Anda di halaman 1dari 5

ashrafr@uthm.edu.

my

[JABATAN TEKNOLOGI KEJURUTERAAN AWAM, FAKULTI TEKNOLOGI KEJURUTERAAN, UTHM]

ASAS DALAM 1.0 Pengenalan

Asas dalam adalah merupakan asas yang kedalamnnya melebihi 3m dari permukaan tanah dan biasanya digunakan untuk bangunan-bangunan yang besar dan tinggi atau di mana lapisan tanah dibahagian atas mempunyai kekuatan bawa beban yang rendah 1.1 Definisi a. Asas adalah merupakan struktur tanah yang bersentuhan terus dengan tanah dan menyebarkan semua bebanan bangunan ke tanah supaya dapat menghadkan berlakunya pemendapan bangunan. b. Dalam keadaan tertentu, asas juga bertindak menahan bangunan daripada tekanan angin 1.2 Fungsi

Diantara fungsi-fungsi asas adalah seperti berikut: a. Menyebarkan bebanan struktur bangunan kepada kawasan tanah yang lebih luas dan kukuh supaya cara ini penumpuan beban tidak akan melebihi kekuatan bawa beban tanah yang selamat. b. Menyebarkan bebanan kepada tanah dengan seragam dan seimbang supaya dengan cara ini pemendapan yang tidak seragam (differential settlement) dapat dielakkan. c. Memegang kerangka bangunan dengan kuat kepada tanah agar bangunan tidak akan roboh akibat daya tolakan angin (terutama kepada bangunan tinggi). d. Menyediakan satu permukaan yang sama rata dan keras untuk struktur bahagian atas dapat dibina 1.3 Keperluan

Setiap asas yang dibina hendaklah memenuhi keperluan/syarat yang berikut: a) Terletak di tempat yang selamat dan dapat menyebarkan kesemua bebanan seperti beban mati (dead load), beban hidup (live load) dan beban angin dengan cara yang sesuai supaya tidak terjadi pemendapan atau pergerakan pada sebarang bahagian bangunan yang boleh mengakibatkan gangguan kestabilan atau kerosakan pada sebahagian atau keseluruhan bangunan berhampiran atau kerja-kerja yang dijalankan. b) Mempunyai kedalaman yang mencukupi dan dibina dengan baik untuk melindunginya dari pengembangan, pengecutan dan pembekuan bahagian bawah tanah. c) Dapat menghalang atau menentang dengan baik serangan dan tindakan sulphate (sulphate attack) atau lain-lain bahan kimia yang terdapat di dalam tanah tersebut. 1.4 Jenis asas

Asas boleh dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu:

ashrafr@uthm.edu.my

[JABATAN TEKNOLOGI KEJURUTERAAN AWAM, FAKULTI TEKNOLOGI KEJURUTERAAN, UTHM]

a) Asas cetek (Shallow foundation) asas yang berhampiran dengan permukaan tanah di mana kedalamannya tidak melebihi 3m dari permukaan tanah. Contoh asas ini adalah asas jalur (strip foundation), asas penapak (pad foundation) dan asas rakit (raft foundation). b) Asas dalam (Deep foundation) asas yang kedalamannya melebihi dari 3m dari paras permukaan tanah. Contoh-contoh asas jenis ini ialah cerucuk Caisson, hollow basement dan lain-lain. 2.0 Rekabentuk asas

Rekabentuk asas yang baik adalah dengan memastikan bebanan struktur termasuk berat asas itu sendiri disebarkan ke tanah dengan: a) Ekonomikal b) Selamat c) Tanpa sebarang pergerakan yang tidak boleh diterima sama ada semasa atau selepas pembinaan Langkah-langkah yang perlu diikuti di dalam rekabentuk asas ini ialah: a) Penyiasatan tanah hendaklah dilakukan untuk menentukan sifat-sifat fizikal dan kimia tanah dan batu yang terdapat di tapak, menentukan kedudukan air bawah tanah dan lainlain maklumat yang berkaitan. b) Magnitud dan penyebaran bebanan dari struktur asas hendaklah dikenalpasti dan dibahagikan kepada kategori-kategori yang berikut: Baban mati (dead load) struktur tetap seperti lantai, rasuk, dinding dan bebanan asas itu sendiri. Beban hidup (live load) o Beban hidup tetap (permanent live load) seperti bahan-bahan yang disimpan di dalam silos, gudang dan sebagainya. o Beban hidup tidak tetap (intermittent live load) seperti manusia yang menggunakan bangunan, kenderaan dan sebagainya. Beban gegaran (dynamic loading) gegaran dari trafik, mesin, gempabumi dan sebagainya Daya tekanan angin (wind load) beban mendatar ke atas bangunan terutama pada bangunan tinggi c) Jumlah mendapan keseluruhan dan pemendapan tidak seragam yang dibenarkan hendaklah dikenalpasti. Had pemendapan ini bergantung kepada tekanan yang dibenarkan di dalam struktur atas, keperluan untuk mengelakkan kerosakan kepada kemasan seperti cladding dan kesannya kepada binaan/kerja di sekeliling seperti system pengaliran dan sebagainya. d) Jenis asas yang sesuai dan kedalamannya dari paras permukaan tanah hendaklah dikenalpasti daripada maklumat-maklumat yang didapati dari penyiasatan tapak di samping mengambilkira keperluan fungsi sesuatu bangunan. e) Nilai awalan tekanan bebanan yang dibenarkan (allowable bearing pressures) yang bersesuaian dengan jenis asas hendaklah ditentukan dari maklumat keadaan tanah dan pemendapan yang dibenarkan.

ashrafr@uthm.edu.my

[JABATAN TEKNOLOGI KEJURUTERAAN AWAM, FAKULTI TEKNOLOGI KEJURUTERAAN, UTHM]

f) Penyebaran tekanan di bawah asas hendaklah dikira berdasarkan kepada anggaran kelebaran asas mengikut tekanan beban. g) Analisa hendaklah dibuat dan daripada keputusan ini tekanan bebanan awalan atau kedalaman asas perlu diubahsuai untuk menentukan jumlah pemendapan keseluruhan dan pemendapan tidak seragam adalah dalam had yang dibenarkan. h) Bahan untuk asas hendaklah ditentukan seperti campuran konkrit dan sebagainya. i) Rekabentuk struktur hendaklah dibuat j) Lukisan kerja (working drawing) hendaklah dibuat meliputi kepada masalah pembinaan yang terlibat dan kerja-kerja sementara yang perlu dilakukan. 3.0 Kekuatan bawa beban (Load Bearing Capacity)

Kekuatan bawa beban tanah boleh diklasifikasikan seperti yang berikut: a) Kekuatan Bawa Beban Ultima (Ultimate Bearing Capacity) bebanan maksima yang boleh disokong per unit kawasan (sama ada kN/m2 atau tonnes/ft2) tanpa pemendapan tanah atau keretakan dan pergerakan kepada struktur yang menyokongnya. b) Kekuatan Bawa Beban Selamat (Safe Bearing Capacity) Kekuatan Bawa Beban Ultima Faktor keselamatan

di mana Faktor keselamatan (Factor of safety) adalah bergantung kepada jenis tanah dan jenis bangunan. Kebiasaanya nilai ini adalah di antara 2 4. Dengan ini jika kekuatan bawa beban ultima untuk tanah ialah 900kN/m2 dan factor keselamatan ialah 3 maka beban rekabentuk atau beban kerja untuk tanah tersebut adalah 900/3 = 300kN/m2. c) Kekuatan bawa beban ini boleh ditentukan dengan cara yang berikut: d) Cara pengiraan yang melibatkan kepada penggunaan sifat-sifat tanah. Contoh; Rankine analysis, Terzaghis Analysis dan sebagainya. Plate Bearing Test. Ujian penudukan (Penetration test) Nilai anggaran (Presumptive test)

Kekuatan bawa beban adalah berbeza-beza di antara setiap jenis tanah. Jadual boleh digunakan secara umum untuk mengetahui kekuatan bawa beban sesuatu jenis tanah.

3.1

Kaedah meninggikan Kekuatan Bawa Beban Tanah

Tanah yang rendah kekuatan bawa beban tidak sesuai digunakan untuk menyokong sesuatu struktur seperti tanah gambut dan tanah liat lembut. Ini disebabkan ia akan mudah mendah dan bergerak di mana boleh mengakibatkan keretakan atau keruntuhan struktur. Untuk mengatasi masalah ini terdapat berbagai-bagai cara yang boleh dilakukan untuk meninggikan kekuatan bawa beban seperti:

ashrafr@uthm.edu.my

[JABATAN TEKNOLOGI KEJURUTERAAN AWAM, FAKULTI TEKNOLOGI KEJURUTERAAN, UTHM]

a) Menambah kedalaman asas kepadatan tanah adalah semakin bertambah dengan pertambahan kedalaman dari permukaan tanah. Tanah di bahagian dalam ini adalah mempunyai kekuatan bawa beban yang lebih dari bahagian atas. Dengan ini, adalah sesuai untuk meletakkan asas di kedudukan yang jauh dari permukaan tanah. b) Pemadatan tanah (Compaction of soil) Pemadatan tanah membolehkan ruang udara di antara butiran tanah dikurangkan supaya tanah menjadi lebih padat. Di antara kaedah pemadatan tanah yang boleh dilakukan adalah seperti: Getaran (Vibration) Untuk pemadatan yang cetek (shallow compaction), jenterajentera pemadat seperti Heavy Vibrator Roller, Towed Sheepsfoot Roller, Multitired Pneumatic Roller, Tamper boleh memadatkan tanah sehingga kedalaman di antara 1 3 m. Sementara untuk pemadatan dalam (deep compaction) kaedah yang boleh digunakan ialah seperti vibrocompaction dan dynamic compaction yang boleh memadatkan tanah sehingga 15m dalam. Preloading Bebanan tambahan sementara seperti tanah akan diletakkan di atas tanah yang rendah kekuatan bawa bebannya dan dibiarkan mengikut jangkamasa tertentu di mana ia akan bertindak sebagai bebanan untuk memadatkan tanah. Sesuai digunakan untuk jenis tanah liat yang biasanya mengambil masa yang lama untuk pemendapan.

c) Pengaliran air tanah yang mengandungi banyak air adalah lembut dan rendah kekuatan bawa bebannya. Dengan ini pengaliran air keluar dari dalam lapisan tanah membolehkan rongga-rongga di antara butiran tanah dikurangkan dan tanah menjadi semakin padat. Di antara kaedah yang boleh digunakan adalah seperti well points. d) Mengepung kawasan tanah (confining the soil) Kadangkala kekuatan bawa beban tanah adalah rendah disebabkan pemendapan akibat pergerakan tanah mendatar terutamanya untuk jenis tanah longer. Untuk mengelakkan pergerakan ini, penahan seperti sheet piling, dan diaphgram wall boleh ditanam disekeliling kawasan tapak untuk menahan pergerakan ini. e) Grouting Campuran simen slurry atau bahan kimia ditekan masuk ke dalam tanah di mana ia akan memasuki rongga di antara butiran tanah dan memberikan sokongan tambahan. f) Pencampuran tanah dengan bahan-bahan kimia Percampuran bahan-bahan kimia seperti simen, kapur dan sebagainya akan mengubah sifat-sifat semulajadi tanah dan menyebabkan ia menjadi koat. 4.0 Pemendapan (Settlement)

Pemendapan boleh didefinisikan sebagai pergerakan menegak ke bawah disebabkan tekanan bebanan di atasnya. Ia boleh dibahagikan kepada dua bahagian: a) Immediate Settlement berlaku apabila tanah dikenakan bebanan hasil daripada elastic deformation tanah di mana ia tidak mengubah kandungan air.

ashrafr@uthm.edu.my

[JABATAN TEKNOLOGI KEJURUTERAAN AWAM, FAKULTI TEKNOLOGI KEJURUTERAAN, UTHM]

Consolidation Settlement berlaku hasil daripada pengurangan isipadu tanah disebabkan pengaliran air keluar daripada rongga-rongga butiran. Kesannya ke atas struktur yang ditanggung adalah bergantung kepada: b) a) b) c) d) 4.1 Besar dan luas pemendapan yang berlaku Keseragaman/ kesamaan pemendapan Masa yang diambil bagi pemendapan Sistem struktur bangunan

Punca Pemendapan

Pemendapan boleh disebabkan oleh salah satu atau kombinasi punca-punca yang berikut: a) Tekanan struktur bangunan ke tanah b) Perubahan kandungan air di dalam tanah disebabkan pengeluaran air keluar dari kawasan dalam tanah c) Gegaran disebabkan oleh hentaman cerucuk, letupan dan jentera-jentera berat yang akan menyebabkan butiran tanah bergegar dan tersusun semula dalam keadaan yang lebih padat.