Anda di halaman 1dari 6

REFLEKSI INDIVIDU

oleh Nor Sharnida binti Daud

Chelladurai ( 1994 ) menyatakan bahawa pengurusan sukan berkaitan dengan mengkoordinasi sumber manusia dan bahan yang terhad, teknologi yang relevan serta situasi luar jangkaan bagi menghasilkan pekhidmatan sukan yang berkesan. Menurut Leith ( 1990 ) pula, pentadbiran merupakan satu proses atau keadaan yang melibatkan dua atau lebih individu menggembleng tenaga untuk mencapai matlamat yang ditetapkan. Proses ini melibatkan perancangan, pengelolaan, bimbingan dan kawalan ke atas sumber yang wujud untuk menghabiskan kerja yang diharapkan atau untuk mengarahkan program kepada pencapaian matlamat-matlamat tertentu. Oleh sebab itu, dalam Semester Lima Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan ini, kami sebagai guru pelatih telah mendapat tugasan untuk mengelolakan sebuah Karnival Permainan Tradisional. Perancangan tugasan ini bermula seawal bulan April manakala Karnival Permainan Tradisional tersebut dijangka diadakan selepas semua pelajar menamatkan praktikum di sekolah masing-masing iaitu pada 13 April 2012. Dengan dibimbing oleh pensyarah masing-masing iaitu Tn. Hj. A. Rahman bin Amat, Tn. Hj. Abd. Kadir bin Abd. Rahim dan Encik Abdul Rahman bin Selamat, kami telah dibahagikan kepada 8 kumpulan yang terdiri daripada 20 orang iaitu mengikut opsyen masing-masing. Kelas saya iaitu Reka Bentuk dan Teknologi 2 telah dibimbing oleh Tn. Hj. A. Rahman bin Amat iaitu Ketua Unit Pendidikan Jasmani, pensyarah yang penuh berwibawa dan berdedikasi. Tugasan ini menuntut sikap kerjasama dan teamwork yang sangat tinggi daripada setiap ahli RBT 2. Dalam menyempurnakan tugasan kerja kursus ini, kami dikehendaki menghasilkan satu kertas kerja pengelolaan pertandingan yang lengkap, menjalankan mesyuarat pengelolaan dan melaksanakan satu pertandingan permainan tradisional. PJM 3112 |PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PEND. JASMANI DAN SUKAN 1

Sebelum Karnival Permainan Tradisional..


Setelah melalui sesi perbincangan bersama kelas lain, kami telah mecapai kata sepakat untuk memilih permainan Lompat Getah dan Sepak Bulu Ayam sebagai permainan tradisional yang akan dipertandingkan dan dikelolakan oleh kelas kami. Pada pandangan saya, pertandingan Lompat Getah dan Sepak Bulu Ayam ini bertujuan memperkenalkan permainan tradisional masyarakat Melayu kepada generasi moden. Di samping itu, program ini adalah bertujuan mengeratkan lagi hubungan antara guru-guru pelatih serta mengintegrasikan perpaduan kaum. Selain itu, pertandingan ini memberi peluang kepada ahli jawatankuasa untuk bertukar-tukar pandangan berkenaan dengan aktiviti-aktiviti pelajar dan perkara-perkara lain yang berkaitan. Seterusnya, ia memberi ruang seluasnya kepada pelajar untuk menyertai pertandingan dan mendapat manfaat dari segi kesihatan serta pengetahuan tentang pengurusan sesuatu pertandingan. Program ini juga diharap dapat memberi pengetahuan dan pengalaman dari pelbagai aspek bagi kepentingan bersama. Sebelum tarikh Karnival Permainan Tradisional ini tiba, beberapa mesyuarat bersama Jawatankuasa Induk iaitu dari semua opsyen dan Jawatankuasa Kerja yang terdiri dari ahli RBT 2 telah dijalankan. Mesyuarat pertama diadakan pada hari Khamis bertarikh 5 April 2012 pada pukul 4 petang di BALSIS. Mesyuarat pada kali ini bertujuan membentuk Jawatankuasa Induk yang telah dipengerusikan oleh Abd. Rahim dari Opsyen Pendidikan Jasmani. Mesyuarat kedua pula telah diadakan secara tertutup di BALSIS di mana ia hanya melibatkan 20 orang ahli RBT 2. Pengerusi yang dilantik sebulat suara bagi kelas kami ialah Mohd Amir Wardee bin Mohamad Kamis. Agenda mesyuarat pada hari itu ialah ucapan pengerusi, pembentangan cadangan peraturan permainan,

pembentangan cadangan perbelanjaan dan pembentangan cadangan peralatan secara ringkas.

PJM 3112 |PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PEND. JASMANI DAN SUKAN 2

Semasa Karnival Permainan Tradisional..


