Anda di halaman 1dari 24

Soalan: Ranke- Matlamat pengajian sejarah adalah untuk mengambarkan kejadian-kejadian sebagaimana ia terjadi,yang membiarkan fakta-fakta sejarah bercakap

dengan sendiri tanpa penglibatan sejarawan .Sejauhmanakah anda bersetuju dengan pandangan di atas. Perkembangan ilmu pada masa kini sebenarnya tidak muncul begitu sahaja tanpa

sebarang latar belakang mahupun tanpa ada sebarang pengenalan pada masa tersebut atau masa yang lalu.Maka ia merupakan suatu hakikat yang tidak dapat dinafikan oleh mana-mana pihak,terutamanya dalam perkembangan pengajian sejarah.Pengajian sejarah juga telah melalui proses pembentukan ,pencari galian ,dan pengukuhan

peristiwa,kejadian,ruang ,waktu,masa silam,dan berasaskan semangat.Sebenarnya apa yang dimaksudkan dengan sejarah? Sejarah merupakan pengertian sastera lama,asal usul,salasilah peristiwa

yang benar- benar berlaku pada masa lampau ,kisah riwayat tambo;tawarikh.Sejarah diperkatakan sebagai history dalam barat yang pada asalnya ia berasal daripada perkataan Yunani purba ,historia yang membawa maksud penyelidikan.(1)Dionysius dari Halicarnassus telah mengatakan bahawa sejarah adalah satu bentuk falsafah yang memberikan pengajaran melalui contohnya.(2) Ibn Khaldun seoang sejarawan Islam yang termasyhur, mentakrifkan bahawa sejarah adalah catatan tentang perubahan sesuatu organisasi manusia dan ia serupa dengan peradaban dunia.(3)
(1) R,G Collingwood .Idea Sejarah,Muhd Yusof Ibrahim ,(terj).Dewan Bahasa dan Pustaka ,Kuala Lumpur,1985,hlm 7. (2)H.E.Barnes ,A History of historical writing,2nd.ED.Dover Publication Inc,New York 1963,hlm 35. (3)Ibn Khaldun ,Mukadimah,Dewan Bahasa dan Pustaka,Kuala Lumpur 2002,hlm pengenalan

Iaitu mengenai perubahan yang terjadi pada sifat-sifat setiakawan segolongan mengenai revolusi dan pemberontokan oleh manusia terhadap manusia lain .Ibn Khaldun telah melihat pentingnya prinsip penilaian yang melibatkan pemikiran kritis dalam kaedah penyelidikan bagi menentukan kebenaran sejarah.Fakta-fakta sejarah
1

yang diperolehi melalui proses penilaian dan bagi beliau penentuan kebenaran catatan atau maklumat adalah penting. Collingwood memberi pengertian bahawa sejarah adalah sejarah pemikiran.(4)Manakalaa E.H.Carr antara sejarawan ternama pertengahan kurun ke 20 mengatakan ,Sejarah adalah satu proses berterusan interaksi antara ahli sejarah dengan fakta-faktanya .suatu dialog yang tidak berkesudahan antara masa kini dengan masa lampau(5).Sidi Gazalba telah merumuskan bahawa sejarah adalah gambaran masa lalu tentang manusia dan sekitarnya sebagai makhluk sosial ,yang disusun secara ilmiah dan lengkap .Ia meliputi urutan fakta masa tersebut dengan tafsiran dan penjelasan yang memberi pengertian dan kefahaman tentang apa yang telah berlalu itu.(6) Garraghan mentakrifkan sejarah mempunyai tiga konsep yang berkait rapat tetapi sangat berbeza antara satu sama lain iaitu pertamanya ,peristiwa manusia masa lalu ,masa lalu yang sebenarnya ,kedua catatan tentang peristiwa tersebut dan ketiga proses atau teknik membuat catan tersebut. Selain itu,R.Suntharalingam pula telah membicarakan sejarah adalah bersifat kajian adalah disampaikan melalui tulisan yang berbentuk naratif.(7)Benedetto Croce mentarifkan bahawa sejarah adalah semasa .Beliau turut menyatakan apa yang ditulis oleh sejarawan bukanlah masa lalu seperti sebenarnya berlaku tetapi adalah masa lalu seperti yang telah digambarkan.
(4) Collingwood ,R.G ,Idea Sejarah,hlm 267

(5)Carr E.H. ,Apakah Sejarah?(terj)Abdul Rahman Hj.Ismail ,Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka,1984,hlm 27.

(6)Sidi Gazalba ,Penghantar sedjarah sebagai ilmu , Djakarta, Bharataran,1966,hlm 11

(7)R.Sunthralingam ,pengenlan kepada sejarah ,Maricon & Sons,(M) Sdn .Bhd,Kuala Lumpur ,1985,hlm 25

Sejarah juga boleh dibahagikan kepada tiga bahagian ,pertama ,sejarah merupakan konotosi tentang keseluruhan masa lalu manusia yang sebenarnya
2

berlaku.Kedua ,konotosi terhadap percubaan ,manusia untuk menggambar dan mentafsir masa lalu.Ketiga ,sejarah adalah satu disiplin ilmu pengetahuan yang telah mantap atau sekurang-kurangnya setanding ilmu falsafah ,matematik dan ilmu-ilmu yang lain.(8) Muhd Yusof Ibrahim menegaskan bahawa untuk membuat catatan yang berupa sejarah seseorang seharusnya terlebih dahulu membuat penyelidikan tentang peristiwa yang diminati ,di mana hasil penyelidikan itulah yang akhirnya akan melahirkan pengetahuan tentang masa lalu yang diselidiki.(9) Secara ringkasnya , sejarah merupakan satu cabang ilmu.Semua peristiwa masa lampau yang menjadi inti pati cerita sejarah itu benar-benar terjadi dapat dibuktikan kebenarannya, seperti perjuangan ,manusia untuk mencapai kehidupan kemanusian yang lebih sempurna dan sebagai ilmu yang berusaha mewariskan pengetahuan tentang masa lalu kisah sesuatu masyarakat. Para sejarawan sering berbahas mengenai elemen-elemen yang terdapat dalam kajian sejarah dan perbahasan ini berterusan dari semasa ke semasa ,antaranya hal-hal yang berkaitan dengan sumber ,kritikan ,cara penulisan dan sebagainya.Ia adalah bertujuan supaya kebenarannya dapat dicari atau kajian yang tepat.Maka timbullah persoalan objektif dan subjektif dalam kajian sejarah.

