Anda di halaman 1dari 24

HBML3403

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEMESTER SEPTEMBER / 2011

HBML 3403

LINGUISTIK DAN SOSIOLINGUISTIK

NAMA NO. MATRIKULASI NO. KAD PENGENALAN NO. TELEFON E-MEL

: : : : :

RODZIAH HASSAN 651002107282003 651002107282 013-6229987 rzhas10@yahoo.com

NAMA TUTOR

: DR KHAIRUDDIN HJ MOHAMAD

HBML3403

PUSAT PEMBELAJARAN

: PP NEGERI SEMBILAN

ISI KANDUNGAN

1.0

PENGENALAN

BAHAGIAN A 1.1 1.2 DEFINISI BAHASA TIDAK SOPAN /BAHASA KASAR FAKTOR-FAKTOR BERLAKU BAHASA TIDAK SOPAN

BAHAGIAN B - ANALISIS BAHASA TIDAK SOPAN/BAHASA KASAR 2.0 JENIS-JENIS BAHASA TIDAK SOPAN 2.1 MAKLUMAT BAHAN RUJUKAN 2.3 ANALISIS BAHASA TIDAK SOPAN BERDASARKAN BAHAN

3.0 CADANGAN MENGATASI BAHASA TIDAK SOPAN

4.0 RUMUSAN/KESIMPULAN

RUJUKAN

LAMPIRAN

HBML3403

1.0 PENGENALAN Bahasa adalah jiwa bangsa. Bahasa memainkan peranan yang amat penting sebagai alat perhubungan kepada penutur bahasa ibunda dan penutur bahasa kedua dalam sesebuah masyarakat. Bahasa yang dituturkan seseorang mencerminkan sikap dan peribadi penuturnya. Selain itu bahasa juga, salah satu cara yang penting untuk mewariskan nilai-nilai dalam sesebuah masyarakat daripada satu generasi kepada generasi yang lain. Di Malaysia terdapat pelbagai kaum yang mempunyai latar belakang budaya yang berbeza, oleh itu wujud pelbagai jenis dialet, loghat, slanga, telor, dan bahasa yang digunakan. Lantaran itu, sesuatu perkataan mempunyai

pelbagai makna dan kotanasi yang bergantung pada pemikiran dan budaya masyarakat penuturnya. Walaupun wujud perbezaan luaran yang melingkungi bahasa, ia tidak sepatutnya tidak dijadikan alasan untuk tidak menggunakan bahasa yang sopan yang akan mempengaruhi perlakuan, minda dan rohani. Jika diperhatikan sekeliling kita, kita pasti akan berjumpa dengan pelbagai jenis manusia yang menggunakan pelbagai jenis gaya bahasa. Contoh yang ingin dibawa sini ialah situasti seorang kanak-kanak makan ais krim bersama ibunya. Wanita itu berpakaian muslimah yang mencerminkan dia seorang ibu yang mithali dan penyayang namun gambaran itu berubah apabila dia mula memarahi anaknya kerana ais krim yang mencair telah terkena pakaian anaknya. Si ibu melenting dan berkata Kenapa dengan kamu ni? Makanlah elok-elok,kan dah kotor baju ni. Penatlah ibu nak membasuhnya. Kalau tak reti 3

HBML3403

makan ais krim lain kali jangan makan lagi! Sambil membebel si ibu mencubitnya menyebabkan anaknya menangis semakin kuat. Peristiwa ini adalah salah satu contoh bahasa kasar yang sering digunakan dalam masyarakat kita tanpa disedari. Fizikal luaran seseorang individu tidak semestinya mencerminkan peribadinya. Bak kata pepatah inggeris mengatakan dont judge the book by its cover. Adalah lebih baik kita mendidik bibir untuk bertutur dengan baik dan minda berfikir secara positif dalam kehidupan seharian. Ini secara tidak langsung dapat menerapkan nilai-nilai murni dan mendidik jiwa serta rohani ke arah kebaikan. BAHAGIAN A BAHASA TIDAK SOPAN 1.1.1 DEFINISI BAHASA Terdapat pelbagai definisi bahasa yang telah diberi oleh pengkaji bahasa. Menurut Wilhelm Von Humboldt yang merupakan sarjana Jerman telah mendefinisakan bahasa sebagai sintesis bunyi. Manakala Ferdinand de Saussure adalah seorang sarjana linguistik Swiss pula menyatakan bahasa adalah sebagai sistem isyarat. Selain itu, John B. Carol telah memperkatakan bahasa Bagi

merupakan sistem bunyi vokal berstruktur dan urutan-urutan bunyi.

