Anda di halaman 1dari 15

Data dan Pemerhatian:

SAMPEL BATU CIRI-CIRI BATU A B C D E F G H I

Gambar

Lokasi batu diambil

Tepi jalan raya

Sungai

Tepi jalan raya

Sungai

Tepi jalan raya

Kolam

Taman bunga

Pantai

Bukit

Jisim (g)

54.50

23.77

17.92

19.94

10.05

13.15

12.93

10.43

15.59

Isipadu (cm3)

25.00

13.00

10.00

9.00

6.00

9.00

6.00

5.00

10.00

Ketumpata n (g/cm3)

2.18

1.83

1.80

2.22

1.68

1.50

2.16

2.09

1.56

Permukaan batu

Kasar

Licin

Licin

Licin

Kasar

Licin

Kasar

Kasar

Kasar

Corak

Sekata

Tidak sekata

Tidak sekata

Tidak sekata

Sekata

Tidak sekata

Tidak sekata

Sekata

Tidak sekata

Kegilapan

Berkilau

Pudar

Pudar

Pudar

Berkilau

Pudar

Berkilau

Pudar

Pudar

Lapisan

Berbintik tetapi tidak sekata

Berlapis tetapi nipis

Tiada

Tiada

Berbintik tetapi tidak sekata

Tiada

Tiada

Berlapis tetapi nipis

Berlapis

Kekerasan

Keras

Keras

Mudah tercalar

Keras

Keras

Keras

Keras

Mudah tercalar

Mudah tercalar

Tindak balas dengan asid

Tiada tindak Tiada tindak balas balas

Tiada tindak balas

Tiada tindak balas

Tiada tindak balas

Tiada tindak balas

Tiada tindak Tiada tindak balas balas

Hasilkan gelembung udara dan terhakis

Butiran apabila dipecahkan

Besar

Kecil

Besar

Kecil

Halus

Besar

Kecil

Halus

Halus

Penghasilan gelembung udara dalam air

Ada

Ada

Ada

Ada

Tiada

Ada

Ada

Ada

Tiada

Kristal

Ada

Tiada

Ada

Tiada

Ada

Tiada

Ada

Tiada

Ada

Jenis batu

Igneus (Granite)

Sedimen (Breccia)

Igneus (Pumice)

Sedimen (Breccia)

Igneus (Diorite)

Igneus (Pumice)

Sedimen (Breccia)

Sedimen (Sandstone)

Metamorfik (Slate)

LAPORAN PRAKTIKAL 2 : Mengenal Pasti Batu-batuan Tajuk Tujuan : : Batuan Mengenalpasti dan mengelaskan tiga jenis batuan mengikut spesifikasi. a) b) c) Batu Igneus Batu Sedimen Batu Metamorfik

Pengenalan: Kerak bumi terdiri daripada beraneka jenis batuan. Batuan ini adalah berbeza setiap satu daripada yang lainnya, sama ada dari segi corak, warna, kekerasan, cara penghasilan batu tersebut, mahupun kekuatannya menahan kuasa gondolan. Batu-batan menjadi asas bagi tanah-tanih dan sedikit sebanyak menentukan jenis jenis tumbuhan, habitat haiwan makroorganisma serta penggunaan sesuatu tanah di sesuatu kawasan itu. Batuan terbahagi kepada tiga bahagian iaitu batuan igneus, batuan endapan dan batuan metamorf. Pakar geologi membuat pengkelasan jenis-jenis batu ini

berdasarkan kandungan mineral iaitu jenis-jenis mineral yang terdapat di dalam batuan ini. Selain itu tekstur batuan, iaitu saiz dan bentuk hablur-hablur mineral di dalam batuan turut diperhatikan bagi mengenalpasti jenis batu yang diperoleh. Akhir sekali, struktur batuan, iaitu susunan hablur mineral di dalam batuan dikaji untuk menentukan kelompok dan kumpulan sesuatu batu itu.

Batuan Igneus Batuan igneus terjadi akibat daripada penyejukan dan pembekuan magma dari dalam kerak bumi. Batu ini biasanya berbentuk hablur, tidak berlapis-lapis dan tidak mengandungi fosil. Batu igneus boleh dikelaskan berdasarkan kandungan

bahan-bahan logam di dalamnya. Jika batuan ini mengandungi lebih banyak silika maka batu itu digolongkan sebagai batuan asid. Sebagai batuan granit, batuan

igneus jenis asid ini tidaklah padat dan lebih muda warnanya daripada batuan bes. Batuan bes pula lebih padat dan lebih hitam warnanya kerana banyak mengandungi oksid bes, seperti besi, aluminium dan magnesium. Kebanyakan batu igneus bersifat keras dan kukuh. Oleh itu, batu igneus kebiasaannya digunakan untuk membuat jalan raya, tugu-tugu peringatan atau ukiran batu.

