Anda di halaman 1dari 6

REFLEKSI TEKNOLOGI PEMELIHARAAN HAIWAN KESAYANGAN DAN IKAN HIASAN ISU 1.

Untuk tugasan yang pertama, saya telah diminta menyediakan tugasan secara individu. Saya diminta mengumpul mencari,mengumpul dan menyusun maklumat berkaitan kursus Teknologi Pemeliharaan Haiwan Kesayangan dan Ikan Hiasan. Mengenalpasti dan menguraikan kepentingan memlihara haiwan kesayangan dan ikan hiasan serta potensinya di masa hadapan serta menganalisis maklumat dari pelbagai sumber teknologi pemeliharaan haiwan kesayangan dan ikan hiasan., Walaupun arahan tugasan ini agak mudah namun maklumat yang diperlukan agak banyak kerana banyak topik yang perlu dibincangkan dalam bentuk penulisan ilmiah. Saya juga kurang mahir dalam penulisan ilmiah. Maklumat yang diperlukan

hendaklah sahih dan relevan dengan topik yang dikumpul. Maklumat yang diperolehi juga tidak mencukupi dan sangat terhad. Semasa proses mengumpul maklumat dan menyusun maklumat mengalami beberapa masalah dalam mengorganisasikan maklumat yang di perolehi. Tambahan pula semua sumber dalam bahasa Inggeris dan memerlukan sedikit masa untuk saya menterjemahkannya dalam bahasa Malaysia. Selain itu juga dalam tugasan satu saya perlu membuat penulisan refleksi secara individu terhadap apa yang diketahui, terhadap pengetahuan dan pengalaman baru yang diperolehi serta mencadangkan penambahbaikan yang sesuai berkaitan dengan tugasan yang telah dilaksanakan.

2. Untuk tugasan yang kedua, saya perlu menyediakan rancangan kerja, rekod memelihara haiwan kesayangan dan ikan hiasan mengikut prinsip dan amalan pemelihara. Tugasan ini perlu dilakukan dalam bentuk dokumentasi yang merangkumi format laporan, rancangan kerja, program pembiakan, rekod kerja harian, bajet anggaran kos perbelanjaan dan pendapatan dan rekod inventori alat dan stok bahan bagi projek pemeliharaan haiwan kesayangan dan ikan hiasan. Tugasan juga meliputi penjagaan ikan hiasan dan haiwan kesayangan iaitu hamster. Saya mengalami masalah dalam mengendalikan hamster. 3. Bagi tugasan yang ketiga ,kami diminta melakukan amali secara berkumpulan. Semasa menyiapkan lakaran pelan landskap saya kekurangan idea yang kreatif, kekangan masa, serta sangat buntu memikirkan amali yang bakal dilaksanakan.

5P RBT2

NOR AZIE KOTENG

REFLEKSI TEKNOLOGI PEMELIHARAAN HAIWAN KESAYANGAN DAN IKAN HIASAN Analisis 1. Masalah ini timbul kekurangan sumber maklumat di perolehi di perpustakaan IPG Teknik. Semua yang ada telah dipinjam oleh rakan-rakan lain dan saya hanya sempat meminjam sebuah buku iaitu Hamsters as a new pets, dan tidak ada buku yang berkaitan dengan ikan hiasan yang saya jumpa di sana. Di samping itu saya juga kurang berjumpa dengan pensyarah saya kerana kekangan masa yang di hadapi kerana banyak kelas yang perlu diganti pada masa tersebut. Selain itu saya juga kurang mahir dan kurang ilmu mengenai penulisan ilmiah. Saya juga kurang memahami format sebenar penulisan ilmiah yang bermutu secara praktikal. Saya banyak menghabiskan masa saya dalam memikirkan cara dan strategi untuk mengorganisikan dan mengolah maklumat yang diperolehi. Saya agak bercelaru dan terpinga-pinga untuk memulakan tugasan ini . Masalah ini berlaku disebabkan kurangnya kemahiran menyusun dan mengolah maklumat yang diperolehi dengan efektif. Di samping pengurusan masa yang kurang memuaskan.

2. Masalah ini timbul kerana saya tidak menguasai sepenuhnya cara untuk mengendalikan hamster. Perkara ini berlaku kerana saya sangat geli terhadap haiwan yang kecil dan lembut. Hamster mempunyai ciri fizikal yang sangat kecil dan menyebabkan saya sangat sukar untuk mendekati haiwan tersebut. Hamster juga bertindak agresif serta lincah menyebabkan saya berasa berdebar dan cemas. Saya juga khuatir hamster akan menggigit tangan atau anggota badan saya. Perasaan berdebar dan cemas yang saya lalui menghalang saya untuk mengendalikan haiwan ini dengan sepenuhnya. Tugas saya hanya sekadar membersihkan sangkar, Menyediakan tempat yang sesuai, dan menyediakan bahan dan alat keperluan

