Anda di halaman 1dari 13

PRAKTIKAL 4 Tajuk : Fasa Bulan

Tujuan

: Untuk memerhati pergerakan bulan dan fasa-fasanya.

Pengenalan :

Bulan adalah satelit semulajadi yang paling hampir dengan bumi. Bulan tidak mengeluarkan cahayanya sendiri. Hali ini demikian kerana bulan memantulkan cahaya matahari kepada bumi. Satelit semulajadi ini juga mempunyai garis pusat 3480 km, iaitu satu perempat saiz bumi. Ia berputar mengelilingi Bumi dari jarak kejauhan 384 000km atas paksi yang condong sedikit berbanding Dataran Ekliptik.

Sambil mengelilingi bumi, bulan berputar atas paksinya sendiri dengan kelajuan yang sama, iaitu 360 darjah dalam masa lebih sedikit dari 27 hari. Ini menyebabkan permukaan bulan yang sama menghadap bumi. Bulan memantulkan cahaya matahari pada setiap masa sama ada waktu malam atau siang.

Fasa-fasa bulan adalah bentuk bulan yang berlainan yang dapat dilihat dari bumi. Fasa bulan dipengaruhi oleh kedudukannya diantara bumi dan matahari. Cahaya matahari yang terkena pada bulan akan dipantulkan bulan. Orang yang berada di bumi akan dapat melibat bentuk atau fasa bulan yang berbagai ini mengikut tempat dan keadaan tertentu. Fasa bulan boleh di bahagikan kepada 8 fasa iaitu : i. ii Anak bulan Bulan sabit

iii. Bulan separa iv. Bulan hampir purnama v. Bulan purnama

vi. Bulan purnama lama vii. Bulan separa lama viii. Bulan sabit lama

Dalam mengkaji fasa-fasa bulan, perkara yang penting ialah dengan mengetahui waktu terbit dan terbenam bulan. Ini adalah supaya kita dapat menganggarkan waktu yang sesuai untuk merekod gambar bulan. Waktu bulan terbit adalah apabila bahagian atas bulan melepasi garisan ufuk manakala waktu bulan terbenam adalah apabila bahagian bawah bulan menghilang di bawah garisan ufuk.

Menentukan terbit dan terbenam matahari, nilai azimuth juga perlu di tentukan. Azimut adalah jarak garisan mendatar ketika bulan terbit dan bulan terbenam. Azimut biasanya diukur menggunakan kompas. Dalam 360 darjah, dan dikira mengikut arah jam, utara memberikan azimuth 0o , timur memberikan azimuth 90o, selatan memberikan 180o dan barat memberikan nilai 270o. Anak panah kecil pula menunjukkan arah matahari terbit berdasarkan peta yang menunjukkan utara ke atas.

Altitud bulan pula dikenalpasti semasa merekod gambar bulan. Altitud merujuk kepada jarak pusat bulan kepada garisan horizon. Selain itu, dalam fasa yang berbeza akan memberikan kecerahan yang berbeza.

Kita amat kenal dengan bulan. Kita biasa melihat bulan pada waktu malam. Tetapi bulan juga dapat dilihat pada waktu pagi. Bilakah kita lihat bulan pada waktu malam dan pada waktu pagi? Bagaimanakah kejadian bulan terbit dan tenggelam dikaitkan dengan fasa bulan dan posisi bulan sejajar dengan kedudukan bumi dan matahari?

Di dalam praktikal ini, perhatikan fasa bulan mula daripada bulan baru hingga bulan purnama.

Prosedur

1. Keadaan langit dikaji dan maklumat dicari untuk menyediakan lapangan malam. Lapangan malam mini merangkumi waktu terbit dan terbenam, kecerahan, fasa bulan, altitude, azimut dan keadaan istimewa.

2. Dengan merujuk kepada waktu terbit dan waktu terbenam bulan, masa untuk pemerhatian dirancang.

3. Bulan diperhatikan dalam satu tempoh waktu untuk satu kitaran lengkap dan lakaran dibuat berdasarkan permehatian.

4. Permehatian dengan mata kasar semasa melakukan permerhatian direkodkan.

Perbincangan :

Satu pemerhatian dan kajian telah dijalankan bagi mengkaji fasa-fasa bulan. Untuk mengkaji fasa-fasa bulan, perkara yang penting adalah dengan mengetahui waktu terbit dan waktu terbenam bulan terlebih dahulu. Oleh yang demikian, pencarian maklumat

dibuat dengan mencari pelbagai sumber bagi mendapatkan jawapan tersebut. Hasil dapatan kami adalah seperti berikut:

Masa bulan terbit dan terbenam. (kawasan : Georgetown)

sumber: http://www.timeanddate.com/worldclock/astronomy.html?n=1228&month=2&year=2014 &obj=moon&afl=-1&day=1

Analisis Data : Daripada data tersebut, pada masa yang sama kami dapat mengetahui nilai azimuth, altitude, lepasan meridian bulan dan perlbagai lagi maklumat lain. Kesemua maklumat ini menjadi pengukur bagi menentukan fasa-fasa bulan. Setelah maklumat keseluruhan diperolehi seperit di atas, kami telah membuat jadual perancangan untuk memilih tarikh sesuai untuk membuat pemerhatian terhadap bulan. Jadual perancangan kami adalah seperti berikut:

Tarikh 01 Februari 2014 02 Februari 2014 04 Februari 2014 05 Februari 2014 08 Februari 2014 09 Februari 2014 11 Februari 2014 12 Februari 2014 15 Februari 2014

Masa Bulan Terbit


08:32 09:25 11:05 11:53 14:17 15:05 16:41 17:28 19:45 20:53 21:49 23:35 00:26 02:06 02:55 04:31 05:18 07:29

Masa bulan Terbenam

Pemerhatian Anak bulan Anak bulan Bulan sabit Bulan sabit Bulan Separa Bulan Separa Bulan Separa Purnama Bulan Separa Purnama Bulan Purnama

16 Februari 2014 18 Februari 2014 19 Februari 2014 23 Februari 2014 24 Februari 2014 27 Februari 2014 28 Februari 2014 02 Mac 2014 03 Mac 2014

20:30 22:02 22:50 01:27 02:24

08:11 09:35 10:19 13:39 14:36

Bulan Purnama Bulan Purnama Lama Bulan Purnama Lama Bulan Separa Lama Bulan Separa Lama Bulan Sabit Lama Bulan Sabit Lama Anak Bulan Anak Bulan

05:19 06:15

17:35 18:34

Tarikh seperti dalam jadual di atas dipilih kerana sepanjang tempoh ini, satu kitaran lengkap fasa bulan berlaku. Seterusnya kami telah memilih dan menetapkan lokasi sesuai untuk mengambil gambar fasa bulan. Lokasi dipilih ialah kawasan kediaman sekitar Georgetown. Waktu bulan terbit dan terbenam juga di perhatikan agar kami dapat melihat bulan tepat pada masanya dan tidak terlepas fasa bulan yang diingini. Hasil daripada pemerhatian kami daripada tugasan ini, dapatlah kami tentukan kesemua fasa bulan yang bermula daripada anak bulan, bulan separa, bulan purnama hinggalah kembali kepada anak semula.

Kesimpulan: Fasa- fasa bulan adalah bentuk-bentuk bulan yang berlainan yang kelihatan daripada fasa bumi. Ini adalah kerana kedudukan bulan yang berlainan akan menyebabkan ia memantulkan cahaya matahari pada kawasan-kawasan bulan yang tertentu sahaja.

Tugasan aktiviti untuk pelajar sekolah rendah membuat pemerhatian tentang fasa-fasa bulan.

Aktiviti

Memerhati fasa-fasa bulan

Bahan-bahan : Sebiji bola bersaiz bola sepak yang berwarna putih yang separuhnya telah diwarnakan hitam, sebuah bangku, pelekat (tictac), kertas hitam, kapur putih.

Prosedur

1. Sebiji bola putih yang telah diwarnakan hitam pada separuh bahagian diletakkan di atas sebuah bangku. 2. Bangku tersebut berserta bola di atasnya di letakkan di tengah satu kawasan lapang (depan kelas/ dataran/ kawasan lapang lain-lain) 3. Murid dikehendaki menyusun kerusi mereka di keliling bangku tersebut dalam bentuk bulatan. 4. Murid kemudiannya, duduk di kerusi masing-masing yang telah diletakkan. 5. Murid dibekalkan dengan sekeping kertas hitam dan kapur putih. 6. Guru membuat sesi pengajaran dan perbincangan tentang fasa- fasa bulan bersama murid. 7. Murid kemudiannya diminta untuk melukis bentuk yang dilihat pada bola tersebut dari kerusi yang mereka berada. 8. Seteleh semua murid selesai melukis, murid akan diminta menampai lukisan mereka di hadapan kelas mengikut susunan tempat duduk mereka tadi. 9. Hasil lukisan murid akan menunjukkan perubahan fasa bulan dan lukisan mereka akan dibincang bersama guru untuk tujuan penambah baikkan.

Soalan 1. Bilakah kita dapat melihat bulan pada waktu malam dan pada waktu pagi? Waktu kita dapat melihat bulan pada waktu malam dan bulan di waktu siang adalah bergantung kepada waktu terbit dan terbenamnya bulan. Waktu bulan terbit adalah tidak sama dan akan berubah setiap hari. Jika bulan terbit pada di waktu siang, kita akan dapat melihatnya di siang hari dan kita tidak akan dapat melihatnya pada malam hari. Bulan akan sentiasa memantulkan cahaya matahari sama ada di malam hari atau di siang hari. Namun demikian, disebabkan cahaya matahari yang terlalu terang, agak sukar untuk kita melihat bulan di siang hari. Jadual terbit dan terbenam bulan yang diperhatikan: Tarikh 01 Februari 2014 02 Februari 2014 04 Februari 2014 05 Februari 2014 08 Februari 2014 09 Februari 2014 11 Februari 2014 12 Februari 2014 15 Februari 2014 16 Februari 2014 18 Februari 2014 19 Februari 2014 23 Februari 2014 24 Februari 2014 27 Februari 2014 28 Februari 2014 02 Mac 2014 03 Mac 2014 Masa Bulan Terbit
08:32 09:25 11:05 11:53 14:17 15:05 16:41 17:28 19:45 20:30 22:02 22:50 01:27 02:24 20:53 21:49 23:35 00:26 02:06 02:55 04:31 05:18 07:29 08:11 09:35 10:19 13:39 14:36