(8) Arbaiyah Mohd Noor ,Ilmu sejarah dan pensejarahan ,Dewan Bahasa dan Pustaka,Kuala Lumpur,2002,hlm 5

(9) Muhd Yusof Ibrahim,Pengertian Sejarah : beberapa perbahasan mengenai teori dan kaedah,Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur,1986 hlm .8.

Konsep objektif merupakan satu konsep yang mempersembahkan penulisan sejarah secra tepat sebagai mana ia berlaku dan diyakini tiada unsur penambahan atau bias mahupun pengadilan moral.Ia didasarkan kepada fakta-fakta atau sumber-sumber utama yang boleh dipercayai.Pengertian pada asasnya bermakna tujuan atau sasaran sesuatusejarah itu dikaji dan ditulis .(10) Maksudnya untuk apa dan siapa ? Pengertian kedua .ia dilihat lebih konterversi dan memerlukan perbincangan yang lebih luas dan mendalam. Menurut Kamus Dewan ,konsep objektif ditakrifkan sebagai kenyataan yang berasaskan fakta sebenar yang tidak dikuasai atau dipengaruhi oleh perasaan atau prasangka sendiri.Terdapat beberapa pendukung kepada konsep objektif ini.Pendukung konsep ini lebih dikenali sebagai golongan ojektivitas yang terdiri daripada Leopold Von Ranke,Acton dan J.B Burry.Konsep ini muncul berdasarkan tradisi empirisme John Locke dan juga positivisme Auguste Comte yang melihat adanya pemisahan antara subjek dan objek.Tradisi inilah yang menjadi asas kepada aliran sejarah objektif yang diperjuangkan oleh Leopold Von Ranke. Beliau merupakan seorang ahli sejarawan dari Jerman yang terbilang sumbangannya terhadap pensejarahan moden di Barat.Maka beliau dianggap sebagai bapa pensejarahan moden dan peneroka era baru pensejarahan barat. Bagi beliau ,sejarah yang objektif adalah sejarah sezaman dengannya,dimana seseorang sejarawan akan turut serta melihat dan mengalami peristiwa yang ditulis.Rankejuga berpendapat matlamat pengajian sejarah adalah untuk menggambarkan kejadiankejadian sebagaimana sebenarnya berlaku dan membiarkan fakta -fakta sejarah bercakap dengan sendirinya tanpa penglibatan sejarawan.Pada pendapat saya, konsep yang dipelopori oleh Ranke adalah betul.Hal ini kerana sejarah merupakan sesuatu kejadian yang benar dan ada bukti yang telah melihat atau mengalaminya sendiri

(10)Mohd Yusof Ibrahim, Ilmu Sejarah :Falsafah,Pengertian dan kaedah , Dewan Bahasa dan Pustaka,Kuala Lumpur,2000,hlm 212

Maka ini akan membantu kita untuk mengetahui sesuatu peristiwa itu sama ada benar atau sebaliknya dengan bukti-bukti yang ditujukan oleh ahli sejarawan dalam karya-karya objektif mereka.Menurut Gottschalk ,objektif adalah memperolehi yang tidak memihak dan benar serta bebas daripada reaksi peribadi seseorang.Garranghan pula menyatakan bahawa obkektif adalah bersifat neutral yang tidak dipengaruhi dan tidak memihak kepada mana-mana pihak. (11) Manakala Donald V.Gawronski pula menyatakan bahawa konsep objektif bermaksud menggunakan fakta sejarah tanpa ada perasaan memihak dan prasangka.(12)Bagi Sartono , beliau menjelaskan kajian sejarah dalam erti kata yang objektif menunjukkan kepada kejadian atau peristiwa itu sendiri iaitu proses sejarah dalam keadaaan yang sebenarnya berlaku.(13) Beliau juga menyatakan objektiviti dalam istilah sejarah objektif ialah sejarah aktualitas,oleh itu kejadian itu sendiri terlepas dari subjek.Menurut T.R.Tholfsen ,seseorang sejarawan Barat dianggap karyanya sebagai, Objektif sesudah karya itu dapat bertahan dari kritikan ,dapat bersaing secara berkesan dengan karya-karya yang lain dan ia melambangkan suatu usaha yang jujur untuk melihat masa lalu itu seperti sebenarnya berlaku.Dundung Abdul Rahman menegaskan bahawa kajian sejarah yang bersifat objektif dapat dicapai dengan membezakan antara metod penelitian dalam menemukan realiti sejarah dan metod rasional digunakan untuk melaksanakannya. Konsep objektiviti dalam kajian sejarah merupakan persoalan yang

diperbahaskan sejak zaman berzaman lagi.Sememangnya objektiviti merupakan satu kesukaran yang dihadapi sejarawan dalam usaha mencari serta menentukan kesamaran. Kesukaran ini mungkin disebabkan kerana hendaklah menghasilkan sejarah objektif dan ia hendaklah berdasarkan kepada sumber-sumber utama dan asli.
(11) Gilbert J.Garraghan ,A guideto historical method ,hlm 7

(12)Donald V.Gawranski,History meaning and method,Scott, Foresman and Company ,Philippine ,1975 hlm 15

(13)Sartono Kardtodirjo ,Pendekatan Ilmu social dalam meodologi sejarah,PT Gramedia Pustaka Utama,Jakarta,1992 ,hlm 15

