Anda di halaman 1dari 37

1.

PENGENALAN

Sejarah merupakan mata pelajaran teras yang wajib dipelajari oleh semua murid dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) mulai tahun 4 di tahap dua sekolah rendah. Objektifnya adalah untuk menyemai kefahaman terhadap mata pelajaran Sejarah sejak sekolah rendah. Ini disebabkan melalui pengetahuan dan kefahaman terhadap aspek sejarah negaralah yang mampu melahirkan murid yang berjiwa patriotik. Jadi, melalui kurikulum Sejarah, murid diberi pendedahan untuk menganalisis dan menilai fakta sejarah secara matang. Jika sebelum ini, aspek Sejarah hanya diselitkan dalam mata pelajaran Kajian Tempatan yang diajar pada tahap dua murid sekolah rendah,kini dengan adanya pengenalan yang berfokus terhadap subjek Sejarah pastinya mampu memupuk minat terhadap subjek Sejarah sedari sekolah rendah sebelum menengah. Kurikulum Sejarah sekolah rendah dibina berasaskan enam tunjang KSSR iaitu Komunikasi, Kerohanian, Sikap dan Nilai, Kemanusiaan, Literasi Sains dan Teknologi dan Keterampilan Diri. Keenam-enam tunjang tersebut merupakan nilai yang beralih kepada Sejarah dengan lebih mendalam di sekolah

menyokong antara satu sama lain dan disepadukan oleh kemahiran berfikir aras tinggi. Melalui kesepaduan kesemua aspek ini, modal insan yang seimbang dan harmonis, berpengetahuan dan berketerampilan dapat dilahirkan. Pendekatan yang menarik yang diterapkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran seperti Pembelajaran Luar Bilik Darjah (PLBD), Pembelajaran Akses Kendiri (PAK) dan Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam Pembelajaran (TMK) pastinya akan melahirkan situasi pembelajaran yang menyeronokkan dan memberi input yang berguna kepada pelajar dalam melatih Kemahiran Berfikir Aras Tinggi. Seperti yang dikatakan oleh Menteri Pelajaran Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam kata alu-aluan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025, dalam usaha kita untuk bersaing dengan negara-negara termaju di dunia, sistem pendidikan kita perlu berupaya melahirkan generasi muda yang berpengetahuan dan mampu berfikir secara kreatif dan kritis.

Tema yang ditekankan dalam kurikulum Sejarah sekolah rendah ialah Tema Mengenal Negara Kita, Sejarah Negara Kita, Kewarganegaraan dan Cintai Tanah Air. Melalui tema-tema ini, pelajar tahap dua sekolah rendah dapat memahami Sejarah berasaskan sikap ingin tahu dan seterusnya menghargai keunikan negara kita dalam melahirkan warganegara yang patriotik di Malaysia. Konsep sebab dan akibat yang ditekankan dalam kurikulum Sejarah juga akan menyatakan kepentingan sejarah dalam kehidupan dan menjadikan masyarakat Malaysia sebagai satu masyarakat yang mengambil iktibar daripada peristiwa sejarah negara dalam usaha mengekalkan keharmonian negara kita. Menerusi konteks Perlembagaan Persekutuan dan

kemerdekaan tanah air yang diberi keutamaan dalam kurikulum Sejarah, semangat cintakan negara akan dapat diterapkan dalam kalangan generasi muda. Selain itu, perspektif keunikan tanah air yang ditekankan dalam mata pelajaran Sejarah akan dapat menilai warisan negara kita seterusnya menerangkan kehidupan dan kebudayaan masa lalu dan masa kini masyarakat di Malaysia. Menerusi ini, masyarakat Malaysia akan lebih menghormati masyarakat pelbagai kaum, di samping mempertahankan identiti dan warisan negara serta memahami perbezaan kaum, budaya, dan agama dalam memupuk persefahaman antara kaum di Malaysia. Jika semua nilai ini dapat disemai sejak sekolah rendah, pastinya Malaysia akan dapat mengekalkan perpaduan yang menjadi aspek yang penting dalam menjana pembangunan negara. Sebagai contoh, pengenalan terhadap budaya kaum-kaum di Malaysia dan budaya setiap negeri di Malaysia tidak kira dari segi pakaian, makanan dan tarian yang pelbagai dan mempunyai keunikan yang tersendiri akan membantu masyarakat Malaysia memahami dan menghargai keistimewaan negara kita. Dalam elemen kedaulatan negara kita pula, murid akan didedahkan dengan pencapaian negara dari segi ekonomi, sosial dan pencapaian di peringkat antarabangsa. Menerusi elemen ini, perasaan bangga terhadap pencapaian negara akan dapat dipupuk. Seterusnya, elemen ini juga akan memberi pengetahuan kepada murid dalam memahami cabaran negara dalam mempertahankan kedaulatan negara. Dengan ini, pembinaan jati diri dalam diri murid akan dapat dibentuk sejak dari zaman sekolah rendah lagi. Lagipun , generasi ini jugalah yang akan menerajui kepimpinan

negara pada masa akan datang yang lebih mencabar. Bak kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Kesimpulannya, kurikulum Sejarah sekolah rendah merupakan satu bentuk kurikulum yang dilihat sebagai satu usaha dalam melahirkan warganegara yang bersatu padu, mempunyai perasaan bangga sebagai rakyat Malaysia, berpengetahuan dan menghayati dan mengamalkan ciri-ciri warganegara yang cemerlang. Elemen-elemen yang diterapkan dalam kurikulum ini diharapkan dapat menjadi wadah dalam menerapkan nilai-nilai yang akan membentuk kehidupan masyarakat yang lebih patriotik dan mempunyai jati diri. Walaupun begitu, memandangkan kurikulum Sejarah ini merupakan kurikulum yang baru ingin dilaksanakan di peringkat sekolah rendah, perhatian yang mendalam terhadap pelaksanaannya dari setiap aspek perlu diambil berat supaya usaha ini tidak akan menjadi sekadar melepaskan batuk di tangga. Pendekatan yang menarik perlulah digunakan oleh guru dan panitia sejarah supaya sesi pembelajaran akan menjadi lebih berkesan terhadap pelajar.

2.0

SEJARAH PERKEMBANGAN MATA PELAJARAN SEJARAH

Pendidikan zaman penjajahan British mencerminkan kepentingan penjajah. Ini jelas digambarkan melalui mata pelajaran Sejarah yang dijadikan saluran propaganda British yang amat berkesan. British memperkenalkan kurikulum Sejarah yang berbeza-beza antara sekolah aliran British dan sekolah aliran Melayu. Sekolah-sekolah Cina dan Tamil pula menggunakan kurikulum Sejarah dari negara China dan India. Sejarah British diberi tempat yang penting dalam kurikulum Sejarah (Khoo Kay Kim, 1992). Ini diakui oleh Abdul Razaq (2007) yang menjelaskan kurikulum Sejarah lebih menceritakan latar belakang masyarakat Eropah atau pun sejarah England itu sendiri. Bagi Jamaliah (2005), sebenarnya inilah yang menyebabkan wujudnya jurang dalam pendidikan sejarah antara murid sekolah aliran Inggeris, Cina dan Tamil. Hal ini mengakibatkan identiti dan nilai kerjasama tidak wujud dalam kalangan masyarakat ketika itu.

Pada peringkat awal pendidikan Sejarah yang diperkenalkan di sekolah-sekolah aliran Melayu lebih berbentuk kepada Kesusasteraan Melayu Klasik. British tidak menekankan pendidikan Sejarah tempatan dalam kalangan masyarakat di Tanah Melayu kerana dikhuatiri boleh menggugat kepentingan politik dan ekonominya. Hanya selepas Negara mencapai kemerdekaan, pengaruh kurikulum British dilihat semakin berkurangan (Maharom Mahmood, 2001). Sementara pengaruh kurikulum Sejarah negara India dan Cina tamat apabila Laporan Razak 1956 dikemukakan untuk memastikan satu sukatan pengajaran dan peperiksaan yang sama dilaksanakan demi perpaduan kaum di Negara ini. Selepas Perang Dunia ke-2, kurikulum Sejarah mula memberi penekanan ke arah perpaduan dan integrasi kaum. Pada tahun 1973, terdapat perbincangan untuk mengkaji semula kurikulum Sejarah. Kurikulum yang sedia ada dilihat terlalu luas dan tidak bersifat tempatan (Siti Zainun Mat,1998; 1990). Beberapa forum seperti Kongres Kebudayaan Malaysia1971, Seminar Sejarah Malaysia I dan II yang diadakan dalam tahun 1973 dan 1974 (Siti Zainun Mat, 1988 dan 1990) telah diadakan untuk membincangkannya. Dapatan seminar telah menggesa pihak Kementerian Pelajaran Malaysia menggunakan pendekatan berpusatkan ke -Malaysiaan dalam menggubal sukatan pelajaran dan penulisan buku teks Sejarah (Siti Zainun Mat 1988, 1990). Hanya pada tahun 1989, Kementerian Pelajaran Malaysia telah menjadikan mata pelajaran Sejarah sebagai subjek teras yang wajib diambil oleh semua pelajar. Bagi Aini Hassan (2008) perubahan ini merupakan satu anjakan besar dalam falsafah dan konsepsi pengajaran dan pembelajaran Sejarah di sekolah. Falsafah, matlamat dan objektif pengajaran dan pembelajaran telah dinyatakan dengan jelas. Fokus terhadap sejarah tempatan telah diterapkan dalam kurikulum. Pembahagian tajuk pula dilakukan mengikut tema-tema (PPK, 2002). Perkembangan kurikulum Sejarah pra dan pascamerdeka telah mengalami perubahan pesat, selari dengan tuntutan semasa. Mata pelajaran Sejarah turut diajar di bawah kurikulum baharu iaitu Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Mata pelajaran Sejarah menjadi mata pelajaran teras yang wajib dipelajari oleh semua murid mulai Tahun Empat di Tahap II. Idea memperkenalkan mata pelajaran Sejarah di sekolah rendah telah mula diketengahkan

oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada masa tersebut iaitu Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dalam satu kenyataannya pada 14 Oktober 2008 ketika merasmikan Bangunan Wisma Sejarah Persatuan Sejarah Malaysia (PSM) di Kuala Lumpur. Menurut Datuk Seri Abdullah, kerajaan mencadangkan mata pelajaran Sejarah diwajibkan di semua sekolah rendah di seluruh negara bagi mendedahkan para pelajar kepada sejarah pembangunan negara bermula daripada peringkat umur rendah. Datuk Seri Abdullah dipetik sebagai berkata, Sejarah adalah elemen pentin g dalam peradaban bangsa. Generasi muda perlu mendalami pengetahuan mengenai sejarah bangsa dan pembangunan negara. Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom pada ketika itu mengumumkan hasrat kerajaan menjadikan mata pelajaran Sejarah sebagai salah satu mata pelajaran wajib di sekolah rendah. Pengenalannya adalah selaras dengan transformasi sistem pendidikan negara dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010. Pengenalan mata pelajaran Sejarah akan dimulakan di 500 buah sekolah perintis di seluruh negara bermula tahun 2010 atau 2011 yang belum dimuktamadkan pada ketika itu. Mata pelajaran Sejarah akan diajar bermula dari Tahun Satu dan bakal menggantikan mata pelajaran Kajian Tempatan. Pada 25 Ogos 2010, Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd Puad Zarkashi mengumumkan bahawa Kementerian Pelajaran telah memutuskan bahawa mata pelajaran Sejarah akan mula diajar di sekolah rendah bermula tahun 2014. Mata pelajaran Sejarah di sekolah rendah akan diajar menggunakan pendekatan education is fun menerusi pendekatan seperti kuiz, lawatan ke tempat bersejarah dan rombongan ke Parlimen. YAB Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan keputusan kerajaan yang akan melaksanakan pengenalan mata pelajaran Sejarah di bawah Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) bermula tahun 2014. Tempoh yang agak panjang itu diambil bagi menyelaraskan pusingan awal KSSR yang dimulakan dengan murid Tahun Satu pada sesi persekolahan 2011 yang hanya akan menjengah ke Tahun Empat pada tahun 2014. Tempoh itu juga adalah mencukupi bagi pihak Kementerian Pelajaran Malaysia menyediakan latihan dan tenaga guru yang cukup bagi opsyen Sejarah seiring dengan hasrat kerajaan

menjadikan Sejarah sebagai mata pelajaran wajib lulus dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bermula tahun 2013. Pengenalan mata pelajaran Sejarah di bawah KSSR akan menggantikan mata pelajaran Kajian Tempatan yang akan dimansuhkan secara berperingkat sehingga pusingan pertama KSSR tamat pada tahun 2016.

3.0

PERBEZAAN ANTARA MATA PELAJARAN KAJIAN TEMPATAN DALAM KURIKULUM BARU SEKOLAH RENDAH (KBSR) DENGAN MATA

PELAJARAN SEJARAH KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (KSSR) Subjek sejarah perlu diperkenalkan semula di sekolah bagi melahirkan perpaduan kaum yang dilihat semakin rapuh sejak akhir-akhir ini. Malah dalam beberapa isu yang ditimbulkan beberapa pihak sebelum ini juga turut mengaitkannya dengan sensitiviti kaum negara ini. Menurut Pakar Sejarah, Prof Datuk Dr Ramlah Adam (2013) berkata, sejak subjek itu digantikan dengan Kajian Tempatan, anak-anak muda seolah-olah melupakan sejarah negara hingga sanggup menggadaikan perpaduan nasional dengan memuat naik kenyataan di internet yang boleh menimbulkan ketegangan kaum dan agama. Beliau menyatakan subjek Kajian Tempatan dengan Sejarah berbeza. Kajian Tempatan menggabungkan elemen-elemen ada hal ehwal semasa, sejarah, ilmu alam dan kemasyarakatan, namun gabungan itu hanya dipelajari secara umum. Mata pelajaran Sejarah merupakan satu mekanisme atau saluran untuk melahirkan semangat perpaduan itu di kalangan pelajar dari usia muda lagi supaya mereka merasakan sebahagian daripada rakyat Malaysia yang mempunyai inspirasi yang sama untuk menyayangi negaranya. Selain itu, kita juga perlu mengajar mata pelajaran Sejarah di sekolah khususnya untuk mengenal tentang asal-usul negara, tamadun dunia sekaligus melahirkan perasaan patriotisme di kalangan pelajar kerana mata pelajaran itu akan diguna pakai oleh semua kaum dan semua jenis sekolah termasuk Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Jenis Kebangsaan.

Pendidikan masih lagi menjadi bidang utama negara bagi membangunkan modal insan pada masa depan. Pembangunan bidang ini dengan pelbagai rancangan baruakan dapat membangunkan akal, hati dan jiwa manusia khususnya remaja bagi menghadapi dan melengkapkan diri ke arah negara maju. Menjelang pembukaan sekolah sesi pertama penggal persekolahan 2011, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah memperkenalkan pelbagai perancangan baru bertujuan membangunkan modal insan. Hanya melalui pendidikan di sekolah semua perancangan ini dapat direalisasikan. Perancangan yang dimaksudkan ialah tranformasi pendidikan. Tranformasi pendidikan ialah proses melakukan satu bentuk perubahan yang holistik kepada kurikulum persekolahan sedia ada yang melibatkan perubahan bentuk, organisasi, kandungan, pedagogi, peruntukan masa, kaedah pentaksiran, bahan dan pengurusan kurikulum di sekolah. Jadual di bawah menunjukkan banding beza antara Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Jadual 1: Perbezaan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). ASPEK Reka Bentuk Kurikulum ii. KBSR i. Komunikasi (lisan, membaca, dan menulis). Manusia Dengan Alam Sekelilingnya. iii. Perkembangan Diri Individu. iii. iv. v. ii. KSSR i. Komunikasi (lisan, membaca, menulis dan menaakul). Kerohanian, Sikap dan Nilai. Kemanusiaan. Keterampilan Diri. Perkembangan Fizikal dan Estetika. vi. Sains dan Teknologi.

Kaedah Pentaksiran

i.

Penekanan yang ketara kepada pentaksiran

i.

Dijalankan secaraberterusan untuk

sumatif.

mengesan perkembangan dan pencapaian murid dalam pembelajaran. ii. Menggunakan kaedah pentaksiran pelbagai. iii. Bersifat autentik dan holistik.

PERSAMAAN Peruntukan Masa Berlaku perubahan pada peruntukan masa kepada beberapa mata pelajaran khususnya Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.

i. Pedagogi ii. iii. iv. v. vi. vii. viii. ix.

Kemahiran Berfikir dalam P&P Implikasi Kecerdasan Pelbagai Dalam P&P Penggunaan TMK Pengajaran Berasaskan Kajian Masa Depan Pembelajaran Secara Konstruktivisme Pembelajaran Secara Kontekstual Pembelajaran Akses Kendiri Pembelajaran Masteri Belajar Cara Belajar

