Anda di halaman 1dari 4

Question 6

Berbasikal adalah merupakan satu aktiviti yang menyihatkan tubuh badan manusia selain daripada aktiviti riadah yang lain. Aktiviti berbasikal memang menyeronokkan dan mampu mengeratkan ikatan kekeluargaan jika dilaksanakan secara beramai-ramai bersama keluarga dan sahabat handai. Ianya juga mampu mengurangkan kos pengangkutan bagi mereka yang ingin berjimat serta berbasikal juga merupakan salah satu kaedah pengangkutan yang dapat membantu mengurangkan masalah pencemaran serta dapat melindungi alam sekitar. Oleh itu, kami mencadangkan kepada pihak pemaju untuk mewujudkan lorong berbasikal di kawasan perumahan kami. Dengan kewujudan lorong berbasikal tersebut maka penduduk perumahan di sini yang ingin untuk berbasikal boleh berbuat demikian tanpa sebarang gangguan dan sebarang bahaya. Banyak kebaikan yang diperolehi dengan adanya lorong basikal di kawasan perumahan kami untuk menjadikan aktiviti berbasikal sebagai gaya hidup sihat dari aspek kesihatan dan menjadikan laluan itu sebagai satu bentuk pengangkutan di bandar ini. Antara kebaikan yang utama adalah menjamin keselamatan kepada mereka yang berbasikal. Ini kerana sebelum ini, mereka hanya menggunakan sedikit ruang laluan di jalan raya sebagai kawasan untuk berbasikal yang mana jalan raya juga digunakan oleh kenderaan lain untuk bergerak. Apabila adanya lorong untuk berbasikal ini, maka secara tidak langsung ianya dapat menarik minat penduduk perumahan di sini untuk melakukan aktiviti berbasikal pada waktu lapang serta dapat meningkatkan tahap kesihatan penduduk. Basikal adalah murah, mudah, boleh dipercayai dan merupakan suatu bentuk pengangkutan yang sesuai serta tidak memerlukan cukai jalan, insurans dan minyak serta murah untuk diselenggarakan. Basikal tidak mencemarkan udara serta lebih senyap tidak seperti kereta atau kenderaan lain yang menghasilkan berjuta tan asap beracun dan merupakan punca utama pencemaran udara di Malaysia. Oleh itu berbasikal membantu mengekalkan udara yang lebih bersih bagi pernafasan,dan mengurangkan pencemaran bunyi. Di samping itu, aktiviti berbasikal juga boleh dikembangkan kepada semua ahli keluarga. Anak-anak juga boleh mengambil bahagian dan ini menjadikan ia sebagai suatu aktiviti keluarga yang menarik. Dari sudut kesihatan pula, aktiviti berbasikal ini dikatakan amat baik untuk kesihatan jantung. Ketika berbasikal pengaliran darah ke jantung akan meningkat. Peningkatan aliran darah membuatkan jantung memiliki oksigen yang mencukupi dan

membantunya untuk berdegup dengan lebih baik. Keadaan ini secara tidak langsung akan mengurangkan risiko serangan jantung sehingga 50%. Tidak ketinggalan penyakit tekanan darah tinggi dan diabetes. Dengan itu ianya dapat melahirkan masyarakat yang sihat dikalangan penduduk perumahan di sini. Aktiviti berbasikal juga berkesan dalam merehatkan minda terutamanya jika kita berbasikal pada awal pagi atau lewat malam. Hembusan udara yang segar pada kedua-dua waktu ini mampu menenangkan fikiran sekaligus mengusir stress yang sedang dialami. Dalam masa yang sama ia turut meningkatkan kepekaan dan daya konsentrasi individu. Banyak lagi kebaikan yang dapat diperolehi daripada berbasikal yang bukan hanya untuk tubuh yang sihat sahaja tetapi juga dapat melindungi alam sekitar serta menjimatkan minyak dan wang. Oleh itu, sebagai penduduk yang prihatin kami memohon supaya cadangan untuk mewujudkan lorong khas untuk berbasikal dipertimbangkan memandangkan banyak kelebihan dan faedah yang diperolehi untuk kegunaan semua penduduk perumahan di sini di samping dapat melahirkan masyarakat yang sihat.

Question 6 Cycling is a healthy activity of the human body apart from other recreational activities. Cycling activity is fun and can strengthen family ties, if implemented in a mass with family and friends. It can also reduce transportation costs for those who want to save money and cycling is one method of transportation to help reduce pollution and to protect the environment. Therefore, we recommend to the developer to create a bike lane in our neighborhood. With the existence of the bike lane housing people here who want to bike can do so without any interruption and any danger. Much good has come with the bike lanes in residential areas to making cycling activity as a healthy lifestyle in terms of health and make the route as a form of transportation in this city. Among the main benefits is to ensure the safety of their bike. This is because before this, they just use some of the passages on the road as an area for road cycling which is also used by other vehicles to move. When the lane for this cycle, so indirectly it is to attract people here to do the housing cycle in leisure activities and can improve the health of the population. Bicycles are cheap, easy, reliable, and is an appropriate form of transport and does not require road tax, insurance and oil and cheaper to maintain. Bicycles do not pollute the air and quieter not like cars or other vehicles that produce millions of tons of toxic smoke and is a major source of air pollution in Malaysia. By the cycling helps maintain cleaner air for breathing, and reduce noise pollution. In addition, cycling can also be extended to all family members. Children can also take part and this makes it an exciting family activities. In terms of health, the cycling activity is said to be very good for heart health. When blood flow to the heart cycle will increase. Increased blood flow makes the heart have enough oxygen and help to beat the better. This situation in turn reduce the risk of heart attack by up to 50%. Do not miss high blood pressure and diabetes. Thus it can create a healthy housing among residents here. Cycling activities are also effective in relaxing the mind, especially if we are cycling in the early morning or late at night. Blow fresh air on both this time able to calm the mind at once banish stress is being experienced. At the same time it also increased the sensitivity and concentration of the individual. More advantages can be gained from cycling is not only a healthy body but also can protect the environment and save fuel and money.

Therefore, we ask people who are concerned that the proposal to create special lanes for cycling to be considered as the many advantages and benefits that are available for use by all residents of housing here as well as to create a healthy society.

ms-MY