Trager dan Bloch pula, bahasa adalah sebagai satu lambang pertuturan yang arbitrari yang digunakan oleh sesebuah masyarakat untuk berkomunikasi diantara satu sama lain. Sapir juga ( 1992 ) menyatakan bahawa bahasa adalah kaedah manusiawi bagi mengkomunikasikan idea, emosi dan kemahuan melalui sistem simbol yang dizahirkan secara voluntari. Hanya manusia yang mempunyai sistem simbol untuk berkomunikasi kerana manusia berkomunikasi dengan sistem bunyi yang terdiri daripada perkataan-perkataan. Manakala binatang pula hanya berkomunikasi dengan sistem bunyi sahaja. Oleh yang demikian, ini yang membezakan manusia Manusia ketika

dengan binatang adalah kerana manusia dapat berfikir.

dilahirkan tidak dapat bertutur, namun manusia dapat mempelajari bahasa melalui manusia lain untuk berkomunikasi.

HBML3403

1.1.2 DEFINISI TIDAK SOPAN Tidak sopan ialah kelakuan atau perbuatan atau pertuturan yang kasar dilakukan dan ia tidak manis pada pandangan masyarakat dan menyakitkan hati pihak lain. Bahasa tidak sopan merupakan bahasa yang kesat atau kasar

dihamburkan mengikut perasaan tanpa memikirkan perasaan orang lain. Contoh bahasa tidak sopan seperti bangang, bodoh, tidak guna dan sebagainya. Ada juga pihak menyatakan perkataan jantan dan betina tidak sesuai digunakan untuk manusia, oleh itu ia dianggap sebagai bahasa yang tidak sopan. Bahasa tidak sopan ialah bahasa yang kasar dituturkan oleh seseorang yang mana bahasa tersebut tidak manis dan menyakitkan hati orang lain. Bahasa tidak sopan juga sering digunakan apabila berhubung rakan-rakan karib yang setaraf dalam suasana yang tidak formal. Walau bagaimana pun, kesannya kepada orang lain begitu subjektif kerana kadang kala bahasa yang dianggap tidak sopan dikawasan tertentu sebaliknya ia dianggap sebagai gurauan atau cakap mulut sahaja di kawasan yang lain. Perkataan celaka dianggap tidak sopan di Selangor tetapi tidak di Melaka.

HBML3403

1.2 FAKTOR-FAKTOR YANG MENYEBABKAN BERLAKUNYA BTS Terdapat banyak faktor yang menyumbang kepada berlakunya penggunaan bahasa tidak sopan dalam masyarakat terutamanya dikalangan golongan muda. Diantara faktor-faktor berlakunya bahasa tidak sopan ialah pengaruh rakan sebaya, pengetahuan bahasa yang lemah, media massa, tiada undang-undang penggunaan bahasa tidak sopan dan persekitaran. Jika dilihat pengaruh rakan sebaya banyak mempengaruhi dikalangan remaja masa kini dalam penggunaan bahasa tidak sopan. Ini kerana remaja itu sendiri masih mencari identiti mereka sendiri. Oleh yang demikian, remaja lebih mudah menerima dan mengulangi kelakuan rakan-rakan sebaya mereka. Pada pendapat remaja mereka harus mengikut arus perkembangan atau trend agar mereka tidak kelihatan ketinggalan atau pun kuno. memperlekehkan rakan-rakan yang tidak mengikut cara mereka. Selain itu juga, pengetahuan yang cetek dalam bahasa juga mempengaruhi seseorang menggunakan bahasa yang tidak sopan. Malah merek ini kurang teliti dan peka dengan menggunakan bahasa tidak sopan dalam pertuturan 6 Mereka akan

