Anda di halaman 1dari 2

KESIHATAN ASAS

KESEJAHTERAAN
Manusia amat mementingkan
kemewahan hidup. Tetapi,
kemewahan bukanlah yang paling
utama dalam kehidupan, sayugia, kita
perlu sedar bahawa asas kebahagiaan
bukan terletak pada kekayaan
semata-mata, padahal kesihatan
itulah yang lebih penting. Jika kita
tidak sihat, maka amat sukar untuk
menjalankan pelbagai aktiviti
seharian. Oleh sebab itu, semua orang
mesti mengutamakan kesihatan,
malahan kesihatan badan merupakan
satu keperluan.
Kesihatan perlu dijaga sepanjang
masa. Amat bertuah jika kita berjaya
mengekalkan kesihatan kita
sepanjang hayat. Walau
bagaimanapun, mustahil makhluk
sentiasa sihat. Ada kalanya kita sihat
dan ada kalanya kita sakit. Oleh yang
demikian, penjagaan pemakanan
amat dititikberatkan walaupun kita
sihat. Kita memerlukan karbohidrat,
protein dan juga vitamin setiap hari
sesuai dengan keperluan diet
seharian.
Selain itu, zat-zat lain perlu ada
dalam pemakanan kita seperti vitamin
A, B atau C yang sangat diperlukan
oleh badan bagi mengekalkan
keadaan tubuh badan yang seimbang.
Tambahan pula, jika pengambilan zat-
zat ini kurang maka tubuh badan akan
mengalami hilang daya ketahanan
badan justeru kita akan mudah
terdedah kepada pelbagai penyakit.
Sehubungan itu, amalan pemakanan
yang sihat, ditambah dengan gaya
hidup yang sihat dapat menjamin
kesihatan yang lebih baik.