Anda di halaman 1dari 17

KOD & NAMA KURSUS SRS 3013 : KEMAHIRAN TUMPUAN DALAM SAINS

SEMESTER 1 SESI 2013/2014

TUGASAN 1 RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN


KUMPULAN : UPSI03(A131PJJ ) DISEDIAKAN OLEH :
NAMA NO. MATRIK NO. TELEFON

AMINAH BINTI RAHMAT

D20102042743

0179097084

NAMA TUTOR E-LEARNING : DR. NORAZILAWATI BINTI ABDULLAH TARIKH SERAH: 17 NOVEMBER 2013

TUGASAN 1 Nama: Aminah binti Rahmat Nama Tutor: DR. Norazilawati binti Abdullah No.ID: D20102042743 Kumpulan E-Learning: UPSI03

MARKAH:

Ringasan Strategi Pengajaran dan Pembelajaran. Rancangan pengajaran dan pembelajaran ini berteraskan pendekatan inkuri penemuan dan strategi empat soalan. Kaedah yang digunakan ialah kaedah eksperimen dan dilaksanakan di empat stesen. Setiap stesen disediakan set radas bahan yang berlainan dan mencukupi untuk setiap murid dalam kumpulan menjalankan penyiasatan.

RANCANGAN MENGAJAR HARIAN MENGEKSPERIMEN Mata pelajaran: Kelas: Tarikh: Masa: Bilangan murid: Sains Tahun 4 Cerdik 18.07.2013 10.35 pagi-11.35 pagi (60 minit) 20 orang

Bidang pembelajaran: Kuantiti Fizik Objektif pembelajaran: Memhami konsep masa Hasil pembelajaran: Di akhir sesi pembelajaran ini, murid dapat: A Menguasai isi kandungan a. Menamakan alat yang boleh digunakan untuk menyukat masa.

b. Mengukur masa sesuatu peristiwa c. Membuat kesimpulan jam randik adalah alat piawai untuk mengukur masa

Kemahiran saintifik, berfikir dan startegi berfikir a. Mereka bentuk dan menjalankan eksperimen dalam kumpulan untuk menentukan alat yang tepat untuk menyukat masa.

Mengamalkan sikap saintifik dan nilai Murni a. Melibatkan diri secara aktif dalam menjalankan eksperimen berdasarkan prosedur yang dipersetujui kumpulan. b. Menghargai masa dengan menjalanakn eksperimen dengan pantas dan sentisa menumpu kepada menjalankan tugasan tersebut.

Konsep/prinsip/hukum/teori: Masa a. unit-unit masa ialah saat, minit dan jam. b. masa disukat berdasarkan satu peristiwa yang berulang dengan seragam. c. masa adalah tempoh antara dua ketika d. menunjukkan waktu

Bahan, peralatan dan bahan sumber: Model helikopter kertas yang sama berat, saiz, - 4 unit pen marker - 4 batang

plastik transparensi 8 helai OHP - 1 unit Jam bandul ringkas 1 unit Jam air 1 unit Jam randik 1 unit Wisel 1 unit Kaki retot 1 unit lembaran kerja.

Langkah berjaga-jaga: Berhati-hati ketika melepaskan helikopter kertas dari ketinggian 3 meter di atas meja untuk mengelakakan dari terjatuh.

Pengetahuan sedia ada: Murid telah belajar dan mengetahui unit-unit masa. Murid juga boleh menggunakan jam randik dan telah menguasai kemahiran untuk menyukat masa. Murid juga telah mempunyai pengetahuan asas mengenai pengukuran masa. Murid juga mungkin mempunyai miskonsepsi bahawa ayunan bandul, titisan air, dan denyutan nadi adalah alat piawai untuk menyukat masa.

