Anda di halaman 1dari 19

HBIS 2203

SEMESTER SEPTEMBER 2012


KOD KURSUS TAJUK KURSUS : HBIS 2203 : AKIDAH

NAMA PELAJAR NO. MATRIKULASI NO. KAD PENGENALAN NO. TELEFON E-MEL

: : : : :

MOHAMAD ASRI B A BAKAR 810110025001001 810110-02-5001 019- 4638452 asrimaznah@gmail.com

TUTOR PUSAT PEMBELAJARAN

: :

AFIFAH BT ABU BAKAR OUM KAMPUS UTARA

HBIS 2203

Pengenalan
Perkataan Jahiliah berasal daripada perkataan dalam bahasa arab, jahala yang

bermaksud jahil dan tidak mengetahui atau tidak mempunyai ilmu pengetahuan. Istilah ini digunakan oleh orang islam bagi menggambarkan perubahan yang dibawa oleh islam dalam corak kehidupan serta pemikiran masyarakat. Masyarakat Arab Jahiliah ialah masyarakat yang hidup di Semenanjung Tanah Arab dalam jangka masa selepas runtuhnya Empangan Maarib di Sabak. Jangka masa Zaman Jahiliah ini adalah lebih kurang 310 tahun,iaitu dari tahun 300 M hingga 610 M.Masyarakat Arab ini digelar sebagai masyarakat arab jahiliah kerana mereka tidak mengikut ajaran para nabi dan rasul sebelumnya seperti Nabi Ibrahim ,Nabi Sulaiman , Nabi Musa, Nabi Isa, Nabi Ismail dan lain-lain. Zaman Jahiliah dianggap sebagai zaman kegelapan kerana masyarakat Arab Jahiliah tidak menyembah Allah Yang Maha Esa malah kebanyakan mereka menyembah berhala dan mempercayai animisme. Kehidupan masyarakat Arab Jahiliah adalah kucar-kacir kerana pada masa itu, tiada nabi atau rasul dan kitab suci yang boleh dijadikan petunjuk dalam kehidupan. Ahklak mereka adalah rendah, misalnya mereka bersifat kejam, angkuh dan degil.Dengan kedatangan Islam, kehidupan masyarakat Arab Jahiliah mulai mengalami proses perubahan.

Walaubagaimanapun pengertian Jahiliah telah disalah ertikan oleh golongan orentalis barat menyatakan masyarakat Jahiliyah merupakan masyarakat yang bertamadun tinggi. Mereka menjadikan zaman kerajaan Saba sebagai rujukan ketamadunan Arab yang berjaya. Sebenarnya,

HBIS 2203 keadaan masyarakat jahiliah bermula apabila runtuhnya ketamadunan tersebut. Golongan ini juga menyatakan bahawa masyarakat Arab Jahiliah hanya jahil dari segi agama, bukan dari aspek lain seperti bidang kesusasteraan atau kejuruteraan yang mereka telah lama maju.

Bentuk asal masyarakat jahiliah adalah sperti berikut: Manusia di zaman jahiliah terkenal dengan budaya:

Di antara identiti masyarakat di zaman jahiliah dahulu menampilkan perlakuan atau perbuatan seperti berikut:

HBIS 2203

Firman Allah SWT didalam surah Yasin ayat 6 yang bermaksud: Supaya engkau memberi peringatan dan amaran kepada kaum yang datuk nenek mereka yang telah lama tidak diberikan peringatan, sebab itulah mereka lalai dalam kesesatan. Dari ayat diatas, kita difahamkan bahawa masyarakat di zaman jahiliah adalah masyarakat yang rosak akhlaknya dan juga masyarakat yang sesat didalam

kehidupannya. Mereka pada masa itu sudah tidak lama di datangi utusan Allah SWT yang membawa peringatan dan pendoman didunia ini. Mereka hidup dengan berpandukan hawa nafsu yang akhirnya membawa mereka masuk terus ke neraka jahanam.

