Anda di halaman 1dari 29

HBAE2103 CORAK DAN REKAAN

2013

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA PROGRAM SARJANA MUDA PENGAJARAN (SMP)

SEMESTER / JAN 2014 ___________________________________________________________________________ HBAE2203 MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN ___________________________________________________________________________

TAJUK TUGASAN: Bincangkan kegiatan membentuk dan membuat boneka dari aspek sejarah, jenis, alat dan bahan, teknik pepbuatan, aplikasi alat, bahan dan teknik dan persembahan hasil kerja serta proses apresiasi

NAMA TUTOR EN. MEGES LOAI

NAMA NO. MATRIKULASI NO. KAD PENGNEALAN NO. TELEFON E-MEL

: : : : :

EMIAS ANAK ENTURAN 660312715544001 660312715544 0168727315 jeaf5544@yahoo.com

HBAE2103 CORAK DAN REKAAN

2013

ISI KANDUNGAN

Bil 1.0

2.0

Perkara Pengenalan 1.1 Definisi Boneka 1.2 Konsep Boneka dalam pengajaran dan pembelajaran 1.3 Sejarah Perkembangan Boneka Jenis-Jenis Boneka 2.1 Boneka Jari 2.2 Boneka Tangan 2.3 Boneka Berbatang 2.4 Boneka Tali 2.5 Boneka Shadow Puppet Alat dan bahan 3.1 Boneka Tangan 3.2 Boneka Jari 3.3 Boneka Shadow Puppets 3.4 Boneka Tali 3.5 Boneka Batang Teknik Menghasilkan Boneka 4.1 Boneka Tangan 4.2 Boneka Jari 4.3 Boneka Shadow Puppets Proses Apresiasi Boneka a) Tajuk dan tema yang sesuai b) Alat dan bahan yang sesuai c) Proses Stailisasi, menambahbaikan d) Pilihan reka bentuk dan warna dan padanan imej e) Kesesuaian Keseluruhan Maklumat Sorotan Kesimpulan Rujukan

Muka Surat 1-7

8 -11

3.0

12 15

4.0

15 - 18

5.0

18- 19

6.0 7.0 8.0

20 - 24 25 26

HBAE2103 CORAK DAN REKAAN

2013

1.0

Pengenalan

Boneka sebagai alat pedagogi dalam pengajaran dapat membantu pembelajaran kanak-kanak prasekolah. Zuljevic (2005) menggalakkan guru-guru mengimplementasikan boneka dalam proses pedagogi untuk membantu pembelajaran kanak-kanak. Menurut beliau,

mengimplementasikan boneka dalam rancangan mengajar dapat mempertingkatkan pencapaian akademik kanak-kanak. Gibson (1992) pula membuat pemerhatian ke atas hasil kerja boneka dan aktiviti main kanak-kanak bersama boneka. Implikasi daripada pemerhatian yang dijalankan, beliau telah merangka dan menghasilkan satu set modul pengajaran yang menggunakan boneka dalam bilik darjah sebagai garis panduan untuk guru-guru prasekolah yang dapat membantu pembelajaran kanak-kanak. Euker (1991) juga menggalakkan penggunaan boneka sebagai strategi instruksi di dalam bilik darjah prasekolah. Beliau mencadangkan bahawa boneka boleh digunakan dalam aktiviti individu, aktiviti kumpulan dan aktiviti kelas di prasekolah. Fontichiaro (2006) menyatakan bahawa boneka dapat memotivasikan kanak-kanak untuk belajar. Berdasarkan pemerhatian yang dilakukan oleh beliau, didapati bahawa kanak-kanak melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti boneka dan menunjukkan minat juga belajar semasa pengajaran yang menggunakan boneka. Menurut Montessori (1963) kanak-kanak belajar melalui pengalaman. Pengajaran yang menggunakan boneka dapat memberi pengalaman baru kepada kanak-kanak. Oleh itu guru perlu membiasakan diri dengan kaedah pedagogi boneka supaya kanak-kanak mendapat pengalaman baru dan seterusnya mencapai objektif dan matlamat kurikulum prasekolah. Schneider-Lerner (1998) pula menyatakan boneka sebagai alat pedagogi mempunyai ciri ajaib yang menakjubkan. Ia mempunyai daya tarikan yang istimewa untuk menggalakkan kanak-kanak belajar dan membantu mengurus tingkah laku mereka (Salmon & Sainato, 2005). Smith (2003) menyatakan menerusi aktiviti boneka, kanak-kanak dengan mudahnya dapat melahirkan perasaan mereka. Boneka juga dapat membantu melahirkan konsep kendiri kanak-kanak yang positif (Boulifard, 2003). Oleh itu, untuk meningkatkan konsep kendiri yang positif, guru seharusnya mewujudkan suasana interaksi yang positif untuk kanak-kanak dalam proses pedagogi (Khadijah Rohani, 1985). Interaksi yang positif penting untuk kanakkanak dalam mengawal diri dan berinteraksi dengan guru atau kanak-kanak yang lain (Vygotsky, 1962, 1966). Lihanna (2005) juga menyatakan interaksi. kanak-kanak akan membawa kesan kepada prestasi seseorang kanak-kanak dalam proses pedagogi. 1

