Anda di halaman 1dari 60

1

BAB I

PENGENALAN

Bab ini menerangkan tentang latar belakang projek, penyataan masalah, objektif,
dan skop projek.

1.1 Latar Belakang Projek

Projek Topi Keselamatan Dengan Sistem Pengudaraan Dan Komunikasi Separa


Hala (SHeVCs) adalah gabungan dua sistem pada sebuah topi keselamatan iaitu sistem
pengudaraan dan sistem komunikasi.

Sistem pengudaraan beroperasi menggunakan pengesan suhu dengan


memaparkan bacaan semasa suhu tersebut melalui paparan 7-segmen. Apabila pengguna
berada pada suhu melebihi 35˚C maka pengesan suhu akan menghantar isyarat kepada
2

pengawal mikro dan selepas isyarat diproses kemudian isyarat dihantar kepada kipas
penyejuk untuk mengaktifkanya.

Sistem komunikasi pula menggunakan sistem radio frekuensi (RF) dengan


kaedah separa hala. Ianya disambung pada alat perlindungan telinga (earmuff) bagi
membolehkan pengguna berkomunikasi antara satu sama lain walaupun berada dalam
kawasan gangguan atau pencemaran bunyi yang tinggi.

Kemajuan utama dalam projek ini adalah peranti komunikasi disambung terus
pada alat perlindungan telinga (ear muff) yang dipasang di bahagian tepi topi
keselamatan dan sistem pengudaraan topi keselamatan menggunakan PIC yang
mengendalikan kipas penyejuk secara automatik apabila suhu mencecah 35˚C .

1.2 Pernyataan Masalah

Keselamatan adalah satu perkara yang amat ditekankan di dalam sektor


perindustrian sehinggakan mewajibkan pemakaian topi keselamatan dan alat
perlindungan telinga di sesetengah kawasan. Salah satu faktor utama yang menyumbang
kepada keselamatan adalah keselesaan bekerja.

Keselesaan pekerja adalah satu perkara yang dipandang serius oleh pihak
majikan. Bekerja di bawah panas terik dan bersuhu tinggi boleh menjejaskan tumpuan
pekerja dan akan mempengaruhi mutu penghasilan kerja. Rekabentuk topi keselamatan
tanpa sistem pengudaraan adalah punca utama kepada masalah ini.

Selain itu, komunikasi juga adalah satu perkara penting dalam bidang
perindustrian, masalah akan timbul apabila berada dalam suasana bising dengan bunyi
3

mesin dan jentera berat. Apabila komunikasi tidak dapat dijalankan dengan baik kerja-
kerja menjadi rumit dan sukar hingga boleh mendatangkan kesan buruk seperti
kemalangan yang akhirnya akan merugikan banyak pihak. Oleh yang demikian, projek
Topi Keselamatan Dengan Sistem Pengudaraan Dan Komunikasi Separa Hala atau
SHeVCs dicipta bagi mengatasi dan mengurangkan masalah ini.

1.3 Objektif

Tujuan utama projek ini dibina adalah untuk menyediakan sebuah prototaip topi
keselamatan yang dilengkapi dengan sistem pengudaraan dan sistem komunikasi.
Diantara objektif lain projek ini adalah bagi :

i. Mereka bentuk sebuah prototaip topi keselamatan dengan


menggabungkan sistem pengudaraan dan sistem komunikasi separa hala
tidak serentak.

ii. Membangunkan sistem pengudaraan di dalam topi keselamatan yang


menjamin keselesaan para pekerja.

iii. Menyediakan sistem komunikasi yang digabung pada topi keselamatan


untuk para pekerja berhubung di antara satu sama lain.
4

1.4 Skop Projek

Skop projek terbahagi kepada dua sistem utama seperti berikut :

i. Sistem Pengudaraan

1. Prototaip ini untuk penggunaan ketika keadaan cuaca cerah dan


tidak hujan sahaja.

2. Sistem pengudaraan hanya akan berfungsi apabila suhu mencapai


35˚C dan ke atas.

ii. Sistem Komunikasi

1. Hasil projek adalah untuk penggunaan di kawasan perindustrian


yang mempunyai gangguan komunikasi atau pencemaran bunyi
daripada jentera berat.

2. Sistem komunikasi menggunakan transmisi separa hala


berfrekuensi 51 MHz bagi jarak komunikasi lebih kurang 1.5
meter.
5

1.5 Struktur Tesis

Projek ini telah dijalankan berdasarkan kepada idea, kajian terhadap konsep asas
projek, carta alir aktiviti projek dan akhirnya kepada hasil dan analisis projek. Tesis ini
mempunyai lima bahagian utama.

Bahagian utama menerangkan tentang latar belakang projek, membincangkan


tentang penyataan permasalahan dan konsep asas projek serta objektif projek ini
dijalankan dan skop projek.

Manakala bahagian kedua menerangkan tentang kajian ilmiah yang berkaitan


dengan sistem-sistem yang digunakan serta perbandingan dengan projek sedia ada yang
menggunakan konsep yang hampir sama.

Pada bahagian ketiga pula membincangkan berkenaan carta alir aktiviti


sepanjang perlaksaan projek, keperluan projek dan gambarajah blok projek. Carta gantt
projek terdapat dalam LAMPIRAN C dan LAMPIRAN D.

Bahagian keempat menerangkan hasil projek yang diperolehi dan dapatan


analisis yang dijalankan keatas projek tersebut.

Pada bahagian terakhir iaitu bahagian keempat menceritakan kesimpulan di atas


kajian, hasil dan analisis projek serta cadangan untuk penambahbaikan projek di masa
hadapan.
6

BAB II

KAJIAN ILMIAH

Bab ini membincangkan tentang kajian yang telah dijalankan sebelum projek ini
didirikan, ianya merangkumi perkakasan dan perisian yang diperlukan. Komponen yang
baik perlu digunakan dalam projek bagi menghasilkan produk yang bermutu. Bagi
menjalankan projek ini, banyak pengetahuan yang diperlukan untuk menjayakannya.
Projek ini terbahagi kepada dua sistem utama iaitu sistem pengudaraan menggunakan
pengawal mikro dan sistem komunikasi menggunakan frekuensi radio.

2.1 Sistem Pengudaraan

Sistem pengudaraan didirikan dengan litar pengawal mikro. Pengawal mikro


diperlukan didalam projek ini untuk memprogramkan arahan seperti yang dirancang.
Pengawal mikro juga berfungsi sebagai jantung kepada sistem ini.
7

2.1.1 Pengenalan kepada Pengawal Mikro

Semasa teknologi elektronik pesat membangun, pengawal yang mempunyai saiz


yang besar serta berat telah dibina menggunakan komponen-komponen logik. Selepas
terciptanya mikropemproses, proses mengecilkan pengawal terus ditingkatkan dari masa
ke semasa dan akhirnya keseluruhan pengawal telah dicantumkan di dalam papan litar
yang kecil.Semua komponen-komponen yang berkaitan dengan pengawal telah
disatukan di dalam satu cip sahaja. Maka lahirlah pengawal mikro dalm satu cip litar
bersepadu[1]. Rajah 2.1 menunjukkan sistem asas pengawal mikro yang terdapat dalam
satu papan litar yang kecil.