Ciri-ciri masyarakat Arab Jahiliah


Secara umum, masyarakat Arab Jahiliah boleh dikategorikan kepada dua golongan, iaitu masyarakat Badwi dan masyarakat Hadari. Masyarakat Badwi tinggal di kawasan gurun dan pendalaman ,iaitu di bahagian tengah Semenanjung Tanah Arab. Masyarakat Hadari pula menetap di kawasan persisir pantai Semenanjung Tarah Arab. Oleh sebab kawasan penempatan mereka berbeza, maka, secara tidak langsung, cara hidup dan pencapaian masyarakatnya juga berbeza. Ciri-ciri kehidupan masyarakat Arab Jahiliah dapat dilihat dari segi agama, sosial, ekonomi, kepercayaan dan nilai hidup yang dipegang. Masyarakat Arab Jahiliah mengamalkan

HBIS 2203 perbuatan yang tidak bermoral seperti berjudi,berzina dan meminum arak.Mengikut fahaman mereka,seseorang lelaki yang meminum arak sehingga mabuk,menunjukkan mereka telah sempurna seperti lelaki.Kedudukan wanita dalam masyarakat pula adalah rendah, sehinggakan mereka tidak dapat mewarisi harta pusaka tinggalan ibubapa mereka.Terdapat di kalangan mereka yang menanam bayi perempuan sejurus selepas lahir.Pembunuhan terhadap bayi perempuan ini dilakukan kerana mereka beranggapan anak perempuan akan menjatuhkan maruah keluarga.Dalam soal perkahwinan pula,tidak ada peraturan khusus yang boleh dijadikan panduan oleh masyarakat.Seseorang lelaki boleh berkahwin dengan beberapa orang wanita sekaligus atau dengan sesiapa yang disukainya. Aktiviti perniagaan yang dijalankan oleh para pedagang berasaskan riba dan penindasan.Sikap para peniaga pula lebih mementingkan keuntungan semata-mata.Kegiatan merompak dan merampas barangan daripada kafilah di padang pasir juga merupakan punca mata pencarian masyarakat Arab Jahiliah.Merompak dikatakan sebagai kewajipan yang harus dilakukan oleh setiap individu dalam setiap kabilah.Selain itu,eksploitasi golongan kaya terhadap golongan miskin merupakan amalan biasa yang dilakukan oleh orang berada. Terdapat empat bentuk kepercayaan agama dalam masyarakat Arab Jahiliah,iaitu agama wathani (menyembah berhala), animisme (memuja alam seperti pokok),samawi (kristian dan yahudi) dan kepercayaan khurafat (seperti menilik nasib,sihir dan mempercayai roh orang mati menjadi burung.) Berdasarkan catatan Al-Quran terdapat sebilangan kecil masyarakat Arab Jahiliah menganut agama hanif.Setelah kira-kira 3500 tahun,penganut agama hanif telah melupakan ajaran ini secara beransur-ansur.Terdapat juga di kalangan mereka yang mencampuradukkan ajaran agama hanif dengan amalan tradisi masyarakat Arab Jahiliah. Masyarakat Arab Jahiliah mengamalkan sistem kabilah yang berasaskan cara hidup berpuak-puak dan berkelompok.Dalam sesebuah kabilah,ahlinya terdiri daripada suku tertentu dan mereka tinggal dalam sebuah kawasan.Setiap kabilah mempunyai identiti dan peraturannya sendiri sementara ahli kabilah pula sangat taksub dan fanatik terhadap kabilah masingmasing.Sesuatu kabilah diketuai oleh seorang Syeikh yang juga merupakan lambang perpaduan kaum mereka.Pelantikan syeikh dalam sesebuah kabilah adalah berdasarkan syarat-syarat tertentu.Antaranya ,bakal syeikh tersebut mestilah disukai oleh ahli kabilah dan dilantik atas persetujuan ramai.Beliau juga mestilah berfikiran matang ,gagah,berani,dan pandai berpidato.

HBIS 2203 Amalan sistem kabilah ini telah mendatangkan kesan yang negatif kepada masyarakat Arab Jahiliah.Kesan utamanya ialah kemunculan semangat assabiah atau semangat kesukuan yang melampau dan tercetusnya perperangan dikalangan masyarakat.Kemunculan semangat assabiah ini berpunca daripada struktur Sistem Kabilah yang berasaskan keturunan.Dalam sistem kabilah setiap puak tinggal dalam kelompok masing-masing dan mereka terikap pada peraturan yang telah ditetapkan oleh kabilah mereka.Keadaan ini telah menimbulkan perasaan kesukuan yang menebal di kalangan ahli kabilah.Mereka juga sanggup menuntut bela demi mempertahankan maruah diri dan kabilah mereka. Selain itu,kemunculan sifat ini juga berkait rapat dengan keadaan geografi dan suasana tempat tinggal mereka yang panas dan kering kontang.Untuk meneruskan kehidupan,sesuatu kelompok kabilah Arab Jahiliah terpaksa mengatasi masalah yang dihadapi secara bersama.Sifat kesukuan yang menebal ini menjadikan kehidupan hidup masyarakat Arab Jahiliah kucar-kacir dan tidak aman.Perkara ini sering kali menjadi punca persengketaan di kalangan masyarakat Arab Jahiliah. Perperangan antara satu kabilah dengan satu kabilah yang lain akan berlaku walaupun atas sebab yang kecil.Perperangan al-Basus memperlihatkan sikap orang Arab Jahiliah yang suka berperang sesama sendiri.

