Anda di halaman 1dari 4

1.

PENGENALAN Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan satu komponen amalan profesional (profesional practice) bagi program

Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) kolaborasi dengan Kementerian Pelajaran Malaysia. Pengalaman ini memberi kefahaman dan membina kesedaran pelajar tentang budaya sekolah dan peranan guru dalam bilik darjah melalui pemerhatian pengajaran dan strategi pengurusan bilik darjah yang digunakan oleh guru; pemerhatian pembelajaran murid; menganalisis tingkah laku murid; serta berkomunikasi dan berinteraksi dengan pentadbir, rakan guru dan komuniti sekolah. Dengan meneroka pengalaman dan situasi yang baru ini, pelajar dapat meningkatkan kemahiran inkuiri penemuan melalui pembelajaran secara kontekstual dan amalan refleksi serta proses konstruktivisme. Pelajar dapat mengaitkan teori dan amali dalam konteks pengajaran dan pembelajaran. Di samping itu, pelajar juga dapat membina pengetahuan dan kefahaman baru tentang sistem pengurusan sekolah, pengurusan bilik darjah dan tugas-tugas sebenar seorang guru dan ini seterusnya menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih bermakna. Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) ini merupakan suatu program khusus untuk kursus perguruan yang dikendalikan oleh guru-guru pelatih KPLI kepada suasana pengurusan pentadbiran di sekolah masing-masing di mana seorang guru GSTT (Guru Sandaran Tidak Terlatih) ditempatkan sepanjang tempoh pengajiannya. Program ini diharapkan dapat memberi kefahaman dan pendedahan awal kepada pelatih tentang alam persekolahan dari perspektif seorang guru. Program ini juga memberi peluang kepada pelatih memahami sekolah sebagai sebuah institusi pendidikan dan peranan guru di dalam bilik darjah. Melalui pemerhatian, penelitian dokumen, refleksi dan interaksi dengan guru dan komuniti sekolah, pelatih dapat memahami tingkah laku murid, pengurusan sekolah dan pengurusan bilik darjah untuk menyepadukan teori dan amalan dalam konteks pengajaran pembelajaran.

Kecemerlangan sesebuah institusi pendidikan terletak pada pengurusan dan pentadbiran yang cekap. Empat perkara utama yang menentukan kecekapan dan keberkesanan mengurus dan mentadbir sesebuah sekolah ialah Perancangan, Pengelolaan, Pengarahan dan Pengawalan. Dalam menyiapkan tugasan PBS ini, para guru pelatih dapat mempelajari dan membiasakan diri dengan segala urusan pentadbiran di sesebuah organisasi pendidikan dengan mempelajari mencari maklumat daripada pelbagai sumber yang berkaitan dengan pengurusan dan pentadbiran sekolah dan seterusnya membuat hubungkait maklumat pengurusan dan pentadbiran sekolah dengan pengurusan dan pentadbiran PPKI.

Terdapat beberapa objektif yang ingin dicapai dalam pelaksanaan PBS, para guru pelatih akan memahami tentang tugas atau peranan sebagai guru yang meliputi pelbagai aspek yang memerlukan pelbagai kemahiran tertentu.

Pengalaman yang diperolehi melalui pemerhatian diharapkan para guru pelatih dapat mengendalikan bilik darjah, terutamanya dari segi kaedah, pendekatan dan teknik mengajar dengan cemerlang dan berkesan. Begitu juga, mereka dapat menyediakan dan menggunakan alat-alat bantu mengajar, menyelesaikan masalah-masalah disiplin dalam bilik darjah serta memberi dan menyemak kerja-kerja murid. Akhirnya guru pelatih akan mendokumentasikan pengalaman yang dilalui dalam portfolio untuk memupuk budaya pemikiran kreatif dan reflektif.

1.1

MATLAMAT Dengan melakukan kerja kursus yang ditugaskan ini, ia akan menjadi satu panduan yang bertujuan membantu para

guru untuk merancang, mengurus, mengelola dan mentadbir sesuah organisasi dengan lebih bersistematik, lancar dan berkesan apabila menjadi seorang guru bertauliah kelak.

1.2

OBJEKTIF

Melalui program PBS ini, pelajar dapat: Memahami dan bergaul mesra dengan masyarakat sekolah Mendapat pendedahan awal bagaimana murid belajar, pengurusan strategi pengajaran dan pembelajaran. Menyesuaikan diri dengan komuniti di sekolah dan di bilik darjah Membina kemahiran mengumpul maklumat tentang pengurusan, iklim dan budaya sekolah Mendokumentasikan pengalaman yang dilalui untuk memupuk budaya pemikiran kreatif dan reflektif.

1.3

RASIONAL

Rasional perlaksanaan PBS ini adalah untuk menjadikan para guru pelatih menjadi seorang guru yang sentiasa berdaya usaha, berkaliber, berdaya saing, mempunyai komitmen yang tinggi serta bertanggungjawab terhadap tugas

sebagai seorang pendidik bukan sahaja dalam aspek pengajaran dan pembelajaran, malah dalam membantu menguruskan dan melancarkan pentadbiran dan pengurusan di Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) sekolah apabila menjadi seorang guru hakiki kelak.