Bermula tahun 2011, semua sekolah akan menggunakan satu kurikulum baru yang dikenali sebagai Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Kurikulum ini akan dijalankan secara berperingkat di seluruh Malaysia bermula tahun 1 2011. Kurikulum ini selaras dengan perkembangan dan permintaan semasa yang menuntut modal insan yang lebih berkualiti sejajar dengan zaman yang serba maju dan canggih kini. Reka bentuk KBSR berasaskan tiga bidang iaitu komunikasi, manusia dan alam

sekeliling serta perkembang diri

individu. Di

dalam reka

bentuk komunikasi

KBSR

terkandung kemahiran asas iaitu membaca, menulis dan mengira. Kemahiran ini merupakan tunggak pendidikan asas di peringkat sekolah rendah. Antara mata pelajaran yang tergolong dalam bidang ini termasuk, Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina, Bahasa Tamil dan Matematik. Kesemua mata pelajaran ini diajar pada tahap 1 dan tahap 2. Contohnya, bagi mata pelajaran Bahasa melayu, berfungsi sebagai bahasa ilmu pengetahuan dan alat komunikasi perpaduan rakyat. Pada tahap 1, murid-murid berusaha untuk menguasai kemahiran asas seperti bertutur, mendengar, membaca dan menulis melalui pelbagai sumber ilmu. Manakala, pada tahap 2 pula, murid-murid diberi penekanan kepada kemahiran belajar dan kemahiran berfikir melalui pelbagai kaedah seperti bacaan, penulisan dan

perbincangan. Kesimpulannya, mata pelajaran Bahasa melayu KBSR bertujuan untuk melahirkan murid yang berkebolehan berbahasa, menghargai serta menghayati bahasa sebgai bahasa rasmi negara, bahasa perpaduan dan bahasa ilmu selaras dengan semangat rukun negara dan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Seterusnya, bidang yang kedua iaitu manusia dan alam sekeliling mengandungi komponen kerohanian, nilai dan sikap. Pada tahap 1, mata pelajaran Pendidikan Islam dan Moral diajar manakala pada tahap 2, dua mata pelajaran lain ditambah iaitu Sains dan Kajian Tempatan. Contohnya, dalam mata pelajaran Pendidikan Moral terkandung 16 nilai berasaskan agama, tradisi dan adat resam pelbagai etnik di negara ini selaras dengan nilai murni sarwajagat dan prinsip-prinsip rukun negara. Nilai yang sama diajar pada tiap-tiap tahun persekolahan tetapi isi kandungan dan penekanan yang dilakukan berbeza sejajar dengan tahap perkembangan dan kematangan murid. Sebagai contoh, pada tahap 1, murid diajar nilai pengajaran dan pembelajaran berasaskan isu dan situasi murid itu sendiri serta kehidupan sehariannya seperti kebersihan diri iaitu mandi, gosok gigi, sikat rambut dan lain-lain lagi. Manakala, pada tahap 2 pula, konteks isu dan situasi dikembangkan untuk meliputi aspek kemasyarakatan, negara dan antarabangsa. Oleh itu, murid digalakkan untuk berfikir, berbincang, dan membuat keputusan berhubung dengan isu moral yang timbul dalam situasi kehidupan seharian.

Seterusnya, bidang yang ketiga dalam KBSR ialah perkembangan diri individu. Komponen yang terkandung dalam bidang ini ialah komponen kemahiran hidup, kesenian dan kesihatan. Hal ini bertujuan untuk meningkatkan lagi kemahiran dalam aspek kemahiran hidup dan penghayatan keseniaan dan kesihatan. Antara mata pelajaran yang terkandung dalam komponen ini ialah Kemahiran Hidup, Pendidikan seni, Pendidikan Muzik, serta pendidikan Jasmani dan Kesihatan. Namun, berdasarkan reka bentuk kurikulum transformasi KSSR dapat dilihat terdapat enam tunjang yang membawa kepada perkembangan individu secara seimbang dengan pemikiran kreatif dan kritis serta mempunyai pemikiran inovasi yang tinggi. Setiap tunjang ini mempunyai penegasan dan fokus tersendiri iaitu kategori bidang ilmu yang relevan dengan keperluan setiap tunjang. Jika kita lihat di dalam KSSR reka bentuk yang digunakan lebih spesifik dan jelas berbanding dengan KBSR. Dalam tunjang yang pertama iaitu tunjang komunikasi memberi penekanan kepada proses menggabung jalinkan kemahiran berbahasa semasa berinteraksi. Interaksi yang dimaksudkan sama ada berlaku dalam bentuk verbal dan juga non-verbal dalam bahasa pengantara yang digunakan bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran yang berlaku di bilik darjah. Melalui tunjang komunikasi, murid didedahkan dengan kemahiran berbahasa seperti mendengar, bertutur, membaca dan menulis selain nilai tambah kemahiran menaakul. Jika kita lihat di dalam KBSR hanya menekankan kemahiran berbahasa seperti mendengar, bertutur, membaca dan menulis sahaja tetapi dalam KSSR, tunjang komunikasi ditekankan dengan satu lagi kemahiran berbahasa yang amat penting iaitu menaakul. Hal ini jelas menunjukkan KSSR merupakan satu tranformasi baharu yang dilakukan untuk meningkatkan lagi kecekapan berbahasa murid sehingga tahap yang tertinggi iaitu proses penaakulan. Murid dituntut menguasai kemahiran-kemahiran di bawah bidang pembelajaran dalam tunjang komunikasi kerana ia memberi kesan kepada proses pemerolehan ilmu pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam tunjangtunjang yang lain. Tunjang kerohanian, sikap dan nilai iaitu tunjang yang kedua pula menekankan aspek kerohanian, sikap dan nilai perlu dibangunkan dengan berkesan

supaya insan yang dihasilkan melalui sistem pendidikan negara memahami, menghayati dan seterusnya mengamal nilai dan norma kemasyarakatan yang mencerminkan keperibadian yang menepati identiti Malaysia. Tunjang ini juga memberi penekanan kepada bidang pembelajaran yang fokus kepada pengamalan ilmu agama dan kepercayaan, sikap dan nilai. Maka, bidang ilmu yang relevan dengan perkara tersebut seperti Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral menjadi teras kepada ini. Tunjang ketiga iaitu tunjang kemanusiaan yang dibina sejajar dengan keperluan pendidikan di Malaysia yang bertanggungjawab menyediakan individu yang bukan hanya memahami, malah menghayati dan mengamalkan ilmu pengetahuan, kemahiran dan nilai berkaitan kemasyarakatan dan alam sekitar setempat, negara dan global. Kesedaran tentang perkara ini akan mendorong kepada pengupayaan konsep pembangunan berterusan (sustainable development) dan pembangunan sumber

tenaga berterusan (sustainable and renewal energy). Selain itu, tunjang ini juga memberi penekanan kepada penghayatan semangat patriotisme dan perpaduan. Dalam masyarakat Malaysia yang berbilang kaum, budaya dan agama, agenda perpaduan perlu dijadikan agenda utama yang menjadi teras kepada usaha pembangunan negara. Di samping itu, semangat patriotisme perlu ditanam dalam diri individu bermula dari peringkat awal persekolahan lagi. Oleh yang demikian, tunjang kemanusiaan memberi ruang untuk perkembangan dan pembangunan ilmu, kemahiran dan nilai yang ada perkaitannya dengan bidang ilmu Sains Sosial seperti Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan, Sejarah, Geografi dan unsur-unsur Pendidikan Alam Sekitar. Seterusnya, Tunjang Keterampilan Diri yang menjurus kepada salah satu agenda pembangunan modal insan iaitu pembentukan individu yang mempunyai keperibadian berketrampilan (Towering Personality). Individu tersebut mempamerkan ciri-ciri seperti mempunyai jati diri yang kukuh, berdaya saing, berilmu pengetahuan, berintegriti, patriotik, rasional dalam tindakan dan mengamalkan nilai murni dalam kehidupanhariannya. Ciri-ciri ini tidak mampu dijelmakan dan dinilai melalui pentaksiran bertulis. Namun, pengamalan dan penghayatan nilai dan ciri tersebut mampu

ditonjolkan melalui penglibatan dalam aktiviti (kurikulum) dan kegiatan kokurikulum yang dilaksanakan diperingkat sekolah, daerah mahupun kebangsaan. Tunjang ketrampilan diri memberi tumpuan kepada pemupukan kepimpinan dan sahsiah diri melalui aktiviti kokurikulum. Penglibatan dalam aktiviti sedemikian memberi ruang dan peluang kepada individu murid untuk menyepadukan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang dipelajari di bilik darjah dan mengamalkannya dalam penglibatan dalam kegiatan kokurikulum di luar sekolah. Penglibatan dalam kegiatan kokurikulum memberi peluang kepada murid memperkembangkan potensi diri sebagai pemimpin kepada diri, keluarga, masyarakat dan negara. Tunjang Fizikal dan Estetika pula merupakan tunjang yang mendukung hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu untuk melahirkan insan seimbang darisegi jasmani, rohani, emosi dan inteleknya. Kesihatan jasmani murid menjamin

pembangunan potensi murid dalam domain yang lain. Perkembangan jasmani dan kesihatan murid harus selari dengan keperluan fizikal dan peringkat umur dan tahap kematangan murid. Bidang pembelajaran yang berkaitan ilmu Pendidikan Jasmani dan Kesihatan merupakan teras ilmu dalam menterjemahkan hasrat tunjang ini. Selain aspek fizikal, potensi estetika murid juga perlu diberi penekanan. Potensi estetika merujuk kepada pemupukan kreativiti, bakat dan apresiasi yang dapat digunakan dalam melahirkan ekspresi diri. Kreativiti, bakat dan apresiasi dapat dipupuk melalui amalan dan latihan dalam bidang ilmu kesenian terutamanya pendidikan seni visual dan muzik. Sejajar dengan perkembangan komunikasi teknologi maklumat, reka bentuk tunjang literasi Sains dan Teknologi adalah bertujuan untuk memenuhi keperluan tersebut impak cabaran abad ke-21 menuntut supaya modal insan yang dibangunkan perlu dilengkapi dengan ilmu, kemahiran dan nilai berteraskan sains dan teknologi. Di peringkat asas, murid perlu menguasai pengetahuan, kemahiran dan sikap saintifik berkaitan numerasi, proses sains, kemahiran menganalisis di samping kemahiran ICT. Tunjang ini menunjukkan perbezaan utama antara KBSR dan KSSR. Murid perlu memahami konsep nombor dan kemahiran asas mengira. Penguasaan kedua-dua aspek ini dapat membantu murid mengendalikan urusan harian secara berkesan dan penuh tanggungjawab. Pengetahuan dan kemahiran asas sains menjadikan murid celik