HBML3403

seharian dan juga di alam siber. Disamping itu, mereka juga mempunyai tahap akademik yang rendah dan tahap pembacaan mereka juga kurang serta lemah. Kebiasaanya penulis alam siber menulis berdasarkan penggunaan bahasa seharian yang mereka gunakan. Berbeza pula dengan golongan akademik dan professional, mereka menggunakan bahasa yang sopan kerana mereka sedar tanggungjawab mereka sebagai medium pendidik masyarakat agar generasi muda tidak mudah memandang rendah kepada mereka. Di samping itu juga, penggunaan bahasa tidak sopan juga berlaku kerana sikap tidak endah atau acu tidak acuh dikalangan masyarakat umpama melepaskan batuk ditangga sahaja. Mereka menganggap ini adalah perkara yang remeh dan tidak penting.

BAHAGIAN B ANALISIS BAHASA TIDAK SOPAN

2.0 JENIS-JENIS BTS 1.Bahasa Kasar Bahasa kasar bermaksud bahasa yang tidak sopan atau tidak manis dituturkan, ditulis, atau digunakan. Ia biasanya digunakan apabila berhubung dengan temanteman yang karib dan setaraf, serta dalam suasana yang sangat tidak formal. Biasanya dalam suasana yang bersifat peribadi atau ketidakhadiran orang ketiga. Bahasa kasar ialah bahasa dihamburkan dengan mengikut perasaan. Kata-kata kesat ialah contoh bahasa kasar seperti bangang, bodoh, tak berotak dan sebagainya. Ada pihak yang mengatakan perkataan jantan dan betina, jika

ditujukan kepada manusia juga tergolong dalam bahasa kasar.

HBML3403

2.Bahasa Kesat Bahasa kasar yang digunakan untuk menyakitkan hati orang lain apabila mendengar dan membacanya.

3.Bahasa Lucah Bahasa lucah ialah bahasa yang digunakan untuk mengutuk orang lain dengan niat untuk mencarut. Dan kini bahasa lucah menjadi sebahagian daripada lirik segelintir band bawah tanah yang membawa muzik metal sehingga mengejutkan beberapa pihak termasuk pendengar lagu bergenre itu. Antara perkataan yang menjadi inti pati lirik itu termasuk bangsat, babi serta anjing dan ia menjadi ikutan segelintir peminat setia muzik metal terutama di tempat berlangsung gig mereka. Peminat muzik yang hanya mahu dikenali sebagai Jat berkata, dia terkejut apabila mendapati lirik sebuah kumpulan underground tempatan penuh maki hamun dan mencarut. Mereka menyanyi lagu itu dalam bahasa Melayu, dari segi muzik tidak ada masalah, namun liriknya amat keterlaluan dan penuh kemarahan. Contoh bahasa lucah ialah sial, pantat, bangang, babi, fuck dan sebagain ya.

4.Bahasa Basahan Bahasa basahan ialah bahasa yang bersifat percakapan atau basahan. Bahasa basahan ini ialah bahasa pertuturan sehari-hari. Bahasa ini tidak mementingkan unsur tatabahasa kerana yang dipentingkan ialah kefahaman antara penutur dan pendengar. Oleh itu ia tidak digunakan dalam tlisan atau ucapan rasmi. Bentuknya pula sering dipengaruhi oleh dialek dan slanga daerah. Ciri-cirinya dapat kita lihat melalui cara penyampaian. Contohnya Bahasa kolokial disampaikan secara lisan. Bahasa ini bersifat perhubungan secara terus antara dua penutur atau lebih dengan menggunakan pertuturan seharian. Penggunaan perkataannya pula ringkas dan

HBML3403

tidak mengikuti ejaan sepenuhnya, tetapi pendengar dapat memahaminya. Selain itu,

5.Bahasa Slanga

Bahasa slanga adalah bahasa tidak rasmi dan tidak baku. Ia dianggap lebih rendah tarafnya daripada bahasa standard. Contoh bahasa selanga yang digunkan oleh remaja seperti brader, pakwe, mengancam, sekeh, boring.

