Anda di halaman 1dari 23

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

TKU 3023

Information And Communication


Technology In Chemistry
Assingment : SMART SCHOOL
Lecturer name : Madam Asmayati
bt Yahaya
Group : B (1.00pm-4.00pm)Thursday

NAME MATRIC NO.


RAFFINE BINTI BAHARUDIN D20081032309
NOR ASILAH BINTI ABD RAFARD20081032308

1
ISI KANDUNGAN
PERKARA MUKA SURAT

1.0 Pengenalan 1

2.0 Konsep Sekolah Bestari 4

3.0 Objektif dan Matlamat Sekolah Bestari 5

4.0 Perbezaan di antara Sekolah Bestari dengan Sekolah Biasa 6

5.0 Kemahiran dan Pengetahuan yang Perlu Ada Pada Guru Dalam Era 6-9
Milennium Untuk Memainkan Peranan Efektif Dalam Pendidikan
Sekolah Bestari

6.0 Peranan Guru, Pelajar dan Ibu Bapa Dalam Mencapai Objektif 9-11
Dan Matlamat Sekolah Bestari

7.0 Asal-usul tertubuhnya Sekolah Bestari 11

8.0 Konsep pembestarian 12

9.0 Komponen Sekolah Bestari 12

9.1 Pengajaran dan Pembelajaran 12

9.2 Pengurusan dan Pentadbiran Sekolah 12

9.3 Sumber Manusia 12-13

9.4 Teknologi 13

9.5 Polisi 13

10.0 Status semasa dan cabaran 13-15

11.0 Rasional bagi penubuhan Sekolah Bestari 15

12.0 Ciri-ciri Sekolah Bestari 16-17

13.0 Rasional projek 17-18

14.0 Isu Sekolah Bestari 18-19

15.0 Faedah Penubuhan Sekolah Bestari 19-20

2
16.0 Kesimpulan 21

Bibliografi

1.0 Pengenalan

Sejak negara kita mencapai kemerdekaan, kita telah mengalami perubahan yang pesat dalam
sistem pendidikan. Bagi meningkatkan mutu pendidikan, dasar-dasar pendidikan negara
sentiasa dikaji dan kurikulum diperkemaskan bagi memastikan keberkesanan pelaksanaannya
dalam menghadapi alaf baru yang sangat mencabar ini terutamanya dalam bidang ekonomi,
politik dan sosial.

“Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi


potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang
seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah
bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta
memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan
negara”.

(Falsafah Pendidikan Kebangsaan)

Bersasarkan petikan di atas, ini jelas menunjukkan bahawa Falsafah pendidikan


kebangsaan berhasrat untuk membentuk perkembangan potensi individu secara holistik dan
bersepadu supaya dapat menghasilkan individu yang seimbang dan harmonis dari segi intelek,
rohani, jasmani dan emosi. Oleh itu, kerajaan telah mewujudkan Sekolah Bestari yang
lengkap dengan teknologi terkini bagi memperbaiki sistem pendidikan negara di samping
menyediakan tenaga kerja mahir bagi menghadapi cabaran alaf baru.

“Memandangkan betapa pentingnya Sekolah Bestari kepada pembentukan generasi akan


datang, kerajaan telah mengambil langkah menjadikan kewujudan Sekolah Bestari sebagi
satu daripada tujuh flagship application dalam projek Mega Koridor Raya Multimedia”

(Ucapan Menteri Pendidikan Malaysia)

Berdasarkan petikan di atas, pengwujudan sekolah bestari ini merupakan satu


daripada tujuh aplikasi Perdana Koridor Raya Multimedia (MSC) Malaysia. Hasrat dan
matlamat kerajaan Malaysia adalah menggunakan sepenuhnya kepakaran teknologi dan
pertumbuhan pesat prasarana MSC untuk menggalakkan pembentukan Sekolah Bestari.

Sekolah Bestari akan membawa kepada pendemokrasian pendidikan sepenuhnya.


Sekolah ini bukan hanya untuk mereka yang pintar tetapi ia merupakan cara bestari bagi
menjamin setiap pelajar sama ada kuat atau lemah, kaya atau miskin dapat mencapai potensi
sepenuhnya dalam cara yang paling sesuai mengikut kadar dan gaya pembelajaran yang

3
berlainan. Teknologi komputer akan membolehkan kepelbagaian dibina dalam sistem
pendidikan.

Terdapat tiga aspek penting dalam pelaksanaan Sekolah Bestari, pertama ialah
menyediakan infrastruktur pelbagai media. Perkakasan akan merangkumi komputer dan
alatan berkaitan, peralatan sidang video dan audio dan infrastruktur komunikasi. Perisian akan
mengandungi pemproses perkataan, spreedsheet, perisian penjaringan, perisian email,
browser, internet, alat pengarang dan perisian latihan.

Kedua ialah aspek latihan. Latihan bagi guru-guru amat penting. Gabungan rapi antara
latihan intensif dan kaunseling adalah perlu untuk membantu guru menyesuaikan diri dengan
persekitaran baru. Ini penting untuk menghapuskan rasa tidak selamat dan rasa tidak berguna
yang akan timbul kerana anjakan paradigma yang radikal dalam perkaedahan dan peranan
guru.

Ketiga ialah aspek bahan kursus. Bahan kursus yang baru, kemaskini dan mencukupi
perlu disediakan. Bahan kursus perlu diperkembangkan bagi semua mata pelajaran dan
pelbagai jenis pelajar. Bahan kursus perlu mempamerkan ciri-ciri seperti pukal disket yang
lengkap, interaktif, mencabar daya kognitif pelajar dan mengandungi penilaian kendiri.

Projek Sekolah Bestari ini sebenarnya terbahagi kepada empat fasa utama. Dalam fasa
pertama (1996-2002), tumpuan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) adalah melaksanakan
Sekolah Bestari rintis. Fasa kedua (2003-2005), tumpuannya adalah memantapkan konsep
bestari sekolah rintis. Dalam fasa ketiga (2006-2010), tumpuan KPM adalah untuk
membestarikan semua sekolah, manakala dalam fasa keempat (2011-2010), fokus KPM
adalah memantapkan pembestarian sekolah tersebut.

Pada tahun 1999, terdapat 90 buah sekolah perintis yang melaksanakan konsep, bahan
pengajaran dan pembelajaran, kemahiran dan teknologi Sekolah Bestari. Dokumen dasar yang
asal tentang Sekolah Bestari Malaysia ialah Smart Schools in Malaysia: A Quantum Leap,
yang disediakan pada Januari 1997. Dokumen ini ialah asas bagi dokumen The Malaysian
Smart School. A Conceptual Blueprint telah disediakan oleh Pasukan Bertugas Bersama
Industri Kementerian Pendidikan Malaysia. Konsep Sekolah Bestari yang terkandung dalam
dokumen The Malaysian Smart Schools: A Conceptual Blueprint merupakan idea yang terus
berkembang dan sentiasa terbuka kepada perubahan dan kemajuan dalam pedagogi dan
teknologi maklumat. Oleh itu, dokumen ini lebih bersifat deskriptif dan perspektif.