Masa bulan Terbenam

Pemerhatian Anak bulan Anak bulan Bulan sabit Bulan sabit Bulan Separa Bulan Separa Bulan Separa Purnama Bulan Separa Purnama Bulan Purnama Bulan Purnama Bulan Purnama Lama Bulan Purnama Lama Bulan Separa Lama Bulan Separa Lama Bulan Sabit Lama Bulan Sabit Lama Anak Bulan Anak Bulan

05:19 06:15

17:35 18:34

2. Bagaimanakah kejadian bulan terbit dan tenggelam dikaitkan dengan fasa bulan dan posisi bulan sejajar dengan kedudukan bumi dan matahari?

Waktu bulan terbit dan bulan terbenam akan mempengaruhi fasa-fasa bulan dari segi waktu fasa tersebut dapat dilihat dengan jelas. Selepas bulan terbit, ia mengambil masa beberapa jam untuk membolehkannya berada dalam keadaan 90 o dari garisan ufuk. Kedudukan bulan juga mempunyai hubung kait dengan bumi dan matahari. Hal ini demikian kerana bulan berputar dan beredar mengelilingi bumi. Bumi pula berputar dan beredar mengelilingi matahari. Dalam kedudukan bulan, bumi dan matahari yang berlainan, fasa-fasa bulan yang berlainan akan terhasil. Contohnya apabila bulan berada di antara bumi dan matahari, fasa anak bulan akan berlaku. Bulan tidak akan kelihatan. Kemudian, jika bumi berada antara bulan dan matahari, fasa bulan purnama akan berlaku dan bulan akan kelihatan dengan penuhnya. Namun jika bulan berada betul-betul pada garisan lurus, gerhana akan berlaku. Gerhana matahari boleh berlaku ketika fasa anak bulan manakala gerhan bulan boleh berlaku apabila bulan berada dalam fasa purnama penuh. Oleh itu, pelbagai kejadian boleh berlaku disebabkan kedudukan bulan yang tertentu antara bumi dan matahari.

Pemerhatian : Pemerhatian 1 Lokasi Kawasan Kediaman Tarikh 4 Februari 2014 Masa 21:30 Fasa bulan Bulan sabit

Masa Terbit 11:05

Masa Terbenam 23:35

Azimut Terbit 83 Terbenam 279

Altitud

Kecerahan

Peristiwa istimewa

86.8

25.8%

11:05

Pemerhatian 2 Lokasi Kawasan Kediaman Tarikh 09 Februari 2014 Masa 10:50 Fasa bulan Bulan separa

Masa Terbit 15:05

Masa Terbenam 02:55

Azimut Terbit 71 Terbenam 289

Altitud

Kecerahan Peristiwa istimewa

76.9

75.6 %

15:05

Pemerhatian 3 Lokasi Kawasan Kediaman Tarikh 11 Februari 2014 Masa 23:00 Fasa bulan Bulan separa purnama

Masa Terbit 16:41

Masa Terbenam 04:31

Azimut Terbit 72 Terbenam 289

Altitud

Kecerahan Peristiwa istimewa

76.9

89.9 %

Pemerhatian 4 Lokasi Kawasan Kediaman Tarikh 15 Februari 2014 Masa 22:45 Fasa bulan Bulan purnama

Masa Terbit 19:45

Masa Terbenam 07:29

Azimut Terbit 83 Terbenam 279

Altitud

Kecerahan Peristiwa istimewa

85

99.8 %

Pemerhatian 5 Lokasi Kawasan Kediaman Tarikh 19 Februari 2014 Masa 01:00 Fasa bulan Bulan purnama lama

Masa Terbit 22:50

Masa Terbenam 10:19

Azimut Terbit 100 Terbenam 262

Altitud

Kecerahan Peristiwa istimewa

77

86.4 %

Pemerhatian 6 Lokasi Kawasan Kediaman Tarikh 23 Februari 2014 Masa 02:15 Fasa bulan Bulan separa lama

Masa Terbit 01:27

Masa Terbenam 13:39

Azimut Terbit 108 Terbenam 251

Altitud

Kecerahan Peristiwa istimewa

65.1

47.3%

Pemerhatian 7 Lokasi Kawasan Kediaman Tarikh 27 Februari 2014 Masa 09:40 Fasa bulan Bulan sabit lama

Masa Terbit 05:19

Masa Terbenam 17:35

Azimut Terbit 104 Terbenam 257

Altitud

Kecerahan Peristiwa istimewa

70.2

7.2%