Batuan Sedimen Batu Sedimen terjadi daripada proses enapan yang terkumpul di kawasan perairan. Kejadian ini memakan masa yang agak panjang. Batuan ini dapat dibezakan daripada batuan jenis lain melalui sifat-sifatnya yang berlapis-lapis. Oleh sebab itu batuan ini disebut batu-batan berlapis. Tebal lapisannya berbeza-beza dari beberapa sentimeter hingga ke beberapa meter, bergantung kepada jenis dan lokasinya. Bentuknya kasar atau berbiji-biji halus, mungkin juga lembut atau keras. Bahan-bahan yang membentuk batuan sedimen ini mungkin telah diangkut oleh sungai-sungai, glasier, angin atau haiwan lain. Batuan Sedimen tidak berhablur dan didapati sering mengandungi fosil-fosil binatang, tumbuh-tumbuhan dan hiduphidupan halus. Berbanding dengan batuan lain, batuan sedimen paling mudah untuk dikenalpasti. BSedimen dapat dikelaskan berdasarkan umurnya. Berbagai-bagai jenis batu-batan yang terjadi dalam jangka waktu yang sama telah dijeniskan ke dalam satu kelompok.

Batuan metamorfik Tekanan dan haba yang sangat tinggi akan menyebabkan semua batubatuan, baik batuan igneus mahupun batuan Sedimen akan bertukar menjadi batuan metamorfik. Sifat-sifat asal batuan tersebut mungkin berubah oleh faktor-faktor tersebut terutamanya apabila pergerakan bumi yang sangat kuat berlaku Batuan metamorfik banyak dijumpai di sekitar Malaysia dan Kepulauan Borneo. Batuan metamorfik mempunyai ciri-ciri yang jelas dan mudah dilihat. Kesemua batuan metamorfik mempunyai struktur yang berhablur. Batuan

metamorfik mempunyai mineral yang sama seperti batuan igneus, tetapi sering

terdapat juga mineral yang hanya terbentuk pada suhu dan tekanan yang sangat tinggi. Sesetengah batuan metamorfik mampat dan menjadi lebih padat akibat tekanan yang sangat tinggi yang dialaminya. Sesetengah batuan metamorfik yang berjalur mempunyai mineral yang tersusun dalam lapisan-lapisan yang selari. Batuan metamorfik berjalur ini terjadi apabila mineral dalam batuan itu mengalami penghabluran semula atau terhimpit akibat tekanan. Jaluran juga terjadi apabila mineral yang mempunyai kepadatan berlainan terasing lalu membentuk lapisanlapisan.

Bahan dan radas: Asid sulfurik, air suling, bikar, silinder penyukat, kanta pembesar, paku, benang, berus penimbang elektronik, pelekat berlabel, kain lap, papan asbestos

Prosedur: 1. Batu-batu yang ingin digunakan dibasuh dan diberus menggunakan berus lembut dengan cermat dan berhati-hati 2. Keadaan dan ciri-ciri luaran batu diperhatikan dengan menggunakan kanta pembesar. 3. Jisim batu ditimbang menggunakan penimbang elektronik 4. 250cm3 air diisi ke dalam silinder penyukat dan batu yang diikat dengan benang dimasukkan ke dalam silinder penyukat tersebut. Kehadiran gelembunggelembung udara yang dihasilkan oleh batu di dalam air diperhatikan. 5. Isipadu batu diambil dengan merujuk kepada pertambahan isipadu air di dalam silinder penyukat. 6. 50cm3 asid sulfurik dimasukkan ke dalam bikar dan batu direndam ke dalam larutan asid tersebut 7. Sebarang tindak balas batu terhadap asid dan perubahan yang berlaku kepada batu diperhatikan dan dicatatkan.

8. Batu dikikis menggunakan paku dan sebarang pemerhatian pada permukaan batu sama ada tercalar atau tidak diperhatikan dan dicatatkan. 9. Semua pemerhatian dikumpul dan pengelasan jenis batu dilakukan dan direkodkan di dalam data.

Foto:

Foto 1 sampel batu ditimbang di atas penimbang elektronik

Foto 2 sampel batu diuji dengan asid sulfurik

Analisis Data: Satu uji kaji dilakukan bagi bagi mengenalpasti dan mengelaskan batu-batuan yang diperoleh dari tempat-tempat yang berbeza. Sampel batu diambil dari beberapa kawasan seperti tepi jalan raya, kolam, sungai, taman bunga dan bukit. Batu-batuan ini diuji dari segi ciri fizikalnya, lapisan-lapisan terbentuk, hablur-hablur mineral, kekerasan batu terhadap hakisan, tindak balas batu terhadap asid, penghasilan gelembung udara di dalam air dan banyak lagi. Uji kaji ini dilakukan bagi mengenalpasti dan mengkelaskan batuan mengikut jenis. Hasil eksperimen mendapati bahawa daripada Sembilan sampel batu yang diuji, terdapat 4 jenis batu igneus, empat jenis batu sedimen dan hanya satu batu metamorfik. Walaubagaimanapun, setiap satu daripada batu-batan ini adalah berbeza mengikut jenis. Pengkelasan ini dilakukan berdasarkan pemerhatian semasa uji kaji dilakukan terhadap batuan tersebut.
SAMPEL BATU