Langkah/ Fasa Set induksi (5 minit)

Kandungan

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

Catatan

Model helikopter kertas

Guru menunjukkan model satu helikopter kertas. Guru menyoal murid: Soalan: Apakah nama model ini? Jawapan: kipas/ kapal terbang/ helikopter. Soalan: Apakah yang akan berlaku kepada helikopter kertas ini apabila dilepaskan? Jawapan: jatuh/ jatuh ke lantai/ terbang ke udara/ berpusing. Guru meminta seorang murid ke hadapan kelas untuk melepaskan helikopter kertas dari atas kerusi. Soalan: Anggarkan tempoh masa yang diambil oleh helikopter kertas untuk jatuh ke lantai? Jawapan: 5 saat/ 6 saat/ 7 saat (terima semua jawapan yang murid ramalkan) Soalan: Apakah alat yang kamu gunakan untuk mengukur masa helikopter masa helikopter ini jatuh ke lantai? Jawapan: jam/ jam randik Soalan: Apakah alat lain yang boleh digunakan untuk mengukur masa helikopter jatuh ke lantai? Jawapan: Mengira ayunan bandul, mengira titisan air dan mengira denyutan nadi. Guru menerangkan tajuk pelajaran iaitu mengukur masa sesuatu peristiwa.

KPS: Memerhati, berkomunikasi KBSB: Menghubungkait, membuat gambaran mental. BBB: Model helikopter kertas. Sikap Saintifik dan Nilai Murni: Minat dan bersifat ingin tahu, Berfikiran terbuka

Tempoh masa helikopter jatuh ke lantai Alat mengukur masa Ayunan bandul Jam randik

Langkah/ Fasa Langkah 1 (10 minit)

Kandungan

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

Catatan

Konsep masa Masa sebagai tempoh antara dua ketika. Asas pengukuran masa adalah peristiwa yang berulanag secara seragam seperti titisan air, ayunan bandul, kejadian siang dan malam dan denyutan nadi.

Guru mengedarkan plastik transprasi dan pen marker kepada setiap kumpulan. Murid dikehendaki berbincang dan menulis catatan dalam bentuk peta minda bagi menjawab soalan yang dikemukakan. Soalan: Apakah yang kamu faham tentang masa? (Peta minda tentang konsep masa) minit jam

KPS: Berkomunikasi, Membuat hipotesis, Mengawal pembolehubah, Mengeksperimen. KBSB: Menghubungkait, membanding beza BBB: Pen marker, Plastik transparensi, OHP, Borang papan Merancang Penyiasatan. Sikap Saintifik dan Nilai Murni: Bekerjasama

saat

MASA

Tempoh antara Dua ketika

Menunjukkan waktu

Peristiwa yang berulang Dengan seragam

Wakil dari setiap kumpulan dikehendaki membentangkan hasil perbincangan di hadapan kelas menggunakan OHP Guru membetulkan dan mengukuhkan pemahaman tentang konsep masa dan asas pengukuran masa.

Langkah/ Fasa Langkah 2 (10 minit)

Kandungan

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

Catatan

Mengenal pasti pembolehubahpembolehubah Papan merancang Penyiasatan (Rujuk Lampiran 1)

Guru menerangkan bahawa eksperimen yang akan dijalankan ialah mengukur masa helikopter kertas jatuh ke lantai dengan menggunakan ayunan bandul, titisan air dan jam randik. Guru mengemukakan soalan menggunakan Pendekatan 4 Soalan bagi memandu arah murid mengenalpasti pembolehubah dan seterusnya membina hipotesis. Soalan: Apakah bahan dan radas yang diperlukan untuk menjalankan eksperimen ke atas masa helikopter kertas jatuh ke lantai? Jawapan: alat-alat pengukur masa, dan model helikopter kertas. Soalan: Bagaimanakah tindakbalas masa helikopter jatuh ke lantai? Jawapan: Masa helikopter jatuh ke lantai berbeza. Soalan: Bagaimana bahan dan radas penyisatan boleh diubah untuk memberi kesan kepada tindkbalas masa helikopter jatuh ke lantai? Jawapan: Jenis alat pengukur masa yang digunakan adalah berbeza.

KPS: Berkomunikasi, Mengawal Pembolehubah, Membuat hipotesis. KBSB: Menghubungkait, Menganalisis. BBB: Borang papan Merancang Penyiasatan. Sikap Saintifik dan Nilai Murni: Minat dan bersifat ingin tahu, Berfikiran kritikal dan analitis.