Pengawal Mikro
EEPROM
ROM

RAM

Teras Siri I/O


Masukan Analog masuk/keluar siri
A

CPU masuk/keluar selari


Selari I/O

Pemasa
Penapis
PWM
Isyarat
Keluaran
Digital PWM

Rajah 2.1 : Sistem Asas Pengawal Mikro


Pengawal mikro merupakan cip yang boleh menyimpan pelbagai maklumat
komunikasi, pengukuran masa, suis kawalan hidup dan mati dan juga boleh
melaksanakan pelbagai perkara bergantung kepada jenisnya. Cip ini mengandungi
elemen seperti sebuah komputer kecil. Ia merupakan unit pemproses pusat (CPU),
program ingatan (ROM), data ingatan (RAM) serta pin masukan dan pin keluaran (I/O
ports).
8

Pengawal mikro boleh mengawal mesin, peralatan elektrik dan mengawal


pelbagai peralatan yang lain. Pelbagai suruhan ingatan boleh ditulis pada pengawal
mikro untuk mengawal pelbagai peralatan. Ia boleh didapati hampir setiap tempat seperti
di kereta, televisyen, pemain cakera padat, mesin panggilan telefon, pencetak laser,
ketuhar gelombang mikro, robot, laluan pengangkut, pengering rambut, alat permainan
dan sebagainya.

2.1.2 Pengawal Mikro PIC

PIC merupakan cip pengawal mikro yang direka untuk kegunaan memprogram
arahan dengan mudah. Untuk menjalankan peralatan PIC yang ringkas hanya
memerlukan rintangan tunggal dan pemuat untuk menambahkan pin ayunan jam. Selain
daripada itu, ia diaktifkan pada kedudukan asal. Ini merupakan salah satu kelebihan
utama komponen PIC berbanding pengawal mikro yang lain.

PIC merupakan komponen yang menggunakan arus yang rendah, hanya kurang
daripada 2mA untuk mengayunkan jam dengan frekuensi 4MHz. Voltan bekalan asas di
antara 2.5V dan 6.25V.

PIC mempunyai pembendaharaan kata dengan 33 suruhan asas yang berbeza.


Ini merupakan nombor kecil berbanding dengan mikropemproses asas, dan ia dikenali
sebagai “Reduce Instruction Set”. PIC mempunyai beberapa suruhan yang membolehkan
CPU beroperasi dengan laju daripada sebaliknya. Ianya beroperasi lebih laju daripada
operasi yang sama dibuat dalam satu suruhan dengan pemproses biasa.

Teknologi Mikrocip bagi bahagian pengawal mikro dikenali sebagai cip PIC
9

(Peripheral Interface Controller). Secara amnya, PIC ini bermaksud Pengawal


Antaramuka Boleh Program. Ia direkabentuk untuk keperluan penggunaan dengan
pencapaian yang tinggi dan kos yang rendah.

2.1.3 Pengawal Mikro 16F877A

Pengawal mikro 16F877A mempunyai masukan dan keluaran yang banyak untuk
pelbagai kegunaan. Ianya beroperasi pada voltan 5 V berserta pengayun hablur (crystal
oscillator) 20MHz dan 2 unit kapasitor bernialai 22pF. Terdapat 40 pin dan 5 bahagian
yang boleh dijadikan sebagai masukan ataupun keluaran serta mempunyai 368 bytes
ingatan capaian rawak (RAM). Selain itu, pengawal mikro juga mempunyai kemampuan
untuk menyimpan aturcara serta mudah diaturcara dengan menggunakan bahasa
penghimpun. Antara kelebihan yang ada pada pengawal mikro 16F877A adalah
berkeupayaan menyimpan dan mengubah program yang dimasukkan lebih dari 10,000
kali. Rajah 2.2 menunjukkan senibina pengawal mikro 16F877A yang digunakan dalam
membangunkan SHeVCs.

Rajah 2.2 : Gambarajah Pengawal Mikro 16F877A


10

2.1.4 Kelebihan Pengawal Mikro PIC

Terdapat banyak lagi kelebihan PIC yang menjadi sebab utama sistem ini terus
berkembang pesat dalam bidang teknologi elektronik hari ini. Jadual 2.1 menyenaraikan
beberapa kelebihan cip PIC.

Jadual 2.1 : Kelebihan Pengawal Mikro PIC

PIC ini adalah pengawal mikro 8-bit berasaskan senibina Harvard –


ianya mengasingkan bas dalaman untuk ingatan dan data. Oleh itu,
Kecekapan kadar kenaikan akan sekaligus memberi laluan masuk kepada kedua-
Kod duanya iaitu data dan ingatan program. Pengawal mikro lebih
cenderung untuk memiliki satu bas dalaman yang mengawal kedua-
dua data dan program.
Kesemua arahan sesuai untuk 12 atau 14 bit program ingatan
Keselamatan
perkataan.

PIC mempunyai kebolehan pacuan yang tinggi dan boleh secara terus
Kebolehan memacu LED, Triak dan sebagainya. Hanya pin masukan/keluaran (
Pacuan I/O pin ) yang boleh membawa arus sebanyak 25mA untuk pot 8 bit
100mA.
Operasi PIC adalah sepenuhnya mikropemproses statik dengan kata lain jika
Statik memberhentikan jam, kesemua kandungan pendaftar akan kekal.
PIC mempunyai 4 pembahagian dalaman yang bersambung di antara
pengayun dan jam bas dalaman. Ini membuatkan masa arahan menjadi
mudah untuk dikira, terutama jika menggunakan Kristal 4MHz. Setiap
Kelajuan kitar arahan dapat diselesaikan dalam masa 1µ s. PIC bekerja dengan
sangat laju sebagai contoh seperti Kristal 2MHz mempunyai tahap
menerusi program dengan 5 juta arahan sesaat. Hampir dua kali ganda
kelajuan 386 SX 33.
2.1.5 Cara Memprogramkan PIC
11

Rajah 2.2 menunjukkan langkah-langkah memprogramkan PIC yang belum


diprogramkan sehingga pengujian PIC dalam litar sebenar dilakukan.

(a) (b) (c)

(f) (e) (d)

Rajah 2.3 : Langkah-langkah Memprogramkan PIC


(a) PIC yang belum diprogramkan ; (b) Menulis aturcara dalam komputer;
(c) PIC diprogramkan dalam komputer ; (d) Uji aturcara dalam komputer;
(e) Memasukkan program ke dalam PIC ; (f) Uji PIC dalam litar sebenar.
DC

2.2 Sistem Komunikasi

Sistem perhubungan tanpa wayar adalah satu sistem dimana isyarat audio
ditukarkan kedalam bentuk isyarat radio, kemudian isyarat radio tersebut dihantar
melalui udara daripada litar penghantar kepada litar penerima dalam julat frekuensi yang
tertentu. Litar penerima akan menerima isyarat yang sama seperti isyarat pada litar
penghantar, kemudian isyarat radio itu akan ditukar kembali kepada isyarat audio.
12

Sistem perhubungan tanpa wayar tidak boleh berkongsi frekuensi dengan sistem yang
lain kerana ianya akan menyebabkan berlakunya gangguan isyarat yang dipanggil
’interference’.