Jika dilihat dari sudut pensejarahan di Tanah Melayu .sejarah yang berkonsep objektif ini dapat dilihat dalam karya-karya awal yang menyatakan tujuan serta sasaran penghasilan sesebuah karya sejarah itu.Misalnya Tun Sri Lanang ,telah menulis semula Hikayat Melayu yang dibawa dari Goa dan seterusnya menamakannya sebagai Sulatus Salatin ,yang bertujuan untuk memenuhi perintah Sultan Abdullah Maayah Syah.Misa Melayu karya Raja Chuln untuk memenuhi perintah Sultan Iskandar dan Abdullah Munsyi yang menulis Hikayat Abdullah seorang sahabat karibnya. Ketika zaman sejarawan Yunani seperti Herodatus yang menulis sejarah Perang Parsi dengan menggunakan kaedah penyelidikan sebenarnya cuba bersikap objektif dalam memaparkan kisah sejarah.Beliau telah mengembara hamper ke seluruh Negara yang terlibat dengan peperangan termasuklah Negara musuh untuk menemu bual seberapa ramai saksi yang boleh memastikan karyanya memberikan gambaran yang tepat atau mencatatkan sebagaimana peristiwa itu terjadi.Thucydides dalam mentafsir Perang Paleopanesia telah mengenepikan unsure-unsur khayalan dan dakyah yang dikatakan bertentangan dengan kehendak sejarah .Beliau akan memeriksa terlebih dahulu sumber tersebut dan membandingkan sumber yang diperoleh bagi menentukan keutuhan serta untuk mengelakkan dari sumber-sumber yang palsu.Beliau menyatakan dengan memilih untuk menulis sejarah sezaman akan memeberikan jaminan bahawa apa-apa yang ditulis adalah benar kerana peristiwa yang dikajinya adalah benar-benar berlaku berdasarkan pengalaman yang dialami dan dilihat sendiri. Begitu juga dengan beberapa orang sejarawan lain seperti Su Ma Chin.AlMasudi,Raja Ali Haji juga memperlihatkan kesedaran serta keinginan mereka untuk bersikap adil terhadap peristiwa yang mereka kaji.Perkembangan konsep sejarah objektif ini adalah berasaskan kepada keyakinan tentang kemampuan memperoleh fakta-fakta sejarah yang muktamad , yang asli, yang sahih maklumatnya dan tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak mahupun diolah atau ditokok tambah . Malahan mereka juga inginkan satu persembahan objektif sejarah yang bebas dari pengadilan moral .
6

kerana memenuhi permintaan

Secara kesimpulannya ,konsep objektif merupakan suatu proses pemaparan kebenaran sesuatu peristiwa sejarah melaui kaedah penelitian dan menganalisis secara kritis ,bagaimana ia sebenarnya berlaku.Kebenaran dalam sejarah akan

dipersembahkan berdasarkan fakta-fakta yang tulen ,mengikis prasangka dan mengelakkan pengadilan moral.

Kajian sejarah yang berkonsepkan subjektif adalah sesuatu tidak dapat dielakkan.Hal ini kerana sejarawan yang melakukan kajian akan mentafsir bahan-bahannya melaui tafsiran sendiri.Tafsiran dari kefahaman yang berbeza inilah yang menjadikan konsep objektif itu menjadi begitu ketara dalam kajian atau penulisan sejarah.Kajian sejarah yang subjektif merupakan satu kajian atau penulisan yang boleh menimbulkan bias atau berat sebelah yang kadangkala berbentuk ekstrem .(14)Justera itu, subjektiviti ini mesti ada batas dan kawalan.Menurut Kamus Dewan ,konsep objektif bermaksud sesuatu yang terbit daripada atau berasaskan pandangan orang atau pihak yang melihat atau menilai (tidak pada cirri-ciri sebenar sesuatu yang dilihat atau dinilai).Ia merupakan sejarah yang diolah oleh pengarang dengan memasukkan unsur mitos,lagenda dan lain-lain lagi. Sejarawan Barat yang berpegang kepada konsep ini adalah seperti Benedetto Croce ,Arnold Tonybee,R.G.Collingwood dan Charles A.Beard, golongan ini dikenali sebagai golongan relativis.Hugiono mengatakan subjektiviti ialah kesaksian atau tafsiran yang merupakan gambaran yang dihasilkan oleh perasaan dan fikiran manusia .Beliau menambah bahawa objek yang ingin memberikan gambaran tentang dirinya tidak berbicara sendiri ,tetapi subjektiflah yang berbicara. Sartono mendefinisikan subjektif sebagai sesuatu yang bersifat subjek dan pelbagai subjektivitiyang berkaitan dengan empat subjek utama pertama ,subjektiviti peribadi,soal senang atau tidak senang.kedua subjektiviti golongan,seperti suku,agama, ras dan kelas.Ketiga ,subjektiviti budayaseprti nilai dan orientasi.Keempat,subjektiviti waktu,Zeitgeist dan sebagainya.(15)

(14)Muhd Yusof Ibrahim,Ilmu sejarah,hlm221

(15)Sartono Kartodirdjo, Pendekatan Ilmu sosial dalam metodologi sejarah, hlm 219.