Karnival Permainan Tradisional Semester 5 bagi sesi 2012 telah berlangsung pada hari Ahad bertarikh 22 April 2012. Penyertaan ini terbuka untuk guru pelatih daripada semua opsyen Semester 5 iaitu RBT 1,RBT 2, RBT 3, RBT 4, PJ, PK, BC dan SN seramai 154 orang. Tiada yuran-penyertaan dikenakan kepada peserta - peserta. Karnival ini bermula pada pukul 8.00 pagi dan dijangka berakhir pada pukul 2.00 petang. Sepanjang pemerhatian saya, sikap yang ditonjolkan oleh guru-guru pelatih Semester 5 ini yang patut diberikan pujian ialah sebahagian besar daripada mereka turun ke tempat acara seawal jam 7.15 dan 7.30 pagi. Setiap kelas telah mempunyai kawasan permainan yang ditetapkan dari awal. Jadi, pelajar yang tiba awal terus ke tempat acara masing-masing dan menyusun peralatan pertandingan seperti khemah, meja hakim, kerusi, scoreboard dan menyiapkan senarai nama peserta bagi acara yang dipertandingkan. Oleh kerana tidak terlibat sebagai Jawatankuasa Kerja dalam kelas saya, saya telah diberi kepercayaan untuk menjadi hakim bersama Nur Afifah Hazirah dan Nur Aisyah Adnan dalam pertandingan Lompat Getah. Permainan ini tidak menjadi masalah kepada saya kerana ia selalu dimainkan semasa saya dibangku sekolah rendah suatu ketika dahulu. Permainan Lompat Getah ini dijalankan serentak bersama 7 acara lain pada sesi pagi iaitu sebelum waktu rehat ( 8.00 10.00 pagi ). Antara acara lain termasuklah tuju getah, kunda-kundi, galah panjang, tuju guli dan batu seremban. Sistem permainan Lompat Getah ini ialah ahli kumpulan yang terdiri daripada 4 orang memilih seorang ibu bagi menyelamatkan anak-anak jika mereka tidak dapat melompat getah tersebut pada paras tertentu. Paras yang perlu dilompat oleh setiap ahli ialah paras kaki, buku lali, lutut, paha, pinggang, dada, bawah telinga dan atas kepala. Ibu hanya boleh membantu anak-anak melompat semasa percubaan di paras dada, bawah telinga dan atas kepala sahaja.

PJM 3112 |PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PEND. JASMANI DAN SUKAN 3

Bagi pemberian mata, sistem pertandingan dijalankan secara kalah mati, oleh itu pasukan yang menang akan meneruskan pertandingan ke peringkat seterusnya. Mata kemenangan diberi berdasarkan bilangan peserta atau anak yang dapat melepasi paras tertinggi iaitu atas kepala. Jika kesemua 4 orang peserta dapat sampai hingga tahap terakhir, maka kumpulan itulah yang menjadi juara. Dari segi kepegawaian, di dalam sesuatu perlawanan mesti diadili oleh tiga ( 3 ) orang pengadil atau hakim. Dalam permainan Lompat Getah ini, seorang ( 1 ) hakim dilantik untuk memberi mata dan dua ( 2 ) orang hakim dilantik untuk mengadili pertandingan. Satu lagi permainan yang dikelolakan oleh kelas kami ialah Sepak Bulu Ayam. Permainan ini dikendalikan oleh pelajar lelaki RBT 2 kerana pelajar perempuan terlibat dengan acara-acara lain pada waktu itu. Pertandingan bagi sesi kedua bermula pada jam 11.00 pagi - 12.30 tengah hari iaitu selepas rehat bersama 7 acara lain seperti layang-layang, tarik upih, dam, mahjung dan congkak. Sistem permainan bagi acara ini ialah lapan ( 8 ) orang peserta daripada setiap opsyen akan menimang bulu ayam dan memberi kepada peserta di sebelah. Jika peserta di sebelahnya tidak dapat menyambut dan menimang bulu ayam tersebut, dia akan mendapat satu ( 1 ) tanda X . Peserta akan tersingkir setelah tiga ( 3 ) kali mendapat tanda X . Peserta terakhir yang tersingkir dikira pemenang bagi perlawanan sesi pertama dan mendapat markah penuh iaitu 5 markah. Bagi perlawanan sesi kedua, pemenang ditentukan dengan mengira timangan bulu ayam yang dilakukan. Pemenang yang paling banyak melakukan timangan dikira sebagai pemenang. Dari segi kepegawaian, ia turut diadili oleh tiga ( 3 ) orang pengadil atau hakim, sama seperti acara Lompat Getah. Dalam permainan Sepak Bulu Ayam ini, seorang ( 1 ) hakim dilantik untuk mengadili pertandingan dan dua ( 2 ) orang hakim dilantik untuk menilai permainan dan memberikan mata kepada peserta.