Analisis batu

Batu A ini diambil di tepi jalan di Sikamat, Seremban. Batu ini berwarna putih keabuan dan mempunyai bintik bintik hitam yang halus. Bentuknya tidak sekata dan berbucu tajam manakala teksturnya kasar dan tidak mempunyai lapisan. Apabila batu ini dipecahkan, terdapat butiran butiran mineral yang agak besar dan berkilau. Jisim batu ini ialah 54.50g dan isipadunya pula 25cm3. Nilai ketumpatan batu ini ialah 2.18gcm-3. Batu ini mempunyai kekerasan yang tinggi, yang mana tidak calar apabila ditoreh dengan menggunakan paku dan pisau. Ini menunjukkan batu ini sangat keras dan kuat. Maka, batu ini ialah jenis batu Ignius jenis Granite.

Batu B ini diambil di kawasan sungai berdekatan dengan Masjid Sikamat. Batu ini terdiri daripada campuran warna putih keperangan. Bentuknya tidak sekata, tidak berbucu, manakala permukaannya agak kasar dan ia tidak mempunyai lapisan. Apabila batu ini dipecahkan, terbentuknya butiran butiran yang agak kecil. Jisim batu ini ialah 23.77g dan isipadunya pula 13cm3. Nilai ketumpatan batu ini ialah 1.83gcm-3. Batu ini agak kusam dan pudar dan mempunyai kekerasan yang tinggi. Apabila ditoreh menggunakan pisau dan paku, batu ini tidak bercalar. Ini menunjukkan batu ini keras dan sukar untuk dipecahkan. Batu ini tidak bertindak balas dengan asid. Maka, batu ini ialah batuan enapan jenis Breccia

Batu C diambil di sekitar jalan raya ke Senawang. Batu ini terdiri daripada campuran warna putih, merah keperangan dan jingga. Bentuknya tidak rata, bentuk tidak tetap dan tidak sekata. Permukaan batu ini pula sangat kasar. Apabila dipecahkan, terbentuk butiran butiran yang kasar dan besar. Jisim batu ini ialah 17.92g dan isipadunya pula 10cm3. Nilai ketumpatan batu ini ialah 1.8gcm-3. Batu ini sedikit calar apabila ditoreh menggunakan paku dan pisau. Ini menunjukkan batu ini tidak keras dan mudah untuk dipecahkan. Batu ini tidak bertindak balas dengan asid. Maka, batu ini ialah batuan enapan jenis Pumice.

Batu D ini diambil juga di kawasan sungai berdekatan Masjid Sikamat. Batu ini terdiri daripada campuran warna putih pudar dan mempunyai bintik perang kemerahan. Bentuknya agak bulat membujur manakala teksturnya kasar dan tidak mempunyai sebarang lapisan. Apabila batu ini dipecahkan, terbentuknya butiran butiran yang kecil dan kasar. Jisim batu ini ialah 19.94g dan isipadunya pula 9cm-3. Nilai ketumpatan batu ini ialah 2.22gcm3. Batu ini menunjukkan kekilauan dan mempunyai kekerasan yang tinggi. Apabila ditoreh dengan pisau dan paku, batu ini tidak calar. Ini menunjukkan batu ini keras dan sukar untuk dipecahkan. Batu ini tidak bertindak balas dengan asid. Maka, batu ini ialah batuan enapan jenis Breccia

Batu E ini diambil dari kawasan sekitar jalan raya di IPGKRM. Batu ini terdiri daripada warna putih dan mempunyai bintik bintik berwarna kelabu gelap. Bentuknya panjang dan berbucu tajam manakala teksturnya agak kasar dan tidak mempunyai lapisan. Apabila batu ini dipecahkan, terbentuknya butiran butiran yang halus. Jisim batu ini ialah 10.5g dan isipadunya pula 6cm3. Nilai ketumpatan batu ini ialah 1.68 gcm-3. Batu ini juga menunjukkan kekilauan dan mempunyai kekerasan yang tinggi. Apabil batu ini ditoreh menggunakan paku dan pisau, batu ini tidak bercalar. Ini menunjukkan batu ini sangat keras dan kuat. Maka, batu ini ialah jenis batu Ignius jenis Granite.

