Anda di halaman 1dari 14

PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEMESTER: JANUARI 2013

KOD KURSUS: BBPP1103

TAJUK KURSUS: PRINCIPLES OF MANAGEMENT

NAMA NO. MATRIKULASI NO. KAD PENGENALAN NO. TELEFON EMEL PUSAT PEMBELAJARAN

: : : : : :

SITI NOR HAZWANI BINTI MAT ZIN 910709065518001 910709065518 0179355450 princesstomy@ymail.com PP BATU PAHAT

PRINCIPLES OF MANAGEMENT (BBPP1103) 910709065518 KANDUNGAN Isi Kandungan2

1.0

Pengenalan

1.1

Maksud perancangan Latar belakang syarikat...3

1.2

2.0

Perancangan berdasarkan format6 Perancangan yang strategik7 Perancangan dengan taktikal..8 Perancangan dari segi operasi.9

2.1

2.2

2.3

3.0

Perancangan berdasarkan hierarki..10 Perancangan berdasarkan kekerapan frekuensi..11 Rumusan.13

4.0

5.0

PRINCIPLES OF MANAGEMENT (BBPP1103) 910709065518 1.0 PENGENALAN

1.0 Maksud Perancangan Perancangan merupakan satu proses yang membabitkan pemilihan misi, visi, tindakan dan objektif yang ingin di capai. Malahan, perancangan turut memerlukan perbuatan keputusan iaitu penerangan mengenai cara membangunkan perancangan-perancangan untuk menyelaraskan aktiviti kerja serta strategi yang dirancang. Untuk memastikan keberkesanan prestasi seseorang yang bekerjasama dalam kumpulan, tugas yang harus di pikul oleh seseorang pengurus amatlah besar. Bahkan, pengurus harus merancang strategi yang berkesan bagi setiap ahli dalam kumpulan untuk mencapai matlamat yang telah ditetapkan berpandukan cara tindakan untuk masa akan datang. Melalui perancangan yang efisyen ini, ia dapat membantu dalam mengawal sebarang kemungkinan yang bakal berlaku di luar jangkaan kita. Antara jenis perancangan yang harus diselidiki oleh setiap pengurus adalah jenis tujuannya, strategi, dasar, tatacara, peraturan, program dan belanjawan dalam perancangan. Ini amat penting bagi pengurus dan pekerjanya untuk bekerjasama menentukan objektif prestasi dan perkembangan yang berkala. Apabila adanya perancangan yang sistematik, matlamat perancangan akan lebih mudah dicapai secara bersama.

1.1

Latar Belakang Syarikat

Syarikat Takaful Malaysia Berhad telah ditubuhkankan pada 29 November 1984. Takaful Malaysia dibenarkan mengguna modal sebanyak RM500 juta dan modal berbayar pula adalah sebanyak RM162.817 juta. Pembukaan rasminya pada 2 Ogos 1985 oleh Tun Dr. Mahathir Mohamed dan mula beroperasi pada 22 Julai 1985. Pada 30 Julai 1996, Takaful Malaysia dijadikan sebuah syarikat awam berhad diikuti dengan penyenaraian sahamnya di papan utama kini di Bursa Malaysia Securities Berhad. Malahan, modal dinaikkan kepada RM55 juta. Struktur modal kini telah dipertingkatkan kerana urusan penyusunan semula pada akhir tahun 2003 membawa kepada modal saham berbayar Takaful Malaysia yang berjumlah RM162.817 juta. Pasukan petugas memutuskan bahawa sebuah syarikat takaful yang berasaskan prinsip alMudharabah adalah satu usahaniaga yang baik kerana para peserta berpeluang menyimpan, melabur dan memperoleh keuntungan. Pemegang saham utama adalah BIMB Holdings Berhad dengan kepentingan sebanyak 61.14% di Takaful Malaysia. Di bawah Kumpulan BIMB
3