HBAE2103 CORAK DAN REKAAN

2013

Aktiviti boneka dalam proses pedagogi dapat memberi kesan yang positif kepada kanak-kanak daripada segi kognitif, afektif dan psikomotor. Penggunaan boneka dalam proses pedagogi dapat membantu perkembangan keseluruhan kanak-kanak. Selain itu, penggunaan boneka dalam bilik darjah juga dapat mewujudkan suasana persekitaran pembelajaran yang kreatif dan menggembirakan (Bustam, 1990; Machado, 2003). Kemahiran mengendalikan boneka juga amat penting bagi guru. Semasa mengendalikan boneka, mata guru perlu fokus pada boneka tersebut dan memberi suara dan pergerakan yang sesuai kepada boneka tersebut mengikut perwatakannya (Machado, 2003). Keghairahan semasa mengendalikan boneka adalah penting, tetapi terlalu banyak gerakan tangan akan memesongkan perhatian daripada kata-kata boneka itu. Shamsuddin (1997) memesan kepada guru supaya jangan bahagi-bahagikan boneka kepada kanak-kanak tanpa perancangan dan panduan. Boneka itu hanya akan menjadi barang mainan yang akan menjadi rebutan. Aktiviti yang boleh dilaksanakan dengan menggunakan boneka adalah seperti mengadakan dialog, perbualan atau soal jawab, perbincangan, lakonan, bercerita, nyanyian, puisi, temu bual dan permainan bahasa (Bustam, 1990; Kamarudin & Siti, 1998). Eliason dan Jenkins (2003) juga menyatakan bahawa boneka boleh digunakan dalam aktiviti muzikal dan memberi arahan kepada kanak-kanak. Boneka dapat membantu perkembangan dan kelancaran lisan kanak-kanak di prasekolah (Machado, 2003). Penggunaan boneka dalam ekspresi lisan merupakan aktiviti yang paling efektif dan bercerita bersama boneka untuk kanak-kanak juga merupakan salah satu aktiviti drama tika (Ada, 2003). Guru harus mencipta boneka bersama-sama kanak-kanak dan memberi banyak peluang kepada kanak-kanak mendekati pelbagai jenis boneka sebelum mereka membuat boneka sendiri. Selain itu, guru juga harus membuat demonstrasi tentang cara-cara memanipulasikan boneka. Kanak-kanak akan lebih jelas dan memahami aktiviti boneka yang dijalankan jika guru sentiasa membimbing mereka dengan cara yang betul. Selepas kanakkanak atau guru mempraktikkan penggunaan boneka semasa aktiviti kemahiran bahasa, gerak kerja lanjutan hendaklah disusuli. Ada dua jenis gerak kerja yang dapat diberikan iaitu aktiviti lisan dan aktiviti tulisan. Aktiviti susulan yang boleh dijalankan ialah berbincang semula skrip persembahan supaya melatih kemahiran menulis dan lisan murid. Selain embuat skrip, guru boleh menyediakan aktiviti bertulis seperti membuat ayat, mengisi tempat kosong, membetulkan ayat dan sebagainya. 2

HBAE2103 CORAK DAN REKAAN

2013

Pada akhir aktiviti boneka, guru perlu membuat penilaian. Penilaian perlu dijalankan oleh guru di dalam bilik darjah selepas sesuatu pengajaran boneka dilaksanakan. Tujuannya ialah untuk mengetahui hasil pelajaran yang diperoleh kanak-kanak daripada pengajaran tersebut. Selain itu, penilaian adalah untuk mengetahui aspek kelemahan guru dalam menggunakan alat pedagogi mengajar iaitu boneka daripada segi penyampaian dan penggunaannya. Biasanya guru dapat mengesan daripada kanak-kanak berdasarkan gerak kerja bertulis yang diberi di dalam aktiviti selepas pengajaran (Bustam, 1990). Selain sebagai alat pedagogi, boneka juga boleh digunakan dalam aktiviti drama tika boneka untuk kanakkanak prasekolah. 1.1 Definisi Boneka

Boneka (dari bahasa Portugis boneca) adalah sejenis permainan yang terdapat dalam pelbagai bentuk, terutamanya manusia atauhaiwan, Boneka boleh di katakan salah satu permainan yang paling tua, kerana permainan ini telah wujud pada

zaman Yunani,Romawi ataupun Mesir lagi.Umumnya boneka di buat sebagai permainan kanak-kanak, namun adakalanya digunakan untuk fungsi ritual yang berhubungan dengan alam atau hal-hal yang bersifat ghaib ataupun mistik contohnya upacara keagamaan pada zaman dahulu.Boneka dikatakan adalah satu objek yang diukir supaya membawa sesuatu watak-watak cerita. Apa yang sepatutnya yang perlu ada pada sesuatu boneka adalah ia mesti boleh digerak-gerakkan sebagai hidup. Selain itu, boneka perlu menunjukkan mempunyai pergerakan supaya ia membawa watak yang sebenar. Boneka mempunyai sifat-sifat tersendiri iaitu membawa watak riang, sedih, marah dan lain-lain lagi. Boneka adalah sesuatu objek atau bahan yang digerakkan mengikut dengan skrio yang bibaca atau cerita yang disesuaikan. Hal ini kerana membawa kepada penonton dengan situasi yang sebenar. Menurut Nillie Mc Caslin (1984), menyatakan bahawa boneka dapat berfungsi sebagai alat bantuan mengajar dan dapat menarik perhatian murid, menghidupkan suasana yang lebih menyeronokkan dan seterusnya memotivasikan murid. Disamping itu, penggunaan boneka adalah tidak tehad kepada bentuk orang, tetapi boleh juga berbentuk haiwan, dan objek-objek lain mengikut watak, situasi dan cerita yang tertentu. Ketika boneka dimainkan atau digerakkan, muzik latar, suara ataupun bunyi-bunyian dimainkan bagi mengiringi pergerakkan yang dibuat. Boneka boleh dimainkan oleh guru sendiri ataupun sekumpulan kanak-kanak. 3