2.1

MAKLUMAT BAHAN RUJUKAN 2.1 .1 TAJUK : SHIT 2.1.2 2.1.3 NAMA MAJALAH/ AKHBAR : Pustaka Reka BULAN TERBITAN : 1999 9

HBML3403

2.1.4

PENERBIT : Shahnon Ahmad

2.2

ANALISIS BAHASA TIDAK SOPAN BERDASARKAN BAHAN Kajian yang dilakukan baru-baru ini dilakukan terhadap sekumpulan kanak-kanak dan remaja menunjukkan bahawa 65% pertuturan harian mereka adalah berunsurkan negatif, sama ada daripada segi pertuturan lisan atau tanpa lisan termasuklah kata-kata kesat, kurang elok atau isyarat-isyarat lucah juga bersembang perkara yang berkaitan perkara negatif. Peratusan ini meningkat pada setiap kali sampel tambahan kajian dilakukan. Sampel kajian di ambil sekitar kawasan perumahan kos rendah, kawasan rumah terancang dan teres, anak-anak kawasan elit dan juga kawasan perkampungan. Perkara negatif tidak

semestinya perbualan lucah, namun jika pertuturan tersebut tidak berunsur lucah sekalipun ia tetap mengandungi unsur negatif, contohnya perkataan 'gila'. Sesetengah orang merasakan perkataan gila sebagai satu simbolik sebagai membawa maksud 'bersangatan'. Contoh ayat: "Best gila cerita tadi", "sejuk gila tempat ni". Sekiranya hendak memuji kehebatan

seseorang pula bagaimana? Contohnya "FUh... ko ni memang gila lah". Ia seolah-olah seperti menyatakan seseorang itu gila tetapi mungkin tidak berniat mengatakan orang itu gila sebaliknya hendak menyatakan bahawa orang itu benar-benar hebat. Ayat-ayat sebegini popular dikalangan

remaja pada masa kini berbanding pada masa dahulu kerana pengaruhi daripada media massa seperti televisyen dan juga internet. Bagaimana pula dengan perkataan sial? Sudah tentu kita pernah mendengar kata-kata seperti boring sial, hebat sial, cun sial, sakit sial dan sebagainya. Ayat ini menyatakan kesangatkan sifat-sifat yang hendak dinyatakan tetapi ia bebunyi sangat negatif kerana maksud sial itu sendiri tidak elok.Contohnya, ketika sedang makan di sebuah warung saya terdengar sekumpulan remaja duduk bersembang sesama mereka. Tibatiba remaja wanita melintas kawasan tersebut di hadapan kami. Salah 10

HBML3403

seorang remaja yang sedang lepak di warung tersebut berkata "awek tu cun sial". Kemudian rakan-rakannya remaja tersebut menyambung katakata rakan memang cun sial, cun sial. Lepas seorang-seorang yang menyebut perkataan itu. Saya terfikir sejenak, kesiannya awek tu cun tetapi sial. WEII.. apalah korang ni.. Aku dah tunggu korang lama giler..Nenek aku pun lagi laju daripada korang lah. Ingat mak bapak korang bayar aku untuk tunggu korang ke? Pak Abu menggeleng kepala mendengar perbualan sekumpulan remaja yang menunggu bersamasamanya di perhentian bas. Bahasa yang mereka gunakan begitu kasar dan tidak mencerminkan budaya orang Timur, apatah lagi orang Islam. Pak Abu sendiri berasa tidak selesa mendengar perkataan yang kurang baik, apatah lagi untuk menuturkannya. Kadang kala kita menjadi bingung mendengar istilah-istilah baru, terutama dalam khidmat pesanan ringkas (SMS) dan emel yang digunakan remaja yang tidak pernah didengarinya selama ini. Mungkin remaja sendiri kadangkala tidak meneliti bahasa yang mereka gunakan dalam percakapan seharian. Remaja sengaja bertutur sedemikian rupa bagi menggambarkan identiti atau penampilan diri remaja. Namun remaja harus sedar bahawa keperibadian diri mereka tergambar melalui cara bagaimana mereka berkomunikasi dengan orang lain. Selain itu penggunaan perkataan tak guna dalam cerita kartun alih bahasa seperti cerita ultraman, doreamon, naruto dan sebagai sering digunakan apabila memarahi seseorang. Para ibu bapa harus memantau anak-anak apabila menonton kartun sebegini kerana ia akan