Antenna

Litar Litar Pembesar


Mikrofon
Penghantar Penerima Suara

Isyarat Audio Isyarat Radio Isyarat Audio

Rajah 2.4: Blok Sistem Komunikasi Tanpa Wayar

2.2.1 Litar Penghantar

Penghantar Isyarat Amplitud Modulasi (AM) boleh dibahagikan kepada dua


bahagian utama mengikut frekuensi yang beroperasi, iaitu unit frekuensi-audio (AF) dan
frekuensi-radio (RF). Penguat audio bertindak untuk menguatkan isyarat audio rendah
yang dihasilkan daripada mikrofon. Bahagian RF oscillator pada litar penghantar
digunakan untuk menghasilkan gelombang pembawa RF.

Seperti yang ditunjukkan dalam rajah 2.5, frekuensi pembawa berasal di dalam
bahagian oscillator dimana ianya mengendalikan gelombang sinus frekuensi dan
amplitud tetap. Modulator adalah proses untuk mengabungkan isyarat pembawa dan
isyarat audio untuk menghasilkan isyarat termodulat.
Isyarat yang terhasil masih tidak cukup kuat untuk dihantar melalui antenna yang
memerlukan kuasa yang tinggi untuk menghantar isyarat, jadi ianya memerlukan satu
lagi bahagian penguat untuk meninggikan isyarat pada nilai yang diperlukan.
13

Antena

Isyarat Penguat
Modulator Penguat
Audio Audio

RF
Oscillator

Rajah 2.5: Rajah Blok Litar Penghantar Isyarat

2.2.2 Litar Penerima

Litar penerima adalah peranti atau sistem untuk menukar isyarat gelombang
elektromagnetik yang diterima, ke dalam bentuk maklumat asal seperti yang terdapat
pada litar penghantar. Isyarat yang diterima akan ditapis terdahulu oleh litar penerima,
dan segala isyarat yang terganggu dan hingar akan dibuang. Sebab itu isyarat yang telah
ditapis perlu dikuatkan kembali oleh penguat.

Selepas proses penguatan isyarat, litar pengesan pula diperlukan. Ia juga dikenali
sebagai demodulator, ia berfungsi untuk demodulatkan isyarat yang diterima. Apabila
proses demodulat telah selesai satu lagi penguat audio diperlukan untuk memastikan
kuasa yang mencukupi dibekalkan kepada pembesar suara.

Turutan litar penerima ditunjukkan di rajah 2.6, litar penerima berlawanan


dengan turutan litar penghantar, yang mana ia bermula dengan antenna, penguat RF,
pengesan atau demodulator dan penguat audio sebelum audio dipancarkan oleh
pembesar suara.
14

Antena

Penguat RF Demodulator Penguat Pembesar


Audio Suara

Rajah 2.6: Rajah Blok Litar Penerima Isyarat

2.2.3 Perambatan Radio Sebagai Media Penghantar Isyarat

Konsep penggunaan perambatan radio sebagai media untuk menghantar


isyarat dalam sesebuah sistem perhubungan tanpa wayar telah banyak digunakan dengan
meluas. Ini kerana kaedah perambatan radio frekuensi memberi peranan yang cukup
penting dalam kehidupan masa kini. Terdapat dua bentuk perambatan radio yang
biasa digunakan. Pertama dikenali sebagai gelombang mikro dan satu lagi ialah
perambatan frequensi radio.

Perambatan setiap gelombang dinamakan sebagai gelombang mikro apabila julat


spektrum yang digunakan ialah melebihi julat 300MHz manakala untuk julat yang
kurang daripada 300MHz itu, perambatan adalah dalam julat frequensi radio[1].
Tetapi pada asasnya kedua-dua bentuk media perambatan ini adalah sama.
Isyarat televisyen dipancarkan ke seluruh dunia menggunakan perantara satelit turut
menggunakan gelombang mikro sebagai media penghantaran.

Selain daripada itu perambatan radio digunakan dalam aktiviti ketenteraan


untuk meninjau, panduan, pengawalan komunikasi selain daripada mengenalpasti bentuk
15

serangan musuh seperti kapal selam. Dalam pada itu juga penggunaan radio dalam
aplikasi lain adalah seperti sistem komunikasi, radar, astronomi dan penerokaan
angkasa lepas selain daripada penggunaan untuk projek SHeVCs ini. Jadual 2.2
menunjukkan aplikasi dan jenis-jenis pemodulatan selain julat-julat frekuensi yang biasa
ditemui dalam penggunaan sistem frekuensi radio.

2.2.4 Kelebihan Frekuensi Radio

Penggunaan perambatan frequensi radio sebagai media penghantaran isyarat


dalam sistem perhubungan tanpa wayar ini mempunyai beberapa kelebihan. Antaranya
ialah:

i. Julat lulus jalur seketika yang besar dan sesuai untuk


penghantaran maklumat.

ii. Sesuai untuk kegunaan sistem radar, julat isyarat radar gelombang berterusan
yang tinggi dan lebih jelas dalam sistem pengimejan dan sensor.

iii. Mengurangkan dimensi pada antenna dan komponen-komponen yang lain.

iv. Mampu mengurangkan kewujudan interference yang mungkin berlaku


disebabkan operasi lain yang menggunakan operasi yang sama.

Jadual 2.2: Speksifikasi Frekuensi dan Aplikasinya[2]


16

Panjang
Nama Simbol Frekuensi Aplikasi
Gelombang
Perhubungan tanpa wayar
Frekuensi
SHF 3 - 30 GHz 1 cm - 10 cm dan satelit, perhubungan
Sangat Tinggi
gelombang mikro, satelit TV.
Gelombang pendek, radio
Frekuensi
HF 3 - 30 MHz 10 m - 100 m amartur, radio penyiaran
Tinggi
umum.
Frekuensi Penyiaran AM , tentera laut
300 - 3000
Sederhana MF 100 m - 1 km and komunikasi
kHz
Tinggi penerbangan.
Frekuensi Radio astronomi, pengesan
30 - 300
Teramat EHF 1 mm - 10 mm kawalan, sistem senjata,
GHz
Tinggi pengesan keselamatan tinggi.
Frekuensi 30 - 300 Penyiaran FM, penyiaran
VHF 1 m - 10 m
Sangat Tinggi MHz TV, GPR.
Frekuensi Penukaran audio kepada
10,000 km -
Teramat ELF 3 - 30 Hz suara secara terus,
100,000 km
Rendah komunikasi perkapalan.
Penukaran audio kepada
Frekuensi 300 - 3000 100 km - 1,000
ULF suara secara terus,
Ultra Rendah Hz km
komunikasi perlombongan.
Frekuensi Penukaran audio kepada
1,000 km -
Sederhana SLF 30 - 300 Hz suara secara terus,grid kuasa
10,000 km
Rendah AC (50 hz and 60 hz)
Penukaran audio kepada
Frekuensi suara secara terus,
VLF 3 - 30 kHz 10 km - 100 km
Sangat Rendah (bawah18-20 kHz; atau
"ultrasound" 20-30 kHz)
Penyiaran TV, telefon
Frekuensi 300 - 3000 mudah alih,rangkaian tanpa
UHF 10 cm - 100 cm
Ultra Tinggi MHz wayar, ketuhar gelombang
mikro,GPR.
Frekuensi 30 - 300 Penyiaran AM, frekuensi
LF 1 km - 10 km
Rendah kHz rendah
17

2.3 Kajian Terhadap Teknologi Sedia Ada di Pasaran

Hasil kajian berkaitan projek ini terhadap teknologi sedia ada, mendapati ada
beberapa teknologi yang menggunakan konsep yang sama dengan projek SHeVCs ini,
tetapi setiap teknologi pasti terdapat beberapa kelemahan-kelemahan yang tersendiri
yang perlu ditingkatkan untuk keselesaan yang lebih baik pada masa hadapan.