TAKRIF KHURAFAT
Menurut )732lah( 1 uzuJ Khurafat ditakrifkan sebagai: : Bermaksud: Cerita-cerita yang mempersonakan yang dicampuradukkan dengan perkara dusta. Menurut kamus ( hal. 175): : Maksudnya: Khurafat, jamanya khurafat ialah sebarang cerita yang sebenar-benar dusta.

Menurut Kamus Idris al-Marbawi (hal. 169) pula khurafat ialah: cerita karut (karut marut). Daripada beberapa definisi yang diutarakan, dapatlah dibuat kesimpulan seperti berikut: Khurafat ialah semua cerita sama ada rekaan atau khayalan, ajaran-ajaran, pantang-larang, adat

HBIS 2203 istiadat, ramalan-ramalan, pemujaan atau kepercayaan yang menyimpang dari ajaran Islam. Berdasarkan takrif di atas, khurafat merangkumi cerita dan perbuatan yang direka dan bersifat karut dan dusta.

CIRI-CIRI KHURAFAT
Di antara ciri-ciri khurafat ialah: a) Ianya tidak didasarkan pada nas-nas syarak sama ada al-Quran atau al-Hadith. b) Ia merupakan cerita-cerita rekaan, dongeng, khayalan atau kepercayaan karut. c) Ia bersumberkan kepada kepercayaan-kepercayaan lama dan adat yang bercanggah dengan Islam. d) Ia berbentuk pemujaan dan permohonan kepada makhluk halus untuk tujuan yang memudharatkan dan menyeleweng dari akidah Islam. e) Ia menggunakan objek-objek tertentu seperti kubur, pokok dan sebagainya untuk tujuan yang tertentu. f) Ia ada mempunyai unsur-unsur negatif pada akidah dan syariah Islam.

DALIL DALIL NAQLI KURAFAT


Imam al-Syafii pernah berkata: Dulu golongan jahiliah apabila ingin bermusafir akan mengambil burung dan melepaskannya ke udara. Jika ia terbang ke kanan maka mereka pun keluar atas tanggapan tuah itu. Jika ia terbang ke kiri atau ke belakang, maka mereka akan menganggap sial lalu berpatah balik. Maka apabila Nabi SAW diutuskan, Baginda menyeru orang ramai: Kekalkan burung pada sarangnya. )Hadis riwayat Abu Nuaim al-Asfahani dalam Hilyah al-Auliya(. Perkara sebegini termasuk mempercayai ramalan sang sotong Paul yang dinamakan tathayyur atau meramalkan sesuatu kejadian buruk atau baik disebabkan sesuatu perkara. Islam menyelar tathayyur dan menganggap ia mencemar kemurnian tauhid. Islam meletakkan kejadian sesuatu perkara itu bergantung kepada kehendak dan kekuasaan Allah semata-mata.

HBIS 2203 Firman-Nya bermaksud: Katakanlah )wahai Muhammad(: Tidak sekali-kali akan menimpa kami sesuatu pun melainkan apa yang telah ditetapkan Allah bagi kami. Dialah Pelindung yang menyelamatkan kami, dan (dengan kepercayaan itu) maka kepada Allah jugalah hendaknya orang yang beriman bertawakal. )Surah al-Taubah: 51). Meramalkan sesuatu musibah bakal menimpa berdasarkan sesuatu perkara seperti gerakan binatang, kedudukan bintang, waktu atau masa yang tertentu dan lain-lain adalah perbuatan tercela kerana segala sesuatu itu ditetapkan Allah tanpa ada faktor lain mempengaruhi keputusan-Nya. Firman Allah bermaksud: Ketahuilah, sesungguhnya nahas dan malang mereka itu hanya ditetapkan di sisi Allah akan tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui. )Surah al-Araaf: 131). Oleh itu, bagi sesiapa yang membuat sesuatu keputusan berdasarkan tathayyur maka dia terjebak dengan syirik. Daripada Abdullah Ibn Umar, dia berkata, Rasulullah bersabda bermaksud: Barang siapa yang menangguhkan hajatnya kerana al-Thayrah (ramalan buruk kerana sesuatu) maka dia telah berbuat syirik. )Hadis riwayat Imam Ahmad( Daripada Abdullah Ibn Masud, Rasulullah bersabda bermaksud: Al-Thiyarah (menyandarkan keburukan kepada sesuatu) itu syirik, al-Thiyarah itu syirik tiga kali. Dan tidak ada seorang pun dari kita, kecuali (telah terjadi dalam dirinya pengaruh al-Thiyarah) akan tetapi Allah menghilangkannya dengan tawakal. )Hadis riwayat Imam Abu Dawud(. Setiap manusia akan berhadapan dengan perasaan tathayyur tetapi jika kita bertawakal kepada Allah dalam segala perkara yang mendatangkan manfaat dan menjauhi musibah, maka Allah menghilangkan perasaan itu daripada jiwa kita.Oleh itu bagi yang sudah terpengaruh dengan keupayaan Paul dalam membuat ramalan, hendaklah membersihkan jiwa mereka daripada keyakinan sebegini. Paul cuma seekor binatang yang tidak dikurniakan akal. Tentu sekali ia langsung tidak mampu mengenali bendera sesebuah negara atau memahami fungsi kotak dalam akuariumnya.Pergerakannya ke arah kotak dan bendera tertentu hanya kebetulan. Jika kita terjebak dalam perlakuan tathayyur, untuk menebusnya Rasulullah SAW mengajar kita