mempengaruhi pertuturan seseorang kanak-kanak. Saya sendiri pernah melihat seorang kanak-kanak berumur tiga tahun yang mengamuk bergaduh dengan kakaknya berkata Kakak tak guna, Kakak tak guna. Ini adalah pengaruh daripada televisyen itu sendiri. Oleh itu, pihak

11

HBML3403

kerajaan perlulah menapis terlebih dahulu alih bahasa cerita kartun agar bersesuai dengan kanak-kanak serta tiada unsur yang negatif.

3.0

CADANGAN MENGATASI BTS Sudah menjadi kebiasaan remaja-remaja sekarang menggunakan bahasa kesat dan maki-hamun dalam perbualan dikalangan rakan-rakan rapat kerana mereka telah dipengaruhi oleh rakan-rakan mereka dan sudah terbiasa ini disebabkan oleh kerana mereka sudah terbiasa

menggunakannya.

Pada pendapat saya, ibu bapa harus mendidik dan

mendisiplinkan anak-anak mereka sejak daripada kecil lagi supaya mereka berdisplin dan tidak kurang ajar bersama orang yang lebih tua daripada mereka. Diantara cara-cara untuk mendidik anak ialah jangan memberikan mereka terlalu banyak kebebasan, memantau kelakuan mereka semasa di sekolah dan di luar dan juga memastikan bahasa yang mereka gunakan tidak kesat. Jika mereka tetap berdegil dan tidak mendengar kata, ibu bapa boleh memarahi atau memukul mereka. Ibu bapa memainkan peranan penting dan sudah menjadi tanggungjawab mereka untuk menghukum anak-anak mereka supaya mereka menjadi anak yang baik dan berguna kapada masyarakat, negara dan dunia. Jikalau anak-anak mereka menggunakan bahasa kesat dan bersikap kurang ajar,ibu bapa harus menegur mereka dan hukum mereka jika mereka tidak mengendahkan nasihat ibubapa. Malahan ibu bapa itu sendiri haruslah menjadi role

model kepada anak-anak dengan menggunakan bahasa dan perkataan yang baik-baik sahaja. Sekiranya ibu bapa sendiri menggunakan kata-kata

kesat, maka secara anak-anak juga akan mengikut pertuturan ibu bapanya. Oleh itu, adalah penting para ibu bapa mendidik anak-anak menggunakan bahasa yang elok dalam pertuturan seharian. Didikan agama juga perlu

12

HBML3403

diberi kepada anak-anak agar mereka mempunyai budi bahasa yang tinggi serta berakhlak terpuji. Selain itu, guru-guru di sekolah juga memainkan peranan yang amat penting dengan menerapkan nilai-nilai murni semasa mengajar murid-murid mereka tentang nilai moral. Guru juga menjadi role model murid-murid, dengan menunjukkan contoh yang baik murid-murid mudah mengikut tingkah laku dan pertuturan gurunya. Murid-murid haruslah diajar oleh guru bahawa memaki hamun itu sememangnya tidak bagus sehinggakan ia boleh dipandang rendah oleh masyarakat dan ia juga adalah perbuatan yang berdosa. Pihak sekolah boleh menghukum murid murid yang suka memaki-hamun dan bersikap kurang ajar bersama orang lain seperti menghantar mereka ke detention dan menyuruh mereka membersihkan sekolah sebagai hukuman. Guru juga boleh menelefon ibu bapa murid tersebut sekiranya dia masih berdegil dan bersambung untuk memaki walaupun telah ditegur oleh guru beberapa kali. Dengan itu, ibu bapa akan mengajar anaknya untuk tidak mengeluarkan bahasa-bahasa kesat. Sekolah juga boleh menjalankan kempen budi bahasa budaya kita di peringkat sekolah untuk menggalakkan murid-murid sentiasa berbudi bahasa dalam pertuturan mereka. Selain itu, Kelab Pembimbing Rakan sebaya juga boleh menganjurkan seminar atau motivasi kepada murid yang didapati menggunakan bahasa yang kesat atau kasar agar dapat memberi kesedaran kepada mereka. Disamping itu, kerajaan dan badan-badan bukan kerajaan juga memainkan peranan dalam mewujudkan generasi yang tinggi budi bahasanya. Antara caranya ialah dengan pemerintah atau badan bukan kerajaan (NGO) boleh membuat bengkel atau seminar atau motivasi untuk tidak menggalakkan bahasa kesat digunakan dan menggalakkan

