Anda di halaman 1dari 6

Sosial Pada era moden aktiviti sosial lebih terbuka berbanding waktu sistem kasta ini di mana kita

dapat lihat golongan kelas kasta boleh duduk semeja dan bekerja dengan golongan kasta bawahan yang di mana dulu nya mereka tidak layak duduk mahupun berkomunikasi dengan golongan kasta atasan ini kerana perubahan ketamadunan dalam sesebuah masyarakat tersebut . dalam aktiviti sosial perkahwinan sedarjat telah semakin dilupakan dan pengamalannya dalam masyarakat moden telah di endah kan dan menyebabkan sistem perkahwinan kasta dilupakan. kasta menitik beratkan perkahwinan kerana ia akan mengubah struktur kasta dan menyebakkan mereka akan terkena karma ataupun musibah . semasa era sistem kasta, masyarakat dibahagikan mengikut pengelasan taraf hidup namun pada era moden masyarakat tidak ada struktur pengelasan namun ia bergantung pada kemahuan masyarakat tersebut ingin berjaya . pengaruh kemodenan aktiviti sosial dalam masyarakat India hari ini adalah datang dari pihak British dan pejuang anti kasta .

Pada era moden ini perkahwinan sesama kasta atau sedarjat masih diamalkan lagi tetapi pengamalan amat kurang kerana mentaliti pemikiran masyarakat moden pada hari ini adalah lebih bebas dan terbuka. Hal pengamalan kahwin kasta ini masih diikuti kerana sesetengah golongan atau masyarakat India masih mementingkan darjat sesebuah keluarga dengan cara anak mereka harus mengahwini lelaki atau perempuan setaraf dengan mereka. Namun dalam kalangan masyarakat golongan tertinggi membenarkan anak berkahwin tidak mengikut darjat, contohnya anak lelaki mengahwini perempuan dari golongan sederhana. Golongan tertinggi dalam sistem kasta iaitu Brahmin antara golongan yang berjaya pada zaman India sekarang kerana golongan itu berjaya dalam bidang kedoktoran, kejuruteraan dan guaman. Hal ini menunjukkan bidang yang diterajui oleh golongan ini adalah antara penyumbang kemajuan negara India. Sistem kasta juga menjadi identiti utama negara India dalam bidang politik, social dan undangundang. Tambahan lagi, peringkat terakhir dalam sistem kasta yang dikenali sebagai untouchable masih berada dalam keadaan peringkat bawah atau rendah dalam situasi sosial. Walaupun sistem kasta sudah berlaku lamanya tetapi pada masa kini masih ada meskipun berada di tahap rendah. Hal ini kerana golongan masa kini tidak mengambil peduli tentang darjat atau pangkat sesebuah ikatan atau darjat

Ekonomi Sistem kasta mengahadkan

Agama Perkembangan masyarakat India menjurus kepada kemasukan agama lain seperti Kristian Buddha Sikh Islam Jains dalam negara India . agam hindu zaman moden dan zaman dulu telah mengalamai perubahan di mana sistem kasta bukan lagi sebagai keutamaan dlam kitab mereka dan pegangan mahatma Gandhi telah mengubah pandangan agama hindu. agama lain juga turut mempengaruhi pengamalan kasta dalam masyarakat hindu . dalam agama hindu telah menyatakan sistem kasta ini dalam kitab Manu . tetapi dalam agama lain contoh agama Islam dalam Al-Quran telah menyatakan bahawa manusia ini semuanya sama tiada perbezaan pangkat ataupun darjat . agama berlainan dan begitu juga kefahaman yg dibawa tetapi mempunyai satu tujuan mencari kesejahteraan hidup dan taat kepada perintah tuhan masing-masing . agama lain menganggap agama hindu lama yang menjalankan sistem kasta ini satu penindasan dan tidak terbuka . Era globalisasi telah memberi pengaruh yang kuat ke atas pengalaman dalam menjalankan sistem kasta oleh masyarakat hindu kerana sistem ini tidak terbuka dan banyak penindasan masyarakat India moden menanggap ia pemikiran orang yang kolot dan mempunyai ciri-ciri masyarakat yang tidak maju. Menurut Dr. Ravindra Kumar sesiapa yang mengaitkan agama dan sistem kasta dalam zaman moden ini mereka dikategorikan seorang yang jahil dalam agam dan mementingkan diri sendiri