HBAE2103 CORAK DAN REKAAN

2013

1.3

Konsep Boneka dalam Pengajaran dan Pembelajaran

Terdapat banyak teknik pengajaran yang boleh digunakan untuk menarik perhatian kanakkanak dalam pendidikan yang dapat dijadikan sebagai Bahan Bantu Mengajar. Beberapa contoh teknik tersebut ialah seperti boneka dan permainan bahasa. Konsep boneka amat mudah difahami kerana setiap objek boleh dijadikan sebagai boneka selagi objek itu digerakkan oleh pemain. Pemain berperanan untuk menghidupkan watak boneka itu untuk menyampaikan mesej secara lisan dan pergerakan tubuh. Boneka boleh terdiri daripada haiwan, bunga, atau sebarang objek untuk dianimasikan dan dimanipulasikan oleh pemain dalam persembahan mereka. Terdapat berbagai-bagai jenis boneka yang telah direka oleh manusia. Sebagai contoh ialah boneka tangan, boneka jari, boneka tali, boneka tongkat, boneka lidi dan boneka layanglayang. Fungsi boneka-boneka ini ialah untuk menyatakan ekspresi, informasi, eksplorasi, persuasi dan melayan. Guru-guru yang mahu menukar suasana pengajaran dan pembelajaran boleh menggunakan kaedah teknik boneka untuk menarik perhatian murid. Boneka yang terdiri daripada banyak saiz ini juga mudah dibawa ke mana-mana dan muudah dihasilkan. Di samping itu, boneka mempunyai beberapa kelebihan kerana boneka boleh menyampaikan mesej dengan efektif. Di sebalik teknik boneka yang menggunakan kaedah penceritaan ini, pelbagai mesej positif dan nilai murni dapat diselitkan dalam persembahan tersebut. Guru perlu kreatif dalam merangka perjalanan cerita yang bukan sahaja menarik dan menghiburkan malah mengandungi beraneka nilai murni. Selain itu, teknik boneka memberi pendedahan kemahiran berkomunikasi kepada kanak-kanak. Kanak-kanak yang mempunyai masalah komunikasi seperti kanak-kanak autisme sepatutnya diberi teknik mengajar dengan menggunakan boneka. Mereka akan tertarik dengan penceritaan menggunakan boneka. Hal ini secara tidak langsung dapat memulihkan masalah komunikasi mereka sedikit demi sedikit. Kanak-kanak juga dapat menambah perbendaharaan kata mereka. Tambahan pula, teknik boneka juga dapat mencipta dan merangsang daya imaginasi murid. Bermain sambil belajar juga merupakan salah satu aktiviti yang terdapat dalam tunjang Kurikulum standard Sekolah Rendah iaitu Didik Hibur. Munurut Fauziah Md. Jaafar, aktiviti bermain merupakan satu aktiviti yang menjadi fitrah bagi kanak-kanak. Mereka akan meneroka, menjelajah, inkuiri penemuan dan pembinaan melalui pengalaman langsung secara semula jadi. Hal ini membuktikan bahawa kanak-kanak perlu didedahkan dengan teknik boneka supaya murid dapat belajar sesuai dengan keperluan

HBAE2103 CORAK DAN REKAAN

2013

mereka. Hal ini membuktikan bahawa teknik boneka amat berkesan untuk pembelajaran kanak-kanak. 1.3 Sejarah Perkembangan Boneka

Masa 3000-2000 sebelum masihi Pada zaman ini, boneka umumnya dibuat daripada tanah liat, tulang, maupun patahan kayu, ataupun potongan kain. Bentuknya masih amat sederhana dan memiliki fungsi ritual. Contohnya diYunani dan Romawi kuno. Setiap anak perempuan harus memiliki boneka, kemudian dibuatkan bajunya, dan wajib menyimpannya hingga menjelang pernikahan. Saat menjelang pernikahan, boneka itu wajib diletakkan di altar Artemis (untuk orang Yunani) ataupun altar Diana (untuk orang Romawi) untuk upacara keagamaan. DiMesir kuno, boneka digunakan sebagai pengganti korban manusia.

Masa 600 sebelum masihi Pada zaman ini mulai ada boneka yang bajunya sering di tukar ganti, dan kaki serta tangannya boleh digerakkan. Fungsi boneka masih sama seperti pada zaman sebelumnya, iaitu untuk upacara ritual. Boneka merupakan gambaran humanis.

Masa Abad ke-5 Inilah abad pertengahan. Bahan boneka dari kayu mula terhasil. Fungsi ritual boneka masih terasa pada zaman ini. Seperti diMexico, bonekanya digunakan untuk perayaan Natal. Bagi suku Indian Hopi, boneka menjadi sumber penting dalam upacara kesuburan (memohon supaya diberikan kesuburan atau kemakmuran).