PRINCIPLES OF MANAGEMENT (BBPP1103) 910709065518 Holdings Berhad, Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB), merupakan Bank Islam yang pertama di Malaysia yang mempunyai 51.00% subsidiari milik penuh BIMB Holdings Berhad. Selain kegiatan takaful dan perbankkan, kumpulan BIMB Holdings juga mempunyai minat di dalam amanah saham, perbankkan luar pesisir, broker saham, dan modal usaha rentan. Kumpulan BIMB Holdings merupakan pemangkin dalam membangunkan kegiatan secara aktif. Bukan sahaja perbankan Islam dan takaful tetapi juga pasaran modal Islam. Bahkan, BIMB Holdings Berhad menjadi subsidiari Lembaga Tabung Haji selepas menaikkan pemilikan saham dalam BIMB Holdings Berhad kepada 51.47% pada 1 Julai 2009. Inovasi dan pembangunan produk juga merupakan ciri penting bagi kejayaan kami. Meskipun hanya baru diperkenalkan hampir setahun, Takaful myGenLife telah muncul sebagai pilihan utama dalam kedua-dua pasaran Insurans dan Takaful. Apabila mencantumkan kedua-dua unsur berasaskan perlindungan dan pelaburan yang memenuhi keperluan dan kemampuan peserta, Takaful myGenLife menawarkan kefleksibelan dan kemampuan, yang menjadikannya popular di kalangan pelanggan runcit. Malah, takaful insurans, takaful perlindungan keluarga dan lain-lain merupakan juga antara produk yang di usahakan dalam syarikat ini.

Rajah 1

Struktur Korporat.

PRINCIPLES OF MANAGEMENT (BBPP1103) 910709065518

PRINCIPLES OF MANAGEMENT (BBPP1103) 910709065518 2.0 Perancangan Berdasarkan Format Syarikat ini dapat mencapai bajet pertumbuhan sebanyak 52% dalam keuntungan sebelum zakat dan cukai berjumlah RM94 juta berbanding RM62 juta yang ditahunkan untuk tempoh 12 bulan dan berakhir pada Disember 2010. Keuntungan selepas zakat dan cukai telah meningkat kepada 116% kepada RM71.7 juta bagi tahun kewangan berakhir Disember 2010. Kendalian operasi merekodkan peningkatan sebanyak 19% kepada RM1.14 bilion berbanding RM0.96 bilion yang ditahunkan untuk tempoh 12 bulan dan berakhir pada Disember 2010. Jumlah sumbangan kasar adalah RM951 juta dan telah meningkat sebanyak 21% daripada tempoh 12 bulan yang ditahunkan berakhir pada Disember 2010 yang berjumlah RM786 juta.Manakala, sumbangan am menunjukkan pertumbuhan 15% kepada RM383 juta daripada RM333 juta ditahunkan untuk tempoh 12 bulan berakhir Disember 2010. Selain itu, takaful keluarga berkembang sebanyak 25% ditahunkan untuk tempoh 12 bulan berakhir Disember 2010 sebanyak RM453 juta kepada RM568 juta. Keuntungan sebelum zakat dan cukai yang lebih tinggi itu adalah disebabkan oleh pendapatan yang bertambah baik daripada aktiviti-aktiviti pelaburan yang terdiri daripada keuntungan perubahan nilai saksama dan terealisasi selepas ditolak kerugian susut nilai yang merekodkan kenaikan sebanyak 27% kepada RM299.7 juta daripada RM235.6 juta ditahunkan untuk tempoh 12 bulan berakhir Disember 2010. Takaful Malaysia telah dinobatkan sebagai syarikat dengan pertumbuhan majmuk ketiga tertinggi dalam keuntungan sebelum cukai sepanjang 3 tahun oleh The Edge Malaysia, akhbar mingguan perniagaan dan pelaburan negara yang telah memenangi pelbagai anugerah pada tahun 2011. Bajet ini di buat oleh Lembaga Pengarah Syarikat dengan kerjasama kerana mereka perlu memastikan yang penyata kewangan tahunan dan pengumuman suku tahunan kepada pemegang saham disediakan selaras dengan piawaian perakaunan yang diluluskan dan membentangkan penilaian yang seimbang dan boleh difahami mengenai kedudukan dan prospek kumpulan. Tambahan lagi, Jawatankuasa Audit membantu Lembaga Pengarah memastikan ketepatan dan kelengkapan maklumat dengan mengkaji dan mencadangkan mengguna pakai maklumat bagi tujuan pendedahan. Tambahan lagi, ianya bagi memastikan supaya penyata kewangan yang telah di audit disediakan mengikut kehendak peruntukan Akta Syarikat 1965.