HBIS 2203 untuk mengucapkan doa: Ya Allah, tidak ada kebaikan kecuali kebaikan-Mu dan tidak ada kesialan kecuali kesialan daripada-Mu dan tidak ada Tuhan selain-Mu. )Hadis riwayat Imam Ahmad)

BENTUK-BENTUK KHURAFAT Di antara bentuk-bentuk khurafat ialah: a) Kepercayaan kepada keramat seperti kubur, pokok kayu, telaga keramat, batu, bukit, tongkat b) Kepercayaan kepada sial majal seperti adat mandi safar, adat mandi membuang sial c) Kepercayaan kepada jin dan memohon pertolongan darinya seperti adat memuja kampung, adat merenjis tepong tawar adat pantai dan sebagainya. d) Kepercayaan kepada bertambah dan berkurangnya rezeki seperti adat memuja semangat padi yang dilakukan oleh petani-petani seperti bersemah (memuja semangat padi) dan membuang ancak di sungai dan laut dan bermain pantai. e) Kepercayaan kepada petanda-petanda dan pantang larang, contohnya seperti tidak boleh melihatkan bayi di muka cermin kerana kelak ia akan mati di dalam air. Tidak boleh keluar ketika gagak berbunyi, takut mendapat sial atau bala dan sebagainya. f) Percaya kepada ramalan-ramalan bintang, angka-angka atau rajah-rajah tertentu. g) Memuja objek-objek tertentu, roh nenek moyang, kubur-kubur yang dianggap wali dan sebagainya.

HUKUM BERAMAL DENGAN KHURAFAT

Islam sangat menitikberatkan soal-soal akidah dan syariah. Segala amalan dan kepercayaan yang tidak berdasarkan kepada sumber-sumber yang asal seperti al-Quran, al-Hadith, Ijma dan Qiyas adalah ditolak oleh Islam.

Sabda Rasulullah s.a.w. : :

HBIS 2203 ) ( Maksudnya: Barangsiapa mengada-adakan di dalam agama kami sesuatu yang tidak ada di dalamnya, maka yang dikerjakannya itu adalah tertolak.

(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Dan sabdanya lagi: : )( Maksudnya: Barangsiapa mengerjakan sesuatu pekerjaan yang tiada di dalam agama kami, maka yang dikerjakannya itu tertolak. ( Riwayat Ahmad dan Muslim) Di dalam Islam, percaya kepada benda-benda yang dijadikan sebagai benda keramat seperti pokok, kubur, telaga dan sebagainya, serta memuja, memohon pertolongan dan melepaskan nazar pada benda-benda berkenaan dan percaya ianya mempunyai kuasa selain dari Allah S.W.T., adalah membawa kepada syirik dan bertentangan dengan kepercayaan tauhid kepada Allah S.W.T. Sabdanya: : ( ) Maksudnya: Percaya kepada burung itu syirik, percaya kepada burung itu syirik, dan tiada seorang pun dari kita melainkan dilanda oleh perasaan itu, tetapi Allah akan menghilangkannya dengan tawakkal. Burung yang disebutkan sebagai contoh termasuk seperti biawak, gagak, kelicap).(Riwayat Abu Daud dan Tirmidzi) :