Langkah/ Fasa

Kandungan

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

Catatan

Soalan: bagaimana kita mencatat respon masa helikopter jatuh ke lantai ke atas perubahan yang dilakukan? Jawapan: mengira bilangan ayunan bandul, bilangan titisan air, bilangan nadi dan bilangan saat pada jam randik. Murid dibimbing mengenal pasti pembolehubah dimanipulasi, pembolehubah bergerakbalas dan pembolehubah yang dimalarkan dalam borang papan merancang penyiasatan. Soalan: Apakah pembolehubah yang perlu ditetapkan dalam eksperimen ini? Jawapan: Saiz helikopter, berat helikopter, ketinggian helikopter dilepaskan. Soalan: Apakah pembolehubah yang dimanipulasi dalam eksperimen ini? Jawapan: Jenis alat yang digunakan untuk mengukur masa helikopter kertas jatuh ke lantai iaitu; jam ayunan bandul, jam titisan air, denyutan nadi dan jam randik. Soalan: Apakah pembolehubah bergerakbalas dalam eksperimen ini? Jawapan: Tempoh masa yang diambil oleh helikopter kertas jatuh ke lantai.

Langkah/ Fasa

Kandungan

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

Catatan

Murid dibimbing membina hipotesis penyiasatan: (Ayunan bandul dapat mengukur masa dengan tepat) (Titisan air dapat mengukur masa dengan tepat)

(Denyutan nadi dapat mengukur masa dengan tepat) (Jam randik dapat mengukur masa dengan tepat)

Langkah/ Fasa Langkah 3 (10 minit) Pengukuran masa

Kandungan

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

Catatan

Stesen 1: Ayunan bandul Stesen 2: Titisan air Stesen 3: Denyutan nadi Stesen 4: Jam randik

Murid dibahagikan kepada 4 kumpulan yang mengandungi 4 orang murid. Setiap kumpulan ditempatkan di 4 buah stesen yang berbeza dan menggunakan alat pengukuran masa yang berbeza. Seorang murid dipilih untuk melepaskan helikopter kertas dari ketinggian 3 meter. Setiap kumpulan diberi masa selama dua minit untuk merekodkan dapatan. Wisel akan dibunyikan menandakan murid perlu beredar ke stesen lain untuk menjalankan eksperimen yang lain. Setiap kumpulan dikehendaki berbincang tentang langkah-langkah untuk mengukur masa helikopter jatuh ke lantai dengan menggunakan alat pengukuran yang telah ditetapkan dan merekod keputusan dalam jadual yang diberi pada plastik tranparensi (Rujuk Lampiran 2).

KPS: Mengeksperimen, Mengukur dan menggunakan nombor. KMS: Menggunakan dan mengendalikan peralatan dan bahan sains dengan betul dan selamat. KBSB: Menghubungkait, membanding beza. BBM/BBB: Kad Tugasan, Jam Bandul ringkas, jam air, jam randik, helikopter keras, wisel, kaki retot, plastik tranparensi dan pen marker. Sikap Saintifik dan Nilai Murni: Bekerjasama, jujur dan bersistematik.

Langkah/ Fasa Langkah 4 (15 minit)

Kandungan

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

Catatan

Pembentangan hasil dapatan eksperimen. Pengukuran masa helikopter jatuh ke lantai menggunakan peristiwa yang berulang secara seragam dan unit piawai. Contoh maklumat dicatatkan oleh murid kump Bilangan / tempoh Ayunan Titisan Denyutan bandul air nadi 2 4 8 8 8 4 4 12 6 6 6 5

1 2 3 4

Jam randik 4.0 s 3.9 s 4.0 s 3.0 s

KPS: Guru meminta wakil setiap kumpulan membentangkan hasil dapatan yang telah Berkomunikasi, direkodkan pada plastik transparensi di Mentafsir data hadapan kelas. KBSB: Guru memberi ulasan berdasarkan hasil Menghubungkait, dapatan eksperimen murid. membanding beza, Menganalisis, membuat Murid dikehendaki membandingkan masa kesimpulan helikopter jatuh ke lantai menggunakan BBB/BBM: bilangan ayunan bandul, titisan air, denyutan nadi dengan masa Plastik transparensi, menggunakan jam randik. Pen marker Murid dibimbing untuk membuat kesimpulan. Soalan: Bandingkan masa yang dicatatkan dengan menggunakan keempat-empat alat pengukur masa tersebut. Jawapan: Masa yang diukur dengan menggunakan ayunan bandul, titisan air dan denyutan nadi adalah tidak sama manakala masa yang diukur menggunakan jam randik adalah hampir sama. Sikap Saintifik dan Nilai Murni: Bekerjasama, sistematik, yakin, berani mencuba, jujur.