Subjektiviti ini meliputi bentuk-bentuk penulisan sejarah yang lain seperti sejarah politik,sejarah sosial,sejarah budaya ,sejarah ekonomi , dan sebagainya.Demikian

kerana, kenyataan sejarah itu ditetntukan oleh sejarawan ,sedangkan persembahan sejarah itu menurut kecendurungan sejarawan yang menghasilkan catatan tersebut. Kamus dewan telah mendefinisikan perkataan objektif sebagai kenyaataan yang berasakan fakta sebenarnya tidak dikuasai atau dipengaruhi oleh perasaan atau apaapa prasangka sendiri. Menurut Ranke .bagi menghasilkan sejarah sepertimana yang benar-benar berlaku,pengadilan moral seharusnya diketepikan kerana ia akan membuka peluang kemasukan unsur-unsur berat sebelah atau prasangka sezaman. Pengertian objektif menurut Mohd Yusof Ibrahim pula iaitu satu penulisan yang merupakan tafsiran ataupun penerangan terhadap sesuatu peristiwa sejarah dengan berdasarkan sumber yang masih kekal dan lengkap.(17)Jika ditinjau dari istilah sejarah yang lebih luas ,Mohd Yusof Ibrahim telah melihat konsep ini dari dua sudut pengertian.Pertama dari segi pengertian asas bahawa objektif bermakna sesuatu

sejarah itu dikaji dan ditulis mempunyai tujuan dan sasaran iaitu ia melibatkan persoalan untuk siapa dan apa.Manakala pengertian kedua pula adalah lebih kontoversi pada zaman pensejarahan moden ini dan ia amat memerlukan perbincangan yang lebih luas serta mendalam.Ia juga merupakan salah satu persoalan instrink bagi sejarah dan pensejarahan.

(16)Noresah Baharom,(pysn) ,Kamus Dewan ,edisi Ketiga , Dewan Bahasa dan Pustaka,Kuala Lumpur,2000,hlm 939.

(17)Muhd

Yusof

Ibrahim,ILmu

sejarah,Falsafah

,pengertian

dan

kaedah,

Dewan

Bahasa

dan

Pustaka,Kuala

Lumpur,1997,hlm193.

Kalau pengertian pertama persoalan lebih kepada persoalan apa atau siapa,tetapi bagi pengertian kedua persoalannya lebih luas kepada persoalan apakah sejarah boleh bersifat objektif.Bagi Garraghan objektif adalah sikap neutral yang tidak memihak kepada mana-mana pihak.(18)Manakala menurut Gottschalk ,objektif adalah memperoleh pengetahuan yang tidak memihak dan benar serta bebas daripada reaksi peribadi seseorang. Dalam menghasilkan penulisan yang objektif, sejarah seharusnya berlandaskan bukti dan bukannya sewenang-wenangnya oleh seseorang penulis.Selain itu ,bagi Ranke untuk menghasilkan sejarah sepertimana yang benar-benar

berlaku,pengadilan moral seharusnya diketepikan kearan ia akan membuka peluang bagi kemasukan prasangka dan unsur-unsur berat sebelah. Sungguhpun pada zahirnya istilah objektif nampaknya kecil namun yang pasti persoalan serta kontroversi yang berkait denganannya adalah besar dan penting .Ia adalah antarakesukaran yang dihadapi oleh sejarawan dalam usaha mereka untuk mencari serta menentukan kebenaran .Secara menyeluruh sebagai proses pemaparan kebenaran sesuatu peristiwa sejarah melalui kaedah penelitian dan menganalisis secara kritis ,sebagaimana sebenarnya ia berlaku .Kebenaran dalam sejarah akan dipersembahkan berdasarkan fakta-fakta yang tulen ,mengikis prasangka dan mengelakkan pengadilan moral.

(18) Gilbert J.Garraghan , A guide to historical method,hlm 7.

10

Pada peringkat awalnya, konsep objektif itu cuba meniru ,atau menyesuaikan dengan ilmu pasti ,seperti sains tulen misalnya yang menggap dan tepat.Ia berkait rapat dengan

kebenarannya sebagai sesuatu yang mutlak

kepercayaan bahawa sejarah ialah sejenis sains kerana itu mampu menghasilkan karya yang bersifat saintifik dan objektif sebagaimana dalam kajian sains tabii.(18) Antara kelebihan konsep sejarah objektif ialah ia merupakan sejarah yang dapat menjelaskan sesuatu itu sebagaimana sebenarnya golongan objektivis yang terdiri daripada berlaku tanpa dibayangi oleh

kepentingan penulis atau pihak yang tertentu.Pendukung konsep ini dikenali sebagai Leopold Von Ranke ,Acton dan

J.B.Bury.Konsep ini munculberdasarkan

tradisi empirisme John Locke dan juga

positivisme Auguste Comte yang melihat adanya pemisahan mutlak antara objek dan subjek .Tradisi inilah yang menjadi asas kepada aliran objektif yang diperjuangkan oleh Ranke.Ranke berpendapat sejarawan seharusnya berusaha untuk membuat satu persembahan yang tulen fakta faktanya yang berpandukan kepada penyelidikan rapi ke atas peristiwa-peristiwa yang khusus dan nyata dan berasaskan kepada tafsiran sumber-sumber yang asli dan tidak memasukan unsur moral yang hanya mendedahkan sejarah kepada prasangka dan berat sebelah yang mengugat kewibawaanya sebagai satu bidang ilmu yang sahih.Malah beliau berpendapat bahawa sejarah yang objektif adalah sejarah yang ditulis sezaman dengannya ,di mana seseorang sejarawan akan turut serta melihat dan mengalami bersama peristiwa yang ditulis.Ranke juga berpendapat matlamat pengajian sejarah adalah untuk menggambarkan kejadiankejadian sebagaimana sebenarnya berlaku iaitu Wei Es Eigentlich Gewesen. Dan membiarkan fakta-fakta sejarah bercakap dengan sendirinya tanpa penglibatan sejarawan.(19) ________________________________________________________________
(18)Abdul Rahman Haji Abdullah ,Penghantar Ilmu Sejarah, Dewan Bahasa dan Pustaka , Kuala Lumpur,1996,hlm 106.

(19) Ibid.