HBIS 2203 Amalan memuja jin dan memohon pertolongan darinya seperti yang selalu dilakukan oleh seseorang bomoh dan dukun adalah syirik dan menyesatkan. Orang-orang yang bersahabat dan menggunakan jin seperti tukang sihir dan tukang tenun adalah tergolong di dalam golongan orang-orang yang bodoh dan menzalami diri sendiri. Ini dijelaskan oleh Firman Allah S.W.T.: ( : 106) Maksudnya: Dan janganlah engkau menyembah atau memuja yang lain dari Allah, yang tidak dapat mendatangkan manfaat kepadamu dan juga tidak dapat mendapatkan mudharat kepadamu. Sekiranya engkau mengerjakan yang demikian maka jadilah engkau orang-orang yang berlaku zalim (terhadap diri sendiri dengan perbuatan syirik itu). (Surah Yunus: 106)

Sabda Rasulullah s.a.w. : : () Maksudnya: Barangsiapa yang menemui tukang tilik atau tukang sihir dan menanyakan sesuatu kepadanya lalu terus mempercayai apa yang dikatakannya, maka sesungguhnya ia telah mengkufurkan apa yang telah diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. (Riwayat Ahmad dan Hakim)

Sabdanya lagi: : : ( ) Maksudnya: Bukan dari golongan kami sesiapa yang merasa sial atau meminta diramalkan

HBIS 2203 kesialannya atau merenung nasib atau minta ditenungkan atau mensihirkan atau meminta disihirkan. (Riwayat al-Tabrani)

Amalan penggunaan azimat atau tangkal sebagai pelindung diri seperti ilmu kebal, ilmu pengasih, ilmu pelemah hati, ilmu penjauh jin dan sebagainya yang dicampuradukkan dengan sihir adalah syirik dan menyeleweng dari ajaran Islam. Di dalam hadith riwayat Abu Daud dan Iman Ahmad, Rasulullah pernah bersabda: : () Maksudnya: Dari Ibn Masud, katanya: Rasulullah s.a.w. telah bersabda: Sesungguhnya jampi mentera, tangkal dan ilmu pengasih adalah syirik. (Riwayat Abu Daud dan Ahmad)

Jampi mentera juga merupakan bentuk azimat yang seringkali dilakukan sabda Rasululullah s.a.w. : , : : () Maksudnya: Dari Auf Ibn Malik, katanya: Dahulu kamu melakukan jampi di zaman jahiliyah, lalu kami bertanya: Wahai Rasulullah! Bagaimana pendapat tuan dalam hal ini? Beliau bersabda: Perlihatkanlah kepadaku jampi-jampimu itu. Tidak mengapa melakukan jampi-jampi itu selama tidak mengandungi hal-hal syirik. (Hadith Riwayat Muslim) Menurut Dr. Yusuf al-Qardawi di dalam kitab Fatawa al-Muasirah sesuatu jampi itu harus dilakukan berdasarkan kepada 3 syarat:

HBIS 2203 i) Ia mesti didasarkan kepada Allah S.W.T. dan nama-nama-Nya. ii) Ia mestilah dituturkan dengan bahasa Arab dan kata-kata yang boleh difahami maknanya. iii) Beriktikad bahawa ianya tidak memberi kesan dengan sendirinya, tetapi dengan takdir Allah S.W.T.

Di dalam amalan perubatan tradisional, terdapat jenis-jenis jampi yang dibolehkan (diharuskan) dan ada yang diharamkan. Jampi-jampi tersebut ialah: i) Jampi yang diharuskan Jampi jenis ini ialah jampi yang menetapi 3 syarat seperti yang telah dinyatakan di atas.

ii) Jampi yang diharamkan Jampi yang ditegah dan diharamkan ialah jampi yang mengandungi unsur-unsur syirik, pemujaan jin, syaitan, menggunakan ilmu hitam atau sihir, menggunakan bahasa-bahasa yang tidak difahami atau yang bercampuraduk, seperti jampi yang dimulakan dengan sebutan Bismillah atau Alhamdulillah dan diseru nama-nama hantu dan jin, kemudian disudahi dengan ucapan Berkat kata Lailahillallah Muhammadar Rasulullah atau seumpamanya.

