Anda di halaman 1dari 15

1.0 PENGENALAN 1.1Definisi Tingkah laku Tingkah Laku adalah apa yang dilakukan atau diperkatakan oleh seseorangindividu.

Tingkah laku juga semua tindakan manusia yg boleh diperhati, diukur dandinilai dan sebarang perbuatan yang dilakukan sama ada secara terus atau tidak,secara sedar atau separa sedar. Tingkah laku adalah manifestasi fizikal sebarang sikapyang berasaskan nilai -nilai tertentu. Menurut Lewis M.Beaker (2001), sebarang perbuatan yang dilakukan sama ada secara terus atau tidak, secara sedar atau separasedar.Manakala, menurut Garry Martin dan Joseph Pear (2003), tingkah laku jugamerangkumi aktiviti, aksi, prestasi, bertindakbalas, tindakan, dan reaksi dari segi teknik,aktiviti yang melibatkan otototot, kelenjar (glandular) dan aktiviti elektrik oleh setiapo r g a n . P a d a dasarnya tingkah laku adalah apa sahaja yang diperkatakan a t a u dilakukan oleh individu. Carl Rogers (1999), menekankan bahawa seseorang individubertingkah laku mengikut persepsi diri sendiri dan keadaan. Sekiranya individu itumempunyai konsep kendiri yang positif maka dia berupaya berinteraksi dan bertindakdengan lebih yakin. Menurut Al-Ghazali pula dari perspektif Islam, tingkah laku manusiamempunyai tujuan agama dan kemanusiaan.Tingkah laku normal dan tidak normaladalah berdasarkan kepada kekerapan dan berlaku sepanjang masa dan mempunyaimasalah psikologi.Mengikut (PL94-142) Masalah tingkahlaku atau gangguan emosi yang seriusmerujuk kepada keadaan di mana ciri-ciri yang berikut berlaku pada tempoh yang lama,pada darjat yang ketara dan keadaan ini menjejaskan prestasi pembelajaran. TingkahLaku Bermasalah Tingkah laku bermasalah ialah merujuk kepada sebarang tingkahlaku sama ada positif ataupun negatif yang menjejaskan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Tingkah laku terbahagi kepada dua iaitu tingkah lakupositif dan tingkah laku negatif. Tingkah laku positif terbahagi kepada empat iaitu sikap ingin tahu, cepat belajar, proaktif dan pintar cerdas. Manakala tingkah laku negatif pulaterbahagi kepada tiga iaitu tingkah laku distruktif, distruptif dan sikap bergantung. 1.2 Definisi Pengurusan Tingkah Laku Pengurusan tingkah laku boleh ditakrifkan sebagai satu rancangan untukmemodifikasikan tingkah laku bermasalah ke satu matlamat yang telah ditetapkand e n g a n t e k n i k y a n g s e s u a i . ( D r . R a g b i r K a u r a / p J o g i n d e r S i n g h ( 2 0 0 5 ) . Setiap guru mesti ada satu bentuk sistem pengurusan tingkah laku kawal kelas, p e m b e l a j a r a n y a n g s i h a t d a n p r o d u k t i f . M e m b i m b i n g t i n g k a h l a k u p o s i t i f d a n menghentikan tingkah laku negative dan bebas gangguan.

