, amalan rasuah hanya menjual prinsip, maruah dan harga diri!

14

Rujukan: Citra Karya: Falsafah, Nilai dan Etika Dalam Perkhidmatanterbitan Institut Pentadbiran Awam Negara (INTAN). Elkington, J. (1997). Cannibals with forks; The triple bottom line of 21st century business. Oxford: Capstone Publishing. Elkington, J. (1999). Triple bottom line reporting: Looking for balance. Australian CPA, 69(2), 18 21. Ferrell, O.C., Thorne, D.M.,& Ferrell, L. (2011). Social responsibility and business. (4th ed.). Canada: South Western, Cengage Learning. Freeman, R. E. (1984). Strategic management: A stakeholder approach. Boston: Pitman Publishing. Global Reporting Initiative. (2007). About GRI. Retrieved November 23, 2010, from www.globalreporting.org.

15