Aktiviti 3.2
Sigmund Freud terkenal sebagai ahli psikologi yang memperkenalkan konsep id,
ego dan superego dalam analisis personaliti
Jawapan.
Berdasarkan petikan di atas SF freud mengibaratkan ego dan id seperti penunggang kuda
dan kuda. Ego diibarat seperti penunggang kuda manakala id sebagai kuda. Justeru itu, walaupun
kuda tersebut bebas bergerak namun penunggang kuda akan mengawal mengikut perjalanan
yang betul. Walaupun kuda tersebut enggan mengikut penunggang kuda tersebut akan
menggunakan paksaan untuk memastikan kuda tersebut mengikut haluan yang betul.
Konsep ketiga ialah super ego. Tujuan utama super ego adalah untuk mencapai
kesempurnaan. Di mana super ego akan bertindak mengikut norma -norma masyarakat yang
akan cuba untuk menahan desakan id dan memujuk ego supaya memilih matlamat yang bermoral
dan realistik. (supiah58) Super ego wujud dalam diri seseorang sejak lahir lagi hasil didikan
untuk menjadi seseorang individu yang bermoral selaras dengan kehendak – kehendak masyarkat
yang bermoral. Secara umumnya, super ego mempunya 2 ciri utama iaitu “conscience” suara hati
dan “ego ideal” keunggulan ego. Suara hati diperolehi hasil daripada pelaksanaan hukuman oleh
ibu bapa ke atas anaknya manakala keunggulan ego diperolehi apabila ganjaran diperolehi
daripada seseorang apabila berjaya melakukan sesuatu. Contohnya ibu bapa yang memberikan
hadiah kepada anaknya selepas berjaya memperolehi keputusan cemerlang dalam peperiksaan.
Ahli psikologi freud seperti Herrikson dan sebagainya kebanyakkan membincangkan tentang
perubahan tingkah laku berdasarkan suatu model yang jelas. Selain itu, pandangan ahli freud
dalam membincangkan pembentukan tingkah laku berkisar daripada proses pembentukkan
tingkah laku seorang kanak – kanak. Bagi ahli psikologi freud zaman kanak – kanak merupakan
suatu zaman yang amat penting di mana asas tingkah laku seorang manusia bermula daripada
zaman kanak – kanak lagi. Ini bermakna sekirannya proses pembentukkan tingkah laku
seseorang individu mempunyai masalah pada peringkat tersebut maka ini akan mempengaruhi
bukan saja tingkah laku yang buruk malahan minda individu tersebut.
Salah seorang ahli psikologi freud ialah Herrikson. Herrikson sebenarnya banyak
dipengaruhi oleh pandangan freud dalam mebicarakan soal teori perkembangan. Herrikson
melalui karyanya yang bertajuk Childhood and society telah mendapat pengiktirafan daripada
konferen kanak – kanak white house. Melalui karya ini, beliau telah memgemukakan teori
perkembangan Psikososial. Berdasarkan teori ini Herrikson telah memgemukakan 8 peringkat
yang perlu dilalui seseorang kanak – kanak di mana setiap peringkat tersebut mempunyai
masalah ? krisis yang perlu diatasi atau pun diselesaikan oleh kanak – kanak tersebut. Jika
kanak – kanak tersebut tidak dapat mengatasi masalah pada suatu peringkat maka dia akan gagal
pada peringkat – peringkat berikutnya. Ini secara langsung dapat digambarkan kanak – kanak
yang gagal pada tahap tersebut akan menjadi seseorang insan yang tidak sempuran bukan sahaja
dari tingkah laku malahan daripada mindanya. Herikkson telah membahagikan peringkat ini
kepada 8 tahap berdasarkan rajah di bawah.