CARA MENANGANI MASALAH KHURAFAT DALAM KALANGAN PENDUDUK ISLAM SETEMPAT


Sentiasa memahami dan berusaha untuk mendalami ilmu agama Kadang-kala berlabuh juga perasaan malu di hati kerana memaksa diri untuk

mendalami ilmu agama pada usia senja. Sebenarnya dalam agama tidak ada istilah malu atau seumpamanya kalau kita bertekad untuk mempelajarinya. Sikap yakin mesti ditanam sepenuhnya dalam diri bahawa inilah masa yang terbaik untuk melaksanakan niat setelah sekian lama tertangguh. Faktor umur usah dijadikan alasan untuk mengelakkan diri dari mempelajari ilmu agama. Ingatlah bahawa tempoh masa untuk kita tidak terhad dan terbatas. Islam menetapkan untuk kita bertanyakan sesuatu yang kita tidak tahu dalam hal agama kepada mereka yang lebih

HBIS 2203 tahu. Firman Allah yang bermaksud"..... bertanyalah kamu kepada orang-orang yang

berpengetahuan agama jika kamu tidak mengetahuinya." (43, An-Nahl dan 7, Al-Anbia'). Apa yang lebih utama ialah perbetulkan niat untuk mempelajari ilmu agama seikhlasnya demi kerana Allah dan Rasulnya. Ingat akan tujuan sebenar kita menuntut ilmu iaitu keluar dari kejahilan demi mencari kebenaran dan berpegang kepadanya. Apatah lagi menuntuk ilmu itu adalah diwajibkan kepada setiap lelaki dan perempuan. Dari Anas bin Malik RA katanya: Rasulullah s.a.w. telah bersabda "Menuntut ilmu adalah satufardu yang wajib atas tiap-tiap seorang Islam.( Riwayat Ibnu Majah) Kisah tiga orang lelaki dalam majlis ilmu yang dikendalikan Rasulullah SAW boleh dijadikan pengajaran kepada sesiapa sahaja yang berminat untuk mendalami ilmu agama. Dan khabar yang dibawa oleh Rasulullah SAW boleh dijadikan panduan dalam proses pencarian ilmu keagamaan. Dari Abi Waaqid Allaithy RA menceritakan sewaktu Rasulullah SAW berada di dalam masjid bersama-sama dengan para sahabatnya dalam majlis ilmu, tiba-tiba datang tiga orang lelaki, lalu dua orang terus menyertai majlis ilmu tersebut manakala seorang lagi berlalu begitu sahaja (tanpa menyertainya). Sewaktu kedua-dua orang itu berada dekat halaqah, salah seorang daripada kedua itu melihat ada ruang kosong lalu dia duduk di situ, manakala yang keduanya hanya duduk jauh di belakang. Lelaki yang ketiga beredar. Apabila Rasulullah SAW selesai mengendalikan pengajian lalu Baginda bersabda Mahukah kalian aku khabarkan tentang hal orang bertiga itu? Maka yang pertama itu dia bersungguh-sungguh untuk mencari ilmu, maka Allah melapangkan tempat untuknya, manakala yang kedua itu dia berasa malu ( tidak bersungguh-sungguh) maka Allah juga malu daripadanya ( yakni tidak memberinya ilmu yang banyak) dan yang ketiga itu dia berpaling dari Allah, maka Allah juga berpaling daripadanya (tidak mengendahkannya). Dari Abi Musa, dari Rasulullah SAW telah bersabda "Perumpamaan hidayah dan ilmu yang aku bawa daripada Allah adalah bagaikan hujan yang lebat menimpa bumi; maka ada bahagiannya yang subur dan mudah menyerap air, lalu tumbuhlah pokok dan rumput yang banyak, dan ada pula bahagiannya yang keras hanya menakung air tetapi tidak menyerap, lalu manusia dapat mengambil manfaat daripadanya seperti minum, menyirami dan pengairi