2.3.1 Penyejuk Topi Keledar / Topi Keselamatan

Sistem penyejuk topi ini telah dibangunkan oleh 50 Degree Company daripada
Melbourne, dimana ianya mampu mengekalkan suhu sejuk dan mengurangkan kadar
haba yang terdapat dalam topi keselamatan dan topi perlindungan kepala yang lain. Cool
Zone’s Controlled merupakan teknologi mengubah fasa suhu yang sesuai dari segi
rekabentuk dan fungsinya. Cool Zone adalah teknologi asal yang membuktikan
kebolehannya pada tahun 1996 dimana teknologi seperti ini belum muncul[6]. Rajah 2.6
menunjukkan gambarajah Penyejuk Topi Cool Zone’s

Rajah 2.7: Penyejuk Topi Cool Zone’s pada Topi Keselamatan


18

2.3.2 Sistem Komunikasi Helmet

Sistem komunikasi helmet ini telah dikilangkan oleh MSA The Safety Company
bertempat di utara Amerika. Sistem ini terdiri oleh peranti antaramuka radio yang
meningkatkan kemampuan pengguna untuk menerima dan menghantar maklumat
walaupun berada dalam suasana pencemaran bunyi yang kuat. Sistem ini mengandungi
mounted microphone dan ear speaker yang mudah dipasang pada topi keselamatan
industri dan topi tahan kebakaran bomba[7]. Rajah 2.7 menunjukkan rekabentuk
sistem komunikasi topi keselamatan.

Rajah 2.8: Rekabentuk Sistem Komunikasi Topi Keselamatan

2.4 Perbandingan diantara Produk Sedia Ada dengan Projek SHeVCs

Terdapat beberapa perbezaan diantara produk yang sedia ada digunakan sekarang
dengan projek SHeVCs yang akan dibangunkan ini. Jadual 2.3 menunjukkan perbezaan
sistem pengudaraan dan sistem komunikasi projek ini dengan produk yang telah sedia
ada di pasaran.
19

Jadual 2.3 : Perbezaan Projek SHeVCs Berbanding Produk Sedia Ada di Pasaran

Produk Sedia Ada Projek SHeVCs


Penyejuk Topi Keselamatan Sistem Pengudaraan SHeVCs

• Sentiasa beroperasi walaupun • Hanya beroperasi apabila suhu


dalam suhu yang rendah. mencecah bacaan 35˚C.
• Perlu dicas setiap hari kerana • Menggunakan sel kering sebagai
menggunakan sistem penyejukkan bekalan kuasa dan dicas apabila
ais yang tidak tahan lama. perlu sahaja.

• Dikendalikan secara manual. • Kendalian secara automatik.


Sistem Komunikasi Helmet Sistem Komunikasi SHeVCs

• Digunakan sebagai alat • Bukan sekadar untuk kegunaan


berkomunikasi sahaja. komunikasi, ianya juga digunakan
• Komunikasi dibenarkan pada sebagai alat perlindungan telinga.
kawasan yang mempunyai hingar
• Komunikasi masih boleh dilakukan
yang rendah sahaja.
walaupun dalam kawasan yang
mempunyai hingar yang tinggi.

2.5 Rumus dan Persamaan


20

Terdapat beberapa rumus dan persamaan penting dalam sistem komunikasi yang
digunakan untuk menganalisis data yang diperolehi antaranya rumus signal-to-noise
ratio (SNR), Kehilangan Isyarat di Ruang Udara dan Jarak Kemampuan Pemancar.

2.5.1 Rumus Signal-to-Noise Ratio (SNR)

Bagi mendapatkan nilai SNR, kuasa hingar dalam sistem penghantaran perlu
ditentukan terlebih dahulu. Kuasa hingar dapat ditentukan menggunakan formula
Boltzmann's [9]:

N = kTB (Persamaan 2.1)

dimana :

N = Kuasa Hingar (Noise Power)


k = Permalar Boltzmann's = 1.380650x10-23 J/K;
T = Suhu dalam Kelvin, dan
B = Bandwidth Penerima.

Formula SNR[10] adalah:

SNR (dB)= 10 log10 (Psignal/Pnoise) (Persamaan 2.2)


21

2.5.2 Rumus Kehilangan Isyarat di Ruang Udara

Semasa isyarat dipancarkan daripada sumber pemancar, tenaga akan keluar


melaui kawasan yang mempunyai permukaan luas. Apabila keadaan ini berlaku,
kekuatan isyarat akan berkurang dan menjadi semakin lemah. Rumus bagi kehilangan
diruang udara atau free space loss (FSL) adalah;

FSL = 32.4+20 logF+20log D (Persamaan


2.3)

dimana;

F = Frekuensi dalam MHz dan


D = Jarak dalam km

2.5.3 Rumus Jarak Kemampuan Pemancar

Bagi menentukan jarak kemampuan pemancar untuk memancarkan isyarat,


terlebih dahulu perlu mendapatkan kuasa penghantar isyarat. Kuasa penghantar isyarat
boleh dikira melalui rumus berikut[12];

P = I2 x Z (Persamaan 2.4)
22

Rumus bagi mendapatkan jarak adalah ;

d = √30Pt xAL (Persamaan 2.5)


E

dimana,

d = jarak
Pt = kuasa penghantaran
AL = pembolehubah persamaan bernilai 1%
E = Kepekaan penerima radio, iaitu 3.67 mV/meter

2.6 Kajian Terhadap Projek Pelajar-Pelajar PSM yang Terdahulu

Jadual 2.3 menunjukkan sebahagian projek PSM di UTHM yang berkaitan sistem
komunikasi yang menggunakan kaedah radio frekuensi dan aplikasi yang menggunakan
pengawal mikro.
23

Jadual 2.3: Ringkasan Projek PSM yang Terdahulu

Bil. Penulis Tajuk/ Tahun Objektif Kelebihan Kekurangan Perisian Komponen


1 Mimi Wireless Guitar Penghantaran isyarat Gitar elektrik Jarak terhad Visual -Paparan LCD
Suhana Using Radio maklumat tenpa wayar dan dan isyarat Basic 6.0, -Kad Bunyi
Abd Frequency menggunakan teknik memaparkan penghantaran Enterprise -Litar Penguat
Aziz[3] Technology (2005) komunikasi tanpa gelombang pada kurang stabil. Edition.
wayar. unit paparan
LCD
2 Caroline Smart Trolley Memaparkan harga Proses Litar yang Visual -IC MAX 232
Bong (DBMS And barang pada troli dan membeli-belah terlalu Basic 6.0 -Antenna
Chung Wireless RF komunikasi dua hala yang efisien dan kompleks. -Paparan LCD
Hui[4] Communication) antara troli degan menjimatkan -Pengesan bar kod.
(2005) komputer perumah. masa.
3 Mohd Fuzzy Logic Fan Untuk mengawal Menggunakan Tiada paparan MatLab -PIC16F84A
Khairun (2005) kipas menggunakan Peraturan logik untuk -Pengesan
Nizam logik Fuzzy Fuzzy - 4 menunjukkan -thermistor
Sa’adan[5] peraturan. nilai suhu -Kipas berdiri
persekitaran,
hanya LED
ON/OFF.
24

BAB III

METODOLOGI

3.1 Metodologi Projek

Bab ini membincangkan tentang perancangan dan proses perlaksaan dalam


mendirikan projek ini. Selain itu perkakasan dan perisian yang diperlukan juga turut
dinyatakan didalam bab ini.

3.2 Perancangan Projek

Dalam membangunkan Projek SHeVCs terdapat lima fasa iaitu fasa keperluan
kajian, fasa rekabentuk, fasa pembangunan, fasa pengujian dan fasa prototaip. Secara
keseluruhannya, perancangan projek ini dinyatakan dalam Rajah 3.1. Sementara Rajah
3.2 menunjukkan carta alir sebenar projek ini.
25

Mul
. a

Fasa 1 : Keperluan Kajian


Mencari maklumat dengan menjalankan
kajian dan menentukan komponen serta
perisian yang diperlukan.

Fasa 2 : Rekabentuk Fasa 3 a) : Pembangunan Perisian


Menjalankan simulasi litar dan Menulis kod program dan muat turun
memasang komponen pada litar ke dalam PIC.
projek.

Fasa 3 b) : Pembangunan Perkakasan


Mengimplementasikan PIC ke dalam litar
projek untuk membentuk litar lengkap.

Fasa 4 : Tidak Berjaya


Pengujian

Berjaya
Fasa 5 : Prototaip

Tamat

Rajah 3.1 : Carta Alir Metodologi Projek PSM 1


26

Mula

Fasa 1 : Kajian Komponen dan Perisian


Mengumpul maklumat komponen litar pengudaraan dan
Perisian Protuse dan MPLab.

Fasa 2 : Rekabentuk Litar Fasa 3 a) : Pembangunan Perisian


Simulasi litar pengudaraan menggunakan Kod ditulis dalam bahasa
perisian Protuse dan memasang komponen penghimpun dan dimuat turun dalam
litar pengudaraan pada strip board. PIC16F877A

Fasa 3 b) : Pembangunan Perkakasan


PIC 16F877A diimplementasikan pada litar
pengudaraan bagi menghasilkan satu litar
lengkap.

Fasa 4 : Pengujian & Baikpulih


Litar pengudaraan diuji dan dibaikpulih bagi
memperolehi hasil yang sempurna.

Fasa 5 : Prototaip
Prototaip projek SHeVCs didirikan
dengan mengabungkan sistem
pengudaraan dan komunikasi keatas
topi keselamatan.

Tamat

Rajah 3.2 : Carta Alir Metodologi Projek Sebenar PSM 2


27

3.2.1 Fasa 1 : Keperluan Kajian

Fasa 1 merupakan bahagian yang penting kerana ianya akan menghasilkan


pengetahuan dan idea dalam membangunkan projek. Fasa ini juga bagi menentukan
bahan yang diperlukan untuk membangunkan projek ini. Keperluan kajian mempunyai
dua bahagian utama iaitu kajian keperluan perkakasan dan kajian keperluan perisian.
Hasil kajian yang dijalankan mendapati beberapa komponen utama dan jenis perisian
diperlukan untuk menjayakan projek ini seperti berikut :

i. Keperluan perkakasan:

1 PIC 16F877A berfungsi sebagai jantung kepada projek ini dengan


menyimpan set arahan projek yang perlu dilaksanakan.

2 Kipas penyejuk digunakan untuk membekalakan udara


sejuk ke dalam helmet bagi memastikan proses pengudaraan
boleh berlaku.

3 Pengesan suhu (LM 35) untuk mengesan kadar suhu


sekeliling dan menghantar bacaan kepada PIC[8].

4 Paparan 7-segmen bagi memaparkan bacaan semasa suhu


sekeliling.

5 Satu set litar komunikasi separa hala bagi membolehkan


pengguna berhubung antara satu sama lain.
28

6 Sepasang alat perlindungan telinga yang akan melindungi


telinga dan sebagai head phone untuk berkomunikasi.
7 Dua biji sel kering 9 Volt sebagai bekalan kuasa kepada
kedua-dua sistem yang digunakan.

8 Sebuah topi keselamatan yang akan digabungkan dengan


peranti sistem pengudaraan dan sistem komunikasi.

ii. Keperluan perisian

1 Perisian MPLAB IDE diperlukan untuk membina aturcara agar ia


dapat dimuat turun ke dalam PIC 16F877A.

2 Perisian Proteus pula diperlukan untuk menghasilkan


simulasi litar sistem penyejukkan sebelum litar tersebut
dibangunkan secara nyata.

3.2.2 Fasa 2: Rekabentuk

Kesemua maklumat berkaitan yang telah diperolehi dalam fasa 1 akan membantu
dalam merekabentuk litar untuk digabungkan dengan prototaip projek ini. Fasa 2 adalah
untuk menjalankan simulasi litar menggunakan perisian Proteus dan memasang
komponen-komponen pada litar projek yang sebenar. Rajah 3.3 menunjukkan litar
skematik sistem pengudaraan yang akan dibuat simulasi menggunakan perisian Proteus.
29

Rajah 3.3 : Litar Skematik Sistem Pengudaraan

3.2.3 Fasa 3: Pembangunan

Fasa pembangunan dibahagikan kepada dua bahagian; fasa pembangunan


perisian dan fasa pembangunan perkakasan.

i. Pembangunan Perisian MPLAB IDE dan Proteus

1. Perisian MPLAB IDE diperlukan untuk membina aturcara agar ia


dapat dimuat turun ke dalam PIC 16F877A. Aturcara yang ditulis
ke dalam PIC ini membolehkan sistem pengudaraan dapat
30

beroperasi. Lampiran A adalah sebahagian aturcara yang telah


dibangunkan bagi PIC tersebut.

2. Perisian Proteus pula diperlukan untuk melakukan simulasi keatas


litar skematik sistem pengudaraan dan siatem komunikasi
sebelum litar tersebut dibangunkan secara nyata.

ii Pembangunan Perkakasan

Fasa ini melibatkan pembangunan litar sistem pengudaraan dan


litar sistem komunikasi seperti yang direkabentuk dalam fasa dua.

3.2.4 Fasa 4 : Pengujian & Baikpulih

Walaupun pengujian ke atas litar dan pengaturcaraan dilaksanakan di fasa ketiga,


fasa pengujian ini lebih memfokuskan kepada pengujian ke atas gabungan ke dua-dua
sistem iaitu sistem penyejukan dan sistem komunikasi. Pengujian ini adalah penting bagi
menguji sejauh mana keupayaan dan kemampuan sistem masing-masing beroperasi
setelah ia digabungkan sebagai satu sistem sebelum prototaip SHeVCs dibangunkan.

3.2.5 Fasa 5 : Pembangunan Prototaip SHeVCs


31

Fasa yang terakhir adalah pembangunan prototaip, litar lengkap yang telah
berjaya diuji akan dimasukkan dan disusun ke dalam prototaip. Rajah 3.4 menunjukkan
prototaip SHeVCs yang mengandungi dua sistem; sistem pengudaraan dan sistem
komunikasi.

Litar PIC

Bekalan Kipas
kuasa penyejuk

Pengesan
suhu

Paparan 7-
segmen

Alat
perlindungan
telinga

Butang
Litar komunikasi
komunikasi

Mikrofon Bekalan
kuasa

Rajah 3.4 : Gambarajah Prototaip SHeVCs


32

Terdapat tiga bahagian utama dalam sistem pengudaraan iaitu bahagian litar
pengawal, bahagian pengesan suhu dan bahagian motor. Litar pengawal adalah bahagian
utama mengawal keseluruhan sistem binaan projek. Pengawal mikro yang digunakan
adalah PIC 16F877A yang bertindak sebagai jantung kepada sistem [4]. Masukan dan
keluaran data akan dibaca oleh pengawal mikro menggunakan bahasa penghimpun.
Pengesan suhu yang digunakan dalam projek ini adalah model LM35 yang akan
menghantar isyarat kepada pengawal mikro apabila mengesan suhu 35˚C dan keatas atau
mengikut bacaan yang diprogramkan dalam pengawal mikro [5]. Bacaan suhu semasa
akan dipaparkan pada dua unit paparan 7-segmen yang terletak dibahagian belakang
topi.

Sistem komunikasi pula terbahagi kepada dua litar utama; litar penghantar dan
litar penerima. Isyarat audio akan ditukar kepada isyarat radio sebelum penghantaran
isyarat melalui udara pada julat frekuensi diantara 3 hingga 30 MHz. Litar penerima
akan menerima isyarat radio yang sama sebelum isyarat ditukar kembali kedalam bentuk
isyarat audio. Sistem perhubungan tanpa wayar tidak boleh menggunakan isyarat yang
sama dengan diantara dua sistem yang berbeza kerana akan menyebabkan berlakunya
gangguan yang dipanggil interference. Bagi mendirikan perhubungan separa hala, dua
litar penghantar dan dua litar penerima perlu digabungkan bersama-sama.
33

BAB IV

KEPUTUSAN DAN ANALISIS

Pada amnya dalam melaksanakan projek ini, pelbagai masalah yang dijangka
atau tidak, pasti muncul semasa proses perlaksanaan. Di dalam bab ini menerangkan
keputusan projek dan analisis terhadap sistem yang telah dibangunkan dalam projek ini.

4.1 Keputusan

Keputusan yang diperolehi dalam membangunkan projek ini terdiri daripada


beberapa fasa seperti yang dirancang dalam metodologi projek, berikut adalah hasil dan
keputusan yang diperoleh dalam membangunkan projek ini.
34

4.1.1 Kod Pengaturcaraan PIC16F877A

Kod arahan bagi litar pengudaraan ditulis dalam bahasa penghimpun


menggunakan perisisan MPLAB IDE sebelum dimuat turun kedalam PIC16F877A.
Rajah 4.1 menunjukkan sebahagian kod yang digunakan untuk membaca suhu,
menghidupkan kipas dan memaparkan bacaan suhu.

D35 MOVLW B'00000001'


MOVWF PORTE
MOVLW 4FH
MOVWF PORTB
call delay
MOVLW B'00000010'
MOVWF PORTE
MOVLW 6DH
MOVWF PORTB
call delay
GOTO KIPAS

(a) Kod Fungsi Bacaan Suhu

;ACTION-------------------------------------------------------------------------
KIPAS
CLRF PORTC
MOVLW b'00000100'
MOVWF PORTC
GOTO start

(b) Kod Fungsi Kipas

;DIPLAY DEGREE--------------------------------------------------------
D10 MOVLW B'00000001'
MOVWF PORTE
MOVLW 06H
MOVWF PORTB
call delay
MOVLW B'00000010'
MOVWF PORTE
MOVLW 3FH
MOVWF PORTB
call delay
GOTO LED

(c) Kod Fungsi Paparan Suhu


35

Rajah 4.1 : Sebahagian Kod Pengaturcaraan PIC16F877A

4.1.2 Simulasi Litar Pengudaraan

Hasil keputusan simulasi ke atas litar projek menggunakan perisian Protuse yang
dijalankan, menunjukkan litar ini boleh dibangunkan kerana tidak ada sebarang
kesilapan yang terdapat pada hasil simulasi yang diperoleh dan keluaran pada litar
adalah seperti yang telah diprogramkan pada PIC16F877A. Rajah 4.2 menunjukkan
keputusan simulasi litar untuk sistem pengudaraan yang diperolehi sebelum
dibangunkan dalam bentuk litar sebenar.

Rajah 4.2 : Keputusan Simulasi Litar Sistem Pengudaraan


36

4.1.3 Litar Sebenar Sistem Pengudaraan

Apabila simulasi ke atas litar telah berjaya dilakukan, maka litar sebenar projek
dibangunkan dengan memasang dan memateri komponen litar pada strip bord. Rajah 4.3
menunjukkan hasil litar sebenar sistem pengudaraan yang telah dibangunkan.

Rajah 4.3 : Litar dan Peranti Sistem Pengudaraan Projek SHeVCs


37

4.14 Peranti Sistem Komunikasi SHeVCs

Sistem komunikasi dalam SHeVCs menggunakan peranti komunikasi yang telah


siap dibangunkan, dengan melakukan pengubahsuaian bagi mendapatkan hasil yang
lebih baik. Peranti komunikasi ini telah ditambah dengan perintang pemboleh ubah bagi
membolehkan kadar kekuatan pembesar suara dan mikrofon boleh dilaraskan. Selain itu,
antenna juga ditukar dengan menggunakan antenna jenis aluminium supaya isyarat yang
diterima oleh penerima lebih jelas. Rajah 4.4 a) dan 4.4 b) menunjukkan peranti
komunikasi dan pengubahsuaian yang telah dilakukan.

Rajah 4.4 a): Peranti Sistem Komunikasi SHeVCs


38

Rajah 4.4 b) : Pengubahsuaian Dua Peranti Sistem Komunikasi Projek SHeVCs

4.1.5 Prototaip SHeVCs

Selepas kedua-dua sistem pengudaraan dan sistem komunikasi SHeVCs telah


dibangunkan, ianya telah dipasangkan pada topi keselamatan bagi membentuk sebuah
prototaip SHeVCs yang lengkap dan sempurna. Rajah 4.5 a) dan 4.5 b) menunjukkan
gabungan kedua-dua sistem pada topi keselamatan dan hasil keseluruhan prototaip
SHeVCs.

Rajah 4.5 a) : Sistem Komunikasi dan Sistem Pengudaraan yang dipasang pada
Topi Keselamatan
39

Rajah 4.5 b) : Gambarajah Sebenar Keseluruhan SHeVCs


4.2 Analisis

Analisis yang dijalankan terbahagi kepada dua bahagian utama iaitu analisis ke
atas sistem pengudaraan dan analisis ke atas sistem komunikasi SHeVCs.

4.2.1 Pengujian Sistem Pengudaraan SHeVCs

Pengujian ke atas sistem pengudaraan projek telah dilaksanakan selama lima hari
dengan mengukur bacaan suhu sekeliling dan juga suhu dalaman topi keselamatan.
Pengujian ini dijalankan bagi mengetahui kemampuan operasi dan keberkesanan sistem
pengudaran projek ini dalam memberi keselesaan kepada pengguna.

Sistem pengudaraan projek ini menggunakan pengesan suhu LM 35 yang amat


peka dengan perubahan suhu dan amat sesuai digunakan untuk kawasan yang beriklim
khatulistiwa.
40

Jadual 4.1 menunjukkan keputusan pengujian yang dijalankan selama lima hari.
Setiap hari sembilan kali pengujian dijalankan bermula jam sembilan pagi sehingga lima
petang.

Jadual 4.1: Bilangan Kipas Beroperasi dalam Masa Lima Hari

Tarikh Bil. Kipas


Beroperasi
16 Mac 6
09
18 Mac 4
09
20 Mac 3
09
22 Mac 09 4
24 Mac 5
09

Hasil keputusan yang diperolehi menunjukkan bilangan kekerapan kipas


beroperasi dalam sehari selama lima hari pengujian. Data menunjukkan bilangan
kekerapan kipas beroperasi yang paling tinggi adalah sebanyak enam kali iaitu pada 16
Mac dan kekerapan yang paling rendah adalah sebanyak tiga kali iaitu pada 20 Mac
2009. Perbezaan ini adalah disebabkan keadaan cuaca harian yang sentiasa berubah.
41

Daripada pemerhatian yang dijalankan didapati purata bilangan kipas yang


beroperasi dalam masa sehari adalah 4.4 kali daripada 9 kali pengujian atau 48%. Ini
menunjukkan kemampuan produk ini memberikan pengudaraan kepada pengguna
adalah tinggi, sehingga 48% masa bekerja akan berjalan dengan dibekalkan dengan
pengudaraan yang akan meningkatkan keselesaan para pekerja.

Rajah 4.6 menunjukkan graf purata bacaan suhu untuk kelima-lima hari
pengujian. Bacaan suhu diambil bagi melihat sejauh mana kesesuaian suhu 35oC
dijadikan sebagai suhu rujukan.

Rajah 4.6 : Graf Suhu Melawan Waktu

Hasil pemerhatian daripada graf yang diperolehi didapati purata suhu sekeliling
maksimum adalah 30.80C dan purata suhu dalam topi maksimum adalah 36.20C.
Sementara purata suhu sekeliling minimum adalah 270C dan purata suhu dalam topi
minimum juga 270C.

Secara keseluruhannya, sebanyak empat kali dalam sembilan pengujian yang


dijalankan mendapati suhu dalaman topi melebihi 350C. Ini membuktikan nilai suhu
350C amat sesuai digunakan sebagai suhu rujukan dalam sistem pengudaraan projek ini.
42

4.2.2 Pengujian Sistem Komunikasi

Pengujian terhadap sistem komuniksi dijalankan bagi menentukan kemampuan


sistem untuk menghantar isyarat kepada penerima. Pengujian dijalankan menggunakan
optical spectrum analyzer (OSA) untuk mengukur kuasa isyarat penerima. Jadual 4.2
menunjukkan kuasa isyarat penerimaan yang diukur menggunakan OSA.

Jadual 4.2 : Kuasa Isyarat Penerima dalam Jarak yang Berbeza

Kuasa Isyarat
Jarak (Meter) Penerima
(dBm)
1 -56.33
2 –79.14
3 –84.54
4 –86.88
5 –87.55
6 –95.63

Bagi mendapatkan nilai SNR kuasa hingar perlu ditentukan dahulu menggunakan
persamaan 2.1 :
Apabila Bandwith (B) = 21kHz
Maka, Kuasa Hingar (N) = (1.380650x10-23 J/K) x (290K) x (21kHz)
= 8.4x10-17 W

Jumlah SNR yang diperolehi menggunakan rumus persamaan 2.2 diantara jarak
dari satu meter sehingga enam meter berdasarkan kuasa isyarat penerima dalam jadual
4.2 diplotkan dalam bentuk graf .
43

Graf Jarak Melawan SNR

80
70
60
50
SNR (dB)
40
30
20
10
0
1 2 3 4 5 6
Jarak (m)

Rajah 4.7 : Graf SNR melawan Jarak

Daripada rajah 4.7 jelas menunjukkan apabila jarak diantara penghantar dan
penerima bertambah, kuasa menerima isyarat akan berkurang dan ianya bersifat
berkadaran songsang. Tetapi apabila kuasa menerima isyarat berkurang, SNR pula akan
turut berkurang, dimana ianya berkadaran terus antara satu sama lain.

4.2.3 Analisis Kehilangan Isyarat di Ruang Udara

Analisis ini dijalankan bagi mengukur nilai sebenar kelemahan isyarat dalam unit
dB apabila jarak dalam unit meter (m) bertambah. Jumlah kehilangan isyarat pemancar
yang diperolehi melalui rumus persamaan 2.3 diantara jarak satu meter sehingga enam
meter diplotkan dalam bentuk graf.
44

Rajah 4.8 : Graf Kehilangan Isyarat Pemancar Melawan Jarak

Daripada keputusan yang diperolehi pada rajah 4.8 menunjukkan dengan jelas
hubungan antara jumlah kehilangan dengan jarak. Jumlah kehilangan akan bertambah
sebanyak 6dB/meter, jadi setiap kali jarak dalam meter ditambah, 6dB isyarat lagi akan
hilang melalui ruang udara.

4.2.4 Analisis Jarak Kemampuan Pemancar

Analisis jarak kemampuan pemancar dilakukan bagi membuktikan jarak isyarat


yang mampu dipancarkan oleh sistem komunikasi projek ini adalah sejauh enam meter.
Analisis ini dilakukan menggunakan rumus persamaan jarak dan kuasa penghantar.

Melalui pengukuran multimeter didapati,

Arus (I) dalam litar adalah = 13.2 mA


45

dan Galangan (Z) dalam litar = 891.3 Ω

Kuasa penghantaran yang diperolehi adalah;

P = (13.2 mA)2 x 891.3 Ω = 0.162 w

Oleh itu, maksima jarak yang mampu menerima isyarat adalah,

d = √(30 x 0.162) x 0.01 = 6 m


3.67x10-3

Daripada keputusan yang diperolehi daripada rumus dan persamaan yang


digunakan membuktikan sistem komunikasi dalam projek ini boleh menghantar isyarat
sehingga sejauh enam (6) meter.
46

BAB V

KESIMPULAN DAN CADANGAN

5.1 Kesimpulan

Keputusan daripada analisis dan data-data yang diperoleh daripada pengujian


yang telah dijalankan menunjukkan bahawa SHeVCs telah mencapai objektif dan tujuan
projek. Tujuan utama projek ini didirikan adalah bertujuan untuk menghasilkan satu
prototaip yang mampu memberikan keselamatan dan perlindungan telinga kepada
pengguna disamping membenarkan pengguna berkomunikasi diantara satu sama lain
(sejauh 6 meter) di kawasan yang mempunyai gangguan bunyi yang tinggi melalui alat
perlindungan telinga tersebut. Selain itu dengan adanya sistem pengudaraan di dalam
topi keselamatan pengguna (berfungsi pada 350C) sudah pastinya dapat meningkatkan
keselesaan kepada pengguna yang terpaksa berhadapan dengan suhu dalaman topi
keselamatan melebihi 350C diantara pukul dua belas tengah hari sehingga tiga petang.

Pemilihan dan penggunaan pengesan suhu LM35 juga amat sesuai digunakan
dalam projek ini memandangkan sifatnya amat peka dengan perubahan suhu sekeliling
dan cuaca Malaysia yang beriklim khatulistiwa. Selain itu, penggunaan komponen dapat
dikurangkan dengan penggunaan PIC16F877A yang mampu menukar isyarat analog
47

kepada isyarat digital untuk memaparkan bacaan suhu semasa pada paparan 7 segmen
dan memberi isyarat kepada kipas penyejuk apabila suhu mencecah suhu rujukan yang
telah ditetapkan.