4
Selain itu, Pasukan Petugas juga menyediakan dokumen The Malaysian Smart School
Implementation Plan yang menyediakan pelaksanaan sekolah-sekolah di seluruh negara untuk
menjadi Sekolah Bestari. Projek Sekolah Bestari telah menghasilkan lima Concept Request
for Proposal penyelesaian dalam bidang bahan pengajaran dan pembelajaran, sistem
penilaian, sistem pengurusan sekolah, infrastruktur teknologi dan integrasi sistem. Kesemua
ini telah dilancarkan serentak pada Julai 1997.

5
2.0 Konsep Sekolah Bestari

Sekolah Bestari merupakan sebuah institusi pembelajaran yang telah direka bentuk semula
secara sistematik dari segi proses pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan untuk
membantu pelajar menghadapi era maklumat. Sekolah Bestari berkembang dengan
pembentukan staf yang profesional, sumber yang bertambah dan pentadbiran yang cekap.

Ia berasaskan kepada konsep teknologi berhubung dengan mesin pintar (smart


machine) melalui pendekatan pengurusan bersepadu secara berpusat (centralized) dan
pengagihan kuasa pusat (decentralized). Dalam pengurusan pendidikan sekolah bestari ini
kedua-dua pendekatan ini digunakan secara serentak. Sekolah Bestari memberi penekanan
kepada perkembangan individu secara menyeluruh dengan memberi fokus bukan sahaja
kepada dominan intelektual tetapi juga dominan afektif. Justeru itu, teknologi terbaru
digunakan untuk memperkembangkan peranan pengajaran melampaui bilik darjah biasa,
mempertingkatkan kualiti pengajaran ke arah akses kendiri iaitu pembelajaran berpusatkan
pelajar dan mengikut kadar pembelajaran individu. Bilik darjah masih menjadi fokus
pengajaran terus di mana interaksi harian di antara guru dan pelajar lain akan terus menjadi
bahagian penting dalam Sekolah Bestari.

Selain itu, kurikulum di Sekolah Bestari lebih fleksibel dan terbuka. Ianya dirancang
supaya bermakna, mempunyai tanggungjawab sosial, reflektif, holistik, global dan terbuka
berdasarkan matlamat. Ini menggalakkan pembelajaran holistik, membenarkan kanak-kanak
maju mengikut tahap pencapaian masing-masing dan mengambil kira keupayaan, minat dan
keperluan pelajar yang berbeza-beza. Kanak-kanak didik dengan kemahiran berfikir secara
kritis dan kreatif, disemai dengan nilai murni dan digalakkan meningkatkan kefasihan
berbahasa. Kurikulum Sekolah Bestari ini direka untuk membentuk pelajar mencapai
perkembangan yang seimbang.

Pelajar sebagai pembelajar yang aktif di Sekolah Bestari. Pembelajaran yang


berpusatkan budaya berfikir dengan memanfaatkan sumber ilmu dan teknologi serta
menggunakannya secara menyeluruh dan bersepadu dalam pelbagai situasi. Sekolah
memupuk kemahiran penyelesaian masalah yang kreatif bagi menghadapi situasi baru. Pelajar
bertindak dengan berani dalam membuat keputusan dan bertanggungjawab terhadap
keputusan itu. Pelajar akan membuat pengembaraan maklumat mengelilingi dunia untuk
mencari dan mengumpul data. Pelajar akan dapat mencapai sumber tempatan, kebangsaan dan

6
global. Penjaringan melalu internet juga membolehkan interaksi antara pelajar dan guru-guru
yang lain serta orang ramai di seluruh dunia dilakukan.

Dunia pelajar akan diperluaskan melalui perhubungan, pendidikan dan sosial.


Pembelajaran yang bermakna ini dapat memupuk dan mempertingkatkan segala potensi yang
ada pada pelajar secara cekap, ekonomis dan berkesan dengan menggunakan daya fikir,
pengetahuan, kemahiran dan teknologi pendidikan era ini dan cabaran masa hadapan
memerlukan Sekolah Bestari sebagai wadah ke arah pencapaiannya.

3.0 Objektif dan Matlamat Sekolah Bestari

Objektif dan matlamat utama Sekolah Bestari adalah memfokuskan kepada keperluan
membangunkan tenaga kerja mahir dalam era maklumat dan memenuhi hasrat Falsafah
Pendidikan Kebangsaan. Sekolah Bestari bertujuan menyediakan tenaga kerja untuk Malaysia
sebagai negara industri pada abad ke-21. Ia dianggap sebagai aplikasi perdana projek MSC, di
mana diharapkan pelajar produk Sekolah Bestari mempunyai kemampuan
memperkembangkan Malaysia sebagai pusat teknologi dan telekomunikasi antarabangsa
bertaraf dunia. Graduan-graduan Sekolah Bestari menyumbang dalam aktiviti memindahkan
ilmu dalam pelbagai bidang. Semuanya bergantung kepada strategi yang disepadukan.

Falsafah Pendidikan Kebangsaan merangkumi tujuan pendidikan di Malaysia secara


menyeluruh. Ia menyatakan bahawa pendidikan adalah satu usaha berterusan iaitu:

“Untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak


mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi
sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara”.

(Education in Malaysia,1993)

Bagi mencapai hasrat ini, Kementerian Pendidikan mewujudkan Sekolah Bestari


supaya generasi yang dilahirkan dapat memenuhi hasrat dan aspirasi negara seperti yang
terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Oleh itu, secara keseluruhannya, objektif dan matlamat pelaksanaan Sekolah Bestari
adalah untuk mendemokrasikan pendidikan, melibatkan penglibatan pihak berkepentingan,
memastikan perkembangan menyeluruh individu, membangunkan murid yang seimbang dari
segi fizikal, mental, rohani dan emosi dan memberi peluang untuk meningkatkan kekuatan
dan keupayaan individu.

7
4.0 Perbezaan di antara Sekolah Bestari dengan Sekolah Biasa

Terdapat beberapa perbezaan utama di antara Sekolah Bestari dengan sekolah biasa. Pertama,
Sekolah Bestari dihubungkan melalui jaringan kawasan tempatan (LAN) untuk berkongsi
maklumat melalui teleconferencing, pangkalan data dan mel elektronik. Kedua, Sekolah
Bestari dihubungkan melalui jaringan kawasan luas (WAN) ke sekolah lain dan juga
organisasi daerah, negara dan dunia.