penggunaan bahasa yang baik atau elok sahaja. Mungkin,bengkel itu tidak akan memberi manfaat yang sepenuhnya tetapi sedikit sebanyak mengubahkan pendirian mereka terhadap melafazkan kata-kata kesat dan 13

HBML3403

juga memberikan mereka masa untuk fikir dua kali sebelum melafazkan kata-kata kesat. Kata-kata yang elok melahirkan kesan-kesan positif

dalam diri seseorang individu agar mempunyai keyakinan tinggi dalam menghadapi cabaran hidup. Pihak kerajaan juga harus membataskan remaja-remaja menonton laman lucah diinternet dan mewujudkan sistem sekatan ke atas laman lucah dan laman yang tidak sesuai dengan budaya negara kita. Selain itu, pemerintah boleh bertindak lebih tegas dalam mempamerkan filem-filem yang mengandungi sikap tidak bermoral. Seseorang remaja itu boleh terikut-ikut dengan cara perbualan atau sikap biadab pelakon itu. Media massa juga banyak mempengaruhi pertuturan seseorang individu terutamanya kanak-kanak kerana kanak-kanak banyak belajar bahasa melalui media massa. Rancangan-rancangan di televisyen

terutamanya cerita kartun yang dialih bahasa perlulah menggunakan bahasa yang lebih sopan kerana rancangan ini ditonton oleh kanak-kanak yang mudah mengikut dan mempelajari pertuturan yang didengar. Ini akan sedikit sebanyak mempengaruhi mereka untuk kawal setiap bahasa yang dilafazkan. Media hiburan adalah alternatif yang bagus untuk digunakan. Remaja-remaja juga tidak seharusnya menonton filem-filem yang menggunakan bahasa kesat. Apabila mereka menonton, mereka akan terikut dan akan menggunakan bahasa itu dalam kehidupan seharian. Contoh-contoh filem yang menggunakan bahasa tidak sopan ialah KL Gengster, Hantu Boceng, Bohsia dan sebagainya. Penulisan dalam majalah dan komik juga perlulah menggunakan bahasa yang sopan agar pembaca dapat sesuatu yang baik daripada bahan bacaan tersebut.

14

HBML3403

4.0 RUMUSAN/ KESIMPULAN Kesimpulannya, kita perlulah berhati-hati terhadap apa jua yang kita tuturkan kerana bahasa yang kita tuturkan melambangkan peribadi kita sendiri. Penggunaan bahasa yang sopan mencerminkan ketinggian budi dan peribadi seseorang individu. Individu yang menggunakan bahasa yang

tidak sopan dianggap rendah taraf pendidikannya malah mereka juga tidak dihormati. Tambahan pula kita sebagai seorang Islam perlulah sentiasa menjaga pertuturan agar tidak menyakiti perasaan orang lain dan menimbulkan ketegangan. Kesopanan dalam pertuturan akan mewujudkan rasa hormat orang lain terhadap kita dan mengeratkan ukhuwah antara satu sama lain. Cara pertuturan seharian kita boleh mempengaruhi minda separa sedar lalu melahirkan tabiat berfikir ke arah pemikiran yang positif atau negatif. Justeru itu, apabila kita sentiasa bertutur dengan perkataan yang kasar atau negatif kita sebenarnya secara tidak langsung telah memprogramkan minda kita ke arah pemikiran yang negatif. Akibatnya, kita akan mencorakkan tingkah laku dan emosi yang negatif juga. Oleh yang demikian, adalah penting kita mendidik anak-anak yang juga bakal penyambung generasi akan datang dengan kesopanan dan kesatunan bahasa agar bangsa kita tidak dipandang rendah. Ini adalah penting kerana bahasa mencerminkan keperibadian seseorang individu dan sesebuah masyarakat.

Yang kurik itu kundi, Yang merah itu saga, Yang baik itu budi, Yang indah itu bahasa.

15

HBML3403

RUJUKAN
1) Shahnon Ahmad, ( 1999 ), Shit, Pustaka reka. 2) Jeniri Amir, ( 2009 ), Bahasa Negara dan Bangsa, Dewan Bahasa Dan Pustaka. 3) Dewan Bahasa Dan Pustaka, ( 2002 ), Sekalung Budi Seuntai Bahasa. 4) Saat Sulaiman (2008). Anak adalah anugerah. Selangor: UtusanPublications &Distributors Sdn. Bhd 5) http://nuriman.wordpress.com/2007/12/20/kesantunan-bahasa-dikalangan-remaja/ 6) http://www.tutor.com.my/stpm/variasi_bahasa.htm 7) http://ariffsarip.blogspot.com/2010/03/bahasa-pasar-kasar.html 8) http://penselmaya.blogspot.com/2010/06/faktor-faktor-yangmenyumbang-kepada.html 9) http://psittacula.wordpress.com/2007/03/02/bahasa-dan-rohani/ 10) http://www.scribd.com/doc/39933746/RANCANGAN-ANIMASIKARTUN-KANAK-KANAK 11) http://berita-harian-online.com/animasi-18sx/ 12) http://jiwatempatan.blogspot.com/

16

HBML3403

LAMPIRAN Contoh animasi yang menggunakan unsur lucah.

17

HBML3403

18

HBML3403

19

HBML3403

Petikan Berita Harian Metro IPOH: Seorang ibu hampir pengsan apabila pemeriksaan mengejut yang dilakukannya terhadap koleksi cakera padat digital (DVD) drama dan filem animasi dari Jepun milik anak lelakinya berusia 15 tahun, mengandungi adegan lucah melampau. Rozilawati, 40-an, dari Taman Ampang, dekat sini, berkata keseluruhan jalan cerita, gaya pemakaian dan bentuk fizikal watak serta adegan ditonjolkan dalam DVD berkenaan melebihi had adegan lucah 18SX.

Saya sesak nafas dan rasa seperti hendak pitam sebaik memasang DVD pertama berikutan kemunculan sekumpulan wanita berpakaian seksi sebelum seorang lelaki muncul mengganggu mereka. Selepas menontonnya hingga habis, saya dapati cerita berkenaan bukan saja patut dilarang untuk tontonan remaja bawah 18 tahun, sebaliknya perlu diharamkan terus. Saya hairan bagaimana cerita kartun sedemikian boleh memasuki pasaran negara dan dijual kepada pelajar sekolah, katanya ketika ditemui wartawan Harian Metro di sini, semalam. Ibu bertudung labuh itu yang beberapa kali sebak sepanjang pertemuan berkenaan, turut membawa bersama kira-kira 15 keping DVD animasi pelbagai genre dirampas daripada anaknya. Saya sangka hanya DVD pertama dipasang itu mengandungi jalan cerita dan adegan berunsurkan lucah, tetapi sangkaan saya meleset kerana semua koleksi DVD animasi milik anak saya memaparkan benda sama yang tidak senonoh dan lucah melampau. Saya fikir tiada lagi kejutan dan sangka semua cerita DVD berkenaan hanya menampilkan watak seksi, adegan berunsurkan lucah dan dialog mengghairahkan. Sekali lagi jantung saya berdegup kencang apabila dua daripada koleksi DVD terbabit menampilkan 100 peratus cerita animasi lucah dengan adegan seks tanpa sebarang