HBIS 2203 tanaman, dan ada pula bahagian yang lain iaitu bahagian tanah yang sama sekali tidak menerima air dan tidak pula tumbuh tanaman (diatasnya). Yang demikian itu adalah perumpamaan (untuk) orang yang memahami agama Allah (tafaqquh fid din), dia dapat mengambil manfaat daripada apa yang diberikan oleh Allah kepadaku, lalu ia mengetahuinya dan mengajarkannya (kepada orang lain); dan perumpamaan (untuk) orang yang tidak mengangkat kepala dengan itu; dan (perumpamaan untuk orang) yang tidak menerima hidayah yang telah diturunkan oleh Allah SWT kepadaku". (Hadis Sahih, Muttafaq 'Alaihi) Sebenarnya ilmu agama yang dipelajari memudahkan kita berhubung dengan manusia dan berhubung dengan Maha Pencipta. Allah berfirman yang bermaksud Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredhaan); dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya. (Surah Al-Ankabuut, ayat 29) Jangan sesekali tersalah meletakkan niat sewaktu kita mendalami ilmu agama. Ada ingin bermegah-megah dengan ilmu yang dimiliknya, bukan untuk membetulkan kesilapan tetapi untuk mencari pengaruh dan populariti diri serta kedudukannya sahaja. Allah maha mengetahui akan hati dan niat yang tersembunyi dalam hati kita. Daripada Ka'ab bin Malik RA katanya Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda : Sesiapa yang menuntut ilmu (agama) bertujuan untuk menyaingi ulama atau berbahas dengan orang jahil atau supaya dengan ilmu tersebut wajah orang ramai tertumpu kepadanya, maka Allah masukkan dia ke dalam neraka." (Riwayat al-Tirmizi dan Ibn Majah) Yakinlah bahawa dengan ilmu agama akan memudahkan kita mengerjakan amal ibadah dan dengan ilmu agama jugalah kita mengenal kebaikan dan kejahatan, dengan ilmu juga kita mengetahui soal-soal duniawi dan ukhrawi. Wajib kita bersyukur atas nikmat yang tidak terhingga yang dikurniakan Allah kepada kita iaitu iaitu nikmat kesihatan, akal dan keamanan yang wujud dalam negara.

HBIS 2203 Pepatah Arab ada menyebut bahawa ilmu itu dicari dan ia tidak mencari kita. Sedarilah bahawa minda kecil itu hanya mampu berbicara tentang manusia, minda sederhana hanya berbicara tentang peristiwa dan minda besar itu layak berbicara tentang idea. Sentiasa memberi penerangan melalui akhbar, poster-poster, risalah-risalah, media massa, jaringan laman sosial dan sebagainya Dengan menggunakan kaedah kedua ini, kita sebagai guru perlulah menyediakan seberapa kerap dan banyak risalah, majalah dan poster-poster diletakkan di tempat yang strategi seperti di masjid masjid ,dewan orang ramai dan tempat tempat selalu penduduk berkumpul. Bahan bacaan yang diberikan hendaklah menggunakan bahasa yang paling mudah difamahi dan sesuai dengan tahap pemikiran penduduk setempat. Cara kupasan isi dan teguran haruslah mudah difahami . Isi dan kupasan yang menarik akan menarik minat untuk para penduduk setempat membaca dan mengikutinya. Selain itu media masa seperti internet amat berkesan untuk memberitahu penduduk setempat temtang amalan khurafat. Media ini amat berkesan kerana ramai anak muda lebih gemar menggunakan bahan internet sebagai bahan rujukan. Sebagai guru kita bolehlah menggunakan blog sebagai bahan perantaraan untuk mendidik penduduk setempat. Dengan blog yang menarik dan perisian bahan yang padat dan terperinci akan menarik minat anak muda untuk membaca bahan bacaan yang kita coretkan di blog. Ini secara tidak langsung akan mendedahkan penduduk setempat melalui penceritaan sesama mereka sewaktu berbual . sewaktu mereka berbual secara tidak langsung maklumat yang mereka perolehi melalui blog tadi akan disampaikan secara tidak formal. Antara lain bahan yang boleh dilakukan ialah dengan meletakkan buku buku ilmiah berkenaan perbuatan khurafat di tempat yang strategik. Dengan meletakkan buku buku dan bahan ilmiah ini mereka akan lebih mudah mendapat bahan maklumat terkini mengenai perbuatan khurafat. Selain blog kita juga boleh menggunakan facebook. Melalui facebook penduduk setempat boleh bertanyakan secara terus tentang perbuatan khurafat. Selain itu guru juga boleh memasukkan perbuatan khurafat yang sering dilakukan oleh penduduk setempat. Dengan menggunakan media tersebut ahli ahli yang terdapat di facebook tersebut boleh berkongsi maklumat sesama mereka. Maklumat tersebut akan tersebar secara tidak langsung.