Selain itu, Sekolah Bestari dapat disesuaikan mengikut kehendak guru, pelajar dan
pentadbir dengan menyediakan pelbagai perisian aplikasi. Teknologi pengajaran bukan sahaja
melibatkan penggunaan alat-alat bantuan mengajar tetapi merangkumi semua proses yang
kompleks dan bersepadu yang berkaitan dengan pengajaran. Menurut Assosiation of
Educational Communications and Technology (AECT, 1979), teknologi pengajaran adalah
bersabit dengan proses dan sumber pembelajaran dari segi reka bentuk, pengembangan,
penggunaan, pengurusan dan penilaian (Seels and Richey, 1994).

Penerokaan atau pencarian maklumat dan pengetahuan baru tentang cara-cara paling
baik mereka bentuk sistem pengajaran atau bahan-bahan pengajaran dapat diterokai melalui
teknologi pengajaran. Teknologi pengajaran merupakan sebahagian daripada teknologi
pendidikan yang mementingkan penggunaan proses saintifik dalam pengalaman pembelajaran
(AECT, 1979).

5.0 Kemahiran dan Pengetahuan yang Perlu Ada Pada Guru Dalam Era
Millennium Untuk Memainkan Peranan Efektif Dalam Pendidikan
Sekolah Bestari

Sekolah Bestari bergantung kepada guru bestari. Sumbangan yang amat besar dapat diberikan
kepada kebestarian pembangunan masyarakat dan negara melalui kejayaan guru dalam
mendidik dan melahirkan pelajar yang cemerlang dari segi keilmuan, kepimpinan, sahsiah dan
kreativiti yang melangkaui zaman. Guru bukan sahaja seorang yang perlu mengorbankan
masa dan tenaga tetapi juga meluangkan sedikit masa kepada diri untuk memperkembangkan
dan meningkatkan kemahiran serta ilmu dirinya. Guru adalah tonggak kepada sistem
pendidikan dan juga merupakan agen perubahan dalam sistem pendidikan.

Oleh itu, sebelum negara dapat melahirkan generasi yang bestari, guru itu sendiri perlu
membestarikan diri mereka. Antara pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan bagi
seseorang guru dalam era kini, untuk menjadikan diri sebagai contoh yang berkesan dalam

8
pendidikan sekolah bestari ialah seorang guru yang bermaklumat dan mengetahui
perkembangan terkini. Guru yang bermaklumat adalah guru yang sentiasa melayari internet
bagi mendapatkan idea-idea pedagogi sesama seperti pengajaran kontekstual, kontruktisme,
pengajaran masteri, pembelajaran akses kendiri dan pembelajaran masa depan dan juga guru
yang sentiasa mendapatkan maklumat dalam bentuk fakta terkini. Guru perlulah
mempelbagaikan corak dan cara pengajaran sesuai mengikut kehendak pelajar yang
mempunyai kecerdasan yang pelbagai.

Selain itu, guru bestari juga perlu menghasilkan modul-modul terkini dan selaras
dengan kemampuan pencapaian tahap pelajar. Apabila seseorang guru bestari itu mempunyai
maklumat dan mengetahui perkembangan terkini, mereka mampu berkongsi maklumat dan
menggunakan ilmu dan kemahiran yang ada dalam menyampaikan matlamat pengajaran.
Guru itu juga perlu mengubahsuai modul-modul yang sedia ada bagi meningkatkan lagi tahap
pencapaian dan kemampuan berfikir para pelajar dengan menambahkan beberapa keperluan
penting dalam modul-modul itu.

Guru bestari juga perlu berkemampuan dalam mengawal proses pembelajaran


mengikut kebolehan dan pencapaian mereka tanpa pelajar merasa jemu dan mereka sentiasa
bermotivasi tinggi untuk mencapai tahap yang ditetapkan. Setiap pelajar dianggap mampu
mencapai tahap yang mereka tetapkan mengikut masa yang ditentukan oleh mereka sendiri.
Seterusnya, guru yang sentiasa bermaklumat dan kemas kini sentiasa satu langkah ke hadapan
dalam menguasai teknologi maklumat yang terkini serta mampu menghebahkannya dalam
kalangan rakan sejawat supaya ilmu dan kemahiran dapat dikongsi bagi memartabatkan lagi
profesion perguruan di mata masyarakat.

Untuk menjadi seorang guru bestari yang baik, mereka perlulah sentiasa bertenaga dan
bersikap positif. Bertenaga dalam konteks fizikal ialah sentiasa cergas dalam tindakan,
pergerakan dan berfikir, dan juga menjaga tahap kesihatan diri dalam keadaan yang baik.
Mereka juga tidak kenal dengan erti jemu dan sentisa berfikiran positif, proaktif dan inovatif.
Bertenaga dalam konteks pedagogi ialah penyampaian dan kaedah pengajaran. Guru bestari
sentiasa menggunakan modul-modul terkini dan mempunyai kepelbagaian yang dapat
menarik minat serta meningkatkan tahap pencapaian semua pelajar mereka pada tahap yang
ditetapkan.

Guru bestari juga sentiasa mengutamakan pengajaran dan pembelajaran berpusatkan


kepada pelajar serta berasaskan kepada pembelajaran aktif dan meletakkan motivasi
belajarnya pada tahap yang tinggi . Pelajar-pelajar mereka sentiasa cergas dan proaktif serta

9
ceria dalam melaksanakan semua tugasan di samping menekankan penerapan nilai-nilai murni
yang dapat membentuk sikap, mementingkan kecemerlangan bersama dan semangat setia
kawan yang tinggi. Guru bestari sentiasa memandang pelajar sebagai seorang pelajar yang
berpotensi tinggi yang boleh dikembangkan lagi tahap pencapaian mereka dengan sebaik
mungkin. Seorang guru bestari juga tidak perlu memandang rendah dan remeh terhadap
potensi pelajar mereka dan jangan pula sesekali menidakkan kebolehan dan idea-idea mereka.

Guru bestari juga perlu sentiasa meningkatkan semangat dan daya juang yang tinggi
dan keyakinan yang tinggi dalam diri pelajar supaya pelajar sentiasa menyedari akan
kebolehan dan kemampuan dalam menyelesaikan masalah dengan kreatif. Guru yang inovatif
berkemampuan untuk menukarkan isi kandungan buku teks kepada bahan digital yang
menarik dan interaktif. Bahan-bahan animasi yang berwarna-warni boleh diperolehi daripada
internet. Selain itu, kamera digital juga boleh digunakan untuk menghasilkan Big Book dalam
bentuk persembahan powerpoint ketika mengajar dan membina soalan interaktif seperti
mengisi tempat kosong, memadankan kata serta soalan aneka pilihan.