PRINCIPLES OF MANAGEMENT (BBPP1103) 910709065518

Meskipun Malaysia tidak terlalu terdedah kepada sebarang masalah sebagaimana banyak negara lain, penghindaran risiko boleh memuncak dan membawa kepada pengaliran keluar modal dan kecenderungan yang lebih rendah untuk melabur dalam negara ini. Pengaliran keluar dana akan menjejaskan simpanan, pasaran ekuiti dan pelaburan langsung asing (FDI).Kumpulan akan lebih berwaspada dan bersifat proaktif untuk memberi maklumbalas sewajarnya kepada perkembangan seperti itu dalam melindungi pelaburan dan nilai para pemegang saham syarikat. Dalam mengurangkan kesan inflasi, kami akan menguruskan secara aktif di antara instrumeninstrumen pelaburan tetap dan fleksibel. Takaful Malaysia adalah komited untuk menghasilkan pertumbuhan yang mapan, memaksimumkan nilai para pemegang saham dan menjana kekayaan. Walaubagaimanapun, tahun kewangan akan datang juga memberikan peluang. Syarikat menjangkakan industri Insurans dan Takaful berkembang dengan pesat di kedua-dua peringkat antarabangsa dan domestik. Pasaran Takaful di Malaysia sahaja telah berkembang pada kadar 20%-25% setahun. Kadar penembusan masih rendah di sekitar 10%, berbanding dengan Insurans Konvensional yang dilaporkan hampir 43%. Inovasi produk, daya tarikan lebih luas kepada produk-produk Takaful dan industri yang masih baru secara relatif di tengah-tengah pasaran yang belum diterokai akan menyokong pertumbuhan pada tahun 2012.

2.1

Perancangan Yang Strategik Portfolio produk Takaful Malaysia yang telah ada kini berada dalam kedudukan

yang baik untuk meneroka banyak peluang di masa hadapan. Imej syarikat yang semakin meningkat serta penerimaan kepada produk termasuk juga tahap perkhidmatan pelanggan yang bertambah baik akan meletakkan syarikat ini pada kedudukan baik untuk bersaing dengan berkesan dalam pasaran. Keupayaan untuk mencapai pelanggan di seluruh negara adalah penting dan syarikat ini akan terus mempertingkatkan keupayaan dan kapasiti dalam bidang ini. Menurut Laporan Takaful Dunia 2011, syarikat ini akan memberi penekanan kepada empat bidang teras berikut dalam tahun kewangan akan datang. Melalui kos daya saing, syarikat akan cuba untuk menetapkan harga bersesuaian dan akan memupuk keyakinan para pelanggan untuk melabur saham.

PRINCIPLES OF MANAGEMENT (BBPP1103) 910709065518 2.2 Perancangan Dengan Taktikal Syarikat ini tetap mengamalkan sikap berwaspada terhadap aktiviti-aktiviti pelaburan dan pengunderaitan walaupun telah semakin agresif pada tahun 2011. Syarikat akan lebih berhati-hati dalam menilai dan menerima hanya kontrak pengunderaitan yang lebih menguntungkan sementara mengelak pengunderaitan yang cenderung kepada risiko yang lebih besar. Pendekatan ini membolehkan syarikat ini memperbaiki margin pengunderaitan syarikat yang membawa kepada peningkatan hasil dalam tahun kewangan itu. Pelaburan syarikat juga menunjukkan penambahbaikan. Walaupun dengan pembetulan pasaran pada suku ke-3 2011, syarikat ini berjaya mencapai hasil yang tinggi dalam sejarah daripada portfolio ekuiti dan sukuk. Adalah jelas bahawa keputusan syarikat untuk mengambil keuntungan daripada portfolio ekuiti sebelum kegawatan pasaran termasuk juga memperolehi pulangan yang lebih tinggi daripada portfolio sukuk menerusi strategi pengurusan aktif, telah mendatangkan hasil. Selain itu, campuran portfolio aset yang seimbang dengan ufuk pelaburan jangka panjang telah membolehkan syarikat ini meneroka prospek menarik sementara mengambil kesempatan daripada sifat kitaran semulajadi pelaburan. Portfolio hartanah syarikat juga menunjukkan peningkatan nilai dalam tahun tinjauan. Bahkan, syarikat telah mengambil pelbagai langkah untuk meningkatkan hasil seperti melupuskan hartanah yang tidak berprestasi dan menaik taraf sistem mekanikal dan elektrikal Dataran Kewangan Darul Takaful.

2.3

Perancangan Dari Segi Operasi Pada Jun 2011, Takaful Malaysia telah melaksanakan Penyelesaian Pengurusan

Dokumen (DMS) dan Sistem Pengurusan Aliran Kerja (eWMS) elektronik bagi memudahkan persekitaran kerja tanpa kertas dan untuk menambahbaikkan keberkesanan operasi dan produktiviti di seluruh organisasi. Sistem ini telah dengan ketara mempertingkatkan proses pengunderaitan perniagaan baru, menjadikannya lebih cepat dan ringkas. Syarikat juga telah melancarkan portal-portal web Agensi Runcit dan Korporat serta Bankatakaful yang akan memberi kuasa kepada pasukan jualan untuk memberi perkhidmatan yang lebih baik kepada pelanggan. Oleh itu, penambahbaikan sistem teknologi maklumat dalam tahun yang ditinjau, membolehkan kumpulan mempertingkatkan keupayaan operasi, perkhidmatan pelanggan dan bertindak balas lebih cepat dalam pasaran yang kompetitif. Bilangan kes langsung serta pertanyaan melalui telefon dan yang bertulis juga telah berkurangan
8

PRINCIPLES OF MANAGEMENT (BBPP1103) 910709065518

PRINCIPLES OF MANAGEMENT (BBPP1103) 910709065518 3.0 Perancangan Berdasarkan Hierarki

Masyarakat memainkan peranan amat penting dalam menyokong Takaful Malaysia. Oleh itu, ianya lebih baik jika syarikat menjalankan tanggungjawab untuk menyumbang kembali kepada masyarakat. Sepanjang tahun, Takaful Malaysia telah melancarkan banyak Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) iaitu inisiatif yang lebih baik untuk membantu golongan masyarakat yang dipelbagai peringkat yang bersekutu. Takaful Malaysia telah melancarkan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) iaitu program yang dikenali sebagai myJalinan. Terdapat dua jenis jalinan yang diperkenalkan di bawah Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) iaitu Takaful myJalinan Kasih dan Takaful myJalinan Ilmu.

Sebagai sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC), Takaful Malaysia komited kepada objektif-objektif Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) yang digariskan dalam Buku Perak. Dalam tinjauan, dengan bangganya syarikat telah melaksanakan pelbagai inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) di bawah program Takaful myJalinan Kasih dan Ilmu kepada individu dan keluarga yang memerlukan, mangsa-mangsa bencana alam, rumah-rumah anak yatim dan mereka yang kurang upaya fizikal dan mental. Syarikat juga mempercepatkan kelulusan tuntutan untuk pelbagai kes khas dan melakukan sumbangan zakat kepada semua 14 Jabatan Agama Negeri.

Melalui Takaful myJalinan Kasih, ianya untuk membantu dari segi kewangan iaitu kepada para golongan fakir miskin termasuklah anak yatim, ibu tunggal, dan juga kepada golongan-golongan yang kurang mampu. Takaful ini dapat meringankan beban yang ditanggung keluarga terutama yang mempunyai anak ramai dan kediaman yang tidak mempunyai bekalan elektrik atau air. Sumbangan ini amat penting untuk kehidupan mereka yang berasal daripada keluarga yang susah. Pihak syarikat membekalkan bekalan makanan, wang tunai dan barangan dapur umtuk mereka. Oleh itu, dengan adanya myJalinan Kasih ia dapat memberi manfaat kepada golongan masyarakat yang miskin.