Bagi mencapai matlamat tersebut beliau juga menyatakan bahawa sejarawan seharusnya berusaha untuk membuat satu persembahan tulen fakta-fakta yang
11

berpandukan kepada penyelidikan rapi ke atas peristiwa-peristiwa lepas yang khusus dan nyata serta berasaskan kepada tafsiran sumber-sumber asli.(20)Di samping itu penyelidikan terhadap sumber sumber itu hendaklah dilaksanakan bagi mengelakkan pemalsuan.Selain itu , konsep objektif jug adapt mengelakkan berlakunya bias dalam kajian yang dijalankan oleh sejarawan .Lord Acton pada tahun 1896 telah melancarkan projek penulisan Cambridge Modern Hiastory, antaranya menegaskan bahawa biarlah gambaran para sejarawan tentang sesuatu peristiwa itu sama sahaja dan memuaskan hati setiap pihak tanpa sebarang perasaan subjektif atau sikap berat sebelah .(21)Ini dapat menunjukkan bahawa beliau sebolehnya cuba untuk mengelakan berlakunya penambahan atau pemalsuan dalam kajian atau karya sejarah. Kajian tersebut dapat dipertahankan.Hasil kajian yang dianggap objektif harus dapat diperathankan kebenarannya ,sekurang-kurangnya untuk sementara waktu sehinggalah terdapat atu penerangan lain atau sumber baru yang mungkin memaparkan kelemahan dan kesilapan yang mula-mula tadi.Ini bermaksud sejarawan yang bertujuan untuk menghasilkan karyanya yang sedemikian mestilah anggup menghadapi atau menerima fakta fakta sejarah yang sebenarnya sama adaia menggemarinya atau sebaliknya . Ciri pertama yang harus dipertimbangan oleh seseorang sejarawan ialah harus memahami and mengamalkan proses penyelidikan yang sistematik dalam menghasilkan karyanya.Kedua,sejarawan haruslah mendapatkan serta menggunakan sumber utama dan benar ,serta harus juga memeriksa ,mengkaji dan menganalisis sumber itu dengan kritis dan jujur. Ini adalah supaya keaslian atau kesahihan sumber tersebut dapat dikenal pasti dan mempunyai perkaitan dengan fakta fakta tersebut.
(20) R.Suntharalingam ,Pengenalan Kepada Sejarah,hlm 120

(21)Abdul Rahman Haji Abdullah , Penghantar Ilmu Sejarah,hlm 106.

12

Sejarawan yang objektif mestilah menjangkakan pendapatnya dari penglihatan yang tajam dan sudah tentu pandangannya itu berbentuk metod ,tiada keraguan tentu pendapatnya atau kajiannya yang terhasil daripada satu pandangan persendirian yang telus tanpa bias.(22) Terdapat dua aspek objektiviti yang boleh digunakan dalam kajian sejarah ,pertama objektif dari segi fakta sejarah.Ia diukur berdasarkan ketepatan dan kejituannya.Ini bertepatan dengan idea Ranke yang kajian itu adalah berdasarkan kepada kenyataan yang sebenarnya.Keduanya .ia seharusnya dlihat dari segi pentafsiran sejarawan sendiri yang bersifat adil dan jujur. Kajian yang objektif juga dapat meningkatkan kemajuan dalam kajian sejarah iaitu sekiranya seseorang sejarawan itu berupaya untuk menganjurkan ideanya ke masa hadapan dengan cara yang boleh memberikannya kefahaman yang lebih tepat dalam memaparkan peristiwa masa lampau.Ia sudah pasti berlandaskan kepada kemahiran, kaedah serta metod yang sebenar atau secara terus tanpa menyebelahi mana-mana pihak. Carr berpendapat keobjektifan dalam sejarah merupakan satu perkataan yang menimbulkan kekeliruan dan persoalan.Beliau menekankan bahawa sains social dan sejarah antaranya tidak dapat menyesuaikan diri dengan satu teori ilmu pengetahuan yang meletakkan subjek dan objek dalam keadaan terpisah. Seterusnya beliau menyatakan kobjektifan tetapi dalam sejarah bukanlah suatu keobjetifan tetapi hanyalah keobjektifan perkaitan,perkaitan antara fakta dan pentasiran antara fakta dan pentafsiran antara masa lampau ,masa kini dan masa hadapan.

(22) Donald V.Gawronski,History meaning and method,hlm 15.

13

Hakikatnya kini,sejarah sebagai satu

bidang ilmu pengetahuan yang

sepenuhnya objektif tidaklah dapt diterima lagi.Wakupun begitu ,beberapa perkara ataupun peristiwa-peristiwa penting serta perkembangan yang boleh diukur sebagai perkara yang objektif dalam sejarah,sebagai contoh Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Sebenarnya sejarah penafsiran dan penulisan sejarah yang bersifat objektif telah bermula sejak munculnya karya-karya sejarah yang dihasilkan oleh sejarawan klasik Yunani seperti Herodotus dan Thucydides.Herodotus telah mengusahakan

pensejarahannya secara bersendirian tanpa terdapat suatu dorongan mahupun perlantikan rasmi seperti Tun Sri Lanang yang motif penulisannya adalah jelas iaitu untuk menyukakan duli hadrat baginda ataupun Su Ma Chin yang memenuh i kehendak Maharaja China. Kaedah penyelidikan Herodotus ini sedikit sebanyak sudah mempunyai cirri-ciri kaedah yang dianggap saintifik dan mempunyai sikap yang kritis terhadap

sumber.Melalui karya Perang Parsi,Herodotus telah dianggap berjaya menghasilkan sebuah catatan sejarah yang hampir ke seluruh Negara yang terlibat dengan peperangan termasuklah Negara musuh melaui kaedah menemu bual seberapa ramai saksi yang boleh memastikan karyanya ememberikan gambaran yang tepat.Malah yang penting penulisannya juga bukan bertujuan membenarkan satu pihakatau menyalahkan pihak lain dalam mentafsir Perang Parsi. Di samping itu, minatnya juga bukan untuk memuji atau mengeji tetapi adalah untuk mencari kebenaran.Ini dapat dilihat walaupun beliau tinggal dalam masyarakat yang berperang dengan Parsi ,tetapi sedikit sebanyak beliau tidak membirakan sentimen dan juga kesetiaan kenegaraanya mengatasi tuntutan pensejarahan. Thucydides pula dalam mentafsir Perang Paleoponesia didapati beliau telah mengenepikan unsur-unsur khayalan dan dakyah kerana dikatakan bertentangan