Selain itu, guru bestari juga perlu sentiasa bersifat penyayang. Mereka melihat pelajar
sebagai satu aset negara yang paling berharga dan perlu digilap dengan penuh rasa
tanggungjawab dan penuh keyakinan supaya mereka dapat menjadi warganegara yang berjaya
dan menyumbang kepada kemakmuran dan kemajuan negara ke arah menjadikan Malaysia
sebagai sebuah negara yang maju menjelang tahun 2020. Guru bestari yang bersifat
penyayang akan menjadi pembimbing dan pemudah cara dalam menangani sebarang masalah
pelajar dalam pengajaran dan pembelajaran. Setiap masalah yang diutarakan oleh pelajar
mereka sama ada masalah akademik atau peribadi akan ditangani oleh guru dengan sebaik
mungkin tanpa menganggap itu sebagai satu beban malah menganggap ini sebagai satu
peluang untuk memberikan jalan yang terbaik dan berkongsi idea bersama para pelajar dan
secara tidak langsung dapat memberikan peluang kepada pelajar supaya dapat menyelesaikan
masalah itu sendiri.

Guru bestari perlu sentiasa menyedari dan memahami aspirasi negara dalam
melaksanakan Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk melahirkan pekerja-pekerja yang
mahir, sesuai dengan tuntutan negara pada era ini. Guru bestari akan menerima segala amanah
yang diberikan dalam membentuk pelajar yang cemerlang sebagai satu agenda yang utama.
Guru akan sentiasa berfikiran kritis dan kreatif bagi merangsang pelajar supaya menggunakan
segala kebolehan serta meningkatkan potensi pelajar ke arah yang lebih baik dalam
menghasilkan pekerja-pekerja yang cemerlang dan berketerampilan.

10
Dengan menumpukan kepada perkembangan individu, guru digalakkan untuk
membina kemahiran sosial pelajar dan juga menerap nilai moral dan etika yang baik serta
nilai profesionalisme yang tinggi. Pelbagai kaedah pengajaran dan pembelajaran digunakan di
Sekolah Bestari. Antaranya, ialah strategi inovatif yang berasaskan teknologi seperti
perbincangan dengan rakan jauh, pembelajaran jarak jauh, penggunaan data sebagai sumber
maklumat, memproses maklumat dan menghubungkan dapatan. Interaksi pelajar dan guru
sama ada dalam kumpulan kecil atau individu masih menjadi sebahagian daripada kursus
pengajaran dan pembelajaran.

6.0 Peranan Guru, Pelajar dan Ibu Bapa Dalam Mencapai Objektif dan
Matlamat Sekolah Bestari
Guru berperanan sebagai pembimbing di sisi para pelajar dalam memberikan sokongan
psikologi dan galakan. Guru akan bertanggungjawab menyediakan suasana yang
menggalakkan pembelajaran ke arah kendiri yang kreatif dan berdikari. Guru akan
mengenalpasti matlamat mendefinisikan halatuju bagi pelajarnya, memandu kemajuan ke arah
matlamat tersebut dan membenarkan pelajar belajar dengan kadar tersendiri. Pelajar juga akan
mendapat perhatian secara individu daripada guru. Komputer akan mengambil alih rutin dan
penyampaian maklumat dan membebaskan guru daripada tugasan yang remeh supaya mereka
dapat menumpukan perhatian terhadap aspek pendidikan yang bersifat kemanusiaan.

Sebagai seorang guru bestari, mereka perlu menukar peranan di dalam bilik darjah
elektronik, daripada menjadi pembekal maklumat bertukar kepada fasilitator untuk
mendorong pelajar-pelajar mengembangkan pengetahuan dan daya pemikiran mereka dalam
memilih sumber-sumber maklumat yang baik. Mereka perlu berperanan dan menjadi seorang
pemimpin yang konstruktivis di mana guru itu menggalakkan pembelajaran yang berpusatkan
pelajar dan pencetus pemikiran pelajar. Dengan itu, kita dapat melahirkan pelajar yang
berdikari dan juga berfikiran kritis dan kreatif. Guru itu juga perlu menjadi pemimpin yang
inovatif dan kreatif dengan mendalami ilmu dan mahir menggunakan pelbagai strategi untuk
menampung keperluan pelajar yang berbeza dari segi kepentingan gaya pembelajaran. Ini
penting kerana dapat membantu pelajar yang mempunyai tahap pemahaman dan kecerdasan
yang berbeza.

Seterusnya, guru itu juga perlu mahir menggunakan teknologi multimedia. Teknologi
pada era ini sentiasa berkembang, maka guru dinasihatkan supaya sentiasa mengikuti
perkembangan teknologi tersebut dan mempelajarinya. Dengan itu, idea-idea baru sentiasa
dapat dihasilkan dari semasa ke semasa dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Guru itu

11
juga perlu mempunyai kemahiran komunikasi yang baik. Ini penting bagi memudahkan cara
penyampaian dan maklumat yang akan disampaikan akan diterima dengan jayanya.
Penguasaan ilmu yang mantap adalah penting terutamanya dalam subjek yang diajar. Ini juga
adalah salah satu pra syarat dalam menjadi seorang guru di Sekolah Bestari. Penguasaan ilmu
ini penting supaya guru dapat menyampaikan pengajaran dengan sempurna dan tidak terkial-
kial apabila pelajar menanyakan soalan. Bagi mencapai matlamat Sekolah Bestari, seseorang
guru itu juga perlu menerapkan nilai yang boleh membawa perhubungan ilmu yang diajar dari
aspek nilai murni. Penerapan nilai murni boleh dilakukan dengan menjadikan seorang guru itu
sebagai role model atau contoh yang baik kepada pelajar.

Penanda aras sesuatu kejayaan dalam pembestarian sekolah adalah pelajar itu sendiri.
Kebolehan pelajar membuat pilihan dan menyesuaikan diri dengan sistem pendidikan yang
kurikulumnya menekankan kepada penggunaan ICT dan para pelajar dapat belajar bagaimana
belajar dengan menggunakan segala kemudahan yang disediakan. Pelajar harus dapat merasai
bahawa komputer telah memudahkan pemahamannya dalam konsep-konsep yang susah
difahami sebelum ini. Pelajar juga boleh meningkatkan kemahiran dan kemampuan mereka
dalam ICT daripada sumber-sumber luar seperti di rumah. Namun, tidak dinafikan bahawa
akan ada pelajar yang akan ketinggalan kerana tidak mempunyai kemudahan di rumah. Selain
itu, pelajar itu juga perlu sentiasa mengaplikasikan ilmu ICT yang dipelajari supaya tidak lagi
kekok mengaplikasikannya pada masa hadapan. Dengan itu, pendidikan yang berterusan
dapat dicapai. Pelajar itu juga boleh menggunakan kemudahan internet untuk menyiapkan
tugasan yang diberikan oleh guru, selain dapat membuat persembahan dengan menggunakan
powerpoint sebagai alat dalam membantu pembelajaran.