Abad ke-14 Boneka moden mulai muncul di Eropah bentuknya sangat berbeza dengan boneka yang ada sebelumnya. Wajahnya cantik dan halus seperti manusia, serta berdada. Pada zaman ini boneka tidak lagi bersifat ritual, Oleh itu, boneka menggunakan baju atau gaun dan rambut yang benar- benar mirip dengan mode pada zaman itu. Tidak ramai para bangsawan menggunakan boneka untuk dipamerkan sekaligus mempopularkan boneka di negara mereka (memandangkan pada masa itu majalah mode belum ada). Ini seperti yang dilakukan oleh

HBAE2103 CORAK DAN REKAAN

2013

ratu Perancis, Isabeau dari Bavaria, di hadapan ratu Inggeris. Kenyataannya berkat boneka, mode Perancis telah menjadi lebih popular di luar negeri.

Abad ke-15 Kalau pada zaman sebelumnya boneka dibuat untuk simpanan peribadi, mulai zaman ini ianya dikomersialkan. Fungsinya pun telah bertukar dari ritual dan mode menjadi permainan. Dalam sejarah tercatat, pembuat boneka secara komersial pertama berada di Jerman. Kotakota yang memproduksinya adalahNuremberg, Augsburg, dan Sonneberg. Bersamaan dengan itu kilang pembuatan boneka terbentuk sehingga terdapat aturan standard dalam membuat dan memasarkan boneka. Penampilan boneka-boneka yang diproduksi di Jerman semasa itu umumnya seperti wanita.

Abad ke-16 Bahan dan mutu boneka terus diperbaiki. Pada tahun 1636 mulai tercipta boneka yang rambutnya dibuat daripada rambut wanita sebenar.

Abad ke-17 Pada zaman ini, boneka bukan hanya berbentuk wanita anggun, tetapi juga bentuk lain seperti bayi dengan baju tidur atau patung kecil dengan kostum kelasi. Penampilan boneka tidak lagi sekaku dulu. Bahannya juga tidak lagi menggunakan kayu atau tanah liat, tetapi dari kulit lembut (soft leather) dan lilin supaya kulitnya tampak seperti manusia. Selain dari mata yang sudah boleh digerakkan, boneka juga sudah mula boleh mengeluarkan suara tangisan dan berjalan.

Abad ke-18 Pada zaman ini sudah mulai tercipta boneka yang boleh menyebut perkataan "Papa" dan "Mama" apabila ditekan. Bunyi Ini terhasilkan dari kotak suara rekaan Johann Nepomuk Maelzelpada tahun 1827. Selain itu, bahan yang digunakan untuk membuat boneka semakin variatif. Selain lilin dan soft leather, porselin, seramik dan sebagainya.

HBAE2103 CORAK DAN REKAAN

2013

Abad ke-19 Perkembangan boneka semakin berkembang maju. Para pembuat boneka saling bersaing untuk menghasilkan yang terbaik. Oleh kerana itu, pelbagai karakter boneka muncul di pasaran. Antara yang terkenal adalah "Kewpie" (1913), boneka anak kecil yang berpipi tembam dan berperut besar buatan Rose O'Neill dari Amerika. "Raggedy Ann" (1918), boneka kain buatan Johny Gruelle yang mencerminkan kebaikan, keberanian, dan kejujuran, serta "Bye-Lo Babby" (1922), boneka bayi baru lahir yang boleh memejamkan mata pada waktu tidur buatan Grace Putnam dari Jerman. Pelbagai ekspresi dan elemen wajah boneka semakin lengkap. Ada yang ditambah bulu mata, lesung pipi, mulutnya dibuka sehingga giginya terlihat, kukunya diberi pewarna kuku,

Abad ke-20 Pada zaman ini, boneka di pasaran kebanyakan dibuat dari plastikdan vinil. Kelebihan boneka tidak hanya dalam ekspresi tetapi juga style. Contohnya Barbie yang muncul tahun 1959 diciptakan olehRuth Handler. Boneka remaja tersebut memiliki aksesoris, baju dan perlengkapan yang bermacam-macam, dan rambutnya boleh dicuci, disikat sama seperti rambut manusia.

Festival boneka Di beberapa negara, boneka tidak hanya dipamerkan atau dimainkan secara perorangan. Tetapi dirayakan bersama. Misalnya di Jepun ada perayaan khusus iaitu Hina Matsuri(festival boneka). Hina Matsuri diadakan pada setiap 3 Mac dan sering dinamakan "festival anak perempuan". Pada tarikh itu setiap keluarga yang memiliki anak gadis mempamerkan koleksi boneka mereka dan berdoa supaya anak gadis mereka menempuh alam dewasa dengan penuh kegembiraan. Di India terdapat festival boneka yang bernama "Navaratri". Sesuai dengan namanya "Navaratri", atau 9 malam, perayaan itu memang diadakan selama 9 malam untuk menghormati para dewi, yakni Durga, Lakshmi, dana Saraswati.

HBAE2103 CORAK DAN REKAAN

2013

2.0

Jenis Jenis Boneka

Terdapat pelbagai jenis boneka. Ini ditunjukkan dalam Rajah 1

Sumber : Perkembangan Kreativiti dalam Pendidikan Prasekolah

Rajah 1 : Jenis-jenis boneka

HBAE2103 CORAK DAN REKAAN

2013

Rajah 2 : Boneka Jari

2.1

Boneka Jari

Boneka Jari yang lebih dikenali sebagai finger puppets, merupakan boneka yang dimainkan oleh kanak-kanak secara sendiri. Ia dilakukan dengan memasukkan jari ke dalam boneka yang bersaiz jari dan memainkan watak tersebut dengan cara dan gaya jari mereka.