10

PRINCIPLES OF MANAGEMENT (BBPP1103) 910709065518 Selain itu, Takaful myJalinan Ilmu pula membantu pelajar dengan melengkapkan keperluan sekolah harian para pelajar. Malahan, ianya bertujuan memberi penekanan dalam meningkatkan kemahiran para pelajar dalam bahasa Inggeris. Ini adalah kerana bahasa Inggeris kini amat penting untuk dipelajari. Semakin hari semakin ramai di antara pelajar yang tidak dapat menguasai bahasa Inggeris dengan baik kerana tidak di latih sejak kecil. Dengan bantuan ini di harap dapat membantu para pelajar lebih meminati mata pelajaran bahasa Inggeris dan cuba untuk berkomunikasi dalam bahasa Inggeris dengan lebih baik.

4.0

Perancangan Berdasarkan Kekerapan Frekuensi

Tidak mungkin bagi syarikat untuk menyatakan sorotan-sorotan tahun ini tanpa menonjolkan kakitangan syarikat. Takaful Malaysia menyedari sepenuhnya kepentingan pekerja dalam mengekalkan tahap perkhidmatan dan kelebihan daya saing. Oleh itu, dalam tahun tinjauan, syarikat telah memperkenalkan dasar ganjaran dan struktur gaji baru yang sejajar dengan amalan pasaran. Malah, syarikat juga memberi tumpuan kepada meningkatkan dasar dan proses yang berkaitan kepada pengambilan, pemberian ganjaran, pengekalan dan pembangunan tenaga kerja syarikat. Jabatan Sumber

Manusia juga memulakan Sistem Maklumat Tenaga Manusia (HRIS) yang dipertingkatkan untuk mengintegrasikan proses-proses semasa disamping mengurangkan tugas yang tidak bernilai, menuju ke arah penghasilan perkhidmatan lebih berkesan dan menambahbaikkan kemudahan kepada kakitangan menerusi fungsi layan diri. Syarikat akan terus menanda aras pakej-pakej ganjaran kami bagi memastikan pakej tersebut kekal bersaing dengan piawaian pasaran semasa.

Lembaga Pengarah juga telah meluluskan Polisi Pemberitahuan Maklumat sebagai respons kepada Akta Perlindungan Pemberi Maklumat, 2010 serta Polisi Penipuan & Integriti pada Ogos 2011 yang mana penting dalam menggalakkan kelakuan beretika dalam Kumpulan Syarikat. Antara objektifnya adalah untuk membolehkan para pekerja menyuarakan apa-apa kemusykilan atau maklumat mengenai integriti dan salah laku. Malahan ia membolehkan
11

PRINCIPLES OF MANAGEMENT (BBPP1103) 910709065518 Lembaga Pengarah Syarikat diberi tahu pada peringkat awal mana-mana salah laku atau perbuatan yang tidak sopan. Seterusnya, untuk melindungi pekerja-pekerja daripada hukuman atau perlakuan yang tidak adil akibat menyuarakan kemusykilan dengan cara yang betul selaras dengan polisi. Akhir sekali merujuk kepada polisi pemberitahuan maklumat adalah untuk membentuk budaya keterbukaan, akauntabiliti dan integriti dalam syarikat.

