Anda di halaman 1dari 4

UCAPAN ALU-ALUAN _____________________________________________________

[SALUTASI] Assalamualaikum w.b.t., salam sejahtera dan salam 1Malaysia.

Terlebih dahulu saya memanjatkan kesyukuran kepada Allah s.w.t. kerana dengan limpah kurniaNya, kita berpeluang untuk bersama-sama berkumpul __________________________________ Saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan __________________________________________ atas kesudian

Hadirin yang dihormati, Fungsi wanita bukan sekadar seorang isteri... ibu ...

WANITA kerap dikaitkan dengan pelbagai peranan penting dalam menjamin keharmonian rumah tangga, masyarakat dan negara. Namun, hakikatnya, sama ada kita sedar atau tidak, peranan yang dikhususkan kepada wanita itu diselewengkan sehingga menimbulkan pelbagai kesan burukIni terbukti dengan bertambahnya jumlah wanita yang rosak akhlak, kadar kes perceraian, serta berleluasanya perbuatan jenayah yang dilakukan oleh anak muda akibat daripada salah asuhan atau pengaruh persekitaran. Fenomena ini sewajarnya dipandang serius kerana keutuhan masyarakat pada masa akan datang banyak bergantung kepada sejauh mana wanita menangani permasalahan ini secara bijaksana.

1.Wanita dan keluarga/rumah tangga

Dalam sesebuah rumah tangga, dua peranan utama yang sewajarnya dimainkan oleh seseorang wanita iaitu sebagai isteri dan ibu. Seorang isteri sentiasa mendampingi suaminya sama ada dalam keadaan susah atau senang. Ibu pula terbabit secara langsung dalam memberi pendidikan kepada anak-anak serta menjaga hal ehwal rumah tangga dengan bantuan suami.

2.Wanita dan kerjaya

Islam membenarkan wanita keluar bekerja berdasarkan kepada keperluan seperti ketika ketiadaan suami, ketidakupayaan suami atau bekerja dalam jawatan yang memerlukan khidmat wanita seperti doktor, tenaga pengajar kepada kaum wanita serta bidang lain yang bersesuaian.

Bagaimanapun menurut Islam, keharusan wanita untuk keluar bekerja mestilah mengikut batas syarak iaitu:Kerja itu mesti bersesuaian dengan sifat kewanitaan. Kerja itu tidak menjejaskan peranannya sebagai isteri dan ibu Bertujuan murni sama ada untuk membantu keluarga atau menyampaikan kesedaran Islam kepada wanita lain.Apa yang pasti dengan keluarnya wanita bekerja tidak akan mengubah atau mengabaikan tanggungjawabnya utama sebagai serikandi dan bidadari dalam rumah tangga.

3. Wanita dan tanggungjawab sosial

Apabila memperkatakan peranan dan sumbangan wanita dalam pembangunan masyarakat dan negara, sejarah membuktikan bahawa sejak zaman Rasulullah, wanita secara aktif memainkan peranan mengikut batas ditetapkan. Misalnya, wanita bersama-sama lelaki mempelajari ilmu dan petunjuk Islam. Ada di antara mereka meriwayatkan hadis, bahkan Saidatina Aishah menunjukkan ketokohannya sebagai seorang yang mencapai kedudukan ilmu tinggi. Kepincangan dan kebejatan, terutama di kalangan muda-mudi hari ini sewajarnya menarik perhatian wanita untuk sama-sama berganding bahu mencari penawar paling mujarab. Tugas ini berat dan memerlukan kesabaran, ibarat menarik rambut dalam tepung, rambut tak putus dan tepung tidak berselerak.

4. Menangani peranan wanita secara bijaksana

Keadaan semasa secara tidak langsung memaksa wanita memainkan peranan seimbang di antara alam rumah tangga dan dunia masyarakat luar. Hal ini sebenarnya cabaran besar kepada wanita dan meletakkan wanita di persimpangan.

Persoalannya ialah sejauh mana seseorang wanita itu mampu melaksanakan semua tanggungjawab di atas serentak atau wajarkah mereka mengabaikan salah satu daripadanya? Jawapannya, pasti terletak di tangan wanita. Sesungguhnya wanita sentiasa memerlukan bantuan dan sokongan daripada semua pihak agar dapat menjalankan tanggungjawab dengan lebih berkesan. Perkara berikut adalah di antara panduan yang boleh digunakan oleh wanita untuk membantu mereka menjalankan tanggungjawab itu: Sentiasa memantapkan keimanan kepada Allah dan

meyakini akan pertolongan-Nya. Keimanan mendalam akan dapat melahirkan wanita yang yakin pada dirinya sendiri dan mampu meneroka segala potensi anugerah Allah.

5.Melengkapkan diri dengan tiga ciri utama.

A)Ilmiah iaitu mengetahui sebanyak mungkin ilmu agama dan ilmu lain, termasuk hak sebagai wanita menurut perspektif Islam.

B)Siasah iaitu cuba memahami perkembangan politik tempatan dan antarabangsa untuk meluaskan fikiran dan pandangan sebagai seorang wanita yang peka kepada isu semasa.

C)Amaliyyah iaitu mengamalkan apa yang dipelajari dan difahami secara ilmiah.

Sokongan dan kebersamaan mereka ini menjadi penggerak utama kepada tugas seorang wanita. Kaum wanita perlulah mempelajari secara bersungguh-sungguh bagaimana untuk menguruskan masa dengan lebih sistematik. Selain itu, kita hendaklah sentiasa menjalin hubungan yang baik dengan keluarga mentua seperti menjaga hubungan baik dengan keluarganya sendiri. Kita juga perlulah berlapang dada di atas teguranteguran membina yang diberi oleh sesiapa sahaja untuk memperbaiki diri. Akhir sekali, kita perlu sentiasa beristighfar dan memohon keampunan kepada Allah di atas kesilapan yang dilakukan sama ada disedari atau tidak. Sekian terima kasih.