Boneka dihasilkan daripada kertas yang dilukiskan wataknya, kecil bersaiz jari kanakkanak, diwarnkan dan kemudian digam sekeliling bentuk watak tesebut kecuali bahagian untuk dimasukkan jari, seperti yang ditunjukkan dalam rajah 2.

Rajah 3 : Boneka Tangan

Rajah 3 : Boneka Tangan 2.2 Boneka Tangan

Boneka tangan atau lebih dikenali hand puppets, yang lebih mudah disediakan dan lebih praktikal digunakan oleh kanak-kanak. Ini kerana kanak-kanak akan memasukkan keseluruhan pergelangan tangan mereka ke dalam watak yang dilukis atau dibentuk.

HBAE2103 CORAK DAN REKAAN

2013

Bagi menyediakan boneka jenis ini, pelbagai bahan boleh digunakan. Antaranya ialah stokin, sarung tangan, beg kertas sandwic dan sampul surat. Manakala untuk bahagian watak seperti kucing, tikus dan sebagainya, boleh digunakan bekas telur, bekas dadih dan lain-lain supaya menarik. Boneka tangan, kanak-kanak lebih bebas menggunakan tangan mereka, pergerakkan mereka lebih bebas.

Rajah 4: Boneka Batang 2.3 Boneka berbatang

Boneka berbatang atau stick puppet adalah sejenis boneka yang mudah digunakan oleh kanak-kanak. Kepala watak-watak seperti tikus, gajah dan lain-lain akan dilekatkan pada hujung batang aiskrim atau pada lidi sate dan kemudian bahagian badan watak turut dilekatkan pada bahagian bawah kepala tersebut. Ini ditunjukkan di dalam Rajah. Kanak-kanak lebih menyukai menggunakan boneka jenis ini kerana tangan mereka bebas dan mereka hanya perlu menghayun kayu pemegang mengikut sesuatu pergerakkan dan lebih fleksibel.

10

HBAE2103 CORAK DAN REKAAN

2013

Rajah5: Boneka Tali

2.4 Boneka Tali Boneka menggunakan tali atau string puppets, berbeza dari segi saiz dan rupa bentuk. Ia lebih kompleks kerana watak akan dibentuk dan akan diikat dengan tali dan bagi tujuan pergerakkan. Bahagian kaki dan tangan watak juga akan dibentuk supaya boleh digerakkan dengan menggunakan tali. Boneka jenis ini sesuai digunakan bagi cerita-cerita yang memerlukan watak tersebut untuk lari, terbang, lompat dan mengelongsor. Tali yang digunakan boleh berupa tali biasa ataupun tali tangsi yang lebih elastik yang menyebabkan pergerakkan lebih menarik. Boneka bertali, turut digunakan walaupun perlu kemahiran yang tinggi dalam mengawal keluar mauk sesuatu watak.

Rajah 6 : Boneka Shadow Puppets

11

HBAE2103 CORAK DAN REKAAN

2013

2.5

Shadow Puppets

Shadow puppets, telah lama digunakan untuk persembahkan bercerita, diikuti dengan nyanyian dan tarian. Ia memerlukan ruang yang khas seperti skrin, watak-watak pula boleh menggunakan samada boneka jari, tangan ataupun boneka yang menggunakan pemegang kayu. Ia boleh juga berbentuk drama dan memerlukan lebih dari seorang kanak-kanak untuk memainkan peranannya. Watak-watak yang dibentukkan juga perlu menarik sperti bentuk yang boleh digerak-gerakkan, mulut yang boleh dibuka dan tutup dan sayap yang boleh dikepakkan. Shadow puppet, memerlukan kemahiran yang tinggi dalam pengawatan pergerakkan watak-watak dalam sesuatu cerita.

3.0

Alat dan bahan

Penghasilan sesuatu projek boneka pemilihan jenis-jenis alat dan bahan adalah amat sesuai berdasarkan jenis-jenis boneka yang akan dihasilkan.

3.1

Boneka Tangan Alatan dan bahan Pensil Fungsi/ Kegunaan Membuat lakaran sebelum menghasilakan sebuah boneka tangan. Lakaran itu mengenalpasti bentuk boneka yang anda perlu dihasilkan. Pensil membantu membuat lakaran pada kain supaya melukis bentuk. Gunting Digunakan untuk memotong kain apabila membuat sesuatu gambar pada kain. Jarum Setelah membuat pemotongan pada kain, jarum digunakan untuk menjahit pada tepi kain agar nampak dengan kemas. Jahitan yang paling sesuai adalah jahitan insang pari.

Benang Jahit adan benang bulu

Pemilihan benang adalah amat penting kerana menarik perhatian menonton.

12

HBAE2103 CORAK DAN REKAAN

2013

Kain belacu/ sarung tangan -

Benang bulu digunakan untuk membuat rambut Kain belacu digunakan untuk membuat boneka.