2.0 FAKTOR YANG MENYEBABKAN MASALAH TINGKAH LAKU Tingkah laku negatif biasanya dipengaruhi oleh keadaan persekitaran rumahseperti tidak dapat perhatian dan kasih sayang daripada ibu bapa. Faktor seterusnyaadalah persekitaran sekolah seperti kurikulum terlalu padat d an berfokus padapeperiksaan. Murid akan rasa tertekan dan menunjukkan tingkah laku bermasalahdisusuli dengan strategi pengajaran dan pembelajaran yang membosankan, tidakmenarik perhatian dan tidka mempunyai objektif yang jelas. Faktor ini menyebabkanwujudnya murid bermasalah. Seterusnya keadaan fizikal sekoalah yang padat, panasdan bising menyebabkan murid menunjukkan tingkah laku yang negatif. (Saayah Abu:2008).Penderaan Kanak-Kanak iaitu penderaan fizikal, mental dan emosi seringmenjadi topik yang sering dilaporkan oleh media massa. Perkara ini berlaku apabila ibubapa atau penjaga gagal memberikan kasih sayang yang sepatutnya di sampingpenjagaan yang berterusan. Mereka sering kali mengancam, mengutuk ataupun meyakiti kanak-kanak dengan pelbagai cara. Keadaan ini menyebabkan terjadinyapenderaan yang mudah dilihat iaitu kecederaan fizikal dan gangguan dari segi mental dan emosi yang sukar untuk dilihat oleh orang lain. Kanak -kanak yang mengalamimasalah penderaan akan terdorong untuk bertindak negatif iaitu sama ada menyendiridan tidak suka didekati oleh orang lain atau sebaliknya bersikap mahu melepaskandendam terhadap kanak-kanak lain yang dianggap lebih lemah daripadanya. Kanak-kanak tersebut mungkin melakukan semula apa yang dilakukan oleh orang yang pernahmenderanya kepada kanak-kanak lain di sekelilingnya. N a m u n b e g i t u , m e n u r u t R o s e n b e r g , 1 9 8 7 d a l a m S a a y a h A b u ( 2 0 0 8 ) kanak-kanak yang cerdas berupaya melakukan apa yang baik untuk dirinya tanpa mengharap orang lain terlibat dengan aktiviti luaran seperti aktiviti sekolah, biasanyatidak mudah menerima kesan akibat penderaan emosi Keadaan ini menjelaskanb a h a w a t i d a k s e m u a k a n a k - k a n a k d a l a m s a t u k e l u a r g a y a n g s a m a m e n g a l a m i gangguan perkembangan apabila emosi mereka didera. Tingkah laku ini dikenal pastisebagai tingkah laku menunjukkan emosi (expressed emosion) yang dipercayai dapatmenetukan masa depan pesakit skizofrenia. Ahli keluarga yang menunjukkan sikappenolakan, pengasingan, sikap tidak peduli dan kerap mengkritik dikira sebagai mempunyai tahap meluahkan emosi yang tinggi. Sekiranya pesakit skizofrenia hidup bersama ahli keluarga yang menunjukkan tahap meluahkan emosi yang tinggi, makapesakit ini sukar pulih walaupun rawatan ubat-ubatan telah diberi dengan cukup. 3.0CARA MENGURUS TINGKAH LAKU Seperti di perkenalkan oleh Lee Center (1976) iaitu model disiplin tegar. Modelini adalah sistem peraturan tingkah laku di adalam kelas yang di buat oleh guru. Apabilakanak-kanak melanggar peraturan, namanya akan dipaparkan pada papan kenyataandan guru

memanggil ibu bapa mereka ke sekolah. Center juga mencadangkan supayanama itu direkod dan dihantar kepada pengetua. Selain itu, model ini membantu gurum e n g a j a r d e n g a n l e b i h b e r k e s a n t a n p a s e b a r a n g g a n g g u a n . K e b a n y a k k a n dilaksanakan di sekolah rendah memandangkan sesuai untuk mengurus tingkah lakukanak-kanak supaya memahami pentadbiran sekolah. Walaubagaimanapun, ia kurangberjaya melatih kanak-kanak supaya bertanggungjawab. Selain itu, kelemahannyaadalah tidak menghiraukan kurikulum,struktur dan susun atur di dalam bilik darjah.

4.0 TEKNIK PENGURUSAN TINGKAH LAKU Tingkah laku boleh diuruskan dengan mengaplikasikan beberapa teknik. Antarateknikteknik tersebut adalah dengan menggunakan alat pengukuran personal ( personal tools), teknik pencegahan (preventives technique), dan tindakan pembetulan( correction measure).Teknik pertama iaitu alat pengukuran personal yang boleh dilaksanakan denganmenggunakan kaedah kedekatan fizikal (physical proximity ). Kaedah ini dilaksanakandengan guru mendekati sendiri murid yang mempunyai masalah tingkah laku. Kaedahseterusnya adalah dengan menggunakan mobiliti fizikal (physical mobility) iaitu denganberjalan ke hadapan, ke belakang, ke tepi atau mengelilingi kelas sambil membuatpengawasan. Eksperisi wajah atau pandangan guru yang menyenangkan, menarik,marah, kecewa atau benci turut tergolong dalam teknik pertama ini. Kesimpulannya,guru perlu mahir dalam menggunakan teknik ini.Teknik kedua pula adalah berkaitan dengan pencegahan. Teknik ini dapat mengurangkan ketegangan dan menggalakkan proses pengajaran supaya menjadilancar. Selain itu, melalui teknik ini iklim yang positif dan persekitaran yang terurusdapat diwujudkan. Maka bagi mewujudkan suasana seperti ini, antara kaedah yangboleh digunakan adalah dengan meminta murid supaya mematuhi rutin bilik darjah,membuat sistem mengutip buku serta murid menerima bentuk peraturan yang digubal.Guru juga boleh memberitahu tentang perlakuan yang diterima atau tidak.Teknik yang terakhir adalah dengan melaksanakan tindakan pembetulan. Tindakan ini dapat dilaksanakan dengan menangani masalah secara spontan danmenghentikan dengan baik tanpa merosakkan apa-apa. Selain itu, pengubahsuaiantingkah laku positif dan menghentikan tingkah laku negatif serta mengharmonikan iklimbilik darjah juga dapat membantu dalam melaksanakan teknik tindakan pembetulan ini.Guru juga boleh menggunakan hukuman yang diketahui oleh murid dan relevan sepertiketuk-ketampi. Di samping itu, jika murid masih melakukan tingkah laku bermasalah itu,guru boleh menukar tempat dan berjumpa dengannya selepas pengajaran.

