Anda di halaman 1dari 4

Model Kurikulum Taba Model Kurikulum Taba ( 1962 ) berlandaskan kepada Kurikulum Sekolah Dewey ( 1896 hingga 1904

4 ) dan Laporan Jawatankuasa Kajian Kurikulum ( 1933 hingga 1941 ) di USA. Objektif pelajaran Model Kurikulum Taba ditentukan berdasarkan falsafah

pragmatisme yang mengandungi logik penyelesaian masalah melalui aktiviti inkuiripenemuan. Hilda Taba bersetuju dengan Dewey bahawa kurikulum sekolah harus ditentukan berdasarkan logik penyelesaian masalah dan strategi berpusatkan pelajar sebagai objektif utama. Taba menekankan kurikulum seharusnya direka bentuk oleh pengguna program. Guru seharusnya memulakan proses pembangunan kurikulum dengan membina unit pengajaran dan pembelajaran khusus untuk pelajaran. Menekankan pendekatan induktif Dikenali sebagai Model Pembangunan Konsep Menggunakan pendekatan grass root ( guru )

MODEL TABA
Melaksanakan pendekatan bawah ke atas ( bottom-up )

Mengutamakan penyusunan bahanbahan pengajaran dalam P & P

Dikenali sebagai model preskriptif

Hilda Taba telah mengusulkan suatu Model Kurikulum yang lebih lengkap dan mantap. Terdapat tujuh langkah dalam Kurikulum Taba :

Pertama : Diagnosis atas permintaan kurikulumnya

Kedua : Ringkasan objektif objektif kurikulum

Ketiga : Pemilihan isi kandungan kurikulum

Keempat : Organisasi isi kandungan kurikulum yang dipilih

Kelima : Pemilihan pengalaman pembelajaran

Keenam : Organisasi pengalaman pembelajaran yang dipilih

Ketujuh : Pengukuran dan penilaian

KEKUATAN MODEL TABA

Kurikulum sebagai rancangan untuk bertindak Berorientasi melalui cara-cara aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran

KELEMAHAN MODEL TABA

Membantu perkembangan kurikulum Objektif sebagai platform untuk aktiviti di sekolah Penyusunan bahan pengajaran yang sistematik membantu pembentukan konsep yang tepat

Tertakluk kepada perancangan dan penyusunan bahan oleh guru

Bergantung sepenuhnya kepada guru kerana guru perlu memainkan peranan utama

Pelajar hanya menunggu guru membuat perancangan

Melatih kreativiti guru dan mengurangkan kreativiti pelajar

Rujukan :

Mok Soon Sang ( 2008 ). Pengurusan Kurikulum. Selangor : Penerbitan Multimedia Sdn.Bhd Kamarudin Hj Husin dan Siti Hajar Hj Abd Aziz ( 2004 ). Pedagogi Asas Pendidikan. Kuala Lumpur : Kayazano Enterprise Saedah Siraj ( 2005 ). Kurikulum Masa Depan. Kuala Lumpur : Universiti Malaya Publications

Rujukan Laman Sesawang : http://en.wikipedia.org/wiki/Hilda_Taba