hamster seperti keperluan makan, minum , mandian, alat permainan dan memantau keadaan perilaku serta kesihatan hamster serta penyediaan makanan dan minuman yang secukupnya kepada hamster. 3. Semasa menyiapkan tugasan yang ketiga, saya mengalami kekangan masa kerana terpaksa mengikuti pelbagai kursus seperti kursus Keolahragaan , aktivti larian mesra, Kejohanan Olahraga Tahunan dan sebagainya. Sepanjang mengikuti aktiviti ini saya terlibat dalam pengurusan aktiviti tersebut. Terutama sekali semasa Kejohanan Olahraga Tahunan, saya memegang jawatan sebagai Ahli Jawatankuasa Teknikal yang bertanggungjawab sebagai penolong peralatan teknikal.

5P RBT2

NOR AZIE KOTENG

REFLEKSI TEKNOLOGI PEMELIHARAAN HAIWAN KESAYANGAN DAN IKAN HIASAN

Cadangan memperbaiki 1. Untuk mengatasi masalah ini, berbincang dengan pensyarah dan rakan-rakan mengenai cara penulisan ilmiah yang betul di samping mencari maklumat daripada internet mengenai cara penulisan ilmiah. Seterusnya bagi mengatasi masalah kekurangan sumber saya bersama-sama rakan telah membeli buku daripada luar. Tambahan pula pada masa tersebut berlangsungnya Book Fair terbesar di Malaysia bertempat di The Mines Serdang. Kami telah mencari dan membeli buku yang berkaitan dengan Haiwan kesayangan dan ikan Hiasan. Walaupun buku yang diperolehi sangat terhad kami berasa sikit lega kerana berjaya memperoleh sumber maklumat. Kami telah membeli dan menjumpai lima buah buku mengenai haiwan kesayangn dan ikan hiasan iaitu buku 300 Question About The Aquarium, Aquarium For Dummies, Tropical Fish, Hamsters For Dummies Dan The Encyclopedia Pets & Care. Semua buku ini di dapati dengan harga yang murah dan berpatutan. Selain itu saya juga mencari alternative lain iaitu berkongsi buku dengan rakan-rakan kumpulan dan rakan sekelas saya yang lain. Kami bertukar-tukar buku dan berkongsi maklumat. Semasa proses mengolah maklumat dan membuat penulisan saya melakukan sedaya yang mungkin dan membuat perancangan serta draf sepaya penulisan dapat dibuat dengan tersusun dan berorganisasi. Hampir semua sumber rujukan yang diperolehi dalam bahasa inggeris saya menggunakan goggle translate, modul, serta rujukan daripada internet untuk mengatasi masalah menterjemahkan istilah yang tidak difahami.

2. Saya mencuba setiap hari untuk mengatasi masalah takut dan cemas saya terhadap hamsters dengan memberanikan diri menyentuhnya sedikit demi sedikit.

Alhamdulillah saya boleh membelai hamster sedikit demi sedikit dan kurang sedikit perasaan cemas dan berdebar-debar. Saya juga sampai termimpi mengenai hamster yang saya pelihara. Dalam proses menyediakan langkah kerja dan rekod penjagaan tidak menjadi masalah cuma saya perlu mengutip peluang mengendalikan hamster dengan betul secara praktikalnya. 3. Untuk mengatasi masalah ini saya cuba menguruskan masa dengan maksimum yang boleh dan mencari masa yang terluang untuk menyiapkan tugasan ini.

5P RBT2

NOR AZIE KOTENG

REFLEKSI TEKNOLOGI PEMELIHARAAN HAIWAN KESAYANGAN DAN IKAN HIASAN

Tindakan Susulan 1. Tindakan susulan untuk mengatasi masalah ini ialah dengan cuba membahagikan masa agar dapat mencari maklumat yang diingini dengan berusaha lebih keras mencari maklumat lain selain daripada sumber di perpustakaan Teknik. Saya harus lebih peka dan bertoleransi dengan rakan lain dalam mengumpul maklumat. Seterusnya meningkatkan kolaborasi dengan pensyarah mengenai tugasan dan cara penulisan ilmiah yang betul.

2. Tindakan seterusnya meningkatkan pengurusan masa yang lebih efektif dan berkesan. Sekiranya ada masa senggang saya akan berkolaborasi dengan rakanrakan dan pensyarah. Bijak mengambil peluang sedia ada menimba ilmu dan pengalaman serta memperbaiki kesilapan dan kekangan yang berlaku supaya tidak diulangi pada masa akan datang.