sains dan menyediakan mereka dengan peluang untuk menghuraikan maklumat yang berkaitan dengan pembelajaran seseorang pelajar bagi tujuan tertentu. Di dalam KBSR, pentaksiran yang digunakan diberi penekanan kepada penilaian formatif dan sumatif. Contoh penilaian sumatif dalam KBSR ialah Penilaian Kemajuan Berasakan sekolah (PKBS). Skop penilaian merangkumi aspek kognitif, afektif dan psikomotor serta sikap bakat dan minat murid. Guru merancang dan melaksana cara bagaimana menilai perkembangan dan pencapaian murid secara berterusan. Maklumat dikumpul digunakan untuk merancang tindakan susulan sama ada serta merta atau selepas pengajaran satu-satu unit pembelajaran. Tindakan susulan yang dibuat berbentuk aktiviti pemulihan atau pengayaan sejajar dengan tahap kebolehan murid. Seterusnya, ujian yang diberi penekanan dalam KBSR ialah ujian sumatif. Contoh ujian sumatif yang ialah Ujian Penilaian Sekolah rendah (UPSR) yang dikendalikan oleh Lembaga peperiksaan untuk menguji pencapaian murid. Aspek penilaian yang diutamakan berfokus kepada domain kognitif, iaitu penguasaan kemahiran 3M (membaca, menulis dan mengira). Antara mata pelajaran yang diuji termasuk Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, dan Sains. Bagi mata pelajaran Pendidikan Islam pula, Penilaian Asas Fardhu Ain (PAFA) dikendalikan bertujuan mengenalpasti penguasaan amalan asas fardu ain yang betul dan sempurna sepertimana yang ditentukan syarak. Sepertimana yang kita sedia maklum, pentaksiran dalam KBSR terdapat beberapa kelemahan berbanding KSSR kerana pentaksiran KBSR dilihat beorientasikan peperiksaan dan tidak menyumbang kepada aspek pembangunan modal insan. Murid dalam sistem pentaksiran KBSR belajar hanya untuk mengambil peperiksaan semata-mata dan kurang mengaitkan isi pelajaran dengan kehidupan seharian. Sebagai contoh, apabila tamat menghadapi UPSR murid akan melangkah ke sekolah menengah, murid tidak dapat membuat perkaitan antara mata pelajaran yang dipelajari ketika sekolah rendah dan mengaitkan dengan mata pelajaran di sekolah menengah. Hal ini kerana, murid hanya belajar untuk menjawab peperiksaan semata-mata. Hal ini dilihat menjadi kelemahan utama dalam sistem pentaksiran KBSR.

Bagi menangani kelemahan-kelemahan yang terdapat dalam pentaksiran KBSR, maka pembaharuan lain diperkenalkan dalam sistem pentaksiran KSSR adalah Sistem Pentaksiran Pendidikan Kebangsaan (SPPK) dengan matlamat mengurangkan tekanan peperiksaan awam, memperkukuh Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS),

memperbaiki pembelajaran murid, pentaksiran holistik dan berterusan serta membina modal insan dengan lebih berkesan. Pentaksiran yang digunakan di dalam KSSR dijalankan secara berterusan untuk mengesan perkembangan dan pencapaian murid dalam pembelajaran, menggunakan kaedah pentaksiran pelbagai serta bersifat autentik dan holistik. Terdapat lima kaedah pentaksiran dilaksanakan melalui SPPK iaitu pentaksiran aktiviti jasmani, sukan dan kokurikulum, pentaksiran sekolah, pentaksiran psikometrik, peperiksaan pusat serta pentaksiran pusat. Di bawah pentaksiran sekolah, setiap sekolah bertanggungjawab melaksanakan sistem pentaksiran sendiri yang dirancang dan diperiksa guru membabitkan murid, ibu bapa dan organisasi luar yangdipecahkan kepada dua iaitu pentaksiran formatif dan pentaksiran sumatif. Pentaksiran formatif membabitkan proses sepanjang pembelajaran murid menggunakan pelbagai kaedah dalam melapor maklumat selain membuat penilaian sama ada bertulis atau verbal mengenai cara meningkatkan pembelajaran murid. Guru tidak dibenarkan membandingkan murid serta meletakkan skala yang menunjukkan kedudukan mereka seperti digunakan sebelum ini. Pentaksiran sumatif dilakukan pada hujung pembelajaran dengan membuat pertimbangan dan penilaian prestasi murid dalam meneruskan pembelajaran. Maklumat itu dalam bentuk kualitatif atau kuantitatif mengikut standard ditetapkan sekolah. Pembaharuan lain ialah segala perkembangan murid dapat dipantau apabila hasil kerja mereka termasuk ujian dan peperiksaan disimpan dalam portfolio. Dokumen itu merekodkan kegiatan dan pencapaian murid sepanjang sesi persekolahannya untuk rujukan guru dan ibu bapa. Portfolio adalah kaedah pengumpulan hasil kerja murid yang sistematik dan menjadi bukti perkembangan murid sepanjang tempoh pembelajarannya. Dokumen ini dibahagikan kepada dua iaitu portfolio perkembangan dan pameran. Portfolio perkembangan menunjukkan

perkembangan pembelajaran murid dari semasa ke semasa, membantu guru

memantau perkembangan dan membuat pentaksiran serta membolehkan murid melakukan penilaian kendiri dalam menetap matlamat yang hendak dicapai. Dokumen itu turut membolehkan semua pihak termasuk ibu bapa menilai perkembangan pembelajaran anak dengan tepat, mengesan kekuatan atau kelemahan murid secara berterusan serta mengenal pasti bakat dan minat murid. Portfolio pameran mempamerkan tahap penguasaan dan pencapaian murid pada akhir tempoh pembelajaran mereka selain sebagai bahan bukti untuk rujukan dan penilaian akan datang, memberi maklumat aptitud murid kepada guru yang akan mengajarnya pada tahun berikutnya serta dijadikan penilaian untuk pemberian penghargaan. Namun, terdapat beberapa aspek dalam KSSR masih lagi mengekalkan aspek yang digunakan dalam KBSR. Antara persamaan KBSR dan KSSR dapat dilihat dari aspek pedagogi. Pedagogi yang ditekankan di dalam KBSR dan KSSR mempunyai persaman iaitu kemahiran berfikir dalam p&p, aplikasi kecerdasan pelbagai dalam p&p, penggunaan TMK, pengajaran berasaskan kajian masa depan, pembelajaran secara konstruktivisme, pembelajaran secara kontekstual, pembelajaran akses kendiri, pembelajaran masteri dan belajar cara belajar. Seterusnya, persamaan lain antara KBSR dan KSSR ialah dari aspek peruntukan masa. Berlaku perubahan pada peruntukan masa kepada beberapa mata pelajaran khususnya Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. Bahasa Melayu diperuntukan sebanyak 360 minit seminggu manakala Bahasa Inggeris pula 300 minit seminggu. Masa yang diperuntukan untuk pelaksanaan KBSR dan KSSR ialah 1380 minit seminggu (satu waktu pengajaran dan pembelajaran ialah 30 minit). Selain itu, pihak sekolah dikehendaki memilih sekurang-kurangnya satu bahasa dalam Modul Elektif mengikut kesediaan sekolah dalam aspek guru, murid serta prasarana sekolah. Perubahan dalam arus globalisasi memerlukan perubahan yang seimbang dengan kurikulum pendidikan di negara ini agar murid-murid yang menjadi pelapis generasi akan datang tidak ketinggalan dalam arus pemodenan dunia. Sehubungan dengan itu, penambahbaikan dalam KBSR telah dilakukan dalam sistem pendidikan negara dengan mewujudkan KSSR secara berperingkat-peringkat dengan harapan

dapat memenuhi aspirasi negara ke arah negara maju. Meningkatkan kualiti pendidikan rendah agar lebih relevan dengan cabaran masa kini dan abad ke-21. Guru memainkan peranan yang penting bagi mengupayakan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dan kejayaan transformasi kurikulum memerlukan komitmen menyeluruh daripada semua pihak termasuk penggubal dasar, pengurus kurikulum, ibu bapa serta pihak berkepentingan 3.1 KAJIAN TEMPATAN DALAM KURIKULUM BARU SEKOLAH RENDAH (KBSR) Kurikulum Kajian Tempatan yang terangkum dalam bidang kemanusiaan dan kemasyarakatan bertujuan membentuk rakyat Malaysia yang bersatu padu, hidup dalam masyarakat yang mempunyai nilai moral dan etika yang utuh, mengamalkan demokrasi, penyayang, progresif,sejahtera serta bersemangat patriotik. Selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan, kurikulum Kajian Tempatan ini dapat melahirkan insan yang berilmu dan beramal, harmonis serta berketrampilan. Mata pelajaran ini juga bersesuaian dengan struktur Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR). Kajian Tempatan merupakan mata pelajaran yang membicarakan dan mengkaji tentang interaksi manusia dengan manusia dan manusia dengan alam persekitarannya melalui aktiviti kemahiran belajar, kemahiran berfikir dan kemahiran sosial. Mata pelajaran ini diajar secara formal di Tahap II bagi mengukuhkan lagi pengetahuan, pemahaman, kemahiran, kesedaran dan nilai yang telah disepadukan secara terancang dalam mata pelajaran lain di Tahap I terutama mata pelajaran bahasa. Pembelajaran mata pelajaran Kajian Tempatan dirancangkan untuk memberi pengalaman yang menyeronokkan, bermakna dan mencabar melalui penggunaan pelbagai kaedah seperti kaedah inkuiri penemuan, pembelajaran koperatif dan kolaboratif bagi menanam dan memupuk semangat kekitaan, jati diri dan berdaya tahan di kalangan murid. Penggunaan pelbagai sumber terutamanya penggunaan teknologi

maklumat digalakkan bagi melatih murid menguasai kemahiran teknologi

maklumat dan komunikasi. Melalui mata pelajaran ini juga, sejak di peringkat sekolah rendah lagi, murid diberi pendedahan pengalaman pembelajaran untuk menangani cabaran akibat arus globalisasi, ledakan ilmu dan maklumat serta mempunyai wawasan merancang masa depan, mempunyai ketahanan diri yang kental dan bersemangat patriotik bagi memenuhi matlamat dan aspirasi negara. Mata pelajaran ini menjadi pendukung utama bagi memupuk semangat patriotik di kalangan murid agar berbangga menjadi rakyat Malaysia yang cinta akan tanah air dan sanggup berkorban demi mempertahankan bangsa dan negara serta sentiasa mensyukuri nikmat Tuhan. Di sepanjang masa persekolahan rendah, komponen Kemanusiaan dan Persekitaran memberi kemahiran murid-murid untuk aspek manusia dan alam sekelilingnya. Pada awalnya, mata pelajaran Alam dan Manusia diperkenalkan di Tahap II tetapi kemudiannya dipecahkan kepada dua mata pelajaran iaitu Sains dan Kajian Tempatan pada Tahun 1995 (Mok, 1996). Kajian Tempatan merupakan satu mata pelajaran yang diajar di Tahap II di peringkat sekolah rendah. Pengajaran dan pembelajaran dalam mata pelajaran ini bertujuan melahirkan warganegara Malaysia yang bersatu padu, hidup dalam masyarakat yang demokratik, penyayang, progresif dan sejahtera. Kajian Tempatan menjadi pendukung utama bagi memupuk semangat patriotik di kalangan murid. 3.2 SEJARAH DALAM KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (KSSR) Di bawah kurikulum baharu iaitu Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR), mata pelajaran Sejarah menjadi mata pelajaran teras yang wajib dipelajari oleh semua murid mulai Tahun Empat di Tahap II dan dikenali sebagai Kurikulum Standard Sejarah Sekolah Rendah. Pengenalan mata pelajaran Sejarah di sekolah rendah bermula dari Tahun Empat adalah bertujuan untuk menyemai kefahaman murid terhadap mata pelajaran Sejarah di peringkat awal agar murid memperoleh dan menguasai pengetahuan serta kemahiran sejarah. Pendekatan pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Sejarah di sekolah rendah akan menjurus kepada pemupukan kemahiran berfikir secara kritis, kreatif dan inovatif

melalui

aktiviti

inkuiri

penemuan

dan

penerokaan

bagi

mengukuhkan

pemahaman tentang sejarah. Mata pelajaran Sejarah di peringkat sekolah rendah juga merupakan kesinambungan ke peringkat sekolah menengah sebagai suatu disiplin ilmu yang dinamik. Pembentukan kurikulum Sejarah dalam KSSR memberikan penekanan kepada domain kognitif, efektif dan psikomotor. Selain itu, pelbagai nilai tambah lain turut diterapkan dalam Sejarah KSSR termasuklah nilai tambah alaf baru dan pemupukan nilai.

Kemahiran Berfikir Kemahiran Teknologi dan Komunikasi Nilai Tambah Alaf Baru Kemahiran Pelbagai Kecerdasan Kemahiran Kajian Masa Hadapan Kemahiran Pembelajaran Sepanjang Hayat

Peta Minda 1: Nilai Tambah Alaf Baru

Nilai-nilai Murni Semangat Patriotisme Pemupukan Nilai Elemen Kewarnegaraan Nilai Sivik Peta Minda 2: Pemupukan Nilai

Kurikulum Sejarah KSSR turut menyepadukan pengetahuan, kemahiran, elemen kewarganegaraan dan nilai sivik dalam pelaksanaannya di dalam dan di luar bilik darjah.

Sejarah Awal Negara Pengetahuan Kedaulatan Negara Kemakmuran Negara Kemahiran Asas Pemikiran Sejarah

Sejarah KSSR

Kesetiaan

Keterikatan Emosi Kepada Negara Perkongsian Sejarah Elemen Kewarganegaraan Perkongsian Nilai Perkongsian Masa Hadapan

Perasaan Kekitaan
Komitmen

Peta Minda 3: Sejarah KSSR

Elemen kewarganegaraan dan nilai sivik yang diterapkan dalam Sejarah KSSR bertujuan untuk dijadikan asas dalam melahirkan warganegara yang mempunyai identiti kebangsaan. Elemen ini dapat membentuk rakyat Malaysia yang mempunyai kesepaduan sosial dan integrasi nasional. Pengetahuan dan pemahaman aspek sejarah negara dapat melahirkan murid yang berjiwa patriotik dengan memberi pendedahan menganalisis dan menilai fakta-fakta sejarah secara matang. Kandungan mata pelajaran Sejarah di peringkat sekolah rendah bertujuan mendidik murid untuk memahami latar belakang negara dan sejarahnya dengan melihat perubahan yang berlaku serta kesinambungannya yang masih dikekalkan terutamanya dalam kehidupan masyarakat Malaysia. Kandungan mata pelajaran Sejarah disusun secara kronologi yang membincangkan pengenalan sejarah awal negara, kedaulatan dan kemakmuran negara. Pendekatan ini disusun mengikut tajuk supaya murid dapat menghargai sejarah tanah air dan kegemilangannya. Bagi menarik minat murid terhadap pembelajaran Sejarah, mata pelajaran Sejarah KSSR akan menekankan pendekatan pembelajaran yang

menyeronokkan (learning is fun) termasuklah melalui: i. ii. iii. iv. v. vi. Kemahiran berfikir secara Kreatif; Kritis; Inovatif; Aktiviti Inkuiri; Penerokaan dan Aplikasi Elemen Didik Hibur.

4.0

KEPENTINGAN ASPEK KRONOLOGI DALAM PENYUSUNAN KANDUNGAN MATA PELAJARAN SEJARAH

Perkataan Sejarah (History) yang kita gunakan pada masa kini berpunca daripada perkataan Arab iaitu Syajaratun yang bermaksud Pohon. Dari sudut lain pula, istilah history merupakan terjemahan dari perkataan Yunani yakni Histories yang membawa makna satu penyelidikan ataupun pengkajian. Mengikut pandangan "Bapa Sejarah" Herodotus, Sejarah ialah satu kajian untuk menceritakan satu kitaran jatuh bangunnya seseorang tokoh, masyarakat dan peradaban. Mengikut definisi yang diberikan oleh Aristotle, bahawa Sejarah merupakan satu sistem yang mengira kejadian semulajadi dan tersusun dalam bentuk kronologi. Pada masa yang sama, menurut beliau juga Sejarah adalah peristiwa-peristiwa masa lalu yang mempunyai catatan, rekod-rekod atau bukti-bukti yang kukuh. Dalam mempelajari dan menyusun peristiwa sejarah akan selalu terkait dengan waktu. Waktu adalah sesuatu yang selalu bergerak dari masa lalu ke masa kini dan masa yang akan datang. Peristiwa-peristiwa tersebut harus bergerak sehingga melahirkan peristiwa baru yang saling terkait dan tidak pernah berhenti. Para sejarawan berusaha menyusun peristiwa-peristiwa sejarah secara teratur menurut urutan waktunya disebut sebagai kronologi sejarah. Kronologi didefinisikan sebagai urutan peristiwa yang disusun berdasarkan waktu peristiwa tersebut berlaku. Perkataan kronologi berasal dari bahasa Yunani iaitu chronos yang membawa maksud waktu dan logos bererti ilmu atau pengetahuan. Secara tuntasnya, kronologi adalah mengisarkan ilmu pengetahuan tentang waktu. Dalam mata pelajaran Sejarah kronologi adalah ilmu untuk menentukan waktu terjadinya suatu peristiwa dan tempat peristiwa tersebut secara tepat berdasarkan urutan waktu. Tujuan pendekatan kronologi digunakan dalam penyusunan kandungan mata pelajaran Sejarah adalah untuk menghindari anakronisme atau kekeliruan waktu sejarah terjadi. Perkataan anakronisme berasal daripada perkataan anachronous yang merupakan cantuman daripada dua perkataan iaitu ana dan chronus. Perkataan ana bermaksud bertentangan (against) manakala chronus bermaksud masa. Hal ini bererti,

perkataan anachronous bermaksud bertentangan dengan masa. Dalam sejarah, anakronisme merujuk kepada sesuatu peristiwa sejarah yang menyentuh kepada keadaan masa bersalahan masa atau bertentangan dengan waktu yang sebenarnya berlaku atau diwakilkan sebagai berlaku yang terkeluar dari masa yang betul dan sewajarnya. Funk dan Wagnalls mentakrifkan anakronisme sebagai satu kesalahan dalam penggunaan sistem tertib tarikh (kronologi) atau dinyatakan peristiwa yang berlaku. Menurut Ahmad Baso (1999) menyatakan bahawa anakronisme juga merujuk kepada istilah yang sering digunakan untuk menjelaskan terdapatnya kesalahan logik atau realiti dalam memahami suatu atau peristiwa atau berfikir yang tidak sesuaidengan zaman ketika sebuah fenomena atau peristiwa terjadi. Dengan erti kata yang lain anakronisme juga dapat dirujuk sebagai sebuah pemikiran yang ditafsir dengan tafsiran-tafsiran yang berada di luar konteks pensejarahannya. Kesan penting anakronisme dalam penulisan sejarah Melayu adalah kesukaran untuk menerima karya tersebut sebagai sumber sejarah yang utama. Keadaan ini akan menambahkan kelemahan bagi hasil karya tersebut. Oleh itu, hal ini akan dijadikan alasan oleh sesetengah sarjana untuk tidak menerima karya sejarah Melayu sebagai sumber sejarah penting melainkan hanyalah mitos atau lagenda. Contohnya, R.O. Winstedt yang menolak sumber pensejarahan Melayu disebabkan oleh kelemahan ini. Kekeliruan dalam menentukan penulis sebenar Hikayat Hang Tuah dan penyalin Bustanas-Salatin juga menyumbang kepada kurangnya nilai sejarah dalam penulisan karya ini. Di samping itu, anakronisme yang berlaku dalam penulisan ini juga telah menyebabkan timbul kekeliruan dalam menentukan peristiwa yang betul dan tepat. Contohnya, perbezaan yang wujud antara pelaku sejarah bagi peristiwa yang sama misalnyaperistiwa peminangan Puteri Gunung Ledang. Terdapat perbezaan yang berlaku dalam penulisan bagi edisi R.O. Winsted dan W.G. Shellabear. Dengan memahami konsep kronologi kita juga dapat melihat kaitan-kaitan peristiwa yang terjadi di masa lalu dan disusun kembali secara tepat berdasarkan urutan waktu terjadinya. Kronologi merupakan ilmu asas yang sangat penting dalam ilmu sejarah kerana konsep

ini menggambarkan proses sejarah. Cara terbaik dalam menunjukan suatu peristiwa secara kronologi adalah dengan menggunakan garis waktu.

5.0

HUBUNGKAIT ASPEK KRONOLOGI DALAM MATA PELAJARAN SEJARAH TERHADAP PROSES PEMBANGUNAN MODAL INSAN YANG SEIMBANG DAN HARMONIS, BERPENGETAHUAN DAN BERKETERAMPILAN

Sejarah sangat penting dalam kehidupan manusia dengan menjadi panduan dan iktibar kepada kita untuk memperbaiki kesilapan masa lalu bagi membolehkan kita mencipta kejayaan yang lebih gemilang. Tanpa belajar daripada kesalahan dan kesilapan masa lalu, kita mungkin mengulangi kesilapan lampau yang bukan sahaja merugikan seseorang individu tetapi mungkin juga kepada keluarga, masyarakat dan negara mahupun bangsa. Kandungan mata pelajaran Sejarah disusun secara kronologi yang membincangkan pengenalan sejarah awal negara, kedaulatan negara dan kemakmuran negara. Pendekatan ini disusun mengikut tajuk supaya murid dapat menghargai sejarah tanah air dan kegemilangannya. Melalui aspek kronologi yang digunakan dalam mata pelajaran Sejarah, murid dapat mempelajari kejayaan bangsa dan negara seperti zaman keemasan Kesultanan Melayu Melaka pada abad ke-15 yang boleh dijadikan perangsang untuk memacu kemajuan negara. Tidak dapat dinafikan, pembentukan negara Malaysia pada hari ini bertitik-tolak daripada kewujudan Kerajaan Melayu Melaka yang telah diasaskan oleh Parameswara. Selain itu, murid dapat membuat perbandingan tentang pengalaman manusia dan seterusnya berupaya memahami diri mereka secara individu serta sebagai ahli dalam sesebuah masyarakat. Pemahaman asas tentang sejarah negara dapat melahirkan perasaan cintakan negara dan melahirkan perasaan bangga sebagai rakyat Malaysia. Kandungan kurikulum Sejarah sekolah rendah menggunakan pendekatan kronologi. Persembahan kandungan berfokuskan tentang sejarah negara yang disepadukan dengan elemen kewarganegaraan dan nilai sivik bagi mewujudkan kesedaran dalam kalangan murid tentang nilai jati diri dan semangat patriotik. Kandungan kurikulum Sejarah mencakupi beberapa tema iaitu Tahun 4 Sejarah Awal

Negara, Tahun 5 Kedaulatan Negara dan Tahun 6 Kemakmuran Negara Kita. Jadual 2 menunjukkan hubungkait aspek kronologi dalam mata pelajaran Sejarah Tahun 4 terhadap proses pembangunan modal insan yang seimbang dan harmonis, berpengetahuan dan berketerampilan. Jadual 2: Hubungkait aspek kronologi dalam mata pelajaran Sejarah Tahun 4 terhadap proses pembangunan modal insan yang seimbang dan harmonis,

berpengetahuan dan berketerampilan Tema Sejarah Awal Negara Tajuk Mari Belajar Sejarah i. Tajuk ini ialah pengenalan kepada ilmu sejarah yang berteraskan kepada kajian kemanusiaan yang mencakupi konsep, istilah dan kepentingan ilmu Sejarah. ii. Pemahaman sejarah turut didedahkan melalui pengkajian tentang sejarah diri dan keluarga, sejarah sekolah dan sejarah setempat. iii. Melalui proses ini, murid dapat memahami kemahiran sejarah dan Fokus Empati

Konsep Ilmu i. Menghubungkaitkan Sejarah peristiwa sejarah i. Pengertian mengikut garis masa. ii. Diri dan keluarga ii. Menghayati sejarah iii. Sekolah Negara. iv. Tempat tinggal iii. Menjelaskan sebab dan akibat dalam sejarah. iv. Menghargai diri, keluarga dan masyarakat.

mengaplikasikan kemahiran serta nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian. Zaman Air Batu Perubahan Zaman i. Tajuk ini Air Batu. menjelaskan tentang Zaman Air Batu akhir iaitu zaman Plestosen dan zaman Holosen. ii. Tajuk ini juga menerangkan hubungan antara ilmu geografi dengan sejarah bagi memupuk semangat jati diri, sayang akan negara dan menghargai alam sekitar. i. ii. iii. Memahami kejadian alam. Memupuk kesedaran memelihara alam sekitar. Menanam semangat jati diri dalam kalangan murid

Zaman Prasejarah Kehidupan manusia i. i. Tajuk ini zaman prasejarah. menjelaskan ii. tentang kehidupan masyarakat iii. sebelum kewujudan sistem tulisan. ii. Perbincangan memfokuskan cara masyarakat zaman prasejarah menyesuaikan diri dengan alam

Memupuk perasaan menghargai diri dan alam sekitar. Memupuk semangat jati diri dalam kalangan murid. Menghubungkaitkan peristiwa sejarah dengan Geografi.

sekitar untuk kelangsungan hidup. iii. Di samping itu, tajuk ini juga memperlihatkan kesungguhan mereka menghadapi cabaran alam. iv. Sikap berani, kreatif dan inovatif dalam menghadapi cabaran alam ini wajar dicontohi murid-murid. v. Tajuk ini juga menghubung kait disiplin ilmu sejarah dengan geografi. i. Kerajaan Melayu Awal i. Tajuk ini membincangkan ii. iii. Kerajaankerajaan Melayu awal sebelum Kesultanan Melayu Melaka. ii. Melalui pembelajaran ini murid dapat mengenali keistimewaan dan keunikan Kerajaankerajaan Melayu yang dikaitkan dengan kemashyuran jalan laut dan perdagangan. Kerajaankerajaan Melayu Lokasi Kegiatan ekonomi i. Mengagumi kegiatan kerajaan - kerajaan Melayu awal. Menghayati kegemilangan Kerajaan Melayu awal. Mengagumi kemahiran masyarakat kerajaan Melayu awal.

ii.

iii.

i. Tokoh-Tokoh Terbilang Kesultanan Melayu ii. iii. Melaka i. Kesultanan iv. Melayu Melaka adalah kerajaan yang telah melahirkan beberapa orang tokoh terbilang. ii. Di antara tokohtokoh ini terdiri daripada Parameswara, Bendahara Tun Perak dan Laksamana Hang Tuah yang telah memainkan peranan penting dalam membina keagungan Kesultanan Melayu Melaka. iii. Peranan mereka yang boleh dirujuk dalam Sejarah Melayu dan Hikayat Hang Tuah boleh menjadi iktibar dan contoh kepada murid-murid dalam membina sahsiah, jati diri dan kepimpinan mereka pada masa depan. iv. Nilai-nilai murni masyarakat masa lalu dapat juga dijadikan panduan oleh murid-murid

Tokoh Terbilang Parameswara BendaharaTun Perak Laksamana Hang Tuah

i. Memupuk rasa bangga dan setia kepada institusi pemerintahan. ii. Menghargai peranan tokoh-tokoh terbilang dalam memberi iktibar. iii. Menghargai nilai-nilai masyarakat terdahulu untuk dicontohi oleh murid.

untuk melahirkan sebuah masyarakat yang beretika mulia.

Sejarah juga membolehkan kita mengingati kegemilangan masa silam yang mana jika ada kesedaran, kegigihan dan kesungguhan di kalangan pemimpin dan rakyat, keagungan tersebut mampu diulangi malah mungkin lebih cemerlang. Malaysia kini mengecapi pelbagai kecemerlangan dalam pelbagai bidang dan menjadi antara negara membangun yang paling maju di dunia. Dengan kegigihan pemimpin dan rakyatnya, tidak mustahil Malaysia mampu mengecapi kegemilangan dan mengulangi semula zaman kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka pada abad ke-15. Di samping itu sejarah juga dapat memupuk semangat patriotisme atau semangat cintakan negara. Perasaan ini timbul apabila kita mempelajari sejarah tanahair dan dengan itu akan lahirlah rasa bangga terhadap negara dan bangsa. Tambahan pula, tanpa semangat patriotisme maruah negara kita boleh tercalar apabila lahirnya warganegara yang sanggup mengadai dan menjual maruah negara seperti terlibat dengan kegiatan menyeludup masuk warga asing. Semangat patriotisme timbul apabila kita mengetahui dan memahami siapa diri, bangsa dan negara kita, serta mempunyai pengetahuan teguh tentang sejarah negara kita. Namun begitu, ramai generasi muda hari ini hanya mempelajari sejarah semata-mata untuk lulus di dalam peperiksaan sama ada di peringkat sekolah mahu pun di universiti. Malangnya mereka gagal untuk memahami kepentingan mata pelajaran Sejarah dan terhasil rakyat Malaysia yang buta sejarah negara sendiri. Sejarah juga membantu kita menghargai dan memelihara kemerdekaan serta kedaulatan negara. Proses mendapatkan kemerdekaan telah pun selesai pada1957 tetapi pengisiannya bukanlah perkara yang mudah. Lebih sukar di negara majmuk seperti Malaysia. Jika generasi muda hari ini tidak memahami sejarah pembentukan negara, apa yang telah bina akan runtuh dan musnah. Meruntuhkan sesuatu amat mudah tetapi untuk membina atau membentuk sesuatu itu yang sukar. Negara merdeka

Tanah Melayu dibentuk hasil tolak ansur orang-orang Melayu untuk menerima golongan imigran Cina dan India. Pemahaman terhadap kontrak sosial ini amat penting untuk memacu Malaysia sebagai negara maju. Kegagalan memahami kontrak sosial ini mampu mendatangkan impak negatif kepada negara. Namun begitu dengan memiliki pengetahuan sejarah, rakyat Malaysia dapat memahami situasi ini dan akan menjadi bangsa yang bersyukur seterusnya bersama-sama mengembeling tenaga untuk membangun dan mengukuhkan negara. Jelas kepada kita betapa pentingnya pengetahuan sejarah kepada rakyat Malaysia. Tanpa pengetahuan sejarah terutamanya mengenai pembentukan negara kita yang bermula dengan Tanah Melayu dan kemudiannya Malaysia, akan lahirlah warganegara tanpa jati diri. Mereka ini tidak menghargai apa yang telah dimiliki pada hari ini dan lahirlah warganegara yang tidak bersyukur, lupa asal- usul, adat resam dan budaya. Tidak hairanlah jika akan lahir rakyat Malaysia yang tamak haloba dalam mencapai matlamat hidup tanpa mempedulikan halal-haram dari aspek undang-undang dan memcampakkan kontrak sosial negara ketepi demi mencapai cita-cita mereka. Hargailah apa yang telah kita kecapi hari ini. Presiden Amerika Syarikat ke-44, Barack Hussin Obama dalam ucapan sulung sebagai presiden mengungkapkan: Sejarah akan menilai kita dengan apa yang kita bina dan bukan dengan apa yang kita runtuhkan.

6.0

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH)

Mata Pelajaran dan Kelas Tema/Tajuk Masa Standard Kandungan:

Sejarah Tahun 4 Maju Zaman Air Batu 8.40 9.40 pagi 2.1 Mengetahui dan memahami Zaman Air Batu

Standard Pembelajaran:

2.1.1 2.1.2

Menyatakan maksud Zaman Air Batu Menyatakan perubahan yang berlaku pada Zaman

Air Batu K2.1.4 Menyatakan keperluan menghargai alam sekitar

Objektif

Pada akhir pembelajaran dan pengajaran, murid akan dapat; i. Menyatakan maksud zaman air batu.

ii. Menjelaskan perubahan-perubahan yang berlaku pada zaman air batu iii. Menyenaraikan dua keperluan menghargai alam sekitar

Aktiviti

1. Menonton tayangan video tentang ice age dan glacier (runtuhan air batu yang mencair) 2. Bercerita tentang keadaan semasa cuaca sejuk dan cuaca panas berdasarkan video yang ditonton. 3. Melihat gambar keadaan bentuk muka bumi di kawasan yang mengalami musim sejuk melalui slaid powerpoint 4. Membentangkan hasil dapatan berdasarkan kad arahan yang diberikan.

Elemen Merentasi Kurikulum (EMK)

Nilai Murni:

bersyukur

Kemahiran Pemikiran Sejarah: Elemen asas sejarah Elemen Kewarganegaraan: TMK: menghargai alam sekitar kemahiran menggunakan laman web

Standard Prestasi (DSP)

B1D2E1: menyatakan maksud dan proses yang berlaku pada

Zaman Air Batu B2D2E1: menjelaskan proses perubahan zaman air batu B4D2E1: menganalisis keperluan menghargai alam sekitar Bahan Bantu Belajar Komputer, LCD,DVD, slaid powerpoint, buku latihan, alat tulis, kad arahan

AKTIVITI Permulaan (5 minit) Menonton tayangan video klip 1. Murid menonton tayangan video klip Ice Age 2. Guru bertanyakan soalan kepada murid berkaitan klip video yang ditayangkan: a) Siapa tahu tajuk cerita ini? Murid menjawab soalan guru secara lisan b) Apakah maksud tajuk itu dalam bahasa Melayu? Murid menjawab secara lisan c) Masa itu semua kawasan dilitupi/ dipenuhi apa? Murid menjawab soalan guru 3. Guru mengaitkan jawapan murid dengan tajuk pelajaran hari ini. Aktiviti 1 (15 minit) EMK: EMK: -TKP -TMK

EMK Nilai murni: -bersyukur

CATATAN BBM: -Komputer riba, LCD, DVD

Kemahiran Berfikir: -Menjana Idea -menghubung kait

keusahawanan 1. Guru membahagikan murid kepada dua Nilai kumpulan.Kumpulan1:dikehendaki menyenaraikan keadaan semasa cuaca

Ciri cuaca sejuk menggigil salji baju tebal

terlalu sejuk. Kumpulan 2: menyenaraikan menghargai sebab-sebab cuaca menjadi terlalu sejuk. alam 2. Murid-murid berbincang dalam kumpulan KB: masing-masing menyenaraikan hasil menjana idea dapatan mereka dalam kertas sebak/ mahjung 3. Guru meminta setiap ketua kumpulan untuk membentangkan hasil perbincangan di hadapan kelas. 4. Murid membentangkan hasil dapatan masing-masing. 5. Guru merumuskan pembentangan murid dan mengaitkannya suhu dibawah takat beku manusia bergerak bebas dunia seolah-olah satu daratan sahaja litupan air batu yang jelas dan menjelaskan maksud zaman air batu. Aktiviti 2 (20 minit) 1. Guru menunjukkan klip video kawasankawasan yang dilitupi air batu yang sedang mencair. 2. Murid diminta menjelaskan peristiwa / kandungan klip video 3. Guru juga merumuskan jawapan murid dengan satu eksperimen ringkas iaitu kiub air batu yang terdedah. 4. Guru meminta murid menyenaraikan sebab-sebab air batu mencair. 5.Murid menyenaraikan sebab-sebab air batu mencair. 6. Guru menyoal murid kenapa cuaca menjadi panas. Murid-murid memberi beberapa jawapan . 7. Guru mengaitkan jawapan murid dengan Nilai: menghargai alam

suhu dibawah takat beku manusia bergerak bebas dunia seolaholah satu daratan sahaja litupan air batu yang jelas Zaman ini dunia diliputi air batu dan berkeadaan sejuk B1D2E1: Menyatakan maksud dan proses yang berlaku pada Zaman Air Batu Ciri cuaca panas berpeluh matahari terik haus/ dahaga