PJM 3112 |PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PEND. JASMANI DAN SUKAN 4

Dalam kedua-dua acara, jika berlaku gangguan luar jangka sama ada binatang, manusia atau alat-alat maka tindakan bagi situasi itu adalah pengadil akan

membunyikan wisel panjang untuk menamatkan permainan. Tiada satu jangka masa ditetapkan untuk pasukan menamatkan pertandingan kerana kedua-dua acara tidak menggunakan sistem masa. Pengadil akan membunyikan wisel 2 kali untuk memberi kemenangan kepada pasukan. Jika berlaku sesuatu perkara yang luar biasa dan fasal mengenainya tidak dinyatakan di dalam Undang-Undang ini semasa berjalannya permainan atau perlawanan, maka Ketua Pengadil bersama pengadil - pengadil bertugas boleh

menggunakan budi bicaranya untuk membuat keputusan. Segala keputusan pengadil adalah muktamad sebarang bantahan dan surat menyurat tidak akan dilayan. Aktiviti pertandingan yang berlansung pada hari itu berjalan dengan lancar. Cuaca berada dalam keadaan yang baik pada awalnya tetapi bertukar panas terik apabila menginjak tengah hari. Namun demikian, setiap ahli jawatankuasa dan juga peserta-peserta pertandingan tetap meneruskan aktiviti sehingga tamat. Karnival Permainan Tradisional tersebut berakhir hampir jam 1.00 tengah hari. Upacara penyampaian hadiah berlangsung di Gimnasium IPGKTHO. Terdapat pemenang individu yang mewakili kelas dan ada juga pemenang berpasukan mewakili pasukan campuran masing-masing. Hadiah berupa hamper makaan tersebut telah disampaikan oleh ketiga-tiga pensyarah yang mengajar subjek Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan iaitu Tn. Hj. A. Rahman bin Amat, Encik Abd. Kadir bin Abd. Rahim dan Encik Abdul Rahman bin Selamat.

PJM 3112 |PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PEND. JASMANI DAN SUKAN 5

Selepas Karnival Permainan Tradisional..


Semua peserta seperti pelajar Cina menunjukkan minat dan semangat yang tinggi kerana mereka sangat teruja dengan permainan tradisional masyarakat Melayu ini seperti sepak bulu ayam, lompat getah, kuda-kundi dan layang-layang yang tidak pernah mereka kenali dan mainkan sebelum ini. Pelajar-pelajar Melayu pula bermain dengan begitu bersungguh-sungguh kerana semua permainan ini pernah dimainkan sewaktu kecil dan ia pastinya membangkitkan nostalgia di zaman kanak-kanak. Pelajar ini juga begitu teruja bermain mahjung iaitu sejenis permainan masyarakat Cina. Mereka berjuang sedaya upaya bagi memastikan kumpulan masing-masing memperoleh kemenangan. Namun, adat pertandingan sudah pasti ada yang kalah dan ada yang menang. Walaupun begitu, saya berpendapat bahawa objektif karnival ini iaitu untuk memperkenalkan permainan tradisional masyarakat Melayu kepada generasi moden di samping dapat mengeratkan lagi hubungan antara guru-guru pelatih serta mengintegrasikan perpaduan kaum telah tercapai. Kekuatan yang dapat dinilai daripada pengelolaan karnival ini ialah penganjur tidak memerlukan persediaan yang rumit dari segi tenaga, sumber kewangan, bahan dan peralatan serta lain-lain kelengkapan. Aktiviti yang dilangsungkan ketika pertandingan juga tidak memakan masa yang lama. Kelemahan yang terdapat dalam pertandingan ini ialah mutu dan kaedah pengadilan yang mungkin kurang sesuai dalam sesebuah permainan. Contohnya, terdapat kumpulan yang menang by pada pusingan pertama. Ini menunjukkan ketidakadilan berlaku dalam menentukan kumpulankumpulan yang bertanding di peringkat separuh akhir. Secara keseluruhannya, penganjuran karnival ini telah memberi peluang kepada saya untuk menimba pengalaman dengan lebih mendalam tentang cara mengurus dan mentadbir sesuatu pertandingan sukan di peringkat sekolah. Tugasan ini juga membuatkan saya lebih mencintai profesion yang mulia ini serta menambahkan lagi semangat saya untuk menjadi seorang guru yang berkualiti bagi melahirkan modal insan yang seimbang dan sanggup berkorban demi agama bangsa dan negara. InsyaALLAH PJM 3112 |PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PEND. JASMANI DAN SUKAN 6

Anda mungkin juga menyukai