Dalam mencapai matlamat Sekolah Bestari, ibu bapa juga turut memainkan
peranannya yang tersendiri. Ibu bapa harus membantu pendidikan anak mereka dan
mengambil tahu pelbagai aktiviti yang diceburi oleh anak mereka di sekolah. Ibu bapa
seharusnya lebih peka terhadap keperluan semasa pendidikan anak-anak mereka agar
kejayaan dapat dicapai. Kepekaan ini mampu menyediakan anak-anak mereka untuk bersaing
dalam era globalisasi. Ibu bapa juga boleh membina hubungan dengan pihak sekolah dengan
mengikuti segala perkembangan yang berlaku di sekolah seperti anak mereka diajar tentang
cara menggunakan komputer. Secara tidak langsung, mereka juga boleh turut mempelajari
cara menggunakan IT. Ibu bapa juga boleh menyediakan kemudahan komputer di rumah
supaya pelajar dapat mengaplikasikan apa yang dipelajari di sekolah dapat dipraktiskan di
rumah. Ibu bapa juga tidak perlu malu dan turut serta dalam menerokai ilmu baru.

12
7.0 Asal-usul tertubuhnya Sekolah Bestari
Pengwujudan Sekolah Bestari ini merupakan satu daripada tujuh aplikasi Perdana
Koridor Raya Multimedia ( MSC ) Malaysia. Berlandaskan ini, hasrat dan matlamat
kerajaan Malaysia menggunakan sepenuhnya kepakaran teknologi dan pertumbuhan pesat
prasarana MSC untuk menggalakkan pembentukan Sekolah Bestari." Memandangkan
betapa pentingnya Sekolah Bestari kepada pembentukan generasi akan datang, kerajaan
telah mengambil langkah menjadikan penjelmaan Sekolah Bestari sebagai satu daripada
tujuh ' flagship application ' dalam projek Mega Koridor Raya Multimedia"
( Ucapan Menteri Pendidikan Malaysia ).

Pada tahun 1999, sembilan puluh buah sekolah perintis akan dijadikan nukleus bagi
melaksanakan konsep, bahan pengajaran dan pembelajaran, kemahiran dan teknologi Sekolah
Bestari. Dokumen dasar yang asal tentang Sekolah Bestari Malaysia ialah Smart Schools in
Malaysia: A Quantum Leap, yang disediakan pada Januari 1997. Dokumen ini ialah asas bagi
dokumen The Malaysian Smart School. A Conceptual Blueprint yang disediakan oleh
Pasukan Petugas Bersama Industri Kementerian Pendidikan Malaysia. Konsep Sekolah
Bestari yang terkandung dalam dokumen The Malaysian Smart School: A Conceptual
Blueprint merupakan idea yang terus berkembang berterusan dan sentiasa terbuka kepada
perubahan dan kemajuan dalam pedagogi dan teknologi maklumat. Oleh itu, dokumen ini
lebih bersifat deskriptif daripada preskriptif.

Pasukan Petugas juga menyediakan dokumen The Malaysian Smart School Implementation
Plan yang menyediakan pelaksanaan sekolah-sekolah di seluruh negara untuk menjadi
Sekolah Bestari. Selain itu ,projek Sekolah Bestari menghasilkan lima 'Concept Requests For
Proposals' penyelesaian dalam bidang berikut. Antaranya ialah, bahan pengajaran dan
pembelajaran, sistem penilaian, sistem pengurusan sekolah, infrastruktur teknologi, dan
teknologi sistem. Kesemua ini telah dilancarkan serentak pada Julai 1997.

8.0 Konsep pembestarian


Teachers will need to change their role in the electronic classroom from being information
providers to counselors to help students develop know how and judgment to select information
sources. Key to success in the Information Age will be making the right judgements between an
awesome array of choices. We are examining our education system to create a curriculum
where people learn how to learn for continuing education throughout their lives.
( Tun Mahathir Mohamed, Launch of the
Multimedia Super Corridor 1 August 1996)
The smart school program will be re-modelled and its implementation fasttracked to enable
more schools to benefit, at lower cost to the government. Smart schools will have access to the
Internet through the SchoolNet program, which is already at an advanced stage of
implementation. Advanced teaching and learning materials developed through the Smart

13
School Pilot program will be utilised for teaching, while the Smart School Management System
will be used to improve administration processes.
(Dato’ Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi,
Launch of The Multimedia Super Corridor
(M.S.C.) Next Leap, 3 July 2004)
… pembestarian sekolah adalah selaras dengan hasrat Perdana Menteri,Datuk Seri Abdullah
Ahmad Badawi untuk menjadikan sekolah-sekolah awam lebih berdaya saing, kondusif dan
moden mengikut arus pembangunan semasa. Dalam proses pembestarian sekolah, sasaran
kementerian ialah untuk meningkatkan nisbah komputer kepada murid, masa dedahan murid
dan guru kepada penggunaan komputer dan mengaplikasikan teknologi yang berkesan dari
segi kos.
(Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein,
Menteri Pelajaran Malaysia, 7Mei 2005)

9.0 Komponen Sekolah Bestari

Terdapat lima komponen utama Sekolah Bestari iaitu:

9.1 Pengajaran dan Pembelajaran

Proses pengajaran dan pembelajaran merupakan tunjang (core) atau jantung kepada Sekolah
Bestari. Proses berkaitan dengan kurikulum, pedagogi, penilaian, bahan pengajaran dan
pembelajaran yang disediakan adalah untuk meningkatkan kecekapan dan keberkesanan
murid belajar. Konsep yang diketengahkan adalah bertujuan sebagai pemudah untuk murid
melakukan akses kendiri, terarah kendiri dan kadar kendiri.

9.2 Pengurusan dan Pentadbiran Sekolah

Pengurusan dan pentadbiran sekolah adalah ‘pemandu’ atau ‘otak’ kepada Sekolah Bestari
yang dilaksanakan dengan bantuan elektronik. Software dalam pengurusan dilihat dapat
membantu pihak pentadbir sekolah mengurus sumber dan proses yang menyokong fungsi
pengajaran dan pembelajaran dengan cekap dan berkesan.

9.3 Sumber Manusia

Sumber manusia adalah merujuk kepada kepakaran dan tanggungjawab pihak berkepentingan
untuk memainkan peranan lebih banyak dalam meningkatkan prestasi sekolah. Pihak
berkepentingan tersebut termasuk ibu bapa, komuniti, sektor swasta dan sebagainya. Semua
pihak tersebut perlu terlibat secara berterusan dalam pembangunan profesional dan
pengetahuan dalam pengurusan, pengajaran dan pembelajaran dan aspek-aspek lain Sekolah
Bestari.