Jadual 1 : Alatan dan Bahan Boneka Tangan

3.2 Boneka Jari Contohnya menghasilkan boneka jari seperti tertera pada gambar di bawah. Apakah alat dan bahan yang sesuai untuk menghasilkannya;

Rajah 8: Langkah-Langkah Menghasilkan Boneka Jari

Rajah 9: Alatan dan Bahan Menghasilkan Boneka Jari

12

HBAE2103 CORAK DAN REKAAN

2013

Alatan dan Bahan Pensel -

Fungsi dan Kegunaan Pensel digunakan untuk melukis

gambar mengikut tema atau tajuk Pensel Warna Mewarnakan gambar-gambar yang telah dihasilkan. Penyepit Digunakan untuk menyepit kertas yang telah dihasilkan mengikut saiz ,jari. Gunting Kertas lukisan Memotong gambar mengikut ukuran. Melukis gambar pada kertas lukisan mengikut tema atau tajuk. Jadual 2 : Alatan dan Bahan Boneka Jari

3.3

Boneka Shadow Puppets

Contohnya menghasilkan boneka shadow puppets seperti tertera pada gambar di bawah. Apakah alat dan bahan yang sesuai untuk menghasilkannya;

Rajah 10 : Boneka Shadow Puppets

13

HBAE2103 CORAK DAN REKAAN

2013

Alat dan Bahan Kerta tebal berwarna putih -

Fungsi dan Kegunaanya Lebih sesuai bagi aktiviti ini. Lebih sesuai menunjukkan bayangan bagi boneka.

Lidi Pelekat

Dijadikan pemegang tangan Melekatkan bahagian tertentu supaya lidi tidak keluar

Spidol

Digunakan mengikut watak

membuat

lukisan

Gunting

Menguntingkan yang dilukis

bahagian-bahagian

Jadual 3: Alatan dan Bahan Boneka Shadow Puppets

3.4

Boneka Tali

Contohnya menghasilkan boneka tali seperti tertera pada gambar di bawah. Apakah alat dan bahan yang sesuai untuk menghasilkannya; Alat dan Bahan Templet Boneka Fungsi dan Kegunaanya Digunakan untuk membantu

menghasilkan jenis-jenis watak Gunting Jarum Ranting/Kayu Cara menghasilkan boneka Membantu memotong kertas manila Menjahit kain-kain boneka Digunakan boneka Manila Kad Digunakan untuk menghasilkan untuk mengerakkan

bentuk-bentuk watak. Benang Digunakan mengantungkan dan

mengerakkan boneka. Gam Bahan-bahan terpakai Melekatkan bahan-bahan hiasan Seperti manik, bunga untuk

menghiasi boneka. Jadual 4 : Alatan dan Bahan Boneka Tali

14

HBAE2103 CORAK DAN REKAAN

2013

3.5

Boneka Batang

Contohnya menghasilkan boneka tali seperti tertera pada gambar di bawah. Apakah alat dan bahan yang sesuai untuk menghasilkannya;

Alat Dan Bahan Batang aiskrim -

Fungsi dan Kegunaanya Digunakan untuk menghasilkan satu rama-rama.

Warna air

Mewarnakan batang aiskrim dengan warna yang berlainan

Gam

Menggunakan untuk mencantumkan semua batang aiskrim.

Tali

Digunakan untuk mengantung dan mengerakkan serta membawa ia

terbang dalam perjalanan cerita Jadual 5: Alatan dan Bahan Boneka Batang

4.0

Teknik menghasilkan boneka

Langkah ini juga penting di dalam penyediaan sesebuah model. Setiap model yang dihasilkan menggunakan teknik yang berbeza semasa membuatnya. Teknik yang digunakan berbezabeza bergantung kepada jenis model yang akan dihasilkan.

4.1

Boneka Tangan

Teknik Membuat Boneka Sarung Tangan: i. Lipat kain belacu sekali. Letakkan tangan di atas kain itu dengan semua jari terlunjur dan tekapkan bentuknya. Lukiskan garisan terputus di luar garisan pertama tadi (garisan jahitan). Kemudian lukiskan garisan ketiga di luar garisan terputus-putus itu (garisan pengguntingan).
ii. iii. iv. v.

Gunting mengikut garisan pengguntingan. Jahit di atas garisan putus-putus tadi dengan jahitan halus. Terbalikkan sarung tangan yang telah dijahit tadi agar nampak kemas. Catkan boneka dengan menggunakan cat atau cat air mengikut watak yang dikehendaki.

vi.

Jahitkan benang bulu atau benang sulaman sebagai rambutnya. 15

HBAE2103 CORAK DAN REKAAN

2013

vii.

Boneka yang telah siap sedia untuk dilakonkan. 4.2 Teknik Membuat Boneka Jari

Rajah 11 : Teknik Membuat Boneka Jari i. Letakkan jari telunjuk diatas kertas sebagai pola. Namanya juga boneka jari, otomatis jari kita sebagai alat untuk mengukur. ii. iii. iv. Gunting kain flanel tersebut sesuai dengan pola. Jahit kedua pola tersebut dengan menggunakan tusuk feston Karena kali ini saya membuat kumbang, kita buat lingkaran lalu gunting membentung segitiga di ujungnya. Jangan lupa buat bintik-bintik hitam kecil sebagai hiasan. v. Gabungkan antara kain yang telah dijahit dengan pola yang dibuat dengan mengelemnya. vi. Tambahi hiasan putik-putikan sebagai tanduk si kumbang.

16

HBAE2103 CORAK DAN REKAAN

2013

4.3

Teknik Membuat Boneka Shadow Puppets i. Siapkan kertas dan gunting

ii.

Bentuklah karakter boneka yang kalian inginkan (sesuai dengan tema cerita) Contohnya Monyet

17

HBAE2103 CORAK DAN REKAAN

2013

iii.

Lalu, tampalkan sebuah lidi/kawat untuk pegangan kalian nanti.

iv.

