Anda di halaman 1dari 3

Tugasan 2 Aktiviti 3: Jurnal Reflektif (T2A3)

Mengikut Kamus Dewan (2005) , profesion ialah pekerjaan terutamanya yang memerlukan pelajaran yang tinggi dan latihan yang khas misalnya dalam bidang undang-undang, seni bina, perubatan, perakaunan dan lain-lain. Selain itu, Kamus Dewan (2005) mendefinisikan perguruan sebagai sesuatu yang mempunyai perkaitan dengan bidang menuntut ilmu atau tempat mendapatkan ilmu seperti sekolah, tempat belajar, pengajaran dan pembelajaran dan sebarang perkara yang mempunyai perkaitan dengan guru. Berdasarkan definisi yang diberikan di atas, dapatlah dirumuskan bahawa perguruan merupakan suatu bidang yang berkaitan dengan guru yang mengajar atau melaksanakan pengajaran di sekolah atau di institut-institut pendidikan lain untuk menyampaikan ilmu kepada pelajar atau masyarakat.

Pendidikan merupakan salah satu faktor penting dalam mencapai misi Nasional. Profesion perguruan telah memainkan peranan yang signifikan dalam menjayakan misi ini dan berusaha untuk memartabatkan profesion keguruan. Berdasarkan ciri-ciri profesion, Menurut Mok Soon Sang (1996) , secara ringkas konsep profesionalisme sebagai suatu pekerjaan yang khusus dan dijalankan oleh orang yang mempunyai kelulusan dan latihan ikhtisas yang cukup bermutu . Untuk menjadi seorang yang profesional haruslah bersikap jujur, dedikasi, bertanggungjawab dan bermoral tinggi serta mempunyai autonomi bertugas dengan mematuhi kod etika yang ditentukan oleh organisasinya.

Peranan guru adalah amat penting dalam pembentukan modal insan cemerlang yang dapat membawa kepada perubahan negara. Sehubungan dengan itu, yang diberi keutamaan adalah pembentukan modal insan dengan hasrat guru dapat menjalankan tanggungjawab dan peranan dengan baik. Meningkatkan dan memartabatkan profesion keguruan adalah suatu

pandangan positif yang telah dapat dilihat oleh kerajaan sejak awal lagi. Hal ini dibuktikan berdasarkan perancangan dan langkah yang telah dan akan direncanakan oleh pihak kerajaan ke arah memartabatkan profesion keguruan. Kerajaan di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia telah berusaha untuk memartabatkan profesionalisme guru dengan meningkatkan kualiti guru,

kerjaya guru dan kebajikan guru. KPM menyasarkan untuk menjadikan profesion guru dihormati dan dipandang tinggi sesuai dengan amanah yang dipikul.

Seterusnya untuk meningkatkan lagi profesion keguruan, kerajaan telah memperkenalkan falsafah pendidikan negara. Falsafah pendidikan merupakan langkah permulaan dalam proses pembangunan sistem pendidikan. Penetapan aspek-aspek lain yang terdapat adalah seperti matlamat, isi kandungan, pendekatan, strategi dan kaedah pengajaran merujuk kepada falsafah pendidikan yang telah ditetapkan. Penting sebagai satu garis panduan kepada guru untuk mengajar dengan lebih berkesan. Proses mendidik pelajar perlu dijalankan secara terancang dan sistematik untuk mendatangkan hasil seperti yang diharapkan. Falsafah pendidikan bukan sahaja menjadi asas kepada pembentukan sesuatu sistem pendidikan tetapi juga menjadi panduan yang penting dalam pelaksanaan sesuatu sistem pendidikan. Ketiadaan suatu sistem dasar yang jelas dan mantap akan menyebabkan sistem pendidikan dan pelaksanaannya tidak mempunyai hala tuju yang tetap dan tidak akan berlangsung dengan lancar, terutamanya apabila dipengaruhi oleh persekitaran seperti kepimpinan, kewangan, pengaruh politik, dunia tanpa sempadan, sosial dan lain-lain lagi yang diambil kira untuk dijadikan asas bagi pelaksanaan sistem pendidikan. Saya berpendapat keberkesanan seorang guru dalam kerjayanya antara lain bergantung kepada kesediaan guru berkenaan untuk terus memajukan diri melalui pelbagai aktiviti dan program pendidikan sama ada secara formal mahu pun tak formal. Tidak dinafikan bahawa guru akan berhadapan dengan berbagai jenis perubahan sama ada di dalam atau di luar profesionnya. Antara tuntutan dalaman ialah kesediaan guru untuk mencuba pelbagai teknik, kaedah serta pendekatan pengajaran-pembelajaran yang efektif di samping menghadapi perubahan dari segi istilah, kandungan kurikulum serta penggunaan teknologi baru (Omar Abdull Kareem & Khuan Wai Bing, 2005).

Dalam masa yang sama guru merupakan individu terpenting di sekolah yang perlu responsif kepada sebarang perubahan yang berlaku dalam bidang pendidikan. Tanpa kesediaan mereka usaha reformasi pendidikan akan menghadapi kegagalan. Antara syarat utama bagi membolehkan guru bersikap terbuka dan menerima ialah melalui pembelajaran berterusan. Oleh

itu, setiap guru harus bersedia dari segi mental, emosi serta fizikal untuk menjadi pengamal pendidikan sepanjang hayat (lifelong learning).

Walau apa pun persepsi oleh masyarakat hari ini mengenai apa yang sedang dilakukan oleh kerajaan untuk meningkatkan kualiti pengajaran di negara kita, tetapi apa yang berlaku, orang akan meletakkan andaian bahawa profesion ini adalah pilihan terakhir. Profesion perguruan adalah satu profesion yang sangat mulia. Perkhidmatan dan sumbangan pendidik untuk mewujudkan masyarakat berpengetahuan, iman dan mengamalkan nilai-nilai yang baik dan tidak boleh dipandang rendah oleh masyarakat. Pilihan profesion ini sebagai medan terakhir untuk meneroka merupakan tanggapan yang salah. Masyarakat harus sedar cabaran dan beban kerja yang dihadapi oleh guru sebelum mengambil jalan mudah memandang rendah profesion ini. Usaha Kementerian Pendidikan untuk memartabatkan profesion ini perlu dipandang tinggi. Tanpa guru siapalah kita hari.