dengan kehendak sejarah.Sikapnya yang kritis dapat dilihat dalam pengendalian terhadap sumber-sumber .Beliau akan memeriksa dan membandingkan sumber yang diperoleh bagi menentukan keutuhan serta mengelakkan daripada sumber-sumber yang palsu.Beliau melakukan semakan terhadap sumber yang diperoleh.Berdasarkan
14

sikap sedemikian ,ada para pengkaji atau lebih tepat pengikutnya menggelarkan beliau sebagai bapa kaedah pensejarahan.Ini memang dapat diterima kerana kaedah penyelidikannya adalah suatu yang kritis.Bagi Eropah ia hanya ditegakkan serta dikembangkan semula oleh Leopold Von Ranke, mulai pertengahan kurun ke-19.(23) Bagi beliau ,sejarah yang objektif adalah sejarah yang ditulis sezaman dengannya,di mana seseorang sejarawan itu telah turut serta melihat dan mengalami bersama peristiwa yag ditulis.(24) Thucydides berpendapat dengan memilih untuk menulis sejarah sezaman akan memberikan jaminan bahawa apa-apa yang ditulis adalah benar-benar berlaku kerana peristiwa itu telah dikaji dan dialami berdasarkan pengalaman yang sebenar oleh sejarawan itu sendiri.Dengan ini akan memudahlan sejarawan membuat tafsiran yang lebih tepat berkenaan peristiwa yang dikaji. Pada abad ke-19 ,pensejarahan Eropah telah dipelopori oleh pemikiran dan penulisan Leopold Von Ranke (1795-1886). Sumbangannya yang bernas dalam bidang pemikiran sejarah ini telah menyebabkan beliau dianggap bapa dan juga tokoh terbilang dalam bidang pensejarahan moden.Beliau dianggap sebagai peneroka era baru pensejarahan Barat atau sebagai pengasas bagi pensejarahan moden di dunia

Barat.Bagi Ranke matlamat pengajian sejarah adalah untuk menggambarkan kejadiaan kejadian sebagaimana ia terjadi ,yang membiarkan fakta-fakta sejarah itu bercakap denagan sendiri tanpa penglibatan sejarawan .

(23)Ibid.hlm59.

(24)K.Anbalakan ,Objekltif dalam sejarah:Bukan satu impian, Abu Tlib Ahmad dan Cheoh Boon Keng,Isu-Isu pensejarahan:Esei penghargaan kepada DR.R.Suntharalingam,Universiti Sains Malaysa, Pulau Pinang,1995,hlm 44.

Inilah juga yang dimaksudkan dengan historisisme yang menurut Pieter Geyl bermakan menjauhkan diri daripada pengadilan moral ,penerimaan atau pengakuan
15

yang tidak ada darjah-darjah kecuali dari apa yang dibekalkan oleh proses sejarah sendiri. Maka berkembangannya aliran sejarah objektif adalah berasakan kepada keyakinan tentang kemampuan memperoleh fakta-fakta sejarah yang muktamad.Malah kecenderungan ini juga berkaitan dengan kepercayaaan bahawa sejarah ialalah cabang sains kerana itu mampu menghasilkan karya yang bersifat objektif sebagaimana dalam kajian sains tabii.Bagi Ranke,sejarah haruslah berlandaskan kepada bukti dan daya imaginasi.Ranke juga telah menekankan kepentingan penggunaan sumber yang asli dalam penyelidikan serta pendekatan yamg kritis dalam penafsiran sejarah. Bagi Leopold Von Ranke, seharusnya berusaha untuk membuat satu

persembahan tulen yang fakta-fakta yang berpandukan peristiwa-peristiwa lepas yang khusus dan nyata serta berasaskan tafsiran sumber-sumber yang asli.(25)Penghasilan karya melalui cara ini bebas dari parsangka berat sebelah di samping tidak adanya unsure pengadilan moral.Seseorang sejarawan harus berjaya mengasingkan fakta yang benar berdasarkan imaginasi dan pengetahuan .Ranke telah ,menerangkan tentang sumber-sumber dan kaedah-kaedah kritikan yang digunakannya dalam karya sulungnya.Bagi kajian Ranke sumber-sumber seperti jurnal,diari,buku

kenangan,gambaran asli saksi-saksi dan laporan diplomatik itu sangat penting kerana beliau melihatnya sebagi sumber saksi yang suci.Tambahan pula, beliau telah melakukan tafsiran menggunakan cara hermeneutis ,di mana setiap aspek yang

diambil daripada sumber yang telah dinyatakan oleh Ranke melalui teknik catatan nora kaki.Kewibawaan sejarawan berfikir secara kritis akan dapat membuktikan sejarah yang objektif dan yang menentang konsep subjektif dalam sejarah. Sejarah yang saintifik juga menuntut sejarawan untuk bersikap objektif semasa meyelidik dan menulis hasil sejarah.Sikap sejarawan haruslah berdiri di luar peristiwa, masyarakat,ataupun Negara yang dikaji.
(25) R.Suntharalingam . Pengenalan kepada sejarah , Marican & sons(m) sdn .Bhd, Kuala Lumpur ,1985,hlm 120.

