Anda di halaman 1dari 15

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEMESTER SEPT/2013

HBMS3103

PENGAJARAN MUZIK IV

NAMA PELAJAR

DayangKu Nuurul Fattihah Ummi Qalthum Bt Pg. Zainal Abidin

NO. MATRIKULASI NO. KAD PENGNEALAN NO. TELEFON E-MEL

: : : :

810901126140001 810901-12-6140 016-8404421 nurulfazrul@gmail.com

TUTOR PUSAT PEMBELAJARAN

: :

Mr. Soh Chin Kui SABAH LEARNING CENTRE

HBMS3103

ISI KANDUNGAN

MUKA SURAT

1.Pengenalan

23 48

2. Teknik Bermain Rekoder

3. Skor Gubahan Permainan Rekoder Dalam Dua Bahagian ( Lagu: Bunga Berkembang)

4. Langkah-langkah Mengendalikan Proses Pengajaran dan Pembelajaran Ensembel Rekoder Soprano Dua Bahagian

1011

5. Bagaimana aktiviti permainan ensemble rekoder dapat meningkatkan kefahaman murid tentang bahasa muzik?

1213

6.Rujukan

14

HBMS3103

1. Pengenalan

Tugasan ini adalah berkaitan dengan ensemble rekoder. Rekoder termasuk di dalam keluarga instrument yang dikenali sebagai fipple flute yang membawa maksud alat tiupan yang mempunyai fipple atau aliran udara yang ditiup akan disekat dihujungnya (dikenali sebagai blockflute di Jerman). Penyekatan dihujung alat tersebut akan mewujudkan satu lohong udara yang akan menyebabkan udara yang ditiup melaluinya akan keluar melalui lubang-lubang yang akan menghasilkan satu bunyi yang jelas dan tersendiri. Instrumen berbentuk tiupan wujud sebenarnya sejak beribu-ribu tahun lalu. Ini terbukti dengan terjumpanya alat tiupan yang diperbuat daripada tulang kambing biri-biri dari Zaman Besi di England. Namun rupanya bukanlah seperti rekoder yang kita kenali sekarang iaitu yang mempunyai lapan lubang (tujuh di depan dan satu di belakang). Tarikh kemujudan rekorder yang sebenarnya di Eropah telah menjadi suatu perdebatan akademik yang hangat. Kemungkinan besar ianya wujud di zaman mediaeval iaitu sekitar enam hingga tujuh ratus tahun yang lalu namun ioa bukan ketentuan yang khusus. Rekoder menjadi salah satu pembelajaran wajib bagi mata pelajaran Muzik yang mana telah ditetapkan bermula tahap 2 murid perlu menguasai permainan rekoder. Rekoder terdiri daripada pelbagai jenis seperti yang berikut;Sopranino, Soprano, Alto, Tenor dan Bes.

HBMS3103

Rekoder yang sering digunakan di sekolah adalah rekoder soprano. Berikut adalah gambaran bagi rekoder soprano dan bahagian-bahagiannya.

HBMS3103

2. Teknik Bermain Rekoder

Di atas adalah gambar yang dipetik dari video yang telah dimuat turun dari YouTube.

Rekoder Ensemble Suci Dalam Debu

HBMS3103

Berdasarkan rakaman video persembahan Rekoder Ensemble yang telah dimuat turun dari YouTube, saya dapat melihat beberapa teknik bermain rekoder yang telah diaplikasikan oleh murid-murid berkenaan. Antaranya ialah;

1. Teknik Postur Badan - Berdiri Kedudukan badan adalah penting untuk menghasilkan nyanyian yang bermutu. Postur yang baik akan membantu pernafasan dan penghasilan ton semasa meniup rekoder.Secara konvensionalnya perkara-perkara yang perlu diberi perhatian ketika bermain rekoder dalam keadaan berdiri adalah seperti berikut: a. Kaki berdiri tegak dengan keadaan kaki direnggangkan sedikit. b. Lutut dilonggarkan (rileks) tidak kaku c. Badan belakang badan serta kepala dalam keadaan lurus d. Dada dinaikkan e. Bahu ditarikkan ke belakang sedikit f. Dagu selari dengan lantai g. Tangan memegang rekoder dengan sudut 45 darjah kecondongan dari badan

2. Teknik Postur Badan - Duduk Terdapat juga murid yang duduk di dalam persembahan tersebut. Postur duduk juga harus dijaga agar dapat bermain dengan selesa dan pernafasan dapat dilepaskan dengan baik. Secara konvensionalnya, perkara-perkara yang perlu diberi perhatian ketika menyanyi dalam keadaan duduk adalah seperti berikut: a. Bahagian badan hingga kepala keadaannya sama seperti postur berdiri. b. Belakang bada tidak bersandar c. Punggung terletak di tengah kerusi d. Kaki diletakkan di atas lantai dengan satu kaki ke hadapan sedikit. e. Tangan memegang rekoder dengan sudut 45 darjah kecondongan dari badan.

HBMS3103

Pandangan sisi

Pandangan hadapan

3. Teknik Pernafasan

Melalui rakaman tersebut juga dapat dilihat teknik mengawal pernafasan yang amat baik. Dengan pengurusan pernafasan yang baik seseorang dapat menghasilkan ton yang berkualiti, bunyi yang jelas , nada dan pic yang tepat sama juga seperti mengawal pernafasan semasa menyanyi. Disamping itu murid dapat memainkan frasa yang panjang dengan selesa. Proses pernafasan melibatkan pengembangan pada rangka rusuk, abdomen dan diafragma.

HBMS3103

4. Teknik Penjarian

Sistem nombor penjarian rekoder

Kedudukan jari

Teknik penjarian rekoder amat penting kerana kedudukan jari akan mempengaruhi bunyi yang dikeluarkan daripada lubang rekoder. Melalui rakan tersebut dapat dilihat teknik penjarian murid yang amat kemas dan tepat. Bunyi yang dikeluarkan juga amat jelas dan harmoni. Berikut adalah teknik penjarian rekoder;

4.1 - Tangan Kiri - Ibu jari bernombor 0 menutup lubang di bahagian belakang rekoder. - Jari telunjuk bernombor 1 menutup lubang rekoder pertama. - Jari hantu bernombor 2 menutup lubang rekoder kedua. - Jari manis bernombor 3 menutup lubang rekoder ketiga. 4.2 - Tangan Kanan - Jari telunjuk bernombor 4 menutup lubang rekoder keempat. - Jari hantu bernombor 5 menutup lubang rekoder kelima. - Jari manis bernombor 6 menutup lubang rekoder keenam. - Jari kelingking bernombor 7 menutup lubang rekoder ketujuh. - Pada lubang rekoder bernombor 6 dan 7, terdapat dua lubang kecil. - Lubang-lubang kecil tersebut adalah untuk menghasilkan bunyi syap dan flet. 7

HBMS3103

Not Penjarian Rekoder 5. Teknik Meletakkan Pemipit atau Mouthpiece / Teknik Meniup Teknik ini juga sangat penting. Sekiranya kedudukan pemipit tidak berada ditempat yang betul pemain tidak dapat meniup dengan baik. Berdasarkan rakaman video kelihatan pemipit dimasukkan ke dalam mulut di antara dua bibir, atas dan bawah. Pemipit tidak boleh digigit.Kedudukan jari kiri dan kanan berada di atas setiap lubang yang ada. Untuk menghasilkan bunyi yang baik tiup dengan lembut, sebut tuu tanpa mengeluarkan suara dan tiup perlahan-lahan, ini digelar penglidahan (tonguing).Tiup secara perlahan untuk not rendah. Manakala untuk not sederhana dan tinggi, jangan terlalu kuat.

Teknik pemipit rekoder diletakkan di mulut dan cara meniup rekoder

HBMS3103

3. Skor Gubahan Permainan Rekoder Dalam Dua Bahagian ( Lagu: Bunga Berkembang)

HBMS3103

4. Langkah-langkah Mengendalikan Proses Pengajaran dan Pembelajaran Ensembel Rekoder Soprano Dua Bahagian .. Pengendalian proses pengajaran dna pembelajaran yang baik akan menjamin hasil persembahan ensemble rekoder yang memuaskan. Dengan itu beberapa langkah pengendalian pengajaran dan pembelajaran ensemble rekoder perlu dilakukan bagi memastikan ianya berjalan dengan lancar. Sebelum memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran perkara yang sangat penting dilakukan oleh guru adalah perancangan. Perancangan yang teliti amat diperlukan bagi memastikan murid mendapat input dan pengalaman pembelajaran muzik seoptimum mungkin. Melalui perancangan yang baik proses pengajaran dan pembelajaran akan menjadi teratur dan dapat membantu mencapai objektif pengajaran. Antara perkara yang perlu dirancang ialah, isi pelajaran, strategi yang digunakan dan persediaan yang rapi dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Langkah-langkah pengendalian pengajaran dan pembelajaran ensemble rekoder dua bahagian;

1. Memastikan murid-murid telah bersedia untuk menerima pelajaran. Aspek ini merangkumi keadaan kelas atau tempat belajar. Guru perlu memastikan keadaan kelas itu sesuai dari segi pengcahayaan, pengudaraan, kedudukan meja dan kerusi murid dan kedudukan peralatan muzik. Ruang bagi pengajaran dan pembelajaran ensemble rekoder perlulah luas kerana murid akan berbaris di dalam kumpulan selalunya secara memanjang. 2. Memastikan murid duduk atau berdiri di dalam kumpulan yang betul mengikut bahagian dan alat muzik masing-masing. Cadangan susunan alat dna kedudukan murid dua bahagian soprano adalah seperti berikut;

Perkusi Rekoder Soprano 2 Rekoder Soprano 1 10

HBMS3103

3. Memastikan murid mempunyai ruang yang selesa untuk bermain. Elakkan keadaan di mana murid terpaksa berhimpit antara satu sama lain. Ini penting kerana murid perlu rasa bebas agar dapat bermain dengan baik dan selesa.

4. Memastikan dirian not (nite-stand ) tersedia.

5. Pastikan skor muzik untuk setiap bahagian dan jenis alat diletakkan pada dirian not.Ini dapat memudahkan murid melihat not yang perlu dimainkan kerana kedua belah tangan digunakan untuk memegang rekoder.

6. Sebelum memulakan pengajaran dan pembelajaran ensemble rekoder, aktiviti pemanasan wajib dilakukan. Ini sangat penting untuk stamina murid-murid ketika meniup rekoder. Berikut adalah antara latihan pemanasan (warm-up) ; a. Lakukan rengangan otot. Mulakan dengan kepala mengikut urutan sehinga kaki. Ini dapat melegakan ketegangan di bahagian badan. b. Latihan pernafasan. Pernafasan yang betul dan terkawal semasa bermain adalah amat penting untuk penghasilan bunyi ton yang jelas. Ikut teknik pernafasan yang betul seperti yang dinyatakan dalam teknik bermain rekoder. c. Latihan meniup rekoder. Latihan perlu dijalankan kerana dapat membantu muted meniup dengan cara yang betul serta lebih yakin sebelum sesi pengajaran dan pembelajaran.

7. Jalankan latihan mengikut seksyen atau kumpulan untuk alat rekoder dan perkusi. Contohnya rekoder soprano 1 dan soprano 2 menjalani latihan secara berasingan mengikut kumpulan masing-masing. Contohnya guru mengajar kumpulan soprano 1 terlebih dahulu kemudian guru mengajar soprano 2. 8. Menjalankan latihan gabungan ke semua bahagian rekoder soprano dan alat perkusi. 9. Memastikan murid membasuh pemipit dan membersihkan rekoder dan menyimpan alatalat perkusi di tempat simpanan dalam keadaan baik setelah selesai sesi latihan.

11

HBMS3103

5. Bagaimana aktiviti permainan ensemble rekoder dapat meningkatkan kefahaman murid tentang bahasa muzik?

Dalam konteks Pendidikan Muzik KBSR, Bahasa Muzik adalah perkara-perkara yang berkaitan dengan pegetahuan dan kefahaman tentang elemen muzik, konsep-konsep berhubung dengan elemen muzik, kosa kata dan istilah muzik dan konvensi penulisan muzik. Pengetahuan dan kefahaman tentang perkara tersebut seterusnya membawa kepada kemahiran membaca, menulis, menganalisis dan menilai karya muzik. Aktiviti permainan ensembel rekodr adalah salah satu alat yang memerlukan murid-murid mengetahui dan memahami bahasa muzik, contohnya mengenal not-not rekoder, penjarian rekoder, nada, rentak dan sebagainya. Melalui permainan ensembel ini dalam mengukuhkan pengetahun dan kefahaman murid terhadap bahasa muzik sekiranya latihan dan aktiviti ini sering di adakan. Berikut adalah cara bagaimana aktiviti ensembel rekoder ini dapat membantu murid dalam hal ini;

1. Melalui aktiviti permainan ensembel rekoder murid dapat mengenal bahasa muzik. Misalnya sudah tentu murid telah diajar untuk bermain menggunakan skor lagu. Di dalam skor lagu terdapat pelbagai not dan fungsi dan peranan not-not tersebut contohnya penggunaan not-not hiasan. 2. Melalui aktiviti ini juga murid di ajar untuk mengenal corak irama dan rentak yang mereka mainkan . Elemen-elemen ini terkandung di dalam bahasa muzik. Kemahiran membaca dan merasai corak irama juga merupakan faktor asas dalam penghayatan muzik (Gordon, 1968). Oleh itu murid perlu menguasai kemahiran-kemahiran ini supaya persembahan muzikal menjadi lebih bemutu. 3. Murid juga mengetahui maksud harmoni. Contohnya apabila bermain ensembel rekoder soprano 1 dan soprano 2 murid dilatih untuk membentuk satu bunyi yang harmoni. 4. Pembelajaran ensembel rekoder adalah salah satu aktiviti yang akan memberi pendedahan
kepada murid untuk mempelajari notasi muzik seperti mengetahui jenis dan nama-nama not, tanda rehat , meter, tanda masa, dan simbol-simbol yang terdapat semasa bermain ensembel

12

HBMS3103

rekoder. Disamping itu juga dapat memberi ruang kepada murid untuk mencipta irama sendiri ( kreativiti ).

5. Murid juga dapat mengenal tempo daripada lagu yang mereka mainkan. Tempo adalah unsur yang berkaitan dengan kelajuan detik dalam sesebuah lagu. Sesetengah lagu yang mereka mainkan dalam tempo lambat, cepat dan sederhana.Mereka juga mengetahui istilah tempo seperti Allegro, Andante dan Moderato. 6. Melalui skor lagu yang dibaca murid dapat memainkan lagu mengikut nilai not yang terkandung di dalam skor sama ada panjang atau pendek bunyi dilamkabngkan dengan not dalam pelbagai bentuk begitu juga lambing rehat bagi not-not. 7. Murid juga terdedah dengan skel.Skel adalah suatu siri pic yang disusun secara menaik atau menurun mengikut jeda tertentu dan mewujudkan kesan nada atau tonality. Dalam muzik KBSR, hanya dua jenis skel sahaja yang ditegaskan iaitu skel Major dan skel Minor (harmonic) 8. Bermain ensembel rekoder juga melibatkan ekspresi. Murid dapat mengenal ekspresi lagu yang mereka sampaikan. Ekspresi adalah berkaitan dengan pernyataan perasaan dan fikiran yang ditonjolkan oleh sesebuah lagu atau karya muzik. Pernyataan perasaan dan fikiran ini dapat disampaikan melalui mud dan dinamik apabila muzik diperdengarkan. Mud membentuk sifat atau suasana sesebuah karya muzik. Ia selalu dilahirkan dalam bentuk perasaan ketika karya muzik dipersembahkan. Mud lazimnya dinyatakan sebagai riang, sedih, bersemangat dan sebagainya. Dinamik adalah berkaitan dengan sifat kuat atau lembut bunyi muzik yang dihasilkan. Dalam skor Iagu, dinamik dinyatakan dalam bentuk tanda isyarat dan istilah seperti beransur lembut ( ) dan beransur kuat.

Pelbagai elemen-elemen dalam bahasa muzik yang dapat dikuasai oleh murid-murid dalam aktiviti permainan ensembel rekoder ini. Kekerapan dan latihan yang baik akan meningkatkan lagi kefahaman murid-murid dalam bahasa Muzik.

13

HBMS3103

Rujukan

Prof Madya Zaharul lailiddin Hj Saidon, Mohd Nizam Hj Nasrifan,(2011). HBMS3103: Pengajaran Muzik I( 4th ). Selangor Darul Ehsan: Open University Malaysia. Pravina Manoharan.(2011). HBMS2103: Pengajaran Muzik II.(4th ). Selangor darul Ehsan: Open University Malaysia. Kementerian pendidikan Malaysia.(n.d). Bahasa Muzik.[Online]. Available: http://www.moe.gov.my/bpk/modul_pnp/bs_mz_kbsr/08bahasa_muzik1.pdf [ 2013, Nov, 5].

UNESCO-NIE Centre Of Arts. (2009), Kaedah Pengajaran Ensembel Rekoder Sekolah Rendah.[Online]. Available: http://www.unesco-care.nie.edu.sg/research/kaedah-pengajaranensembel-rekoder-sekol-rendah-daerah-setapak-kuala-lumpur-satu-kajian-kes [2013, Nov, 5].

Proposal

Kajian

Tindakan

(n.d)Kajian

Penjarian

Not

Rekoder

Menggunakan

Penomboran.[Online].

Available:

http://www.scribd.com/doc/153061997/Kajian-Tindakan-

Muzik-Rekoder [2013, Nov, 3 ].

14