9.4 Teknologi

14
Teknologi digunakan sebagai peningkatan kemajuan dan pemikiran Sekolah Bestari seperti
pengajaran-pembelajaran, pengurusan dan perhubungan dengan pihak luar.

9.5 Dasar

Bagi memastikan kejayaan pelaksanaan Sekolah Bestari, dasar dan peraturan yang sedia ada
perlu diubah. Ada kemungkinan besar, dasar dan peraturan baru perlu digubal semula.

10.0 Status semasa dan cabaran


Sekolah Bestari secara ringkas boleh didefinisikan sebagai suatu sistem pendidikan
yang mana proses pengajaran dan pembelajaran lebih berpusat kepada pelajar dengan
menggunakan pendekatan yang lebih kritis dan kreatif serta menggunakan teknologi sebagai
pengupaya. Penggunaan ICT sebagai bahan bantu dalam proses pengajaran dan pembelajaran
merupakan jantung Sekolah Bestari. Pendekatan ini tidak hanya terhad dalam kurikulum,
pedagogi, pentaksiran, pengajaran dan pembelajaran, malah juga dalam bidang pengurusan
sekolah. Pengurusan dan pentadbiran sekolah dibestarikan agar pengurus sekolah dapat
menguruskan perjalanan sesebuah sekolah dengan lebih efektif.

Walau bagaimanapun, dalam proses menubuhkan Sekolah Bestari di seluruh negara,


KPM kemudiannya telah mengambil langkah bijak dan kos efektif dengan memperkenalkan
Program Pembestarian Sekolah. Ini memandangkan untuk membekalkan infrastruktur
teknologi penuh sebuah Sekolah Bestari, Kerajaan perlu membelanjakan sebanyak RM1.8
juta, manakala untuk membekalkan infrastruktur teknologi makmal komputer, kerajaan
memerlukan peruntukan sebanyak RM642,000 bagi sebuah sekolah. Oleh itu, alternatif yang
terbaik adalah dengan cara membestarikan sekolah sedia ada yang hanya memerlukan
peruntukan yang jauh lebih rendah untuk setiap buah sekolah.

Program Pembestarian Sekolah memberi maksud mengaplikasikan konsep Sekolah


Bestari pada semua sekolah rendah dan menengah di seluruh negara. Komponen utama
pembestarian sekolah adalah berfokus kepada pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan
sekolah berbantukan ICT. Proses Pembestarian sekolah dapat melatih guru dan pelajar
berkemahiran dalam bidang ICT. Justeru, kemahiran yang diperoleh dapat melahirkan pelajar
yang mengamalkan pembelajaran akses kendiri (self-accessed), terarah kendiri (self-directed)
dan kadar kendiri (self-paced).

Pelaksanaan pembestarian ini mengambil kira (leveraging) semua inisiatif ICT yang
sedia ada di sekolah merangkumi tiga perkara utama iaitu hardware, software dan wetware.
Untuk itu, KPM telah pun membekalkan pelbagai peralatan dan kemudahan ICT seperti

15
komputer, pencetak, server, projektor dan rangkaian. Statistik sehingga April 2005
menunjukkan sebanyak 4500 buah sekolah rendah dan menengah di seluruh negara telah
dilengkapi dengan makmal komputer, sementara 8120 buah sekolah telah dirangkaikan
dengan capaian internet berjalur lebar melalui rangkaian SchoolNet.

Pelbagai perisian kursus telah dibangunkan, baik oleh pihak KPM mahu pun dengan
kerjasama pihak swasta. Perisian kursus untuk kegunaan Sekolah Bestari yang melibatkan
empat mata pelajaran iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik telah
dibangunkan dengan kerjasama pihak swasta. Selain daripada menghasilkan perisian kursus
untuk digunakan oleh guru dan pelajar dalam program Pengajaran dan Pembelajaran Sains
dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).

Pembestarian sekolah melibatkan pengurusan pendidikan yang lebih cekap dan


berkesan dengan penggunaan aplikasi Smart School Management System (SSMS),
Educational Management Information System (EMIS) dapat membantu memperkemaskan
pengaliran dan perkongsian maklumat di peringkat sekolah, jabatan dan kementerian.

Latihan kemahiran ICT kepada individu yang terlibat sentiasa diadakan dari semasa ke
semasa. Pentadbir sekolah, guru, staf sokongan dan personel di pelbagai peringkat Pejabat
Pendidikan Daerah, Jabatan Pelajaran Negeri, dan Bahagian-bahagian di KPM turut
dibimbing dan dilatih menggunakan segala kemudahan ICT yang disediakan.

11.0 Rasional Bagi Penubuhan Sekolah Bestari


Seiring dengan penubuhan Malaysia menjurus kepada era teknologi dan pembangunan MSC,
bidang pendidikan sememangnya menjadi tunggak kepada perubahan dan pembangunan itu.
Oleh itu, terdapat beberapa rasional bagi penubuhan Sekolah Bestari, seperti :
- Mewujudkan masyarakat pelajar saintifik dan progresif dengan bertumpukan teknologi
maklumat.
- Menyediakan tenaga teknokrat untuk perindustrian negara sebagai pekerja ilmu (knowledge
worker).
- Pengajaran pembelajaran berbantu teknologi di sekolah akan lebih menarik dan berkesan
bagi meningkatkan pencapaian pelajar. Teknologi membolehkan pelajar menikuti program
berdasarkan minat dan keupayaan.
-Meringankan beban guru dalam tugas pentadbiran seperti kerja-kerja perkeranian,
pengurusan dan penilaian pelajar melalui penggunaan sistem pengurusan berbantu
teknologi. Dengan ini guru boleh menumpukan lebih masa dan perhatian kepada
pemupukan nilai pelajar.

16
Selain itu, inisiatif penubuhan sekolah bestari mempunyai enam tujuan utama . Dua
daripada sasarannya adalah tertumpu kepada individu. Pertama menghargai pembangunan
individu yang meliputi intelektual, fizikal, emosi dan domain spiritual. Kedua, meyediakan
peluang kepada individu untuk membangunkan kekuatan dan kebolehan mereka. Matlamat
ketiga adalah berhubung dengan keperluan sosial iaitu untuk menyediakan tenaga kerja yang
berfikir berasaskan teknologi. Matlamat keempat dan kelima adalah disasarkan kepada Sistem
Pendidikan, iaitu untuk mendemokrasikan pendidikan dengan setiap kanak-kanak mempunyai
peluang yang sama untuk belajar, manakala matlamat keenam ialah meningkatkan
penglibatan semua golongan seperti ibu bapa, ahli komuniti dan sektor swasta dalam proses
pendidikan.