Demikian sejarawan itu adalah juga seorang ahli sainsyang menganalisiskan sesuatu tanpa melibatkan unsur-unsur perasaan kemanusiaan dan sikap memihak
16

kepada

sesuatu

kumpulan

dan

sebagainya.Konsep

seperti

sebenarnya

berlakumerupakan suatu konsep yang penting yang pernah ditonjolkan dantelah membawa perkembangan dalam ilmu pensejarahan.Kebenaran dalam sejarah boleh dibutikan dengan mengulangi semula proses uji kajinya dengan sumber-sumber dan kaedah-kaedah yang sama. Konsep yang dibawa oleh Ranke ini mempunyai persamaan dengan konsep sejarah yang betul yang pernah dikemukakan oleh Ibn Khaldun .Ibn Khaldun merupakan seorang ahli falsafah Islam yang telah berjaya menghasilkan karya ulung berjudul Kitab al-Ibar wa Ad-Diwan al-Mubtadawa al-Khabar fi Ayyam al-Arab wa alBarbar dengan memberikan penekanan kepada soal objektif dalam sejarah.Ibn Khaldun mementingkan prinsip penilaian yang melibatkan pemikiran yang kritis dalam kaedah penyelidikan bagi menentukan kebenaran sejarah.Malahan Ibn Khaldun juga

mementingkan

penemuan kebenaran catatan atau maklumat

dalam penulisan seorang

sejarah.(26)Bagi Ibn Khaldun sejarawan perlu memisahkan

dalam menghasilkan karya yang objektif

dirinya dalam penulisannya.Sejarawan juga perlu

mengabaikan kepentingan diri dan politik serta sentimen perasaan dan sebagainya yang boleh membawa kepada yang sikap bias, mengemukakan fakta-fakta yang sahih dan menggambarkan kebenaran sesuatu peristiwa. J.B.Burry pada tahun 1902,dengan tegasnya mengatakan bahawasejarah itu adalah sains, tidak lebih kurang.(27)Penegasan ini merupaka n kemuncak daripada tradisi pensejarahan Eropah sebagaimana Ranke.Ini bemakna dengan menyatakan sejarah itu adalah sains ,maka sejarawan juga adalah ahli sains.Sejarah yang saintifik dans sejarah sebgai sains itu sama ertinya menyatakan bahawa sejarah itu boleh dikatakan sebagai seratus peratus objektif ,bahawa kebenaran boleh dibuktikan secara saintifik dan objektif.
(26) Ibid,hlm 183

(27)E.H.Carr,Apakah sejarah?Abdul Rahman Haji Ismail (terj),Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur,1988,hlm 60.

Ini bermakana kebenaran sejarah adalah juga kebenaran sains.Konsep objektif yang dikemukakan oleh sejarawan pada peringkat awal seperti Ranke dan Burry ini
17

cuba meniru atau menyesuaikan dengan konsep ilmu yang pasti seperti sains tulen.Namun ,anggapan golongan ini tidak dapat dipertahankan kerana kebenaran

sejarah tidak semutlak kebenaran sains. Walaupun tradisi pensejarahan Eropah yang diasaskan oleh Ranke memang berkesan tetapi pengaruhnya mula luntur menjelang pada tahun 1930.Maka ,dari situ beberapa sejarawan telah mula mengaitkan kesangsian terhadap penulisan sejarah yang tepat muncul daripada konsep seperti sebenarnya berlaku .Bagi mereka sejarah yang tepat adalah sesuatu yang mustahil untuk dicapai.Malah pendapat Bury yang menjadikan sejarah sebagai sain telah dikritik oleh Burchahardt yang menganggap sebagai suatu bidang yang tidak wajar kerana bagi beliau sejarah itu adalah suatu bidang yang ilmu yang paling tidak saintifik,namum begitu banyak perkara yang wajar diketahui.(28) H.E.Barnes pula telah merumuskan empat kelemahan konsep Ranke ,iaitu kegagalan menggunakan keseluruhan sumber-sumber yang boleh didapati bagi sesuatu kajian ,kedua terlalu menekankan soal-soal politik da tokoh-tokoh,ketiga di mana akibat ketaatan keagamaan menyebabkan beliau memihak kepada teori sejarahnya yang berbentuk keutuhan dan akhir sekali akibat terlalu ghairah untuk menulis sejarah mengenai Lurther ,keluarga Honenzollern dan Prussia.Ranke dalam History of the Popes telah memuji perjuangan Martin Luther secara khusus dan kaum Protestan secara am kerana didiorong hasrat suci memulihkan kembali ajaran-ajaran agama Kristian yang oleh gereja Katolik dan Paus.Sebaliknya peranan kaum Katolik ,lebih-lebih lagi tokoh-tokohnya telah dikutuk kerana didapati bersikap kejam memesongkan kesucian ajaran agama Kristian.(29)
(28) Muhd.Yusof Ibrahim dan Mahayudin Haji Yahaya , sejarawan dan pensejarahan,hlm 294.

atau

(29)R.Suntharalingam , Pensejarahan Barat ,

Pada tahun1933, pandangan Ranke telah ditolak dengan rasmi di Amerika Syarikat oleh tokoh-tokoh seperti E.H.Carr.Bagi Carr ,sejarah adalah suatu proses
18

interaksi yang berterusan antara masa kini dengan masa lalu. (30)Ahli sejarawan Itali ,Benedetto Croce mengatakan bahawa sejarah adalah sejarah masa kini.Ini bermakna bagi beliau apa yang ditulis oleh sejarawan bukanlah masa lalu seperti sebenarnya berlaku tetapi adalah masa lalu seperti yang telah digambarkan oleh pengkaji melalui sumber-sumber yang didapati.Manakala Charles A.Beard menyatakan bahawa sejarah adalah merupakan pemikiran sezaman tentang masa lampau di samping

mencerminkan pemikiran sejarawan dalam masa dan konteks budayanya. Sejarah adalah berbeza dengan ilmu fizik mahupun kaji hayat yang memang berkesan mempersembahkan realiti dengan tepat dan benar.(31)Beliau juga mengatakan perkara yang menghalang daripada memenuhi sejarah yang objektif dengan sumbersumber sejarah yang tidak lengkap ekoran terdapatnya banyak peristiwa yang berlaku tidak dirakamkan oleh saksi-saksi.Ahli sejarawan hanya mampu memaparkan sekadar apa yang tercatat pada sumber-sumbernya sahaja.Kadangkala ahli sejarawan hanya memilih maklumat tertentu sahaja dan ini menyebabkan sebahagian reality sejarah telah dilupa atau ditinggalkan oleh sejarawan.
(32)