Budaya Kebudayaan pada era moden ini telah berubah menjadi semakin moden dengan pengaruh dari kuasa luar budaya dalam sistem kasta adalah lama dan tidak menepati ciri budaya hidup moden dan menyebabkan ia tidak lagi diamalkan oleh masyarakat yang lebih moden tetapi masyarakat yang terpencil pula masih mengamalkannya lagi contoh upacara sembah dan upacara yang berkaitan dengan mengorbankan sesuatu .

Politik Sistem politik moden lebih banyak dipengaruhi oleh British manakala sistem politik dalam kasta kebanyakan nya mengikut kitab agama hindu lama . perubahan sistem politik telah berubah sejak kebangkitan golongan anti kasta . Peranan kerajaan dalam sistem kasta Terdapat banyak tindakan kerajaan yang berlaku sebelum dan selepas kemerdekaan untuk mengatasi dan cuba untuk menghapuskan ketidaksamaan dan ketidakadilan yang berkaitan dengan sistem kasta .Dalam tahun 1970-an , ramai pemimpin kasta dianggap dan memanggil diri mereka Dalits. Pergerakan dalit anti-kasta bermula dengan jyotirao phule pada pertengahan abad ke-19 dan beliau memulakan gerakan bagi pendidikan dan meningkatkan taraf wanita , shudra dan dalits dan gerakan yang merebak ke banyak bahagian india. Sebelum kebangkitan anti-kasta golongan ke empat iaitu shudra dan golongan ke lima iaitu dalits tidak di beri keistimewaan dan hak asasi mereka di halang.

Jyotirao phule juga memansuhkan idea untouchability yang bermakna menghapuskan sekatan atas kemasukan ke kuil dan mencari tempat untuk dalits dalam hindu.Kasta tidak membenarkan golongan ke empat dan kelima dan mereka di haramkan ke kuil dan tempat awam.Mahatma Ghandi menginginkan golongan 1 , golongan 2 dan golongan 3 mengubah pandangan terhadap golongan ke 4 dan golongan ke 5 . bagaimanapun Ambedkar percaya golongan ke 4 dan golongan ke 5 kurang penting jika tiada ilmu.Bagi mengubah golongan ke 4 dan golongan ke 5 ini, struktur social melalui undang-undang , politik dan pendidikan perlu dikemaskini.

Ambedkar telah menerima jaminan perlembagaan selepas merdeka yang terpelihara peratusan tertentu daripada kerusi dalam pilihan raya untuk dalits.Pada pertengahan 1950-an ,Ambedkar tidak berpuas hati dengan kadar pelaksanaan langkah-langkah , oleh itu beliau meletak jawatan dari kerajaan dan mula merekrut dalits untuk mendapatkan hak.Beliau menggalakkan golongan dalits untuk masuk agama budha supaya dapat keluar dari penindasan.Generasi muda Dalits bersama-sama dengan gerakangerakan sosial yang lain di India, dan pergerakan mereka menyatakan kemarahan dan kekecewaan mereka di atas kegagalan pelaksanaan mengenai dasar-dasar yang akan menghapuskan tindakan keganasan terhadap Dalits oleh atasan kasta Hindu di banyak bahagian bandar dan luar bandar India.