Sedia menayangkan aksi boneka.

5.0

Proses Apresiasi Boneka

Dengan berpandukan boneka yang telah dihasilkan kita dapat membuat penilain dan cuba memikirkan beberapa persoalan-persolan di bawah ini dalam proses membuat boneka. 1. Tajuk dan tema sesuai Tajuk atau tema perlu berpandukan kepada proses pengajaran dan pembelajaran. Aktiviti boneka lebih sesuai dilaksanakan pada set induksi supaya menarik perhatian para murid. Murid membawa kepada alam sebenar dan melalui alam tersebut murid akan membuat kesimpulan dan menjawab soalan guru. Pemilihan tema yang sesuai berdasarkan hasil pembelajaran. Contohnya: guru bahasa inggeris menceritakan kisah cindrella. Bagi mengambarkan keadaan lebih terperinci dan membawa watak tersebut serta menarik perhatian murid ke dalam watak sebenar adalah lebih sesuai aktiviti boneka. Dalam semua aktiviti pemilihan tema atau tajuk yang sesuai berdasarkan hasil pembelajaran supaya guru tidak keluar daripada apa yang perkara terkandung dalam kandungan KBSR atau KSSR. 18

HBAE2103 CORAK DAN REKAAN

2013

2. Alat dan bahan yang sesuai dalam proses membuat boneka Selepas pemilihan tema atau tajuk cerita berdasarkan hasil pembelajaran. Setelah guru membuat pilihan membuat boneka. Guru mengenalpasti jenis-jenis boneka yang paling sesuai berdasarkan keadaan dan perjalanan cerita. Guru tidak boleh memilih pelbagai jenis boneka maka ia akan merungsingkan guru. Stelah memilih jenis boneka guru perlu mengenalpasti jenis-jenis alat dan bahan yang sesuai bagi menghasilkan boneka. Misalnya boneka lidi. Boneka lidi lebih sesuai dan senang menghasilkan daripada boneka yang lain. Boneka lidi boleh diaplikasikan dalam kelas supaya murid menghasilkan untuk diri sendiri dan membuat persembahan boneka mengikut kefahaman mereka. Ia dapat menonjolkan atau mencungkil (high order thinking skills) bagi seseorang murid. Bagi menghasilkan boneka lidi hanya memerlukan lidi, gambar bagi watak, warna, gunting dan gam.

3. Proses stailisasi, menambaikan agar bersesuai dengan watak Penghasilan sesuatu boneka perlu bersesuai dengan watak. Guru boleh mengubahsuai watak dengan masa terkini supaya menarik perhatian murid. Selain itu murid juga dapat mengeluarkan idea atau kreativiti mereka bagi menghasilkan sebuah boneka dengan lebih cantik. Guru boleh mengalakkan menggunakan manik atau bahan hiasan supaya menarik perhatian.

4. Pilihan reka bentuk warna dan padanan imej mengikut boneka Pemilihan warna bagi sesuatu watak adalah amat penting. Hal ini kerana ia akan mempengaruhi murid-murid. Memilih warna yang sesuai berdasarkan watak sebenar. Contohnya, membuat boneka pokok iaitu batang mestilah warna coklat dan daun berwana hijau muda atau hijau.

5. Kesesuaian secara keseluruhan Guru mengenalpasti semua proses dilaksanakan dengan kemas dan tepat. Guru mengenalpasti cara-cara mempersembahkan aktiviti boneka samada persembahan pentas. Pemilihan semua alatan dan bahan bergantung kepada watak yang dipilih.

19

HBAE2103 CORAK DAN REKAAN

2013

6.0

Maklumat Sorotan (Kajian)

Guru melaksanakan teknik boneka dalam proses pengajaran dan pembelajaran pendidikan moral dengan menerangkan nilai-nilai murni baik hati.

Skrip lakonan

Babak 1 : Situasi di sebuah taman di pinggir hutan.

Si Burung Sang Arnab Si Burung Si Arnab

: Selamat pagi Sang Arnab. : Selamat pagi kawanku Si Burung. : Mengapa kamu kelihatan muram dan sedih Arnab.? : Aku sedih melihat kebunku yang dirosakkan. Semua tanamanku binasa. Tiada lagi yang tinggal untuk aku tuai menjelang musim hujan ini. Aku takut tidak ada bekalan makanan untuk anak- anakku nanti.

Si Burung

: Aku tahu ini mesti angkara jiran kita yang sombong Si Beruang Hitam itu. Dua hari yang lepas aku pernah menegurnya kerana dia membawa anakanaknya bermain di pinggir kebun kamu. Tetapi dia memarahi aku.

Si Arnab

: Aku pun pernah melihat dia memanjat dan mejenguk ke sarang kamu Burung. Aku juga menegurnya tetapi aku dilontarnya dengan ranting.

Si Burung

: Dia juga pernah mengancam hendak menumbangkan pokok tempat sarangku ini ketika aku cuba melarang perbuatannya.

Si Arnab

: Kita perlu menasihatkan Si Beruang Hitam supaya dia menghormati jiranjirannya Burung. Mari kita cari dan cuba berbincang baik baik dengan dia.

Si Burung

: Bagus cadangan kamu Arnab. Mari !

Babak 2 : Situasi di kawasan hutan berhampiran tebing sungai.