Sumber: Supaih
Berdasarkan jadual di atas setiap tahap amat penting khususnya dalam membina tingkah
laku seseorang kanak – kanak. Jika diperhatikan rajah di atas peranan ibu bapa amat penting
dalam memastikan seorang kanak-kanak dapat melalui setiap tahap dengan jaya. Tahap satu
hingga 5 menuntut peranan ibu bapa dalam mendidik kanak – kanak tersebut. Hasil yang
diperolehi jika berjaya akan memastikan kanak – kanak tersebut dapat mengatasi tahap keenam
hingga kelapan di mana tahap ini akan banyak dipengaruhi oleh peranan masyarakat kerana pada
tahap ini kanak – kanak tersebut telah hidup dalam masyarakat yang kompleks. Berdasarkan
jadual di bawah menunjukan sifat yang wujud berdasarkan 8 tahap
Tahap sifat
Satu Menanam Sifat Sabar
Dua Membina keazam yang kental
Tiga Membina perasaan bermakna - perasaan melakukan yang baik
Empat Membina persaingan dalam diri
Lima Membina keyakinan diri untuk hidup dalam masyarakat
Enam Kekuatan psikososial (kasih sayang)
Tujuh Memikirkan hidup berkeluarga
Lapan Mewujudkan rasa kesepaduan bagi mengelakkan perasaan putus asa.
Pandangan ahli freud dalam pembentukan tingkah laku pula berbeza dengan pandangan
ahli sosiologi yang lain. Misalnya Karl max yang merupakan tokoh yang radikal di Eropah
ketika itu. Karya beliau Das kapitalis merupakan hasil daripada cetusan idea dan pandangan
beliau terhadap situasi masyarakat di Eropah ketika itu. Malahan das kapitalis merupakan salah
satu faktor kewujudan republik komunis Russia selepas kematian beliau. Bagi Karl Max
pembentukan tingkah laku seseorang ataupun tingkah laku sebuah masyarakat dimulai dengan
teori konflik. Teori konflik berdasarkan Amir Hassan mengatakan bahawa teori konflik
membicarakan mengenai peranan stuktur sosial. Bagi Max yang juga merupakan pengasas
kepada aliran max mengatakan sesuatu perubahan dalam masyarakat sama ada yang berkaitan
dengan perubahan dalam ekonomi, politik dan sebagainya mestilah dimulai dengan konflik. Di
mana dalam konflik ini sudah pasti akan mewujudkan satu perubahan tingkah laku dan
pemikiran masyarakat. Misalnya konflik di antara kelas yang membabitkkan kelas sosial tinggi
dan rendah membabitkan isu ketidakseimbangan pembahagian kekayaan menyebabkan rakyat
menentang golongan kelas atasan dan akibatnya boleh dilihat dalam revolusi boslshenik di Rusia
ketika itu di mana golongan petani bangkit untuk menentang golongan atasan atas ketidupuasan
hati. Tindakan radikal yang tercetus sinonim dengan pandangan Max bahawa konflik boleh
berlaku dalam pelbagai bentuk sama ada berbentuk revolusi ataupun adaptasi dan konflik tidak
akan berubah dan pasti berlaku di mana akan wujudnya pihak yang menang dan pihak yang
kalah. Perubahan tingkah laku akibat teori konflik ini secara langsung menyumbang kepada
perubahan sosial secara menyeluruh. Misalnya kesan penubuhan republik komunis China di
mana kelas sosial tidak wujud, kekayaan dikongsi bersama antara pihak pemerintah dengan
rakyat. Selain itu, tingkah laku masyarakatnya mestilah berpandukan prinsip – prinsip dan
ideologi komunis.
Kesimpulannya, pandangan ahli psikologi freud dengan pandangan ahli sosiologi jelas
mempunyai perbezaannya. Setiap ahli sosiologi mempunyai asas atau pandangan yang
berbeza –beza terhadap pembentukan tingkah laku seseorang individu. Namun demikian, titik
kesamaan Pandangan ahli – ahli freud dan sosiologi dapat dilihat dari segi faktor masyarakat
yang memberikan peranan penting dalam pembentukan tingkah laku manusia.