EMK ICT B2D2E1: Menjelaskan proses perubahan zaman air batu

KB memberi sebab

menerangkan tentang keadaan dan pencairan zaman air batu. Aktiviti 3 (15 minit) 1. Guru menyediakan tiga stesen. Setiap stesen disediakan gambar-gambar dan kad arahan. 2. Murid dibahagikan kepada 3 stesen berikut: Stesen 1: (zaman Air batu) Stesen 2: (perubahan-perubahan zaman air batu) Stesen 3: (alam sekitar) 2. Murid akan bergerak ke setiap stesen yang ditetapkan. Murid akan menjawab soalan berdasarkan arahan yang terdapat dalam kad arahan dalam kertas sebak yang disediakan. 3. Murid akan membentangkan jawapan mereka dan guru akan memberi maklumbalas serta mengaitkan kepentingan menjaga alam sekitar. Penutup (5 minit) 1. Guru menunjukkan semula gambargambar berkaitan zaman air batu. Nilai menjaga alam sekitar EMK ICT B4D2E1: Menganalisis keperluan menghargai alam sekitar BBM gambar

KB: menjana idea menjelas

2. Guru merumuskan isi-isi penting dalam pelajaran hari ini.

7.0

KESIMPULAN

Usaha untuk memperkasa perpaduan dan integrasi kaum melalui kurikulum Sejarah tiada jalan noktahnya. Kurikulum Sejarah dilihat sebagai wadah terbaik untuk merealisasikan hasrat ini. Dalam konteks Malaysia yang mempunyai masyarakat pelbagai etnik ini, usaha yang berterusan perlulah dilakukan untuk memelihara dan memperkukuh perpaduan dan integrasi masyarakat pelbagai kaum ini. Langkah kabinet untuk membentuk sebuah panel pembelajaran Sejarah bagi memantau pelaksanaan kurikulum Sejarah dianggap satu langkah tepat dan bersesuaian dengan konteks semasa. Sebagai rakyat Malaysia, semuanya amat berharap pada suatu hari nanti isu ini akan menemui titik noktahnya. Untuk itu,semua kaum perlulah menanam sikap kekitaan, toleransi dan saling mempercayai antara satu sama lain selain meletakkan kepentingan nasional dan kesejahteraan negara melebihi kepentingan etnik masingmasing. Kita tidak mahu isu dan dilema perpaduan ini akan terus menjadi duri dalam daging untuk tempoh 50 tahun yang akan datang.

REFLEKSI Sejarah adalah suatu unsur yang penting terhadap manusia, apatah lagi seluruh manusia mempunyai sejarah masing-masing, atau dalam kata lain sejarah adalah masa lalu seseorang manusia, tidak kira ia menerangkan kebaikan seseorang atau keburukan manusia itu. Semenjak kecil lagi kita diperkenalkan dengan mata pelajaran Sejarah, sama ada sejarah yang berkaitan dengan negara, agama, mahupun keturunan dan keluarga. Melalui tugasan yang diberikan ini, saya dapat mempelajari Sejarah sememangnya memainkan peranan yang penting dalam kehidupan manusia pada masa sekarang mahupun pada masa hadapan. Melalui pembelajaran Sejarah negara kita dapat menyedari kepentingan mengekalkan perpaduan antara berbilang kaum. Subjek Sejarah memberi pendedahan kepada para pelajar mengenai kerjasama yang telah dilakukan oleh pemimpinpemimpin terdahulu bagi mendapatkan kemerdekaan daripada penjajah. Hal ini dapat dilihat melalui pembentukan Parti Perikatan yang menggabungkan parti MIC, MCA, dan UMNO. Hal ini membuktikan untuk mencapai sesuatu kejayaan, perpaduan dan kerjasama antara kaum sangat penting. Selain itu, melalui pembelajaran Sejarah, para pelajar dapat mengambil iktibar daripada peristiwa lalu. Peristiwa Francis Light yang telah mengambil Pulau Pinang telah mengajar kita untuk tidak terlalu bergantung kepada negara luar dalam menyelesaikan penyelesaiannya sesuatu masalah negara. Setiap bertuah masalah ini kita pasti ada jalan

dan sebagai warganegara

mesti berusaha

menyelesaikannya sendiri. Sesungguhnya melalui pembelajaran sejarah, seseorang itu tidak akan mengulangi kesilapan lalu,seperti kata Mantan Perdana Menteri kita, Tun Dr. Mahathir Muhammad, mereka ynag tidak mempelajari sejarah, berkemungkinan untuk mengulangi kesilapan lalu. Semangat patriotik dalam kalangan murid juga dapat ditingkatkan melalui pembelajaran subjek Sejarah. Melalui subjek Sejarah, para pelajar akan didedahkan kepada kesusahan dan kepayahan masyarakat lalu berjuang mempertahankan negara. Contohnya, melalui sejarah, penentangan yang berlaku di Bukit Kepong. Para anggota

polis telah bersusah payah untuk menentang pihak komunis sehingga sanggup mengorbankan nyawa dan keluarga mereka. Hal ini sedikit sebanyak akan menimbulkan perasaan cinta yang mendalam para pelajar kepada tanah air sehingga menyebabkan mereka bersemangat tinggi untuk mengekalkan kemerdekaan yang telah dikecapi. Selain itu, pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah mata pelajaran Sejarah mendukung cita-cita murni bagi menyediakan kurikulum yang relevan dan terkini untuk melahirkan generasi cemerlang selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Kurikulum Standard Sekolah Rendah mata pelajaran Sejarah memberi penekanan kepada domain kognitif, efektif dan psikomotor, serta menerapkan nilai tambah alaf baru seperti kemahiran berfikir, kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi, kemahiran pelbagai kecerdasan, kajian masa depan dan pembelajaran sepanjang hayat. Kurikulum ini juga memberi penekanan kepada penerapan nilai murni, semangat patriotik,elemen kewarganegaraan dan nilai sivik. Semua elemen ini diharap dapat diaplikasikan oleh murid dalam kehidupan seharian. Kurikulum ini merupakan transformasi pendidikan yang memberi penekanan kepada kaedah pembelajaran yang berpusatkan murid. Kurikulum Standard Sekolah Rendah mata pelajaran Sejarah dihasilkan untuk membantu guru menjadi lebih proaktif, dinamik dan progresif serta memantapkan pemahaman terhadap matlamat, objektif dan kandungan Kurikulum Standard Sekolah Rendah. Selain itu, Kurikulum Standard Sekolah Rendah mata pelajaran Sejarah dapat membantu guru menyediakan serta melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran secara berkesan. Penghayatan semangat patriotik, elemen kewarganegaraan dan nilai sivik dapat direalisasikan berpandukan tajuk dalam standard kandungan serta standard pembelajaran. Kesimpulannya, terdapat pelbagai kepentingan mempelajari subjek Sejarah untuk murid-murid sekolah rendah dalam usaha untuk melahirkan generasi berjiwa bangsa yang bakal melakar sejarah negara yang gemilang.

SENARAI RUJUKAN Abdul Rahim Abd. Rashid. (2000). Model dan Pendekatan Pengajaran Sejarah KBSM. Selangor. Dewan Bahasa dan Pustaka. Abd. Rahim Abd. Rashid. (1999). Pendidikan Sejarah, Falsafah Teori dan Amalan. Kuala Lumpur. Percetakan Cergas Publication Sdn. Bhd. Abdul Razaq Ahmad dan Andi Suwirta. (2007). Sejarah dan Pendidikan Sejarah: Perspektif Malaysia Dan Indonesia. Bandung: Historia Utama Press. Aini Hassan dan Siti Hawa Abdullah. (2008). Sejarah Perkembangan Kurikulum Sejarah di Malaysia dalam Perjuangan Memperkasakan Pendidikan di Malaysia; Pengalaman 50 Tahun Merdeka. Oleh Nik Azis Nik Pa dan Noraini Idris. 2008. Utusan Publications and Distributors Sdn Bhd. Anuar Ahmad, Siti Haishah Abd. Rahman dan Nur Atiqah T. Abdullah.(2009). Tahap Keupayaan Pengajaran Guru Sejarah dan Hubungannya dengan Pencapaian Murid di Sekolah Berprestasi Rendah. Jurnal Pendidikan Malaysia. 34(1) (2009): 53 66, Fakulti Pendidikan, UKM. Ramlah Adam (2013). Subjek Sejarah perlu wujud semula. Retrieved from http://www.sinarharian.com.my/nasional/ramlah-adam-subjek-sejarah-perluwujud-semula-1.194264 Muhammad Yusoff Hasim. Pensejarahan Melayu Nusantara: Kajian Mengenai Sumber Penghayatan. Masalah dan Tafsiran Naskhah-Naskhah Terpilih Sejarah Melayu Kuala Lumpur: Teks PublisingSdn. Bhd. 1998, hlm. 36- 39.