Si Beruang Hitam Si Arnab Si Burung

: Tolong ! Tolong ! Tolong ! Aduh, sakitnya ! : Burung ! Kamu dengar tak ada suara meminta tolong. : Ya, aku pun dengar. Sepertinya dia dalam kesakitan. Mari kita lihat apa yang berlaku di sana.

20

HBAE2103 CORAK DAN REKAAN

2013

Si Beruang Hitam

: Tolong ! Tolong ! , Kaki aku terkena jerat dan aku tidak dapat melepaskan diri !

Si Burung

: Itu Si Beruang Hitamlah, jiran kita yang sombong tu. Kita jangan pedulikan dia. Biar dia rasakan balasannya jika selalu berbuat tak baik. Padan muka dia!

Si Arnab

: Janganlah begitu Si Burung, kasihan dia. Walaupun dia selalu menimbulkan masalah tetapi dia tetap jiran kita. Kalau berlaku sesuatu kepada dia, siapa yang hendak menjaga anak- anaknya ? Mari kita bantu lepaskan dia daripada jerat ini.

Si Burung Si Beruang Hitam

: Baiklah Arnab. : Terima kasih sahabatku. Mulia sungguh hati kamu berdua kerana sanggup menolong aku walaupun aku banyak berbuat jahat kepada kamu berdua. : Sudah menjadi tanggungjawab kita jika hidup berjiran harus tolong menolong Beruang.

Si Arnab

Si Beruang Hitam

: Aku sungguh malu dengan kamu berdua apabila mengingatkan perbuatan aku terhadap kamu selama ini. Aku minta maaf banyakbanyak ya. Aku harap kamu berdua sudi memaafkan aku.

Si Burung Si Beruang Hitam

: Kami maafkan kamu asalkan kamu mahu berubah menjadi baik. : Aku janji mulai hari ini akan jadi jiran yang baik pada kamu berdua dan sentiasa menghormati kawan- kawan kita yang lain juga.

Si Arnab

: Sudahlah tu, kita lupakan semua yang telah berlaku. Seperti kata pepatah, buang yang keruh ambil yang jernih. Mulai hari ini kita mulakan hidup baru.

Si Burung Si Beruang Hitam

: Aku setuju. Jom kita balik nanti anak- anak mencari kita pula. : Mari kawan- kawan.

21

HBAE2103 CORAK DAN REKAAN

2013

Watak watak dalam lakonan Pertolongan Jiran :

Si Beruang Hitam

Si Arnab

Si Burung

22

HBAE2103 CORAK DAN REKAAN

2013

Pentas Persembahan

Latar belakang pentas

Pemandangan keseluruhan pentas

Bahagian dalam pentas

23

HBAE2103 CORAK DAN REKAAN

2013

Cara boneka dimasukkan ke dalam pentas

24

HBAE2103 CORAK DAN REKAAN

2013

7.0

Kesimpulan

Secara kesimpulannya, tugasan ini amat menyeronokkan dan mencabar kreativiti guru. Tugasan membina dan membentuk ini memerlukan setiap kumpulan untuk mereka cipta dan menghasilkan reka bentuk berdasarkan tema yang dipilih. Pengalaman ini menambah ilmu guru yang dapat diaplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran pada masa hadapan. Melalui tugasan ini juga dapat menambah ilmu pengetahuan guru pelatih tentang bidang membuat dan membina dalam seni visual. Hasil karya ini boleh dijadikan sebagai bahan bantu mengajar di sekolah. Melalui tugasan ini, guru pelatih mampu mencorak dan mereka cipta sesebuah karya rekaan sendiri. Di prasekolah, bidang kegiatan ini dapat menegaskan perkembangan persepsi muridmuird terhadap aspek seni dari segi bentuk, ruang, struktur, imbangan dan kestabilan. Berpandukan aspek tesebut murid-murid dapat memahami lebih jelas bila mereka membentuk dan membina sesuatu model. Bidang kegiatan membentuk dan membina juga mendedahkan murid-murid dengan penggunaan pelbagai bahan, alat dan teknik penghasilan. Ini memberi peluang kepada murid-murid berinteraksi secara kreatif dengan alat dan bahan semasa menjalankan proses penghasilan seni. Kegiatan membentuk dan membina ini dapat memberi peluang kepada murid-murid membuat rujukan kepada objek sebenar. Perbandingan ini akan memberi kesedaran bahawa idea dan kreativiti mempunyai fungsi dan makna. Aspek apresiasi hasil kerja diadakan sebagai satu proses pembelajaran. Kegiatan ini boleh dilakukan dalam pelbagai cara seperti pernyataan, puisi, lakonan, nyanyian dan cerita.

25

HBAE2103 CORAK DAN REKAAN

2013

8.0 Rujukan Azman Wan Chik. (1993). Mengajar Bahasa Melayu. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka. Khairuddin Mohamad (2011). Literasi Bahasa. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd. Siti hajar Abd. Aziz. (1996). Permainan bahasa untuk sekolah rendah dan menengah. Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Mat Nor Hussin, & Ab. Rahman Ab. Rashid. (1998). Alat Bantu Mengajar dalam pengajaran bahasa. Petaling Jaya : Longman Sdn. Bhd. Mohd Zairi Husain (2011), HBAE 2203 Membentuk dan Membuat Binaan, Open University Malaysia. http://www.slideshare.net/nurulanwar/seni-boneka-prasekolah http://id.wikipedia.org/wiki/Boneka http://ctdollartists.com/history.htm http://ms.wikipedia.org/wiki/Boneka

Anda mungkin juga menyukai