Anda di halaman 1dari 29

HARTA WAKAF ~PELABURAN AKHIRAT~

Nurul Ashikin bt Atan


Siti Norfatin Afiqah bt Ismail Siti Nurashiqin bt Mohd Rais

DEFINISI WAKAF

Bahasa Tahan atau berhenti Istilah Menahan sesuatu benda atau harta yang suci dan halal bentuk zatnya supaya digunakan untuk tujuan kebaikan dan mendapat manfaat daripadanya. Syara Wakaf ialah menahan harta tertentu yang boleh diambil manfaat daripada zatnya untuk digunakan pada tujuan kebajikan, dengan niat untuk mendekatkan diri kepada Allah s.w.t. dan tidak boleh dijadikan jual-beli atau "hibah" pada zat benda yang diwakafkan itu.

HUKUM WAKAF

Hukum wakaf adalah HARUS dalam syariat Islam dan ia adalah amalan yang digalakkan dengan berdasarkan nas al-Quran dan hadis.

DALIL DARI AL-QURAN

Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh orang-orang yang menafkahkan hartanya pada jalan Allah s.w.t.) adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada tiap-tiap tangkai mengeluarkan, seratus biji, Dan ingatlah bahawa Allah s.w.t. melipatgandakan (ganjaran) bagi sesiapa yang dikehendakinya dan Allah s.w.t. maha luas lagi maha mengetahui. (Al-Baqarah 2: 261) Wahai orang-orang yang beriman, belanjakanlah (pada jalan Allah) sebahagian dari hasil usaha kamu yang baik dan sebahagian dari apa yang kami keluarkan dari bumi untuk kamu. Dan janganlah kamu sengaja memilih yang buruk daripadanya (lalu kamu dermakan atau kamu jadikan pemberian zakat), padahal kamu sendiri tidak sekali-kali akan mengambil yang buruk itu (kalau diberikan kepada kamu) kecuali dengan memejamkan mata padanya. Dan ketahuilah sesungguhnya Allah s.w.t. maha kaya lagi sentiasa terpuji. (Al-Baqarah 2: 267) Kamu sekali-kali tidak sampai kepada kebajikan (yang sempurna) sebelum kamu menafkahkan sebahagian harta yang kamu cintai, dan apa sahaja yang kamu nafkahkan, maka sesungguhnya Allah s.w.t. mengetahuinya (Ali Imran 3: 92) ..supaya harta itu jangan hanya beredar di antara orang-orang kaya sahaja di antara kamu (Al-Hasy 59:7)

HADIS NABI

Daripada Abu Hurairah r.a. Rasulullah s.a.w. telah bersabda, apabila matinya seseorang itu maka akan terputuslah amalannya kecuali dalam tiga perkara iaitu sedekah jariah yang dilakukan, ilmu yang telah dimanfaatkan serta doa anakanak yang soleh ke atasnya Daripada Abdullah bin Omar telah berkata : Saidina Omar r.a. mempunyai sebidang tanah di Khaibar, maka dia telah datang kepada nabi s.a.w. meminta kebenaran padanya, lalu berkata : wahai Rasulullah s.a.w. sesungguhnya saya telah mendapat sekeping atau sebidang tanah di Khaibar yang mempunyai nilaian yang sangat tinggi (mahal) daripada hartaharta yang pernah saya dapat. Jadi apakan nasihat kamu terhadap aku mengenai perkara ini. Lalu baginda s.a.w. menjawab jika engkau suka wakafkanlah harta asalnya itu dan engkau sedekahkanlah manfaatnya

RUKUN WAKAF
Pewakaf (al-waqif) Harta yang diwakafkan (al-mawquf) Penerima manfaat wakaf (al-mawquf alaih) Ijab dan Qabul (al-sighah)

SYARAT SAH WAKAF

Hendaklah dibuat secara kekal tanpa had untuk mana-mana tempoh tertentu. Bagi Wakaf Khas, tujuan dan maksud Wakaf hendaklah dinyatakan dengan jelas dan tidak sah Wakaf jika tidak dinyatakan tujuan dan maksudnya. Harta yang telah diwakafkan tidak boleh ditarik balik, tidak boleh diubah-ubah tujuannya dan tidak boleh tertakluk kepada syarat-syarat lain kecuali melalui pelaksanaan wakaf istibdal.

SYARAT AL-WAQIF
Islam Merdeka Baligh Berakal Milik sempurna harta Sukarela dan redha mewakafkan harta miliknya (ikhtiari)

SYARAT AL-MAWQUF

Harta itu mestilah benda yang dapat di ambil manfaatnya. Harta yang diwakafkan kepada penerima wakaf wujud waktu itu. Harta yang diwakafkan itu memberi faedah yang berpanjangan. Diwakafkan untuk tujuan yang baik sahaja dan tidak menyalahi syarak.

Harta yang diwakafkan ditentukan jenis, bentuk, tempat, luas dan jumlah.
Harta yang diwakafkan itu adalah milik sempurna orang yang memberi wakaf.

SYARAT AL-MAWQUF ALAIH

Penerima khusus sama ada seorang atau lebih

Cth: mewakafkan tanah untuk membina masjid

Penerima tidak khusus

Cth: mewakafkan harta kepada golongan tertentu seperti golongan fakir

SYARAT AL-SIGHAH
Kata-kata atau tulisan yang boleh difahami mengenai tujuan wakaf. Lafaz akad terbahagi dua bahagian:

Lafaz Soreh: lafaz yang jelas membawa maksud yang tertentu sahaja seperti Saya mewakafkan rumah saya untuk orang-orang fakir. Lafaz Kinayah: lafaz yang membawa banyak maksud seperti Hartaku adalah sedekah kepada fakir miskin.

BAHAGIAN WAKAF
Wakaf

Wakaf Ahli (Keluarga)

Wakaf Khairi (Kebajikan)

Wakaf Am

Wakaf Khas

Wakaf Irsod

Wakaf Saham

Saham Wakaf

Wakaf Musytarak

Wakaf Musya

JENIS WAKAF
Wakaf Mutlak (Am) - Seseorang yang mewakafkan sesuatu harta untuk maslahah umum. Wakaf Muqayyad (Khas) Pewakaf menyatakan tujuan wakaf secara spesifik semasa mewakafkan harta. Harta tersebut hendaklah digunakan hanya untuk tujuan yang dinyatakan secara khusus.

Contohnya mewakafkan tanah khas untuk pembinaan masjid, surau, perkuburan dan sebagainya.

CIRI-CIRI HARTA WAKAF


Al-Iqar

(Harta Tak Alih)


(Harta Alih) (Harta Kongsi)

Al-Manqul Al-Musya

Haq

Irtifaq (Hak Milik Bangunan Bertingkat)


(Harta Pemerintah)

Al-Irsod

KEISTIMEWAAN HARTA WAKAF

Pemisahan pemilikan harta dan manfaatnya.


Wakaf adalah sedekah berterusan. Penggunaan harta wakaf hanya untuk kebajikan dan perkara yang diharuskan oleh syara.

PROSES WAKAF
1)

2)

3)

4)

5)

6)

Mengemukakan surat permohonan untuk mewakafkan harta kepada Baitulmal. Melampirkan salinan hakmilik atau apa-apa bukti pengesahan pemilikan harta yang hendak diwakafkan. Bagi kes yang tidak mempunyai dokumen hakmilik sebenar, pemohon dikehendaki membuat surat akuan sumpah bagi mengesahkan perkara di atas. Pihak Baitulmal akan membuat lawatan dan siasatan terperinci terhadap harta yang hendak diwakafkan supaya status sebenar harta berkenaan dapat dikenalpasti. Pewakaf kemudiannya dikehendaki menyempurnakan suratcara wakaf yang disediakan oleh baitulmal. Baitulmal akan membuat pindahmilik tanah di pejabat tanah dan menyelesaikan proses wakaf.

MANUAL PENGURUSAN TANAH WAKAF

SISTEM E-WAKAF

Tujuan e-Wakaf ini dibangunkan adalah untuk membolehkan segala harta wakaf diurus dan ditadbirkan dengan lebih sistematik dan profesional sama ada dari aspek amalan wakaf itu sendiri mahupun dari aspek pelaksanaannya, supaya lebih telus dan relevan dengan perkembangan teknologi masa kini.

STATISTIK WAKAF (JAWHAR)

STATISTIK WAKAF (JAWHAR)

PERBEZAAN WAKAF DAN SEDEKAH


Wakaf Sedekah Wakaf ditujukan bagi kegunaan Sedekah diberikan kepada seluruh masyarakat secara umum, golongan yang memerlukan. meskipun golongan yang memerlukan diberikan keutamaan.

Pewakaf sudah tidak memiliki hak Sedekah boleh dipindah milik. dan campurtangan ke atas harta yang telah diwakafkan. Harta wakaf kekal milik Allah.
Harta wakaf terhad kepada sesuatu Sedekah boleh diberi di dalam apa harta di mana harta tersebut boleh bentuk sekalipun. mendatangkan hasil atau menjana lebih banyak manfaat secara berterusan atau bentuk hasil yang boleh disimpan.

HIKMAH WAKAF

Sebagai salah satu cara untuk beribadah kepada Allah s.w.t. Membuka jalan bagi orang beriman yang suka memberi wakaf dan berlumba-lumba dalam amal kebajikan dan mengharapkan pahala. Memberi pahala yang berterusan kepada pewakaf selepas kematian selagimana harta wakaf tersebut kekal dimanfaatkan. Untuk kebaikan Islam, seperti membina masjid, surau, tanah perkuburan dan sebagainya. Membantu mengurangkan beban orang fakir dan miskin serta anak yatim.

KESIMPULAN
Dengan adanya pengurusan dan pentadbiran wakaf, seluruh masyarakat akan mendapat manfaatnya. Ianya boleh disalurkan kepada fakir-fakir miskin, anak-anak yatim, masjid dan sebagainya demi meningkatkan ekonomi umat Islam di Malaysia. Bagaimanapun kejayaan sebenar institusi wakaf itu sendiri adalah bergantung kepada kefahaman yang jelas mengenai konsep, peranan dan matlamat harta wakaf serta kesedaran yang mendalam mengenai amanah yang dipertanggungjawabkan demi kepentingan menjaga dan memelihara harta wakaf.

TERIMA KASIH
Wahai orang-orang yang beriman, jangan sampai harta kekayaanmu, anak-pinakmu melalaikan kamu dari mengingati Allah!!!