12.0 Ciri-ciri sekolah bestari

Sekolah Bestari di malaysia mempunyai ciri-ciri yang berbeza daripada sekolah-sekolah yang
sedia ada. Antaranya, sekolah bestari disalurkan melalui jaringan kawasan tempatan (LAN)
untuk berkongsi maklumat melalui teleconferencing, pangkalan data dan mel elektronik. LAN
menyediakan laluan elektronik untuk pelbagai jenis maklumat (suara, video, data dan teks).
Jaringan ini membolehkan perkongsian maklumat antara pelajar, guru dan kemudahan fizikal.
Ini menggalakkaan kerjasama antara guru dan pelajar bagi meningkatkan kualiti pengajaran
dan pembelajaran.

Selain itu, Sekolah Bestari juga dihubungkan melalui jaringan kawasan luas (WAN)
ke sekolah lain, organisasi, daerah, negara dan dunia. Sekolah Bestari dihubungkan ke
sekolah dan organisasi yang lain sama ada daerah , negeri, negara ataupun seluruh dunia.
Beberapa media perhubungan dapat digunakan seperti satelit, siaran dan kabel televisyen,
telefon dan gelombang mikro. Perhubungan ini menyediakan pelbagai kemudahan. Malah
turut memberi peluang kepada pelajar menjalani pembelajaran jarak jauh.

Dengan adanya video konferensi, pihak pentadbir dan guru tidak perlu meninggalkan
sekolah bagi menghadiri mesyuarat peringkat daerah dan negeri. Perhubungan WAN pula
dapat menyediakan pelbagai sumber secara online bagi membolehkan guru dan pelajar
mendapatkan maklumat dari rumah.

17
Sekolah Bestari dapat disesuaikan mengikut kehendak guru, pelajar dan pentadbir
dengan adanya pelbagai perisian aplikasi. Persekitaran Sekolah Bestari dapat menampung
keperluan setiap kumpulan utama iaitu pelajar, guru dan pentadbir. Sistem teknologi
digunakan sebagai alat bagi menjadikan pengajaran dan pembelajaran serta pentadbiran di
sekolah yang lebih cekap dan berkesan.

Sekolah Bestari mengajar dengan memimpin pelajar belajar dengan cara bekerja.
Mereka juga digalakkan menjadi lebih bertanggungjawab terhadap pembelajaran sendiri
terutamanya dalam menentukan matlamat, memilih urutan kerja dan kaedah pengajaran yang
disukai. Malah, mereka juga turut digalakkan memantau dan menilai kemajuan sendiri serta
membuat keputusan dengan guru sama ada kerja-kerja pemulihan dan pengayaan perlu dibuat
ataupun tidak.

Pembelajaran Sekolah Bestari disesuaikan dengan keperluan individu. Mereka tidak


hanya menerima pengetahuan secara pasif kerana ia berpusatkan pelajar atau student-
centered. Metode ini digunakan bagi menggalakkan mereka meniliti dan mengaitkan idea dan
konsep yang dibawa daripada pengalaman di luar ataupun mata pelajaran lain. Tambahan
pula, interaksi pelajar dan guru sama ada dalam kumpulan kecil ataupun individu masih
menjadi sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran.

Di samping itu, peranan guru diubah daripada seorang pemberi maklumat kepada
fasilitator dalam proses pembelajaran. Oleh itu, peranan guru di dalam bilik darjah adalah
sebagai penggalak pembelajaran di mana arah atau matlamatnya ditentukan oleh pelajar
sendiri.

Sebagai keperluan para pentadbir pula, penggunaan teknologi maklumat berfungsi


sebagai alat yang dapat menyimpan data dan memudahkan pentadbir mendapatkan semula
data yang banyak. Ia juga memudahkan pentadbir mendapatkan semula data yang banyak. Ia
juga memudahkan kerja-kerja memproses dan menyampaikan hasil yang berkaitan untuk
pentadbir membuat keputusan. Oleh itu, aplikasi multimedia sangat berguna kepada pentadbir
bagi menyediakan laporan dan pembentangan.

13.0 Rasional projek

Projek Sekolah Bestari berasaskan kepada keperluan negara dari segi pembangunan ekonomi
dan masyarakat. Keperluan utama adalah melahirkan tenaga pekerja berilmu bagi menampung
sektor industri di Malaysia yang dijangka akan mencapai status negara maju menjelang abad
ke-21. Koridor Raya Multimedia (MSC) telah dibangunkan dengan negara Malaysia berhasrat

18
untuk menjadi pusat telekomunikasi yang berupaya membangunkan dan melaksanakan
pemindahan teknologi dan seterusnya berkembang melalui aktiviti penyelidikan dan
pembangunan tempatan. Seterusnya diharapkan dapat menghasilkan produk-produk inovatif
yang boleh mendapat edaran luas di pasaran dunia.

Sistem pendidikan kebangsaan haruslah dapat mengeluarkan lepasan sekolah yang


berdaya fikir dan kreatif serta mampu menjana idea dan rekaan baru untuk membangunkan
industri berasaskan produk dan perkhidmatan bernilai tambah. Kejayaan negara Jepun ,
misalnya dengan mengubahsuaikan teknologi yang dipinjam dari barat melalui cara inovatif
dengan mengeluarkan produk pintar yang tidak difikirkan oleh pengeluar asalnya memberi
inisiatif kepada Malaysia untuk mengikut. Mungkin dengan cara ini, Malaysia akan berjaya
bersaing dengan negara maju yang lain supaya tidak ketinggalan dalan arus pembangunan
dunia.

Anjakan paradigma kepada budaya yang berasaskan ilmu dan pemikiran di sekolah-
sekolah perlu dilakukan. Sebaliknya, budaya mementingkan peperiksaan perlu digantikan
dengan budaya cintakan ilmu, kecenderungan membuat penyiastan, bersifat ingin tahu dan
rajin meneroka bidang-bidang ilmu baru serta menghasilakn penemuan baru. Projek
pelaksanaan sekolah bestari ini akan dapat merintis usaha ke arah pengajaran dan
pembelajaran bestari yang perlu dimulakan segera bagi memenuhi hasrat di atas.

Projek ini akan menumpukan kepada pelaksanaan pendidikan bestari di sekolah yang
tidak terpilih dalam sampel sekolah bestari Kementerian Pendidikan. Pelaksanaan projek ini
diharapkan akan menjadi contoh yang boleh diikuti oleh sekolah-sekolah bukan sampel yang
lain untuk memulakan program pendidikan bestari masing-masing.

14.0 Isu Sekolah Bestari

Bagi menentukan keberkesanan dan kejayaan Kementerian Pelajaran Malaysia , polisi


teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) yang bertulis perlu supaya dapat membimbing
guru-guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Walaupun begitu, tidak ramai guru dan
staf sekolah yang tahu, faham dan menyokong prinsip-prinsip polisi ini.

Malah, sehingga kini, guru-guru yang mengajar di Sekolah Bestari masih belum
memahami dengan sebaiknya konsep sebenar sekolah bestari. Oleh itu, Kementerian
Pelajaran Malaysia perlu menyebarkan risalah ataupun surat pekeliling yang lebih khusus ke
seluruh sekolah di Malaysia.

19
Tindakan ini adalah langkah yang baik bagi menyatakan hala tuju sebenar penubuhan
sekolah bestari dan perkara yang perlu dilaksanakan oleh pentadbiran sekolah dan pihak
atasan iaitu pegawai pendidikan. Bukan itu sahaja, sebaik-baiknya, Kementerian Pelajaran
Malaysia mengadakan bengkel atau seminar yang menerangkan tujuan penubuhan sekolah
bestari ini kepada guru-guru dan juga kakitangan sekolah.

Dalam pelaksanaan sekolah bestari ini, wujud kelemahan di mana tidak semua pelajar
mempunyai komputer di rumah. Kekurangan ini menyebabkan ramai pelajar ketinggalan.
Malah, tidak semua pelajar mampu mengaplikasikan ilmu ICT yang dipelajari. Peluang yang
diberikan kepada pelajar perlu digunakan semaksimum mungkin kerana mereka berpeluang
membangunkan dan menyesuaikan kebolehan ICT di luar waktu persekolahan. Namun, tidak
semua pihak sekolah membenarkan pelajar berbuat demikian.

Masalah ini timbul kerana pentadbir mempunyai persepsi bahawa pelajar yang tidak
mampu menggunakan akan merosakkan kemudahan ICT yang dibekalkan di sekolah.
Tindakan ini menyalahi polisi dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang termaktub bagi
mewujudkan pelajar yang seimbang dan mampu menguruskan kehidupan selepas
menamatkan pengajian.

Pelaksanaan projek sekolah bestari memerlukan pembiayaan kewangan yang tinggi


bagi membolehkan sekolah dibina dengan kemudahan infrastruktur media, kemudahan
sekolah serta latihan kepada guru-guru. Bukan itu sahaja, dengan melaksanakan sekolah
bestari, masa pembelajaran pelajar menjadi lebih lama berbanding pengajaran secara
tradisional.

Konsep sekolah bestari ini agak menyukarkan guru menyelaraskannya dengan tuntutan
sukatan pelajaran dan peperiksaan. Akibatnya, sebahagian guru mengambil masa pendidikan
jasmani untuk mengajar mata pelajaran lain yang lebih penting. Malah ada juga guru yang
menukar kaedah pengajaran mereka kepada format lama kerana sudah ketinggalan jauh
(Sharifah Md. Nor, 2002).

Masalah menyelenggarakan teknologi maklumat ada kalanya menjejaskan proses


pengajaran dan pembelajran. Ini berlaku kerana ada sebahagian sekolah bestari yang hanya
mempunyai seorang guru IT ataupun tidak mempunyai guru ynag mengkhusus dalam bidang
IT. Kos penyelenggaraan yang tinggi menimbulkan masalah kepada guru dan pihak sekolah
kerana masalah ini melibatkan wang, tenaga dan masa.

20
Sebenarnya, pembinaan dan pelaksanaan sekolah bestari bertujuan mencapai hasrat
dan mempercepatkan pencapaian wawasan 2020. Melalui pelaksanan ini, kerajaan Malaysia
mengharapakan lahirnya tenaga kerja yang pakar dalam teknologi, masyarakat yang
mempunyai kualiti hidup yang tinggi serta seimbang dari segi jasmani.\, emosi, rohani dan
intelek. Selain itu, kerajaan mahu melahirkan rakyat yang hidup dalam peerpaduan tanpa
berpecah belah seperti negara serantau lain.

15.0 Faedah Penubuhan Sekolah Bestari

Antara faedah yang dapat diperolehi melalui penubuhan sekolah bestari ini ialah dapat
membantu guru dalam meningkatkan kualiti dalam pentadbiran seperti membuat rekod
pengajaran seharian. Ia juga dapat meningkatkan kemahiran dan pengetahuan guru, contohnya
guru boleh membina blog untuk membantu proses pengajaran. Seterusnya, guru dan pelajar
juga boleh berdiskusi dalam jarak jauh. Contohnya, melalui sesi soal jawab dalam
menyelesaikan masalah dengan pelajarnya. Kebaikan bagi pelajar pula, mereka boleh
menggunakan komputer dengan sebaik mungkin dan membuat tugasan dengan menggunakan
program yang terdapat di dalam komputer. Pelajar juga boleh mencari maklumat tentang
sesuatu subjek, contohnya mencari gambar tentang sesuatu peristiwa yang berlaku pada
zaman perang dunia kedua. Ini dapat membantu pelajar memahami peristiwa itu. Pelajar juga
boleh meningkatkan kemahiran menggunakan komputer. Dengan adanya internet, pelajar
boleh memuat turun nota-nota atau tugasan yang diberikan oleh guru untuk subjek itu.
Contohnya melalui e-learning. Penggunaan ICT juga dapat merangsang minat pelajar untuk
belajar.

21
16.0 Kesimpulan

Kesimpulannya, Sekolah Bestari akan membantu negara melonjak ke zaman


maklumat dengan membekalkan pendidikan yang diperlukan untuk memenuhi keperluan
masa depan negara. Perkembangan Sekolah Bestari juga telah menjadi satu aliran dalam
perkembangan pendidikan yang tidak dapat dielakkan dalam reformasi pendidikan di
Malaysia. Sekolah Bestari ini merupakan sekolah yang dapat melahirkan pelajar-pelajar yang
cerdik dan berpengetahuan serta dijangka dapat bersaing apabila menghadapi wawasan 2020.

Pelaksanaan Sekolah Bestari ini penting kepada negara Malaysia seiring dengan hasrat
menjayakan pemindahan teknologi di Multimedia Super Corridor (MSC) serta menjadikan
Malaysia sebagai pusat pendidikan bertaraf dunia. Selain itu, pelaksanaan Sekolah Bestari ini
diharapkan dapat menjadikan Malaysia sebagai pusat perhubungan dan telekomunikasi
antarabangsa dan model kecemerlangan pendidikan serantau.

Kejayaan dalam melaksanakan Sekolah Bestari ini sebenarnya bergantung kepada


beberapa perkara seperti komitmen sekolah dalam membuat anjakan paradigma dalam budaya
dan proses kerja kini, sokongan daripada pelbagai pihak seperti ibu bapa pelajar, polisi atau
dasar, norma dan panduan yang sesuai bagi menyokong sekolah. Amalan-amalan pentadbiran
yang cekap dan berkesan di setiap sekolah, agihan teknologi maklumat (IT) yang mencukupi
juga membolehkan Sekolah Bestari berfungsi dengan baik.

22
23