Kesimpulan. Terima kasih diucapkan kepada pensyarah , rakan sekumpulan saya, dan rakan sekelas yang banyak membantu saya menyiapkan tugasan ini. Semangat kerjasama adalah penting dalam melaksanakan sesuatu tugasan dan sikap saling bantu-membantu adalah adalah wajib antara satu sama lain. Selain berusaha dan berkerja keras menentukan keberhasilan sesuatu tugasan. Sepanjang menyiapkan tugasan ini pelbagai perkara , ilmu dan pengalaman yang saya perolehi. . Di samping sebagai hobi , pemeliharaan haiwan kesayangan dan ikan hiasan mempunyai nilai komersial yang tinggi. Aktivti pemeliharaan haiwan kesayangan dan ikan hiasan juga boleh dijadikan sebagai perniagaan dan boleh dijadikan sumber pendapatan Sepanjang menjaga haiwan kesayangn dan ikan hiasan saya mendapati bahawa sifat sabar dan sayang terhadap haiwan ini boleh dipupuk secara perlahan-lahan.Perasaan ini akan hadir dengan sendirinya. Sepanjang menjaga dan menguruskan haiwan kesayangan dan ikan hiasan banyak perkara yang perlu saya tahu dan ambil kira dari aspek penjagaannya. Saya hendaklah mempunyai ilmu terhadap pengurusan penjagaan yang betul, cara

mengendalikan haiwan kesayangan dan ikan hiasan secara praktikal. Selain itu saya hendaklah mahir tentang pemakanan yang seimbang untuk hamster dan ikan hiasan, kemahiran mengendali dan menguruskan kesihatan adalah penting untuk memastikan kelangsungan riwayat haiwan kesayangan dan ikan hiasan. 5P RBT2 NOR AZIE KOTENG

REFLEKSI TEKNOLOGI PEMELIHARAAN HAIWAN KESAYANGAN DAN IKAN HIASAN Selain itu pengurusan sangkar dan akuarium juga perlu dibersihkan secara rutin. Bagi sangkar hamster perlu di bersihkan dan ditukar bedding secara rutin. Terutama najis dan air kencing hamster yang bertaburan di dalam sangkar, perlu dibersihkan setiap hari. Hal ini bagi memastikan sangkar sentiasa dalam keadaan bersih dan terkawal. Hamster juga perlu dibersihkan dan dimandikan secara mandian basah ataupun kering. Saya mendapati bahawa hamster haiwan yang tidak tahan sejuk dan hanya perlu dimandikan dalam tempoh masa sekejap sahaja. Bagi akuarium pula, saya mempelajari bahawa ikan hanya boleh hidup dalam spesies yang sama. Pembersihan akuarium juga perlu dilakukan secara rutin . saya juga mengendalikan pemasangan alat penapis dan pam udara dengan sendiri. Walaupun tidak mempunyai pengalaman memasang akuarium sendiri tetapi saya belajar daripada kawankawan dan memerhati serta mengkaji sendiri cara pemasangan penapis air, tiub , pam udara dan sebagainya. Berkat usaha saya mula belajar sikit demi sedikit terhadap kesilapan dan memperbaiki kesilapan saya. Contohnya, sebelum memasang penapis air ,kita hendaklah memastikan pam penapis berfungsi sebelum memasang secara langsung di dalam akuarium. Saya juga belajar cara menghias akuarium. Hari demi hari saya mula belajar mengingati dan mengenali jenis dan nama ikan hiasan. Seterusnya belajar mengenai ilmu bagaimana perlakuan serta tindak balas haiwan dan ikan hiasan, seperti tingkah laku aggresif menandakan mereka sedang marah dan tidak boleh didekati. Apabila tiba musim mengawan hamster betina dan jantan hendaklah disatukan jika hamster sudah meningkat matang dan umur yang sesuai untuk mengawan. Saya juga belajar secara teori dan melihat dengan praktikal proses hamster mengawan. Hamster yang bunting sentiasa aktif dan agresif. Saya juga berpeluang melihat sendiri hamster mengawan. Segala ilmu teori yang saya perolehi daripada buku dapat dilihat dengan jelas . Antara perkara yang tidak saya lupakan adalah detik-detik saya cuba untuk mendekati dan mengendalikan hamster, walaupun sering dikertawakan oleh rakan-rakan saya cuba sedaya upaya untuk mengatasi perasaan takut dan cemas saya . Pengalaman menjaga hamster banyak memberi peluang kepada saya mengenal tabiat haiwan secara realistiknya. Pengalaman menjaga hamster memberi saya satu peluang yang baru kerana ini adalah kali pertama saya menjaga dan memelihara haiwan kesayangan. Sebelum ini saya tidak pernah memiliki haiwan kesayangan. Pengalaman ini sangat bermakna dan memberi saya kesempatan meneliti dan menganalisis kelemahan diri saya terhadap pengurusan haiwan kesayangan.

5P RBT2

NOR AZIE KOTENG

REFLEKSI TEKNOLOGI PEMELIHARAAN HAIWAN KESAYANGAN DAN IKAN HIASAN

5P RBT2

NOR AZIE KOTENG