Batu F ini diambil dari kawasan kolam asrama Blok A. Batu ini terdiri daripada campuran warna putih pudar keemasan. Bentuknya membulat manakala tekstur permukaannya agak kasar dan tidak mempunyai lapisan. Apabila batu ini dipecahkan, terbentuknya butiran butiran yang besar dan kasar. Jisim batu ini ialah 13.15g dan isipadunya pula 9.cm3. Nilai ketumpatan batu ini ialah 1.50gcm-3. Batu ini mempunyai kekerasan yang tinggi Apabila ditoreh menggunakan paku dan pisau, batu ini tidak calar. Ini menunjukkan batu ini keras dan sukar untuk dipecahkan. Batu ini bertindak balas dengan asid yang menghasilkan gelembung udara. Maka, batu ini ialah batuan igneus jenis Pumice

Batu G diambil dari Taman Bunga IPGKRM. Batu ini ber warna putih kapur berbintik perang kemerahan. Bentuknya membulat tetapi tidak sekata, manakala teksturnya kasar dan tidak mempunyai lapisan. Apabila batu ini dipecahkan, terbentuknya butiran butiran yang halus. Jisim batu ini ialah 12.93g dan isipadunya pula 6cm3. Nilai ketumpatan batu ini ialah 2.16gcm-3. Batu ini menunjukkan kekilauan dan mempunyai kekerasan yang tinggi. Apbila ditoreh dengan paku dan pisau, bat ini tidak calar, maka ini menunjukkan batu ini keras dan sukar untuk dipecahkan. Batu ini tidak bertindak balas dengan asid. Maka, batu ini ialah batuan enapan jenis Breccia.

Batu H ini diambil di Pantai Port Dickson, Seremban. Batu ini terdiri daripada campuran warna perang kemerahan dan putih. Bentuknya bersegi dan bentuk tidak tetap manakala teksturnya kasar, seakan-akan berpasir dan mempunyai lapisan namun terlalu nipis. Apabila batu ini dipecahkan, terbentuknya butiran butiran yang sangat halus seperti butiran pasir atau debu. Jisim batu ini ialah 10.43g dan isipadunya pula 5cm3. Nilai ketumpatan batu ini ialah 2.09gcm-3. Batu ini menunjukkan kekerasan yang rendah. Apabila ditoreh dengan pisau dan paku, batu ini jelas menunjukkan kesan calar dan butiran-butiran halus terhasil. Maka, jelas bahawa batu ini lembut dan senang untuk dipecahkan. Batu ini tidak bertindak balas dengan asid. Maka, batu ini ialah batuan sendimen jenis Sandstone

Batu I ini diambil di Bukit Beroga,. Batu ini berwarna kelabu kehitaman. Bentuk batu ini bersegi dan

berbucu tajam dan permukaannya kasar. Apabila dipecahkan, butiran mineral yang terhasil sangat halus. Jisim batu ini ialah 15.59g dan isipadunya pula 10cm3. Nilai ketumpatan batu ini ialah 1.56gcm3. Batu ini menunjukkan kekerasan yang rendah.

Apabila ditoreh menggunakan paku dan pisau, batu calar. Ini menunjukkan batu ini lembut dan senang untuk dipecahkan. Batu ini bertindak balas dengan asid dan sedikit terhakis apabila bertindak balas dengan asid. Maka jenis batuan ini ialah batu metamorfik jenis Slate.

Kesimpulan: Batu-batuan boleh diklasifikasikan kepada tiga iaitu igneus, metamorfik dan sedimen. Setiap satu batuan ini mempunyai ciri-ciri yang berbeza antara satu sama lain. Batu-batan dapat menentukan kesesuaian tanah-tanih untuk dijadikan habitat bagi haiwan dan tumbuhan tertentu serta menentukan kegunaan tanah dalam sesuatu kawasan tersebut. Batu-batuan ini juga penting bagi ahli-ahli geologi bagi menentukan umur bumi kerana pembentukan batuan mengambil masa dan fasa yang berbeza mengikut jenis batuan.

Rujukan: Andrew Alden (t.t.p.). Rock Identification Tables. Dicapai pada 6 Mac 2014 di http://geology.about.com/od/rocks/a/Rock-Tables.htm. Cheng Leong Goh (2010). Atlas Sumber dalam Geografi Fizikal. Percetakan Naz Sdn Bhd Dan Green (2013). Rocks and Minerals. Jefferson : Scholastic Inc. Geology.com (2008). Igneous Rocks. Dicapai pada 1 Mac 2014 di http://geology.com/rocks/igneous-rocks.shtml Geology.com (2008). Sedimentary Rocks. Dicapai pada 1 Mac 2014 di http://geology.com/rocks/sedimentary-rocks.shtml Tanpa pengarang (t.t.p.). Types of Rocks. Dicapai pada 24 Februari 2014 di http://www.learner.org/interactives/rockcycle/types.html Kuala Lumpur: