Anda di halaman 1dari 4

INSTITUT PENDIDIKAN GURU, KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM, JOHOR BAHARU, JOHOR

TUGASAN OLL
SCE3112 (PENGURUSAN MAKMAL SAINS & SUMBER)

TUGASAN 3 DAN 3 Disediakan oleh : ASRUL HISHAM BIN JASIMAN 800826-01-5811 PPG SAINS 3 (KOHORT 1) U/P : EN KOK KEAN HIN

NAMA NO K/P OPSYEN SUBJEK PENSYARAH PERKARA

: ASRUL HISHAM BIN JASIMAN : 800826-01-5811 : PPG SAINS 3 (KOHORT 1) : SCE3112 (PENGURUSAN MAKMAL SAINS DAN SUMBER) : EN KOK KEAN HIN : TUGASAN 3 OLL

TUGASAN 3

Soalan 1: Larutan yang disediakan menggunakan air sebagai pelarut disebut sebagai larutan akueus. Air yang digunakan dalam penyediaan larutan adalah air suling. Nyatakan pelarut organik organik lain yang iasa digunakan sebagai pelarut.

Jawapan : Pelarut organik lain : kloroform, alkohol dan eter.

Soalan 2: Seorang pelajar sedang mengukur suhu sejenis cecair organik. Tangan kanannya memegang bikar berisi cecair organik tersebut manakala tangan kirinya memegang termometer sambil mengacau cecair menggunakan termometer. Adakah pelajar tersebut telah melakukan cara yang betul dalam pengukuran suhu tersebut? Jelaskan jawapan anda.

Jawapan : Cara yang digunakan adalah salah. Ini kerana haba daripada tangan meresap kedalam cecair yang berada didalam bikar. Cara yang betul. i. Sebelum suhu cecair diukur, cecair harus dikacau dengan rod pengacau supaya suhunya menjadi seragam. ii. Kemudian letakkan termometer ke dalam cecair tersebut supaya seluruh bebuli termometer berada di dalam cecair. iii. Semasa suhu dibaca , mata haruslah separas dengan meniskus cecair untuk elak ralat paralaks.

NAMA NO K/P OPSYEN SUBJEK PENSYARAH PERKARA

: ASRUL HISHAM BIN JASIMAN : 800826-01-5811 : PPG SAINS 3 (KOHORT 1) : SCE3112 (PENGURUSAN MAKMAL SAINS DAN SUMBER) : EN KOK KEAN HIN : TUGASAN 4 OLL

TUGASAN 4 Soalan 1 :
Anda diminta menyediakan larutan piawai natrium hidroksida 0.5M bagi satu eksperimen peneutralan asid-bes. Terangkan bagaimana anda menyediakan larutan tersebut. (Jisim molekul relatif NaOH = 40)

Jawapan :

Jisim NaOH yang diperlukan = (kemolaran X isipadu x jisim formula relatif NaOH )/1000 Penyediaan 250cm3 larutan piawai natrium hidroksida. NaOH, 0.5 M = (0.5X 250 X 40)/1000 = 5.0 g Timbang 5.0 g (tepat) dalam sebuah bikar kecil yang kering dan ditutup. Sebuah kelalang volumetrik 250cm3 yang bersih diisikan dengan air suling kira-kira satu pertiga penuh 5.0 g natrium hidroksida tadi dituangkan melalui corong turas, bikar kecil tadi dibilas dengan sedikit air suling. Kemudian semua air bilasan dituangkan ke dalam kelalang volumetrik. Pembilasan diulangi beberapa kali . Corong turat ddibilas beberapa kali dengan air suling. Kemudian corong turas ditanggalkan. Kelalang volumetrik digoncangkan perlahan-lahan sehingga semua natrium hidroksida larut. Air suling ditambah dengan berhati-hati sehingga meniskus larutan berada pada senggatan 250cm3 . kelalang volumetrik ditutup dengan penutup sehingga ketat. Kelalang volumetrik digoncang dan ditelengkupkan beberapa kali supaya larutan bercampur sekata.

NAMA NO K/P OPSYEN SUBJEK PENSYARAH PERKARA

: ASRUL HISHAM BIN JASIMAN : 800826-01-5811 : PPG SAINS 3 (KOHORT 1) : SCE3112 (PENGURUSAN MAKMAL SAINS DAN SUMBER) : EN KOK KEAN HIN : TUGASAN 4 OLL

TUGASAN 4

Soalan 2 :
Jika anda mempunyai larutan stok 2M asid hidroklorik, terangkan bagaimana anda menyediakan 500 ml asid hidroklorik yang kepekatannya 0.1M dari larutan stok

Jawapan :

Isipadu stok yang akan digunakan ; M1V1 = M2V2 V1 = M2V2/M1 = 0.1 x 500 / 2 = 25 ml Tambahkan air suling ke dalam kelalang isipadu sehingga aras sengatan 500ml. Sukat 25 ml HCl, 2M menggunakan pipet dan masukkan ke dalam kelalang isipadu 500ml tadi.

Anda mungkin juga menyukai