Langkah/ Fasa Penutup (10 minit)

Kandungan

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

Catatan

1. Masa boleh disukat dengan menggunakan; Peristiwa yang berulang secara seragam seperti ayunan bandul, titisan air, denyutan nadi dan kejadian siang dan malam. Jam seperti jam randik, jam tangan, jam dinding, jam idgital dan pelbagai jenis jan yang lain. 2. Unit piawai untuk jam ialah saat

Guru mengemukakan soalan untuk membimbing murid membuat refleksi. Murid menjawab soalan yang dikemukakan. Soalan 1: Bagaimanakah masa sesuatu peristiwa dapat disukat? Jawapan: menggunakan jam randik dan peristiwa yang berlaku secara secara berulang dengan seragam. Soalan 2: Adalah semua peristiwa yang dijalankan tadi berulang dengan seragam? Jawapan: Ya Soalan 3: Apakah rumusan penyiaasan ini? Jawapan: Jam randik dapat mengukur masa dengan tepat berbanding dengan peristiwa seperti ayunan bandul, titisan air dan denyutan nadi. Guru memuji murid dan menegur murid semasa menjalankan eksperimen.

KPS: Berkomunikasi. KBSB: Membuat kesimpulan Sikap Saintifik dan Nilai Murni: Menghargai orang lain, Berfikiran terbuka.

Latihan pengukuhan

Kerja rumah. Murid dikehendaki mengumpul gambar alat-alat yang boleh digunakan untuk mengukur masa di dalam buku skrap. Gambar-gambar tersebut boleh diperolehi dari bukubuku rujukan dan internet.

Lampiran 1 (Papan Merancang Penyiasatan)

Penyataan Masalah: Apakah alat yang boleh digunakan untuk mengukur masa dengan tepat. Tujuan Penyiasatan: Untuk mengkaji hubungan diantara alat untuk mengukur masa dengan masa helikopter jatuh

Soalan 1: Apakah bahan dan radas yang diperlukan untuk menjalankan eksperimen ke atas masa helikopter kertas jatuh ke lantai? Jawapan: _________________________________________________________________

Soalan 2: Bagaimanakah tindakbalas masa helikopter jatuh ke lantai? Jawapan: _________________________________________________________________

Soalan 3: Bagaimana bahan dan radas penyisatan boleh diubah untuk memberi kesan kepada tindkbalas masa helikopter jatuh ke lantai? Jawapan: _________________________________________________________________

Soalan 4: Apakah pembolehubah yang dimanipulasi dalam eksperimen ini? Jawapan: _________________________________________________________________________

Soalan 5: Apakah pembolehubah bergerakbalas dalam eksperimen ini? Jawapan: _________________________________________________________________

Bina hipotesis anda:

Lampiran 2 (Plastik Transparensi) Jadual yang diedarkan pada setiap kumpulan. Setiap kumpulan akan merekodkan dapatan mereka.

Kumpulan

Bilangan / tempoh

Ayunan bandul

Titisan air

Denyutan nadi

Jam randik

Lampiran 3 (Kad Tugasan)

1. Anda dikehendaki melakukan tugasan ini dalam kumpulan. 2. Setiap kumpulan dimestikan melakukan tugasan di 4 buah stesen yang berbeza dan menggunakan alat pengukuran masa yang telah disediakan disetiap stesen. 3. Setiap kumpulan diberi masa selama dua minit untuk merekodkan dapatan. Wisel akan dibunyikan menandakan murid perlu beredar ke stesen lain untuk menjalankan eksperimen yang lain. 4. Pilih seorang ahli kumpulan anda untuk melepaskan helikopter kertas dari ketinggian 3 meter dengan berdiri di atas meja yang disediakan. Anda perlu berhati-hati semasa melakukan aktiviti ini. Keselamatan dan langkah berjaga-jaga perlu diutamakan. 5. Setiap kumpulan dikehendaki berbincang tentang langkah-langkah untuk mengukur masa helikopter jatuh ke lantai dengan menggunakan alat pengukuran yang telah ditetapkan dan di sediakan di setiap stesen. 6. Rekodkan keputusan yang perolehi dalam ruangan kumpulan anda dalam jadual yang diberi pada plastik tranparensi menggunakan pen marker yang disediakan.

Anda mungkin juga menyukai