20

HBML3403

suntingan. Saya mengucap panjang dan beristighfar banyak kali kerana tak sangka anak saya menonton cerita seperti ini, katanya. Rozilawati berkata, rahsia anaknya itu berjaya dibongkar ketika pelajar tingkatan tiga berkenaan pergi ke sekolahnya pada hari pertama penggal persekolahan tahun ini, Isnin lalu. Saya mula rasa ada sesuatu tidak kena kerana sepanjang cuti persekolahan, dia lebih banyak menghabiskan masa berkurung dalam biliknya dan memberi alasan bermain Internet di komputer riba. Tingkah lakunya juga pelik apabila menghiasi dinding bilik tidurnya dengan poster watak animasi perempuan berpakaian menjolok mata. Dia juga semakin kerap tidur lewat dan bangun tengah malam untuk ke tandas. Namun perkara yang membuatkan saya nekad memeriksa biliknya ialah tindakannya menyimpan sebahagian koleksi DVD dalam laci yang dikunci. Selepas merampas semua DVD berkenaan, saya dan suami mengambil pendekatan berdiam diri untuk melihat reaksi anak apabila mengetahui rahsianya sudah terbongkar, katanya. Begitupun katanya, dia dan suami bersyukur apabila anaknya meminta maaf serta bertaubat tidak akan melihat lagi perkara seperti itu. Katanya, selepas menyoal anaknya dari mana DVD berkenaan dibeli, dia membawanya dan suami ke deretan bangunan kedai yang terletak berdekatan sebuah restoran mamak tidak jauh dari rumahnya. Saya dan suami terkejut melihat terdapat bukan satu, tapi tiga premis secara terbuka menjual DVD dan VCD (video cakera padat) pelbagai jenis filem yang dipercayai cetak rompak berdasarkan harga ditawarkan iaitu sekitar RM5 hingga RM15 sekeping. Malah, ketika berpura-pura masuk sebagai pelanggan, saya mendapati cerita animasi seperti dibeli anak saya diletakkan di bahagian terbuka.

21

HBML3403

Suami memberitahu filem lucah turut dijual di satu sudut tersorok di bahagian belakang salah satu premis berkenaan. Saya pelik bagaimana premis yang terletak berhampiran kawasan perumahan ini boleh beroperasi secara terbuka. Yang pasti, ia jelas menunjukkan kecacatan dalam bidang penguatkuasaan pihak bertanggungjawab, katanya. Rozilawati berpendapat antara punca penularan gejala sosial di negara ini disebabkan remaja, termasuk kanak-kanak mudah terdedah kepada perkara negatif seperti melihat cerita berunsur lucah.. Sumber : Harian Metro

22

HBML3403

ARAHAN Jangan menyalin soalan dan arahan tugasan dalam jawapan anda. Sediakan jawapan tugasan anda mengikut susunan KRITERIA PENILAIAN (ASSESSMENT CRITERIA) seperti tertunjuk dalam RUBRIK. Jika RUBRIK TIDAK dibekalkan, ikut arahan/garispanduan yang ditetapkan oleh Fakulti bagi tugasan kursus berkenaan. Tugasan anda hendaklah antara 2500 hingga 3000 patah perkataan TIDAK termasuk rujukan. Taipkan jawapan anda dengan menggunakan saiz fon 12 Times New Roman dan langkau baris 1.5. Tunjukkan bilangan perkataan di hujung tugasan anda. Jadual dan gambar rajah jika ada, hendaklah menunjukkan tajuk yang wajar. Senaraikan secara berasingan, rujukan/referensi dalam muka surat APENDIKS.

23

HBML3403

APENDIKS

RUJUKAN / REFERENSI 1) Shanon Ahmad, (1999), Shit, Pustaka Reka 2) http://www.tutor.com.my/stpm/variasi_bahasa.htm 3)

Nama Pengarang, (tahun), Tajuk Buku, Penerbitan

24