Sebenarnya penolakan ini disebabkan

oleh konsep sejarah yang akhirnya membawa tanggapan bahawa sejarah itu adalah satu bidang sains. Penolakan dan kritikan-kritikan itu,menyebabakan kemunculan aliran baru dalam perkembangan pensejarahan moden di Eropah.Sejarah tidak lagi dianggap sebagai satu bidang sains atau sastera tetapi suatu disiplin keilmuan tersendiri dengan kaedah penyiasatan tersendiri. Carl Becker pula mengatakan bahawa penulisan sejarah ditentukan oleh ahli sejarah sendiri yang mempunyai akal fikiran ,tujuan atau pemilihan dan kecendurungan yang berasaskan pengalaman-pengalamannya pada zaman itu.Oleh kerana,kaedah sosial sentiasa mengalami perubahan ,maka kebenaran sejarah juga tidaklah mutlak tetapi relative.

Malahan

Collingwood

juga

menganggap

bahawa

semua

sejarawan

menggambarkan kembali pengalaman-pengalaman yang lalu.Maka.ini menyebabkan lahirlah penulisan yang bersifat subjektif.
19

(30)Muhd Yusof Ibrahim , Pengertian sejarah: Beberapa perbahasan mengenai teori dan kaedah,hlm 3

(31)R.Suntharalingam , Pengenalan kepada sejarah,hlm 123

(32) Ibid, hlm124

20

Sebagai penutup tirai,konsep objektif dalam sejarah bolehlah dimaksudkan proses pemaparan kebenaran sesuatu peristiwa sejarah melalui kaedah meneliti dan menganalisis secara kritis sebagaimanaia sebenarnya berlaku.Kebenaran sejarah akan dipersembahkan berdasarkan bukti-bukti dan fakta-fakta yang tulen,mengikis

prasangka serta mengelakkan pengadilan moral dan unsure subjektif.Melalui kaedah ini, pastinya akan dapat dihasilkan sebuah karya yang objektif dengan pemaparan objektiviti dalam penulisan sejarah yang dihasilkan.Menurut Taufik Abdullah dan Abduraachman Surjomihardjo ,penulisan adalah puncak kepada segala-galanya. Sejarawan hendaklah sentiasa berpegang kepada keperluannya memaparkan

kebenaran sejarah dalam menghasilkan penulisan.Kebenaran yang dihasilkan akan dapat menentukan keadilan terhadap peristiwa ,tokoh yang terlibat serta peristiwa yang berkaitan dengan persoalan yang dikaji.Pada pendapat saya, seorang sejarawan juga perlu berani menyatakan kebenaran walaupun kebenaran itu sukar untuk diterima oleh orang lain.(33) Malahan penghakiman yang jujur membantu sejarawan menghasilkan sebuah penulisan yang objektif .Namun ,tidak dapat dinafikan dalam penulisan sejarah kini konsep objektif mula dipinggirkan kesan daripada persaingan golongan relativis yang memperjuangkan konsep subjektif dalam penghasilan sejarah.Hakikatnya, masyarakat mas kini lebih,berpegang kepada kebenaran sejarah yang tidak terletak pada sains sahaja,malah fakta sejarah adalah suatu pandangan yang relative,sejarah tidak mungkin berulang,tafsiran, pandangan dan kesimpulan sejarawan bukanlah suatu yang muktamad dan adalah unsur-unsur subjektif dalam diri dan nilai sosiobudayanya.Pada pendapat saya, walaubagaimanapun, subjektif an relative mestilah ada batas dan kawalannya ,di mana kedua-duanya mesti tertakluk kepada pengertian dan kaedah penyelidikan sejarah supaya peristiwa yang dipaparkan itu merupakan kebenaran sejarah seperti yang dikatakan oleh Leopold Von Ranke ,sejarah adalah seperti sebenarnya berlaku dan bukan dakyah mahupun retorik sahaja.Dengan ini ,saya sangat menyokong konsep yang dipelopori oleh Leopold Von Ranke iaitu,matlamat pengajian sejarah adalah untuk menggambarkan kejadian-kejadian sebagaimana ia

21

terjadi yang membiarkan fakta-fakta sejarah bercakap dengan sendiri tanpa penglibatan sejarawan.Hal ini kerana, ini akan membantu untuk membuktikan kebenaran sesuatu fakta sejarah.
_________________________________________________________________________________________ (33) Taufik Abdullah & Abdurrachman Surjomihardjo,(redaksi) ,ilmu sejarah dan historiografi : Arah dan perspektif ,PT Gramedia , Jakarta,1985,hlm xv.

22

Bibiliografi Abdul Rahman Haji Abdullah,1996 , Penghantar Ilmu Sejarah , Kuala Lumpur :Dewan Bahasa dan Pustaka.

Anbalakan , K, 1995. Objektif dalam sejarah :Bukan satu impian .Abu Talib Ahmad dan Cheah Boon Kheng .Isu-isu pensejarahan :Esei penghargaan . DR.R.Suntharalingam. Penang: Universiti Sains Malaysia.

Collingwood R.G. 1985, Idea sejarah .Muhd Yusof Ibrahim ,(terj).Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Garraghan , G.J.1948 , A guide to historical method, NewYork: Fordhem University Pres.

Kamus Dewan edisi ketiga (2002). Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Sidi Gazalba ,1996: Penghantar sedjarah sebagai ilmu , Djarkarta : Bharatara.

Muhd Yusof Ibrahim .1997 ,Ilmu sejarah : Falsafah , Pengertian dan kaedah, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

23

Suntharalingam.R. 1985. Pengenalan kepada sejarah. Kuala Lumpur: Maricon & sons(M) Sdn .Bhd.

Suntharalingam .R.1987.Pensejarahan Barat . Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti

http://koleksi-nota-sejarah.blogspot.com/2009_03_01_archive.html

24

Anda mungkin juga menyukai