HBIS 2203 Sentiasa mengadakan program-program yang meningkatkan ilmu seperti seminar, kursus, halaqah dan sebagainya. Selain dari dua cara diatas , program seperti seminar, kursus, halaqah boleh dijadikan medium untuk menyampaikan perbuatan khurafat di kalangan masyarakat. Guru tersebut boleh menjadikan masjid sebagai tempat untuk melalkukan aktiviti tersebut. Kuliah mingguan boleh dilaksanakan. Kebanyakkan masjid- masjid sudah mempunyai jadual kuliah bulanan yang tetap. Para pendakwah yang berkaliber dijemput untuk memberi ceramah dan memberi kuliah kepada penduduk setempat. Secara tidak langsung para penduduk akan lebih mudah bertanyakan permasalah khurafat dan mengenali pendakwah . selain dari kuliah bulanan para guru juga boleh mengadakan halaqah. Sentiasa mengawasi tempat-tempat yang selalu menjadi kunjungan dan tumpuan serta keramat oleh masyarakat Untuk mengawasi tempat- tempat yang selalu menjadi kunjungan dan tumpuan serta keramat ini perlulah dilakukan dalam kumpulan. Satu badan khas perlu ditubuhkan . Kita sebagai guru perlulah menggerakkan penduduk setempat kepentingan mewujudkan badan tersebut. Adakan pagar ditempat yang selalu digunakan sebagai tempat pemujaan. Dengan adanya pagar ini para penduduk akan lebih mudah mengawasi tempat tersebut. Letakkan lampu bagi memudahkan pemantauan bagi penduduk setempat. Antara lain, adakan jadual rondaan kampong. Dengan jadual yang disediakan para penduduk akan bergilir- gilir mengawasi kawasan setempat. Perbuatan kurafat yang akan dilakukan akan dapat dihindarkan. Selain itu edarkan nombor telefon pihak berkuasa seperti jabatan agama islam dan polis. Ini mudahkan penduduk setempat membuat aduan sekiranya mereka terserempak dengan perbuatan khurafat. Kelengkapan rondaan seperti lampu suluh dan peralatan lain perlulah disediakan bagi memudahkan kita membuat rondaan. Kita sebagai guru hendaklah memainkan peranan sebagai pegawai yang bertanggungjawab menyediakan semua kelengkapan.

memperuntuk dan menguatkuasakan undang-undang berkenaan khurafat dengan lebih ketat lagi.

HBIS 2203 Penggubalan undang- undang perlu di wujudkan. Kalau boleh satu lagi perundangan berasaskan islam dinegara kita bagi menjaga agama tauhid ini. ISA sahaja tidak mencukupi mungkin boleh juga diwujudkan akta yang boleh menyabitkan tentang amalan khurafat ini atas kesalahan memesongkan akidah umat islam. Kita sebagai guru agama perlulah mengajukan perkara ini kepada pihak berkuasa untuk difikirkan .

Rumusan
Pada hari ini usaha untuk membendung amalan khurafat merupakan satu usaha yng mencabar. Memang benar masyarakat kita pada hari ini lebih matang berbanding dahulu tapi lebih kepada keduniaan. Kalau tidak masakan gejala maksiat boleh berleluasa. Usaha usaha untuk membasmi dan membanteras gejala khurafat boleh dilakukan memalui kerjasama diantara masyarakat dengan majlis agama bagi menangani semua perkara yang boleh menggugat keteguhan akidah umat islam . Diantara langkah yang perlu diambil ialah menanamkan keyakina kepada masyarakat kita agar tidak mudah mempercayai benda- benda tahyol,mendalami ilmu agama dan jangan terlalu mudah terpengaruh dengan kelebihan seseorang atau sesuatu benda. Manakala jalan penyelesaiannya ialah setiap umat islam hendaklah mendalami ilmu agama sebagaimana yang dinyatakan dalam hadis nabi SAW yang bermaksud aku telah tinggalkan kamu dua perkara selama mana kamu berpegang teguh dengannya,tidak akan sesat selamalamanya iaitu Al.Quran dan sunnah ku.

Biblografi
Bil. Nama Bahan Bacaan Nama Pengarang 1 2 Al - Quran Al - Karim Tafsiran Al Quran ( Tafsir Ibnu Katsir ) Dr. Abdullah bin Muhammad bin Abdurrahman bin Ishaq Al-Sheikh 3 Inilah Akidah Muslim Abdul Hadi Awang 1997 PTS Islamika Batu Caves, Selangor, Tahun diterbitkan 1996 Pustaka Imam Syafii Penerbit Tempat diterbitkan Damsyik Cordova. Jabotabek , Indonesia

HBIS 2203 Malaysia. 4 Ekspress SPM Tingkatan 4 & 5 Pendidikan Islam Khairunnisa Yusoff 2006 Sasbadi sdn. bhd. Petaling Jaya, Selangor, Malaysia 5 Wanita Sholihah Ciri-ciri dan Fungsinya Abu Mohd Jibril Abdur Rahman 1985 Hikmah Enterprise Petaling Jaya, Selangor, Malaysia. 6 40 Hadis Imam Nawawi Ainon Mohd & Arieff Salleh Rosman 2006 PTS Islamika Batu Caves, Selangor, Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai