Anda di halaman 1dari 16

PENGAJARAN MUZIK IV SEPTEMBER 2013

3103

HBMS

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEMESTER 9 (SEPTEMBER 2013)

HBMS 3103
PENGAJARAN MUZIK IV

NO. MATRIKULASI

710102106284001

NO. KAD PENGENALAN

710102-10-6284

NO. TELEFON

019 2727269

E-MEL

suzaina21@yahoo.com

PUSAT PEMBELAJARAN

SHAH ALAM , SELANGOR

HBMS 3103

HBMS 3103

ISI KANDUNGAN
1.0 Pengenalan Rekorder Ensembel.
2.0 Huraian Lima Teknik Yang Dipraktikkan
Oleh Pemain Rekorder.
3.0 Ciptaan Skor Gubahan Permainan Rekorder
Dalam Dua Bahagian.
4.0 Langkah Langkah Semasa Mengendalikan
Pengajaran dan Pembelajaran Ensembel
Rekorder Soprano.
5.0 Perbincangan Tentang Aktiviti Permainan
Rekorder Ensembel Dapat Meningkatkan
Kefahaman Murid Terhadap Bahasa Muzik.

M/S

HBMS 3103

1.0 PENGENALAN REKORDER ENSEMBEL


Rekoder adalah sejenis alat muzik tiupan yang diperbuat daripada kayu atau plastik.
Terdapat pelbagai saiz rekoder untuk peranan yang berlainan. Antaranya adalah rekoder
sopranino, soprano, alto, tenor dan bes.
(Gambarajah 1)

Penggunaan rekoder dalam aktiviti pembelajaran muzik di bilik darjah adalah


bertujuan memberi pengalaman muzikal secara hands-on. Pada masa yang sama pelajar
mengukuhkan kefahaman bahasa muzik melalui pengalaman praktikal mereka di dalam kelas.
Rekoder adalah merupakan alat muzik yang telah diperkenalkan ke sekolah- sekolah
sejak pelaksanaan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) melalui mata pelajaran
Pendidikan Muzik pada tahun 1983. Pembelajaran Muzik secara formal dengan menggunakan
rekoder diperkenalkan kepada murid Tahap 2 ( Tahun 4 hingga 6) muai pada tahun 1986
hingga kini. Ia bertujuan membentuk murid agar lebih berdisiplin dalam membuat persembahan
4

HBMS 3103

dan menikmati muzik ke arah membantu insan yang mempunyai emosi seimbang, kreatif dan
berdaya saing serta mempunyai daya kreativiti dan inovatif dalam jati diri murid.
Maksud perkataan ensemble adalah peralatan, kumpulan pemain muzik, pada
keseluruhannya, irama muzik daripada pelbagai alat muzik yang disatukan. Oleh itu bagi
persembahan rekorder ensemble ianya bermaksud menggabungkan beberapa alatan muzik dari
keluarga rekorder iaitu rekorder soprano , sopranino , alto, tenor dan bes. Persembahan ini
boleh dibuat dengan 2 cara iaitu cara pertama menggunakan dari keluarga rekorder dengan
iringan chord dari kibod atau piano. Cara kedua adalah menggabungkan permainan keluarga
rekorder dengan beberapa alat muzik perkusi yang tidak berpic seperti dram tenor , simbal ,
kastanet dan lain-lain agar ianya dapat memberikan kelainan ton pada persembahan rekorder
ensemble.
2.0 HURAIAN LIMA TEKNIK YANG TELAH DIPRAKTIKKAN OLEH PEMAINPEMAIN REKORDER DALAM PERSEMBAHAN KLIP VIDEO REKORDER
ENSEMBEl.
Rakaman video dimuat turun dari laman Youtube yang saya pilih ini ( sila lihat pada
ruangan lampiran ), adalah dari Pertandingan Akhir Rekorder Esembel Sekolah Rendah
Peringkat Kebangsaan Tahun 2011 yang bertempat di Hotel International Kuala Lumpr dapat
memperlihatkan dengan jelas beberapa teknik yang dipraktikkan oleh pemain-pemain rekorder
dalam persembahan mereka. Antara teknik yang amat jelas serta telah dipraktikkan dengan baik
oleh mereka adalah :
2.1 Postur Badan Ketika Bermain Rekorder.
Postur memainkan peranan penting semasa meniup rekoder. Postur yang baik membantu
untuk menghasilkan kualiti ton yang baik. Postur badan pemain rekorder di dalam klip video ini
adalah dalam posisi berdiri. Mereka mengamalkan postur yang betul semasa meniup rekoder
ialah badan ditegak dan berada dalam keadaan selesa. Ianya jelas kelihatan apabila konduktor
memberi arahan, dilihat semua pemain rekorder telah melangkah kaki kanan sedikit ke hadapan

HBMS 3103

untuk mendapatkan kedudukan yang lebih selesa bagi pengeluaran suara/nafas untuk meniup
rekorder.
2.2 CARA MEMEGANG REKORDER
Rekoder juga dilihat telah dipegang dengan kecondongan 45 darjah dari badan pemainpemain rekorder dalam video ini. Ini untuk memudahkan pergerakan tangan mereka melakukan
penjarian rekorder bagi mengikut skor rekorder. Setelah itu, lengan pemain rekorder kelihatan
diregangkan sedikit dari badan pemain sesuai dan selesa agar tidak mengganggu pernafasan.
Rekoder dipegang dengan jari tangan kiri di bahagian atas dan jari tangan kanan di bahagian
bawah. Cara ini adalah praktikal yang asas untuk permainan rekoder. Rekoder diimbangkan
dengan diletak pada bibir bawah dan ibu jari tangan kanan. Kedudukan pemain rekorder yang
diperhatikan dalam video adalah hampir sama seperti dalam gambarajah di bawah.
Berdiri dengan selesa dengan kedua-dua tangan direnggangkan sedikit dari badan.

Kedudukan rekorder 45 darjah dari bahagian badan

HBMS 3103

2.3 TEKNIK EMBOUCHURE


Embouchure ialah penggunaan otot muka dan pembentukan bibir yang mengikut bentuk
pipit (mouthpiece). Pemain dilihat telah memasukkan bahagian pemipit di antara bibir mereka.
Setelah itu bibir mereka dirapatkan dan mereka dilihat mengikut peraturan asas bermain rekorder
dengan tidak menggigit rekoder. Bibir mereka juga kelihatan tidak ditegangkan dan pemainpemain rekorder dalam video ini dilihat meletakkan keduduan bibir mereka dalam keadaan selesa
agar bunyi yang dihasilkan menjadi lunak.

2.4 PENGLIDAHAN
Video ini telah memperlihatkan kemampuan pemain mempraktikkan teknik penglidahan
dengan

baik. Mereka telah menggunakan lidah untuk meniup not atau rangkap-rangkap not.

Kemahiran penglidahan mereka meniup telah menunjukkan hasil latihan yang sangat baik dan
tersusun. Bunyi atau ton yang dihasilkan melalui teknik penglidahan yang betul dapat didengari
dengan not tinggi ditiup menggunakan bunyi tu, not tengah dengan bunyi du dan not rendah
dengan bunyi du. Pemain dilihat menggunakan double tongueing dengan membunyikan banyak
du-ku atau tu-ku semasa lagu pertama Jikalau Abang Merindu. Terdapat juga penglidahan tut
bagi not staccato yang dapat didengari dalam video ini.
2.5 PERNAFASAN
Pemain dilihat bijak menggunakan diafragma

mereka untu mengawal pernafasan.

Bahagian dada pemain dilihat tidak bergerak ketika bernafas. Pemain rekorder dalam video ini juga
dilihat berjaya menghembuskan nafas secara perlahan semasa meniup not rendah seperti dalam lagu
kedua mereka If I Lose You. Hembusan udara secara perlahan menghasilkan ton bunyi yang rendah
7

HBMS 3103

dan merdu. Guru yang mengajar pemain-pemain rekorder ini juga sangat bijak membuat susunan
muzik dari not rendah kepada not tinggi dan melatih pemain cara meniup not tinggi dengan
hembusan udara secara laju. Kesinambungan not rendah dan not tinggi dalam lagu pertama dan
kedua menjadikan susunan muzik dapat dihasilkan dengan begitu tersusn dan merdu. Pemain juga
dilihat dapat menggunakan satu nafas dengan baik bagi meniup satu-satu frasa.
Penghasilan ton yang baik untuk bunyi rekorder dapat ditentukan dengan pernafasan yang
betul. Pemain tidak bernafas melalui hidung atau melalui rekorder. Mereka menarik nafas dapat
menggunakan diafragma untuk satu-satu frasa lagu. Ton yang dihasilkan tidak sumbang kerana
pemain berjaya mengawal tiupan rekorder bagi penghasilan ton lembut, sederhana dan kuat. Pemain
bijak mengawal penjarian pada rekorder dengan menutup atau membuka lubang rekorder dengan
lancar dan teratur. Intonasi dari susunan muzik dan latihan yang banyak dapat dilihat dari video klip
ini kerana mutu persembahan atau permainan rekorder yang terhasil sangat bermutu dan hampir
sempurna secara keseluruhannya.

HBMS 3103

3.0 PENGHASILAN SKOR GUBAHAN PERMAINAN REKORDER DALAM DUA


BAHAGIAN

HBMS 3103

4.0 LANGKAHLANGKAH

SEMASA

MENGENDALIKAN

PENGAJARAN

DAN

PEMBELAJARAN ENSEMBEL REKORDER SOPRANO DI DALAM KELAS


Didalam gubanhan skor Biarkan Bunga Berkembang permainan rekorder soprano
didalam kelas boleh dimainkan secara dua bahagian. Didalam kelas, guru akan membahagikan dua
kumpulan kecil murid untuk memainkan dua bahagian yang berbeza secara serentak. Objektif yang
dihendak dicapai adalah murid dapat menghasilkan gabungan muzik secara harmoni. Kumpulan 1
akan memainkan rekorder soprano 1 manakala kumpulan 2 akan memainkan rekorder soprano 2.
Guru yang mengendalikan kelas ensembel rekorder soprano di dalam bilik darjah, perlu
merancang dan membuat persediaan yang rapi sebelum memulakan pengajaran dan pembelajaran
serta mengendalikan kelas rekorder soprano di dalam kelas. Guru perlu memastikan langkahlangkah seperti dibawah sebelum, semasa dan selepas kelas rekorder ensembel dijalankan.
Guru muzik memerlukan perancangan yang teliti untuk sesuatu sesi pelajaran rekorder bagi
memastikan pelajaran tidak tersasar darn dapat mencapai objektif pembelajaran. Perancangan yang
teliti diperlukan bagi memastikan murid mendapat input yang semaksimum mungkin. Guru perlu
menggunakan kebijaksaannya dengan mengaplikasi penggabungjalinan, kefahaman murid tentang
apa yang hendak dipelajari.
Langkah-Langkah Pengajaran :
Set Induksi
1. Memastikan murid telah bersedia dan keadaan kelas adalah terkawal.
2. Menunjukkan tayangan video klip pertandingan rekorder ensembel supaya murid dapat
merasakan keseronokan untuk bermain rekorder.
Langkah 2
1. Guru meminta murid menyanyi lagu Biarkan Bunga Berkembang diiringi muzik.
2. Guru meminta murid membuat pemanasan bermain rekorder soprano dengan meniup notnot asas sebagai latihan dengan melihat skor yang dipancarkan dengan LCD.

10

HBMS 3103

Latihan Penjarian dan Tiupan Rekorder Melalui Slaid Power Point


- Latihan dengan tempo lambat, cepat dan sederhana.
- Latihan dengan dinamik lembut(p) dan kuat(f).

11

HBMS 3103

3. Guru meminta murid meniup skor lagu Biarkan Bunga Berkembang seperti yang telah
dipelajari pada pembelajaran yang lalu.

Langkah 3
1. Guru menunjukkan tayangan slaid power point skor gubahan Biarkan Bunga Berkembang
yang mempunyai dua bahagian untuk tiupan rekorder soprano.

3. Memastikan murid berada dalam kumpulan yang betul mengikut susunan bahagian dengan
rekorder soprano masing-masing.

12

HBMS 3103

4. Guru perlu memastikan dirian skor not ( stand-note ) tersedia dan berada mengikut susunan
kumpulan masing-masing jika menggunakan dirian skor not jika tidak, pastikan murid
dapat skor gubahan not mengikut kumpulannya.
5. Guru perlu memastikan skor gubahan rekorder untuk setiap bahagian telah diletakkan pada
dirian skor not masing-masing.
6. Guru boleh memulakan latihan dengan melakukan aktiviti pemanasan peniupan rekorder
dengan melakukan :
7. Setelah berpuashati dengan hasil tiupan not-not asas, guru boleh mulai menjalankan latihan
mengikut kumpulan soprano 1 dan kemudian diikuti dengan kumpulan soprano 2 secara
bergilir-gilir.

8. Apabila kedua-dua kumpulan berjaya menguasai bahagian masing-masing, guru boleh


menjalankan latihan gabungan bagi memainkan kedua-dua kumpulan rekorder soprano
secara serentak.
13

HBMS 3103

9. Latihan gabungan perlu dilakukan secara latih tubi bagi mendapatkan hasil gabungan muzik
yang harmoni dan merdu.

10. Setelah selesai sesi latihan meniup rekorder, guru perlu memastikan dan mengingatkan
murid-murid untuk membersihkan pemipit dan membersihkan rekorder mereka seperti yang
telah di ajar agar rekorder terpelihara dari kekotoran dan sentiasa bersih.
11. Aktiviti-aktiviti tambahan yang dapat membantu memperkembangkan kemahiran bermain
rekorder dengan baik adalah seperti :
a. Memainkan bar demi bar secara berulang-ulang sehingga murid mahir, kemudian
barulah memainkan frasa demi frasa diikuti keseluruhan lagu.
b. Bagi menghadapi murid yang lemah di sesuatu bahagian contohnya di bahagian
permulaan bar 1 hingga bar 8 latihan secara ulangan perlu dilakukan.
c. Pastikan penjarian murid tepat dengan cara guru menunjukkan cara meniup rekorder
serta meminta kawan sekumpulan cuba membantu menunjukkan contoh yang betul.
d. Gunakan bahan pengajaran dan pembelajaran seperti LCD dan speaker dan gunakan
power point agar murid lebih bersemangat untuk memainkan gubahan skor tersebut. Ini
akan dapat meransang murid meneruskan latihan mereka. Ia juga dapat memberikan
gambaran yang jelas terhadap bunyi yang harus dihasilkan oleh murid melalui tiupan
rekorder soprano mengikut konsep-konsep muzik.
14

HBMS 3103

e. Guru perlu meyakinkan murid agar ton bunyi yang dihasilkan oleh murid perlu dilatih
untuk mendapatkan hasilan yang lebih mantap kerana tanpa bimbingan dan dorongan
guru , murid akan patah semangat dan kurang yakin dengan kemampuan mereka sendiri.
f. Ulangan pada not yang agak sukar seperti F# contohnya pada bar ke tiga ,memerlukan
kesabaran guru dan murid kerana murid akan berasa bosan jika ulangan demi ulangan
perlu dilakukan oleh mereka.
g. Pujian juga perlu dilakukan apabila murid berjaya menghasilkan keseluruhan lagu
dengan kedua-dua bahagian walaupun masih kurang sempurna. Ini kerana kesempurnaan
tiupan adalah hasil dari kesungguhan, minat dan latihan yang sangat berkesan tanpa
jemu ( practise make perfect ).
5.0

PERBINCANGAN AKTIVITI PERMAINAN REKORDER ENSEMBEL DAPAT


MENINGKATKAN KEFAHAMAN MURID-MURID TENTANG BAHASA MUZIK
Bahasa Muzik adalah merupakan rangkuman topik-topik yang berkaitan dengan
elemen muzik, konsep-konsep yang berhubung dengan elemen muzik, istilah muzik, kosa kata
dan konvensi penulisan muzik. Pengetahuan dan kefahaman tentang perkara tersebut
seterusnya membawa kepada kemahiran membaca, menulis, menganalisis dan menilai karya
muzik.
Tujuan utama aspek pengajaran dan pembelajaran muzik, adalah
untuk memberikan pengalaman muzikal kepada murid-murid. Dalam pendidikan muzik tahap 2
sekolah rendah, rekorder diperkenalkan kepada murid. Ini adalah untuk membimbing murid
agar dapat mempelajari kemahiran bermain rekorder soprano dengan teknik yang betul secara
amali (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2002). Namun begitu, pembelajaran rekorder
bukanlah hanya bertumpu kepada aspek kemahiran teknikal semata-mata. Guru muzik
seharusnya menggunakan permainan rekorder ini untuk tujuan mengukuhkan persepsi estetik
murid, memupuk ekspresi kreatif dan meningkatkan penghargaan estetik murid. Ianya harus
digabungjalinkan dengan kandungan sukatan pelajaran muzik seperti aspek pengajaran bahasa
muzik dan kefahaman tentang konsep-konsep muzik. Antara aktiviti yang dapat mengukuhkan
kefahaman murid-murid tentang bahasa muzik hasil pengajaran dan pembelajaran permainan
rekorder ensembel di dalam kelas adalah:
15

HBMS 3103

5.1
RUJUKAN
www.scribd.com/.../Pengajaran-Rekoder-Sekolah-Ren...
mykamus.com/free/2010/09/ensemble
sktmi2-muzik.blogspot.com/p/sekolahku-stmi2.html
www.scribd.com/doc/60512356/Modul-Rekoder
muzikjiwakami.blogspot.com/.../pengenalan-kepada-r...
www.moe.gov.my/.../04pengenalan_rekoder1.pdf

16

Anda mungkin juga menyukai