Kategoriyang layak di bahagikan kepada tiga yang utama iaitu dasar keutamaan yang menempah tempat duduk dalam badan perundangan, dalam pekerjaan kerajaan, dalam sektor awam perusahaan, dan di institusi pendidikan negara diselia, dari segi perkadaran populasi mereka di kawasan mereka.Mereka juga telah dijanjikan program-program khas (seperti penjagaan kesihatan bantuan undang-undang, pembahagian tanah, biasiswa, pinjaman, dan geran) dan dilindungi undang-undang terhadap diskriminasi (seperti hutang, buruh paksa dan untouchability). kumpulan yang pertama adalah kasta Berjadual (SCS ), yang termasuk masyarakat yang dianggap sebagai untouchables. Yang kedua adalah suku kaum Berjadual (STS). Kategori ini termasuk di dalamnya masyarakat yang tidak menerima sistem kasta dan lebih suka tinggal jauh di hutan- hutan, dan gunung di India , jauh dari penduduk utama. Puak Berjadual juga dipanggil Adivasi , bermakna penduduk asli (Daniel ). Yang ketiga adalah kelas bawahan yang termasuk di dalamnya kasta yang tergolong dalam Shudra Varna , bekas untouchables yang menukar agama daripada Hindu kepada agama-agama lain , dan puak-puak nomad dan yang membuat hidup dari perbuatan jenayah (Daniel ). Mereka dianggap terjejas oleh " kemunduran " berdasarkan social dan kelemahan ekonomi. Ia tidak jelas , bagaimanapun , apa kriteria mengenal pasti kelas bawahan dan terdapat satu perselisihan berterusan sama ada untuk memberikan orang status ini atas dasar kasta atau pada kriteria ekonomi. Masalah yang timbul adalah kasta dan status ekonomi yang sebahagian besarnya berkait rapat pada masa lalu , dan kini , prejudis dan diskriminasi berasaskan kasta menghalang ekonomi kemajuan bagi kasta yang lebih rendah.

Golongan berada berstatus tinggi akan menentukan seseorang itu berada dalam kasta yang mana pada tahun 1960. Negara-negara di bahagian selatan diklasifikasikan sebagai kelas bawahan kerana kurang bernasib baik dari segi ekonomi. Pusat Suruhanjaya Mandal selesai selepas kerajaan melantik sebuah suruhanjaya yang diketuai oleh B.P. Mandal untuk meneliti isu ini, pada tahun 1978..Kesimpulannya, kasta adalah faktor utama menyumbang kepada kemunduran sosial dan ekonomi menyebabkan kerajaan mula memberi perhatian terhadap dasar kasta yang menindas golongan rendah .

Abstract Format software font type font size distance between rows maximum length keywords paper size

: : : : : : :

Microsoft Word Times New Roman : tittle 14 (BOLD, CAPITAL LETTERS) : abstract 11 single spacing not more than 350 words not more than 5 A4 with margin 1.5 inch (left) 1.5 inch (right) 1 inch (top) 1 inch (bottom)

download abstract template

Full Paper Format software font type font size distance between rows paragraphs paper size maximum length of full paper maximum length of pages headings

: : : : : :

: : :

Microsoft Word Times New Roman : tittle 14 (BOLD, CAPITAL LETTERS) : full paper 12 single spacing including references and any indented quotations indented 5 spaces from left margin and leave a blank line between paragraphs except for reference list A4 with margin 1.5 inch (left) 1.5 inch (right) 1 inch (top) 1 inch (bottom) in the range of 5,000 words (including notes and references) 15 pages including figures, tables, appendices, and references BOLD, CAPITAL LETTERS AND LEFT JUSTIFIED 2nd level Bold, Capitalized, and Left Justified 3rd level Bold Italics, Capitalized and Left Justified spell them out in full on their first use (except for universally known ones such as UK, USA etc.) quotations in the text of more than 40 words should be pulled out of the text and indented use the APA system of referencing references in the text should be made in the following ways: As Tan (2006) points out . However, this might not be so (Mohd Ali, 2001; Sivamani, 2000; Wong, Ho & Mak, 2005). You must make sure that all references which appear in the text are given in full in the references section reference section should be listed in alphabetical order at 1st level

abbreviations quotations references

: : :

the end of paper. Where an entry has no author, it is cited by its title, and ordered in the reference list by the first significant word of the title number pages consecutively, with page numbers centred at the bottom of each page appendixes should follow immediately after the main text to be followed by acknowledgements, notes and references camera ready diagrams and line drawings must be clearly drawn in black ink. figures and tables should be numbered in single sequence in the order in which they are referred to in the paper. All figures and tables should have brief descriptive captions