Gabungan dua sistem ini menjadikan SHeVCs bersifat dinamik dan praktikal
untuk digunakan dalam apa jua industri yang mempunyai gangguan bunyi yang tinggi
dan kelembapan udara yang kurang. Diharapkan SHeVCs dapat memberi sumbangan
kepada teknologi pada hari ini dalam menyediakan suasana tempat kerja yang selamat
dan lebih selesa kepada para pekerja.

5.2 Cadangan

Walaupun projek ini telah mencapai objektifnya, namun masih terdapat beberapa
cadangan untuk penambah baikan untuk projek ini di masa hadapan supaya produk yang
lebih sempurna dan efektif dapat didirikan.

i. Bateri sel kering 9V yang digunakan sebagai bekalan kuasa untuk sistem
pengudaraan dalam topi keselamatan boleh digantikan dengan
penggunaan sistem solar yang dapat mengurangkan kos bekalan kuasa
untuk jangka masa yang panjang.

ii. Saiz litar komunikasi boleh dikecilkan supaya ianya boleh ditempatkan
dalam topi keselamatan bagi mengelakkan wayar penyambung di antara
headphone dan litar komunikasi mengganggu pergerakan pengguna.
48

iii. Jenis dan sistem kipas penyejuk yang lebih baik boleh digunakan bagi
memberikan pengudaraan maksima jesteru mempercepatkan penurunan
suhu tinggi bagi menyediakan suasana yang lebih selesa kepada
pengguna.
49

RUJUKAN

[1] Han, Way Huang. (2005).”PIC Microcontoller: An Introduction to Software and


Hardware Interfacing.” 1st. ed. Minnesota: THOMSON Delmar Learning.

[2] Garg, Vijay K. (2002). “Wireless Network Evolution.” United State America:
Prentice Hall PTR. 577.

[3] Mimi Suhana Abd Aziz (2005). “Wireless Guitar Using Radio Frequency
Technology” Kolej Universiti Tun Hussein Onn: Tesis PSM.

[4] Caroline Bong Chung Hui Smart Trolley (2005). “DBMS And Wireless RF
Communication” Kolej Universiti Tun Hussein Onn: Tesis PSM.

[5] Mohd Khairun Nizam Sa’adan (2005). “Fuzzy Logic Fan” Thesis Kolej
Universiti Tun Hussein Onn.

[6] 50 Degree Company. (2002). “Helmet / Hard Hat Cooler” Stan Drive (West
Melbourne): Trade brochure.

[7] MSA The Safety Company. (2000) “Clear Command HCS. (Helmet
Communication System)” North America: Trade brochure.

[9] Jim Pearce. (2000) “What's All This Eb/No Stuff,


Anyway?”Spread Spectrum Scene. 4. 12-15.

[10] Neil Gaiman 1989 “Signal to noise.” 4th. UK.: Victor Gollancz Ltd. 43-47.

[11] AFAR Communications Inc (2003). “Link Budget Calculation.” Santa Barbara
(California): Trade brochure.

[12] Andy Collinson (1999). “Estimating Transmitter Distance.” Ukraine: Trade


brochure.

[13] “LM35 Precision Centigrade Temperature Sensor” http://www.national.com/ds/


LM/LM35.html capaian pada 17 September 2008.
50

LAMPIRAN A

Helaian Data PIC16F877A


51

PIC16F877A-I/P Microcontroller

Figure C-5: PIC16F877A-I/P Microcontroller

Microchip PIC16F877A Microcontroller Features

High-Performance RISC CPU

Lead-free; RoHS-compliant, Operating speed: 20 MHz, 200 ns instruction cycle,


Operating voltage: 4.0-5.5V, Industrial temperature range (-40° to +85°C), 15 Interrupt
Sources, 35 single-word instructions and All single-cycle instructions except for
program branches (two-cycle).
52

Special Microcontroller Features

Flash Memory: 14.3 Kbytes (8192 words), Data SRAM: 368 bytes, Data
EEPROM: 256 bytes, Self-reprogrammable under software control, In-Circuit Serial
Programming via two pins (5V), Watchdog Timer with on-chip RC oscillator,
Programmable code protection, Power-saving Sleep mode, Selectable oscillator options
and In-Circuit Debug via two pins.
Peripheral Features

33/O pins; 5 I/O ports, Timer0: 8-bit timer/counter with 8-bit prescaler, Timer1:
16bit timer/counter with prescaler that is can be incremented during Sleep via external
crystal/clock. Timer2: 8-bit timer/counter with 8-bit period register, prescaler and
postscaler, Two Capture, Compare, PWM modules, included 16-bit Capture input; max
resolution 12.5 ns, 16-bit Compare; max resolution 200 ns and 10-bit PWM.
Synchronous Serial Port with two modes, that is SPI Master and I2C Master and Slave.
USART/SCI with 9-bit address detection, Parallel Slave Port (PSP), which is8 bits wide
with external RD, WR and CS controls and Brown-out detection circuitry for Brown-
Out Reset.
This powerful (200 nanosecond instruction execution) yet easy-to-program (only
35 single word instructions) CMOS FLASH-based 8-bit microcontroller packs
Microchip's powerful PIC® architecture into an 40- or 44-pin package and is upwards
compatible with the PIC16C5X, PIC12CXXX and PIC16C7X devices.
53

LAMPIRAN B

Helaian Data Paparan 7-Segmen


54

Seven Segment Displays

Figure C-1: Seven Segment Displays


55

LAMPIRAN C

Carta Gantt PSM 1


CARTA GANTT PSM 1
Perancangan PSM 1 SEMESTER 1 SESI 2008/2009
No Aktiviti / Minggu 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18

1 Taklimat PSM 1

2 Borang Cadangan Tajuk,


Objektif dan Skop
Pengesahan Borang
3 Cadangan Tajuk oleh Panel
Bidang

4 Latar Belakang Kajian Radio


Frekuensi

5 Latar Belakang Kajian


Pengawal Mikro
6 Persediaan Metodologi
Mempelajari dan
7 Menentukan Penggunaan
Litar Radio Frekuensi
Mempelajari dan
8 Menentukan Penggunaan
Pengawal Mikro dan Perisian
9 Penulisan Kertas Seminar
10 Persiapan Seminar PSM 1
11 Seminar PSM 1

12 Menyiapkan Laporan
Proposal Projek
57

13 Penghantaran Laporan
Projek dan Buku Log
58

LAMPIRAN D

Carta Gantt PSM 2


59

CARTA GANTT PSM 2


PERANCANGAN PSM 2 SEMESTER 2 SESI 2008/2009
No Aktiviti / Minggu 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19
Penyediaan Perkakasan
1 Prototaip & Komponen Litar
Projek
2 Pembangunan Perisian
Pengawal Mikro.

3 Pembangunan & Pengujian


Litar Projek
4 Penyelesaian dan pengesahan
hasil projek.

5 Penulisan Kertas Prosiding


Projek.
6 Persediaan bahan untuk
Seminar PSM 2.
7 Penghantaran Kertas
Prosiding Projek.
8 Seminar PSM 2
9 Kemaskini Buku Log dan
Draf Akhir Laporan PSM 2
10 Penghantar Buku Log dan
Draf Akhir Laporan PSM 2
11 Penghantaran Laporan PSM
berjilid kepada Falkulti.
60

Anda mungkin juga menyukai