Melaluiperjumpaan ini, guru boleh membimbing perlakuannya supaya menjadi lebih baik. Maka, guru haruslah sentiasa memperjelaskan atau mengingatkan mereka berkaitandengan tingkah laku tersebut. 5.0 PRINSIP-PRINSIP PENGURUSAN TINGKAH LAKU Mengurus TL memerlukan kemahiran guru yang khusus dalam bidang tersebut.Ia berlandaskan kepada prinsip-prinsip tertentu yang perlu dihayati dan dipegang olehguru.Antara perkara yang perlu diberi perhatian ialah prinsip peneguhan, jenispemerhatian, dan prinsip pengurusan tingkah laku. i.Prinsip Peneguhan Peneguhan sangat penting untuk mengekal atau mengurangkan tingkah laku.Dalammembuat peneguhan, peneguh (ganjaran) yang diberikan hendaklah sesuai dan berkesan. Peneguh merupakan sesuatu objek atau situasi yang dapat meneguhkanatau mengekalkan tindak balas atau kelakuan pada masa kini atau memungkinkanpeningkatan perlakuan pada masa akan datang. Peneguh yang diberi mestilah sesuatuyang disukai oleh pelajar. ii.Jenis-jenis Pemerhatian Pemerhatian yang pertama adalah pemerhatian yang boleh dijenis mengikuttujuan dan aspek yang hendak diperhati iaitu memerhati sesuatu perlakuan tanpamembuat tafsiran (interpreation) dan tanggapan (judgement) iaitu melapor apa yangdilihat sahaja dan menggunakan tafsiran bukan untuk penilaian semasa tetapimembuat hipotesis yang diperolehi selepas menemu bual individu yang berkenaan.Kedua, pemerhatian yang dibuat mestilah mengikut apa yang telah dirancang d a n s e c a r a o p e n - e n d e d i a i t u m e n i l a i a t a u m e m e r h a t i k e m a h i r a n t e r t e n t u , pengetahuan, perlakuan atau sikap yang telah dikenal pasti serta menilai sesuatu yangwujud tanpa dijangka atau di luar perancangan pemerhati tetapi relevan dengan objektif penilaian tersebut. Manakala, yang ketiga adalah pemerhatian untuk jangka pendek dan jangkapanjang. Pemerhatian yang dilaksanakan mengikut urutan dalam jangka masa b e r p e r i n g k a t s u p a y a m e n d a p a t d a p a t a n y a n g b e r k e s a n d a n b e r m a k n a t e n t a n g perkembangan proses atau peristiwa terhadapsesuatu tugasan. 6.0 ASAS PENGURUSAN TINGKAH LAKU Terdapat tiga perkara asas dalam pengurusan tersebutadalah peneguhan, hukuman, prompts dan kiu. a)Peneguhan

tingkah

laku.

Perkara

Peneguhan merupakan satu bentuk objek, stimuli atau perbuatan. Ia diberikankepada tingkah laku tertentu dengan tujuan untuk meningkatkan ke kuatan dankekerapan tingkah laku tersebut. Hal ini menunjukkan bahawa tingkah laku dapatdigalakkan melalui amalan peneguhan. b)Hukuman Hukuman merupakan satu bentuk tingkah laku yang diberikan s e l e p a s melakukan sesuatu tingkah laku yang salah. Hukuman boleh dibahagikan kepada tigabahagian. Bahagian pertama adalah satu tingkah laku tertentu terjadi. Bahagian keduapula menyatakan tentang satu konsikuen semerta mengikuti tingkah laku tersebut danbahagian ketiga adalah sebahagian hasil daripada tingkah laku yang kemungkinan tidakberlaku lagi di masa akan datang. Hukuman juga merupakan pengawal tingkah lakuyang kuat. Hukuman boleh dikategorikan kepada dua iaitu hukuman positif dan hukuman negatif.Hukuman positif adalah bentuk tingkah laku yang diberikan dan diikuti denganpemberian satu ransangan yang tidak menyenangkan. Manakala hukuman negatif adalah tingkah laku yang diberikan dan diikuti dengan penarikan ransangan yang meneguhkan. c)Prompts Prompts adalah ransangan yang digunakan untuk meningkatkan penglibatanindividu dalam melaksanakan tingkah laku yang betul. Ia diberikan sebelum atausemasa tingkah laku itu dilakukan. Terdapat dua jenis prompts iaitu respon dan stimulus. Prompts respon adalah tingkah laku individu lain yang meransangkan responyang diperlukan. Antaranya adalah prompts lisan,gesture, tunjuk cara dan fizikal. Manakala prompts stimulus pula melibatkan perubahan, penambahan atau penarikanpada stimulus. Ini adalah bertujuan untuk memastikan respon yang betul diperolehi. d ) K i u Kiu adalah amalan yang membolehkan murid untuk membezakan objek atauk o n s e p y a n g r e l e v a n d e n g a n o b j e k a t a u k o n s e p y a n g l a i n . C o n t o h n y a , g u r u membezakan suku kata dengan mengunakan warna merah dan warna hitam. Hal iniakan membantu murid untuk membezakan suku kata pertama dengan suku kata keduadi samping dapat memudahkan proses bacaan. 7.0 TINGKAH LAKU BERMASALAH Dalam konteks pendidikan, tingkah laku bermasalah merujuk kepada sebarangtingkah laku yang boleh merosakan kelancaran dan keberkesanan proses pengajarandan pembelajaran khususnya di dalam bilik darjah. Kajian terhadap masalah muridsekolah ini membawa kepada dua pecahan utama tingkah laku murid bermasalah

iaitu,positif dan negatif. Tingkah laku bermasalah positif yang dikenal pasti seperti perlakuaningin tahu, cepat belajar, p intar cerdas dan proaktif. Manakala untuk tingkah laku bermasalah negatif pula ialah perlakuan distruktif iaitu tingkah laku anti sosial, disruptif berkaitan tingkah laku mengganggu, dan akhirnya tingkah laku bergantung yang berlebihan.Sama ada seseorang murid itu mempunyai masalah bertingkah laku positif dan negatif, ia akan membawa kesan yang tidak baik dalam aktiviti pengajaran danpembelajaran di dalam bilik darjah.Oleh yang demikian, guru haruslah mengambil tahu dan segera merancang danmelaksana strategi dan tindakan yang sesuai untuk mengubah tingkah laku yang negatif itu. Hal ini sangat penting demi menjamin dan mengawal keadaan bilik darjahy a n g k o n d u s i f d a n m e m p e r t i n g k a t k a n k e b e r k e s a n a n p r o s e s p e n g a j a r a n d a n pembelajaran. Secara umumnya masalah tingkah laku atau disiplin bagi murid-muridmasalah pembelajaran mempunyai ciri-ciri tertentu. Antara ciriciri yang ada padamurid-murid yang bermasalah tingkah laku ialah penumpuan yang singkat, memencildan menarik diri daripada aktiviti kelas, terlalu bergantung kepada seseorang, tidakmesra dengan guru dan orang lain, gopoh dan tidak sabar, motivasi kendiri rendah,agresif, melanggar perintah, sentiasa mempunyai perasaan negative, memberi jawapansesuka hati, kurang kemahiran mengawal emosi, perlakuan hiperaktif dan sering resahserta kurang kepercayaan terhadap kebolehan diri.Masalah tersebut secara umumnyatelah dipengaruhi oleh beberapa faktor. Antara faktor yang mempengaruhi pengurusantingkah laku dan disiplin di dalam kelas seperti kedudukan tempat duduk murid yang jauh dari guru. Susun atur peralatan seperti meja, kerusi, almari memainkan perananpenting dalam mewujudkan kelas yang kondusif dan mempunyai ruang untuk murid danguru bergerak. Selain itu, alat bahan mengajar yang dipamerkan hendaklah sentiasaditukar. 7.1 Ciri-ciri Tingkah Laku Bermasalah 7.1.1 Tingkah Laku Positif Tingkah laku positif merupakan tingkah laku kanak-kanak merupakan tingkahlaku yang baik untuk perkembangan mereka kerana dengan adanya tingkah laku ini,kanak-kanak akan lebih bersemangat untuk melibatkan diri dalam aktiviti pengajarand a n p e m b e l a j a r a n . S i k a p i n g i n t a h u k a n a k - k a n a k a k a n m e m b a n t u g u r u d a l a m meransang pemikiran kanak-kanak dan penting dalam perkembangan kognitif mereka.Dengan sikap ingin tahu kanak -kanak ini, guru dapat membina aktiviti yang lebih melibatkan penerokaan kerana pada tahap ini, kanak-kanak akan suka pada aktivitiseperti ini.Kanak-kanak yang cepat belajar juga merupakan tingkah laku yang positif kerana akan memudahkan guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas. Ini kerana, guru tidak perlu melakukan proses pemulihan sekiranya kanak-kanak cepat belajar. Guru

Cuma perlu fikirkan aktiviti pengayaan uantuk kanak -kanaktersebut. Kanakkanak yang proaktif juga merupakan tingkah laku positif. Kanak-kanakproaktif berbeza dengan kanak -kanak hyperaktif. Ini kerana kanak -kanak proaktif merupakan kanak-kanak yang suka melibatkan diri pada aktiviti, suka bermain dan lebihmudah dikawal oleh guru. Kanak -kanak pintar cerdas jarang dijumpai namun jikaterdapat kanak-kanak seperti ini, guru harus pandai memberikan aktiviti yang menarikagar mereka tidak mudah bosan. 7.1.2 Tingkah Laku Negatif Tingkah laku negatif pula merupakan tingkah laku yang mampu memberikanmasalah dan mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas. Inikerana tingkah laku negatif bukan sahaja kanak-kanak yang suka mengganggu rakanlain malah kanak-kanak yang seriang memberontak dalam kelas merupakan contohkanak-kanak yang mempunyai tingkah laku negatif. Tingkah laku distruktif merupakantingkah laku kanak-kanak iaitu permusuhan nyata iaitu kanak-kanak yang seringmenunjukkan tingkah laku fisikal atau pun lisan yang bertujuan menyakiti seseorang.Contohnya, seorang murid sedang beratur untuk dapatkan makanan tiba-tiba seorangmurid yang lain, memotong barisan tersebut.Selain itu juga, vandalisme juga merupakan ciri-ciri tingkah laku distruktif. Bagikanak-kanak yang mempunyai tingkah laku distruptif pula, kanak-kanak ini biasanyamempunyai ciri-ciri hyperaktif, suka membuat bising dan agresif. Kanak-kanak yangmempunyai tingkah laku distruptif merupakan kanak-kanak yang suka bergerak, sukaketawa dengan kuat dan sering menunjukkan tingkah laku agresif kepada rakan-rakanyang lain. Tingkah laku bergantungan pula merupakan kanak-kanak yang seringmengalami emosi kebimbangan, pergantungan berlebihan dan mempunyai nilai kendiriyang rendah. Kanak-kanak ini biasanya sering bergantung pada orang lain dalam apa juga aktiviti yang dijalankan. Kanak-kanak yang terlalu pemalu juga merupakan kanak-kanak yang mempunyai tingkah laku pergantungan. 7.2 Jenis-jenis Tingkah Laku Bermasalah a)Hiperaktif Hiperaktif adalah tingkah laku yang menunjukkan tingkah laku kurang tumpuaniaitu tidak selari dengan tahap perkembangan mereka. Kanak-kanak hiperaktif jugamudah lupa dengan aktiviti harian mereka dan lalai dalam membuat tugasan. Maka,mereka sukar untuk mengikut arahan dan gagal menyudahkan kerja sekolah. b)Agresif Tingkah laku bermasalah jenis agresif dapat dikenal pasti apabila terdapatbeberapa perubahan pada individu. Antaranya seperti tidak dapat tidur

malam danmimpi ngeri, perasaan takut yang amat sangat dan tingkah laku agresif. Selain itu,kanak-kanak ini juga akan cepat naik marah, tidak sabar menunggu giliran dan tidakmenerima teguran atau komen orang lain. Kanak-kanak ini juga sering melawan danmenganggap dirinya adalah yang terbaik. c)Separation Anxiety Tingkah laku ini juga dikenali sebagai kebimbangan. Tingkah laku ini dapatditunjukkan melalui perasaan kurang senang atau takut akibat andaian bahawa sesuatuyang tidak diingini akan berlaku. Perkara ini terjadi akibat daripada pengalaman emosiyang tidak menggembirakan yang pernah dialami oleh seseorang. d)Overdependency Tingkah laku overdependency adalah tingkah laku yang sering bergantungkepada orang lain. Kanak-kanak seperti ini tidak mampu untuk membuat keputusansendiri kerana memilik pendirian yang kurang tegas dan tiada tujuan. Perkara ini terjadikerana kanak-kanak mendapat perlindungan yang terlalu melampau dan sering kalidimanjakan. Ini menyebabkan kanak-kanak itu menjadi kurang yakin. Mereka akansering bimbang dan tertekan jika tiada pertolongan diberikan. e)W ithdrawal Withdrawal atau pengasingan diri adalah tingkah laku yang suka menjauhkan diridaripada orang lain yang kurang disenangi. Tingkah laku yang ditunjukkan ini dijadikansebab untuk membela diri supaya dapat elakkan diri daripada berkomunikasi denganorang lain. 8.0 KEPENTINGAN MENGURUS TINGKAH LAKU Tingkah laku terpuji penting bagi melahirkan pelajar yang bersifat sanggupmelaksanakan tanggungjawab pada diri, keluarga, institusi dan Negara. Tanpa tingkahl a k u t e r p u j i d a l a m d i r i p e l a j a r t i d a k m u n g k i n m e r e k a s a n g g u p m e l a k s a n a k a n tanggungjawab diri sebdiri. Mereka lebih rela melakukan kesalahan berbanding melakukan perbuatan baik kerana bagi mereka, tiada faedahnya mereka melakukankebaikan.Tingkah laku terpuji penting bagi mewujudkan suasana tenang dan kondusif dalam bilik darjah supaya proses pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakandengan licin, berkesan, dan penuh ceria. Apabila pelajar yang bermasa lah daripadasegi disiplin ini tidak wujud dalam kelas, tidak ada pelajar yang membuat bising danmengganggu pelajar lain belajar.Guru juga tidak perlu meninggikan suara ataupun bercakap kasar dengan pelajar disebabakan berbagai-bagai masalah sebalaiknya pelajar sendiri sudah memahamiperaturan-peraturan yang telah ditetapkan. Justeru, hubungan antara guru dan pelajar dapat diperbaiki dan kemesraan dapat diwujudkan, di sadapat berubah.mping minatbagi menimba ilmu dapat dipertingkatkan.Para pelajar

menjadi lebih tekun dan produktif apabila mereka mempunyai tingkah laku terpuji. Apabila mereka mengikut didiplin yang telah ditetapkan, jadualmereka dan tingkah laku mereka dapat berubah. Mereka dapat melakukan sesuatuperkara secara sistematik dan mengikut laluan yang betul tanpa menyalahi undang-undang. Mereka dapat menjadi lebih produktif lagi dalam menghasilkan idea yangmenarik dalam pelbagai bidang terutamanya dalam bidang kemahiran.Masa dapat dijimatkan kerana segala tugasan dapat disiapkan dalam tempohmasa yang lebih singkat. Disiplin diri yang tinggi membentuk mereka menepati masadan tidak membuang masa dengan perkara -perkara yang tidak perlu dilakukan.Sebagaimana yang kita tahu, pelajar kini lebih banyak melakukan tingkah laku bermasalah sehingga hilang pegangan dan hala tuju.Pembangunan tingkah laku terpuji yang tinggi dalam kalangan pelajar mampumelatih pelajar dengan dengan nilai-nilai murni seperti kepatuhan, tanggungjawab,kasih saying, berkerjasama, cintakan kebersihan dan hormat menghormati. Oleh itu,dengan mematuhi disiplin, pelajar sentiasa ingat dan menanamkan sifat-sifat yang baikdalam diri dan membuang sifat-sifat negatif yang tidak perlu ada dalam diri mereka. 9.0 PENAKSIRAN TINGKAH LAKU Bagi kanak-kanak yang dikenalpasti mempunyai masalah tingkah l a k u , pemerhatian akan dilaksanakan untuk mengetahui situasi sebenar kanak-kanaktersebut secara semula jadi. Ia dilakukan secara tidak disedari supaya kanak-kanaktidak berpura -pura di mana fokus pemerhatian adalah untuk mengetahui tahap kefungsian kanak-kanak secara semula jadi tanpa diganggu oleh faktor-faktor lain.Penilaian boleh dibuat semasa individu terlibat dalam aktiviti-aktiviti hariannya sepertib e r m a i n , b e k e r j a d a l a m k u m p u l a n d a n p e n g l i b a t a n n y a d a l a m a k t i v i t i s e c a r a berkumpulan dan sebagainya.David Lambert dan David Lines 2000. Penaksiran adalah proses pengumpulan,menterjemah, merekod dan menggunakan maklumat mengenai respon pelajar kepadatugas pendidikan. Gearheat 1990, penaksiran adalah proses yang melibatkanpengumpulan dan penterjemahan secara saintif ik sesuatu maklumat yang luasberdasarkan keputusan intervensi dan apabila bersesuaian, keputusan klasfikasi danp e n e n m p a t a n . M e n u r u t S a l v i a d a n Y s s e l d y 1 9 7 8 . P e n a k s i r a n a d a l a h p r o s e s pengumpulan data dengan tujuan mengenalpasti dan mengesan masalah pelajar danmembuat keputusan megenai pelajar.Menurut Bailey dan Woldery 1992. Penaksiran adalah suatu proses mengumpulmaklumat bagi tujuan membuat keputusan . Mc Cluhen 1994. Penaksiran kanak-kanakkhas ialah proses sistematik mengumpul maklumat yang relevan bertujuan membuatkeputusan pembelajaran dan perundangan yang berkaitan dengan peruntukanperkhidmatan khas. Penaksiran pembelajaran juga meliputi usaha

memahami masalahpembelajaran pelajar dan faktor-faktor yg memberi kesan kepada pencapaian sekolahdan perkembangan diri murid dari berbagai peringkat umur.Terdapat beberapa kaedah atau teknik yang boleh digunakan oleh pemerhatibagi merekod tingkah laku murid. Antaranya adalah time-sampling, event/ frequencyrecording, duration recording, interval recording, senarai s emak, rekod anekdot dansekil kadar.

i.Perekodan Peristiwa Perekodan peristiwa atau perekodan kekerapan bermaksud jumlah sesuatutingkah laku diperhatikan dalam tempoh masa yang telah diberikan direkod. Contohnya jumlah berapa kali seorang murid bercakap-cakap dengan kawan semasa waktu matapelajaran Bahasa Malaysia selama 30 minit. Kita boleh merekod tingkah laku muridberasaskan kekerapan sebenar, kadar kejadian atau kejadian tersebut dalam peratuspeluang sedia ada. Contohnya, Ali telah mengangkat tangan sebelum menjawab soalanguru hanya sekali dalam waktu mata pelajaran Bahasa Malaysia selama 30 minit ataukita boleh merekod sebagai Ali mengangkat tangannya 0.5 per 15 minit atau Alimengangkat tangannya sebanyak 5% daripada peluang sedia ada untuk menjawabsoalan guru (sekiranya guru telah menyoal sejumlah 20 soalan dalam kelas itu danmurid semua termasuk Ali boleh sukarela mengangkat tangan untuk menjawab soalanguru). i) Lembaran data yang ringkas Lembaran Data Perekodan Peristiwa atau Kekerapan (Event / Frequency Recording Data Sheet) Tarikh Penilai Nama Murid Kelas Pemerhatian : Tingkah Laku Murid Kekerapan Kejadian Mengangkat tangan / untuk menjawab soalan. Bercakap sewaktu // guru sedang mengajar. Jumlah 1 Masa 30 minit Ulasan Tambahan Kelas pada waktu pagi (8.40pg 9.10pg) semasa sesi bercerita Gagak yang Haus. : 20 Ogos 2012 : Pn. Mastura Bt. Ayub : Atiqah Bt MMansor : 2 Bestari

ii) Lembaran data kekerapan untuk merekod tingkah laku sasaran Lembaran Data Perekodan Peristiwa atau Kekerapan (Event / Frequency Recording Data Sheet) Nama Murid Tarikh Lahir Kelas Penilai Difinisi Tingkah Laku Yang Direkod Tarikh Jumlah Kekerapan Tarikh/Masa 1 Isnin Selasa Rabu Khamis jumaat 2 3 : Siti Nurain Bt Salleh : 20 Jun 2004 : 2 Bestari : En. Aziz Jantan : Bertanya Soalan. : Ogos 2012 : 4 5 6 7 8 9 10

ii. Rekod Anekdot Rekod anekdot adalah penulisan yang ringkas, tepat dan padat mengenaiperistiwa dan perubahan yang signifikan yang berlaku pada seseorang murid. Guruboleh menerangkan peristiwa tingkah laku atau insiden dengan perkataan atau gambar.Oleh itu, guru perlu sediakan buku kecil atau helaian kertas yang diletakkan di tempatyang mudah dicapai. Maklumat yang

perlu ada dalam rekod anekdot adalah namakanak-kanak, tarikh, masa, tempat, peristiwa yang berlaku. Ulasan guru dan tindakanguru. Guru dapat mengambil tindakan susulan yang sesuai bagi membantu murid itu. Kegunaan rekod anekdot: Bagi merekod tingkah laku kanak-kanak yang khusus bagi tujuan perancanganaktiviti individu dan bagi kes konferensi. Kebaikan rekod anekdot: Pemerhati tidak memerlukan sebarang latihan bagi membuat rekod ini. Pemerhatian ini terbuka(tiada penutup. Pemerhati mencatatkan apa sahaja yangbeliau dapat saksikan dan tidak terhad kepada sejenis tingkah laku ataupuncatatan. Pemerhati boleh mencatat apa sahaja kejadian yang tidak diduga tidak kira dimana ia berlaku kerana pemerhati hanya perlu mencatatkannya kemudian. Pemerhati hanya perlu mencatat tingkah laku yang diperlukan sahaj danmelupakan perkara atau tingkah laku lain.

Keburukan rekod anekdot: Rekod ini tidak memberi gambaran yang lengkap kerana ia hanya merekodkankejadian yang diperlukan oleh pemerhati sahaja. Ketetapan rekod ini sangat bergantung pada ingatan pemerhati kerana rekod inidibuat selepas kejadian itu berlaku. Selalunya catatan atau rekod adalah kurangmendalam. Kejadian mungkin berlaku diluar konteks dan ini menyebabkan interpretasikurang tepat ataupun digunakan secara berat sebelah. Sukar direkod atau dianalisis dan tidak sesuai digunakan dalam kajian saintifik. Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Borang Rekod Anekdot Pemerhati : .............................................................................. Tarikh pemerhatian Masa pemerhatian Nama pelajar : .............................................................................. : .............................................................................. : ..............................................................................

Penerangan tentang kejadian : ............................................................................................................................................ ............................................................................................................................................ ............................................................................................................................................ ............................................................................................................................................

Penerangan tentang lokasi/ latar belakang kejadian : ............................................................................................................................................ ............................................................................................................................................ Nota, cadangan dan langkah : ............................................................................................................................................ ............................................................................................................................................

Tandatangan : ........................................

iii.Persampelan masa Rekod persampelan masa ini digunakan bagi mencatat pemerhatian ke atastingkah laku kanakkanak dalam satu jangka masa. Guru mengenal pasti kanak-kanakyang akan diperhatikan dalam satu tempoh masa. Pemerhatian akan dibahagikankepada beberapa segmen masa dan kekerapan berlakunya tingkah laku itu dicatatsecara berterusan dan ambil tindakan. Tingkah laku yang hendak direkod ini perlunyata dan kerap dilakukan sekurang-kurangnya sekali dalam masa 15 minit. Kebaikan rekod persampelan masa: Menjimatkan masa. Memberi maklumat berkenaanjangka masa tingkah laku itu berlaku. Maklumat kualitatif ini sesuai bagi analisis menggunakan statistic. Lebih objektif dan terkawal kerana tingkah laku adalah nyata dan terhad.

Pemerhati dapat mengumpul data berkenaan beberapa orang kanak-kanakataupun beberapa jenis tingkah laku secara serentak. Keburukan rekod persampelan masa: Ia merekod tingkah laku yang sudah ditetapkan sahaja dan mungkin akantertinggal tingkah laku yang berguna. Ia hanya merekod bila dan kekerapan tingkah laku itu berlaku sahaja. Catatanberkenaan tingkah laku, sebab-sebab dan keputusan ia dilakukan tidakdinyatakan. Ini menyebabkan penilaian menjadi berat sebelah Lembaran Data Persampelan Masa Nama Murid : Mior bin Kamaruddin Laila Syakira binti Yasin Purnama Dewi a/p Balakrishnan Persekitaran :Bahasa Melayu Tingkah Laku Sasaran : Mengangkat tangan Masa Mula :8.40 pagi Masa Tamat : 9.40 pagi Tarikh : 20 Ogos 2012

Sela masa Nama Mior Laila Pumama

1 8.4 0 + +

2 8.4 5 + -

3 8.5 0 +

4 8.5 5 + -

5 9.0 0 + + -

6 9.0 5 +

7 9.1 0 + -

8 9.1 5 + + -

9 9.2 0 +

10 9.2 5 + -

11 9.3 0 + -

12 9.3 5 + -

13 9.4 0 +

Petunjuk :

+ (Tingkah laku sasaran ditunjukkan) - (Tingkah laku sasaran tidak ditunjukkan)

Ringkasan Pemerhatian : a . M i o r Jumlah Interval Selaan di mana tingkah laku ditunjukkan Peratus tingkah laku sasaran ditunjukkan

: 13 : 6 : 50%

Selaan di mana tingkah laku tidak ditunjukkan Peratus tingkah laku sasaran tidak ditunjukkan b.Laila Jumlah Interval Selaan di mana tingkah laku ditunjukkan Peratus tingkah laku sasaran ditunjukkan Selaan di mana tingkah laku tidak ditunjukkan Peratus tingkah laku sasaran tidak ditunjukkan c . D e w i Jumlah Interval Selaan di mana tingkah laku ditunjukkan Peratus tingkah laku sasaran ditunjukkan Selaan di mana tingkah laku tidak ditunjukkan Peratus tingkah laku sasaran tidak ditunjukkan

:6 : 50%

: 13 : 5 : 42% :7 : 58%

: 13 :4 :33% :8 : 67%

Rumusan: Dewi hanya melakukan tugasan yang diberi sebanyak 4 kali dalam tempoh masa sejam itu. iv.Senarai semak: Walaubagaimanapun pemerhatian adalah lebih bermakna apabila guru dapatmengaitkan perubahan tingkah laku kanak-kanak dengan hasil pembelajaran sepertiyang telah ditetapkan. Oleh itu, guru boleh menyediakan satu senarai hasilpembelajaran dan digunakan sebagai alat atau instrument semakan semasa membuatpemerhatian untuk setiap murid. Senarai hasil pembelajaran hendaklah mengambil kiradomain kognitif, afektif dan psikomotor.Senarai semak ini dapat menyatakan samada murid boleh atau tidak boleh,mencapai atau tidak mencapai hasil pembelajaran yang diingini. Gambaran yangdiperoleh ini tidak jelas bagi menggambarkan pencapaian murid itu. Ada juga dalamkalangan guru menggunakan skala pengelasan iaitu belum menguasai, baik,cemerlang bagi memberi gambaran yang lebih jelas berkenaan pencapaian murid itu.