Tambahan lagi, syarikat turut memperkenalkan Polisi Penipuan dan Integriti bagi melancarkan perkembangan kawalan yang akan membantu dalam pencegahan penipuan dan pengesanan terhadap syarikat scara luaran dan dalaman. Antara objektif Polisi Penipuan dan Integriti adalah untuk memastikan tindakan yang konsisten, segera, serta memastikan keberkaitan dan keberkesanan kawalan dalaman dalam mengurangkan risiko penipuan. Seterusnya adalah untuk melindungi syarikat daripada kerugian dari segi kewangan, reputasi yang semakin menurun serta ia bagi memupuk sikap yakin diri kepada para peserta dan pihakpihak yang berkaitan. Untuk membolehkan pengurusan diberi tumpuan untuk mencapai strategi perniagaan dan sasaran. Ciri-ciri elemen-elemen utama untuk kawalan dalaman juga telah diwujudkan oleh Lembaga Pengarah Syarikat bagi menyediakan kawalan dalaman yang berkesan termasuklah mematuhi segala undang-undang, peraturan dan garis panduan yang telah ditetapkan pihak syarikat. Pertama sekali adalah daripada segi struktur organisasi iaitu kumpulan telah dibentuk oleh sebuah organisasi yang tersusun dengan tahap tanggungjawab dan akauntabiliti yang jelas serta pengagihan kuasa yang bertakrif kepada jawatankuasa-jawatankuasa Lembaga Pengarah dan Pengurusan. Lembaga pengarah turut meluluskan had kuasa yang telah ditakrif dan telah dilaksanakan dalam bidang pengunderaitan, kelulusan tuntutan, pelaburan dan proses perniagaan yang lain. Melalui prosedur operasi pegawai pula, ia membantu mengawal proses-proses perniagaan utama seperti tuntutan, kewangan, sumber manusia dan pelaburan yang diadakan dalam organisasi.
.

12

PRINCIPLES OF MANAGEMENT (BBPP1103) 910709065518

5.0

Rumusan Tuntasnya, segala perancangan di dalam syarikat ini amat bagus tetapi terdapat juga

perancangan yang agak sukar seperti perancangan berdasarkan hierarki. Ini adalah kerana pelan perancangan syarikat untuk bahagian tersebut tidak dinyatakan dengan lebih terperinci. Dengan peningkatan kemewahan di kalangan rakyat Malaysia serta kesedaran yang kian meningkat terhadap perancangan kewangan dan produk yang berlandaskan Syariah, syarikat ini yakin bahawa permintaan untuk produk-produk Takaful akan meningkat. Ini jelas terbukti daripada pertumbuhan pesat industri sepanjang tiga tahun lepas dan ini harus berterusan pada 2012. Walau bagaimanapun, syarikat-syarikat Takaful tidak hanya bersaing sesama sendiri, tetapi juga dengan penyedia Insurans Konvensional termasuk syarikat multinasional yang lebih mantap. Oleh itu, produk dan perkhidmatan Takaful mestilah terus berkeadaan inovatif dan setanding, jika tidak lebih baik berbanding syarikat-syarikat Insurans Konvensional. Dengan pelaksanaan Rangka Kerja Modal Berasaskan Risiko, industri insurans mungkin menyaksikan konsolidasi di antara syarikat-syarikat Takaful yang lebih kecil. Sekiranya perkembangan ini berlaku pada tahun 2012, bilangan syarikat pesaing akan berkurangan tetapi bersaiz lebih besar. Ini mungkin suatu petanda baik kepada Takaful untuk maju ke hadapan. Industri ini juga kian berubah dari rangka kerja Mudharabah atau pergabungan kepada model berasaskan Wakalah. Memandangkan keadaan pasaran yang dijangka tidak menentu, produk-produk perlindungan seperti perlindungan keluarga dan Takaful perubatan berkemungkinan mendapat jualan kukuh. Takaful menjangkakan usaha untuk merekrut ejen dan mereka yang berpotensi sebagai cabaran utama pada 2012 dan syarikat telah pun mengambil pelbagai langkah untuk menangani isu ini pada masa akan datang. Oleh itu, para masyarakat haruslah mengambil pendekatan untuk menyertai dan mempercayai Takaful Malaysia kerana kelak ianya bakal membantu dalam urusan kekeluargaan.

13

PRINCIPLES OF MANAGEMENT (BBPP1103) 910709065518

Rujukan www.puspitakirana/2012/07/pengurusan-perancangan (Jendra Puspita Sari)

www.takafulmalaysiaberhad.com

www.takafulikhlas.com

(Shahrol Aman Ahmad, Azhari Ramli etc) Principles Of Managment

14